Perlunya Langkah-Langkah Pemuliharaan (Conservation...

4
Rencana-Rencanal Arlic/es Perlunya Langkah-Langkah Pemuliharaan (Conservation) Oi Perpustakaan oleh Husin Leman* Abstract As libraries are depositories of valuable materials, steps to conserve them have become very necessary. This is because materials deteriorate and disintergrate due to biological, physical and chemical factors. The various methods of conservation and pre- servation thus employed, are being discussed. Pengenalan Keperluan langkah-Iangkah pemulihan di perpusta- kaan amatlah penting kerana perpustakaan adalah merupakan gedung ilmu bagi para cendekiawan yang bakal mewarisi pimpinan negara. Dari sini satu tin- dakan positif perlu diambil dengan segera supaya khazanah-khazanah yang tidak ternilai harganya da- ri segi sejarah, sastera, pendidi kan dan berbagai-ba- gai lagi agar dapat dikawal dengan sempurna demi untuk para penyelidik dan generasi akan datang. Pemu liharaan (conservation) adalah satu konsep yang mana di dalamnya mengandungi pencegahan (preservation) dan pemu lihan (restoration). Pence- gahan adalah bermaksud bagi menghalang sesuatu ba- han khasnya buku, dokumen dan fail-fail daripada bertambah buruk dan rosak. Sementara pemulihan (restoration) pula ialah tindakan yang perlu diambil bagi memperbaiki demi untuk menyelamatkan ba- han-bahan tersebut supaya berterusan keadaannya dengan tidak mengubahkan keaslian naskah asalnya. Sebab-Sebab Berlakunya Kerosakan Kerosakan yang kerap berlaku terhadap bu ku-bu ku bolehlah dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu di- sebabkan:- (a) Faktor Biologi (b) Faktor Fizikal (c) Faktor Asid (Kimia) Kerosakan taktor biologi adalah disebabkan ter- dapatnya pertumbuhan kulat (mildew) cendawan, serangan serangga seperti silverfish, lipas, anai-anai *Bahagian Koleksi Kebangsaan dan tikus. Sementara taktor fizikal pula ialah kero- sakan yang disebabkan oleh kecuaian pengendalian dan kurang pengawalan di tempat penyimpanan, koyak, kepanasan udara dan kelembapan. Sementa- ra faktor asid (kimia) pula adalah disebabkan terda- patnya bahan asid di dalarn kertas-kertas, dakwat dan udara sekeliling. Perlunya Langkah-Langkah Pemuliharaan Terhadap Bahan-Bahan Yang Rosak Kepentingan dan kesedaran betapa perlunya langkah- langkah pemuliharaan timbul apabila didapati ba- nyaknya khazanah-khazanah dan bu ku-bu ku yang penting dan bernilai perlu dibaiki dengan segera ke- rana sejarahnya. Di institusi pengajian tinggi, khas- nya perpustakaan-perpustakaan, buku-buku adalah merupakan koleksi utamanya dan adalah menjadi tanggungjawab pihak perpustakaan untuk menjaga dan membaiki buku-buku yang telah rosak. Berbagai cara pemuliharaan pernah dilakukan, ada yang menggunakan gam, sylotape dan lain-lain cara tersendiri digunakan untuk proses pcmbaikan tetapi cara-cara yang terdapat amatlah tidak sesuai kerana selain daripada ianya tidak kelihatan cantik ianya juga akan mempercepatkan bahan tcrsebut bertambah rosak dan kemungkinan gam-gam yang digunakan tadi akan menjadi tarikan kepada serang- ga seperti lipas dan anai-anai. Tetapi setelah bebera- pa tahun penyelidikan dan ujian dijalankan, akhir- nya cara pembaikan yang bersesuaian dan tahan lama didapati dan cara-cara inilah digunakan di se- mua Arkib yang tcrdapat di seluruh dunia. Walau- pun demikian kajian masih lagi dijalankan untuk 8

Transcript of Perlunya Langkah-Langkah Pemuliharaan (Conservation...

