Picky Eater

47
http://www.infosihat.gov.my/infosihat/media/Risalah/K/pdf/ 18_Ris_pemakanan%20kanak.pdf http://en.wikipedia.org/wiki/Selective_eating_disorder http://www.mayoclinic.com/health/childrens-health/HQ01107 Selective eating disorder From Wikipedia, the free encyclopedia Selective eating disorder (SED) (also known as perseverative feeding disorder) is an eating disorder that prevents the consumption of certain foods. It is often viewed as a phase of childhood that is generally overcome with age. Children may not grow out of the disorder, however, and may continue to be afflicted with SED throughout their adult lives. [1] Selective eating disorder lacks formal diagnostic criteria and classification [2] and is not currently listed in the Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders . [3] The British Journal of Clinical Child Psychology and Psychiatry states that: "Selective eating is the little-studied phenomenon of eating a highly limited range of foods, associated with an unwillingness to try new foods. Common in toddlers, it can persist into middle childhood and adolescence in a small number of children, most commonly boys. When this happens, social avoidance, anxiety and conflict can result." [4] Pemakanan Kanak-Kanak & Pra-Sekolah Pengenalan Pada usia 2 tahun, anak anda seharusnya sudah boleh makan makanan keluarga. Walau bagaimanapun, di tahap usia ini pertumbuhan anak anda adalah perlahan dan begitu juga selera makannya. Anda tidak harus bimbang. Anak anda perlukan lebih kasih sayang, kesabaran, perhatian dan galakan Panduan pemakanan untuk kanak-kanak petatih dan pra- sekolah

description

HEALTH

Transcript of Picky Eater

http://www.infosihat.gov.my/infosihat/media/Risalah/K/pdf/18_Ris_pemakanan%20kanak.pdf

http://en.wikipedia.org/wiki/Selective_eating_disorder

http://www.mayoclinic.com/health/childrens-health/HQ01107

Selective eating disorder

From Wikipedia, the free encyclopedia

Selective eating disorder (SED)(also known asperseverative feeding disorder) is aneating disorderthat prevents the consumption of certain foods. It is often viewed as a phase of childhood that is generally overcome with age. Children may not grow out of the disorder, however, and may continue to be afflicted with SED throughout their adult lives.[1]Selective eating disorder lacks formal diagnostic criteria and classification[2]and is not currently listed in theDiagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders.[3]

TheBritish Journal of Clinical Child Psychology and Psychiatrystates that:

"Selective eating is the little-studied phenomenon of eating a highly limited range of foods, associated with an unwillingness to try new foods. Common in toddlers, it can persist into middle childhood and adolescence in a small number of children, most commonly boys. When this happens, social avoidance, anxiety and conflict can result."[4]

PemakananKanak-Kanak & Pra-Sekolah

Pengenalan

Pada usia 2 tahun, anak anda seharusnya sudah boleh makan makanan keluarga. Walau bagaimanapun, di tahap usia ini pertumbuhan anak anda adalah perlahan dan begitu juga selera makannya. Anda tidak harus bimbang. Anak anda perlukan lebih kasih sayang, kesabaran, perhatian dan galakan

Panduan pemakanan untuk kanak-kanak petatih dan pra-sekolah

Alam kanak-kanak adalah masa yang kritikal kerana ini adalah masa di mana mereka memupuk tabiat kesukaan kepada sesuatu makanan. Tabiat pemakanan yang betul perlu dititikberatkan di peringkat ini. Berikut adalah panduan untuk anda:

Berikan anak anda makanan seimbang mengikut Piramid Makanan Malaysia. Bukan setiap hidangan perlu mengandungi semua kumpulan makanan tetapi hidangan hendaklah seimbang dan mengandungi pelbagai jenis makanan setiap hari.

Pada usia ini, pengambilan susu berkurangan. Jadi, adalah penting untuk memberikan makanan yang sesuai daripada jenis makanan lain

Mulakan dengan memperkenalkan jadual waktu makan 3 kali sehari dan makanan snek antara waktu makan

Berikan susu semasa waktu snek. Anak anda mungkin rasa kenyang dan mungkin enggan makan jika susu diberi pada waktu makan utama.

Tambah jenis makanan baru secara perlahan-lahan agar anak anda tidak merasai pelbagai rasa pada masa yang sama.

Ketika memasak makanan untuk keluarga, asingkan sebahagian untuk anak anda sebelum menambahkan rempah ratus.

Pemakanan berpandukan piramid makanan

Makanan berkhasiat penting untuk anak anda kerana ia:

Membekalkan nutrien untuk perkembangan dan pertumbuhan

Membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal dan mental

Membantu dalam mengekalkan ketahanan badan terhadap jangkitan

Menyediakan bekalan nutrien yang cukup untuk keperluan pertumbuhan pada peringkat remaja.

Piramid Makanan Malaysia memberi panduan tentang bagaimana untuk mengimbangkan pengambilan makanan setiap hari. Makanan yang pelbagai membantu anak anda mendapat semua nutrien yang diperlukan.

Pilih gabungan makanan setiap hari berpandukan Piramid Makanan Malaysia

Aras 1:Bijirin dan ubi-ubian

Beri anak anda lebih banyak makanan dari kumpulan ini.

Kumpulan makanan ini adalah sumber paling baik untuk karbohidrat yang membekalkan tenaga kepada anak anda.

Kumpulan ini juga mengandungi vitamin, mineral, serat dan sejumlah protein.

Contoh : Nasi, mee, roti, pasta, bubur, capati dan biskut.

Anak anda memerlukan 6 hingga 8 hidangan setiap hari.

Satu hidangan bijiran dan sumber bijiran dan ubi

Bilangan hidangan sehari

2-3 Tahun

4-6 Tahun

1 Keping roti "whole meal"1/2 Cawan Nasi1/2 Capati1 Cawan bubur1 Biji sederhana kentangKeping biskut - Krim Krakers masin

6*

8*

Nota: Bilangan hidangan sehari bererti jumlah hidangan untuk semua jenis makanan dalam kumpulan makanan.

Aras 2:Buah dan sayur

Berikan anak anda lebih makanan daripada kumpulan ini.

Ia membekalkan vitamin, mineral dan serat kepada anak anda.

Anak anda perlukan sekurang - kurangnya 2 hidangan setiap hari.

Satu hidangan sayur-sayuran

Bilangan hidangan sehari

2-3 Tahun

4-6 Tahun

1/2 Cawan sayur-sayuran hijau yang telah di masak1/2 Cawan buah-buahan / sayur-sayuran

2*

2*

Satu hidangan buah-buahan

1/2 Biji jambu sederhana1 Biji kecil atau sederhana buah oren, sejenis buah berwarna hijau (pear, epal)1 saiz sederhana pisang1 hiris betik, nenas, tembikai

1*

1*

Aras 3:Ikan, ayam, daging, kekacang, susu dan hasil tenusu

Anak anda harus mengambil makanan dalam kumpulan ini dalam kuantiti yang sederhana

Makanan dalam kumpulan ini membekalkan sumber protein, vitamin B dan mineral

Keperluan untuk anak anda ialah 2 hidangan untuk ikan, ayam, itik, daging dan ubi-ubian dan 2 hingga 3 hidangan untuk susu dan hasil tenusu setiap hari.

Satu hidangan ikan, ayam, itik, daging dan ubi-ubian.

Bilangan hidangan sehari

2-3 Tahun

4-6 Tahun

1 Potong sederhana "paha ayam"1 Ekor ikan kembung sederhana2 Ketul daging saiz kotak mancis5 Sudu penuh ikan bilis tanpa kepalaNota : 1 Ketul daging berukuran kotak mancis1 Biji telur sederhana1 Keping tempe1 Keping tauhu2 sudu makan mentega kacang1/2 Cawan ubi-ubian / kacang yang telah dikeringkan4 Ekor udang bersaiz kecil

2*

2*

Satu hidangan hasil tenusu

1 Gelas susu1 Cawan dadih1 Keping Keju

2 - 3 *

3 *

* Nota : Bilangan hidangan sehari bererti jumlah hidangan untuk semua jenis makanan dalam kumpulan makanan.

Aras 4:Lemak, minyak dan kumpulan gula

Pastikan anak anda kurangkan pengambilan daripada kumpulan makanan jenis ini.

Menggalakkan anak untuk makan

Ibu atau penjaga harus menyelia anak semasa waktu makan, walaupun ketika mereka mempunyai selera yang baik. Ada banyak cara yang anda boleh lakukan untuk memberi galakan kepada anak anda untuk makan. Di antaranya ialah:

Duduk dengan anak semasa dia makan. Perhatikan apa yang dimakan dan berikan bantuan dan galakan semasa anak menikmati hidangan.

Berikan masa kepada anak anda menikmati hidangan mereka, jangan terburu -buru. Beri ruang untuk dia bermain sedikit semasa makan.

Beri pujian kepada anak anda kerana makan dengan baik..

Berikan anak anda makanan dalam bekas berasingan agar dia mendapat jumlah makanan secukupnya.

Berikan jenis makanan yang boleh dipegang atau diambil sendiri untuk menggalakkannya berdikari, tetapi pastikan jumlah makanan yang secukupnya diperolehi oleh anak anda

Jika anak anda memilih jenis makanan kegemarannya, cuba campurkan semua jenis makanan lain bersama makanan kegemarannya.

