Pengenalan psv

19
1 FACULTY OF EDUCATION HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL Name: MOHD NOOR EZZANI BIN MD ZUBIR Matric Number: 820220025773001 NRIC: 820220025773 Telephone Number: 012-5845842 Email address: [email protected] Tutor’s Name: En. Abdul Manaf Bin Asmuni Learning Centre: Perak Learning Centre September 2012 Semester

description

PSV

Transcript of Pengenalan psv

Page 1: Pengenalan psv

1

FACULTY OF EDUCATION

HBAE1103

PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Name: MOHD NOOR EZZANI BIN MD ZUBIR

Matric Number: 820220025773001

NRIC: 820220025773

Telephone Number: 012-5845842

Email address: [email protected]

Tutor’s Name: En. Abdul Manaf Bin Asmuni

Learning Centre: Perak Learning Centre

September 2012 Semester

Page 2: Pengenalan psv

2

TABLE OF CONTENT

KANDUNGAN M/S

………………………………………………………………………………………………………

1.0 PENGENALAN 3

2.0 ORGANISASI KURIKULUM 4-7

3.0 DOMAIN YANG DAPAT DIKEMBANGKAN 7-10

4.0 PROSES DAN HASIL KERJA MURID 10-13

5.0 EMPAT BIDANG DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL 14-16

6.0 KESIMPULAN 17

7.0 RUJUKAN 18

Page 3: Pengenalan psv

3

1.0 Pengenalan

Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu. Perubahan ini

dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih

menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni

muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual

bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian,

memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta

kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah

kreatif, ekspresif dan aktif.

Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat ini melalui persepsi

visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk

dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi

diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat

penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri. Pendidikan Seni Visual sekolah rendah

menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata

pelajaran lain. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran

befikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Murid digalakkan menyimpan rekod pengalaman

pembelajaran dan hasil kerja sendiri. Amalan ini akan melatih murid membuat analisis,

sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri. Pendidikan seni visual

sekolah rendah Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik,

interpersonel dan intrapersonel. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya,

berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara seimbang. Proses ini

menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna.

Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan

insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual.

Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap

Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta

dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras

dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Page 4: Pengenalan psv

4

2.0 Organisasi Kurikulum

Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun bertujuan melibatkan

murid dalam pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat

bidang utama. Bidang-bidang tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan rekaan,

membentuk dan membuat binaan, dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah

untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas

bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Pengalaman ini juga selaras dengan

perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor

dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual.

Dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid akan dapat menguasai

beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antara pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah

pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni.

Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf

tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan

hasil seni, menyimpan maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi

komputer dalam kerja seni visual. Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula

ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual,

berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat

interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan.

Di dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual, seseorang guru itu haruslah

peka terhadap objektif pengajaran yang hendak dicapai dengan berpandukan Huraian

Sukatan Pelajaran KBSR KementerianPendidikan Malaysia. Pendidikan Seni Visual secara

amnya bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat,

memperkembangkeperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai

kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain(Huraian Sukatan

Pelajaran PSV, PPK KPM:2002)Menurut Crow dan Crow (1983), pembelajaran adalah

pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap.

Pembelajaran melibatkan cara baru membuatsesuatu kerja. Ia berlaku dalam percubaan

individu untuk mengatasi atau menyesuaikan diri kepada situasi baru. Empat bidang kegiatan

Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun sesuai dengan tahap kognitif dan pengalaman

Page 5: Pengenalan psv

5

murid-murid bagi mencapai matlamat untuk melahirkan insanyang harmonis, kritis, kreatif

dan produktif menerusi pemupukan asas senivisual. Pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan bergantung kepadaguru untuk mengolah empat aspek utama di dalam organisasi

kurikulum bagi mencapai objektif pengajaran. Empat aspek berkenaan ialah

2.1 PEMERHATIAN SECARA AKTIF

Aspek yang pertama yang perlu diberi perhatian oleh guru untuk ditekankan di dalam

pengajaran ialah pemerhatian yang aktif. Pemerhatian secara aktif yang merangkumi

kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi

murid. Selain mengembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui

kajian perbandingan.Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi.

Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan

pemerhatian ini.

Pemerhatian yang aktif dapat meningkatkan kreativiti seseorang. Pemerhatian dapat melatih

pengamatan murid pada sesuatu perkara. Melalui pemerhatian itu, murid-murid diminta

membuat pengamatan dengan menggunakan pelbagai deria yang ada seperti sentuhan,

penglihatan dan sebagainya. Guru boleh menyediakan bahan-bahan contoh untuk menarik

minat bagi melihat ataupun menyentuhnya. Seterusnya perbincangan murid-murid dengan

guru dibuat bagi mengolah idea mereka sebelum memulakan sesuatu aktiviti seni. Melalui

deria penglihatan, murid-murid diminta mengaplikasikan bagaimana hal benda diolah

menjadi motif.

