Pengajian islam v. 1

19
FACULTY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY SEMESTER JAN 2014 MPW 1143/2143 PENGAJIAN ISLAM MATRICULATION NO : IDENTITY CARD NO. : TELEPHONE NO. : E-MAIL : LEARNING CENTRE :

description

oum

Transcript of Pengajian islam v. 1

Page 1: Pengajian islam v. 1

FACULTY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

SEMESTER JAN 2014

MPW 1143/2143

PENGAJIAN ISLAM

MATRICULATION NO :

IDENTITY CARD NO. :

TELEPHONE NO. :

E-MAIL :

LEARNING CENTRE :

Page 2: Pengajian islam v. 1

ISI KANDUNGAN M/S

1.0 Pengenalan. …………………………………………………

2.0 Konsep Jihad Ilmu Dalam Islam. ……………………………..

3.0 Kelebihan Golongan Yang Berilmu. ………………………..

4.0 Impak kecemerlangan ilmu pengetahuan

terhadap survival dakwah Islamiah dan umatnya. …………

5.0Implikasi jika mengabaikan kepentingan

ilmu pengetahuan. …………………………………………….

6.0 Kesimpulan …………………………………………………..

7.0 Rujukan ……………………………………………………..

Page 3: Pengajian islam v. 1

1.0 Pengenalan

Perkataan jihad berasal dari kalimah “ al-juhd” yang bermaksud keberatan dan kesusahan .

Dengan kata lainnya ianya bermaksud mencurahkan daya dan tenaga kekuatan dalam usaha

mencapai sesuatu matlamat atau cita-cita mulia dan ideal. Dalam islam matlamat dan cita-cita

tersebut adalah untuk mendapatkan keampunan, keredhaan dan rahmat dari Allah SWT. Jihad

juga boleh ditakrifkan sebagai suatu usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapai satu-satu

tujuan yang diingini atau mempertahankan sesuatu yang tidak diingini dengan berbagai cara

sama ada dengan mengunakan alat, ilmu pengetahuan ataupun sebagainya. Walaupun begitu

masyarakat khususnya mempunyai tanggapan atau persepsi tersendiri terhadap jihad.

Kebanyakkan orang memahami jihad sebagai satu perbuatan atau aksi yang dikaitkan dengan

perjuangan yang mengunakan kekerasan fizikal dan juga senjata. Kalimah jihad hanya dikenali

dengan aksi-aksi kekerasan dan keganasan yang mana ianya melibatkan senjata api dan

pertumpahan darah atas dorongan untuk mendapatkan syahid. Dalam al-Quran penegasan

mengenai jihad terdapat dalam berbagai ayat. Antara ayat-ayat tersebut ada menyentuh tentang

jihad berbentuk suruhan dalam bersungguh-sungguh melaksanakan ibadah iaitu keupayaan

manusia melawan hawa nafsu, memperkayakan ilmu, mengunakan al-quran sebagai mekanisma

untuk menegakkan kebenaran, pengorbanan harta dan juga berbentuk pengorbanan jiwa.

Sebagaimana yang disebut oleh Iman Ibnu al Asqalani Rahimahullah ;

م�ا� �ف�س م�ج�اه�د�ة ف�أ �م ف�ع�ل�ى الن �ع�ل م�ور ت

� �م� الد�ين أ �ع�م�ل ع�ل�ى ث $ه�ا ال �م� ب ع�ل�ى ث

$يمه�ا �ع�ل م�ا ، ت� �ط�ان م�ج�اه�د�ة و�أ ي $ي م�ا د�ف�ع ف�ع�ل�ى الش� �ت �أ $ه$ ي �ه�ات م$ن� ب ب و�م�ا الش�

�نه� ي �ز� ه�و�ات م$ن� ي م�ا ، الش�� �ف�ار م�ج�اه�د�ة و�أ �ك �ق�ع ال �د$ ف�ت �ي $ال �م�ال ب ان و�ال و�الل�س�

�ق�ل�ب م�ا ، و�ال� اق م�ج�اه�د�ة و�أ �ف�س� �د$ ال �ي $ال �م� ف�ب �م� الل�س�ان ث �ق�ل�ب ث ال

