Perkahwinan Adat Rembau, Negeri Sembilan, dalam …

20
Jurnal Melayu (9)2012: 171-189 Perkahwinan Adat Rembau, Negeri Sembilan, dalam Penulisan C.W.C Parr dan W.H. Mackray Mat Noor Mat Zain Che Maryam Ahmad Zuliza Mohd. Kusrin Abstrak Daerah Rembau di Negeri Sembilan mengamalkan Adat Pepatih dalam perkahwinan. Walau bagaimanapun, sesetengah amalan dalam Adat Pepatih dianggap bertentangan dengan hukum syarak. Kertas kerja ini membincangkan beberapaamalandalamAdat Pepatihdi Daerah Rembau,Negeri Sembilanseperti mana yang diulas oleh C.W.C. Parr dan W.H. Mackray dalam penulisannya bertajuk Marriage in Negeri Sembilan: A Note on the Conflict between the Rule of Custom and Those ofIslam. Terdapat lima perkara yang diulas dalam penulisan tersebut sebagai amalan Adat Pepatih yang memerlukan penjelasan hukum syarak, iaitu berkenaan perwalian, perempuan-perempuan yang haram dipinang, mas kahwin, pemilikan harta dalam perkahwinan dan poligami. Perbincangan juga menyatakan pendapat Parr dan Mackray dalam amalan perkara-perkara tersebut dalam Adat Pepatih menurut perspektif Islam. Perbincanganmendapatibahawa pendapatParr dan Mackraylebih menekankan aspek Adat, manakala perbincangan tentang hukum syarak terlalu sedikit dan ringkassertasebahagiannya tidakbertepatandenganhukumsyarak.Hal ini tidak menghairankan kerana mereka bukannya pakar dalam syariat Islam. Kata kunci: Adat Pepatih, perkahwinan, Hukum Syarak, Islam, amalan. Abstract The district of Rembau, Negeri Sembilan, practices Adat Pepatih in marriage. However, some of the practices of the Adat Pepatih are considered as contradict to Islamic Law.This paper discussesseveralpractices ofAdat Pepatih in the District of Rembau, Negeri Sembilan, as been reviewed by C.W.C. Parr and Mackray in their writing entitle Marriage in Negeri Sembilan: A Note on the Conflict between theRule ofCustom and Thoseof Islam. There are five subjects reviewed by them that need further explanation as far as Islamic Law is concerned: the guardianship of marriage, list of prohibited women to be married, dowry, possessionof property in marriage and polygamy. The discussionelaboratedon the practices of those matters in the Adat Pepatih and opinion of C.W.C. Parr

Transcript of Perkahwinan Adat Rembau, Negeri Sembilan, dalam …

Page 1: Perkahwinan Adat Rembau, Negeri Sembilan, dalam …

Jurnal Melayu (9)2012: 171-189

Perkahwinan Adat Rembau, NegeriSembilan, dalam Penulisan C.W.C Parr

dan W.H. Mackray

Mat Noor Mat Zain

Che Maryam AhmadZuliza Mohd. Kusrin

Abstrak

Daerah Rembau di Negeri Sembilan mengamalkan Adat Pepatih dalamperkahwinan. Walau bagaimanapun, sesetengah amalan dalam Adat Pepatihdianggap bertentangan dengan hukum syarak. Kertas kerja ini membincangkanbeberapaamalandalamAdatPepatihdi DaerahRembau,Negeri Sembilansepertimana yang diulas oleh C.W.C. Parr dan W.H. Mackray dalam penulisannyabertajuk Marriage in Negeri Sembilan: A Note on the Conflict between theRule of Custom and Those ofIslam. Terdapat lima perkara yang diulas dalampenulisan tersebut sebagai amalan Adat Pepatih yang memerlukan penjelasanhukum syarak, iaitu berkenaan perwalian, perempuan-perempuan yang haramdipinang, mas kahwin, pemilikan harta dalam perkahwinan dan poligami.Perbincangan juga menyatakan pendapat Parr dan Mackray dalam amalanperkara-perkara tersebut dalam Adat Pepatih menurut perspektif Islam.PerbincanganmendapatibahawapendapatParrdanMackraylebihmenekankanaspek Adat, manakala perbincangan tentang hukum syarak terlalu sedikit danringkassertasebahagiannya tidakbertepatandenganhukumsyarak.Hal ini tidakmenghairankan kerana mereka bukannya pakar dalam syariat Islam.

Kata kunci: Adat Pepatih, perkahwinan, Hukum Syarak, Islam, amalan.

Abstract

The district of Rembau, Negeri Sembilan, practices Adat Pepatih in marriage.However, some ofthe practices oftheAdat Pepatih are considered as contradict toIslamicLaw.Thispaper discussesseveralpracticesofAdat Pepatih in the Districtof Rembau, Negeri Sembilan, as been reviewed by C.W.C. Parr and Mackrayin their writing entitle Marriage in Negeri Sembilan: A Note on the Conflictbetween theRuleofCustom andThoseofIslam.There are five subjects reviewedby them that need further explanation as far as Islamic Law is concerned: theguardianship of marriage, list of prohibited women to be married, dowry,possessionof property in marriageand polygamy. The discussionelaboratedonthe practices of those matters in the Adat Pepatih and opinion of C.W.C. Parr

Page 2: Perkahwinan Adat Rembau, Negeri Sembilan, dalam …

172

andMackray of thepractices of theAdatPepatih according to Islamic Law. Thisstudy found thatParrand Mackray gavemore emphasis on the aspects of theAdat. Their discussions on Islamic Law were in brief and some of them were

notinaccordance toShariah Law. It isundeniable fact due totheir notexpertisein the field of Shariah Law.

Keywords: AdatPepatih, marriage, Islamic Law, Islam, practices.

Pendahuluan

Pada masa dahulu masyarakat diRembau yang dikatakan berasal daripadaMinangkabau, Indonesia, mengamalkan Adat Perpatih dalam semuaaspek kehidupan. Namun kini amalan mereka terbatas kepada adat istiadatperkahwinan, perwarisandan pelantikanpemimpinsahaja.

MasyarakatAdat Perpatih terdiri daripada tiga kumpulan utama,iaitu perat, suku dan luak. Perat adalahunit sosiopolitik yang terkecil.Anggota sesuatu perat adalah berasal daripada moyang (keturunanperempuan ) yang sama dan pada kebiasaannya tinggal di suatuperkampungan atau kawasan yang sama. Suku pula terdiri daripadabeberapa perat yang membentuk keluarga yang besar. Suku diketuai olehseorang ketua yang di Gelar Dato' Lembaga. Manakala luak (disebutjuga sebagai luhak) pulaadalah unitkawasan pentadbiran darisegiadat.Setiap luak diketuai oleh Dato' Penghulu, seperti dikata Adat bahawa"luakberpenghulu". Dato' Penghulu biasanya memakai gelaran Undang.Kedudukan Undang dalam luaknya tidakubahseperti "Raja"di negeri-negeri lain.