Aspek pemerhatian yang aktif di dalam pengajaran guru melibatkansensitiviti deria. Sebelum

memulakan pengajaran atau semasa menyediakan aktiviti.

2.2 INTERAKSI YANG KRITIS DAN KREATIF DENGAN BAHAN

Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam

mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan

memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan

manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan

bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang

Page 6: Pengenalan psv

6

dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid

belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh

lakukan dalam penghasilan seni di masa akan datang.

Aspek interaksi yang kritis dan kreatif dengan bahan melibatkan penerokaan dan penghasilan

atau pembuatan.

2.3 APRESIASI SENI VISUAL

Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni

visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi.

Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni

melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pendidikan seni

visual sekolah rendah.

Antara objektif pengajaran seni visual ini ialah menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri

melalui kegiatan menggambar, mencorak, membuat binaan dan kraf. Justeru itu aspek

apresiasi ini tidak boleh diabaikan oleh guru apabila mengajar. Selain itu, melalui kegiatan

ini, murid-murid dapat mengenali serta menghargai hasil kerja sendiri dan rakan.

Di dalam teori pembelajaran anjuran teori behaviorisme, guru harus beri ganjaran pada

respond pelajar yang betul atau yang berani memberikan respons. Dalam sesi apesiasi

ganjaran dalam bentuk penghargaan iaitu menampilkan karya seni murid di sudut atau papan

kenyataan dapat meningkatkan harga diri murid dan memberikan keyakinan kepada mereka

akan kebolehan mereka.

Pujian kepada respons yang betul akan memberangsangkan minat murid-murid supaya

melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Peneguhan positif

yang diberikan kepada murid atas hasil yang menarik atau tingkah laku yang terpuji akan

membantu murid mengamalkannya sebagai pengulangan.

Page 7: Pengenalan psv

7

2.4 MENGHARGAI NILAI BAIK DALAM SEGALA ASPEK

Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk

nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan

kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai

patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat

pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan.

Sebagai contoh dalam aktiviti membuat kolaj, murid dididik supaya menggunakan bahan

terbuang supaya dapat menanamkan semangat mencintai alam kehidupan. Begitu juga

apabila tiba bulan kemerdekaan, murid-murid digalakkan membuat poster yang bertemakan

cinta pada tanah air.

3.0 DOMAIN-DOMAIN YANG DAPAT DIKEMBANGKAN

3.1 SOSIAL

Pembanggunan sosial setiap murid dapat digarap dalam (PSV). Mereka diberikan peluang

yang banyak dalam kelas untuk menguasai aspek sosial dikalangan mereka. Mereka dapat

bergaul dan bertukar-tukar fikiran semasa melakukan tugasan (PSV). Kepentingan mereka

dalam bersosial ada terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Situasi ini dapat

mewujudkan negara yang aman dan harmoni walaupun asasnya dilakukan di dalam kelas.

PSV itu sendiri merupakan mata pelajaran yang memerlukan murid yang mempunyai daya

sosial yang agak baik. Ini kerena terdapat pelbagai jenis orang dan kumpulan yang akan

mereka bina persefahaman dan akhirnya membutirkan satu keputusan. Bagi murid yang

kurang pengglibatannya dalam kelas biasa,kelas PSV mampu menyediakan kelengkapan asas

bagi seorang murid bagi menyemai rasa cinta dan menghargai peranan dan hasil karya orang

lain. Keutuhan masyarakat sangat bergantung kepada dasar sosial yang seimbang.

Masyarakat yang taksub kepada pendirian sendiri akan menidakkan pendirian lain. Begitu lah

natijahnya kepentingan sosial yang perlu dilengkapi dalam diri murid. Binakan semangat itu

menerusi mata pelajaran seperti PSV ini.

Page 8: Pengenalan psv

8

3.2 DOMAIN PSIKOMOTOR

Murid perlu dilatih untuk bergerak supaya tidak ketinggalan. Berdasarkan kenyataan itu,

Pendidikan Seni Visual mampu memberikan ruang yang luas bagi murid memahami keadaan

serta menggunakan keadaan mereka sedia ada melalui tugasan yang diberikan. Latihan yang

diberikan terutama dalam isi kandungan oleh Bahagian Pendidikan Kurikulum (BPK) cukup

mambantu murid untuk menggunakan secara maksimum keupayaan diri. Selain bergerak

bebas dalam kelas, murid –murid dapat menjalani setiap sesi dengan harapan dapat

mengetahui kemampuan psikomotor masing-masing. Jari jemari yang melentuk riuk semasa

melakukan tugasan PSV dapat memberikan murid kefahaman yang lebih jelas mengenai

kemampuan dari sudut psikomotor mereka. Psikomotor adalah keupayaan murid

menggunakan keseluruhan tindak balas menggunakan tangan yang melakukan aktiviti.