Maksudnya : Ada pun jihad melawan nafsu adalah dengan mempelajari perkara-perkara agama

lalu mengamalkannya dan mengajarkannya. Sedangkan berjihad melawan syaitan adalah

dengan cara melawan subahat-subahat yang dilancarkannya dan melawan nafsu yang

dihiasinya. Sedangkan jihad melawan orang kafir adalah dengan tangan , harta, lisan, dan hati

sekaligus. Sedangkan jihad melawan kefasikan adalah dengan tangan, kemudian lisan,

Page 4: Pengajian islam v. 1

kemudian hati.“ Imam Ibnu Hajar al Asqalani, Fathul Bari, Juz 8, Hal.365. Al Maktabah Asy

Syamilah”.

Pastinya tidak ramai yang menyedari bahawa pegangan sesetengah mereka yang fanatik dan

buta ilmu terhadap isitilah jihad membawa kepada tercemarnya istilah suci jihad itu di mata

orang islam dan bukan islam. Jihad umat Islam hari ini perlu difokuskan kepada jihad ilmu supaya

kebangkitan umat islam pada hari ini mempunyai kekuatan ilmu dan ketrampilan yang tinggi . Melalui

proses nilai dan ilmu membolehkan kecemerlangan ilmu pengetahuan itu dijadikan tongak utama umat

Islam.

2.0 Konsep Jihad Ilmu Dalam Islam

Islam mengajar penganutnya menghormati orang lain, tidak boleh melakukan pembunuhan

atau rampasan sesuka hati, menghina pihak lain yang tidak di sukai sebaliknya memperlihatkan

peribadi hebat dan bijaksana supaya Islam tidak hanya dilihat dari sudut ajaran tetapi umat Islam

dapat dilihat indah dari segi amalannya. Oleh itu manusia diminta untuk mencari ilmu

pengetahuan yang diredhai oleh Allah S.W.T dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Jihad ilmu dalam islam diibaratkan sebagai sebagai penyuluh ataupun cahaya yang menyuluh

ketika seseorang itu berada didalam kegelapan kerana tanpa bantuan cahaya manusia tidak akan

mampu untuk berjalan didalam kegelapan. Melalui tinggalan sejarah perjuangan Rasullullah

s.a.w juga dapat kita lihat bagaimana jihad ilmu yang aplikasikan oleh baginda, apabila baginda

menganjurkan pencarian ilmu sehingga jauh ke negeri lain. Dalam islam seseorang itu tidak

hanya diwajibkan untuk menuntu ilmu sahaja, tetapi juga mengkehendaki seseorang itu untuk

teris menerus melakukan usaha pencarian ilmu dan belajar malah lebih tepat lagi untuk dikatakan

ianya adalah sebagai proses jihad ilmu. Jihad ilmu mempunyai 3 maksud yang utama iaitu ;

i) Berjihad untuk mempelajari petunjuk ( ilmu yang bermanfaat), agama yang sebenar (

amal soleh) dan tanpa mencari dan mempelajari ilmu sudah pasti orang islam tidak

akan mampu untuk mencapai kejayaan dan kebahagian dunia akhirat.

ii) Berjihad untuk mengamalkan ilmu setelah mengetahuinya.

iii) Berjihad untuk menyampaikan ilmu (dakwah) dan mengajarkan imu tersebut kepada

orang yang belum mengetahuinya.

Page 5: Pengajian islam v. 1

Jihad ilmu meminta manusia untuk mencari ilmu pengetahuan yang diredhai oleh Allah

S.W.T dan mengamalkan ilmu yang dipelajri dalam kehidupan seharian. Islam amat menuntut

umatnya supaya memiliki ilmu pengetahuan samada ilmu agama ataupun ilmu-ilmu pengetahuan

yang lain ini kerana pada pandangan islam jihad ilmu dianggap sebagai satu aspek yang suci dan

mempunyai martabatnya yang tersendiri. Contohnya dalam kes pelajar Malaysia iaitu Ahmad

Ammar Bin Ahmad Azam . Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam meninggal dunia pada November

2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki dimana

beliau dimuliakan di Turki di atas sebab kegigihan menimba ilmu, mencurah bakti untuk

kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama serta banyak berjasa kepada masyarakat

kerana keaktifan beliau dalam menyebarkan ilmu dan dakwah. Selain itu, beliau juga sanggup

menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria.. Allahyarham

Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah

perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah

dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada

Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu

ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika

allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar

ke kubur.