Komposisi Negeri Sembilan berubah-berubah mengikut detiksejarah. Pelbagai pendapat diutarakan dalam menyenaraikan luakyangterdapat di Negeri itu. Newbold berpendapat luak-luak asli NegeriSembilan terdiri daripada Segamat, Johol, Naning, Sungai Ujong,Jelebu, Rembau, Kelang, UluPahangdanJelai. M. ListermengeluarkanUlu Pahang dan menggantikannya dengan Pasir Besar. R.J. Wilkinsonmenarik keluar Johol dan memasukkan Inas sebagai ganti. WinstedtdanNathan akhimya menyenaraikan luak-luak tersebut sebagai SungaiUjong, Jelebu, Rembau, Naning, Kelang, Segamat, PasirBesar (sekarangJohol), Jelai(sekarang Inas)danUluPahang (kawasan antaraUluSertingdengan Temerloh).

Semua penulis ini betul-betul percaya bahawa terdapat sembilanluak diNegeri Sembilan. Walau bagaimanapun, menurut Jossein deDong,angka sembilan cuma merupakan angka ideal. Negeri Sembilan tidakpemah wujud sebagai sembilan luak. Pada 1889,apabila Rembau,Johol

Page 3: Perkahwinan Adat Rembau, Negeri Sembilan, dalam …

173

dan Seri Menanti bersatu, namanya tetap Negeri Sembilan walaupunhanya ada tiga luak. Pada 1898pula ada 13 luak dan pada 1934pula ada12 luak.

Memandangkan Daerah Rembau ialah antara daerah yangmengamalkan Adat Perpatih, Parr dan Mackray hanya memberitumpuan kepada daerah tersebut dalam penulisannya. Perbincangan iniakan mengulas artikel yang dipetik daripada penulisan tentang adat diRembau, NegeriSembilanyang dimuatkan dalambukuReading inMalayAdat Laws, suntingan M.B. Hooker. Artikel yang bertajuk Marriagein Negeri Sembilan ini membincangkan secara ringkas tentang maskahwin, perwalian, perempuan yang dilarang dikahwini (perkahwinansesama suku, perkahwinan dengan sepupu, perkahwinan silang pupu)dan pemilikan harta menurutAdat Perpatih yang diamalkan di Rembaudengan membandingkannya dengan hukum syarak.

Adat Temenggung dan Adat Perpatih

Masyarakat di Tanah Melayu semenjak awal lagi telah mempunyaiundang-undang mereka tersendiri. Antara undang-undang tersebut,ada yang dipanggil hukum adat. Hukum adat merupakan peraturandan undang-undang yang diamalkan secara turun-temuran. Sesiapayang melanggamya boleh dihukum. Hukum adat ini dilaksanakanbagimenjamin hak anggota masyarakat dan memastikan masyarakat hidupdalam keadaan aman dan selesa. Di Tanah Melayu terdapat dua hukumadat yang diamalkan iaitu Adat Temenggung dan Adat Perpatih.

Pembahagian Adat Temenggung dan Adat Perpatih dalammasyarakat Melayu telah dibuat sejak zaman kolonial lagi bagimembezakan secara mudah antara undang-undang adat Melayu denganundang-undang dari Minangkabau. Semua undang-undang yang berasaldari Minangkabau telah digolongkan sebagai Adat Perpatih, sementarasemua undang-undang adat Melayu lain sebagai Adat Temenggung.Pembahagian ini mungkin berpunca daripada wujudnya beberapapersamaan antara adat Melayu dengan adat yang diasaskan Dato'Ketemenggungan di Minangkabau. Undang-undang adat Melayu berasalusul daripada masyarakat yang telah zaman-berzaman mendiami TanahMelayu atauAlam Melayu. Penulisan naskhah Undang- Undang Melakaatau Undang-Undang Laut Melaka, contoh dua buah undang-undangadat Melayu yang terawal, tidak ada kaitan atau pengaruh daripada adatDato' Ketemenggungan dari Minangkabau.

Page 4: Perkahwinan Adat Rembau, Negeri Sembilan, dalam …

174

Adat Perpatih

Adat ini berasal dari tanah Minangkabau, Sumatera, diasaskan olehseorang pemimpin Minang bemama Sutan Balun yang bergelar Dato'Perpatih Nan Sebatang. Adat ini adalah amalan dan peraturan hidupyang ditentukan bagi masyarakat Minangkabau yang rata-ratanyaadalahpetani ketika itu. Tidakada tarikhyang tepat dicatatkan bilakahadat ini diwujudkan. Pada umumnya Adat Perpatih telah dibawa keSemenanjung Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) oleh perantau-perantau Minangkabau pada abad ke 14 Masihi.

Secara praktisnya orang Minang yang berhijrah ke daerah KualaPilah,NegeriSembilan berasaldaripada daerah pergunungan SumateraBarat bahagian Barat Indonesia. Suku bangsa Minangkabau di daerahSumatera Barat Indonesia mengamalkan sistem kekerabatan nisab ibuyang berprinsipkan adatbasandi syarak, syarak basandi kitabullah.

Pencipta Adat Perpatih, Dato' Perpatih Nan Sebatangdan rakan-rakanseperjuangannya telahberjaya membentuk, menyusun danmengaturhidupdalammasyarakat di Minangkabau dalamsegalasegitermasuklahbidang ekonomi, politik, sosial, kebudayaan dan kepercayaan. AdatPerpatih ini telah dibawa ke kampung, mukim, daerah dan negeri kitaNegeri Sembilanoleh orangMinangkabauyang merantauuntuk mencarirezeki dan menambah harta lebih awal daripada kurun ke-13. Denganini,Adat Perpatih adalah hukum yang telah terciptadan terpakai dalamsistem sosial, sistem politik dan sistem ekonomi masyarakat lebih 700tahun dulu disamping menjadi undang-undang dalam pentadbiran negeri,luak dan kampung seperti yang diperkuatkan dalam perbilangan:

Biar mati anak, jangan mati adatTak lekang dek paneh, tak lapuk dek hujanDianjak layu, dicabut matiGemuk berpupuk segar bersiramBerjenjang naik, bertangga turunPatah tumbuh hilang bergantiPesaka bergilir,soko berwarisAdat bersendi hukum, hukum bersendi kitabullahSyarak mengata, adat mengikutAdat dan syarak sandar menyandar

Selain daripada mengandungi falsafah hidup, Adat Perpatihjugamenyediakan garispanduanadat,prinsip,panduandanpengajaran hidupyangkesemuanya didapatisecaratersuratdan tersiratdalamperbilangan

Page 5: Perkahwinan Adat Rembau, Negeri Sembilan, dalam …

175

kata,gurindam, pantun,selokadanperumpamaan. Falsafahdan adatyangterdapat dalam Adat Perpatih merapakan salah satu cara penyampaiannasihat dan tunjuk ajar untuk menggalakkan hidup beradat, bertertib,bantu-membantu, saling faham memahami, sayangmenyayangi,berbudibahasa, sopan-santun,hormat menghormati di samping memberi ruanguntukmemperbaiki diri sendiri dariaspekpenambahan ilmu, peningkatankemahiran, mempelbagaikandan memperbanyakkanpengalaman.

