PGA BRIGED TENGGARA

35
UiTM/UPM HUMAN RESOURCES MANAGEMENT SUMBER MANUSIA Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara

description

Bahasa Melayu.

Transcript of PGA BRIGED TENGGARA

Page 1: PGA BRIGED TENGGARA

UiTM/UPM

HUMAN RESOURCES MANAGEMENT

SUMBER MANUSIA

Pasukan Gerakan Am (PGA),

Briged Tenggara

Peony Shatter (Hack3r|Gateway on Facebook Group)

Page 2: PGA BRIGED TENGGARA

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 PENGENALAN SEJARAH PENUBUHAN FUNGSI PENUGASAN PGA ORGANISASI

1-6

2 PENSTAFAN ANALISIS KERJA PERANCANGAN SUMBER

MANUSIA PENGREKRUTAN PEMILIHAN

7-12

3 PAMPASAN ANJAKAN GAJI PENGURUSAN GAJI DAN

ELAUN

13-15

4 PEMBANGUNAN PEMBANGUNAN DI TEMPAT

KERJA LATIHAN

16-18

5 PENGURUSAN PRESTASI PENILAIAN PRESTASI

19-21

6 KESIMPULAN 227 CADANGAN 23-248 RUJUKAN 259 LAMPIRAN

Page 3: PGA BRIGED TENGGARA

Pengenalan

Pasukan Gerakan Am, (PGA) merupakan kesatuan kanan daripada jajaran Polis Di-Raja Malaysia (PDRM). Ia merupakan elemen tempur PDRM bagi mengandakan operasi yang bersifat punitive dengan tujuan untuk memberi tekanan terhadap sebarang bentuk pakatan bersenjata, subversif, pemberontakan dan gangguan yang berlaku di dalam Malaysia. Pasukan ini berkemahiran tinggi dengan kebolehan bergerak dalam apa jua keadaan persekitaran.

Pasukan Gerak UmumMarkas Seluruh Malaysia.Kekuatan 19 batalyonPersenjataan

Glock 19, Sig Sauer P226, Steyr M9, Vektor SP1, Yavuz 16 Compact, Reminton M1100, H&K MP5A2, H&K MP5A3, Colt M16A1, M60E2, M203

Spesialis Paramiliter dan penegakan hukum di Malaysia.Dibentuk 20 Oktober, 1997

Page 4: PGA BRIGED TENGGARA

Sejarah Penubuhan

Pasukan Gerak Umum yang dulunya dikenali Pasukan Polis Hutan telah dirancang sejak 58 tahun yang lalu.Asas pembinaan kesatuan ini adalah ekoran perang besar yang ditempuh oleh PDRM dalam perjuangan menumpaskan kekalutan yang dirancang oleh Parti Komunis Malaya semasa Darurat 1948 - 1960 dan 1969 - 1989. Kelahirannya adalah sebagai tindakbalas dan memenuhi keperluan polis di dalam merealisasikan strategi peperangan sekatan menyeluruh terhadap gerila komunis menerusi Rancangan Briggs.

Rancangan Briggs yang dikuatkuasakan pada 1 Jun  1950 oleh Sir Harold Briggs adalah menjadi satu titik permulaan terhadap dasar pembesaran organisasi kepolisian yang drastik dimana antara lain menyaksikan satu kesatuan khusus dibentuk dan dilatih khusus dalam taktik peperangan gerila bagi menumpaskan darurat yang dilancarkan oleh gerila komunis. Kesatuan ini memberi tumpuan khusus dalam taktik peperangan gerila ,malah sangat efektif sekiranya diaturgerakkan dalam jumlah keanggotaan yang kecil. Diawal pembentukannya, ia disebut sebagai 'Jungle Squad’ yang kemudiannya ditukar kepada ‘Jungle Company’ sebelum diatur semula pada tahun 1953 dengan nama baru - Pasukan Polis Hutan (PPH).

Pengaturan semula yang dilakukan adalah bertujuan menetapkan dan menentukan garis panduan kepada pelan-pelan yang harus dijalankan oleh satuan PPH antaranya seperti dikehendaki membekalkan keanggotaan bagi kubu-kubu hutan (jungle fort), membekalkan personal bagi tugas operasi bersemuka dengan komunis di kawasan sempadan Malaysia - Thailand dan juga untuk menjalankan operasi tertentu dalam rangka keselamatan  Tanah Melayu.

Fungsi

Peranan utama pasukan ini adalah bagi menyediakan satu kesatuan simpanan khusus bertujuan untuk menghadapi dan mengekang segala jenis gangguan dalam bentuk ketenteraman awam, aktivitas subversif, pelampau atau pemberontakan bersenjata yang berlaku dalam negara selain menyediakan bantuan kepada Polis Daerah untuk memelihara undang-undang dan ketenteraman awam. Kesatuan ini juga berperanan untuk membantu angkatan darat didalam operasi membanteras gerila komunis dan pemberontak-pemberontak bersenjata serta menumpasi penyeludupan musuh ke dalam nagara ini. Antaranya, terlibat dalam konfrontasi melibatkan Malaysia-Indonesia sekitar tahun 1960an, para ahlinya mengambil bagian bersama tentera Federasi Malaysia dan Inggris dalam membanteras penjejakan pasukan khusus Indonesia di Sabah dan Johor.

Page 5: PGA BRIGED TENGGARA

Penugasan PGA

Pasukan Gerak Umum diaturgerak, dilengkapi dan dilatih khusus untuk melaksanakan tugas semasa situasi keamanan dan darurat. Antara tugas semasa keamanan meliputi tugas mencari dan menumpaskan anggota kriminal yang bergerak atau bersembunyi di dalam hutan, meronda perbatasan, pantai, pulau-pulau di perairan Malaysia dan kewasan yang terpencil, luas dan kurang penduduk bagi tujuan menghalang sebarang bentuk penjejakan secara haram dan memberi perlindungan keselamatan kepada rakyat yang terasing di pendalaman.