Rencana-Rencanal Arlic/es

Perlunya Langkah-Langkah Pemuliharaan (Conservation)Oi Perpustakaan

olehHusin Leman*

Abstract As libraries are depositories of valuable materials, steps to conserve them havebecome very necessary. This is because materials deteriorate and disintergrate due tobiological, physical and chemical factors. The various methods of conservation and pre-servation thus employed, are being discussed.

PengenalanKeperluan langkah-Iangkah pemulihan di perpusta-kaan amatlah penting kerana perpustakaan adalahmerupakan gedung ilmu bagi para cendekiawan yangbakal mewarisi pimpinan negara. Dari sini satu tin-dakan positif perlu diambil dengan segera supayakhazanah-khazanah yang tidak ternilai harganya da-ri segi sejarah, sastera, pendidi kan dan berbagai-ba-gai lagi agar dapat dikawal dengan sempurna demiuntuk para penyelidik dan generasi akan datang.

Pemu liharaan (conservation) adalah satu konsepyang mana di dalamnya mengandungi pencegahan(preservation) dan pemu lihan (restoration). Pence-gahan adalah bermaksud bagi menghalang sesuatu ba-han khasnya buku, dokumen dan fail-fail daripadabertambah buruk dan rosak. Sementara pemulihan(restoration) pula ialah tindakan yang perlu diambilbagi memperbaiki demi untuk menyelamatkan ba-han-bahan tersebut supaya berterusan keadaannyadengan tidak mengubahkan keaslian naskah asalnya.

Sebab-Sebab Berlakunya KerosakanKerosakan yang kerap berlaku terhadap bu ku-bu kubolehlah dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu di-sebabkan:-(a) Faktor Biologi(b) Faktor Fizikal(c) Faktor Asid (Kimia)

Kerosakan taktor biologi adalah disebabkan ter-dapatnya pertumbuhan kulat (mildew) cendawan,serangan serangga seperti silverfish, lipas, anai-anai

*Bahagian Koleksi Kebangsaan

dan tikus. Sementara taktor fizikal pula ialah kero-sakan yang disebabkan oleh kecuaian pengendaliandan kurang pengawalan di tempat penyimpanan,koyak, kepanasan udara dan kelembapan. Sementa-ra faktor asid (kimia) pula adalah disebabkan terda-patnya bahan asid di dalarn kertas-kertas, dakwatdan udara sekeliling.

Perlunya Langkah-Langkah Pemuliharaan TerhadapBahan-Bahan Yang RosakKepentingan dan kesedaran betapa perlunya langkah-langkah pemuliharaan timbul apabila didapati ba-nyaknya khazanah-khazanah dan bu ku-bu ku yangpenting dan bernilai perlu dibaiki dengan segera ke-rana sejarahnya. Di institusi pengajian tinggi, khas-nya perpustakaan-perpustakaan, buku-buku adalahmerupakan koleksi utamanya dan adalah menjaditanggungjawab pihak perpustakaan untuk menjagadan membaiki buku-buku yang telah rosak.

Berbagai cara pemuliharaan pernah dilakukan,ada yang menggunakan gam, sylotape dan lain-laincara tersendiri digunakan untuk proses pcmbaikantetapi cara-cara yang terdapat amatlah tidak sesuaikerana selain daripada ianya tidak kelihatan cantikianya juga akan mempercepatkan bahan tcrsebutbertambah rosak dan kemungkinan gam-gam yangdigunakan tadi akan menjadi tarikan kepada serang-ga seperti lipas dan anai-anai. Tetapi setelah bebera-pa tahun penyelidikan dan ujian dijalankan, akhir-nya cara pembaikan yang bersesuaian dan tahanlama didapati dan cara-cara inilah digunakan di se-mua Arkib yang tcrdapat di seluruh dunia. Walau-pun demikian kajian masih lagi dijalankan untuk

8

mencari kaedah-kaedah yang lebih baik dan berse-suaian di dalam bidang pemuliharaan.