Sistem Adat Perpatih dikenali dengan perbilangan: "Berjenjangnaik, bertangga turun" yang bererti bertingkat naik dari rakyat kepadaraja melalui saluran tertentu dan bertanggaturun dari raja kepada rakyatjuga mengikuti laluan dari atas ke bawah dan tidaklah saluran lompat-melompat. Dengan itu maka ternyatalah kesesuaian Adat Perpatih untukmemajukan dan memakmurkan masyarakat serta mencapai keadilan dankeamanan.

"Hidup dikandungkan adat, mati dikandungkan tanah". Pepatahini tepat. Hidup jika tiada adat merupakan hidup seperti haiwan.Aspekyang diberi fokus dan penekanan dalam mengamalkan Adat Perpatihialah adat yang sebenar adat. Adat Perpatih merangkumi empat bidang,iaitu:

(i) Adat yang sebenar adat(ii) Adat yang teradat(iii) Adat yang diadatkan(iv) Adat istiadat

Adat yang sebenar adat bermaksud undang-undang. Oleh sebabadat itu dicipta sejak berzaman dahulu oleh pencipta yang ketika itutidak tahu membaca dan menulis maka peraturan atau undang-undangtersebut diperturunkan secara lisan. Dengan itu seseorang yang bakaldilantik menjadi ketua adat sama ada buapak, lembaga atau penghuluadalah wajib memahami undang-undang yang terkandung dalam AdatPerpatih.

Dari segi politik Adat Perpatih bersifat demokrasi, iaitu pelantikanpemerintah dibuat dari bawah, iaitu anak buah memilih buapak, buapakmemilih lembaga, lembaga memilih Undang dan Undang akan melantikYamtuanBesar (Raja).Hal inibermaknaYamtuanBesartidakmempunyaihak dalam soal pelantikan pembesar kerana pelantikan itu dibuat olehpara pembesar yang berada di hierarki yang lebih ke bawah. Selain itukeputusan yang dibuat oleh Yamtuan Besar juga adalah berdasarkankeputusan bersama dengan Undang.

Page 6: Perkahwinan Adat Rembau, Negeri Sembilan, dalam …

176

Dalam soal kekeluargaan dan perkahwinan, Adat Perpatihmengamalkan hidupsecarabersuku-suku, iaituhidupsecaraberkeluargadengan ahli-ahlinya terdiri daripada satuikatan sedarah sedaging. Setiapsukumempunyai namatersendiri seperti Biduanda, BatuHampar, PayaKumbuh, Mungkal, Tiga Nenek, Seri Melenggang, Seri Lemak, BatuBelang, Tanah Datar, AnakAcheh, AnakMelaka, Tiga Batu. Sementaradalam masalah perkahwinanAdat Perpatih mengamalkan eksogami iaitutidak membenarkan perkahwinan sesama suku. Selepas berkahwin, sisuami akan meninggalkan keluarganya kerana siisteri akan membawanyatinggal dirumah pusaka (rumah gadang) atau rumah sendiri yang dibinaberhampiran rumah pusaka ibu si isteri. Jika berlaku penceraian atausi isteri meninggal dunia, maka si suami akan kembali semula kepadasukunya yang asal manakala anak-anak mereka bukan menjadi hakkeluarga asas pasangan suami isteri tersebut tetapi hakrumpun ibunya.

Adat Perpatih juga bersifat matriarchal/matrilineal, iaitumengutamakan kedudukan wanita. Wanita dianggap sebagai pengasassuku. Harta pusaka turun-temurun adalah kepunyaan suku. Pewarisanharta diberatkan di sebelah ibu dan anak perempuan menjadi asaswujudnya suku dan ini menjadikan wanita kaya dan berkuasa. Si suamitidak berhak ke atas harta pusaka.

Dari segi undang-undang jenayah, hukuman dalamAdat Perpatihbersifat pemulihan, berperikemanusiaan danbertimbang rasa. Orang yangmembuatkesalahan akandidendaberdasarkan kesalahannya danmangsadiberiganti ragi. Contohnyajika seseorangdari sukuitu dicederakan, diaakan diberi ganti ragi dalam bentuk ayam atau kambing sebagai gantidarah yang mengalir, besar atau kecil binatang itu bergantung kepadabesar ataukecil lukayang dialami. Bagikes kecurianhukumannyaialahmemulangkan semula barangyang dicuri atau dibayarganti ragi. Bagikesalahanmembunuh, si pembunuhmesti menanggung hidup keluargasi mati. Hukuman bunuh hanya boleh dikenakan ke atas kesalahan seriusseperti menderhaka. Adat Perpatih berpegang kepada konsep orangyang melakukan jenayah boleh mengubah perangai mereka. Pelaksanaundang-undang biasanyadijalankanoleh Buapakatau Lembagakecualihukuman bunuh yang hanya boleh dijatuhi oleh Yamtuan Besar.

Ulasan Parr dan Mackray Mengenai Perkahwinandi Rembau

Parr dan Mackray adalah dua orang pegawai Inggeris yang pemahberkhidmat di Tanah Melayu. Mereka telah mengenai pasti beberapa

Page 7: Perkahwinan Adat Rembau, Negeri Sembilan, dalam …

177

amalan Adat Pepatih dalam hal ehwal perkahwinan yang bertentangandenganhukum syarak.Antara perkara-perkaratersebut adalah perwalian,perempuan-perempuan yang haram dipinang, mas kahwin, pemilikanharta dalam perkahwinan dan poligami.

Perwalian

Menurut Parr dan Mackray, perkahwinan dalam Islam adalah suatuakad yang berlaku antara pihak lelaki (bakal suami) dengan wali bagipihak perempuan dengan perakuan dua orang saksi yang berkelayakan.Mereka mendakwa wali nasab dalam Islam terbatas kepada bapa dandatuk sahaja. Menurut mereka lagi sungguhpun Rembau merapakanluak yang mengamalkan hukum syarak berasaskan mazhab ahli Sunnahwal-Jamaah, namun mereka mendakwa bahawa konsep perwalian nikahyang diamalkan oleh Adat Pepatih adalah bertentangan dengan hukumsyarak. Amalan perwalian di Semenanjung Tanah Melayu, sebagaimanayang disyariatkandalam Islam ialah perwaliantidak terbatas kepada bapadan datuk sahaja. Adik beradik lelaki dan bapa saudara (sebelah bapa)juga termasuk dalam senarai wali.

