Past Year Question MSU

11
MID-SEMESTER EXAMINATION (MAY 2010 SESSION) BACHELOR PROGRAMMES MALAYSIAN STUDIES MPW2133 / DTU1153 LECTURER :…………………………………………………………………………… MATRIC NO : …………………………………………. PROGRAMME : ..…………………………………… VENUE : …………………………………………. 4 AUGUST 2010 TIME : 4.00 pm 6.00 pm 2 hours INSTRUCTIONS: 1. Candidates must read all questions carefully. 2. The examination script consists of the followings: Part Types of Questions Instruction Answer Sheets to be Used A 30 MCQ Answer ALL questions OMR sheet B 6 Short Answers Answer ALL questions Answer booklet C 4 Essays Answer TWO (2) questions ONLY Answer booklet THIS EXAMINATION SCRIPT CONTAINS 10 PAGES INCLUDING THE FRONT COVER DO NOT OPEN THE EXAMINATION SCRIPT UNTIL FURTHER INSTRUCTION

description

Pengajian Malaysia

Transcript of Past Year Question MSU

Page 1: Past Year Question MSU

MID-SEMESTER EXAMINATION

(MAY 2010 SESSION)

BACHELOR PROGRAMMES

MALAYSIAN STUDIES MPW2133 / DTU1153

LECTURER :……………………………………………………………………………

MATRIC NO : …………………………………………. PROGRAMME : ..…………………………………… VENUE : …………………………………………. 4 AUGUST 2010 TIME : 4.00 pm – 6.00 pm 2 hours

INSTRUCTIONS:

1. Candidates must read all questions carefully.

2. The examination script consists of the followings:

Part Types of Questions

Instruction Answer Sheets to be Used

A 30 MCQ Answer ALL questions

OMR sheet

B 6 Short Answers Answer ALL questions

Answer booklet

C 4 Essays Answer TWO (2) questions ONLY

Answer booklet

THIS EXAMINATION SCRIPT CONTAINS 10 PAGES INCLUDING THE FRONT COVER

DO NOT OPEN THE EXAMINATION SCRIPT UNTIL FURTHER INSTRUCTION

Page 2: Past Year Question MSU

SULIT MPW2I33

MPW2133 MALAYSIAN STUDIES 1/10

BAHAGIAN A (40 markah)

Masa : 40 minit ARAHAN Jawab SEMUA soalan. Gunakan kertas OMR yang disediakan.

1. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, pembesar ini bertugas sebagai penjaga kewangan kerajaan. Peranannya menyamai Menteri Kewangan sekarang. Penyataan ini merujuk kepada _________________. A. Bendahara B. Penghulu Bendahari C. Temenggung D. Laksamana 2. Antara faktor berikut, yang manakah mempengaruhi kejatuhan kerajaan Melayu Melaka?

i. Kejatuhan ekonomi kerajaan ekoran pelabuhan Melaka yang tidak dikunjungi pedagang-pedagang asing.

ii. Kelemahan pucuk pimpinan dan pembesar-pembesar tempatan. iii. Perpecahan dalam kalangan rakyat jelata. iv. Aktiviti penjelajahan orang Eropah. A. i, ii dan iii sahaja B. ii, iii dan iv sahaja C. i, ii dan iv sahaja D. i, ii, iii dan iv 3. Kejatuhan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka ke tangan Portugis telah membawa

kemunculan kerajaan baharu yang kuat di rantau Nusantara, iaitu ______________. A. kerajaan Pattani B. kerajaan Srivijaya C. kerajaan Majapahit D. kerajaan Melayu-Riau 4. Pengkalan utama Belanda di Kepulauan Melayu terletak di _________________. A. Srivijaya di Sumatera B. Betawi di Pulau Jawa C. Mataram di Pulau Jawa D. Singhasari di Pulau Jawa

Page 3: Past Year Question MSU

SULIT MPW2I33

MPW2133 MALAYSIAN STUDIES 2/10

5. Pengaruh Belanda di Tanah Melayu berakhir apabila _________________. A. British berjaya menduduki negara B. Perjanjian Inggeris-Belanda ditandatangani C. Portugis menyerang balas Belanda di Melaka