Berikan makanan sebaik sahaja anak anda berasa lapar. Jika anak anda menunggu terlalu lama untuk makan kemungkinan selera anak anda hilang

Jangan beri anak anda makan jika dia mengantuk

Jangan memaksa anak anda untuk makan. Ini boleh meningkatkan tekanan dan mungkin mengurangkan selera makan. Waktu makan seharusnya tenang dan menggembirakan.

Jangan berikan banyak minuman sebelum atau semasa anak anda menikmati hidangan kerana boleh mengganggu selera makannya.

Bermain permainan semasa waktu makan untuk meningkatkan lagi selera anak untuk makan (menyanyi dan bermain)

Gunakan kreativiti anda dalam menghidangkan makanan kepada anak anda. Ia penting dalam membantu merangsang selera anak anda.

Sekali sekala bawalah anak anda makan di luar. Contoh :- di taman permainan atau di pantai.

Galakkan anak anda mengambil snek yang berkhasiat. Contoh: susu, buah dan sandwic

Elakkan daripada memberi snek terlalu dekat dengan waktu makan utamanya.

Semakan akhir

:

10 April 2009

Penulis

:

Zalma bt. Abdul Razak

Zuhaida bt. Harun

Nazli Suhardi b. Ibrahim

KeenggananUntuk Makan

Pengenalan

Beberapa tingkah laku pemakanan biasanya berlaku apabila kanak-kanak mula berdikari dan menguji serta meninjau kebebasannya. Ini adalah sebahagian daripada perkembangan normal psikologikal kanak-kanak dan ibu bapa tidak perlu berasa bimbang. Masalah ini jarang disebabkan oleh penyakit yang serius.

Apakah yang dimaksudkan dengan keengganan untuk makan?

Keengganan untuk makan berlaku apabila kanak-kanak menolak makanan baru yang diperkenalkan kepadanya atau apa jua makanan.

Apakah makanan yang biasanya ditolak oleh kanak-kanak?

Kanak - kanak yang berumur antara 1 tahun hingga 5 tahun biasanya takut untuk mencuba makanan baru yang diperkenalkan kepada mereka. Kanak-kanak menjadi lebih memilih dan akan memakan makanan kegemaran mereka sahaja. Masalah yang biasa berlaku ialah kanak-kanak yang enggan makan sayur.

Masalah tidak mahu makan di kalangan bayi merupakan masalah yang serius pada masa kini.

Apakah penyebab masalah ini berlaku?

Keengganan untuk makan merupakan sebahagian daripada perkembangan normal psikologikal kanak-kanak. Pada amnya, kanak-kanak ini sihat dan tidak mengalami sebarang penyakit.

Walau bagaimanapun, jika kanak-kanak mengalami gejala seperti penurunan berat badan, muntah dan tercekik, anak anda perlukan penilaian yang lebih terperinci oleh doktor anda. Kemungkinan anak anda mengalami penyakit lain (selain daripada keengganan untuk mengambil makanan) seperti:

Mempunyai perasaan benci terhadap makanan

Kegagalan otot-otot pengunyahan ( mulut)

Penyakit"gastro oesphageal reflux"

KegagalanNeuro(otak saraf)-contoh:cerebral palsy (keabnormalan perkembangan otak yang menyebabkan kelemahan dan ketiadaan koordinasi pada anggota-anggota tubuh).

Usus kecil tersumbat"Intestinal obstruction"

Achalasia - keadaan yang mengganggu aktiviti normal otot esofagus"gulet"dan ini melibatkan perjalanan bahan-bahan yang ditelan.

Bagaimana masalah ini boleh berlaku?

Bayi anda menunjukkan masalah dengan :

Tidak bercerai susu pada masa yang sesuai

keengganan memakan makanan pejal.

Kanak-kanak mungkin:

Lebih suka memilih makanan - hanya mengambil beberapa jenis makanan sahaja.

Enggan memakan baru yang diperkenalkan.

Enggan makan apa jua jenis sayur.

Hanya makan sejenis makanan sahaja sepanjang masa.

Jika pertumbuhan dan perkembangan anak anda berlaku secara normal, kemungkinan masalah ini adalah masalah biasa.

Tanda-tanda bahaya:

Jika anak anda mengalami tanda atau gejala seperti berikut: - sila berjumpa doktor dengan "SEGERA"

Peningkatan berat badan yang perlahan.

Perkembangan terbantut.

Batuk atau tercekik semasa makan.

Muntah yang berulang.

Adakah terdapat sebarang komplikasi berlaku disebabkan oleh masalah ini?

Tiada komplikasi berlaku sekiranya perkembangan dan pertumbuhan anak anda normal.

Walaupun anak anda hanya mengambil beberapa jenis makanan sahaja, ini tidak bermakna anak anda mengalami kekurangan zat makanan.

Adakah masalah ini boleh dirawat?

Anak anda perlu dinilai oleh doktor sebelum diberi sebarang rawatan. Walaupun anak anda memilih atau mengelak salah satu jenis makanan daripada diet hariannya, ini anda tidak perlu bimbang jika dia membesar secara normal.

Jika anak anda membesar secara normal walaupun menolak makanan, cuba cara berikut:

Berikan makanan yang sering dielakkan oleh anak anda pada masa yang lain. Terus berusaha dan jangan putus asa.

Terus memperkenalkan makanan baru kepada anak anda.

Sediakan pelbagai jenis makanan (termasuklah makanan yang disukai oleh anak anda ) pada setiap waktu makan.

Hidangkan makanan dalam pelbagai bentuk yang menarik.

Elakkan makanan manis seperti gula-gula di antara waktu makan.

Anda boleh memberi vitamin tambahan sekiranya anak anda enggan mengambil makanan tertentu dalam jangka masa yang lama.

Paling penting - elakkan daripada pertengkaran ketika waktu makan.

Belajar untuk mengurangkan perasaan risau atau bimbang kerana keadaan ini boleh menguatkan lagi keengganan anak anda untuk makan..

Jangan memaksa anak anda untuk makan.

Jangan bertengkar dengan anak anda semasa waktu makan.

Jangan menghukum anak anda sekiranya tidak mahu makan.

Berikan pujian jika anak anda mula memakan jenis makan yang selama ini ditolak olehnya.

Bagaimana masalah ini dapat dielakkan?

Anda harus:

Menunjuk contoh dengan memakan hidangan yang lengkap bersama anak anda.

Perkenalkan pelbagai jenis makanan baru seawal umur 6 bulan.

Jangan berikan terlalu banyak susu atau jus antara waktu makan utama.

Semakan akhir

:

14 Julai 2008

Penulis

:

Dr. Lim Sern Chin

PemakananKanak-Kanak yang kurang Berat Badan

Pengenalan

Kekurangan berat badan tidak bermaksud kurus ataupun langsing. Sesetengah kanak-kanak, secara semula jadi, bertubuh agak besar dan mengekalkannya dengan mengamalkan diet yang seimbang serta melakukan aktiviti fizikal. Ini adalah sihat dan normal. Manakala sesetengah kanak-kanak pula, secara semula jadinya bertubuh kecil, namun mereka bukanlah kekurangan berat badan. Walau bagaimana pun, kekurangan berat badan yang sebenar mungkin petanda kepada masalah pemakanan, kesihatan atau emosi.

Bagaimana untuk mengetahui jika anak saya mengalami kekurangan berat badan?

Pertumbuhan adalah petunjuk yang baik bagi status pemakanan seseorang kanak-kanak. Pertumbuhan kanak-kanak dinilai oleh anggota kesihatan untuk mengetahui sama ada kanak-kanak tersebut mengikuti corak pertumbuhannya.

Pertumbuhan kanak-kanak boleh diawasi dengan menimbang berat badan dan mengukur ketinggiannya serta membuat perbandingan dengan rujukan standard. Ini boleh dilakukan dengan memplot nilai berat badan dan ketinggian kanak-kanak pada carta berat badan dan ketinggian mengikut jantina.

Anggota kesihatan akan menimbang berat dan mengukur ketinggian seseorang kanak-kanak untuk menentukan sama ada ia berada dalam lingkungan yang sihat. Umur dan corak pertumbuhan kanak-kanak juga akan diambil kira bagi menentukan sama ada mereka mengalami berat badan yang berlebihan. Kekurangan berat badan di kalangan kanak-kanak adalah sukar untuk ditafsirkan kerana tumbesaran mereka tidak boleh dijangka.

Apakah perkara-perkara yang perlu diambil kira bagi kanak-kanak yang mengalami kekurangan berat badan?

Seorang anak yang kekurangan zat makanan lebih cenderung untuk mendapat jangkitan. Dia mungkin berasa lemah dan letih serta menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian.

Anak tersebut mungkin mengalami pertumbuhan terbantut atau permulaan akil baligh yang agak lewat.

Dalam sebarang keadaan pun, adalah mustahak untuk berunding dengan doktor untuk mengenal pasti masalah dan bagaimana untuk mengatasinya.

Terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan masalah kekurangan berat badan. Ini termasuk:

Tidak makan secukupnya mengikut keperluan harian yang disarankan. Pengurangan pengambilan makanan harian biasanya berlaku lebih awal iaitu mungkin beberapa minggu atau bulan sebelumnya.

Penyakit seperti jangkitan cacing.

Tekanan.

Senaman yang berlebihan

Kurang berminat untuk makan. Ini mungkin tanda-tanda kemurungan, alahan pemakanan yang menyebabkan ketidakselesaan selepas makan, kandungan kafein yang tinggi, terlalu risau akan mengalami berlebihan berat badan ataupun penyakit berkaitan pemakanan.

Peningkatan kadar pertumbuhan yang mendadak.

Apakah yang boleh saya lakukan untuk membantu anak yang mengalami kekurangan berat badan? Jika doktor menyarankan pertambahan berat badan, objektif utama adalah untuk:

Menggalakkan anak mengambil kalori yang lebih. Mulakan dengan merancang hidangan dan snek yang berkalori tinggi mengikut setiap kumpulan makanan daripada Panduan Piramid Makanan Malaysia.

Adalah penting bagi anak anda mengambil protein, karbohidrat serta lemak dengan secukupnya bagi membekalkan tenaga untuk aktiviti, tumbesaran dan perkembangan.

Galakkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian Sekiranya anak anda aktif bermain, pastikan dia berehat sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu makan.

Elakkan memberi anak makan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti gula-gula, minuman ringan ataupun makanan tinggi kandungan lemak dari kedai makanan segera.

Hadkan pengambilan snek sebelum waktu makan kerana amalan ini akan mengurangkan selera makan.

Elakkan pengambilan kafein, galakkan minuman berkhasiat seperti jus dan susu.

Pilih makanan yang digemari oleh anak anda.

Apakah yang patut anak saya makan?

leh kerana makanan kurang diambil, ibu bapa atau penjaga harus memberi makanan berkalori tinggi. Apabila menyediakan makanan, utamakan sumber lemak tambahan yang sihat seperti minyak sayuran sebagai pengganti mentega atau marjerin.

Contoh penyediaan makanan berkalori tinggi:

Nasi / bubur

Ditambah ayam / daging / minyak / marjerin

Roti

Ditambah marjerin / mentega kacang / keju

Biskut kraker

Ditambah marjerin / mentega kacang / keju

Susu

Ditambah serbuk coklat / aiskrim

Telur

Ditambah susu / minyak / marjerin / keju

Kentang dilenyek / dibakar

Ditambah susu /minyak / marjerin

Berapa banyakkah harus anak saya makan?

Galakkan anak makan dengan kerap. Enam hidangan kecil mungkin lebih mudah dimakan berbanding tiga hidangan utama. Anak anda harus makan sebanyak yang boleh tanpa merasa tidak selesa. Jangan paksa dia makan.

Berikan pelbagai jenis makanan dan snek kepada anak anda sepanjang hari.

Jika anak ke sekolah, bekalkan dia makanan snek sihat seperti biskut kraker, buah-buahan kering (seperti kismis), lobak merah dan kacang.

Pada mulanya, anak anda mungkin tidak biasa makan banyak. Berikan galakkan walaupun terdapat sedikit perubahan. Anda perlu faham bahawa perubahan perlu mengambil masa. Banyakkan bersabar.

Bagaimana saya boleh bantu anak saya rasa positif tentang imej dirinya?

Perlu diingat bahawa setiap anak adalah unik dan begitu juga bentuk badannya. Kanak-kanak berbeza dari segi saiz, bentuk dan ketinggian. Mereka juga membesar pada kadar berbeza. Walau bagaimanapun, yang penting, anak anda sihat.

Jangan timbang anak anda terlalu kerap. Rumah sepatutnya tempat yang selesa dan tidak rasa terasing oleh kanak-kanak. Doktor mungkin mengesyorkan lawatan ke klinik yang kerap untuk memantau perkembangan anak anda. Gunakan kesempatan ini untuk memperoleh maklumat mengenai berat badan anak anda. Selain itu, tumpukan perbincangan mengenai berat badan.

Berat badan sihat adalah berat yang boleh dikekalkan secara sihat dengan memastikan kanak-kanak cukup zat, aktif dan mempunyai perasaan yang positif terhadap tubuh badan dan saiz mereka.

Contoh menu

Hidangan Nasi Tomato (Hidangan 4 orang)

Bahan-bahan

90g (1/2 cawan) beras 1 sudu makan marjerin 30ml (2 sudu makan) puri tomato 125ml (1/2 cawan) jus tomato 125ml (1/2 cawan) air 5g (1/2 sudu makan) minyak sayuran 10g (2 ulas) bawang putih, ditumbuk 10g (2 cm) halia, dihancurkan 60g (1 biji) bawang besar, dihiris 100g (2 biji) tomato, dipotong dadu 125g (1/2 cawan) daging yang empuk ( contoh: striploin), dihiris nipis Garam, gula dan lada sulah secukup rasa

Cara memasak

Di dalam periuk nasi elektrik, tanak beras bersama puri tomato, jus tomato dan air. Tambah 1 sudu makan marjerin.

Sementara itu, tumis bawang putih, halia dan bawang besar dalam kuali berasingan. Masukkan tomato yang dipotong dadu serta baki jus tomato. Tambah hirisan daging dan masak hingga empuk. Tambah lebih air, jika perlu. (Untuk kanak-kanak kecil, gunakan daging cincang atau ayam)

Tutup api dan letakkan berasingan.

Sendukkan nasi ke dalam acuan jeli berbentuk bulat. Buat satu lekuk di tengah-tengah nasi dan letakkan daging yang telah ditumis ke dalam lekuk tersebut.

Telungkupkan nasi tomato berserta daging ke atas pinggan dan hidangkan.

Kandungan nutrisi setiap hidangan

Kalori (kkal)

:

173.0

Protein (g)

:

10.0

Zat Besi (mg)

:

3.5

Lemak (g)

:

2.0

Kalsium (mg)

:

25.01 - 3 Tahun

Contoh Menu Makanan Berkalori Tinggi Bagi Kanak-kanak Berusia 1 - 3 Tahun

Sarapan1 gelas susu (penuh krim)1 keping roti bakar2 sudu kecil marjerin

Minum Pagi potong betik2 keping biskut1 gelas minuman bersusu

Makan Tengah hari1 cawan nasi (tambah 1 sudu makan minyak masak / marjerin)1 ekor ikan kembung1 cawan sayur bayam1 gelas air kosong1 biji pisang

Makan Malam1 cawan mi goreng (tambahkan 1 sudu makan minyak masak / marjerin)2 ketul ayam (saiz kotak mancis) cawan sayur1 gelas air kosong potong betik

Makan Lewat Malam1 gelas susu (penuh krim)

Contoh Menu Makanan Berkalori Tinggi Bagi Kanak-kanak Berusia 4 6 Tahun

Sarapan1 gelas susu (penuh krim) cawan nasi goreng (tambahkan1 sudu makan minyak masak / marjerin) cawan sayur 1 telur goreng

Minum Pagi2 keping biskut kraker1 sudu makan marjerin1 gelas minuman bersusu

Makan Tengahari1 cawan nasi (tambahkan 1 sudu makan minyak masak / marjerin) ekor ikan bersaiz sederhana1 cawan sayur1 gelas air kosong1 biji pisang

Minum Petang1 ketul karipap1 keping roti1 gelas minuman bersusu

Makan Malam1 cawan nasi (tambahkan 1 sudu makan minyak masak / marjerin)2 ketul ayam (saiz kotak mancis)1 cawan sayur1 gelas air kosong1 biji epal

Semakan akhir

:

10 Mac 2009

Penulis

:

Rashadiba bt. Ibrahim

PemakananKanak-kanak Berlebihan Berat Badan

Pengenalan

Kanak-kanak yang berlebihan berat badan berkemungkinan besar menjadi remaja dan dewasa yang berlebihan juga berat badan dan seterusnya cenderung kepada masalah kesihatan. Ini termasuk penyakit jantung, kencing manis, tekanan darah tinggi, strok dan beberapa jenis penyakit kanser.

Bagaimana untuk mengetahui jika anak saya mengalami berat badan berlebihan?

Pertumbuhan adalah petunjuk yang baik bagi menggambarkan status pemakanan seseorang kanak-kanak. Pertumbuhan seseorang kanak-kanak dinilai oleh anggota kesihatan untuk mengetahui sama ada kanak-kanak tersebut mengikuti corak pertumbuhannya.

Pertumbuhan kanak-kanak boleh diawasi dengan menimbang berat badan dan mengukur ketinggiannya serta membuat perbandingan dengan rujukan standard. Ini boleh dilakukan dengan memplot nilai berat badan dan ketinggian kanak-kanak pada carta berat badan dan ketinggian mengikut jantina.

Pakar perubatan akan menimbang berat dan mengukur ketinggian seseorang kanak-kanak untuk menentukan sama ada kanak-kanak tersebut berada dalam lingkungan berat badan yang sihat.

Apakah perkara-perkara yang perlu diambil kira bagi kanak-kanak dengan berat badan berlebihan?

Terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan berlebihan berat badan. Ini termasuk :

Faktor genetik memainkan peranan dalam memungkinkan seorang anak lebih cenderung dengan masalah berat berlebihan, tetapi amalan sekeluarga seperti tabiat makan dan aktiviti juga mempengaruhi berat badan.

Kurangnya aktiviti fizikal.

Corak pemakanan yang tidak sihat atau kombinasi faktor-faktor ini.

Masalah kesihatan seperti kelenjar endokrin yang tidak sempurna memungkinkan seorang anak mengalami berat badan berlebihan. Doktor anda boleh melakukan ujian fizikal yang rapi dan ujian darah, sekiranya perlu, untuk mengenal pasti penyebab.

Bagaimana saya boleh membantu anak saya yang mengalami berat badan berlebihan?

1. Berikan sokongan

Beritahu anak anda supaya jangan terlalu bimbang tentang berat badannya. Tanggapan ibu bapa terhadap anak-anak turut mempengaruhi perasaan mereka. Jadi, jika anda menerima berat badan anak anda, mereka lebih cenderung untuk rasa begitu terhadap diri sendiri.

Berbincang mengenai berat badan dengan anak-anak bagi menggalakkan mereka berkongsi masalah mereka. Anak anda mungkin lebih mengetahui mengenai masalahnya berbanding orang lain. Oleh itu, kanak-kanak seumpama ini memerlukan sokongan, dorongan daripada ibu bapa mereka.

2. Perhatian keluarga

Ibu bapa harus menerima anak mereka seadanya, tetapi pada masa yang sama cuba mengubah aktiviti fizikal serta tabiat pemakanan keluarga secara beransur. Penglibatan keluarga dapat membantu menerapkan amalan sihat kepada semua tanpa memberi tumpuan kepada anak yang berlebihan berat badan.

3. Tingkatkan aktiviti fizikal keluarga

Aktiviti fizikal yang kerap berserta tabiat makan yang sihat adalah cara yang paling berkesan dan sihat untuk mengawal berat badan. Ia adalah sebahagian daripada amalan gaya hidup yang sihat. Ia bukan bertujuan untuk menjadikan aktiviti fizikal sebagai satu bebanan tetapi ambil peluang untuk anda sekeluarga menjadi lebih aktif.

Berikut adalah beberapa cara mudah untuk meningkatkan aktiviti fizikal keluarga :

Jadikan diri anda sebagai contoh kepada anak anda. Jika anak anda lihat anda aktif secara fizikal dan seronok melakukannya, mereka juga cenderung untuk menjadi begitu dan sentiasa aktif sepanjang hayat.

Rancang aktiviti keluarga yang memberi peluang untuk senaman serta berseronok seperti berjalan, menari, berbasikal atau berenang. Contohnya, rancangkan aktiviti berjalan bersama keluarga sesudah makan malam berbanding menonton tv. Pastikan anda merancang aktiviti yang mampu dilakukan dalam persekitaran yang selamat

Peka terhadap keperluan anak anda. Anak yang berlebihan berat badan mungkin tidak selesa melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti. Adalah mustahak bagi membantu anak anda memilih aktiviti fizikal yang mereka gemari dan bukannya terlalu sukar atau mengaibkan.

Kurangkan masa anda dan keluarga anda dalam aktiviti-aktiviti yang kurang aktif seperti menonton tv atau bermain permainan video.

Jadi lebih aktif sepanjang hari dan galakkan keluarga anda untuk berbuat sedemikian. Contohnya, menaiki tangga berbanding menggunakan lif atau melakukan aktiviti semasa cuti seperti bangun dan regangkan badan atau berjalan-jalan.

4. Terapkan tabiat pemakanan sihat ke dalam keluarga

Amalan pemakanan sihat yang diterapkan awal mampu membantu kanak-kanak memahami bahawa makanan harus digemari penting untuk kesihatan

Tingkatkan pengetahuan mengenai pemakanan untuk kanak-kanak dengan membaca atau berbincang dengan pakar kesihatan.

Piramid Makanan Malaysia adalah sumber rujukan diet yang amat berguna bagi masyarakat Malaysia berumur 2 tahun ke atas. Ia juga merupakan panduan tentang kepentingan keseimbangan antara kumpulan-kumpulan makanan di dalam amalan pemakanan harian.

Beri anak anda pilihan makanan yang sihat.

Apakah cara untuk membantu anak saya yang berlebihan berat badan?

Berbincang dengan pakar pemakanan sekiranya anda kurang pasti tentang cara untuk memilih dan menyediakan pelbagai makanan untuk keluarga, berbincang dengan pakar pemakanan.

1. Pengambilan yang dihadkan

Kanak-kanak tidak patut dihadkan pengambilan makanannya bagi menurunkan berat badan melainkan atas penyeliaan pegawai perubatan. Adalah berbahaya sekiranya pemakanan mereka dihadkan kerana ia mengganggu pertumbuhan dan tumbesaran mereka.

Bagi menyokong tumbesaran yang baik dan mencegah berlebihan berat badan, pertambahan berat badan, ibu bapa harus memberi sumber makanan yang pelbagai berdasarkan kumpulan makanan dalam Piramid Makanan Malaysia.

Sebahagian besar makanan dalam diet harian anda harus datang daripada kumpulan bijirin.

Kumpulan susu serta daging dan kacang panjang harus diambil dengan sederhana.

Makanan yang tinggi lemak dan gula harus diambil dengan sedikit.

Lemak tidak harus dihadkan dalam diet kanak-kanak berumur kurang dari 2 tahun.

2. Kurangkan jumlah lemak di dalam diet keluarga dengan berhati-hati

Mengurangkan lemak adalah cara yang baik bagi mengawal kalori anak anda tanpa menghadkan nutrien lain. Cara mudah untuk mengurangkan lemak di dalam diet keluarga anda termasuklah menghadkan makanan atau hidangan bergoreng, menyediakan ayam tanpa kulit dan menggunakan daging tanpa lemak di dalam hidangan. Bijirin dan roti rendah atau tanpa lemak juga adalah pilihan yang baik

Lakukan perubahan kecil dalam jumlah lemak dalam diet keluarga. Walau bagaimanapun perubahan yang besar harus di bawah penyeliaan pakar pemakanan.

Lemak tidak harus dihadkan dalam diet kanak-kanak yang berumur kurang dari 2 tahun. Dari umur 2 tahun sehingga 5 tahun, kanak-kanak harus mengamalkan diet yang mengandungi tidak lebih 30 peratus kalori daripada lemak.

3. Jangan terlalu menghadkan gula-gula atau manisan

Makanan yang mengandungi lemak, garam dan gula harus dimakan dengan sederhana.

4. Bantu keluarga membuat pilihan makanan dan bukan mengarah

Sediakan pelbagai pilihan makanan di rumah. Ini akan membantu anak anda belajar bagaimana membuat pilihan yang sihat.

5. Galakkan anak anda makan secara perlahan

Seorang kanak-kanak boleh merasa lapar dan kenyang apabila makan secara perlahan.

6. Makan bersama keluarga seberapa kerap yang boleh

Jadikan waktu makan masa yang seronok dengan berbual dan saling berkongsi, bukannya masa untuk berbalah. Jika waktu makan tidak disenangi, anak-anak akan makan dengan cepat untuk beredar secepat mungkin. Mereka akan kaitkan waktu makan dengan tekanan.

7. Libatkan anak-anak ketika membeli dan menyediakan makanan

Dengan melakukan aktiviti-aktiviti ini, ibu bapa dapat mengetahui makanan kegemaran anak-anak, mengajar tentang pemakanan dan membuat mereka rasa berjaya. Tambahan pula, anak-anak lebih suka makan makanan yang mereka sediakan sendiri.

8. Rancang waktu snek

Memakan snek secara berterusan boleh menyebabkan makan secara berlebihan. Walau bagaimanapun snek yang berjadual boleh dijadikan sebahagian daripada diet yang berkhasiat tanpa mengganggu selera makan anak.

Sediakan snek yang berkhasiat tanpa menghadkan snek seperti kentang goreng atau biskut sekali sekala terutamanya di parti-parti atau aktiviti sosial lain.

9. Tidak menggalakkan makan snek ketika menonton tv

Sukar untuk berasa kenyang jika makan sambil menonton tv. Ini boleh menyebabkan makanan secara berlebihan.

10. Jangan jadikan makanan sebagai hukuman atau ganjaran kepada anak anda

Tidak memberi makan sebagai satu hukuman boleh menyebabkan kanak-kanak berasa risau yang dia tidak akan mendapat makanan secukupnya. Contohnya, dengan memberitahu kanak-kanak yang mereka akan mendapat sajian pencuci mulut jika mereka menghabiskan kesemua sayuran ialah memberi gambaran yang salah mengenai sayur-sayuran.

11. Pastikan makanan yang dimakan di luar rumah adalah seimbang

Sediakan bekalan sekolah yang pelbagai pilihan

Pilih hidangan yang sihat dan berkhasiat ketika makan di restoran

12. Tunjukkan teladan yang baik

Tunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak anda dengan menyediakan pelbagai pilihan makanan untuk keluarga.

Dengan menjadi lebih aktif dapat mengajar anak-anak gaya hidup yang sihat yang mereka boleh contohi sepanjang hayat. Kanak-kanak belajar dengan lebih cepat dan baik melalui teladan.