Sebelum kerja-kerja pemuliharaan dilakukan ter-hadap satu-satu bahan, kita seharusnya meneliti de-ngan menggunakan budi bicara sendiri menilai apa-kah pembaikan yang perlu dilakukan terhadap ba-han-bahan tersebut, mungkin bahan tersebut hanyarnernerlu kan langkah-Iangkah keselamatan sahajasebelum ianya menjadi lebih rosak ataupun mungkinbah an tersebut memerlukan pemulihan keseluruhan-nya.

[ika buku-buku, dokumen ataupun fail-fail yangterdapat terlalu rosak disebabkan serangan serangga,proses pengwasapan (fumigation) perlu dilakukan,bahkan adalah lebih selamat sekiranya setiap bahanyang memerlukan pemulihan diasapkan demi untukkeselamatan. Kebiasaannya bahan kimia yang digu-nakan di dalam proses pengwasapan ini ialah denganmemasu kkan bahan-bahan tersebu t di dalam sebuahpeti besi (chamber) yang tidak boleh dimasuki udara.

Bahan-bahan kimia yang digunakan ialah:

Untuk 2 minggu - Paradichlorobenzene - 15 IbsUntuk 24 jam - Ethylene dichloride - 15 ozs

+Carbon tetrachloride - 50zs

Kita juga boleh menggunakan methyl bromide

Selepas pengwasapan dilaku kan bahan-bahan ter-sebut dibersihkan di mana segala pin-pin dan sylo-tape ditanggal kan. Untu k menanggal kan sylotapeataupun tape-tape yang lain adalah wajar menggu-nakan Carbon tetrachloride bertujuan bagi menge-lakkan daripada tulisan-tulisan yang terdapat di ba-han tersebu t dari pada rosak, tanggal atau pun koyak.

Selepas bahan-bahan tersebut melalui prosespengwasapan, bahan tersebut perlu melalui prosespengenyahan asid (deacification) pula iaitu menge-luarkan asid yang terdapat dari kandungan kertas.Tetapi perlu diingatkan, sebelum proses pengenya-han ini dilakukan beberapa tindakan perlu diambil.Di antaranya ialah jika didapati halarnan buku itusudah terkoyak, halaman itu perlu diperbaiki de-ngan rnenggunakan acetate paste (iaitu carnpurandaripada acetone + Acetate foils) dan jika sekiranyadi halaman surat itu terdapatnya tulisan yang tertu-lis dengan dakwat yang berwarna selain daripada hi-tam, acetate paste juga perlu disapukan di atas tuli-san tersebut untuk mengelakkan tulisan itu daripadahilang. Tindakan seterusnya ialah memberikan nom-bor mukasurat pada setiap halaman bahan tersebutbagi mempastikan kandungan mukasurat tersebutadalah cukup. Setelah tindakan yang wajar diambilbolehlah bahan tersebut melalu i proses pengenyahan.Ada beberapa cara yang boleh dilakukan di dalam

proses ini, di antaranya ialah Aqueous Deacidifica-tion, Double Process, Non Aqueous Deacificationdan Wei To, tetapi cara yang sesuai dan sering digu-nakan ialah 'Aqueous Deacidification.' Proses pe-ngenyahan yang diamal kan adalah proses yang di-perkenal kan oleh W. J. Borrow iaitu Single-StateImmersion Process. Ini mel ibatkan perendaman do-kumen di dalam larutan yang telah disediakan sela-ma 20 jam di dalam satu dulang khas disusun de-ngan melapiskan 'net wire mash' di antara tiap-tiaphalaman. Setelah mencu kupi masa, diangkat bersa-ma sokongan 'net' dan digantungkan di rak-rak un-tuk dikeringkan tanpa sinaran cahaya matahari. Bagimem pasti kan kertas-kertas tersebu t mengandu ngiasid, ujian boleh dilakukan dengan menggunakanUniversalindikator (PHO-14).

Formula bagi Menyediakan Larutan Pengenyahan8.5 grm Magnesium Carbonate1 liter aircarbon dioxide gas (C02)

Magnesium Carbonate dibancuh dengan air dandimasukkan ke dalam bekas [balang], kemudian gasCO2 disalurkan ke dalam balang tersebut selama 2jam. Pasti kan bancu han tersebu t hancur dan dibiar-kan semalaman supaya semua ketulan-ketulan yangtidak hancur itu mendak (deposited). Hanya airyang jernih sahaja digunakan untuk proses penge-nyahan.