Berdasarkan kepada kisah Ahmad Ammar kita dapat melihat bahawa kegigihan dan

kecemerlangan ilmu memainkan peranan yang penting dalam menentukan nilai-nilai

keperibadian seseorang individu yang mana akhirnya telah mengangkat diri beliau dan

menjulang nama negara malayisa dan umat islam secara khususnya.

Page 6: Pengajian islam v. 1

3.0 Kelebihan Golongan Yang Berilmu

Islam menjadikan ilmu sebagai pengerak utama untuk mencapai matlamat dalam merubah

kehidupan manusia kearah yang lebih baik. Ini dijelaskan lagi dalam firman Allah SWT yang

bermaksud “Katakanlah, adakah sama orang yang mengetahui dengan orang tidak mengetahui?

’Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran”. Surah Az- Zumar, ayat

9. Allah memberikan banyak kelebihan kepada orang yang berilmu pengetahuan.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud “ Allah akan meninggikan darjat orang-orang yang

beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah

Maha Mengetahui apa jua yang kamu kerjakan”. Al-Mujadalah ayat 11. Ibn Abbas ra telah

mengulas ayat tersebut dengan menyatakan bahawa “ Tingkatan para ulama dibanding orang

mukmin biasa adalah lebih tinggi sebanyak 700 darjat, jarak diantara satu darjat dengan darjat

yang seterusnya adalah 500 tahun perjalanan.

Allah S.W.T berfirman “ maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika

kamu tidak mengetahui “ An-Nahl, ayat 43. Dengan mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi

membuatkan orang yang ingin mendalami ilmu pengetahuan tersebut menjadikan mereka

sebagai rujukan terutama dalam mendalami ilmu-ilmu agama dan syariat yang ditetapkan. Jika di

Malaysia Ustaz Azhar Idrus amat dikenali di atas kelebihan beliau dalam menyampaikan ilmu

dan menjawab segala kemusykilan yang dihadapi dengan cara yang lebih mudah difahami oleh

orang yang baru mahu memahami dan mendalami ilmu tersebut. Para ilmuan ini selalu dicari dan

dalam sesi ceramah-ceramah yang disampaikan oleh mereka selalunya mempunyai jumlah

pendengar yang ramai. Ini menunjukkan dengan ilmu yang tinggi mereka dijadikan sebagai

rujukan oleh orang lain yang ingin mendalami dan memahami ilmu tersebut.

Tidak ada keraguan bahawa manusia termulia adalah para nabi. Kemuliaan mereka

diwariskan melalui ilmu agama maka apbila para ulama mencari dan menyampaikan ilmu

tersebut maka mereka berhak mendapat kemuliaan itu. Malah darjat mereka naik membumbung

tinggi di akhirat nanti sejajar dengan para nabi dan syuhada. Menurut Hadis riwayat Darimi,

Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban “Sesungguhnya ulama adalah pewaris nabi. Para

Page 7: Pengajian islam v. 1

nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu. Maka siapa saja

yang mengambil warisan tersebut, beerti ia telah mengambil bahagian yang banyak.”