D. perpecahan Empayar Johor-Riau, iaitu Singapura dan tanah besar Johor jatuh ke tangan British, manakala Kepulauan Riau jatuh ke tangan Belanda

6. Masyarakat Melayu tradisional merujuk kepada _________________. A. masyarakat yang paling lama menghuni bumi Melayu B. masyarakat yang mempunyai pegangan hidup tersendiri C. masyarakat kolot yang tidak mahu menerima perubahan D. masyarakat feudal yang belum menerima pengaruh barat

7. Manakah di antara berikut BUKAN golongan yang terdapat dalam masyarakat Melayu tradisional? A. Golongan hartawan. B. Golongan penghulu. C. Golongan pembesar. D. Golongan rakyat biasa.

8. Pilih peryataan yang BENAR berhubung kerajaan Melayu Melaka pada abad ke-15. i. Kerajaan Melayu Melaka mengamalkan pentadbiran demokrasi.

ii. Zaman kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka terserlah semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah.

iii. Pandangan masyarakat Melayu Melaka terhadap institusi beraja berkait rapat dengan konsep-konsep ‘taat setia’, ‘daulat’, derhaka’ dan ‘tulah’.

iv. Kesultanan Melayu Melaka merupakan warisan daripada Kesultanan Majapahit di Pulau Jawa.

A. i dan ii sahaja B. ii dan iii sahaja C. iii dan iv sahaja D. i dan iii sahaja 9. Pegawai British yang dilantik sebagai Gabenor Malayan Union apabila ia diisytiharkan pada April 1946 ialah _________________. A. Sir Harold MacMichael B. Sir Malcom MacDonald C. Sir Edward Gent D. Sir Henry Gurney 10. Penubuhan Malaysia begitu penting untuk pembangunan sosial, ekonomi dan politik. Senarai di bawah merujuk kepada faktor-faktor penubuhan Malaysia, KECUALI A. keseimbangan kaum. B. mempercepatkan kemerdekaan. C. ancaman pengaruh komunis. D. mengelak daripada dijajah semula.

Page 4: Past Year Question MSU

SULIT MPW2I33

MPW2133 MALAYSIAN STUDIES 3/10

11. Dalam rundingan kemerdekaan Tanah Melayu di London, beberapa persetujuan telah diperolehi, iaitu _________________. A. melatih penduduk untuk mahir dalam bidang ketenteraan B. mempertahankan dan melindungi kedudukan raja-raja Melayu C. rakyat tempatan akan mengambil alih jawatan-jawatan penting D. menjadikan sebahagian besar perkhidmatan awam bercorak ketenteraan 12. Sistem Ahli dilaksanakan pada bulan April 1951 hingga Jun 1955. Apakah kepentingan sistem ini? i. Memberi peluang mentadbir. ii. Mewujudkan perpaduan kaum. iii. Membendung pengaruh komunis. iv. Meningkatkan bilangan tenaga kerja. A. i dan ii sahaja B. ii dan iii sahaja C. i dan iv sahaja D. iii dan iv sahaja 13. Pilih peryataan yang TIDAK BENAR mengenai Suruhanjaya Cobbold. A. Diketuai oleh Lord Cobbold.

B. Tujuan pembentukannya adalah meninjau pendapat penduduk Sabah dan Sarawak.

C. 80% penduduk Sabah dan Sarawak meyokong pembentukan Malaysia. D. Membentuk atau menggubal Perlembagaan Persekutuan Malaysia. 14.

Nama-nama yang disenaraikan merujuk kepada anggota sebuah suruhanjaya yang dikenali sebagai _________________. A. Suruhanjaya Reid B. Suruhanjaya Cobbold C. Suruhanjaya Kehakiman D. Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan 15. Berikut merupakan ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948, KECUALI A. Dewan Undangan Negeri ditubuhkan. B. Kerajaan Persekutuan diketuai oleh seorang Pesuruhjaya Tinggi British. C. Penubuhan Majlis Raja-raja Melayu untuk menasihati Pesuruhjaya Tinggi British.