Kesatuan ini juga membantu Bahagian Pengawasan Khusus didalam tugas mengawal ketenteraman awam, pencegahan kriminal, mengepung dan memeriksa rumah - bangunan dan semasa penugasan yang memerlukan keanggotaan yang ramai. Semasa situasi darurat pula, kesatuan ini akan ditugasi bagi menjalani operasi menumpasi pemberontakan bersenjata dan subversif di dalam negara, memberi perlindungan kepada markas-markas kediaman dan perindustrian serta tempat-tempat penting dan strategik dari serangan pelampau dan pemberontak bersenjata, menjalankan operasi menyekat makanan dan bekalan daripada jatuh ketangan musuh dan membantu Angkatan Tentera Malaysia didalam menghapuskan musuh dalam Malaysia.

Sungguhpun pada dasarnya paramiliter ini disusun, dilengkapi dan dilatih terutamanya untuk peranan paramiliter di hutan rimba dan kawasan luar perkotaan, tetapi ia juga mempunyai kebolehan dalam membantu atau menjalankan tugas di pekan dan kota kecil. Ini kerana setiap anggota PGA telah dilatih dan diiktiraf sebagai polisi yang biasa terlebih dahulu sebelum boleh diterima sebagai seorang ahli PGA. Ahli tersebut dikehendaki menjalani dan menamatkan kursus asas pertempuran hutan dengan jayanya sebelum disahkan menjadi seorang anggota infanteri PGA. Ini bermaksud seorang anggota infanteri PGA bukan sahaja berfungsi sebagai seorang anggota infanteri tetapi bisa juga ditugaskan untuk melaksanakan tugasan polis yang biasa sekiranya diperlukan.

Didalam keadaan dimana ketenteraman negaranya terancam, PGA pada dasarnya menjalankan tugas ketenteraan sepertimananya tentera. Statusnya adalah sebagai salah satu kesatuan dalam Polis DiRaja Malaysia juga agak unik karena dalam keadaan-keadaan tertentu dimana aturgerak oleh tentera mungkin boleh menimbulkan ketegangan atau provokasi, PGA akan dihantar untuk mengambilalih kedudukan-kedudukan strategik Malaysia di perbatasan. Selain itu juga, PGA turut membekalkan unit-unit anti rusuhan (Public Order Reserve Unit, PORU) yang terlatih apabila diperlukan bagi membantu tugas Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU). Ini kerana setiap anggota PGA turut dilatih bagi tugasan anti huru-hara khusus. Walaupun berupaya memberikan bantuan yang pelbagai dalam tugas kepolisian, tetapi bagi memastikan bahawa mutu kesatuan ini kekal sebagai satu pasukan yang terlatih khusus dan sedia diaturgerak dalam tempoh singkat maka tugas-tugas yang dijalankan oleh pasukan ini dikecilkan kepada tugas bantuan khusus, darurat dan luar biasa. Selain itu juga, pasukan ini berkebolehan untuk diaturgerak dalam semua situasi dan keadaan muka bumi selain berkebolehan melaksanakan

Page 6: PGA BRIGED TENGGARA

tugas peperangan khusus (special warfare) di hutan, perairan dan perbandaran serta suasana pertempuran jarak dekat (CQB) selain kemahirannya didalam peperangan gerila (CIW).

Organisasi

Pasukan ini ditubuhkan dalam formasi Brigade, Batalyon, Kompany, Peleton dan Seksyen yang boleh dikerahkan didalam sebarang operasi untuk jangka masa panjang sama ada secara bersendirian maupun bersama dengan tentera.

Kawasan Markas Pasukan Gerak Am

Senarai Batalyon, Kepakaran dan Markas

Batalion Kepakaran Ibu Pejabat

Batalyon Satu Ulu Kinta, Perak

Batalyon ke-2 Kulim, Kedah

Batalyon ke-3 Senoi Praaq Penjejakan Bidor, Perak

Batalyon ke-4 Cheras, Kuala Lumpur

Batalyon ke-5 Simpang Renggam, Johor

Batalyon ke-6 Bakri, Muar, Johor

Batalyon ke-7 Kuantan, Pahang

Batalyon ke-8 Pengkalan Chepa, Kelantan

Batalyon ke-9 Kuala Terengganu, Terengganu

Batalyon ke-10 Sibu, Sarawak

Batalyon ke-11 Kuching, Sarawak

Batalyon ke-12 Miri, Sarawak

Batalyon ke-13

Batalyon ke-14 Tawau, Sabah

Batalyon ke-15 Sandakan, Sabah

Batalyon ke-16 Kota Kinabalu, Sabah

Batalyon ke-17 Lahat Datu, Sabah

Batalyon ke-18 Penjejakan Keroh, Pengkalan Hulu, Perak

Batalyon Khusus ke-19 Perlindungan Terbuka VVIP Cheras, Kuala Lumpur

Page 7: PGA BRIGED TENGGARA

Brigade PGA

Terdapat 5 Brigade PGA di seluruh Malaysia dan setiap Brigade dikepalai oleh seorang pegawai berpangkat Senior Assistant Commissioner II (SAC II) sebagai Komando. Jumlah batalyon dibawah kawalan dan perintah setiap Komando Brigade PGA berbeza berdasarkan keperluan. Brigade Utara, Sabah terdiri daripada 4 batalyon. Brigade Tengah pula terdiri daripada 5 buah batalyon, manakala Brigade Tenggara dan Sarawak terdiri daripada 3 batalyon. Setiap Brigade PGA juga turut dianggotai oleh 1 skuad lapisan .