Cara-CaraPemuliharaanAda tiga cara digunakan untuk pemuliharaan:

(i) Cara Tradisional

(ii) Cara Salutmati (Lamination)

(iii) Cara Pembaikan Kertas Tisu (Tissue Paper)

Pemuliharaan cara tradisional ini biasanya diguna-kan bagi memperbaiki naskah ataupun dokumen-dokumen bertulisan tangan (rnanuskrip], peta-petadan pelan yang besar.

Terlebih dahulu kertas buatan tangan (hand-made paper) dan kertas tisu, dipotong mengikut saizyang diperlukan. Kertas buatan tangan dibasahkandi kedua-dua belah muka dengan air suam. Selepasitu basahkan pula halaman kertas yang hendak di-perbaiki ini di kedua-dua belah muka. Perlahan-Ia-han sapukan CMC gam (Carboxy Methyl Cellulose)ke at as mu ka di sebelah atas kertas buatan tangantadi. Lekatkan kertas yang hendak diperbaiki iniperlahan-Iahan di atas kertas buatan tangan yang ber-gam tadi. Ratakan perlahan dengan menggunakan'bone folder' bagi mengelakkan gelembong udara(air pocket).

9

Di peringkat ini beberapa perkara perlu di-awasi:

(a) J ika sekiranya kertas (halaman mu kasurat)tersebut berlubang-Iubang, segala lubang perluditampal dengan menggunakan kertas buatantangan mengi ku t keluasan lubang-Iubang terse-but.

(b) Jika didapati mukasurat tersebut terlalu uzur,kertas tisu amatlah diperlukan ditampal ke atasmukasurat tersebut bagi menambahkan keku-kuhannya.

(c) Di dalam membuat kerja cara tradisional ini, ke-sabaran dan ketenangan fikiran amatlah diperlu-kan bagi mengelakkan mukasurat tersebut dari-pada bertambah rosak.

Selepas semua perkara tersebut diawasi, ambilsehelai lagi kertas buatan tangan dibasahkan sepertimula tadi dan dilekatkan ke atas halaman mukasurattersebut, tetapi perlu diingatkan sebelum dilekatkankertas buatan tangan ini, 'acetate tracing film' dile-katkan terlebih dahulu supaya apabila hendak di-buat scoring (iaitu menggores dengan menggunakansejenis pen berjarum) nanti ianya tidak akan menca-catkan ataupun calar di permukaan mukasurat terse-but. Koyakkan kertas buatan tangan pad a bahagianyang menutupi tulisan dan ketika menggores taditentukan betul-betul melalui di atas tepian tulisanmukasurat dan garisan biarlah berkelok supaya nam-pak keindahan nilai seninya (artistic). Lekatkan le-bihan kertas buatan tangan (potongan yang diting-gal kan) di ruang yang berkenaan. Akh ir sekali diang-kat dan dikeringkan perlahan-Iahan dengan kertas'blotting' dan dihimpit (press).

Oi dalam proses pemuliharaan cara tradisional ini'scoring' amatlah perlu, ini adalah memandangkanbahan-bahan tersebut adalah di dalam keadaan uzurdan kerapkaJi terdapatnya di setiap penjuru muka-surat-mukasurat tersebut sudah rosak ataupun ter-koyak dan bagi mempastikan ianya terpelihara de-ngan selarnat dan nampak keasliannya, proses iniamatlah perlu khasnya pada pemu liharaan cara tra-disional sahaja.

Bagi halaman mukasurat yang mempunyai tulisandepan dan belakang, kertas tisu ataupun 'silk chif-fon' digunakan dan cara membuatnya adalah sama.

Salutmati (Lamination)Salutmati adalah satu daripada beberapa kaedah ba-ru pemulihan yang sekarang ini merupakan kaedahyang utama yang dijalankan di Arkib Negara. la me-rupakan satu proses pembaikan di mana dokumcn

disalut rapi (sealed) di antara dua helaian 'celluloseacetate foil' dengan menggunakan haba 340°F dantekanan di dalam satu 'flat bed hydraulic press'.Kertas tisu disatukan di dalam salutmati ini untukmenambahkan lagi kekuatannya.