D. Persekutuan Tanah Melayu mengandungi 9 buah negeri Melayu dan 2 buah Negeri-negeri Selat.

Sir Ivor Jennings Sir William McKell Hakim B. Malik Hakim Abduk Hamid

Page 5: Past Year Question MSU

SULIT MPW2I33

MPW2133 MALAYSIAN STUDIES 4/10

16. Ciri-ciri Perlembagaan Malayan Union telah memberi kelonggaran untuk mendapatkan hak kerakyatan kepada kaum lain melalui prinsip jus soli. Antara syarat kerakyatan ialah _________________. A. orang yang mengangkat sumpah taat setia B. bermastautin selama 15 tahun dan ke atas C. rakyat British tidak layak untuk menjadi warganegara D. mereka yang dilahirkan di negeri-negeri Malayan Union sahaja 17. Semasa pembentukan Malayan Union, pelbagai perkara telah berlaku seperti kewujudan Perlembagaan Malayan Union. Walau bagaimanapun, terdapat juga tentangan daripada penduduk tempatan. Antara bantahan yang telah ditunjukkan oleh orang Melayu ialah _________________. A. berpendirian ‘tunggu dan lihat’ B. menganjurkan Kongres Melayu Se-Malaya C. mencadangkan pindaan ke atas rancangan Malayan Union

D. menyiarkan surat pegawai tadbir British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu

18. Berdasarkan kepada peryataan manakah menunjukkan kesan sosial kepada penduduk tempatan akibat penjajahan Jepun di Tanah Melayu? A. Kerosakan jalan raya dan infrastruktur awam lain. B. Banyak kegiatan pertanian dan perlombongan musnah. C. Wujud perasaan untuk berjuang mencapai kemerdekaan.

D. Orang-orang Melayu dan India telah dijadikan buruh paksa untuk membina ‘Jalan Keretapi Maut’.

19. Tempoh pendudukan Jepun di seluruh Tanah Melayu berlangsung antara ________. A. Februari 1941 hingga Ogos 1944 B. Disember 1942 hingga April1946 C. Disember 1941 hingga April 1945 D. Februari 1941 hingga September 1945 20. Penaklukan British di Tanah Melayu telah mendapat tentangan penduduk tempatan. Sebab-sebab penentangan masyarakat tempatan adalah seperti berikut, KECUALI A. pelaksanaan pentadbiran British. B. eksploitasi terhadap sumber ekonomi tempatan. C. kehilangan kuasa dan hak pembesar tempatan. D. penduduk bimbang Tanah Melayu akan jatuh ke tangan Siam. 21. Semasa penjajahan Belanda, terdapat satu perjanjian penting iaitu Perjanjian Inggeris-Belanda 1824. Apakah kesan terpenting perjanjian tersebut? A. Perpecahan Empayar Johor-Riau. B. Kepulauan Melayu terbahagi kepada dua lingkungan pengaruh. C. Belanda menyerahkan kepentingannya di India dan Melaka kepada British.

D. Persaingan kuasa dan perdagangan antara British dengan Belanda semakin hebat.

Page 6: Past Year Question MSU

SULIT MPW2I33

MPW2133 MALAYSIAN STUDIES 5/10

22. Berikut adalah ciri-ciri Perlembagaan Tanah Melayu 1957 KECUALI A. parlimen dibentuk. B. Islam sebagai agama rasmi. C. Perdana Menteri sebagai ketua negara. D. bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

23. Akibat penentangan-penentangan kaum Melayu, rancangan Malayan Union terpaksa

dibatalkan. Namun, cadangan rancangan ini memberikan kesan yang penting kepada masyarakat Melayu. Pilih peryataan yang TIDAK BENAR.

A. Meningkatnya kesedaran untuk memerintah negara sendiri. B. Meningkatkan taraf perpaduan dalam kalangan masyarakat Melayu.