Batalyon PGA

Terdapat sejumlah 19 buah batalyon PGA di seluruh Malaysia dan komandan bagi setiap batalyon PGA dikepalai oleh seorang Ketua Komandan berpangkat Superintendent (Supt). Setiap batalyon PGA terdiri dari 3 Kompany infanteri dan 1 peleton mortar.

Senoi Praaq

Senoi Praaq yang berarti 'Orang Perang' merupakan sebahagian daripada keanggotaan Pasukan Gerak Umum (PGA), PDRM. 2 daripada 18 batalyon PGA adalah merupakan Batalyon Senoi Praaq. Sebilangan besar ahli adalah terdiri dari penduduk pribumi suku kaum Orang Asli. Dirancang pada tahun 1957 dengan fungsi sebagai ‘trekker’ selain memainkan peranan besar sebagai penghubung kepada masyarakat Orang Asli di pendalaman. Senoi Praaq juga dihormati kerana kepakaran mereka dalam menjejak pelampau komunis semasa darurat. Diawal penubuhannya, pasukan ini juga turut mendapat latihan daripada kesatuan elite Special Air Service (SAS) Inggris.

Tiger Platoon

Dengan pemisahan Batalion 69 Komando yang kini membentuk Pasukan Gerakan Khas daripada Pasukan Gerakan Am, maka satuan khusus baru ditubuhkan dalam PGA iaitu Tiger Platoon. Platoon ini dirancang khusus bagi melaksanakan tugas-tugas khusus, covert dan overt operation serta SAR. Satu Tiger Platoon ditempatkan bagi setiap batalion PGA di seluruh Malaysia.

Page 8: PGA BRIGED TENGGARA

Penugasan Masa Kini

Sejak ditubuhkan, organisasi yang bersifat separa-tentera ini telah mencapai banyak kejayaan terutamanya dalam menumpaskan pemberontakan bersenjata oleh pelampau komunis, mengawal huru-hara dan kegiatan lanun di negara ini.

Apabila termetrainya perjanjian persetujuan menamatkan perjuangan bersenjata oleh PKM dengan Kerajaan Malaysia dan Thailand di Haadyai, Thailand pada 2hb Desember 1989, maka tugas menentang insurgensi oleh pasukan ini juga turut berakhir. Dengan berakhirnya gangguan komunis, PDRM telah menggubal semula peranan utama penugasan PGA. Penugasan kesatuan ini kini tertumpu kepada usaha menjaga keselamatan di perbatasan dan perairan negara, ancaman pencerobohan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), aktiviti lanun di laut, penyeludupan, anti pelampau, ketenteraman awam, mencari dan menyelamat (SAR) dan pencegahan kriminal. Keanggotaan satuan ini juga turut dikecilkan. Berkuat kuasa pada 20 Oktober 1997, Pasukan Polis Hutan telah ditukar namanya secara rasmi sebagai Pasukan Gerakan Am dengan ahlinya kini terdiri dari 18 buah batalyon dibawah 5 Brigade di seluruh Malaysia.

Page 9: PGA BRIGED TENGGARA

PENSTAFAN

ANALISIS KERJA

Cara sistematik yang digunakan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) bagi mengumpul data dan menganalisa maklumat tentang kandungan,keperluan pekerja,konteks bagi kerja.Analisis kerja yang dilakukan ialah :

Meningkatkan integriti didalam diri setiap anggota Pasukan Gerakan Am. Keadaan tempat kerja yang sesuai. Memastikan keselamatan hutan yang dijaga terjamin. Meningkatkan prestasi kerja. Mengembangkan minda dengan budaya baru. Meningkatkan kemampuan berkhidmat. Keperluan pengetahuan, kemahiran, dan kebolehan. Mengikut tatasusila yang telah diaturkan dan protocol yang telah

ditetapkan.

Pasukan Gerakan Am melakukan analisa kerja pada bila-bila masa yang diperlukan. Analisa kerja yang dilakukan adalah untuk menabah baik mutu kerja Pasukan Gerakan Am didalam menjalankan tugas yang diberikan tanpa menghadapi masalah.

Tempat kerja mestilah diberi keutamaan oleh organisasi bagi memastikan pekerjanya menepati protokol yang telah ditetapkan. Anggota Pasukan Gerakan Am akan diuji stamina darisegi kekuatan fizikal dan mental bagi melayakkan mereka untuk bertugas ditempat yang sukar seperti dihantar ke Timor Leste.

PERANCANGAN SUMBER MANUSIA

Perancangan sumber manusia ialah satu proses menganalisa dan mengenalpasti keperluan dan kesediaan sumber manusia agar organisasi boleh mencapai matlamatnya. Kekurangan pekerja yang dialami oleh organisasi mudah diganti

Page 10: PGA BRIGED TENGGARA

dengan adanya sistem susunan pangkat yang berada di pengkalan data sumber manusia di Bukit Aman. Pekerja yang dicari dan dipilih mestilah menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh pangkat tersebut kerana jika pekerja yang kurang berpengalaman atau tidak layak akan menyebabkan kerja tidak dijalankan dengan baik. Pihak pengurusan perlu mengenalpasti kawasan atau kedudukan yang memerlukan penambahan pekerja dan menyediakan kertas kerja.Oleh itu, kekosangan boleh diisi dengan cepat tanpa berlaku kekurangan pekerja.

Jika berlaku lebihan kakitangan, pihak pengurusan perlu memindahkan pekerja lebihan tersebut ke tempat yang memerlukannya atau tempat yang kurang pekerja. Pekerja tersebut mungkin diberi tempat yang lebih baik.