Namun, dalam praktis yang berlaku di Rembau, bapa saudarakebiasaannya dinafikan hak menjadi wali. Peraturan Adat Perpatih diRembau menetapkan bahawa seseorang lelaki tidak boleh berkahwindengan perempuan dari suku yang sama. Perkahwinan di Rembau adalahberbentuk perkahwinan eksogami (berlainan suku). Apabila dua beradiklelaki mengahwini dua orang perempuan dari suku yang berbeza, sebagaicontoh si abang berkahwin dengan anak perempuan Suku Mungkar,manakala si adik mengahwini anak perempuan Suku Tanah Datar. Makasi abang tidak boleh mewalikan anak perempuan si adik, begitu jugasebaliknya si adik tidak boleh mewalikan anak perempuan si abang.Hal ini kerana apabila seseorang lelaki berkahwin dengan seseorangperempuan daripada mana-mana suku, beliau bertanggungjawabmelindungi suku tersebut. Hubungannya dengan suku sendiri terputusselama mana perkahwinannya masih berterasan. Kedudukan ini dengansendirinya menafikan hak bapa saudara mewalikan anak saudaranya.

Hakikatnya dalam Islam, wali terdiri daripada waris lelaki sebelahbapa iaitu bapa, datuk, adik-beradik lelaki seibu sebapa atau sebapa,anak lelaki kepada adik-beradik lelaki seibu sebapa atau sebapa (anaksaudara) adik-beradik lelaki bapa seibu sebapa dengan bapa atau yangsebapa (bapa saudara), dan anak bapa saudara seibu sebapa atau sebapa(sepupu).Perwalian adalah menurut uratan, maksudnya apabila seseorang

Page 8: Perkahwinan Adat Rembau, Negeri Sembilan, dalam …

178

perempuan hendak berkahwin maka bapanya akan mewalikannya.Apabila bapameninggal atauhilang kelayakan menjadi wali, datuk akanmenggantikan tempatnya. Begitulah juga seterasnya. Apabila semuawali-wali yang disenaraikan tiada, perwalian akan berpindah kepada walihakim sebagaimanayang diterangkan dalam sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya:".. .Sultan (wali hakim) adalah wali bagimereka yangtiadawali."

Tegasnya perwalian tidak terhad kepada bapa dan datuk sahajaseperti dakwaan yang dibuat oleh Parr dan Mackray. Bapa dandatuk dalam Islam digolongkan sebagai wali mujbir iaitu wali yangmempunyai kuasa eksklusif untuk memaksakan perkahwinan kepadaanakperempuannya yang masih gadis apabila memenuhi syarat-syaratpaksaan. Selain daripada bapadan datuk, mereka dikenali sebagai walighayr mujbir. Wali termasuk bapa saudara (adik-beradik lelaki bapasamaada seibusebapa dengan bapa atausebapa) akanhilangkelayakanapabila tidak dapat memenuhi salah satu syarat perwalian, iaitu

1. Beragama Islam.

2. Lelaki sejati.3. Akil baligh (cukupumur dewasa menurut Islam).4. Berakalwaras (tidakgila, berterasan atau sekejap-sekejap).5. Tidak cacat penglihatan (buta atau rabun yang teruk).6. Adil denganmaksud tidak fasiq (tidakpemah melakukandosa besar

dantidak sering mengulangi dosakecil serta tidak melakukan perkarayang menjejaskan maruah seperti berjalan tidak memakaikasut).

7. Bukandari golongan yang tidak bolehmentadbir harta (safih).8. Tidak berada dalam keadaan ihram haji atau umrah.

Apabila semua syarat-sayarat tersebut dipenuhi, maka tidak adasebab seseorang wali dinafikan haknya untuk mengahwinkan perempuan-perempuan yang di bawah perwaliannya. Menafikan hak adik-beradiklelakibapa yang seibusebapaatau sebapaseperti yang diamalkan olehmasyarakat Rembau kerana alasan berlainan kepentingan disebabkanperbezaan suku antarapihak perempuan dengan bapa saudaranya jelasmenyalahi syariat Islam.

Perempuan yang Haram dikahwini

Masyarakat yang mengamalkan Adat Perpatih secara umumnyaterbahagikepada 12 suku, iaitu Biduanda, Batu Hampar, Paya Kumbuh

Page 9: Perkahwinan Adat Rembau, Negeri Sembilan, dalam …

179

(Pekumbuh), Mungkal, Tiga Nenek, Sri Melenggang, Sri Lemak, BatuBelang, Tanah Datar (Tedatar), Anak Melaka, Anak Acheh dan Tiga Batu.Perkahwinan yang diamalkan dalam Adat Perpatih ialah perkahwinaneksogami iaitu perkahwinan antara seseorang lelaki dengan mana-manaperempuan daripada suku yang lain daripada sukunya.

Hubungan sesama anggota suku begitu erat sehingga seseoranglelaki menganggap perempuan-perempuan dari suku yang samadengannya sebagai ibu, mak cik, kakak, adik atau anak perempuannyasendiri. Oleh itu, perkahwinan sesama anggota suku (endogami) adalahdilarang kerana ia ibarat perkahwinan antara dua beradik. Menurutkepercayaan, perkahwinan sesuku akan melahirkan keturunan yang cacatiaitu tidak cukup sifat, bodoh dan sebagainya. Orang yang berkahwinsesuku akan dipulaukan olah keluarganya dari semua upacara yangmemerlukan mereka. Biasanya yang perempuan tidak diberikan tanahpusaka. Dia dan suaminya tidak dibenarkan memijak tanah pusakaperutnya. Kenduri-kendara tidak diundang, mereka tidak ada status, tidakada kedudukan, ibarat orang terbuang dalam masyarakat Adat Perpatih:

Laksana buah keluluk,Tercampak ke laut tidak dimakan ikan,Tercampak ke darat tidak dimakan ayam.

Perkahwinan sesama suku boleh dipecahkan kepada dua, iaitu:

1. Sumbang sewaris, iaitu perkahwinan antara sesama anggota

suku tetapi berlainan perut. Perkahwinan sebegini amat

dilarang. Perbilangan adat berbunyi:

Kok ke darat sial balui,Kok laut tumpah karam,Kok beranak tak cukup sifatnya,Ditimpa dek bisa batu kawi.