Untuk menyaluti satu-satu dokumen, halamanmukasurat ataupun bahan-bah an kertas-kertas yanglain dengan proses ini, pada peringkat pertamanya,halaman-halaman dilapiskan di antara dua pasang'cellulose acetate foil' dan kertas tisu di mana ker-tas tisu di bahagian luarnya. Lapisan itu kemudian-nya dikenakan haba dan ditekan pada 'flat bedhydraulic press' yang akan mensebatikan halamandengan lapisan-Iapisan penyalutmati.

Satu kaedah yang lebih mudah dan murah ialahproses salutmati pelarut (solvent lamination). la ti-dak memerlukan alat yang mahal seperti di atas. La-pisan 'acetate foil' dan kertas tisu disediakan dengancara yang sam a seperti pada proses di atas tadi, teta-pi pelarut (solvent) digunakan untuk menyalutmatihalaman dengan bahan-bahan pelaru t. Cara diguna-kan ialah dengan hanya menyapukan pelarut terse-but (acetone) dengan berus kepada lapisan-Iapisanhalaman dan penyalutnya. Kerja-kerja ini dijalankandi atas meja yang beralaskan sekeping kaca dan un-tuk menghindari dari menyedut wap acetone diada-kan pula sebuah 'extractor fan' yang akan menyedutwap acetone dan mengawalnya dari merebak.

Pembaikan Kertas TisuBahan-bahan yang diperbaiki secara ini ialah kebia-saannya bahan-bahan yang tidak uzur tetapi me mer-lukan pembaikan bagi menentukan supaya bahanberkenaan tahan lebih lama dan selamat.

Cara membuatnya:

Kertas tisu disapukan gam CMC rata-rata. Basah-kan dokumen ataupun halaman mukasurat tersebutperlahan-Iahan dan ditampalkan ke atas kertas tisutadi. Ratakan bagi mengelakkan gelembong udara,kemudian ambil sehelai lagi kertas tisu disapukangam CMC ditampal ke at as dokumen tadi. Ratakanlagi sekali, dikeringkan dengan kertas 'blotting' dandihimpit (press).

Selain daripada tiga cara yang telah disebutkantadi, ada satu cara pemulihan lagi iaitu encapsula-tion. Pemulihan cara ini hanya bersesuaian jika seki-ranya dokumen tersebut berupa surat-surat perjanji-an (treaty), surat pengistiharan dan lain-lain suratyang berupa peribadi yang mana boleh dikeluarkanpada bila-bi la masa. Bagi satu-satu perpustakaanyang mana koleksi utamanya adalah merupakan bu-ku, 'encapsulation' ini adalah tidak bersesuaian.

10

Sistem Simpanan dan PenjagaanOi samping mengetahui cara-cara pembaikan, sistemsimpanan dan penjagaan amat besar peranannya da-lam pemuliharaan buku-buku dan dokumen di da-lam satu-satu koleksi. Beberapa tindakan perlu di-ambil seperti hawa dinginnya hendaklah di antara65°F - 75°F pada setiap masa, alat-alat penahanlembapan udara hendaklah digunakan di mana per-lu, tempat simpanan dan rak-rak buku perlu sentiasabersih dan teratur, pengawasan yang rapi pada tem-pat simpanan buku bagi mempastikan tiada seranganserangga, barang-barang makanan adalah dilarang di-

bawa ke dalam ataupun berdekatan dengan kawasansimpanan. Alat pemadam api mestilah di tempatkandi kawasan simpanan buku-buku.

PenghargaanPenulis menjalani latihan Pemuliharaan di ArkibNegara Malaysia dari 9 Mei hingga 30 J un 1983. Pe-nulis dan Perpustakaan merakamkan ucapan terimakasih kepada pihak Arkib Negara atas latihan dantunjuk ajar yang telah diberikan selama lapan ming-gu itu.

11