Dalam anyaman umpamanya, murid akan didedahkan dan diberikan latihan khusus bagi

meningkatkan kecekapan tangan mereka dalam proses menganyam. Contoh lain, murid tahu

menampalkan potongan-potongan kertas agar menjadi kolaj yang menarik.

3.3 DOMAIN AFEKTIF

Kecenderungan murid untuk bersimpati terhadap orang lain dapat dilihat dalam proses

mereka menyiapkan sesuatu tugasan PSV. Semasa mereka memperlihatkan kematangan

mereka menerusi lukisan, mereka juga sebenarnya menunjukkan simpati mereka secara tidak

lansung. Namun bukan semua murid dapat merealisasikan hasrat yang sama. Ada murid yang

mempunyai tahap simpati yang kurang terutama dalam isu ehsan sesama manusia.

Pendidikan Seni Visual melalui saluran yang disediakan di sekolah dan ruang yang ada di

rumah dapat membantu murid mencapai kegemilangan terutama dalam aspek afektif mereka.

Ada di antara murid yang mempunyai sikap simpati sehingga mereka dapat member respon

mereka terhadap sesuatu fenomena. Mereka boleh bertindak balas serta rela untuk

memberikan pertolongan. Mereka ini mempunyai motivasi yang amat kukuh dalam diri

mereka. Sebagai contoh, penglibatan mereka dalam kelas PSV. Perbincangan yang

memerlukan sokongan. Bahkan dalam memperkenalkan idea –idea baru atau model baru,

turut terselit dalam aspek afektif. PSV akan memberikan murid pengalaman yang tidak

mungkin akan didapati dalam mata pelajaran yang lain. Mereka berpeluang untuk

Page 9: Pengenalan psv

9

mengadaptasikan sikap mereka dalam sesebuah karya. Contohnya, mereka melukis gambar

suasana dimana penduduk bergotong royong membersihkan kawasan perumahan. Ini

menggambarkan betapa prihatinnya mereka dalam kehidupan nyata dan adaptasi.

3.4 DOMAIN KREATIVITI

Setiap murid yang lahir mempunyai daya kreativiti masing-masing. Namun begitu tidak

semua murid dapat menyalurkan kreativiti mereka ke arah yang betul. Malah ada yang tidak

tahu bakat dan kreativiti mereka ada dalam diri mereka. Pendidikan Seni Visual dapat

menyerlahkan daya kreativiti setiap murid melalui pelbagai teknik dan cara. Ada murid yang

akan didedahkan dengan cara yang santai seperti membuat cop ubi kentang serta membuat

hasil kraftangan. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk membuat penemuan oleh

murid itu sendiri. Contohnya, dapat mencari cara lain bagaimana untuk membuat warna yang

lebih terang dari sebelumnya. Murid dapat melahirkan idea-idea yang dapat menambah

keyakinan diri kerana mata pelajaran PSV ini adalah mengenai perhargaan. Amalan yang

tertib ketika melakukan tugasan juga akan membiaskan cahaya positif dalam diri mereka.

Kreatif dalam PSV akan mengelakkan pembaziran bakat dan keupayaan. Malah seseorang

murid itu memerlukan daya kreativiti ketika menjawab soalan pengayaan selepas sesi

pembelajaran. Sikap dan amalan itu akan diserap bagi memaksimumkan keupayaan murid

untuk menjawab soalan bukan PSV. Murid akan menjadi lebih berdaya saing dan

menampilkan idea-idea terbaik dari setiap apa yang dilakukan.

3.5 DOMAIN SOSIAL

Pembanggunan sosial setiap murid dapat digarap dalam (PSV). Mereka diberikan peluang

yang banyak dalam kelas untuk menguasai aspek sosial dikalangan mereka. Mereka dapat

bergaul dan bertukar-tukar fikiran semasa melakukan tugasan (PSV). Kepentingan mereka

dalam bersosial ada terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Situasi ini dapat

mewujudkan negara yang aman dan harmoni walaupun asasnya dilakukan di dalam kelas.