2. Kesalahan melakukan perkahwinan sumbang sewaris akan

dikenakan hukuman segala harta dirampas. Undang juga boleh

menjatuhkan hukuman denda lima puluh gantang beras, kerbau

seekor dan wang sebanyak RM14.0Sumbang sekadim, iaitu

perkahwinan dengan perempuan dari perat yang sama. Dikenali

juga sebagai 'sumbang balai melintang. 'Perkahwinan sumbang

sekadim merupakan kesalahan yang paling besar dalam Adat

Perpatih dan akan dikenakan hukuman yang berat iaitu segala

Page 10: Perkahwinan Adat Rembau, Negeri Sembilan, dalam …

180

harta benda dirampas. Malah di sesetengah tempat dikenakanhukuman bunuh. Perbilangan adat berikut menggambarkankeadaan mereka yang melakukan sumbang sekadim ini:

Hidup tak terpelihara,Mati tak ditanam,Harta diambil,Tuan dibunuh

Perkahwinan eksogami digalakkan kerana beberapa sebab, iaitu:

1. Ia mengekalkan dan melanjutkan hubungan dalam suku sebagaihubungan persaudaraan, bukan hubungan suami isteri yangberasaskan hawa nafsu.

2. Perkahwinan eksogami juga mengeratkan hubungan antara suku.3. Eksogami dapat mengawal kelakuan sumbang. Anak-anak muda dari

sesuatu suku tidak berani mengusik anak-anak gadis dari suku lain.

Walaupun secara umumnya masyarakat yang mengamalkan AdatPerpatih melarang perkahwinan sesama suku, namun di Rembau sendiriada suku yang dibenarkan berkahwin sesama sendiri. Umpamanyasuku Batu Hampar di Rembau terdiri daripada lima perat, iaitu peratRaja Mahkota, Raja Mentika, Titian Batang Nyiur, Batu HamparAgamdan Batu Hampar Penajis. Lelaki dari perat Raja Mahkota tidak bolehberkahwin dengan perempuan dari perat Raja Mentika tetapi merekaboleh berkahwin dengan perempuan dari perat yang tiga lagi. Begitujuga perat yang tiga itu (Titian Batang Nyiur, Batu HamparAgam danBatu Hampar Penajis) tidak boleh berkahwin antara satu sama lain.Mereka dibenarkan berkahwin atas anggapan bahawa perat-perat initiada pertalian darah, atau pertalian darah yang ada terlalu nipis; tidakmembawa apa-apa kesan. Berdasarkan realiti ini didapati dakwaan Pandan Mackray bahawa perkahwinan sesuku dilarang di Rembau adalahtidak tepat.

Menurut hukum syarak perempuan yang haram dikahwini olehseseorang lelaki adalah seperti yang dijelaskan dalam firman Allah SWTyang bermaksud:

Diharamkankamu mengahwiniibu kamu, anak-anakperempuankamu, saudara-saudara perempuan kamu, ibu-ibu saudara kamu, anak-anak saudara kamuyang perempuan, ibu susuan kamu, saudara-saudara perempuan susuan, ibuisteri-isteri kamu (mertua) kamu, anak-anak isteri kamu yang dalam peliharaankamu dari isteri yang telah kamu campuri, tetapi sekiranya kamu belum

Page 11: Perkahwinan Adat Rembau, Negeri Sembilan, dalam …

181

campuri mereka (sesudah kamu menceraikan mereka) maka tidak berdosa kamumengahwini mereka (anak-anak tiri), (dan diharamkan bagi mu) isteri-isterianak kandung kamu (menantu) dan menghimpunkan (dalam perkahwinan) duaorang perempuan yang bersaudara kecuali yang telah terjadi pada masa lampau.Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Berdasarkan ayat ini, perempuan yang haram dikahwini olehseseorang lelaki Muslim dapat digolongkan kepada tiga golongan;iaitu perempuan-perempuan yang diharamkan kerana ada hubungannasab, perempuan-perempuan yang diharamkan kerana susuan danperempuan yang diharamkan kerana persemendaan. Pengharaman keranapersemendaan pula boleh dibahagikan kepada dua iaitu yang haramdikahwini selama-lamanya dan yang haram sementara. Nampaknyaperaturan Adat Perpatih yang melarang perkahwinan kerana persamaansuku tidak wujud dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Mas Kahwin (Mahar)

Mahar atau mas kahwin pada dasarnya ialah pemberian wajib oleh lelakikepada perempuan kerana akad perkahwinan sama ada dalam bentukwang, harta, barangan atau perkhidmatan. Pan dan Mackray, mendakwaperkahwinan dalam Adat Perpatih bukan semata-mata akad atau kontrakdi antara dua individu iaitu suami dan isteri tetapi ia lebih merapakansebuah institusi yang memberi keutamaan kepada kepentingan suku.

Menurut Pan dan Mackray, pembayaran perkahwinan (mengisiadat) dalam amalan Adat Perpatih sama ada menepati ajaran Islamatau tidak, terbahagi kepada dua, iaitu mas kahwin (dikenali sebagaiadat kahwin) bagi perkahwinan lazim (biasa) dan pembayaran mengisiadat "salah-salahan" (denda) bagi perkahwinan tak lazim (luar biasa).Perkahwinan tak lazim terdiri daripada "nikah terkurang", "menyerah"dan "merumah".

Sebelum seseorang lelaki diterima menjadi orang semenda, iadikehendaki "mengisi adat". Hal ini merapakan pengesahan yang ia bolehdan sanggup menyumbang wang bagi kebaikan bakal isteri dan sukubakal isteri. Kalau lembaga percaya dan berpendapat lelaki tersebut tidakmampu berbuat demikian, Lembaga akan menolak lamarannya. Tindakanini dengan sendirinya dapat menyingkirkan lelaki yang berhutang danbanyak tanggungjawab (mungkin kerana ramai anak atau ramai isteri).Bagi perkahwinan tak lazim bayaran mengisi adat "salah-salahan"

dilakukan oleh lembaga si lelaki kepada lembaga si perempuan. Jenis dankadar bayaran berbeza mengikut suku. Pada masa dahulu pembayaran

Page 12: Perkahwinan Adat Rembau, Negeri Sembilan, dalam …

182

dibuat dengan kain. Kain-kain itu dibahagikan antara sekedim (adikberadik kandung) perempuan dengan lembaga. Lembaga pula perlumembahagikan bahagiannya dengan buapak. Buapak berbahagi puladengan besar. Namun sekarang ini pembayaran dibuat dengan wangsahaja.