Kebaikan akan datang kepada orang yang berilmu. Ini kerana ketika beribadah maka dia

beribadah dengan betul mengikut syariat malah mereka akan beribadah dengan ikhlas dan

khusyuk kerana mereka orang yang paling takut kepada Allah swt. Bahkan ketika ia mendapat

ujian atau musibah maka dia akan menghadapinya dengan bersyukur dan sabar. Syukur dan

sabar merupakan sumber kebaikan yang menakjubkan kerana hanya dimiliki oleh orang-orang

yang beriman dan berilmu. Contohnya dalam kes Almarhummah Siti Hajar Bt Ahmad Sabir

yang mengalami kemalangan dan semasa hidupnya dia dimaklumkan yang beliau akan lumpuh

namun dengan sabarnya beliau redha dengan ujian yang diberikan Allah swt kepadanya tanpa

rasa kecewa dan menyesal atas dugaan yang diberikan . Malah beliau masih lagi bersemangat

untuk meneruskan jihad beliau dalam mencari ilmu dan menyampaikan dakwah di kala beliau

masih berada di hospital. Di sini dapat kita lihat bagaimana orang berilmu mendapat kebaikan

dan meninggal dalam keadaan redha dan bersyukur di atas ketentuan Allah swt kepadanya.

Almarhummah Siti Hajar Bt Ahmad Sabir

4.0 Impak kecemerlangan ilmu pengetahuan terhadap survival dakwah Islamiah dan

umatnya.

Menurut Wan Mohd Nor (1994), dalam perspektif islam ilmu dikenali sebagai sifat, proses

dan hasil.Menurut Hasnan (2010) pula, ilmu pengetahuan dan kehidupan manusia adalah dua

perkara yang tidak boleh dipisahkan. Ilmu merupakan landasan untuk mencapai kecemerlangan

dan kejayaan, malah tanpa ilmu pengetahuan, individu, masyarakat,bangsa dan negara akan

menjadi mundur serta akan ketinggalan dalam semua bidang dan lapangan.. Antara impak-impak

Page 8: Pengajian islam v. 1

kecemerlangan ilmu pengetahuan terhadap survival islam dan umat dapat kita lihat termasuklah

wujudnya masyarakat islam yang berilmu.

Dari ilmu pengetahuan yang diperolehi maka lahirlah masyarkat yang berilmu, cintakan ilmu

dan sentiasa berlumba-lumba untuk memiliki ilmu. Masyarakat yang berilmu akan sentiasa

meletakkan ilmu ditempat yang tertinggi dalam sistem hidup mereka. Contoh yang dapat kita

lihat berdasarkan kepada kemajuan dan kecemerlangan empayar islam di Andalusia yang

diterokai oleh Khalifah Abdul Rahman ad Dhakhili pda 755M. Ianya merupakan contoh yang

paling baik apabila wujudnya masyarakat dan rakyat yang menjadikan ilmu sebagai perkara yang

paling utama. Malah pada zaman itu pelbagai pusat kajian islam ditubuhkan dalam pelbagai

bidang dan mereka telah berjaya melahirkan ramai saintis dan pakar-pakar dalam penyelidikan.

Malah banyak penemuan-penemuan baru dibuat dalam bidang bertaraf kelas pertama seperti

perubatan, botani, geografi, fizik, kimia, pembedahan, ahli matematik dan banyak lagi.

Dengan ilmu pengetahuan yang dicari dan dipelajari akan meningkatkan sifat kehambaan dan

ketakwaan, dan ianya akan melahirkan ummah yang dipenuhi oleh sifat-sifat mulia dan terpuji.

Takwa tidak akan berhasil tanpa iman yang mentauhidkan Allah swt. Malah Nabi Muhammad

saw telah berkorban jiwa untuk memandu umat islam menjadi umat yang terbaik,hebat dan

dibina atas dasar ketakwaan dan bersumberkan kepada ilmu pengetahuan yang merupakan

tuntutan agama. Firman Allah yang bermaksud “ Dan demikian pula di antara manusia dan

binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlain-lain jenis dan

warnanya. Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari

kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha

Kuasa lagi Maha Pengampun” Faatir, ayat 28. Ayat ini menjelaskan sifat orang yang berilmu

ialah rasa takut dan taqwa kepada Allah.

Asas dorongan dan semangat daripada Nabi Muhammad saw, umat islam khususnya para

sahabat baginda terus mengorak langkah dalam menuntut ilmu. Nabi Muhammad menyampaikan

ilmu dengan kaedah yang terbaik serta menampilkan contoh teladan dan akhlak yang terbaik.

