Panduan untuk ke NUH Peranti … off only Bus Stop Carpark Taxi Stand / Drop off Kent Ridge MRT...

2
Drop off only Bus Stop Carpark Taxi Stand / Drop off Kent Ridge MRT Station @ Level 1 A Linkway @ Level 1 Via MRT station (Exit A) B Linkway @ Level 1 C Linkway @ Level 4 Lokasi Hospital Universiti Nasional 5 Lower Kent Ridge Road, Singapore 119074 Tel: 6779 5555 Faks: 6779 5678 Laman web: www.nuh.com.sg Hubungi Kami Pusat Jantung Universiti Nasional, Singapura 1 Bangunan Utama NUH, Angiography Centre, Tingkat 2. Waktu Operasi: 8.30 pagi – 5.30 petang (Isnin – Jumaat) Tutup pada hujung minggu & hari cuti umum Laman web: www.nuhcs.com.sg Panduan untuk ke NUH Stesen MRT Kent Ridge Circle Line Penumpang boleh menukar keretapi di Pusat Tukaran MRT Buona Vista dan berhenti di Stesen Kent Ridge iaitu dua stesen selepas Stesen Buona Vista. Stesen ini mempunyai tiga pintu masuk dan keluar. Pintu Keluar A: Di pintu masuk Pusat Jantung Universiti Nasional, Singapura. Pintu Keluar B: Di South Buona Vista Road, yang dihubungkan dengan Singapore Science Park 1. Pintu Keluar C: Menuju ke Pusat Perubatan NUH. Maklumat di dalam brosur ini hanya sebagai panduan dan tidak menggantikan nasihat perubatan daripada doktor anda. Sila dapatkan nasihat doktor anda jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pembedahan, keadaan kesihatan atau perubatan anda. Maklumat adalah tepat semasa cetakan (Jul 2017) dan tertakluk kepada perubahan tanpa notis. Fund The Fund The Setiap hari, kami menyelamatkan nyawa dengan menyediakan bantuan kewangan untuk pesakit-pesakit yang memerlukan, pembiayaan untuk penyelidikan yang terkini dan latihan untuk pakar-pakar perubatan kami. Oleh sebab itu sokongan anda adalah penting bagi kami. Sumbangan anda membantu kami berjuang untuk setiap denyutan jantung! Untuk membuat sumbangan melalui talian, sila layari http://www.nuhcs.com.sg/make-a-gift.html MALAY 中文 ENGLISH Available in : Tontoni video pendidikan pesakit di Halaman NUHCS Imbas kod QR Muat turun Pembaca QR PERCUMA di telefon pintar anda dan imbas kod QR. Kod QR akan dinyahkod dengan serta-merta. Anda akan dibawa ke www.youtube.com/user/ NUHCS LANGKAH 01 LANGKAH 02 Prosedur ini secara amnya selamat dan risiko komplikasi adalah sangat rendah. Kebanyakan komplikasi yang berlaku adalah ringan dan mudah dirawat; seperti sakit, pendarahan dan lebam di kawasan implan. Komplikasi yang jarang berlaku ialah pneumotoraks – keadaan di mana paru-paru tertusuk dengan tidak sengaja semasa kemasukkan wayar dan menyebabkan udara masuk ke dalam ruang dada, menyebabkan paru-paru mengempis. Keadaan ini boleh dipulihkan dan dirawat dengan memasukkan tiub dada bagi membolehkan udara keluar dan paru-paru mengembang semula. Komplikasi lain yang sangat jarang berlaku tetapi serius ialah jangkitan kuman di tempat implan. Dalam kes sebegini, terapi antibiotik diperlukan dan sistem perentak jantung perlu dikeluarkan. Apakah risiko/komplikasi yang mungkin berlaku dari prosedur ini? Jangan lupa untuk beritahu semua doktor yang merawat anda tentang perentak jantung kekal anda: a) Elakkan daripada penggunaan diatermi gelombang pendek (haba janaan elektrik) untuk rawatan jangkitan sendi berhampiran dengan kawasan terletaknya perentak jantung semasa pembedahan. b) Elakkan pengimejan resonans magnetik (sejenis teknik pengimejan diagnostik perubatan) walaupun perentak jantung yang terkini adalah selamat MRI. Pastikan anda menghadiri segala temujanji susulan seperti yang telah diaturkan untuk memastikan perentak jantung berfungsi secara optima dan membawa hasil terapeutik terbaik kepada anda. Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang arahan ini, sila hubungi doktor anda. 4 5 Anda perlu memantau untuk tanda-tanda dan gejala seperti demam, sakit yang keterlaluan,kemerahan atau bengkak pada luka. Sila beritahu doktor anda dengan segera jika anda mengalami tanda-tanda ini. Selepas implantasi, elakkan pergerakan lengan yang berlebihan, serta mengangkat lengan di atas bahu dan mengangkat beban yang lebih dari 5kg untuk 2 minggu selepas implantasi alat peranti. Selepas keluar dari hospital, habiskan semua ubat antibiotik yang diberi mengikut arahan. Apakah perkara yang perlu saya lakukan selepas Implantasi perentak jantung saya? 1 2 3 Perentak Jantung Kekal Permanent Cardiac Pacemaker Insertion (PPM) Peranti Jantung Cardiac Implantable Device