Lelaki yang melakukan nikah taklazim dari jenis"menyerah" perlumembayar adat kahwin disertai dengan adat menyerah yang disebutjuga sebagai "bunga pinang" iaitu kain sepersalinan dan "kain cincin".Sekarang adat menyerah hanya dalam bentuk wang. Adat "menyerah"biasanya mahal harganya. Perbilangan adat berbunyi: "Orang menyerahtanda kaya".

MenurutperaturanAdat Perpatihperempuanyang mewarisi tanahpusaka dan perempuan juga memegang tampuk ekonomi. Perempuanyang memegang tanah pusaka hendaklah menunaikan beberapatanggungjawab kepada lelakisekedimnya termasuk menunaikan hutangpusaka. Bayaran mengisi adat nikah kahwin atau denda-denda yangberhubung perkahwinan, mengadakan persalinan dan hadiah sertabayaran mengisi adat"salah-salahan" kepada Lembaga adalah tergolongdalamhutangpusakayang diuruskan oleh orangperempuan.

Hukum syarak menetapkan lelaki sebagai ketua keluarga yangmenafkahi keluarga dan memegang tampuk ekonomi bukan kaumperempuan. Firman Allah SWT:

Maksudnya:

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawabterhadap kaum perempuan, oleh sebab Allah telah melebihkan (orang-oranglelakidengan beberapa keistimewaan) atas orangperempuan, danjuga keranaoranglelakitelahmembelanjakan (memberi nafkah)sebahagian daripadahartamereka.

Pembayaranmengisiadat "salah-salahan"inimenyalahiketetapansyarak jika dibayar sebagai ganti maskahwin kerana ia dibayar kepadapemimpin suku bukan kepada isteri sedangkan dalam Islam mas kahwindalam semua keadaan adalah milikpenuh isteri dantidakboleh dikongsioleh sesiapakecuali dengan kerelaan isteri. Pernyataan ini terkandungdalam firman Allah SWT:

|Ui^s lipt, i^ka Laiiu AJu f.^5i (j, j4l £Jia £}1 SAL] ^j&Lts *UaJjS Ijilj«

Page 13: Perkahwinan Adat Rembau, Negeri Sembilan, dalam …

183

Maksudnya:

Danberilahkepadaperempuanitu mas kahwinmerekasebagaipemberianyangwajib. Kemudian jika mereka dengan sesukahati memberikan kepada kamusebahagian daripada maskahwinnya makamakanlah (gunakanlah) pemberian(yanghalal) itu sebagainikmat yang lazat lagibaik kesudahannya.

Pemilikan Harta dalam Perkahwinan

Menurut Parr dan Mackray, pada kebiasaannya suku suami tidakmendapat apa-apa faedah atau keuntungan daripada sesebuahperkahwinan, sebaliknya faedah dan manfaat tersebut dinikmati olehsuku isteri. Apakah dakwaan ini benar? Bagi mengesahkan kenyataantersebut,perlu difahamitentangpembahagianharta dalamAdat Perpatihyang boleh digolongkan kepada empat jenis iaitu harta pusaka, hartapembawa, harta dapatan dan harta carian atau suarang.

Harta pusaka. Hartapusakapulaterbahagi kepadaduajenis iaituPesakaBenar dan Pesaka Sendiri. Harta Pesaka Benar terdiri daripada tanah-tanah sawah, dusun, ladang dan rumah yang diwariskan turun temurankepada anak perempuan sahaja. Harta Pesaka Sendiri pula (dikenalijuga sebagai Pesaka Pakaian Diri Sendiri) ialah semuajenis harta yangdiwarisi oleh anak-anak daripada ibu bapanya.

Harta pembawa. Harta pembawa ialah harta yang dimiliki oleh lelakisemasa berkahwin yang terdiri daripada:a) Harta carian bujang, iaitu harta hasil titik peluh anggota lelaki sesuatu

suku.Apabila ia mati harta carian bujang ini kembali kepada ibu atausukunya.

b) Harta yang dihadiahkan oleh ibu bapa kepada anak lelaki. Harta iniakan dipulangkan kepada warisnya apabila lelaki tersebut mati atauberkahwin.

c) Harta yang dihadiahkan oleh keluarga kepada anggota lelaki sewaktuberkahwin.

Segala harta pembawa perlu diisytiharkan kepada suku isterisewaktu perkahwinan. Jika isteri meninggal terlebih dahulu, makapermohonan untuk pemulangannya hendaklah dibuat semasa kenduri"meratus hari". Pada waktu ini juga suami dijemput pulang ke tempatsuku asalnya oleh keluarganya kerana hubungannya dengan suku isteriterpuxus dengankematian isteri dan dia tidak berhak lagi tinggaldi tempat

Page 14: Perkahwinan Adat Rembau, Negeri Sembilan, dalam …

184

sukuisterinya. Jelasdakwaan Pan danMackray bahawahartapembawa(carian bujang) suami berpindah kepada suku isteri adalah tidak benar.

Harta dapatan, iaituhartakepunyaan perempuan. Terdiri daripadahartapusaka yang diwarisi sewaktu berkahwin, harta carian bujang (harta yangdiperoleh hasil titikpeluhnya semasa gadis), carian janda(yang diperolehsewaktu ia menjadi janda dan bahagian yang diperoleh daripada hartacarian laki bini sewaktu bercerai. Bila si perempuan meninggal, hartadapatanjatuh kepada anak perempuan.

Harta carian atau suarang. Harta carian ialah harta carian laki bini,sekarang ia dikenali sebagai harta sepencarian. Terdiri daripada hartayang diperoleh sepanjang perkahwinan, juga termasuk tokok tambahterhadap harta pembawa sewaktu berkahwin.

Pembahagian harta carian laki bini adalah seperti berikut:

a) Jika suami atau isteri meninggal tanpa meninggalkan keturunan,maka harta carian dibahagikanantara pasanganyang hidup dengankeluarga si mati.

b) Jika suami yang meninggal hartacariandiberikan kepadaisteridan akan dibahagikan kepada anak-anakperempuannya apabiladia meninggal. Jika isteri yang meninggal, harta carian akanberpindah kepada anak-anak perempuan.

c) Jika pasangan suami isteri bercerai hidup, maka harta cariandibahagi-bahagikan antara mereka berdua. Pembahagian dibuatsebelum atau semasa lafaz talak dijatuhkan dan dilakukan dihadapan Buapak atau Lembaga. Sekiranya suami menjatuhkantalak tanpamenuntutbahagiannya, makahilanglahhaknyaterhadapbahagiannya.

Jika perkahwinan mereka menghasilkan anak, harta carian lakibini tidak dibahagikan, sebaliknya ditinggalkan semua kepada isteriuntuk membesarkan anak. Dalam amalan Adat Perpatih apabila berlakuperceraian, anak tetap tinggal dengan isteri. Oleh itu Adat berkuasamenahan bahagian suami kerana anak. Si suami keluar dari rumahisteri dan kembali kepada sukunya dengan pakaiannya sahaja (sehelaisepinggang).

