m3 Personal Safety

9
KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM CODE AND NAME H-024-1 SHIELDED METAL ARC WELDER (CARBON STEEL) TAHAP / LEVEL L1 NO. DAN TAJUK MODUL/ MODULE NO AND TITLE M03 PERSONAL SAFETY NO. DAN PERNYATAAN TUGASAN /TASK(S) NO AND STATEMENT 01.04 PERFORM EMERGENCY FIRST AID TREATMENT 01.05 CONDUCT ARTIFICIAL RESPIRATION OBJEKTIF MODUL / MODULE OBJECTIVES APPLY SAFETY PRACTICES AND PROCEDURE USING DIAGRAM AND CHARTS RELATED TO TREATMENT OF INJURIES, FIRST AID BOX, BANDAGES, STRETCHER, WOODEN STRIPPERS, SLING, LIFE SAVING EQUIPMENT AND RESPIRATORS AND ACCESSORIES SO THAT TREAT MINOR INJURIES PROVIDED, INJURIES PERSON MOVE TO THE SAFE SITE, AND ARTIFICIAL RESPIRATION PERFORM IN ACCORDANCE WITH REQUIREMENT OF OCCUPATIONAL SAFETY & HEALTH ACT (OSHA). NO KOD / CODE NO. H-024-1/ M03/P(3/2) Muka : 1 Drp : 9 TAJUK/: KESELAMATAN DIRI TOPIC TUJUAN/: Melakukan rawatan asas kecemasan dengan berpandukan dan menggunakan carta yang PURPOSE berkaitan, kotak kecemasan, bandages, stretcher, wooden strippers, sling, life saving equipment, respirators dan aksesori berpandukan kepada WHO dan OSHA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 5 & 6 BLOK E14, PARCEL E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA KERTAS PENERANGAN INFORMATION SHEET

description

welding

Transcript of m3 Personal Safety

Page 1: m3 Personal Safety

KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM CODE AND NAME

H-024-1 SHIELDED METAL ARC WELDER (CARBON STEEL)

TAHAP / LEVEL L1

NO. DAN TAJUK MODUL/ MODULE NO AND TITLE

M03 PERSONAL SAFETY

NO. DAN PERNYATAAN TUGASAN /TASK(S) NO AND STATEMENT

01.04 PERFORM EMERGENCY FIRST AID TREATMENT 01.05 CONDUCT ARTIFICIAL RESPIRATION

OBJEKTIF MODUL / MODULE OBJECTIVES

APPLY SAFETY PRACTICES AND PROCEDURE USING DIAGRAM AND CHARTS RELATED TO TREATMENT OF INJURIES, FIRST AID BOX, BANDAGES, STRETCHER, WOODEN STRIPPERS, SLING, LIFE SAVING EQUIPMENT AND RESPIRATORS AND ACCESSORIES SO THAT TREAT MINOR INJURIES PROVIDED, INJURIES PERSON MOVE TO THE SAFE SITE, AND ARTIFICIAL RESPIRATION PERFORM IN ACCORDANCE WITH REQUIREMENT OF OCCUPATIONAL SAFETY & HEALTH ACT (OSHA).

NO KOD / CODE NO. H-024-1/ M03/P(3/2) Muka : 1 Drp : 9

TAJUK/: KESELAMATAN DIRI TOPIC

TUJUAN/: Melakukan rawatan asas kecemasan dengan berpandukan dan menggunakan carta yang

PURPOSE berkaitan, kotak kecemasan, bandages, stretcher, wooden strippers, sling, life saving

equipment, respirators dan aksesori berpandukan kepada WHO dan OSHA

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 5 & 6 BLOK E14, PARCEL E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA KERTAS PENERANGAN INFORMATION SHEET

Page 2: m3 Personal Safety

NO KOD / CODE NO H-024-1/ M03/P(3/2) Muka: 2 Drp: 9

PENERANGAN 1. KESELAMATAN Langkah keselamatan di dalam bengkel adalah suatu perkara yang amat panting bagi mengelakkan sesuatu kemalangan daripada berlaku ketika kerja-kerja di dalam bengkel dijalankan. Kemalangan yang berlaku boleh melibatkan kecacatan anggota, kehilangan jiwa, kerosakan peralatan dan mesin serta kemusnahan harta benda dan boleh mengakibatkan pengurangan produktiviti. Langkah-langkah keselamatan mesti diamalkan bagi menjamin keselamatan pekerja. 2. PUNCA-PUNCA YANG MENYEBABKAN KEMALANGAN Kemalangan yang berlaku di dalam bengkel adalah disebabkan oleh faktor-faktor kemanusiaan , persekitaran tempat kerja dan peralatan atau mesin.