Pasukan Gerakan Am mengambil kira banyak kritiria ketika memilih seseorang sebelum bekerja. Ketika temuduga, mereka akan diuji tahap kecergasan tubuh badan. Dada yang bersaiz bidang, ketinggian, saiz badan dan berat badan mestilah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan.

PENGREKRUTAN

1. Pengambilan Dalaman.Organisasi Pasukan Gerakan Am akan melakukan pengambilan dalaman. Antara kaedah pengrekrutan dalaman ialah:

Pangkalan Data Organisasi.Sumber Manusia di Ibu pejabat Bukit Aman menyimpan maklumat latar belakang anggota polis. Apabila ada kekosongan jawatan di tempat lain, pengkalan data

Page 11: PGA BRIGED TENGGARA

akan disemak dan memasukkan keperluan kerja dan mengeluarkan senarai pekerja yang telah memenuhi kritiria ditetapkan.

Kenaikan Pangkat dan Pemindahan Kerja.Majikan atau pihak atasan akan mengisi kekosongan secara dalaman dan menyediakan peluang yang dikosongkan untuk diisi anggota lain. Anggota tersebut perlulah ditemuduga dan menjalani ujian.

2. Pengambilan Luaran.Pengrekrutan biasanya diambil dari semasa ke semasa. Antara kaedah pengrekrutan luaran ialah :

Pengumuman di Media Perdana.Pengambilan melalui media perdana seperti surat khabar, televisyen atau radio adalah salah satu cara untuk memilih bakal anggota baru. Iklan juga akan disiarkan mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.

3. Pengambilan melalui on-line tidak dilalukan oleh organisasi Polis tersebut.

PEMILIHAN

1. Proses pemilihan dikenali sebagai proses memilih individu yang berkelayakan untuk mengisi jawatan dalam organisasi. Proses pemilihan kerja yang dibuat oleh organisasi Polis di Bukit Aman ialah :

Borang permohonan.Kaedah megisi boring amat meluas digunakan sebagai langkah pertama dalam proses pemilihan. Borang permohonan penting untuk dijadikan rujukan oleh organisasi. Pemohon yang telah menyediakan maklumat peribadi kepada pihak atasan akan ditemuduga. Borang pemohon adalah rekod asas pemohon dan ianya boleh digunakan untuk tujuan kajian keatas keberkesanan proses pemilihan.

Temuduga.

Page 12: PGA BRIGED TENGGARA

Pemohon yang memohon kerja akan ditemuduga. Pemohon yang berkelayakan dan menepati syarat yang telah ditetapkan akan dipanggil semula untuk diuji.

2. Ujian pemilihan terhadap pekerja di organisasi Polis dilakukan oleh PULAPOL iaitu pusat latihan polis yang bertempat di Bukit Aman. Antara ujian pemilihan yang dilakukan ialah :

Ujian Kebolehan.Pekerja akan dinilai dengan cara yang tertentu. Ujian kebolehan fizikal adalah antara ujian utama yang dijalankan di PULAPOL untuk menilai kekuatan dan ketahanan fizikal tubuh badan pelatih terbabit. Ujian kebolehan seperti berkawad, ujian menembak dilapang sasar dan ujian ketahanan akan dilakukan selama 8 bulan di PULAPOL.

Ujian Personaliti.Ujian ini dilakukan untuk mengenalpasti perlakuan atau perwatakan seseorang pelatih. Pelatih akan diberi tunjuk ajar dengan mengikut tatasusila didalam PULAPOL supaya mereka mudah berinteraksi dengan persekitaran.

Ujian Kejujuran atau Intergriti.Sikap kejujuran dinilai oleh setiap pegawai atasan dengan menggunakan kaedah psikologi. Sikap yang baik seperti bertanggungjawab, mengorhati pegawai atasan yang berpangkat lebih tinggi dan tidak melakukan kesalahan ketika didalam PULAPOL akan dinilai.

3. Jenis temuduga yang dilakukan oleh pegawai atasan Polis semasa menemuduga pemohon ialah :

Temuduga Berstruktur.Temuduga cara ini ialah dengan meggunakan satu set soalan. Pemohon perlu menjawab soalan yang telah disediakan. Semua pemohon akan diberi soalan yang sama. Temuduga berstruktur adalah biasa digunakan ketika menemuduga.

Temuduga Behavioral.Temuduga yang berstruktur kerana pemohon perlu memberikan contoh tugasan yang perlu dilakukan setelah diberi satu situasi yang perlu ditangani.

Temuduga Tidak Berstruktur.

Page 13: PGA BRIGED TENGGARA

Pemohon akan ditanya soalan seperti “ beritahu saya tentang diri anda “. Biasanya pemohon akan memberitahu kritiria yang terdapat pada pemohon seperti berat badan, “Body Mass Index (BMI) dan ketinggian.

4. Kaedah temuduga yang diguna pakai oleh pegawai Polis ialah :

Group.Iaitu menemuduga didalam kumpulan untuk menjimatkan masa. Kaedah ini amat berkesan kerana pemohon tidak akan kekok ketika ditemuduga dan ujian tubuh badan juga ada dilakukan.

Panel.Didalam temuduga cara panel terdapat pengeusi, setiausaha dan ahli. Biasanya ahli dibahagikan kepada dua atau tiga kunpulan. Mereka akan diberi ujian serentak untuk menilai prestasi.

5. Masalah yang dihadapi ketika pegawai Polis menjalankan sesi temuduga ialah :

Halo effect.Perwatakan pemohon yang baik telah mempengaruhi penemuduga untuk melihat keburukan terhadap pemohon lain yang dinilainya.

Sikap Bias dan Stereotaip.Penemuduga yang bersikap berat sebelah yang hanya memilih orang yang mereka liat sama dengan diri mereka dari segi perwatakan dan cirri-ciri yang dimilikinya.