Page 15: Perkahwinan Adat Rembau, Negeri Sembilan, dalam …

185

Perbilangan Adat berbunyi:

Pembawa kembali,

Dapatan Tinggal,Carian bahagi,Mati laki tinggal ke bini,Mati bini tinggal ke laki.

Jelasnya, sistem pemilikan dan perwarisan harta dalam AdatPerpatih menyimpang daripada syariat Islam. Dalam Islam, harta pusakadibahagikan antara ahli waris mengikut bahagian masing-masing sepertiyang diperincikan dalam firman Allah SWT yang berbunyi:

lili,^J4 ,jiSl jjji pImu ^S ^jjt £)•"*?)? IJBai Jl* jut] f&itj! jt iai is£waj^*M^ til u \ ^itfi ij- *:-»tt 1^4. * j^j * *K|4^aj^j" ^-"**^ 1&I& $,^4 § ^'»^ £$3 dl>jL«

Jiiift 4»ita *5jJ *j jjj Jlj 41 £jL il £ll Jlj -U ^sMaksudnya:

Allah mensyariatkan kepadamu (tentang pembahagian pusaka) untuk anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai dua bahagian anakperempuan, jika lebih daripada dua orang anak perempuan mereka mendapatdua pertiga dari harta yang ditinggalkan. Jika yang perempuan itu seorangsahaja, maka dia mendapat separuh dari harta pusaka. Dan untuk dua ibu bapasetiap seorang mendapat satu perenam dari harta yang ditinggalkan jika si matimempunyai anak, tetapi jika si mati tidak mempunyai anak dan dia diwarisioleh ibu bapanya sahaja, maka ibunya mendapat satu pertiga...

Apabila suami atau isteri meninggal, maka pasangan yang masihhidup juga berhak mewarisi hartanya. Firman Allah yang berbunyi:

*i^ jS Ifr Cij^ufi *&*) J«j 5*ju&Ji Um {yulA £j§h ilj iSi (jL£ |jliMaksudnya:

Dan bagimu (suami) satu perdua daripada harta-harta yang ditinggalkanoleh isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak, tetapi sekiranya merekamempunyai anak, maka kamu mendapat satu perempat dari harta yangditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau sesudah dibayarhutangnya. Para isteri mendapat satu perempat dari harta yang ditinggalkanjika kamu tidak mempunyai anak, jika kamu mempunyai anak, mereka (isteri)mendapat satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhiwasiat yang kamu buat dan sesudah dibayar hutangmu.

Page 16: Perkahwinan Adat Rembau, Negeri Sembilan, dalam …

186

Tegasnya dalamsistemperwarisan Islam,hartapusakadibahagikankepada semua ahli waris yang berhak mengikut bahagian masing-masing seperti yang ditetapkan oleh syarak. Pembahagian juga bolehdilakukan mengikut persetujuan ahli waris, dengan syarat semua ahliwaris bersetuju. Ahli waris tidak boleh dipaksa bersetuju dengan carapembahagian yangberbezadenganyang ditetapkandalamsistemfaraid.Jikaadayang enggan bersetuju, pembahagian perlumengikut ketetapansyarak. DalamAdatPerpatih,setiapanggotasukudikehendaki menerimasecara rela atau terpaksaperaturan suku dalam semua perkara terutamadalam soal kekeluargaan dan perwarisan.

Poligami

Poligami adalah diharaskan oleh Islam berdasarkan firman Allah SWT:

Maksudnya: CiJJ

Danjika kamutakuttidakdapatberlakuadil terhadap perempuan yatim(apabilakamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah (dengan) sesiapa yangkamu berkenan dariperempuan-perempuan (yang lain) dua, tigadanempat.

Ayat ini menjelaskan bahawa seseorang lelaki boleh berpoligamidengan mana-mana perempuan yangdisukai yangtidaktergolong sebagaiperempuan-perempuan yang haram dikahwini. Mengahwini dua orangadik-beradik perempuan seorangperempuan denganibusaudaranya padamasa yang sama adalah dilarang. Firman Allah SWT:

ijji£ §& lit ciuk» 3u|i £0^ tin sj«** ti'jMaksudnya:

Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik (untuk menjadi isterikamu) kecuali yang telah berlaku pada masa lalu. SesungguhnyaAllah MahaPengampun lagi Maha Mengasihani.

Kaum lelaki yang mengamalkan Adat Perpatih tidak dibenarkanmengahwinidua orang perempuanyang sama sukukerana perkahwinandemikian dikira memadukan dua orang perempuan adik-beradik. Jikahendakberpoligami juga hendaklah mengahwini perempuan-perempuandari suku lain. Islam membenarkan berkahwin sehingga empat orang.Dalam Adat Perpatih jika seseorang berkahwin empat (jika ada),bermakna dia menjadi orang semenda empat buah suku yang berbeza.

Page 17: Perkahwinan Adat Rembau, Negeri Sembilan, dalam …

187

Keadaan ini tentulah menyukarkan kerana setiap suku mempunyaikepentingan berbeza. Tambahan pula susah bagisesuatu sukumenerimasebagai orang semenda dalam sukunya seorang lelaki yangtelahmenjadiorang semenda suku lain. Selain itu juga antara setiap suku, terdapatetika-etika yangperludipatuhi. Salahsatudaripadanya ialah"tidakmahumengecilkan hati" suku lain dengan "rebut merebut" orang semenda.

Pada masa dahulu seseorang yang diizinkan berkahwin dua mestimembayar sebahara emas kepada Undang atau Penghulu isteri kedua.Hakikatnya tidak ramaiyang mampu membayamya. Justera itu, hanyaorang kayadanberadasahajabolehberpoligami. Sejarah membuktikankenyataan ini kerana pada tahun 1898,dicatatkanhanya 3 orang sahajayang mempunyai isteri lebih seorang. Lebih menyukarkan lagi amalanpoligami ialah isteri pertama boleh menuntut haknya mengikut adat.Caranya ialah pergi ke rumah isteri muda dengan membawa sebilahpisauataukeris terhunus dan sambilberdiridi tanggaberteriakmenuntutbayaran daripada isteri muda atau memulangkan semula suaminyakepadanya. Jika madunyasanggupmenjelaskantuntutannyaitu, barulahisteri muda berhak kepada lelaki sebagai suaminya. Perbuatan inidinamakan "beli suami". Ia jarang berlaku, tetapi dibenarkan oleh Adat.Pan dan Mackray berpendapat, memandangkan kesukaran-kesukaranini, maka seolah-olah hanya perkahwinan monogami sahaja dibenarkanoleh Adat. Hal ini tidak syak lagi bertentangan dengan ajaran Islam.