Transcript of Panduan untuk ke NUH Peranti … off only Bus Stop Carpark Taxi Stand / Drop off Kent Ridge MRT...

Page 1: Panduan untuk ke NUH Peranti … off only Bus Stop Carpark Taxi Stand / Drop off Kent Ridge MRT Station @ Level 1 A Linkway @ Level 1 Via MRT station (Exit A) B Linkway @ Level 1 C

Drop off only

Bus Stop

Carpark

Taxi Stand / Drop off

Kent Ridge MRT Station @ Level 1

A

Linkway @ Level 1Via MRT station(Exit A)

B

Linkway @ Level 1

C

Linkway @ Level 4

Lokasi

Hospital Universiti Nasional5 Lower Kent Ridge Road, Singapore 119074Tel: 6779 5555 Faks: 6779 5678 Laman web: www.nuh.com.sg

Hubungi KamiPusat Jantung Universiti Nasional, Singapura1 Bangunan Utama NUH, Angiography Centre, Tingkat 2.Waktu Operasi: 8.30 pagi – 5.30 petang (Isnin – Jumaat)Tutup pada hujung minggu & hari cuti umumLaman web: www.nuhcs.com.sg

Panduan untuk ke NUHStesen MRT Kent Ridge Circle LinePenumpang boleh menukar keretapi di Pusat Tukaran MRT Buona Vista dan berhenti di Stesen Kent Ridge iaitu dua stesen selepas Stesen Buona Vista. Stesen ini mempunyai tiga pintu masuk dan keluar.Pintu Keluar A: Di pintu masuk Pusat Jantung Universiti Nasional, Singapura.Pintu Keluar B: Di South Buona Vista Road, yang dihubungkan dengan Singapore Science Park 1.Pintu Keluar C: Menuju ke Pusat Perubatan NUH.

Maklumat di dalam brosur ini hanya sebagai panduan dan tidak menggantikan nasihat perubatan daripada doktor anda. Sila dapatkan nasihat doktor anda jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pembedahan, keadaan kesihatan atau perubatan anda. Maklumat adalah tepat semasa cetakan (Jul 2017) dan tertakluk kepada perubahan tanpa notis.

Fund

The

Fund

The

Setiap hari, kami menyelamatkan nyawa dengan menyediakan bantuan kewangan untuk pesakit-pesakit yang memerlukan, pembiayaan untuk penyelidikan yang terkini dan latihan untuk pakar-pakar perubatan kami. Oleh sebab itu sokongan anda adalah penting bagi kami.

Sumbangan anda membantu kami berjuang untuk setiap denyutan jantung!

Untuk membuat sumbangan melalui talian, sila layari http://www.nuhcs.com.sg/make-a-gift.html

MALAY中文ENGLISHAvailable in :

STEP

01

Tontoni video pendidikan pesakit di Halaman NUHCS

Imbas kod QR

Muat turun PembacaQR PERCUMA ditelefon pintar andadan imbas kod QR.

Kod QR akan dinyahkod denganserta-merta. Anda akan dibawa ke www.youtube.com/user/NUHCS

LANGKAH

01LANGKAH

02

Prosedur ini secara amnya selamat dan risiko komplikasi adalah sangat rendah. Kebanyakan komplikasi yang berlaku adalah ringan dan mudah dirawat; seperti sakit, pendarahan dan lebam di kawasan implan. Komplikasi yang jarang berlaku ialah pneumotoraks – keadaan di mana paru-paru tertusuk dengan tidak sengaja semasa kemasukkan wayar dan menyebabkan udara masuk ke dalam ruang dada, menyebabkan paru-paru mengempis. Keadaan ini boleh dipulihkan dan dirawat dengan memasukkan tiub dada bagi membolehkan udara keluar dan paru-paru mengembang semula. Komplikasi lain yang sangat jarang berlaku tetapi serius ialah jangkitan kuman di tempat implan. Dalam kes sebegini, terapi antibiotik diperlukan dan sistem perentak jantung perlu dikeluarkan.

Apakah risiko/komplikasi yang mungkin berlaku dari prosedur ini?

Jangan lupa untuk beritahu semua doktor yang merawat anda tentang perentak jantung kekal anda:

a) Elakkan daripada penggunaan diatermi gelombang pendek (haba janaan elektrik) untuk rawatan jangkitan sendi berhampiran dengan kawasan terletaknya perentak jantung semasa pembedahan.

b) Elakkan pengimejan resonans magnetik (sejenis teknik pengimejan diagnostik perubatan) walaupun perentak jantung yang terkini adalah selamat MRI.

Pastikan anda menghadiri segala temujanji susulan seperti yang telah diaturkan untuk memastikan perentak jantung berfungsi secara optima dan membawa hasil terapeutik terbaik kepada anda.

Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang arahan ini, sila hubungi doktor anda.

4

5

Anda perlu memantau untuk tanda-tanda dan gejala seperti demam, sakit yang keterlaluan,kemerahan atau bengkak pada luka. Sila beritahu doktor anda dengan segera jika anda mengalami tanda-tanda ini.

Selepas implantasi, elakkan pergerakan lengan yang berlebihan, serta mengangkat lengan di atas bahu dan mengangkat beban yang lebih dari 5kg untuk 2 minggu selepas implantasi alat peranti.

Selepas keluar dari hospital, habiskan semua ubat antibiotik yang diberi mengikut arahan.

Apakah perkara yang perlu saya lakukan selepas Implantasi perentak jantung saya?

1

2

3

Perentak Jantung KekalPermanent Cardiac Pacemaker Insertion (PPM)

Peranti JantungCardiac Implantable Device

Page 2: Panduan untuk ke NUH Peranti … off only Bus Stop Carpark Taxi Stand / Drop off Kent Ridge MRT Station @ Level 1 A Linkway @ Level 1 Via MRT station (Exit A) B Linkway @ Level 1 C

Penjana

Tulang Selangka

InsisiArat

Wayar

Anda perlu tinggal di hospital selama 1 hingga 2 hari untuk implantasi perentak jantung. Anda akan diminta berpuasa pada malam sebelum prosedur dilakukan. Sebelum prosedur, beberapa ujian darah rutin dan elektrokardiogram mungkin dijalankan dan anda dikehendaki menandatangani borang keizinan. Jarum kecil akan dimasukkan ke dalam urat tangan anda untuk memudahkan suntikan ubat. Sejurus sebelum implantasi, anda akan diberi suntikan antibiotik.

Selepas kembali ke wad, anda akan diberikan suntikan antibiotik secara berkala untuk mengurangkan risiko jangkitan. Sila beritahu jururawat sekiranya anda mengalami kesakitan di kawasan implan, supaya ubat tahan sakit boleh diberikan. Pada hari keesokannya, anda akan dihantar untuk X-ray dada bagi memastikan kedudukan perentak jantung wayar dan untuk memerhatikan komplikasi yang mungkin berlaku. Perentak jantung akan diperiksa dan diprogram oleh juruteknologi. Kebanyakan pesakit akan dibenarkan discaj 1 atau 2 hari selepas implantasi.

Selepas kembali ke rumah, anda boleh menjalankan semua aktiviti harian dalam masa beberapa hari. Pastikan luka anda sentiasa kering. Balutan kalis air tidak boleh dibuka atau ditukar sehingga anda kembali ke klinik untuk pemeriksaan dalam tempoh 10 hingga 14 hari. Jahitan tidak perlu dibuka kerana ia boleh diserap. Doktor anda akan mengaturkan jadual pemeriksaan berkala dan memprogramkan perentak jantung anda secara elektronik supaya bersesuaian dengan keperluan anda.

Ilustrasi menunjukkan kedudukan penjana di bawah tulang selangka.

Apakah perkara yang boleh saya jangkakan sebelum prosedur?

Mengapakah Perentak Jantung Kekal diperlukan? Apakah perkara yang boleh saya jangkakan semasa prosedur?

Apakah perkara yang boleh saya jangkakan selepas prosedur?

Rentak jantung yang terlalu perlahan boleh menjejaskan kemampuan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan. Ini akan menyebabkan gejala seperti kelesuan, pening kepala, sesak nafas, pitam dan kematian(dalam keadaan yang melampau). Dalam kes sebegini, doktor mungkin mencadangkan supaya perentak jantung yang kekal diimplan. Dalam sesetengah pesakit yang menghidapi kegagalan jantung, perentak jantung yang khas mungkin diimplan untuk meningkatkan fungsi jantung (terapi penyelarasan semula jantung).

Perentak jantung terdiri daripada dua bahagian: kotak perentak jantung (juga dinamakan alat peranti jantung) merupakan alat canggih yang dilengkapi dengan mikrokomputer dan bateri serta wayar (juga dipanggil leads) yang dimasukkan ke dalam jantung. Kotak perentak jantung adalah sebesar saiz pemetik api dan diperbuat daripada aloi logam lengai. Bateri biasanya boleh bertahan selama 7 hingga 10 tahun. Selepas itu, kotak perentak jantung perlu ditukar. Wayar akan dimasukkan ke dalam jantung melalui urat anda. Sistem perentak jantung moden adalah sistem yang boleh dipercayai. Selepas implantasi, sistem ini tidak akan menjejaskan aktiviti kehidupan harian anda. Kebanyakan pesakit dapat melihat perubahan yang ketara dalam keadaan mereka dan juga gejala yang dihidapi setelah implantasi perentak jantung.

X-ray menunjukkan penjana dan wayar diletakkan di dalam jantung.

Prosedur implantasi biasanya mengambil masa 1 jam. Selepas suntikan anestesia setempat, satu potongan kecil akan dibuat pada bahagian kiri dada (jika anda menggunakan tangan kanan) dan sebuah “poket” kecil akan dibentuk di bawah kulit untuk memuatkan kotak perentak jantung. Kemudian, wayar akaan dimasukkan melalui urat bahagian atas dada dengan panduan X-ray, sehingga hujungnya terletak di dalam jantung. Hujung wayar yang satu lagi akan disambungkan kepada perentak jantung. Kulit akan ditutup dengan jahitan, dibersih dan dibalut.

Wang syiling 50 sen digunakan untuk perbandingan saiz antara peranti ICD dan CRT.

Tontoni video kami mengenai Peranti Jantung di laman NUHCS! www.youtube.com/user/NUHCS