Cultural Noise(Ganguan Budaya)Perkara seperti ini selalu berlaku semasa temuduga dijalankan. Pemohon ditemuduga yang memberikan jawapan yang dirasakan boleh diterima ramai baginya dan ia bukannya fakta.

6. Kaedah siasatan latar belakang keatas pemohon ialah :

Menghubungi Rujukan Yang Diberikan Oleh Pemohon.Pegawai akan ditugaskan untuk menyiasat latar belakang pemohon dengan merujuk kepada ibu bapa, rakan, ketua kampong, atau balai berhampiran. Ibu bapa biasanya akan menyatakan tentang tempat lahir pemohon atau sebagainya. Rakan juga adalah orang penting yang boleh ditanya tentang kelakuan pemohon.Balai berhampiran ditempat tinggal pemohon juga akan ditanya untuk memastikan pemohon tidak mempunyai rekod jenayah.

Page 14: PGA BRIGED TENGGARA

PAMPASAN

Anggota Pasukan Gerakan Am diberi beberapa onsentif khusus iaitu:-

Elaun Pencegah dinaikkan

Elaun Sewa Rumah

Elaun-elaun kritikal kerana bertugas di tempat-tempat kritikal

Token sebagai bantuan kepada ahli-ahli Yayasan Kebagikan Polis yang mengalami

musibah dan kematian.

Pampasan ialah faktor penting yang mempengaruhi mengapa seseorang memilih untuk

berkhidmat atau berkerja dia sesebuah organiasai. Jenis pampasan adalah pampasan

langsung dan pampasan tidak langsung.

Pampasan Langsung adalah “base-pay” dan “variable pay”. Base pay ialah kompenan

asas yang diterimah oleh pekerja, selalunya sebagai gaji atau upah. Gaji selalunya

berasaskan jamiaitu bayaran yang dikiri mengikut jam berkerja. Pasukan Gerak Am

membayar lebihan masa pekerja pada sesuatu masa. Selain itu, komisyen yang diberi juga

berpatutan dengan apa yang dibuat. Variable pay adalah pampasan yang dihubungkan terus

dengan prestasi, seperti bonus dan program bayaran insentif.

Pampasan Tidak Langsung adalah faedah. Faedah ialah ganjaran tidak langsung yang

diberi kepada pekerja sebagai sebahagian daripada keahlian organisasi. Ianya termasuklah

insuran kesihatan, percutian, dan pencen persaraan.

Page 15: PGA BRIGED TENGGARA

ANJAKAN GAJI

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 tahun 2002, Perenggan 51 hingga 52 telah menjelaskan

berkaitan dengan pemberian Anjakan Gaji dan syarat-syaratnya. Perenggan 52 secara khusus

menjelaskan berkaitan dengan dua (2) jenis Anjakan Gaji bagipegawai yang berada di gred

lantikan seperti berikut:-

Anjakan Gaji pertama boleh dipertimbangkan kepada anggota setelah memenuhi lima

(5) syarat, iaitu disahkan dalam perkhidmatan, lulus Penilaian Tahap Kecekapan yang

ditentukan, berkhidmat tidak kurang daripada tiga (3) tahun, mencapai tahap prestasi

yang baik dan diperakukan oleh Ketua Jabatan.

Anjakan Gaji Kedua boleh dipertimbangkan kepada anggota setelah memenuhi empat

(4) syarat, iaitu Penilaian Tahap Kecekapan yang ditentukan, telah memperolehi Anjakan

Gaji Pertama tidak kurang daripada satu (1) tahun, mencapai tahap prestasi yang baik

dan diperlalukan oleh Ketua Jabatan.

Perenggan 53 pula menjelaskan Anjakan Gaji bagi pegawai yang berada di gred kenakan

pangkat iaitu, Anjakan Gaji boleh dipertimbangkan apabila memenuhi empat (4) syarat, iaitu

lulus Penilaian Tahap Kecekapan yang ditentukan, berada dia gred kenaikan pangkat berkenaan

tidak kurang daripada satu (1) tahun, mencapai tahap prestasi yang baik dan diperlakukan oleh

Ketua Jabatan.

Dalam Hubungan ini, pegawai-pegawai yang telah memenuhi syarat untuk diberkan Anjakan

Gaji adalah tertakhluk kepada perakuan Ketua Jabatan serta kelulusan Panel Pembangunan

Page 16: PGA BRIGED TENGGARA

Sumber Manusia jabatan masing-masing. Panel Pembangunan Sumber Manusia mempunyai

kuasa pemutus untuk mempertimbangkan Anjakan Gaji kepada seseorang pegawai atau

sebaliknya.

Perkara ini telah dimaklumkan di dalam Mesyuarat Pengurusan Sumber Manusia bersama

Ketua-ketua Jabatan.

BAYARAN PENDAHULUAN GANJARAN ATAU WANG GANTIAN

CUTI REHAT.

Dalam kewangan ekonomi sekarang, kajian dibuat bagi membolehkan kakitangan

mengeluarkan sekurang-kurangnya 10% ganjaran atau wang tunai gantian cuti rehat bagi

mengelakkan kakitangan meminjam dari sektor perbankan di samping membantu Negara

menrancakkan ekonomi semasa.

Jabatan Perkhidmatan Awam akan mengkaji keperluan dan kewajaran.

Tawaran opsyen semula kepada anggota yang telah memilih skim KWSP

Pindaan kadar pendapatan isi rumah bagi tujuan pemberian subsidi yuran pengasuhan

Taman Asuahan Kanak-kanak di tempat kerja Sektor Awam.