Semakan akhir

:

10 Mac 2009

Penulis

:

Rashadiba bt. Ibrahim

MerancangMenu Sihat untuk Kanak-Kanak Sekolah

Pengenalan

Masa makan adalah masa untuk anak anda beristirahat bersama keluarga dan menikmati hidangan selepas sehari suntuk di sekolah. Ia adalah waktu yang sesuai untuk ibu bapa meluangkan masa dan berinteraksi dengan anak. Hidangan yang disediakan di rumah adalah lebih berkhasiat dan menjimatkan masa serta perbelanjaan jika ibu bapa bijak merancang menu. Merancang menu adalah mudah dan tidak mengambil masa yang lama jika anda membuat persediaan awal dan teratur.

Mengapa perancangan menu sihat penting untuk kanak-kanak sekolah?

Untuk membekalkan makanan dan snek yang sihat pada waktu yang bersesuaian sepanjang hari.

Memastikan kepelbagaian dalam setiap sajian agar anak mendapat makanan yang seimbang.

Untuk mengurangkan pilihan makanan berulang.

Membuat perancangan awal bahan yang diperlukan bagi mengelakkan daripada membeli di saat akhir atau dalam keadaan yang tergesa-gesa.

Untuk menjimatkan masa. Dengan merujuk kepada menu yang dirancang, anda boleh mengutamakan makanan yang boleh disedia awal.

Panduan am untuk merancang makanan sihat bersama keluarga

Adalah penting untuk merancang menu yang sihat dan digemari oleh kanak-kanak. Berikut adalah panduan untuk merancang menu untuk anak:

Anda perlu rancangan bagi 3 menu hidangan utama dan 2 menu snek untuk sehari untuk memastikan anak mendapat makanan yang secukupnya. Rancang menu hidangan utama dan snek untuk jangka masa seminggu

Menu hidangan utama dan snek perlu merangkumi makanan daripada setiap 5 kumpulan makanan dalam Piramid Makanan Malaysia. Jika terdapat kumpulan makanan yang tidak dimasukkan dalam menu hidangan utama, ia boleh dimasukkan dalam menu snek. Sebagai contoh, buah dimasukkan dalam menu snek.

Waktu makan juga perlu dirancang untuk mengambil kira waktu anak akan ke sekolah dan balik dari sekolah. Apabila hendak ke sekolah, berikan cukup masa untuk anak menghabiskan hidangan dan jangan tergesa-gesa. Lazimnya, anak pasti letih apabila pulang dari sekolah. Hidangkan makanan utama selepas anak berehat sebentar.

Tips merancang menu sihat untuk waktu makanan utama

Pastikan hidangan utama terdiri daripada 5 kumpulan makanan dalam Piramid Makanan Malaysia.

Pilih hidangan daripada produk bijirin penuh (contoh: campurkan beras perang dengan beras putih)

Tambahkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam hidangan utama. (contoh : tomato dalam ayam masak merah)

Tambahkan satu sajian makanan dari kumpulan ikan, ayam,daging atau telur dengan makanan alternatif seperti kacang panggang, kacang peas, dal atau tauhu. Contohnya, campurkan kacang peas dalam resipi ayam masak kicap atau campurkan tempe dalam sambal ikan bilis.

Tips merancang menu sihat untuk makanan snek

Masukkan sekurang-kurangnya 2 kumpulan makanan yang berlainan dalam setiap sajian snek.

Pilih snek berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, roti bijirin penuh, susu, keju dan dadih.

Kurangkan snek yang terlalu manis dan melekit seperti gula-gula yang boleh melekat pada gigi kanak-kanak yang boleh menyebabkan karies gigi.

Senarai semak plan perancangan menu sihat

Guna senarai semak berikut untuk memastikan menu yang anda rancang adalah lengkap:

Adakah anak anda mendapat pelbagai jenis makanan untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam setiap hari?

Adakah dia mengambil makanan daripada setiap kumpulan makanan?

Adakah dia meminum susu dan air kosong setiap hari?

Adakah anda berusaha untuk menyediakan hidangan dengan cara memasak yang berbeza setiap hari?

Adakah terdapat ulangan hidangan dan jenis makanan yang terlalu kerap? Contohnya ayam goreng 5 kali seminggu.

Adakah sajian anda tinggi nilai khasiatnya?

Semakan akhir

:

10 Julai 2009

Penulis

:

Siti Mariam bt. Ali

MemilihMakanan Sihat untuk Kanak-Kanak Sekolah

Sebagai ibu bapa yang prihatin dan mahukan anak-anak berjaya dalam kehidupan, anda perlulah melabur dalam kesihatan mereka. Berusahalah untuk memberi makanan yang pelbagai, seimbang dan berkhasiat agar anak-anak yang sedang bersekolah dapat membesar dan kekal sihat.

Pemilihan dan amalan pengambilan makanan sihat perlu diterapkan di kalangan kanak-kanak sekolah. Berikut adalah panduan am untuk membantu anda memilih makanan sihat untuk anak-anak agar mereka dapat makan secara sihat dan belajar menikmati makanan berkhasiat: Anda juga boleh bekalkan mereka makanan yang berkhasiat disediakan di rumah. Sekiranya ada majlis-majlis di sekolah yang perlukan sumbangan makanan, bekalkan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan potong yang digaulkan dengan jus lemon dan sebagainya.

1. Gunakan maklumat yang positif

Beritahu anak-anak bahawa semua makanan boleh memenuhi keperluan pemakanan yang sihat. Tidak ada makanan yang baik atau tidak baik. Kunci utama pemakanan sihat ialah pilihan dan pengambilan makanan secara sederhana. Ajar mereka mengenai pemakanan yang baik dengan cara yang mudah seperti Yogurt dan susu boleh membantu perkembangan tulang yang kuat atau lobak merah membantu anda melihat dalam keadaan yang gelap.

2. Tumpukan kepada pemilihan makanan yang kaya dengan nutrien

Sentiasa galakkan anak anda untuk memilih makanan yang kaya dengan nutrien di kantin sekolah. Ajar mereka untuk sentiasa memilih makanan seperti:

Buah-buahan berwarna terang sebagai snek berbanding gula-gula.

Sayur-sayuran beraneka warna.

Makanan yang diperkaya dengan nutrien, bijirin penuh dan yang tinggi serat.

Minuman bersusu berbanding minuman kordial.

Hidangan yang kurang berminyak dan bergula.

Hidangan yang mengandungi produk kekacang seperti tempe dan tauhu selain ayam, daging dan ikan.

3. Tetapkan peraturan makanan keluarga

Kanak-kanak lebih mudah memilih makanan sekiranya mereka tahu peraturan pemakanan keluarga. Contohnya, setiap ahli keluarga wajib bersarapan pagi setiap hari, susu ialah minuman pilihan selepas makan malam atau snek di sekolah perlulah daripada 5 kumpulan makanan dalam piramid makanan dan yang kurang minyak, garam dan gula.

Tetapkan beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi apabila makan di luar, seperti memesan air buah-buahan atau air kosong.

4. Jadi contoh yang baik

Kanak-kanak mudah dipengaruhi oleh keadaan sekeliling dan orang yang rapat dengan mereka. Sebagai ibu bapa, pemilihan makanan yang anda buat akan mempengaruhi anak-anak. Jika anda memilih makanan yang sihat, anak-anak juga akan mencontohi anda.

Selain menunjukkan contoh tabiat makan yang sihat, bincang dengan anak-anak tentang Panduan Piramid Makanan dan pelbagai sajian makanan lazat yang boleh dinikmati.

5. Masak bersama

Kanak-kanak lebih teruja dan berminat untuk mengambil makanan sihat apabila mereka diberi peluang untuk menyediakan makanan. Libatkan mereka semasa menyediakan hidangan. Benarkan mereka menambah apa yang mereka gemar dalam makanan mengikut kreativiti mereka. Adakan sesi permainan masak-memasak bersama kawan-kawan mereka atau pergi ke kelas masakan bersama mereka.

6. Membeli makanan bersama

Libatkan anak-anak semasa membeli belah atau ajak mereka sama-sama menanam sayur atau buah di kebun, sekiranya ada. Pilih makanan yang kaya dengan nutrien. Bantu anak memilih satu atau dua bungkusan makanan snek kegemaran mereka yang kaya dengan nutrien untuk dibawa ke sekolah.

Semakan akhir

:

10 Julai 2009

Penulis

:

Siti Mariam bt. Ali

BekalanMakanan Sihat untuk Kanak-Kanak Sekolah

Kanak-kanak menghabiskan tempoh masa yang lama di sekolah. Lazimnya, satu pertiga daripada keperluan nutrien harian akan dimakan di sekolah. Ini bermakna pengambilan makanan di sekolah penting untuk memenuhi keperluan harian kanak-kanak sekolah. Ia juga memberi kesan kepada tahap tenaga dan daya tumpuan kepada pelajaran serta mempengaruhi tabiat makan dan tumbesaran. Seorang ibu yang sibuk boleh mengimbangkan antara pemakanan sihat dengan makanan yang menarik untuk anak dengan menyediakan bekalan yang mengandungi lima jenis makanan utama seperti berikut:

1. Hidangan utama (bagi kanak-kanak yang makan tengah hari di sekolah atau tidak sempat bersarapan)

Sandwic sihat

Sandwic adalah popular kerana ia mudah dimakan dan disediakan.