2.1 Luka kecil adalah luka yang diketagorikan saperti berikut: 2.1.1 Luka dan melecet, 2.1.2 Terpelecok dan terseliuh, 2.1.3 Retak tulang (fractures), 2.1.4 Sengatan dan gigitan binatang buas 2.1.5 Luka yang dijangkiti kuman, 2.1.6 Luka kecil di kepala, 2.1.7 Sakit mata.

2.2 Kemalangan biasa di tempat kerja

2.2.1 Luka akibat terkena benda-benda yang tajam. 2.2.3 Kerangsangan kulit akibat terkena bahan kimia, terbakar atau melecur. 2.2.3 Kecacatan fizikal seperti patah atau kehilangan salah satu daripada anggota badan

kerana kecuaian penggunaan peralatan atau mesin. 2.2.4 Kejutan elektrik disebabkan kecuaian dan tidak mematuhi kod-kod keselamatan. 2.2.5 Kebakaran di tempat kerja yang disebabkan oleh kecuaian pelajar.

Contohnya, muncung sumpitan api yang dibiarkan di atas meja kerja. Jika sumpitan api itu terjatuh, nyalaannya boleh menyebabkan hos oksigen atau asetilena terbakar.

3. LUKA DAN PENDARAHAN Memberi rawatan pertolongan cemas kepada pesakit yang mengalami pendarahan boleh memulihkan mereka dengan segera bagi mengelak berlakunya masalah-masalah lain seperti :

a. Tumpahan darah b. Jangkitan c. Sakit yang amat sangat d. Renjatan

Kehilangan darah yang berlebihan,jangkitan dan renjatan boleh membawa maut. 3.1 Pendarahan Luar Pendarahan luar bermakna darah yang keluar dari luka di permukaan kulit. Setiap kali anda membuat rawatan pertolongan cemas, anda hendaklah terlebih dahulu mencuci tangan sebelum dan selepas serta ambil peringatan untuk melindungi diri anda dan orang lain.

Page 3: m3 Personal Safety

NO KOD / CODE NO H-024-1/ M03/P(3/2) Muka: 3 Drp: 9

Sekiranya anda menemui seorang yang mendapat luka kecil, tindakan berikut perlu diambil :

a. Cuci luka dan buangkan kotoran dengan air bersih dan sabun. b. Sekiranya luka itu merupakan calar sahaja biarkan ia kering dan jika perlu, tutup dengan plaster kecil. c. Tentukan pendarahan telah berhenti. d. Perhatikan jika ada kecederaan yang lain.

Rajah 1: . Merawat luka kecil 3.2 Sekiranya anda menemui seseorang yang luka berdarah dengan banyak, ambil tindakan berikut:

a. Beri tekanan kuat di tempat luka untuk memberhentikan pendarahan. b. Sekiranya bahagian lengan atau kaki yang luka, naikkan anggota-anggota badan tersebut. c. Tutup luka dengan pad yang bersih dan balut. d. Tentukan pendarahan telah berhenti. Sekiranya belum berhenti, tambahkan lagi pad dan balut

dengan tidak menanggalkan balutan lama. e. Sekiranya anda telah membalut lengan tangan atau kaki, tentukan bahawa jari tangan dan kaki

berasa panas. Sekiranya sejuk, tanggalkan balutan supaya darah dapat mengalir. f. Hantar ke hospital atau klinik supaya luka dapat dijahit dan diberi suntikan.