Melalui bimbingan Baginda, lahirlah para sahabat yang berwibawa seperti Saidina Abu Bakar,

Saidina Umar, Saidina Usman dan Saidina Ali yang digelar “ kota ilmu”. Melalui peristiwa ini

Page 9: Pengajian islam v. 1

kita dapat melihat bahawa dengan ilmu pengetahuan yang tinggi para ilmuan dan ulama mampu

mendidik generasi akan datang menjadi generasi yang lebih berwibawa dan mampu memimpin

masyarakat dan negara kearah kecemerlangan. Malah jika di Malaysia ilmuan dan ulama yang

dianggap sebagai contoh dan teladan yang baik ialah TG Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat. Beliau

telah melahirkan ramai pemimpin yang berwibawa dan berilmu bukan sahaja dari segi ilmu

agama malah dari segi ilmu duniawi. Beliau berada di tempat yang ke 42 sebagai ulama yang

terkenal dan berpengaruh daripada 500 ulama yang berpengaruh. Buku yang diterbitkan oleh The

Royal Islamic Strategic Studies Center bertajuk The 500 Most Influential Muslims In The World,

(2009).

Kecemerlangan ilmu pengetahuan yang diperolehi mampu melahirkan masyarakat yang

sejahtera dan harmonis. Malah dengan penyelidikan dan kajian yang dilakukan oleh para ilmuan

dan ulama membolehkan umat islam mencintai keamanan dan kemakmuran serta masyarakat

yang mampu hidup dalam keadaan sejahtera dan harmoni seperti yang dinyatakan didalam al-

quran. Dasar kecemerlangan ilmu dan ukhuwah islamiah mampu merealisasikan matlamat untuk

melahirkan generasi umat islam yang cintakan keamanan dan kemakmuran sesebuah bangsa atau

negara. Contohnya kerajaan Malaysia melalui Task Force 2010 (Malaysia) membantu penduduk

islam di selatan Thailand dalam melahirkan generasi pemimpin yang mampu mencapai kejayaan

di dunia dan akhirat bagi menyumbang keamanan di wilayah berkenaan. Melalui pendekatan ini

diharapkan pelajar yang dihasilkan dapat membantu negara tersebut untuk menjadi pemimpin

yang mampu membawa negara mereka kearah, keamanan, kesejahteraan dan keharmonian.

Page 10: Pengajian islam v. 1

(http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2009&dt=0529&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm#ixzz2vwwrKpYc 

) ,Utusan Melayu (M) Bhd.

Sebagai orang yang beriman dan berilmu, kita hendaklah berusaha mempelajari pelbagai

bidang ilmu dan bukan hanya belajar ilmu asas agama atau bidang-bidang tertentu sahaja.

Dengan menambah imu pengetahuan sebanyak mungkin umat islam tidak akan mudah

diperkotak katikkan atau diperlekehkan oleh orang lain. Dalam dunia yang serba moden dengan

kecangihan teknologi maka kemudahan untuk menuntut ilmu menjadi lebih mudah dan pantas.

Firman Allah yang bermaksud” Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan

Allah kepadamu akan pahala dan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu

(keperluan dan bekalanmu) dari dunia”. Al Qasas, ayat 77. Dalam meniti arus globalisasi umat

islam akan menghadapi pelbagai cabaran dalam menuntut ilmu. Namun dengan ilmu

pengetahuan dan iman yang kuat umat islam dan para ilmuan mampu menepis segala cabaran

dan membentuk kekuatan dan kemajuan ummah.

Asming et.al (2006) mendapati langkah penting dalam membentuk modal insan adalah

melalui penerapan budaya membaca dalam diri individu dan masyarakat. Mempunyai ilmu yang

tinggi mampu mengangkat darjat modal insan dan mengeluarkan mereka dari kepompong

kejahilan. Penghayatan terhadap budaya ilmu merupakan asas kepada pembangunan masyarakat

yang ‘celik akal’. Masyarakat yang celik akal ini mampu membentuk negara dan umat yang kuat

dari segi mental dan fizikal. . Kecemerlangan ilmu juga memainkan peranan yang penting dalam

menentukan nilai-nilai keperibadian seseorang individu yang mana akhirnya mengangkat taraf

kehidupan masyarakat dan menjulang nama sesuatu bangsa, negara dan umat islam secara

khususnya.