Pilih roti penuh bijirin kerana ia mengandungi lebih serat.

Lapiskan sandwic dengan isi yang digemari oleh anak seperti ikan tuna atau sardin, keju, isi ayam yang dipanggang atau telur rebus yang dilecek dengan sedikit mayones.

Tambahkan sedikit sayur seperti timun, salad atau lobak.

Nasi atau mi goreng

Selain daripada sandwic, makanan utama yang mudah dibawa ke sekolah ialah nasi atau mi/ mihun/ pasta goreng. Ia lazat dan digemari oleh kanak-kanak.

Tambahkan lebih sayur, telur, ayam atau daging dalam nasi atau mi goreng untuk menjadikan ia seimbang. Kurangkan penggunaan minyak berlebihan untuk menumis.

Hidangan panas mudah menjadi basi. Pastikan hidangan tidak dimasak terlalu awal. Sejukkan dahulu sebelum dimasukkan dalam bekas bekalan. Gunakan bahan mentah yang segar untuk membuat nasi goreng, pastikan nasi putih yang dimasak telah disimpan di dalam peti sejuk atau baru dimasak.

2. Buah dan sayur

Bekalkan juga buah segar seperti pisang, jambu, epal, lai atau limau. Ada kanak-kanak yang gemar sayur segar seperti lobak merah, timun dan sengkuang.

3. Susu

Minuman susu dalam kotak sama ada susu biasa atau berperisa harus menjadi bahan tetap yang dibekalkan ke sekolah. Ia mengandungi kalsium dan protein yang diperlukan oleh kanak-kanak. Pastikan bekalan susu dikendalikan dengan sempurna. Selepas minum, lebihan susu hendaklah dibuang untuk mengelak keracunan makanan.

4. Snek berkhasiat untuk masa rehat

Snek ringan juga adalah penting, terutama bagi waktu rehat. Bekalkan biskut, kek, sandwic atau kuih tempatan yang berkhasiat serta buah-buahan. Kurangkan pilihan snek yang manis, masin dan berlemak.

5. Air kosong

Air kosong adalah minuman yang paling sesuai untuk kanak-kanak sekolah.

Minuman kordial dan air bergas mengandungi gula yang tinggi dan boleh mengurangkan selera dan menjejaskan pengambilan makanan berkhasiat jika diminum terlalu kerap.

Bekalkan air sejuk atau air yang dibekukan dalam bekas air yang dibungkus. Ia dapat mengekalkan suhu sejuk dan lebih digemari.

Bekalkan pelbagai jenis makanan yang terdiri daripada makanan utama seperti sandwic atau nasi/mi goreng, buah, susu, snek ringan untuk masa rehat dan air kosong setiap hari untuk memastikan anak mendapat pemakanan yang seimbang di sekolah. Bagi anak yang susah makan, ajak dia sama-sama memilih atau menyediakan bekalan makanan. Ini mungkin dapat membantu membuka seleranya.

Semakan akhir

:

19 April 2012

Penulis

:

Siti Mariam bt. Ali

CaraMemberi Makan Kepada Kanak-kanak Yang Sakit

Pengenalan

Penyakit yang dialami oleh kanak-kanak boleh menjejaskan pengambilan makanan mereka. Kanak-kanak yang sakit mungkin terlalu lemah untuk makan, sukar untuk makan disebabkan oleh hidung yang tersumbat atau batuk, atau mengalami kesukaran untuk menelan makanan. Kanak-kanak yang mendapat jangkitan juga selalunya kurang berselera untuk makan. Oleh itu, kanak-kanak yang sakit perlu diberikan makanan yang berlainan daripada mereka sihat. Walau bagaimanapun secara amnya, ibu bapa atau penjaga disyorkan untuk terus memberi kanak-kanak makanan pilihan mereka dan tidak mengehadkan makanan yang ingin mereka makan. Ini bagi memastikan kanak-kanak tersebut mendapat nutrien yang diperlukan semasa sakit dan semasa mereka sedang sembuh.

Mengapa kanak-kanak yang sakit meme rlukan makanan yang berkhasiat?

Kanak-kanak yang sakit perlu diberi makan makanan yang berkhasiat walaupun mereka tidak aktif. Mereka memerlukan nutrien yang mencukupi bagi melawan jangkitan dan menggantikan nutrien yang hilang semasa sakit.Jika seorang kanak-kanak yang sakit tidak mengambil makanan dengan secukupnya, lemak dan otot tubuhnya akan digunakan untuk membekalkan tenaga dan nutrien. Ini akan menyebabkan mereka kehilangan berat badan dan mengalami masalah kekurangan zat makanan. Semasa sakit, tumbesaran seseorang kanak-kanak itu selalunya akan terjejas, walaupun tempoh sakitnya adalah singkat. Sistem imun mereka juga boleh menjadi kurang berkesan dan tidak mampu melawan jangkitan. Jangkitan juga meningkatkan keperluan beberapa nutrien sekiranya usus tidak dapat menyerap nutrien dengan baik; atau tubuh menggunakan nutrien lebih pantas daripada biasa (contohnya, untuk membaik pulih sistem imun).

Apakah makanan yang perlu diberi kepada kanak-kanak yang sakit?

Memberi makan kanak-kanak yang sakit merupakan cabaran kepada ibu bapa atau penjaga. Kanak-kanak yang sakit selalunya enggan makan atau hanya makan sedikit sahaja. Semasa kanak-kanak sakit, adalah penting untuk tidak mengehadkan makanan atau minuman yang ingin mereka makan.

Berikut adalah beberapa panduan untuk memberi makan kanak-kanak yang sakit:

Bagi bayi atau kanak-kanak yang masih menyusu susu ibu, teruskan penyusuan susu ibu dengan lebih kerap dan susukan bayi atau kanak-kanak dengan lebih lama pada setiap pe nyusuan. Jika bayi terlalu lemah untuk menyusu, ibu-ibu boleh memerah susu ibu dan memberi susu ibu kepada bayi menggunakan sudu atau cawan.

Beri kanak-kanak makan dengan kerap dan dalam kuantiti yang kecil.

Beri kanak-kanak makanan yang lembut dan padat dengan nutrien seperti bubur nasi yang ditambah sayur-sayuran dan ayam atau ikan. Sedikit mentega atau marjerin boleh ditambah ke dalam bubur nasi untuk meningkatkan kandungan kalori.

Beri kanak-kanak makan pelbagai makanan daripada semua kumpulan makanan.

Beri kanak-kanak makanan yang lembut atau dilecek jika mereka menghadapi masalah untuk menelan. Walau bagaimanapun, elak daripada mencairkan makanan atau susu yang diberi kepada mereka.

Bersabar dan berikan makanan yang digemari kanak-kanak untuk meningkatkan seleranya.

Pangku kanak-kanak atau biarkan mereka makan dalam keadaan duduk. Elakkan memberi kanak-kanak makan semasa berbaring kerana ini boleh menyebabkan mereka tercekik.

Jika kanak-kanak muntah, tunggu selama sepuluh minit sebelum meneruskan pemberian air atau makanan.

Elak memaksa kanak-kanak untuk makan.

Kanak-kanak yang mengalami cirit-birit atau diarea selalunya akan mengguna atau kehilangan lebih banyak air daripada biasa. Oleh yang demikian, mereka perlu diberi lebih banyak air dan pastikan air tersebut adalah bersih dan selamat untuk diminum. Air kosong , susu, minuman yogurt dan minuman berk hasiat yang lain hendaklah diberi kepada kanak-kanak yang sakit. Elakkan memberi kanak-kanak minuman berkarbonat atau kordial. Kanak-kanak yang masih menyusu susu ibu pula hendaklah disusukan dengan lebih kerap, sementara kanak-kanak yang tidak menyusu susu ibu hendaklah diberi air atau cecair lain seperti sup dengan banyak setiap satu hingga dua jam.

Memberi makan kepada kanak-kanak yang sedang sembuh

Tempoh penyembuhan merupakan perkara yang penting dalam penjagaan pemakanan kanak-kanak yang sakit. Kebiasaannya penyembuhan penyakit akan mengambil masa. Ibu bapa atau penjaga perlu memberi perhatian yang sepenuhnya terhadap pengambilan makanan kanak-kanak yang sakit untuk tempoh sekurang-kurangnya 2 minggu selepas mereka sembuh. Makanan berkhasiat yang diambil semasa kanak-kanak sedang sembuh dapat memastikan mereka memperoleh kembali nutrien yang hilang semasa mereka sakit.

Semasa sedang sembuh,

Kebiasaannya kanak-kanak akan lebih berselera untuk makan dan akan teruja untuk makan lebih daripada biasa. Terus berikan kanak-kanak makanan yang mereka gemari dengan kerap.

Kanak-kanak hendaklah digalakkan untuk makan lebih pada setiap waktu makan, diberi snek berkhasiat seperti roti sardin atau yogurt di antara waktu makan dan tingkatkan kuantiti makanan yang diberi setiap hari untuk tempoh sekurang-kurangnya dua minggu.