Rajah 2: . Merawat luka untuk memberhentikan pendarahan 3.3 Sekiranya anda menemui seseorang yang luka dan tulangnya patah dan menembusi permukaan kulit,

ambil tindakan berikut:

a. Minta bantuan sesiapa untuk membantu anda menyokong lengan tangan atau kaki yang patah. b. Letakkan goz atau kain bersih di tempat luka dan tulang. c. Tambahkan padding di sekitar tulang yang patah dengan berhati- hati dan balut padding tersebut. d. Tentukan tempat yang cedera tidak digerakkan. e. Periksa selalu supaya jari-jari sentiasa panas. f. Pindahkan pesakit ke Pusat Rawatan dengan cermat supaya tempat yang cedera tidak bergerak

Page 4: m3 Personal Safety

NO KOD / CODE NO H-024-1/ M03/P(3/2) Muka: 4 Drp: 9

Rajah 3:. Merawat luka dan tulang patah 3.4 Sekiranya anda menemui seseorang yang luka dengan satu benda asing tertanam di tempat luka, ambil tindakan berikut:

a. Picitkan luka di sekitar benda asing yang menonjol ( jangan picit di tempat luka) b. Letakkan goz atau kain yane bersih secara longgar di tempat luka dan benda asing. c. Tambahkan padding di sekitar benda asing dan balut padding tadi ( jangan cuba mencabut

keluar benda asing) d. Tentukan bahagian yang sakit ditinggikan. e. Sekiranya anda mengesyaki ada tulang yang patah, tentukan tempat kecederaan tidak

digerakkan. f. Tentukan selalu bahawa jari-jari selalu panas. g. Hantar pesakit ke hospital atau klinik.

Rajah 4. Merawat luka dengan benda asing tertanam di tempat luka 3.5 Faktor-faktor lazim yang menyebabkan kemalangan

3.5.1 Faktor-faktor kemanusiaan.

Sikap sewaktu menjalankan kerja di bengkel yang boleh menyebabkan kemalangan. Con-tohnya, bergurau-senda, kurang menumpukan perhatian terhadap karja, tidak sihat sewaktu bekerja, kurang pengetahuan dalam pengendalian kerja dan tidak mengutamakan kesela-matan sewaktu bekerja.

3.5.2 Faktor-faktor tempat kerja.

Kawasan atau persekitaran tempat kerja juga boleh menyebabkan kemalangan. Contohnya, tempat kerja yang penuh dengan sampah sarap dan berminyak, kurang cahaya di tempat kerja, kawasan atau ruangan yang sempit bagi menjalankan kerja dan sebagainya.

3.5.3 Faktor-faktor alat dan mesin.

Alat-alat dan mesin juga boleh menyebabkan kemalangan berlaku di bengkel. Contohnya, alat atau mesin yang tidak sesuai pada kerja yang dijalankan, alat atau mesin yang rosak, alat atau mesin yang tidak diperiksa atau diservis mengikut jadual.

Page 5: m3 Personal Safety

NO KOD / CODE NO H-024-1/ M03/P(3/2) Muka: 5 Drp: 9

3.6 Mengalihkan orang yang cedera ke tempat selamat (Reparation)

Langkah 1 Lantik seorang ketua, orang yang paling berpengalaman di tempat tersebut yang boleh memberi arahan kedudukan penyelamat dalam kerja pemindahan. Langkah 2 Ketua hendaklah berada di bahagian kepala orang yang cedera, sambil menghadap ke arah tumit sambil kedua tangan memegang kepala supaya stabil dan tiada pergerakkan. Langkah 3 Tempatkan dua orang penyelamat di satu bahagian badan orang yang cedera, seorang di bahagian dada dan seorang di bahagian pinggul. Langkah 4 Tempatkan pengalas sehampir yang boleh di bahagian sisi orang yang cedera. Langkah 5 Arahkan penyelamat di bahagian dada mencapai ke sebelah orang yang cedera memegang bahagian atas tangan dan bahu. Langkah 6 Arahkan penyelamat di bahagian pingul mencapai ke sebelah orang yang cedera memegang bahagian bawah belakang dan pingul.

3.7 Memusing orang cedera untuk dinaikkan ke atas pengalas.

Langkah 1 Gulingkan orang yang cedera atas arahan ketua l: "Roll on three. One, two, three!" Perlahan dan berhati-hati sehingga orang yang cedera dalam kedudukan mengiring Langkah 2 Arahkan penyelamat yang lain untuk menolak pelapik kepada orang yang cedera terbaring.