PSV itu sendiri merupakan mata pelajaran yang memerlukan murid yang mempunyai daya

sosial yang agak baik. Ini kerena terdapat pelbagai jenis orang dan kumpulan yang akan

mereka bina persefahaman dan akhirnya membutirkan satu keputusan. Bagi murid yang

kurang pengglibatannya dalam kelas biasa,kelas PSV mampu menyediakan kelengkapan asas

Page 14: Pengenalan psv

14

5.0 EMPAT BIDANG DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

1. Menggambar

Menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan

kemahiran murid. Ia dapat membina pengetahuan dan kemahiran menggambar melalui

penggunaan pelbagai alat, olahan bahan dan jenis aktiviti menggambar. Melalui asas –

asas menggambar, guru seharusnya dapat menghasilkan pelbagai jenis aktiviti

menggambar.

a) Definisi Menggambar

Menggambar adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di

atas permukaan rata.

Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas

permukaan rata. Sesuatu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental

seseorang. Illustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang

sesuatu objek. Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan

terhadap sesuatu imej atau objek.

Teknik – Teknik Menggambar

Page 15: Pengenalan psv

15

2. Membuat Rekaan dan Corak

Corak bermaksud struktur susunan ulangan pada cetakan atau pada jalinan kain .

Biasanya corak terdiri daripada motif tertentu yang disusun berulangan serta dibuat

secara terkawal atau bebas. Corak terjadi daripada pelbagai teknik dan cara.

Corak boleh didapati daripada:

Alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan.

Bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah dan gunting.

Geometri seperti bulat, segi tiga dan segi empat.

Rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris.

Abjad rumi, tulisan jawi, tulisan cina dan tamil serta angka.

a) Jenis Susunan Corak

Penuh

Turun satu suku

Turun tiga suku

Turun separa

Sisik ikan

3. Membentuk dan Membuat Binaan

Bidang ini menjelaskan tentang aktiviti - aktiviti membentuk yang ditujukan kepada

murid sekolah rendah seperti menghasilkan arca timbul, asemblaj, mobail, stabail, model,

diorama, boneka, topeng dan origami. Ia akan dapat dilihat bagaimana teknik, alat dan

bahan, tema ditentukan dan persembahan hasil kerja.

Bidang ini juga menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi

bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek – aspek ini, murid

dapat memahami dengan lebih jelas apabila mereka bentuk dan membina sesuatu model.

Bidang ini juga mendedahkan murid kepada penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik

penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat

dan bahan semasa menjalankan proses penghasilan.

Page 16: Pengenalan psv

16

4. Kraf Tradisional

a) Definisi

Perusahaan atau kerja – kerja berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja

tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun

temurun mengikut kaum masing – masing.

a) Jenis Kraf Tradisional

Alat domestik

Merupakan peralatan yang dicipta dan digunakan untuk memberi

kemudahan dan digunakan sebagai peralatan harian kepada masyarakat

tradisional pada ketika itu.

Page 17: Pengenalan psv

17

6.0 KESIMPULAN

Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah adalah untuk melahirkan

insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual.

Kandungan kurikulum berupaya membantu murid untuk meningkatkan rasa kesyukuran

terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan

bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan

negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

4 bidang dalam seni visual iaitu menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan

membuat binaan dan mengenal kraf tradisional adalah bertujuan untuk memperkembangkan

dan menyelaras persepsi dan konsep visual murid untuk menggalakkan pemikiran kritis dan

kreatif. Ia juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari

segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi

dan persepsi visual.

Murid akan dapat memiliki pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik. Mereka juga

mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur

seni dan prinsip rekaan, proses pembuatan, kaedah dokumentasi, integrasi maklumat dan

aplikasi perisian komputer. Apa yang guru perlu pentingkan dan ambil berat ialah

pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi

seni visual secara mudah dan menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.

Page 18: Pengenalan psv

18

7.0 RUJUKAN

MALAYSIA, Open University. (2007). HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur:

UNITEMSdn.Bhd

Salmah, Ayob. (1994). Aktiviti-aktiviti pergerakan kreatif panduan pengajar. Petaling Jaya: Flo

Enterprise Sdn. Bhd.

Jemaah Nazir Sekolah.(2003). Pengurusan Pendidikan Seni Visual sekolah menengah dan

rendah. KL:Kementerian Pendidikan Malaysia

Jemaah Nazir Sekolah. (2003). Standard kualiti pendidikan Malaysia. sekolah: Instrumen

pemastian standard. KL:Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jemaah Nazir Sekolah. (2004). Standard kualiti pendidikan Malaysia. Sekolah: Pernyataan

standard. KL:Kementerian Pelajaran Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1985). Buku panduan khas Pendidikan Seni Visual, KBSR.

K.L.: DBP.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Buku sumber guru Pendidikan Seni Visual, KBSR.

K.L.: DBP.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Modul pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

Seni Visual,KBSR.K.L.: DBP.

Page 19: Pengenalan psv

19