5.0 Implikasi Jika Mengabaikan Kepentingan Ilmu Pengetahuan

Ilmu merupakan sesuatu perkara yang amat penting pada masa kini. Orang yang mampu

menguasai ilmu adalah orang yang paling beruntung serta mampu mengubah dan mencorakkan

kehidupan diri sendiri dan orang lain. Tanpa ilmu manusia akan hidup dalam kesusahan,

Page 11: Pengajian islam v. 1

kepayahan, keperitan, penderitaan , ditindas dan dihina. Oleh itu, setiap manusia wajib menuntut

ilmu, bukan sahaja mendalami tetapi mampu menguasai ilmu tersebut dan dapat menyampaikan

kepada orang lain. Sabda Rasullulah saw yang bermaksud “ menuntut ilmu wajid ke atas orang

islam lelaki dan perempuan” Hadis riwayat Ibnu Majah. Malah tanpa ilmu duniawi mahupun

ukhrawi, umat islam akan terus ketinggalan dalam harus kehidupan pada hari ini. Sabda

Rasulullah bermaksud “ Sesiapa yang mengkehendaki dunia hendaklah berilmu. Sesiapa yang

mengkehendaki akhirat, hendaklah berilmu; dan sesiapa yang mengkehendaki kedua-duanya

maka hendaklah berilmu.” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Umat islam perlu memperkasakan diri mereka dengan kepelbagaian ilmu dan kebolehan

terutama yang berkait rapat dengan jalur lebar teknologi, penyiaran, kejuruteraan, sains dan

banyak lagi. Ianya dilakukan tanpa alpa kepada ilmu-ilmu lain yang terlebih utama seperti ilmu-

ilmu fardhu ain dan segala macam jenis ilmu agama. Jika ilmu pengetahuan ini tidak dicari ianya

akan menyebabkan kemunduran sesebuah negara kerana tidak mempunyai ilmu yang mampan

untuk bersaing dengan negara-negara lain yang lebih maju. Peranan ilmulah yang menjadi pelita

dan panduan dalam kehidupan kita. Kekurangan ilmu pengetahuan akan menyebabkan

berlakunya kemunduran dalam sesebuah negara. Negara Somalia contohnya merupakan negara

ke 5 termiskin didunia (Bank Dunia, 2013). Walaupun mempunyai sumber mineral seperti

minyak, bijih besi, uranium, garam, batuan kapur, pasir dan banyak lagi, namun oleh kerana

kekurangan ilmu dalam bidang teknologi dan sains maka hasil ekonomi mereka hanya terhad

kepada pemprosesan hasil pertanian, penternakan dan perikanan. Malah anak-anka mereka juga

tidak mendapat pendidikan yang secukupnya kerana selalu berpindah randah.

Kekurangan ilmu menyebabkan masyarakat islam di Somalia ditindas dan dianiaya oleh

bangsa lain. Pada tahun 1977 Somalia terlibat konflik dengan Ethiopia kerana Somalia

menginginkan wilayah Ogaden yang secara tradisional merupakan wilayah Somalia kerana

banyak sekali suku-suku Somalia yang menetap disana. Dengan bantuan Kesatuan Soviet,

Ethiopia berjaya mempertahankan wilayah itu dan menyebabkan lebih daripada 1,000,000

keluarga berpindah ke Somalia. Hal ini menimbulkan masalah pelarian yang sangat besar di

Somalia. Negara Somalia juga mempunyai jumlah tentera yang sangat kecil, dan ini

menyebabkan negeri ini selalu dilanda konflik dan perang saudara yang berpanjangan.

Page 12: Pengajian islam v. 1

Masyarakat Somalia menjalankan pertanian dan penternakan secara tradisonal tanpa bantuan

teknologi terkini. Apabila kemarau melanda mereka tidak dapat menghasilkan sumber makanan

yang mencukupi dan ini menyebabkan berlakunya kebuluran. Di sini dapat kita lihat bagaimana

ilmu itu penting untuk kemakmuran negara dan rakyatnya.