3.8 Memusing semula kedudukan asal orang yang cedera.

Langkah 1 Gulingkan semula kepada kedudukan asal atas arahan ketua: "Down on three. One, two, three!" Perlahan dan berhati-hati sehingga orang yang cedera berada diatas pelapik Langkah 2 Buat pemegang kolar untuk menstabilkan bahagian leher. ("How to Make a Cervical Collar").

4. KESELAMATAN ELEKTRIK Kebanyakan kelengkapan-kelengkapan di bengkel beroperasi dengan menggunakan kuasa elektrik. Dengan ini, jika sesuatu kelengkapan hendak digunakan, perlulah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

a. Pastikan semua dawai elektrik yang digunakan bertebat atau penebatnya berada dalam keadaan yang baik.

b. Punca-punca bekalan elektrik mestilah disambung dengan rapi dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Tenaga Nasional Berhad. Alat-alat yang digunakan hendaklah ditebat dengan baik.

Page 6: m3 Personal Safety

NO KOD / CODE NO H-024-1/ M03/P(3/2) Muka: 6 Drp: 9

c. Gunakan alat yang sesuai untuk menguji litar elektrik, seperti pen penguji atau meter pelbagai. d. Pastikan kasut yang digunakan tidak membenarkan pengaliran elektrik. Gunakan kasut getah

yang kering dan tidak berminyak. e. Pastikan tangan atau pakaian sentiasa kering sewaktu mengendalikan alat-alat elektrik. f. Elakkan jari atau anggota kita daripada menyentuh dawai-dawai elektrik yang tidak berpenebat. g. Pastikan pelajar mengetahui kedudukan suis kecemasan yang dapat memutuskan bekalan pada

keseluruhan tempat bekerja jika berlakunya kebakaran atau kemalangan elektrik. h. Pastikan beban sesuatu punca bekalan tidak digunakan melebihi hadnya. Contohnya, jika punca

bekalan ialah 15 ampere, jangan digunakan beban 20 ampere. 5. PITAM, TIDAK SEDARKAN DIRI DAN KOMA

5.1 Sekiranya anda nampak seseorang seakan hendak pitam. berilah bantuan seperti berikut : 5.1.1 Bantu mangsa untuk duduk. seterusnya tundukkan kepalanya supaya berada antara kedua kaki. 5.1.2 Suruh mangsa menarik nafas panjang. 5.1.3 Tentukan mangsa mendapat udara yang banyak.

Rajah 5 :. Langkah 1

5.2 Sekiranya mangsa telah pun pitam, berilah bantuan seperti berikut : 5.2.1 Baringkan mangsa dan tinggikan kakinya. 5.2.2 Longgarkan pakaiannya terutama bahagian leher. 5.2.3 Tentukan mangsa mendapat udara bersih sebanyaknya. 5.2.4 Apabila mangsa mula sedar, bantu supaya ia duduk. 5.2.5 Ceritakan padanya apa yang telah berlaku dan awasi jika ada kecederaan lain.

Rajah 6 : Langkah 2

Page 7: m3 Personal Safety

NO KOD / CODE NO H-024-1/ M03/P(3/2) Muka: 7 Drp: 9

5.3 Sekiranya anda dapati seseorang itu tidak sedarkan diri berikan bantuan seperti berikut:

5.3.1 Cuba sedarkan pesakit dan bertanya padanya apa yang berlaku. Mungkin anda terpaksa mencubit telinga mangsa bagi menguji derianya. 5.3.2 Sekiranya tidak mendapat sebarang reaksi. buka mulut mangsa dan tentukan tidak ada apa-apa yang menyekat saluran penafasan. 5.3.3 Sekiranya saluran ini tersumbat, bukakan saluran pernafasan.

Rajah 7 : Langkah 3.

5.3.4 Keluarkan apa sahaja benda yang menghalang pernafasan. Dongakkan kepala mangsa ke belakang. Dengan menggunakan dua jari. bersihkan mulut mangsa dari apa-apa yang terdapat di dalamnya. Jangan palingkan kepala mangsa.