Rumusan

Melalui penulisan Parr dan Mackray, dapat disimpulkan bahawaperbincangan secara perbandingan mengenai lima perkara yangdiutarakan dalam artikel ini, iaitu perwalian, mas kahwin, perempuan-perempuan yang haram dikahwini, pemilikan harta dan poligami,tidak dibincangkan secara saksama atau adil. Hal ini kerana merekalebih menekankan aspek Adat, manakala perbincangan tentang hukumsyarak mengenai perkara-perkara tersebut terlalu sedikit dan ringkas.Gambaran yang dilakar oleh Pan dan Mackray mengenai perkahwinandi Rembau ini lebih menjuras kepada perkahwinan adat, bukannya adatdalamperkahwinan. Denganini,beliauhanyamenjuras kepadasoal-soalpokokdalamakadperkahwinan itu sendiri. Tulisanmerekaberdasarkanpenelitian dan dipadankan undang-undang perkahwinan dalam Islam.Namun demikian, tidak semua yang digambarkan itu adalah benarbahawa ianya tidak selaridenganIslam. Ini tidak dinafikankeranamerekabukannya pakar dengan syariat Islam.

Page 18: Perkahwinan Adat Rembau, Negeri Sembilan, dalam …

188

Penulis juga mendapati Pan dan Mackray benar dari beberapaaspek dan tersilap dalam beberapa aspek. Dakwaanmereka mendakwawali nasab dalam Islam terbatas kepada bapa dan datuk sahaja adalahsalah kerana di Rembau dan di selurah Semenanjung Tanah Melayusecaraumumnya, perwalian tidakterbatas kepada bapadandatuksahaja.Adik-beradik lelaki dan bapa saudara (sebelah bapa) jugatermasuk dalamsenarai wali. Namun, mereka benar dalam menyatakan bahawa dalampraktis yang berlaku di Rembau, bapasaudara kebiasaannya dinafikanhak menjadi wali. Mereka adalah tepat dalam masalah ini. Begitu jugamereka, tidak tepat mengenai peraturan Adat Perpatih yang melarangperkahwinan sesama suku tidak wujud dan bertentangan dengan ajaranIslam. Namun pendapat mereka benar, mengenai pembayaran mengisiadat "salah-salahan" inimenyalahi ketetapan syarakjikadibayar sebagaiganti mas kahwin, kerana iadibayar kepada pemimpin suku bukan kepadaisteri. Mereka jugabenar apabila menyatakan Adat Pepatih seolah-olahmembenarkan perkahwinan monogami sahaja, berdasarkan beberapaperaturan dan halangan yangterpaksa ditempuh untukberpoligami. Initidak syak lagi bertentangan dengan ajaran Islam.

Seterasnya, Pan dan Mackray berpendapat, dalam Adat Perpatihsetiap anggota suku dikehendaki menerima secara rela atau terpaksaperaturan sukudalamsemuaperkaraterutama dalamsoalkekeluargaandan perwarisan. Namun demikian, ini bukannya muktamad keranadewasa ini kebanyakan undang-undang dan peraturan negara sentiasadikaji semula, diubah suai dan dipinda untuk memberi keadilan kepadarakyat. Begitu juga dengan Adat Perpatih yang telah digubal beratustahun dulutentunya sudah banyak dipinda untuk menyesuaikan denganperedaran zaman terutamanya apabila orang Minangkabau telahmemelukagamaIslam,kebanyakanperaturandanamalanadat telahcubadisesuaikan dengan ajaran Islam supaya ia tidak bertentangan denganagama. Usaha mengubah suai Adat Perpatih temyata seperti dalamperbilangan:AdatBersendikan Hukum, Hukum. Namun demikian,tidakdinafikan perbezaan antara Islamdan sistem adatmemang ada.

Rujukan

Abas Hj. Ali. 1953. Rembau: Sejarah Perlembagaan Adat dan Istiadatnya.Johor: Pejabat Cetak Kerajaan Johor.

Abdul Rahman Hj. Muhammad. 1964. Dasar-dasar Adat Perpatih. KualaLumpur: Penerbitan Pustaka Antara.

Abdullah Siddik. 1975. Pengantar Undang-undang Adat di Malaysia. KualaLumpur: Universiti Malaya.

Page 19: Perkahwinan Adat Rembau, Negeri Sembilan, dalam …

189

Akhbar Harian Kosmo (7 Januari 2009).al-Nawawi,Abu Zakariya dan Yahya Sharf. 1985. Raudah al-Talibin. Beirut:

al-Maktab al-Islami.

Al-Quran al-Karim.al-Tirmidhi, Muhammad ibn Tsa. t.th. al-Jami' al-Sahih Sunan al-Turmudhi.

Beirut: Dar Ihya' al-Turath al-'Arabiyy.Azima Abdul Manaf. 2009. Masalah dan cabaran tanah adat Minang di dunia

MelayuMalaysia danIndonesia. GEOGRAFIA Online: Malaysian JournalofSociety andSpace. 5: 69-78.

Hj. KamarudinHj. Kachar (Kolonel Profesor Dato' Dr.).2010. Keindahan danKesesuaian Amalan Adat Perpatih Zaman ke Zaman, Kertas dibentangkandalam Seminar Perlaksanaan Amalan Adat Perpatih di Teateret PejabatKerajaan Negeri Sembilan. Seremban, pada 26 Januari 2010, Anjuran:Sekretariat Pertubuhan Adat Perpatih Negeri Sembilan.

Hooker M.B. 1971. Adat Laws in Modern Malay. London: Oxford University.http://www.cikgusejarah.com/koleksisoalan/stpm/trialsej22007.doc.Jelani Harun. 2008. Kajian Naskhah Undang-undang AdatMelayu di London.

Sari 26.

Nordin Selat. 1982. Sistem Sosial Adat Perpatih. Kuala Lumpur: UtusanPublication & Distributors.

Norhalim Hj. Ibrahim. 1993.AdatPerpatih: Perbezaan danPersamaan denganAdat Temenggung. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Parr, C.W.C. dan Mackray, W.H. 1910. Rembau, One of the Nine States: ItsHistory, Constitution and Customs. JSBRAS 56: 1-57.

Parr, C.W.C. dan Mackray. W.H. 1910.ANote on the Conflict between the rulesof Custom and Those of Islam.

Salleh Huddin Abd. Rauf. 1999. Sistem Adat Perpatih: Kajian dari segikedudukan dan Peranannya di Negeri Sembilan. Latihan Ilmiah, Bangi:Universiti Kebangsaan Malaysia.

Page 20: Perkahwinan Adat Rembau, Negeri Sembilan, dalam …