Terus berikan kanak-kanak makanan yang berkhasiat seperti daging, ikan, hati, telur, susu, buah-buahan dan sayur-sayuran untuk memenuhi keperluannya . Kanak-kanak perlukan makanan yang lebih untuk mendapat semula berat badan mereka yang hilang semasa sakit, dan supaya mereka sihat seperti sedia kala.

Semakan akhir

:

27 Januari 2012

Penulis

:

Fatimah bt. Salim

AlahanMakanan

Apakah itu alahan pemakanan?

Kesan tindak balas yang memudaratkan daripada sistem imunisasi badan terhadap beberapa jenis makanan yang dianggap berbahaya kepada badan.

Berapa kerap ia berlaku?

Adalah dianggarkan, 2% kanak-kanak mengalami alahan makanan (lebih tinggi dikalangan kanak-kanak yang lebih muda iaitu sebanyak 5-8%). Kebanyakan kanak-kanak akan hilang alahan makanan apabila mereka meningkat dewasa. Walau bagaimanapun, sesetengah alahan seperti alahan kepada kacang tanah dan kerang-kerangan mungkin akan berlanjutan sepanjang hayat. Dikalangan orang dewasa, kejadian alahan makanan berkurangan kepada anggaran 1% daripada populasi keseluruhan.

Apakah jenis makanan yang biasanya menyebabkan alahan?

Antara makanan yang biasanya menyebabkan alahan adalah:

Susu lembu.

Telur.

Kacang soya.

Gandum.

Kacang tanah,tree nuts(walnut, kacang hazel).

Makanan laut, kerang-kerangan (contoh : udang, ketam, kepah).

Beberapa bahan pewarna dan bahan perasa.

Bilakan seseorang itu disyaki mengalami alahan makanan?

Gejala alahan biasanya berlaku dengan cepat dalam tempoh beberapa minit hingga kurang dari 2 jam selepas makan. Kadang-kala tanda-tanda alahan terjadi selepas beberapa jam makanan di makan.

Tanda dan gejala alahan makanan termasuklah:

'Angioedema' (kebengkakan muka, bibir, lidah, di sekitar mata).

Kesukaran bernafas dan berdehit.

Ruam kulit yang gatal termasuklah tompok-tompok merah(urticaria).

Rasa loya, muntah dan cirit-birit.

Perut yang sakit dan memulas.

'Colic' (sakit perut) dikalangan bayi.

Anafilaksis iaitu reaksi teruk yang berkaitan dengan kesukaran bernafas, kebengkakan dalam mulut dan kerongkong, tekanan darah rendah, kejutan (shock) malah boleh mendatangkan kematian. Gejala ini biasanya berlaku dengan cepat dalam jangka masa beberapa minit hingga beberapa jam selepas pengambilan makanan.

Gejala yang sama boleh berlaku dalam intoleransi terhadap makanan(food intolerance)dan penyakit-penyakit lain. Maka pemeriksaan doktor perlu dilakukan untuk membuat diagnosa yang tepat.

Apakah kesannya?

Gejala dan sakit mungkin di tahap sederhana tetapi kadang-kala gejala serius seperti anafilaksis boleh berlaku iaitu saluran pernafasan tersekat dan sistem jantung tidak berfungsi. Ini boleh membawa maut.

Pengelakkan beberapa jenis makanan boleh menyebabkan kekurangan zat makanan tertentu sekiranya makanan tambahan tidak diambil, contohnya kekurangan kalsium boleh berlaku jika semua produk susu dikeluarkan daripada pemakanan kanak-kanak yang alah kepada susu lembu.

Tumbesaran terbantut dan ia boleh berlaku sekiranya banyak kumpulan makanan dihadkan.

Bagaimana alahan makanan dikenal pasti?

Adalah terbaik berjumpa doktor untuk mengenal pasti alahan makanan. Jangan sesekali membuat ujian sendiri untuk mengetahui sama ada sesuatu makanan boleh mencetuskan alahan. Sesetengah ujian darah untuk mengesan tahap antibodi (IgE) atau 'ujian suntikan kulit'(skin prick test)boleh dilakukan oleh doktor untuk membantu mengenal pasti alahan tertentu.

Adakah sebarang rawatan untuk merawat alahan makanan?

Ada. Antara langkah-langkah yang berkesan adalah:

Dalam kes yang telah dikenal pasti, elakkan makanan yang menyebabkan alahan. Dapatkan nasihat Pegawai Dietitik jika perlu untuk mengelakkan kekurangan zat makanan.

Memberi rawatan untuk tindak balas yang teruk daripada pendedahan secara tidak sengaja kepada mangsa, termasuklah:

Menyuntik diri sendiri dengan adrenalin/epinephrin menggunakan jarum atau pen khusus yang disediakan.

Dapatkan rawatan perubatan kecemasan dengan segera.

Kebiasaannya ubat-ubatan seperti antihistamin, 'bronchodilator' (ubat membuka saluran pernafasan) dan steroid, alatan pembuka saluran pernafasan(insertion of airway)juga cecair intravena diperlukan dalam rawatan alahan.

Memberi makanan yang menyebabkan alahan dalam kuantiti yang amat sedikit dengan beransur-ansur(desensitising)pernah digunakan tetapi ianya bukanlah rawatan piawaian yang diluluskan.

Apakah strategi pencegahan?

Penyusuan susu ibu akan mengurangkan risiko alahan makanan. Oleh itu, penyusuan susu ibu sepenuhnya perlu dilakukan sekurang-kurangnya sehingga bayi berusia 6 bulan, terutamanya bagi mereka yang mempunyai sejarah positif alahan makanan dalam keluarga.

Peringatan

Berhati-hati dengan bahan-bahan yang tersembunyi dalam produk makanan yang mungkin tidak dinyatakan pada label makanan.

Tindak balas silang terhadap makanan boleh berlaku seperti alahan terhadap udang, udang karang dan ketam.

Beri peringatan kepada kanak-kanak yang bersekolah mengenai masalah alahan mereka dan pihak sekolah perlu dimaklumkan. Perancangan khusus perlu disediakan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

Semakan akhir

:

12 Julai 2012

Penulis

:

Dato' Dr. Lim Nyok Ling

:

Dr. Lim Sern Chin

Penyemak

:

Dr. Chong Sze Yee

AlahanTelur

Pengenalan

Telur mudah diperoleh dalam kebanyakan makanan. Ibu bapa harus mengenali makanan yang mengandungi telur untuk mengelak alahan telur daripada terjadi kepada anak mereka.

Apakah itu alahan telur?

Alahan telur ialah reaksi tindak balas badan terhadap telur dan makanan yang mengandungi telur. Badan akan memberi tindak balas seolah-olah telur itu adalah bahan berbahaya.

Bagaimana alahan terjadi?

Alahan terjadi apabila badan bertindak balas terhadap telur sebagai bahan berbahaya. Badan menghasilkan antibodi untuk melawan protein telur. Antibodi ini merangsang sistem imun badan untuk mengeluarkan bahan kimia yang menyebabkan wujudnya gejala alahan telur.

Berapa kerap alahan ini terjadi?

Kadar kejadian alahan telur di Malaysia tidak diketahui.

Biasanya bermula semasa telur mula-mula diperkenalkan kepada bayi.

Alahan telur biasanya hilang apabila kanak-kanak berumur di antara 5 hingga 7 tahun.

Apakah kesan alahan ini?

Reaksi alahan boleh melibatkan kulit, usus dan paru-paru. Kadang-kala fungsi jantung dan tekanan darah juga turut terjejas.

Jenis-jenis reaksi:

Akut - gejala kelihatan dalam masa beberapa minit.

Lewat - gejala kelihatan biasanya selepas 2 hingga 4 jam.

Gejala alahan biasanya di alami untuk jangka masa kurang daripada sehari. Gejala ini termasuk:

Gatal-gatal, radang kulit (ekzema).

Muka menjadi merah.

Mata berair, bengkak kelopak mata.

Mulut gatal, bengkak bibir.

Tekak perit.

Hidung berair.

Nafas termengah-mengah, batuk.

Loya dan muntah.

Sakit perut.

Cirit-birit.

Bagaimana diagnosa alahan telur dilakukan?

Diagnosa dilakukan oleh doktor selepas mengambil sejarah kanak-kanak dan gejalanya.

Ibu bapa mungkin sedar bahawa bayi mereka sakit atau mendapat ruam sebaik sahaja makan telur. Dapatkan nasihat doktor sekiranya keadaan ini berlaku.

Ujian khusus yang mungkin dilakukan oleh pakar termasuk:

Ujian alahan kulit.

RAST (Radio Allergosorbent Test).

Ujian khas alahan telur ini boleh dilakukan tetapi tidak semestinya memberi keputusan yang tepat. Segala keputusan ujian perlu dianalisa dengan teliti oleh pakar sebelum diagnosa dibuat.

Apa itu Anafilaksis?

Sesetengah kanak-kanak boleh mendapat reaksi alahan teruk yang dipanggil anafilaksis. Reaksi ini wujud secara tiba-tiba dan teruk melibatkan kulit, paru-paru, usus, jantung dan salur darah.