Kemerosotan ekonomi juga menjadi salah satu punca pengabaian terhadap kepentingan ilmu.

Oleh kerana kemunduran Negara Somalia menyebabkan berlakunya kemerosotan ekonomi

negara dan rakyat. Ramai rakyat Somalia yang mati kerana kebuluran dan ini berlaku kerana kos

barangan asas yang meningkat serta kemarau yang panjang. Rakyat Somalia yang bergantung

kepada pertanian, penternakan dan perikanan traditional tidak mampu untuk meneruskan

pekerjaan mereka kerana kekurangan modal dan ilmu bagaimana untuk menjalankan pertanian

mengunakan sistem perairan yang sistematik dan penternakan secara komersial. Malah kapal-

kapal yang digunakan untuk menangkap ikan juga jauh ketinggalan dari negara-negara maju. Ini

menyebabkan banyak rakyat Somalia yang terpaksa berpindah ke kem-kem yang disediakan

PBB untuk mendapatkan bantuan makanan.

Dengan pendapatan per kapita kira-kira 333 Dollar AS menurut Bank Sentral Somalia dan

keadaan Negara yang huru hara akibat konflik dan kemerosotan ekonomi yang melanda keadaan

sosial Somalia mengalami perubahan. Keadaan sosial di Somalia ini banyak membuat penduduk

Somalia menjadi ahli militia pemberontak atau ahli Al - Qaeda . Selain menadi militia banyak

juga anak muda Somalia yang memilih menjadi perompak di Teluk Aden , hal ini kerana mereka

boleh mendapatkan keuntungan dengan menjadi perompak di Teluk Aden dengan tebusan kapal

dagang asing yang sedang belayar atau melintas di teluk tersebut . Oleh kerana kemiskinan dan

kebuluran menyebakan kebanyakkan dari penduduk Somalia memilih menjadi perompak. Ini

kerana keuntungan yang mereka perolehi dari rampasan kapal dagang yang melalui kawasan

perairan Somalia lebih besar berbanding dengan pekerjaan traditional mereka.

6.0 Kesimpulan

Umat islam masa kini perlu mencari ilmu demi mendirikan sebuah masyarakat dan negara

islam yang utuh. Meningkatkan ilmu pengetahuan merupakan satu keperluan umat islam dalam

mengharungi kehidupan yang kian mencabar. Kita mestilah berusaha untuk mengembalikan

Page 13: Pengajian islam v. 1

kegemilangan dan penguasaan ilmu dan teknologi yang menjadi milik kita suatu masa dahulu.

Pengabaian kepada ilmu pengetahuan hanya akan merugikan umat islam itu sendiri dan

memberikan implikasi yang buruk samada dari segi ekonomi, sosial dan kemajuan sesebuah

negara. Jihad ilmu pengetahuan adalah satu alat terpenting yang amat berkesan dalam kehidupan

manusia bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Yang mana matlamat akhirnya

adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah swt dalam bentuk penghambaan insan yang sejati

(Abdullah, 1995).

Jumlah perkataan 3047

7.0 Rujukan

1. (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2009&dt=0529&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm#ixzz2vwwrKp

Yc ) ,Utusan Melayu (M) Bhd.

2. Hasnan Kasan. 2010. Akhlak Pelajar Cemerlang. Selangor: Penerbit Sinar Tengara

Sdn.Bhd.

3. Asming Yalawae. 2006. Penghayatan Sikap Membaca Antara Pencetus Modal Insan

Yang Dapat Membangun Tamadun Umat. Prosiding Seminar Tamadun Islam Tentang

Pembangunan Modal Insan Peringkat Kebangsaan:hml 42-49.

4. Abdullah Ishak. 1995. Pendidikan Islam dan Pengaruhnya Di Malaysia. Kuala Lumpur:

Penerbit Universiti Malaya.

5. Wan Mohd Nor Wan Daud. 1994. Konsep ilmu Dalam Islam. Terj. Rosnani Hashim.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.