C. Lahir Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) hasil pimpinan Dato’ Onn Jaafar.

D. Berkembangnya sikap terbuka untuk menerima kemasukan warga asing sebagai warganegara.

24. Slogan ‘Malaysia untuk Orang Malaysia’ yang disuarakan oleh Lee Kuan Yew menunjukkan Singapura memperjuangkan _________________. A. kelebihan diberikan kepada penduduk Singapura B. persamaan hak rakyat Singapura dengan penduduk Tanah Melayu C. hanya penduduk Tanah Melayu sahaja mendapat keistimewaan D. orang Cina mesti mendapat hak yang sama dengan orang Melayu 25. ________________ telah dijadikan ibu negeri dan pusat pentadbiran kerajaan British di Tanah Melayu sebelum dipindahkan ke Singapura pada tahun 1832. A. Johor B. Kedah C. Melaka D. Pulau Pinang 26. Pilih pernyataan yang TEPAT tentang tolak ansur antara kaum dalam usaha untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu.

i. Orang bukan Melayu diterima menjadi warganegara Tanah Melayu secara jus soli.

ii. Peruntukan tentang ‘kedudukan istimewa orang Melayu’ dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan.

iii. Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. iv. Orang bukan Melayu berpeluang memasuki perkhidmatan awam tanpa

sekatan. A. i dan ii sahaja B. ii dan iii sahaja C. i, ii dan iii sahaja D. i, ii, iii dan iv

Page 7: Past Year Question MSU

SULIT MPW2I33

MPW2133 MALAYSIAN STUDIES 6/10

27. Gagasan Malaysia yang dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman melibatkan gabungan negeri-negeri berikut iaitu _________________. A. Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak B. Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei C. Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Brunei D. Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak 28. Semua pernyataan berikut berkait rapat dengan faktor penubuhan Malaysia, KECUALI

A. mengelakkan negeri Sabah dan Sarawak daripada dikuasai oleh Indonesia melalui rancangan pembentukan Negara Kesatuan Kalimantan Utara.

B. menyekat peluasan pengaruh komunis di Singapura. C. mempercepatkan kemerdekaan Singapura, Sabah dan Sarawak.

D. mencapai keseimbangan antara kaum Bumiputera dengan bukan Bumiputera.

29. Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia ditubuhkan untuk _____________. A. mengkaji sebab-sebab Brunei enggan menyertai Malaysia

B. menerangkan konsep gagasan Malaysia kepada penduduk Sabah dan Sarawak

C. meninjau pandangan penduduk Singapura tentang gagasan Malaysia D. merangka perlembagaan baharu bagi Persekutuan Malaysia 30. Kesemua pernyataan berikut benar tentang sebab-sebab timbulnya pertikaian antara

kerajaan persekutuan dengan kerajaan Singapura sehingga membawa kepada pemisahan Singapura pada tahun 1965, KECUALI

A. isu perlembagaan berkisar soal ekonomi dan kewangan. B. tuntutan Singapura terhadap Pulau Batu Putih di selatan Johor. C. persaingan politik antara PAP dan MCA.

D. perbezaan pendekatan Perikatan dan PAP tentang masalah perkauman di Malaysia.

31. Pilih pernyataan yang TIDAK BENAR mengenai kabinet. A. Setiausaha kabinet ialah Ketua Setiausaha. B. Kabinet berkuasa membuat undang-undang. C. Merupakan badan tertinggi yang menjalankan kuasa eksekutif. D. Dianggotai oleh seorang Perdana Menteri dan menteri-menteri yang lain. 32. Mahkamah Majistret terletak di bawah _________________. A. Mahkamah Negeri B. Mahkamah Atasan C. Mahkamah Rendah D. Mahkamah Persekutuan

Page 8: Past Year Question MSU

SULIT MPW2I33

MPW2133 MALAYSIAN STUDIES 7/10

33. Selain menjalankan kuasa pentadbiran negara, kabinet juga berperanan dalam _________________.

A. meluluskan rang undang-undang B. perlantikan Yang di-Pertuan Agong C. memantau pergerakan parti-parti politik D. membentuk dan pelaksanaan dasar tertinggi negara 34. Ciri-ciri sebuah kerajaan demokrasi ialah _________________. i. pilihan raya ii. rakyat menentukan kerajaan

iii. pembahagian kuasa pentadbiran seperti pentadbiran, perundangan dan kehakiman

iv. pembahagian kuasa antara kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan A. i dan ii sahaja B. i, ii dan iii sahaja C. ii, iii dan iv sahaja D. i, ii, iii dan iv 35. Pilih pernyataan yang TIDAK BENAR mengenai Parlimen. A. Ahli Parlimen dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.

B. Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

C. Parlimen merupakan lambang kewujudan demokrasi berparlimen di Malaysia. D. Parlimen tidak mempunyai kuasa menggubal undang-undang. 36. Pilihan raya perlu adil dan telus bagi memastikan _________________. A. keamanan negara terjamin B. parti yang menang dapat memerintah C. supaya tidak ada pihak mengambil kesempatan

D. kepercayaan rakyat terhadap sistem pemerintahan negara adalah telus dan boleh dipercayai

37. Siapakan yang berkuasa membubarkan Parlimen? A. Perdana Menteri. B. Yang di-Pertuan Agong. C. Suruhanjaya Pilihanraya. D. Yang Dipertua Dewan Rakyat. 38. Pilih kenyataan yang SALAH. Pilihan raya kecil diadakan dalam tempoh 60 hari dari

tarikh kekosongan jika _________________. A. berlaku kematian B. berlaku perletakan jawatan C. seseorang ahli dewan ke luar negara

D. seseorang ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri itu hilang kelayakan

Page 9: Past Year Question MSU

SULIT MPW2I33

MPW2133 MALAYSIAN STUDIES 8/10

39. Tahap umur seseorang yang layak menjadi ahli Dewan Rakyat ialah ____________. A. 21 tahun ke atas B. 31 tahun ke atas C. 41 tahun ke atas D. 50 tahun ke atas 40. Apakah jenis mahkamah yang sesuai dipadankan dengan senarai di atas? A. Mahkamah Atasan. B. Mahkamah Rendah. C. Mahkamah Khas. D. Mahkamah Negeri.

Mahkamah Agung Mahkamah Rayuan Mahkamah Tinggi Malaya dan Borneo

Page 10: Past Year Question MSU

SULIT MPW2I33

MPW2133 MALAYSIAN STUDIES 9/10

BAHAGIAN B (40 markah)

Masa : 40 minit

ARAHAN Jawab SEMUA soalan. Gunakan buku jawapan yang disediakan.

1. Huraikan secara ringkas faktor-faktor yang mempengaruhi kemunculan Melaka

sebagai sebuah kerajaan agung. (5 markah)

2. Bincangkan secara ringkas mana-mana TIGA (3) daripada empat fungsi pembesar

utama kerajaan Melayu Melaka dan DUA (2) contoh nama pembesar yang terkenal pada zaman tersebut.

(5 markah) 3. Senaraikan LIMA (5) faktor yang membawa kepada penentangan masyarakat

tempatan terhadap campur tangan British dalam urusan pentadbiran negeri. (5 markah)

4. Berikan LIMA (5) kelemahan yang terdapat dalam sistem Residen.

(5 markah) 5. Nyatakan LIMA (5) faktor yang mendorong perkembangan pengaruh luaran dalam

kebangkitan semangat nasionalisme. (5 markah)

6. Nyatakan secara ringkas TIGA (3) faktor yang menyebabkan berlakunya

pemberontakan orang Melayu di Pahang dan DUA (2) tokoh pejuang dikalangan rakyat negeri tersebut.

(5 markah) 7. Senaraikan badan pentadbiran peringkat negeri termaktub dalam Perlembagaan

Persekutuan Malaysia. (5 markah)

8. Senaraikan pengkelasan yang terdapat dalam mahkamah Persekutuan dan mahkamah Negeri.

(5 markah)

Page 11: Past Year Question MSU

SULIT MPW2I33

MPW2133 MALAYSIAN STUDIES 10/10

BAHAGIAN C (20 markah)

Masa : 40 minit

ARAHAN Jawab SATU (1) soalan sahaja. Gunakan buku jawapan yang disediakan.

1. Setelah campur tangan dalam hal ehwal politik di Tanah Melayu, British telah

memperkenalkan Sistem Residen di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan campur tangan tersebut serta ciri-ciri Sistem Residen dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

(20 markah)

2. Nilaikan keberkesanan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan British untuk membendung pemberontakan komunis di Tanah Melayu pada tahun 1949-1954.

(20 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT