MOHD FAZDLI B MOHD NOR - fp.utm.my · Dunia Matematik is an Ezine that has been developed by...
Transcript of MOHD FAZDLI B MOHD NOR - fp.utm.my · Dunia Matematik is an Ezine that has been developed by...
PENILAIAN PERKHIDMATAN E-MAJALAH MATEMATIK DALAM
KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
MOHD FAZDLI B MOHD NOR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
'cvmMJ n?tr€ JITns I€E€qes rmlsslo{Iprul srsel qoduol IIDIos w>lele,{ueu ue8uap ue€ue{Joq rsestue8roTes€nryeqepedrrep lerns uel.udurel e1s 'CIVHUAJ nBlB JIT1S IUI slsoJ e>II1
'u€suo{Jeq rypp 3ue,{ 3uo1o4
geq? /fr/ Lr:rPIIre
uoHof tvnhtr'000t8
(vttg,lNga vnvN).UISVN Of,AS NNI NVhIVI
llvtlisl IINtg YH["M'UO 'hld
(vTrq,\N,AA NVDNVJVCI NVJ)
qelo uDlqesrcCVTIuAJ )VCIJ
(uopeluilp uoppl1e,(ued eueru ry u€peq
Trsusrue8ro qolo uolquellp q€lot Buef qygggJ treumppu r8rmpue8ue4) AVffUgf
(zrer nrsvuVISHW VJ)V uelep Ip qnD{eulol 8ue,( tgades e1s,fuye61ue8u1tuoda1
nele uslsru€lose1 qehepreq Suef l€tunppu r8unpueSueyrl) UfnS
( 2) uolupuel ellsxx'r33uu uerle8ued tsrutlsut e;rztrre Ip ue;e4nged
re8uqos rul slsol u€ulles lenquou ueu1e1snfua4 uolJ€uoquou {epB4le1J€uoqureu e.{e5*'>1e1e1 rnln1esredry 8uu,(
1n1€ueu qelepu p1e,(or uere,(ug 'stlnued ueJeuoqe{ uu8uep uoplqJellp qeloq efueq slseJ'€{eJe[u
lle8uod uenfnl >p1un ueulles l€nqtueru ue>lJ?uoqlp ersfqeyq r3o1on1e1 plsJe^Iun ueelelsnd;e4'slpued epedrrep
Ilniloq ueruuoqo{ ue8uep lenqlp qoloq e,{uaq oqnu n€le seilo{ {queq urcl€p Ip ueules qDIseN'1116t uee,funde1qelepu e,fu1ryunpq 'nlJn qelo 1e,fu1qp
?rrr?sJeq 1eford te8eqes uesrlnuod uoluleleru sqnuod etueu qe^\eqlp qelsp€ slsel IIIIUD{€H
: m{rJaq Iuedes ueermSe>1 lere,{s-ers,fu1e7rtr r3o1ou1e1 llrsre^rufl ueelelsndre4 tp uedutstp Iu slsel u?{Jeueqluetu
(uvsus.{nunH)
UON OHOI,\I NIg I.ICZV.{ OHOI,\I: u.{ug
800ztL00z : Nvlfv9Ngd ISfs
HVCNflNf,I I HVTOXtrS UVfYTgd NYCNY'IYX ruV]VO
YIJVIAISIYI I HVTYfYIAI-I NYIYhIOIH)IIIUd NVIYTINSd TN
SISSI SNIYIS NIVHVSgCNfld CNIYUOfl
tlW:wlrel
*:f
x :NVJVJV
tIt:]n
'NVM NV'IV1 le ON : dele;1erue1
YISAV'IVW ICOTON)TflI IIISTTSAINN
0olt'putD gt:et zsa
rfur€J
[I erlo,{uad €ru€N
uu8uul€prreJ
WTIJ€I
[ ?rTA,{Ued errreN
ueSu€lepueJ
..(411eua1ery) ueryplpuad eues sur?S epnlnl ?uB FruS Wzen ueqereEnuu8ued
w.fnl >lqun plpruI uep dols €es uep l€petuotu q€l"pu rur u,{re>1rue17z,(es
ueSuupuud eped uep rur e,{-re4 Bceqruew qele} }w?{/e,.(es ezneqeq rn4u nueyefug,,
PENILAIAN PERKHIDMATAN E-MAJALAH MATEMATIK DALAM
KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
MOHD FAZDLI BIN MOHD NOR
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan.
(Matematik)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2008
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ………………..
Nama penulis : MOHD FAZDLI BIN MOHD NOR
Tarikh : ………………..
iii
DEDIKASI
Sekalung budi buat bonda dan ayahanda,
MOHD NOR BIN AHMAD & RAMLAH BINTI ABDUL RAHMAN
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah banyak memberi
dorongan dan sokongan sejak kaki ini mula menjejak ke alam
persekolahan sehinggalah sekarang...
Sudi berkongsi susah senang walau apa jua terjadi..
Ucapan terima kasih atas doa, nasihat dan sokongan moral yang
diberikan sepanjang andakanda menuntut ilmu di
Universiti Teknologi Malaysia
Buat adik-adik yang dikasihi…
doa, sokongan dan material yang anda berikan sentiasa dalam ingatan
Buat teman-teman jasa dan dorongan kalian terlalu besar
sepanjang penulisan dan ketika menjalani kehidupanku di UTM ini.Dan
kepada semua rakan dan orang perseorangan yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung...
Terima kasih, semoga jasa anda diberkati Allah S.W.T
iv
PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,
Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya saya telah diberi
kekuatan untuk menyempurnakan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dengan jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan ingin saya ucapkan khas buat Prof Madya Dr Zaleha
Binti Ismail dan En Khalid Bin Kasmin selaku penyelia projek ini kerana telah
memberi kepercayaan kepada saya untuk melakukan projek ini di bawah bimbingan
dan tunjuk ajar daripada mereka.
Jutaan terima kasih juga saya rakamkan kepada ibu bapa serta teman-teman
kumpulan Web Magazine dan mereka yang terlibat secara langsung atau pun tidak di
atas kerjasama yang diberikan di dalam penghasilan projek ini. Jasa kalian amat
dihargai.
Saya akhiri penghargaan saya secara tulus ikhlas dengan serangkap pantun
yang berbunyi:
Tanam lenggudi tumbuh kelapa,
Terbit bunga pucuk mati;
Budi tuan saya tidak lupa,
Sudah terpaku di dalam hati.
Wassalam.
v
ABSTRAK
Majalah elektronik (e-majalah) ialah majalah atas talian berkonsepkan
pembelajaran terbuka di mana bahan yang disediakan dapat dikongsi bersama di
kalangan pembaca tanpa mengira tempat dan masa. E-majalah juga membenarkan
medianya berkongsi dan bekerjasama dengan ciri-ciri media yang lain seperti audio,
video dan hiperlink. Dunia Matematik ialah e-majalah yang dibangunkan dengan
menyediakan bahan pengetahuan matematik yang komprehensif menjangkau
matematik di sekolah supaya pelajar dapat mendalami bidang matematik yang luas
tanpa sempadan. Bagaimanapun, sejauh manakah penerimaan pelajar terhadap
penggunaannya perlu dikaji untuk tujuan menentukan kualiti dan
kebolehfungsiannya. Kajian ini bertujuan untuk menilai penerimaan pelajar terhadap
perkhidmatan Dunia Matematik dari aspek emosi, sosial, pembelajaran dan
persekitaran. Seramai 70 orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar
tingkatan lima dari dua buah sekolah menengah masing-masing di Johor Bahru dan
Batu Pahat terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan ialah set
borang soal selidik yang menggunakan pemeringkatan Skala Likert dan dianalisis
menggunakan perisian SPSS (Statistic Package for Social Science) untuk
mendapatkan nilai statistik dalam bentuk frekuensi, peratus dan min. Nilai Cronbach
Alpha untuk menentukan kebolehpercayaan alat kajian ini ialah 0.784. Purata
taburan min dikelaskan kepada tiga tahap iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Hasil
kajian mengenal pasti penerimaan e-majalah matematik di kalangan pelajar dari
aspek emosi, sosial dan pembelajaran adalah tinggi. Manakala tahap penerimaan e-
majalah matematik di kalangan pelajar dari aspek persekitaran adalah sederhana.
Hasil kajian ini membuktikan bahawa pelajar memberikan sokongan yang tinggi
terhadap penggunaan e-majalah Dunia Matematik untuk tujuan pembelajaran.
vi
ABSTRACT
Electronic magazine (Ezine) is an online version of magazine adopting the
concepts of open learning where texts or reading materials can be shared with readers
without the limits of place and time. Ezine also allows its media to share and
integrate with several characteristics which include audio, video and hyperlink.
Dunia Matematik is an Ezine that has been developed by equiping mathematical
knowledge material that is comprehensive; advancing the school mathematics level
so that students explore further mathematical dicipline. Nonetheless, how far is the
students’ acceptibility towards its usage should be delve into with the purpose to
determine its quality and feasibility. This research intends to evaluate students’
acceptance towards the role and purpose of mathematical ‘Dunia Matematik’
magazine from the aspects of emotion, social, learning and environment. A number
of 70 respondents were involved in this research which consist of form five students
from two constituent secondary schools in Johor Bahru and Batu Pahat. Instrument
of this research incorprates questionaires which utilised Likert Scale echelon and was
analysed by using the SPSS (Statistic Package for Social Science) to acquire
statistical values in the form of frequency, percentage and min. The Cronbach Alpha
value to determine the reability of the research instrument is 0.784. The min for the
average contribution was classified into three levels; high, medium and low. The
outcome for this research had indentified that the acceptance towards the
mathematical e-magazine among students from the emotional, social and learning
aspects were high. The usage level of environment among them however, was
medium. The results of this research prove that students give full support to the use
of Ezine ‘Dunia Matematik” for the purpose of learning.
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN PELAJAR ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xi
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
1 PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Kajian 4
1.2 Pernyataan Masalah 7
1.3 Objektif Kajian 9
1.4 Persoalan Kajian 9
1.5 Kepentingan Kajian 10
1.6 Skop Kajian 11
viii
1.7 Kerangka Kajian 12
1.8 Definisi Termonologi Kajian 15
1.9 Penutup 17
2 SOROTAN PENULISAN
2.0 Pengenalan 18
2.1 E-Pembelajaran 18
2.1.1 Kebaikan E-Pembelajaran Matematik
menggunakan e-majalah 20
2.1.2 Kekangan penggunaan E-Majalah 23
2.2 E-pembelajaran di sekolah-sekolah di Malaysia 24
2.2.1 BESTARInet 25
2.2.2 MySchoolNet 26
2.2.3 Projek Oracle Think.Com 26
2.2.4 Jawatankuasa Perundingan E-Pembelajaran
Kebangsaan (NeLCC) 27
2.3 Kajian penggunaan E-Pembelajaran dalam kalangan
pelajar 27
2.3.1 Dapatan kajian luar negara 28
2.3.2 Dapatan kajian dalam negara 29
2.4 E-Majalah Matematik 31
2.5 Dunia Matematik 34
2.6 Penutup 40
3 METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan 41
3.1 Reka bentuk kajian 41
3.2 Sampel kajian 42
3.3 Instrumen kajian 42
3.4 Kajian Rintis 44
3.5 Prosedur Kajian 45
3.6 Analisis data 45
ix
3.7 Penutup 46
4 ANALISIS KAJIAN
4.0 Pengenalan 47
4.1 Latar belakang responden 48
4.2 Penilaian responden terhadap perkhidmatan e-majalah
matematik dari aspek emosi 52
4.3 Penilaian responden terhadap perkhidmatan e-majalah
matematik dari aspek sosial 54
4.4 Penilaian responden terhadap perkhidmatan e-majalah
matematik dari aspek pembelajaran 56
4.5 Penilaian responden terhadap perkhidmatan e-majalah
matematik dari aspek persekitaran 61
4.6 Penilaian umum responden terhadap perkhidmatan
e-majalah matematik 63
4.7 Min keseluruhan penilaian perkhidmatan e-majalah
matematik 64
4.8 Penglibatan pelajar dalam aktiviti Dunia Matematik 65
4.9 Penutup 69
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan 70
5.1 Perbincangan Dapatan Kajian 70
5.1.1 Latar belakang Responden 71
5.1.2 Objektif Pertama : Menilai perkhidmatan
e-majalah matematik dari aspek emosi. 71
5.1.3 Objektif Kedua : Menilai perkhidmatan
e-majalah matematik dari aspek sosial. 72
5.1.4 Objektif Ketiga : Menilai perkhidmatan
e-majalah matematik dari aspek pembelajaran. 74
5.1.5 Objektif Keempat : Menilai perkhidmatan
e-majalah matematik dari aspek persekitaran. 77
x
5.2 Rumusan Kajian 77
5.3 Masalah Pelaksanaan Pengujian Kajian 78
5.4 Kebaikan Penggunaan E-Majalah Matematik Hasil
Dapatan Kajian 79
5.5 Kelemahan Penggunaan E-Majalah Matematik Hasil
Dapatan Kajian 80
5.6 Cadangan Projek Lanjutan 80
5.7 Implikasi Kajian 81
5.8 Penutup 83
RUJUKAN 85
LAMPIRAN A - E 88 - 98
xi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 1.1 Aliran Model ADDIE 8
1.2 Kerangka Kajian 14
2.1 Aplikasi e-pembelajaran 20
2.2 Paparan skrin hadapan +plus magazine 32
2.3 Paparan skrin kerjaya matematik +plus magazine 33
2.4 Paparan skrin aktiviti matematik +plus magazine 33
2.5 Paparan skrin nota matematik +plus magazine 34
2.6 Paparan skrin e-majalah Dunia Matematik 35
2.7 Paparan skrin Fokus e-majalah Dunia Matematik 36
2.8 Paparan skrin bahagian Kerjaya e-majalah Dunia Matematik 37
2.9 Paparan skrin bahagian Pelajari Matematik e-majalah
Dunia Matematik 38
2.10 Paparan skrin bahagian Kuiz e-majalah Dunia Matematik 38
2.11 Paparan skrin bahagian E-forum e-majalah Dunia Matematik 39
2.12 Paparan skrin bahagian Komen e-majalah Dunia Matematik 40
4.1 Taburan Responden Mengikut Bangsa 48
4.2 Taburan Responden Mengikut Keputusan Peperiksaan Penilaian
Menengah Rendah 49
4.3 Taburan Responden Mengikut Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun
Tingkatan Empat subjek Matematik 50
4.4 Taburan Responden Mengikut Pemilikan Komputer di Rumah 51
4.5 Taburan Responden Mengikut Pemilikan Internet di Rumah 52
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 2.1 Kriteria pengukuran bagi sesebuah laman web 29
3.1 Skala Likert Empat Mata 43
3.2 Bilangan Item Mengikut Persoalan kajian Di dalam Soal Selidik 43
3.3 Pembahagian Tahap Min 46
4.1 Penilaian Responden Terhadap Perkhidmatan E-Majalah Matematik
Dari Aspek Emosi 53
4.2 Penilaian Responden Terhadap Perkhidmatan E-Majalah Matematik
Dari Aspek Sosial 55
4. 3 Penilaian Responden Terhadap Perkhidmatan E-Majalah Matematik
Dari Aspek Pembelajaran berdasarkan kandungan bahan e-majalah 57
4.4 Penilaian Responden Terhadap Perkhidmatan E-Majalah Matematik
Dari Aspek Pembelajaran berdasarkan kuiz matematik 59
4.5 Penilaian Responden Terhadap Perkhidmatan E-Majalah Matematik
Dari Aspek Persekitaran 61
4.6 Penilaian Umum Terhadap Perkhidmatan E-Majalah Matematik 63
4.7 Min Keseluruhan Empat Faktor yang di Kaji 64
4.8 Contoh Penglibatan Pelajar di E-Forum di Keluaran 2 65
4.9 Contoh penulisan Pelajar di Ruangan Komen Artikel 67
4.10 Contoh Pencapaian Pelajar di Kuiz ’Practise SPM’ 68
xiii
SENARAI SINGKATAN
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
ICT - Teknologi Maklumat dan Komunikasi
E-majalah - Majalah Elektronik
STS - Sangat Tidak Setuju
TS - Tidak Setuju
S - Setuju
SS - Sangat Setuju
Sek. Men. Keb - Sekolah Menengah Kebangsaan
SPSS - Statistical Package for the Social Science
% - Peratus
n - Bilangan
xiv
SENARAI LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Borang Kaji Selidik 88
B Surat Kelulusan Menjalankan Kajian Daripada Kementerian Pelajaran
Malaysia 94
C Surat Kelulusan Menjalankan Kajian Daripada Jabatan Pelajaran Johor 96
D Surat Menjalani Projek Sarjana Muda (PSM) Daripada
Fakulti Pendidikan 97
E Jadual Krejcie,R.V dan Morgan D.W 98
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Pembangunan teknologi komputer dan multimedia dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik yang menekankan kepada unsur-unsur interaktif telah
mencetuskan inovasi dalam era penggunaan komputer dalam bidang pendidikan
matematik. Perkembangan ini boleh memperbaiki kelemahan dan meningkatkan
mutu dan kualiti sistem pembelajaran dan pengajaran matematik di peringkat
sekolah. Penggunaan elemen-elemen interaktif ini dalam proses pengajaran dan
pembelajaran didapati mampu menarik minat pelajar supaya mereka tidak merasa
bosan dan dapat memberikan tumpuan yang sepenuhnya terhadap proses
pembelajaran (Jamalludin dan Zaidatun, 2003). Ini kerana penggunaan komputer
menjadi medium komunikasi yang efektif kerana melaluinya teks audio, video serta
animasi yang pelbagai warna dan corak mampu dipaparkan di dalam skrin pada suatu
masa yang sama (Stephen dan Stanley, 2001). Keadaan ini dapat menarik minat
pelajar untuk memberikan tumpuan semasa pembelajaran dan pengajaran matematik
di sekolah.
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam bidang
pendidikan matematik adalah selaras dengan hasrat Malaysia untuk meningkatkan
kualiti pendidikan bertaraf dunia. Pelajar didedahkan kepada penggunaan ‘website’,
‘on-line’, e-mel, dan pendekatan dan kaedah lain berasaskan penggunaan komputer
(Abd.Rahim, 2005). Kemahiran komputer sebagai alat pembelajaran perlu dikuasai
2
oleh setiap pelajar. Melalui teknologi maklumat juga, pelajar boleh belajar secara
arah kendiri dan dapat berhubung dengan guru, ibu bapa, rakan sebaya dan lain-lain
orang dewasa atau profesional dalam sesuatu komuniti secara langsung juga akan
mempengaruhi persekitaran manusia ke atas pembelajaran kendiri secara maksimum
(Mohammed Sani, 2005). Selain itu, menurut Abd Rahim (2005), pembelajaran
interaktif dan kolaboratif mencorakkan pendekatan belajar di sekolah bagi
membolehkan proses interaksi kepada semua murid yang pelbagai keupayaan
berlaku dengan dinamis.
Laman web merupakan salah satu penyalur pelbagai maklumat kepada
rangkaian komputer seluruh dunia. Laman web ini bukan sahaja berguna kepada
guru dan pelajar berinteraksi di antara satu sama lain, bahkan berguna juga untuk
dijadikan bahan dalam penyediaan ‘hardware’ dan ‘software’ pendidikan matematik
(Mohd Hajiman, 2002). Di samping itu, sumber-sumber lain dari seluruh dunia yang
dirangkaikan bersama dapat menjadi penyumbang dalam membantu menambahkan
maklumat-maklumat terkini yang diperlukan dalam pendidikan. Menurut Liaw et al.
(2007):
“the World Wide Web (WWW) is easy to use, update and universal in its
availability, it is driver of the knowledge economy and also a natural vehicle for
learning especially for e-learning” .
Ini kerana menurut Chan (1998), melalui internet (Internasional Network of
Network), pengguna-pengguna boleh berkongsi sumber yang tidak terkira
banyaknya. Kekayaan maklumat dalam internet memungkinkan pengguna
memperolehi maklumat berkenaan pendidikan matematik.
Perkembangan penggunaan internet dalam pendidikan menyediakan peluang
ke arah pembangunan pembelajaran secara elektronik. E-pembelajaran atau
pembelajaran elektronik ditafsirkan sebagi sebarang pengajaran dan pembelajaran
yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau Internet) untuk
menyampaikan isi kandungan, interaksi ataupun pemudahcaraan (Mohd Koharudin,
2004). Pengajaran dan pembelajaran matematik boleh disampaikan secara
synchronously iaitu pada waktu yang sama atau serentak, ataupun asynchronously
3
iaitu pada waktu yang berbeza atau tidak serentak. Bahan pengajaran dan
pembelajaran yang disampaikan melalui media ini mempunyai teks, animasi,
simulasi, audio dan video. Ia juga menyediakan kemudahan untuk ‘discussion group’
serta membolehkan bimbingan dijalankan dalam talian ‘on-line’ (Timothy et al,
2007). Justeru itu, pengajaran dan pembelajaran matematik berasaskan e-
pembelajaran ini merupakan cabaran yang perlu diterima oleh semua pihak
terutamanya pelajar dan guru bagi melahirkan individu celik teknologi dalam
menghadapi cabaran masa depan.
Perkembangan pesat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
memberikan impak ke atas konsep asas literasi dan kaedah pengajaran membaca dan
menulis. Perubahan ini disebabkan oleh peralihan mendadak dari literasi tradisional
berasaskan teks bercetak kepada kemunculan teks elektronik (Nor Azan, 2000).
Pembacaan dalam persekitaran elektronik melalui penggunaan buku atau majalah
elektronik biasanya bercirikan unsur-unsur hiperteks, hipermedia dan multimedia
interaktif yang dibangunkan dan dipakejkan dalam bentuk cakera padat, cakera
komputer atau disebarkan melalui rangkaian. Menurut Ray (1999):
“the electronic book and magazine is particularly suited to enhancing
learning outside the classroom”
Pembangunan dan aplikasi buku atau majalah elektronik yang interaktif dan
dinamik menunjukkan proses inovasi yang berlaku dalam bidang majalah. Secara
langsung, penghasilan bahan pembelajaran atas talian (online) berkonsepkan
pembelajaran secara terbuka ini dapat menarik minat pelajar untuk
mempertingkatkan proses kendiri dalam pembelajaran mereka dan menambah
pengalaman pembelajaran matematik yang lebih luas berbanding proses
pembelajaran di dalam kelas.
4
1.1 Latar Belakang Kajian
Dalam usaha kerajaan membangunkan Modal Insan kepada rakyatnya,
Pendidikan Sains dan Matematik merupakan usaha berterusan untuk mewujudkan
masyarakat saintifik dan progresif serta berilmu dan membentuk warganegara kritis,
kreatif dan berketrampilan yang mengamalkan sains dan teknologi. Ia memberikan
tumpuan kepada kemahiran proses sains, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif,
kemahiran manipulatif dan kemahiran saintifik. Strategi pembelajaran dan
pengajaran matematik adalah berfokus kepada matematik sebagai proses inkuiri dan
berasaskan kontruktivisme, pembelajaran konteksual, pembelajaran masteri dan
pendekatan sains, teknologi dan masyarakat. Kaedah pembelajaran dan pengajaran
dipelbagaikan dan lebih berpusatkan pelajar misalnya penggunaan e-pembelajaran
matematik. Kemudahan e-pembelajaran yang terdapat di rangkaian teknologi
maklumat, sistem telekomunikasi dan pangkalan data membolehkan segala
maklumat diperolehi dengan begitu cepat, mudah, pantas dan terkini. Justeru itu,
inisiatif pembangunan e-majalah (majalah elektronik) matematik ini adalah sebagai
penyalur pengetahuan dan dapat menjadi penghubung antara pelajar setiap masa
dengan pelbagai rangkaian dan pangkalan data, maka ianya dapat menjadi pendorong
bagi melahirkan pelajar yang berdaya saing dan komited.
Melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) telah menggariskan Dasar Utama berkaitan ICT di negara
ini. Antaranya ialah:
i) memastikan semua pelajar celik ICT;
ii) mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan, sebagai mata
pelajaran atau pengupaya dalan pembelajaran dan pengajaran; dan
iii) menggalakkan pengunaan ICT bagi meningkatkan produktiviti,
kecemerlangan dan keberkesanan sistem pengurusan.
Justeru itu, cabaran kementerian adalah untuk membestarikan semua sekolah
di bawah KPM menjelang 2010. KPM akan menyelaraskan semua inisiatif ICT bagi
5
meningkatkan produktiviti, kecemerlangan dan keberkesanan sistem pengurusan
supaya boleh dilaksanakan secara cekap dan efektif, tanpa pertindihan dan
pembaziran. Selaras dengan perkembangan ini, pihak kementerian telah
memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pendidikan
yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. KPM telah melaksanakan
pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan
infrastruktur ICT. Selain itu, Projek MySchoolNet dilaksanakan bagi membudayakan
penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran melalui pembangunan
laman web yang menyediakan bahan sumber dan pendidikan untuk pelajar, guru,
pentadbir sekolah seperti modul pengajaran dan pembelajaran matematik, perisian,
sukatan pelajaran, berita, forum dan program kolaboratif.
Sejajar dengan usaha untuk membudayakan penggunaan internet dalam
pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah, pembangunan e-majalah
matematik dilaksanakan bagi memenuhi hasrat ini. Fokus utama penggunaan e-
majalah matematik ini adalah berpusatkan pelajar dan pembelajaran adalah lebih
kepada pendekatan konstruktivisme. Dengan menggunakan e-majalah matematik
sebagai bahan pembelajaran akan melatih para pelajar supaya lebih aktif dan dinamik
dalam pembelajarannya. Pelajar dapat menimba pengalaman secara ‘hands-on’
dalam mengendalikan majalah web tersebut dan mereka dapat membuat rujukan
dalam pembelajaran matematik, membaca informasi-informasi aplikasi matematik
dalam pelbagai bidang, mengetahui isu-isu semasa berkaitan aktiviti-aktiviti
matematik dan pendedahan sejarah matematik bagi meningkatkan tahap pengetahuan
dan kefahaman para pelajar tentang bidang matematik yang luas tanpa sempadan.
Menurut Jamaluddin dan Zaidatun (2003), penggunaan multimedia dalam
persekitaran pengajaran dan pembelajaran dikatakan menggalakkan pelajar untuk
menjadi seorang yang mampu berfikir secara kritikal, menyelesaikan masalah, lebih
mahir dalam proses mencari dan menyusun maklumat, bermotivasi dalam
pembelajaran dan sebagainya. Ini seterusnya menyediakan pelajar dengan kemahiran
yang diperlukan di dalam kehidupan sebenar khususnya di dalam kerjaya
professional mereka kelak (Roblyer dan Edwards 2000; Jonassen et ai., 1999).
6
Sehingga kini, masih terdapat segolongan guru yang masih mengamalkan
sistem pengajaran secara konvensional yang mana kaedah ini adalah berpusatkan
guru. Guru dianggap sebagai seorang yang serba tahu untuk menyalurkan ilmu
pengetahuan kepada pelajarnya. Modul pengajaran hanya bergantung kepada buku
teks dan pengetahuan pelajar terbatas setakat kandungan dalam buku teks sahaja
(Herman, 2005). Selain itu, sekiranya pelajar tidak faham di dalam kelas dan malu
untuk bertanya maka pelajar tersebut akan kekal tidak memahami isi pelajaran yang
diajar. Perhatian guru kurang dapat diberikan secara individu kerana bilangan pelajar
yang ramai di dalam kelas. Selain itu, menurut Razali (2002), pengajaran secara
tradisional memberikan penekanan kepada mengingati konsep-konsep dan istilah-
istilah saintifik atau matematik secara terasing yang mana akhirnya akan dilupai.
Sedangkan tujuan pelajar mempelajari sains dan matematik adalah untuk sepanjang
hayat agar mereka dapat menggunakan pengetahuan tersebut dalam mencari
maklumat yang mereka perlukan, menganalisis maklumat yang diperolehi dan
menggunakan maklumat ini secara bijaksana. Menurut Ahmad (2000) menyatakan
bahawa:
“the students in a virtual environment reported higher self-efficacy than
students in a comparable traditional environment, with performance in the two
environment being equivalent”
Justeru itu, para guru diharapkan dapat menggabungkan keadah pembelajaran
sedia ada dengan pembelajaran secara elektronik yang mana menyediakan bahan-
bahan atas talian yang berkualiti dalam menghasilkan pembelajaran kolaboratif dan
mereka bentuk aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menarik (Razali, 2002).
Berdasarkan maklumat di atas, mendorong pengkaji untuk membuat tinjauan
penilaian perkhidmatan e-majalah matematik dalam kalangan pelajar sekolah
menengah dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Melalui kajian ini juga
diharapkan pelajar-pelajar dapat mempertingkatkan kemahiran ‘independent study’
dalam diri dan seterusnya dapat membantu mereka dalam proses pembelajaran
sepanjang hayat.
7
1.2 Pernyataan Masalah
Menurut Alexander dan Helmut (1999), e-majalah (majalah elektronik)
dibangunkan bertujuan untuk mengatasi kekurangan dan batasan majalah
konvensional yang bercetak. E-majalah mempunyai kelebihan berbanding majalah
biasa kerana ianya lebih dinamik, proaktif dan berkebolehan untuk menyediakan ciri-
ciri seperti hiperteks, teknologi multimedia, digital annotating, digital bookmarking
dan fast searching. Tambahan pula, e-majalah berkonsepkan pembelajaran secara
terbuka mempunyai kelebihan untuk lebih kelihatan menarik dan memberikan
sumber pengetahuan yang lebih luas kepada penggunanya. Justeru itu, Ray (1999),
Abdul Aziz dan Azlida (2000) serta Alexander dan Helmut (1999), mencadangkan
sekiranya penggunaan e-majalah dalam pendidikan matematik dilakukan dan
diuruskan dengan baik, para pelajar dapat:-
i) Membolehkan penglibatan aktif dalam pembinaan pengetahuan,
ii) Menyediakan situasi pembelajaran sebenar (real-world situations),
iii) Kepelbagaian bahan pengajaran (multimedia dan internet),
iv) Latih tubi dalam konsep asas untuk mencapai tahap masteri,
v) Kemudahan aktiviti kerjasama,
vi) Perkaitan konsep melalui hiperteks, dan
vii) Membantu pelajar menguasai beberapa bidang matematik yang lebih
abstrak.
Selain itu, di dalam proses pembangunan sesebuah laman web, terdapat
beberapa model atau teori yang digunakan sebagai landasan pembangunannya.
Antara model yang digunakan ialah Model ADDIE. Model ADDIE merupakan
model reka bentuk instruksi yang sering menjadi asas kepada model instruksi yang
lain. Menurut Rosset (1987) dalam buku Pembangunan Perisian Multimedia: Satu
Pendekatan Sistematik oleh Jamaludin Harun (2001), terdapat lima peringkat dalam
model ADDIE iaitu Analisis (Analysis), Rekabentuk (Design), Pembangunan
(Evaluation), Perlaksanaan (Implementation) dan Evaluation (Penilaian). Model
ADDIE boleh diwakili oleh aliran kerja seperti berikut:
8
Error!
Analisis
Rekabentuk
Pembangunan
Perlaksanaan
Penilaian
Rajah 1.1: Aliran Model ADDIE
Peringkat pertama dalam model ADDIE memerlukan pembangun sesebuah
laman web mengenal pasti masalah yang ingin diatasi secara menyeluruh. Di
peringkat rekabentuk, pembangun menerangkan secara menyeluruh tentang
rekabentuk, struktur dan pendekatan pengajaran, teori pembelajaran dan teknologi
yang akan digunakan dalam projek pembangunan laman web. Seterusnya, dalam
peringkat pembangunan, langkah-langkah membangunkan sesebuah laman web
dibincangkan secara terperinci. Langkah perlaksanaan pula merupakan langkah
mempersembahkan bahan yang telah dibangunkan. Diperingkat terakhir model ini
iaitu peringkat penilaian, bahan yang telah dibangunkan akan diuji keberkesanan dan
kebolehfungsiannya melalui maklumbalas yang diberikan.
Justeru itu berdasarkan pernyataan di atas berkenaan e-majalah dan latar
belakang masalah yang telah dihuraikan, pengkaji tertarik untuk menjalankan kajian
secara terperinci tentang penilaian perkhidmatan e-majalah (majalah elektronik)
matematik yang telah dibangunkan menggunakan perisian JOOMLA’ sebagai salah
satu bahan pengajaran dan pembelajaran matematik di Malaysia dari aspek emosi,
sosial, pembelajaran dan persekitaran.
9
1.3 Objektif Kajian
Objektif bagi kajian perkhidmatan e-majalah matematik bagi pelajar sekolah
menengah ialah:-
i) Menilai perkhidmatan e-majalah matematik dari aspek emosi,
ii) Menilai perkhidmatan e-majalah matematik dari aspek sosial,
iii) Menilai perkhidmatan e-majalah matematik dari aspek pembelajaran,
dan
iv) Menilai perkhidmatan e-majalah matematik dari aspek persekitaran.
1.4 Persoalan Kajian
Daripada objektif kajian, persoalan-persoalan yang boleh dipertimbangkan
adalah seperti berikut:-
i) Apakah penilaian para pelajar sekolah menengah terhadap
perkhidmatan e-majalah matematik dari aspek emosi?
ii) Apakah penilaian para pelajar sekolah menengah terhadap
perkhidmatan e-majalah matematik dari aspek sosial?
iii) Apakah penilaian para pelajar sekolah menengah terhadap
perkhidmatan e-majalah matematik dari aspek pembelajaran?
iv) Apakah penilaian para pelajar sekolah menengah terhadap
perkhidmatan e-majalah matematik dari aspek persekitaran?
10
1.5 Kepentingan Kajian
Secara umum, kajian ini bertujuan untuk menilai sejauh manakah penerimaan
pelajar terhadap penggunaan e-majalah matematik bagi menentukan kualiti dan
kebolehfungsiannya. Kajian ini dijalankan untuk menilai penerimaan pelajar
terhadap perkhidmatan e-majalah Dunia Matematik dari aspek emosi, sosial,
pembelajaran dan persekitaran. Namun begitu, kajian ini juga mempunyai
kepentingan bagi pihak-pihak tertentu seperti Kementerian Pelajaran Malaysia,
sekolah dan guru serta ibu-bapa dan masyarakat.
1.5.1 Pelajar
Kajian yang dijalankan ini secara tidak langsung dapat memberikan panduan
kepada para pelajar sedikit sebanyak mengenai konsep e-pembelajaran melalui e-
majalah yang telah dipraktikkan dalam proses pembelajaran mereka. Disamping itu
juga pelajar dapat mengetahui kelebihan dan kelemahan penggunaan e-majalah
matematik dalam proses pembelajaran matematik.
1.5.2 Kementerian Pelajaran Malaysia
Maklumat yang diperolehi hasil dari kajian ini dapat membantu pihak-pihak
berwajib dalam Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengetahui sejauh mana
pandangan pelajar sekolah menengah terhadap tahap penggunaan e-majalah
matematik. Selain itu, kajian ini juga diharapkan dapat menjadi petunjuk kepada
pihak kementerian sekiranya ingin membuat perlaksanaan penggunaan e-majalah
kepada subjek-subjek lain. Ini penting demi melahirkan para pelajar yang
berkemahiran tinggi dalam proses pembelajaran sepanjang hayat.
11
1.5.3 Sekolah dan Guru
Kajian ini amat penting untuk digunakan oleh pihak sekolah bagi membantu
pihak pentadbiran sekolah mengetahui tahap pandangan pelajar mereka tentang
penilaian perkhidmatan e-majalah matematik. Seterusnya, pihak sekolah dapat
mempertimbangkan perlaksanaan penggunaan e-majalah ini di masa hadapan kepada
para pelajar. Guru pula dapat menggalakkan pelajar mereka untuk menggunakan e-
majalah matematik di luar sesi persekolahan bagi menanamkan kemahiran proses
‘independent study’. Ini secara langsung dapat menerapkan nilai kemahiran proses
pembelajaran sepanjang hayat.
1.5.4 Ibu Bapa dan Masyarakat
Dalam menuju era ICT, adalah amat wajar jika setiap lapisan masyarakat
didedahkan tentang penggunaan e-majalah matematik ini di sekolah sebagai langkah
mewujudkan masyarakat Malaysia yang celik IT. Secara tidak langsung, ibu bapa
dapat mengetahui pandangan anak-anak mereka dalam penggunaan e-majalah dalam
proses pembelajaran mereka. Seterusnya, ibu bapa dapat mengambil langkah ke
hadapan untuk turut bersama menggunakannya dan kemudian mengajar anak mereka
tentang penggunaan e-majalah Dunia Matematik ini.
1.6 Skop Kajian
Skop kajian ini ialah untuk mengetahui penilaian pelajar sekolah menengah
kebangsaan harian terhadap perkhidmatan e-majalah matematik dari aspek emosi,
sosial, pembelajaran dan persekitaran. Kajian ini merupakan satu kajian yang bersifat
deskriptif. Bilangan sampel yang digunakan adalah seramai 70 orang pelajar
daripada dua buah sekolah menengah kebangsaan harian masing-masing di daerah
12
Johor Bahru dan Batu Pahat. Sampel yang digunakan dalam kajian ini merupakan
sampel rawak bertujuan.
1.7 Kerangka Kajian
Teori pembelajaran yang dijadikan asas dalam kajian ini ialah
konstruktivisme seperti digambarkan dalam Rajah 1.1. Pandangan pembelajaran
konstruktivisme adalah berdasarkan tiga garis panduan asas:-
i) Setiap individu membentuk perwakilan pengetahuan mereka sendiri
melalui pengalaman yang dialami.
ii) Pembelajaran berlaku apabila terdapat ketidakseimbangan antara
kerangka terkini dengan pengalaman baru.
iii) Pembelajaran berlaku dalam konsteks sosial, interaksi antara rakan
adalah sebahagian penting pembelajaran.
Terdapat pelbagai cabang dalam pemikiran konstruktivisme antaranya ialah
konstruktivisme sosial di mana pembelajaran adalah bersifat sosial secara
semulajadi, aktif (kolaboratif) dan menekankan persekitaran penemuan. Pendekatan
konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana
pengetahuan di susun dalam minda manusia. Proses ini melibatkan peranan aktif
pelajar dalam proses pembelajaran dan menekankan penyelesaian masalah serta
pemikiran secra kritis. Antara Sistem Pengurusan Kandungan (Content Management
System) yang digunakan menjadikan teori konstruktivisme sosial sebagai tunggak
gaya penyampaian maklumat adalah JOOMLA’.
Modal Insan merupakan komponen penting yang diketengahkan dalam Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pembangunan Modal Insan bertujuan memastikan anak bangsa Malaysia mempunyai
ilmu pengetahuan serta kepakaran yang tinggi bagi penyediaan guna tenaga dalam
pelbagai jenis pekerjaan. Di samping itu, pelajar-pelajar ini akan dilengkapi dengan
13
kemahiran, komunikasi berkesan, kebolehan menggunakan ICT dengan baik,
berupaya berfikir secara kreatif dan kritis serta mampu bertindak secara rasional;
mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat; mempunyai nilai yang tinggi serta
berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat. Pendidikan
matematik pula pada masa kini banyak menekankan penyelesaian masalah,
kemahiran penggunaan pemikiran tahap tinggi (higher order thinking skills),
pemikiran kritis dan kreatif dan kemahiran generik. Keseimbangan dari segi
Jasmani, Emosi dan Rohani, Intelek dan Sahsiah juga diterapkan selaras dengan
Falsafah Pendidikan Negara. Menurut Noor Azlan Ahmad Zanzali (2003), ‘the
relationships of mathematics to the real world is the basic theme used in all the
topics of the syllabus. KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah), in general,
is mainly based on the constructive view of learning’. Ini menunjukkan bahawa
KBSM terbaru banyak melibatkan hubungan matematik dengan dunia serta
berpandukan pandangan pembelajaran konstruktivisme. Penerapan ICT dan
teknologi dalam pendidikan matematik bukan hanya bertujuan untuk melahirkan
lapisan masyarakat yang mahir dalam bidang teknologi, malah ianya juga sesuai
dengan pandangan konstruktivisme yang disusun dalam KBSM.
14
Konstruk kajian dapat dijelaskan dengan ringkas melalui kerangka berikut:
1. Setiap individu membentuk perwakilan pengetahuan
mereka sendiri melalui pengalaman yang di alami.
2. Pembelajaran berlaku apabila terdapat ketidakseimbangan
antara kerangka terkini dengan pengalaman baru.
3. Pembelajaran berlaku dalam konteks sosial, interaksi
antara rakan adalah bahagian penting pembelajaran.
1. Aspek Sosial 3. Aspek Emosi 2. Aspek Pembelajaran
4. Aspek Persekitaran
Perlaksanaan ICT dan teknologi
Modal Insan
JOOMLA’- dikenali sebagai Sistem Pengurusan Kandungan
Konstruktivisme Sosial – pembelajaran bersifat sosial secara semula jadi, aktif (kolaboratif) dan menekankan pemikiran persekitaran penemuan.
Konstruktivisme
Rajah 1.2 : Kerangka Kajian
15
1.8 Definisi Terminologi Kajian
Terdapat beberapa istilah yang perlu diperjelaskan bagi menerangkan dengan
lebih tepat kehendak dan keperluan tentang perkara-perkara yang dibincangkan oleh
penyelidik dalam kajian ini. Di antaranya adalah seperti berikut:
1.8.1 Perkhidmatan
Kata asal istilah perkhidmatan ialah ‘khidmat’. Menurut Kamus Dewan
(2005), khidmat membawa maksud kerja yang menyediakan keperluan orang lain.
Perkhidmatan pula bermaksud perihal berkhidmat atau bertugas (pemberian nasihat,
panduan, maklumat dan sebagainya). Dalam kajian ini, perkhidmatan yang
dimaksudkan ialah penyediaan bahan-bahan pengetahuan matematik yang bersifat
komprehensif meliputi aspek fokus, isu semasa, budaya, tokoh, kerjaya, aplikasi
matematik, nota pembelajaran dan kuiz matematik.
1.8.2 Pelajar
Menurut Kamus Dewan (2005), pelajar adalah individu yang sedang
menuntut ilmu tidak kira samada di institut, sekolah mahupun pusat pengajian tinggi.
Dalam kajian ini, pelajar yang dimaksudkan ialah pelajar-pelajar sekolah menengah
kebangsaan harian tingkatan lima yang mengambil subjek matematik dimana
masing-masing terletak di daerah Johor Bahru dan Batu Pahat.
16
1.8.3 Aspek Emosi
Emosi melibatkan motivasi, perasaan jiwa yang kuat seperti gembira, sedih,
takut dan sebagainya. Dalam kajian ini, aspek emosi merujuk kepada perasaan
pelajar menggunakan e-majalah matematik. seperti perasaan gembira menggunakan
e-majalah matematik, e-majalah matematik menarik minat pelajar mempelajari
matematik dan mempunyai minat yang tinggi untuk menggunakan e-majalah
matematik.
1.8.4 Aspek Sosial
Dalam kajian ini, aspek sosial membawa maksud sejauh mana tahap
perkhidmatan e-majalah memberikan impak kepada segala yang berkaitan dengan
pelajar, perihal perbuatan dan pergaulan sesama pelajar. Contohnya, pelajar
berpeluang untuk berbincang dengan rakan lain dalam ruangan ‘chatting’, bertukar
idea dan pandangan dengan editor e-majalah.
1.8.5 Aspek Pembelajaran
Menurut Kamus Dewan (2005), mendefinisikan pembelajaran sebagai proses
atau kegitan belajar. T.Tamil (2002) menyatakan bahawa pembelajaran merupakan
suatu proses yang berterusan yang kian berorientasikan cabaran dalam dunia
pendidikan semasa. Pembelajaran pada masa kini memerlukan analisa yang konkrit
supaya proses pembelajaran menjadi sesuatu yang menarik supaya matlamat
pendidikan serta falsafah pendidikan negara dapat dicapai. Pembelajaran termasuk
perolehan pengetahuan dan kemahiran dan juga termasuk perangai. Dalam konteks
kajian, pembelajaran dikaitkan dengan sejauh mana pelajar dapat mengadaptasikan
17
ilmu yang diperolehi dalam e-majalah Dunia Matematik dalam pembelajaran
mereka.
1.8.6 Aspek Persekitaran
Dalam kajian ini, aspek persekitaran yang dikaji meliputi penilaian pelajar
terhadap tahap perkhidmatan ciri-ciri media yang disediakan dalam e-majalah
matematik seperti penggunaan butang navigasi sama ada mudah digunakan atau pun
sukar dikendalikan dan antaramuka e-majalah Dunia Matematik.
1.9 Penutup
Perkembangan e-majalah dalam pendidikan semasa merupakan satu
fenomena yang tidak dapat disangkal lagi kepentingannya dalam dunia pendidikan.
Oleh yang demikian, setiap pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan haruslah
bersedia untuk bergerak seiring dengan arus perkembangan teknologi ini. Ini bagi
memastikan sistem pendidikan yang dilaksanakan tidak ketinggalan dan seterusnya
mampu mendokong usaha murni Kementerian Pelajaran Malaysia menggalakkan
penggunaan ICT dalam melahirkan generasi pelajar yang celik teknologi di masa
hadapan.