Pengubahsuaian Penilaian Tahap Kecekapan

Pindaan kadar bayaran balik makanan kantin

PENGURUSAN GAJI DAN ELAUN

1) Pembayaran dan Oergerakan Gaji Tahunan

2) Menguruskan oermohonan atau kelulusan elaun-elaun

3) Penyediaan penyata gaji kakitangan sambilan jabatan

4) Penyediaan penyata elaun lebih masa kakitangan jabatan

5) Memproses pernohonan penbayaran imbuhan tahunan

Page 17: PGA BRIGED TENGGARA

6) Pengiraan ganjaran tamat perkhidmatan kontrak

7) Memoreses permohonan rawatan perubatan di luar stesen

8) Memproses permohonan pembayaran pakaian istiadat

PEMBANGUNAN

Latihan dan Pembangunan

Pendekatan pembangunan boleh dikategorikan kepada dua (2) iaitu :

a. Pembangunan di tempat kerja

b. Pembangunan di luar tempat kerja.

Pembangunan di Tempat Kerja

Bimbingan Khusus (Coaching)

Teknik yang paling lama digunakan yang melibatkan latihan dan maklum balas harian

yang diberikan kepada pekerja oleh penyelia. Ianya adalah proses pembelajaran

berterusan secara praktikal. Supaya berkesan, hubungan terbuka dan sihat perlu wujud

di antara pekerja dengan penyelia dan pengurus mereka.

Tugasan Jawatan Kuasa/Mesyuarat (Committee Assignments/Meetings)

Pasukan Gerakan Am menugaskan pekerjanya berpotensi kepada jawatan kuasa yang

penting boleh meluaskan pengalaman mereka dan membantu mereka memahami

personaliti, isu dan proses, mentadbir sebuah organisasi.

Jawatan ‘Pembantu Kepada’ (Assistant-to-Positions)

Pasukan Gerakan Am mengujudkan jawatan assistant-to di mana pekerja diletakkan di

bawah seseorang pengurus. Kaedah ini memberikan pengalaman berguna jika jawatan

dan tugasan yang diberikan itu menarik dan mencabar.

Learning Organizations

Page 18: PGA BRIGED TENGGARA

Organisasi berasaskan pengetahuan yang mementingkan pekerja mendapat idea dan

maklumat yang terkini secara berterusan supaya mereka boleh mengekalkan kepakaran

mereka. Pembangunan berlaku melalui perkongsian maklumat, budaya kepimpinan

yang mementingkan pembelajaran, dan pekerja yang mahu belajar dan membangunkan

kemahiran baru.

Pembangunan di Luar Tempat Kerja

Latihan Hubungan Manusia (Human Relations Training)

Usaha untuk menyediakan pengurus dengan ilmu untuk menangani masalah orang yang

di bawa oleh pekerja. Latihan ini di tujukan kepada penyelia dan pengurus pertengahan

yang tidak berpengalaman. Kandungan latihan selalunya termasuk motivasi,

kepimpinan, komunikasi, pekerja dan topik-topik tingkah laku.

Sabatikal dan Cuti

Cuti sabatikal ialah cuti berbayar untuk membangunkan seseorang. Ianya boleh

mengelakkan burnout, Pasukan Gerakan Am menawarkan kelebihan di dalam

pengrekrutan dan penahanan, dan meningkatkan moral pekerja individi. Kelemahannya

ialah kos, dan sifat pembelajaran yang selalunya diluar kawalan organisasi, maka

keberkesanannya bergantung kepada nasib.

Pembangunan Pengurusan

Pembangunan sangat perlu bagi pengurus. Sebagai tambahan kepada latihan formal,

pengalaman memainkan peranan penting di dalam pembangunan pengurusan.

Sememangnya pengalaman menyumbangkan lebih pembangunan kepada pengurus

senior dibandingkan dengan latihan bilik darjah.

Mentoring

Hubungan di mana pengurus berpengalaman membantu individu yang masih di peringkat

awal kerjaya mereka. Hubungan ini menyediakan persekitaran untuk menyampaikan

Page 19: PGA BRIGED TENGGARA

kemahiran teknikal, interpersonal dan organisasi daripada seseorang yang beroengalaman

kepada yang kurang berpengalaman.

Pendidikan Eksekutif

Dalam usaha untuk mengurakakn pusing-ganti, organisasi menggunakan kaedah

pendidikan khas untuk eksekutif. Latihan ini menggantikan cara lama mendidik eksekutif

kepada pendidik berbentuk formulasi strategi, modal kewangan, logistik, pakatan dan isu

global.

Latihan

Orientasi ialah satu pengenalan terancang kakitangan baru kepada kerja mereka ianya

adalah latihan yang paling penting dan paling banyak dilakukan oleh organisasi. Di Pasukan

Gerakan Am, program orientasi berkesan,memerlukan perancangan dan persediaan yang

berikut :-

a. Bersedia Untuk Menerima Pekerja Baru

Pekerja baru perlu merasakan mereka milik organisasi dan penting untuk Pasukan

Gerakan Am. Penyelia dan unit sumbar manusia, perlu bersedia dengan kedatangan

pekerja baru. Rakan sekerja juga perlu bersedia dengan kedatanga pekerja baru.

Sebelum kedatangan pekerja baru, pengurus atau penyelia perlu berbincang tujuan

pengambilan pekerja baru dengan pekerja sedia ada.

b. Adakan ‘Buddy’ Mentors

Pasukan Gerakan Am menggunakan rakan sekerja untuk menjadi mentor atau buddies

sebagai sebahagian daripada latihan orientasi. Adalah sangat berguna untuk melibatkan

pekerja mereka yang berpengalaman an berprestasi tinggi yang boleh menjadi role

models kepada pekerja baru.

c. Buat Penilaian dan Susulan

Pengurusan sumber manusia di Pasukan Gerakan Am boleh menilai berkesanan

orientasi dengan mengadakan temuduga susulan dengan pekerja baru beberapa minggu

atau bulan selepas orientasi.