5.3.5 Buka saluran pernafasan 5.3.6 Dongakkan kepala pesakit ke belakang dan angkat dagu bawah ke hadapan. . Cara ini

membolehkan mangsa bernafas. 5.3.7 Periksa pernafasan

a. Lihat - Pergerakan dada mangsa b. Dengar - bunyi nafas mangsa c. Rasa - rasa pernafasan

6. BERI BANTUAN MEMULIH PERNAFASAN MULUT KE: MULUT DENGAN SEGERA.

Rajah 8 : Langkah 4

a. Tentukan kepala didongak ke belakang dan mulut terbuka. b. Picit hingga tertutup hidung. c. Tarikh nafas panjang, buka mulut anda dan taupkan dengan mulut mangsa d. Tiupkan angin ke dalam mulut mangsa perlahan sehingga anda melihat dada mangsa mulai naik.

Lepas itu berhenti. e. Ulang perbuatan ini setiap 5 saat ( atau 12 kali seminit ).

Page 8: m3 Personal Safety

NO KOD / CODE NO H-024-1/ M03/P(3/2) Muka: 8 Drp: 9

6.1 Sekiranya lebih sesuai anda boleh juga membuat kaedah mulut ke hidung.

6.1.1. Tiup hidung mangsa dengan mulutnya ditutup. 6.1.2. Untuk bayi tentukan kepala di posisi biasa. tarik dagu ke hadapan.Taupkan mulut anda ke mulut bayi dan hidung dan perlahan-lahan tiupkan angin sehingga nampak dada bergerak. Sekiranya mangsa masih bernafas. Tolong baringkan dalam kedudukan pemulihan.

Rajah 9 : Langkah 5

6.1.3. Ini menolong mangsa bernafas dengan kedudukan dagu dan lidah berada di hadapan dan juga boleh mengeluarkan cairan atau muntah supaya ia tidak jadi penghalang kepada pernafasan

6.1.4. Jangan baringkan mangsa dalam kedudukan pemulihan sekiranya mangsa mendapat cedera yang parah yang akan memberatkan lagi keadaan.

Rajah 10:. Kedudukan pemulihan

6.1.5. Jangan sekali membiarkan orang yang tidak sedar diri berseorangan. 6.1.6. Seorang yang tidak sedar diri perlu diawasi.

7. BAHAYA - DAPATKAN BANTUAN SELANJUTNYA Beri Pertolongan Cemas dan rawatan yang sesuai jika boleh (seperti pendarahan, renjatan, patah tulang. kecederaan akibat kejutan elektrik, kelemasan, tercekik, tidak boleh bernafas dan keracunan) Tentukan mendapat rawatan perubatan dengan segera.

Page 9: m3 Personal Safety

NO KOD / CODE NO H-024-1/ M03/P(3/2) Muka: 9 Drp: 9

SOALAN PENGETAHUAN

1. Berikan lima jenis kecederaan kecil

………………………………………………………..……………….………………

…………………………………………………...……………………………………

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

2. Senaraikan 3 jenis kemalangan yang biasa berlaku ditempat kerja.

……………………………………………………………….…………………………

…………………………………………………………….……………………………

…………………………………………………………………………………….……

3. Mengapa perlu mengalihkan orang yang cedera ketempat yang selamat?

………………………………………………………………………………………….. ………………………………………………………………………………………….. ………………………………………………………………………………………….. …………………………………………………………………………………………..

4. Mengapa dawai elektrik mesti mempunyai penebat?

………………………………………………………………………………………….. ………………………………………………………………………………………….. ………………………………………………………………………………………….. …………………………………………………………………………………………..

Rujukan

1. Artificial Respiration". Encyclopaedia Britannica. http://www.britannica.com/eb/article-9009713/artificial-respiration. Retrieved 2007-06-15.

2. Artificial Respiration". Microsoft Encarta Online Encyclopedia 2007. http://encarta.msn.com/encyclopedia_761562617/Artificial_Respiration.html. Retrieved 2007-06-15.

3. "Decisions about cardiopulmonary resuscitation model information leafler". British Medical Association. July 2002. http://www.bma.org.uk/ap.nsf/Content/cprleaflet. Retrieved 2007-06-15. "Overview of CPR". American Heart Association. 2005.