Gejala ini berlaku dengan pantas termasuk:

Berasa takut.

Muka menjadi merah.

Mata, mulut, lidah dan bibir menjadi bengkak.

Tekak berasa perit.

Susah bernafas, nafas berbunyi (wheezing).

Loya dan muntah.

Sakit perut.

Pening.

Tekanan darah rendah.

Denyutan jantung cepat.

Bagaimana keadaan ini dirawat?

Untuk semua reaksi alahan:

Jumpa doktor dengan segera.

Ubat yang digunakan untuk merawat alahan termasuk:-

Antihistamines.

Adrenaline.

Steroid.

Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil ubat-ubatan ini.

Bagaimanakah Anafilaksis dirawat?

Anafilaksis merupakan satu keadaan kecemasan yang perlu dirawati dengan segera.

Anda perlu membawa anak anda ke hospital dengan serta-merta.

Ubat EpiPen mesti diambil dengan serta-merta sekiranya anda memiliki ubat tersebut. (Ubat EpiPen adalah pen suntikan yang diisi dengan Epinephrine or Adrenaline yang boleh di dapati di Malaysia). Dapatkan nasihat doktor jika perlu pengisian semula.

Apakah yang saya harus lakukan jika anak saya ada alahan telur?

Sekiranya anak anda ada alahan telur:-

Elakkan daripada memakan telur dan makanan yang mengandungi telur (kandungan telur yang sedikit pun boleh menyebabkan reaksi yang teruk).

Baca dengan teliti label makanan dan elakkan makanan yang ada telur.

Rancang langkah kecemasan untuk sekiranya terjadi reaksi alahan.

Bawa bersama ubat EpiPen ke mana-mana, jika ada.

Pakaikan gelang yang ada medic alert di pergelangan tangan anak.

Beritahu penjaga atau guru mengenai keadaan kesihatan anak.

Minta nasihat doktor mengenai sebarang langkah khas sebelum menerima imunisasi MMR (Mumps, Measles, Rubella).

Apakah tindakan yang perlu dilakukan?

Ketahuilah bahawa terdapat banyak makanan mungkin yang mengandungi telur tetapi tidak dimasukkan dalam label.

Contohnya:-

Albumin.

Globulin.

Ovalbumin.

Vitellin.

Lysozyme.

Dapatkan nasihat pakar pemakanan sekiranya anda tidak pasti kandungan sesuatu makanan. Apabila anak anda tidak mengambil telur, anda perlu pastikan anak anda mendapat nutrient yang cukup daripada sumber makanan yang lain

Adakah alahan dapat diatasi apabila anak saya meningkat dewasa?

Kebanyakan kanak-kanak berjaya mengatasi alahan telur. Walau bagaimanapun, pengambilan semula telur perlu dilakukan selepas berbincang dengan doktor anda.

Semakan akhir

:

25 April 2012

Penulis

:

Dato' Dr. Lim Nyok Ling

:

Dr. Lim Sern Chin

Penyemak

:

Dr. Tang Swee Ping

AlahanKekacang

Pengenalan

Kacang adalah salah satu makanan biasa yang sering memberi alahan kepada seseorang. Dengan hanya sedikit pengambilannya boleh mencetuskan alahan kepada mereka yang ada alahan kekacang.

Apakah alahan kekacang?

Alahan kekacang ialah tindak balas badan (orang yang ada alahan kekacang) yang keterlaluan kepada kekacang tersebut.

Badan akan bertindak melawan kekacang tersebut sebagai bahan yang bahaya kepada badan.

Tindak balas ini boleh berpunca melalui pemakanan dan penyentuhan kekacang atau pun menghidu serbuk kacang.

Bagaimana ianya berlaku?

Alahan kekacang berlaku apabila allergen protin di dalam kacang mengakibatkan badan memberi tindak balas dengan pengeluaran antibodi IgE untuk melawan allergen protin tersebut. Antibodi ini bergabung dengan mast cel dan mengeluarkan pelbagai bahan kimia (contoh: histamine) ke dalam aliran darah dan menyebabkan gejala timbul.

Berapa kerap alahan ini terjadi?

Keadaan ini lebih kerap berlaku di negeri-negeri barat berbanding di Asia.

Di Amerika Syarikat, kejadian ini berlaku kira-kira 0.8% dan berganda bagi kanak-kanak berumur dibawah 5 tahun.

Keadaan ini berlaku biasanya pada kanak-kanak berumur 1 tahun kebawah.

1/3 daripada kanak-kanak ini akan bebas daripada alahan ini ketika berumur 5 tahun.

Selainnya alahan ini berlaku seumur hidup.

Apakah gejala alahan kekacang?

Tindak balas boleh berlaku dengan hanya sedikit protien kacang kepada mereka mengalami alahan.

Tindak balas ini lazimnya dapat dilihat dibahagian mata, mulut, kulit, usus dan paru-paru. Ia berlaku selepas makan atau satu jam selepasnya.

Tindak balas ini serius semasa pertama kali berlaku.

Gejala ini mungkin berlaku salah satu atau kombinasi:

Uriticaria (kulit berbintat, gatal dan kemerahan).

Mata berair.

Kelopak mata bengkak.

Bibir bengkak dan mulut terasa gatal.

Tekak merasa sempit.

Wheezing (nafas berbunyi).

Muntah.

Sakit perut.

Cirit birit.

Bagaimana diagnosa alahan kekacang dilakukan?

Diagnosa diberi oleh doktor yang memeriksa pesakit tentang sejarah dan gejalanya.

Ibu bapa mungkin mendapati anak mereka tidak sihat dan mengalami ruam selepas makan kacang.

Ujian khas mungkin dibuat oleh doktor termasuk:

Ujian alahan kulit.

Peanut RAST (Ujian Radio Allergosorbent ).

Peanut challenge (Jarang dilakukan kepada kanak-kanak).

Ujian-ujian ini dilakukan berlainan kepada individu mengikut gejala yang diperiksa oleh doktor.

Apakah itu Anafilaksis?

Sebagian kanak-kanak mendapat tindak balas alahan yang serius yang dinamakan anafilaksis.

Tindak balas ini berlaku secara tiba-tiba dan serius ke atas kulit, paru-paru, usus, jantung dan saluran darah. Tindak balas berlaku dengan cepat termasuk:

Merasa ketakutan yang amat sangat.

Muka menjadi kemerahan.

Kelopak mata, bibir dan lidah membengkak.

Tekak menjadi sempit.

Susah bernafas dan wheezing (nafas berbinyi).

Loya dan muntah.

Sakit perut.

Pening kepala.

Tekanan darah rendah.

Degupan jantung cepat.

Tindak balas yang teruk boleh menyebabkan koma dan kematian jika tidak dirawat.

Bagaimana keadaan ini dirawat?

Untuk semua jenis alahan:

Dapatkan rawatan doktor secepat mungkin.

Ubat untuk merawat alahan termasuk:

Antihistamines.

Adrenaline.

Steroids.

Sila dapatkan nasihat doktor.

Bagaimana anafilaksis dirawat?

Anafilaksis adalah satu keadaan kecemasan.

Bawa anak anda ke klinik/hospital berdekatan dengan segera.

Guna EpiPen jika anda ada membawanya (EpiPen adalah Epinephrine atau Adrenaline sejenis suntikan belum terdapat di Malaysia. Dapatkan nasihat doktor jika perlu untuk pengisian semula).

Bagaimana keadaan ini dapat dielak?

Bagi mengelak alahan kekacang:

Ibu yang mempunyai sejarah alahan kekacang hendaklah mengelak daripada mengambil kekacang semasa hamil.

Beri susu ibu sahaja sehingga anak berumur 6 bulan.

Jangan beri anak anda kekacang sehingga anak berumur 3 tahun (bagi yang ada sejarah alahan kekacang).

Apa yang patut anda lakukan jika anak anda mengalami alahan kekacang?

Jika anak anda alahan kekacang:

Elakkan semua jenis kacang untuknya.

Baca semua label makanan dengan teliti dan elakkan makanan yang bercampur kacang.

Jangan berkongsi peralatan makan anak anda dengan orang lain.

Simpan senarai pelan tindakan kecemasan jika alahan berlaku.

Bawa EpiPen (bersama anda atau anak anda ketika berlaku kecemasan untuk disuntik).

Pakaikan gelang Medic Alert kepada anak anda.

Apakah ubat bagi mencegah alahan ini berlaku?

Ubat Monoclonal anti-IgE antibodi telah diguna pakai untuk mengurangkan berlakunya alahan kekacang. Sila dapatkan nasihat doktor untuk rawatan ini.

Apakah pengawasan yang perlu diketahui?

Berhati-hati memilih makanan yang tidak menyatakan kandungan kacang.

Dapatkan nasihat pakar pemakanan sekiranya anda tidak pasti kandungan sesuatu makanan.

Apabila anak anda tidak mengambil kacang, pastikan anak anda mendapat zat makan secukupnya daripada sumber lain untuk pembesaran.

Semakan akhir

:

26 April 2012

Penulis

:

Dato' Dr. Lim Nyok Ling

:

Dr. Lim Sern Chin

Penyemak

:

Dr. Tang Swee Ping