Page 20: PGA BRIGED TENGGARA

PENGURUSAN PRESTASI

Banyak faktor yang mempengaruhi prestasi perkerja – kebolehan, usaha yang

dicurahkan dan sokongan yang diterima dari organisasi.

Pengurusan prestasi Pasukan Gerakan Am bertindak sebagi Urus Setia dan Ahli Panel

Pembangunan Sumber Manusia Mesyuarat Panel Pengurusan Sumber Manusia (PPSM)

dan Anjakan Gaji telah dilaksanakan di semua negeri. Pada tahun 2008, pencapaian yang

dihasilkan dari aktiviti ini adalah seperti di bawah :-

PECAPAIAN AKTIVITI PENGURUSAN PRESTASI

BIL AKTIVITI PENCAPAIAN

1 Mesyuarat Panel Pengurusan Sumber Manusia 16

2 Mesyuarat Panel Pengurusan Sumber Manusia Anjakan Gaji 16

3 Penyediaan Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 707

4 Menyediakan Laporan Maklumbalas Jawatankuasa Keutuhan

Pengurusan Peringkat Kementerian Kewangan

5

5 Penyediaan Laporan Analisa Penilaian Prestasi Tahunan 16

6 Penyediaan laporan maklumbalas Pelan Integriti Nasional (PIN)

peringkat Kementerian Kewangan

4

Page 21: PGA BRIGED TENGGARA

PENILAIAN PRESTASI

Terdapat pelbagai pehak yang boleh melakukan penilaian prestasi. Antaranya :-

1. Penyelia menilai pekerja

Penuelia sesuatu jabatan adalah yang paling layak untuk menilai pekerja secara realistik

dan adil.

2. Penilaian kumpulan atau rakan sekerja

Penilaian seperti ini amat berguna didalam organisasi ini kerana penyelia sering tiada

peluang untuk memerhati setiap pekerjanya. Oleh itu, ahli kumpulan berperanan dalam

penilaian rakan sekerjanya.

Kaedah penilaian prestasi yang dilakukan oleh pengurusan sumber manusia dalam mentadbir

Pasukan Gerakan Am adalah :-

Kaedah Kategori Kadar

Kaedah yang paling digemari kerana ianya mudah iaitu kaedah Graphic Rating Scale iaitu

dengan menanda prestasi pekerja di atas kontinum. Checklist iaitu menilai dengan

menanda pada kenyataan terbaik yang mewakili perwatakan pekerja.

Kaedah Perbandingan

Kaedah ini digunakan untuk membandingkan prestasi seseorang pekerja dengan pekerja

yang lain. Kaedah Ranking adalah penilaian prestasi pekerja mengikut susunan yang

tertinggi hingga terendah.

Kaedah Kelakuan

Menilai tingkahlaku pekerja melalui pendekatan

a. Behaviorally Anchired Rating Scales (BARS)

Bandingkan apa yang pekerja lakukan dengan kelakuan yang patut ditunjukkan

semasa kerja

b. Behaviorally Observation Scales (BOS)

Mengira jumlah kelakuan yang ditunjukkan.

Page 22: PGA BRIGED TENGGARA

c. Behaviorally Expectation Scales (BES)

Menyusun kelakuan di atas kontinum untuk tentukan prestasi cemerlang,

sederhana, dan lemah.

Kaedah Kombinasi

Organisasi Pasukan Gerakan Am boleh mengabungkan mana-mana kaedah utuk

mendapatkan kebaikan setiap kaedah.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, Pasukan Gerak Am sebuah badan kerajaan yang mengamalkan konsep pengurusan sumber manusia iaitu penstafan, pembangunan dan pampasan. Selain itu, Pasukan Gerak Am melakukan analisis kerja, perancangan sumber manusia, pengambulan dan pengrekrutan, pemilihan, latihan dan pembangunan, penilaian prestasi dan pampasan langsung serta pampasan tidak langsung. Pasukan Gerak Am juga menjalankan pengurusan dari segi oinjaman dan cuti supaya pekerja tidak mendapat tekanan dengan tugasan yang diberikan. Di

Page 23: PGA BRIGED TENGGARA

antara khidmat yang diberikan adalah menguruskan permohonan pinjaman dan biasiswa, kelulusan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dan menguruskan permohonan cuti kakitangan.

Dari segi pengurusan persaraan kakitangan, Pasukan Gerak Am menguruskan persaraan kakitangan, pemberian taraf pekerja pencen dan pengurusan ganjaran cuti rehat. Seterusnya, untuk pengurusan kebajikan Pasukan Gerak Am menguruskan kemasukan kakitangan ke hospital dan membantu menguruskan urusan-urusan kematian.

Pasukan Gerak Am juga membuat pengurusan cuti rehat dengan merekod cuti rehat tahunan kakitangan ke dalam GCR dan menyediakan buku rekod cuti rehat kepada Jabatan atau unit seta membuat pengurusan laporan nilaian prestasi kakitangan. Untuk maklimat kakitangan pula, mereka akan key-in maklumat kakitangan membuat penyelenggaraan alat tulis Jabatan dan pengurusan maklumat Jabatan. Pasukan Gerak Am juga tidak terlepas untuk membuat kursus untuk melaksanakan kursus-kursus untuk kakitangan Pasukan Gerak Am. Mereka juga menghantar kakitangan Pasukan Gerak Am untuk mengikuti kursus-kursus luaran.

Bagi pengurusan pengambilan atau perlantikan kakitangan pula, organisasi menguruskan pengambilan kakitangan tetap, kontrak dan sambilan. Selain itu, membuat pendagtaran KWSP, menguruskan kursus induksi umum, memproses peperiksaan perkhidmatan dan menyelengara borang permohonan jawatan. Di samping itu juga, mereka membuat pengesahan jawatan dan penerimaan pelatih untuk latihan praktikat.

Pasukan Gerak Am membuat pengurusan tatatertib atau sulit untuk menguruskan program khidmat nasihat kepada kakitangan yang bermasalah. Pasukan Gerak Am juga menyediakan kertas berkaitan dengan tatatertib, menguruskan keputusan khidmat vemerlang kepada kakitangan. Seterusnya, mereka menguruskan pengurniaan pingat, bintang, darjah kebesaran negeri atau persekutuan kepada kakitangan serta menguruskan perlantikan majlis dan semakan kad perakam waktu.

CADANGAN

Bagi mewujudkan dan melaksanakansatu strategik rancangan penstafan untuk Pasukan Gerak

Am :-

Langkah1

Page 24: PGA BRIGED TENGGARA

1) Bersedia untuk satu perubahan dalampendekatan daripada pengurusan sumbermanusia

tradisional untuk pengurusan sumber manusia strategik. Menulis satu pelan Sumber

Manusia yang menekankan pengurusan bakat dan keupayaan tenaga kerja.

Langkah2

2) Membina strategi-strategi bagi menghubungkan membekalkan usaha-

usaha dan pengurusan bakat untuk matlamat organisasi. Termasuk satu strategi

pengurusan modal insan dalam pelan organisasi akan menguatkan

komitmen syarikat itu untuk tenaga kerjanya.

3) Menambah pembangunan kerjaya dan peluang-peluang kenaikan pangkat

untuk pegawai-pegawai baru dan pekerja-pekerja sedia ada dengan menggunakan

pengeposan kerja dan program-program lain yang menggalakkan promosi daripada di

dalam organisasi itu.

4) Menggunakan kerja alternatif susunan-susunan untuk membina satu

komited dan amat bertunang asas pekerja untuk organisasi. Menterjemahkan kembali

atau menyusun semula susunan-susunan kerja tradisional.

5) Membangunkan cara-cara membawa pembaharuan merekrut dengan

berkesan dan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan sumber insani dengan sekolah-

sekolah, maktab-maktab dan universiti-universiti. Pastikan bagi

menggabungkan kepelbagaian kepada membekalkan proses pengurusan.

6) Melibatkan pekerja-pekerja wujud dalam pengambilan dan proses pemilihan

sebanyak yang mungkin. Rujukan penggunaan merancang dan temuduga-

temuduga sebaya untuk calon-calon kualiti terpilih.

Langkah7

7) Menggunakan teknologi dan internet untuk mengautomatikkan,membekalkan proses

pengurusan. Menyiasat dan pengambilan pembelian perisian atau berkaitan sumber

Page 25: PGA BRIGED TENGGARA

manusia perisian untuk dengan berkesan menguruskan program pengurusan modal

insan anda yang baru.angkah8

8) Memberi pengurus-pengurus dan pemimpin-pemimpin kanan alat-alat perlu

kepada kakitangan unit-unit perniagaan mereka diri mereka. Menyediakan

latihan sumber manusia bagi membantu kelebihan helaian mereka untuk membekalkan

program pengurusan.

Terdapat beberapa cadangan juga dari Kumpulan kami terhadap Pasukan Gerak Am 7 Kuantan,

Pahang :-

1. Syarat melatih dan mengrekrut pasukan-pasukan baru dilonggarkan

2. Menyediakan kursus yang melibatkan jawatan yand bakal di sandang

3. Penilaian terhadap kulaliti perkerja dilakukan dengan sekerap mungkin untuk

mengekalkan prestasi yang baik sepanjang masa.

4. Meningkatkan prestasi pekerja dengan memberi ganjaran yang lebih kepada pekerja-

pekerjanya.

Page 26: PGA BRIGED TENGGARA

RUJUKAN

Laman Web

http://en.wikipedia.org/wiki/Human_resources http://www.ehow.com/how_4470047_use-improve-human-resource-

management.html http://www.rmp.gov.my/ http://74.6.146.127/search/cache?ei=UTF-8&p=Pasukan+Gerak+Am+7&fr=yfp-t-

701&fp_ip=my&u=ms.wikipedia.org/wiki/Pasukan_Gerakan_Am&w=pasukan+gerak+am+7&d=YkXgTO_EUjj_&icp=1&.intl=us&sig=i7C6UPnA7hgqawhQ3npqjg--

http://www.polis-online.org/ http://bakong02.tripod.com/ "Ambushed by communist - Four teammates down". Utusan Malaysia. 2005-03-31.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0331&pub=utusan_malaysia&sec=Polis_%26_Tentera&pg=te_03.htm&arc=hive. Retrieved 2009-03-25.

"Musa Hussain - Bitter event almost took the life". Utusan Malaysia. 2003-05-01.http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0501&pub=utusan_malaysia&sec=Tentera&pg=te_01.htm&arc=hive. Retrieved 2009-03-25.

http://www.smartgeneration.com.my/index.php/user_blog/view/3912?ubid=2561&ubuid=3912

Buku

Mathis, John H.Jackson, 2004. Human Resource Management 10th Edition. Universiti Putra Malaysia: Serdang

Temuramah

Kami telah menemuramah En.Boon yang merupakan naib presiden kanan dan merupakan Ketua Pengurus Sumber Manusia, pada tarikh 24 mac 2010 pada jam 3.00 petang bertempat di Kem Galing, Semambu.

Page 27: PGA BRIGED TENGGARA