limteckloh.doc

22
HBMT 2103 TEACHING MATHEMATICS IN YEAR TWO __________________________________________________________________ ____ HBMT 1203: TEACHING MATHEMATICS IN YEAR TWO SEMESTER: SEPTEMBER 2010 ASSIGNMENT (30%) __________________________________________________________________ ______ NAME: LIM TECK LOH I/C: 761001-10-5469 TELEPHONE NO: 012-2585246 E-MAIL: [email protected] GROUP TUTOR: E-TUTOR: LIM TECK LOH 761001-20-5469 1 FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

Transcript of limteckloh.doc

HBMT 2103

TEACHING MATHEMATICS IN YEAR TWO

______________________________________________________________________

HBMT 1203: TEACHING MATHEMATICS IN YEAR TWO

SEMESTER: SEPTEMBER 2010

ASSIGNMENT (30%)

________________________________________________________________________

NAME:

LIM TECK LOH

I/C:

761001-10-5469

TELEPHONE NO:

012-2585246

E-MAIL:

[email protected]

GROUP TUTOR:

E-TUTOR:

LEARNING CENTER :

SEMESTER : SEPTEMBER 2010

ISI KANDUNGAN

Topik Muka surat

Pengenalan 3

Video mengenai cara mengukur isipadu air dengan menggunakan silider penyukat4Dua jenis alat bantu mengajar 5 - 6Aktiviti pengajaran untuk murid yang cerdas 7 - 8Aktiviti pengajaran untuk murid yang lemah 9 - 12Kesimpulan13Rujukan14Pengenalan:

Pengukuran isipadu cecair merujuk kepada berapa kuantiti cecair itu dapat diisi dalam sesebuah bekas.Walau bagaimanapun,kita hendaklah sedar bahawa murid kita selalu mempunyai tanggapan bahawa isipadu sesuatu cecair akan berubah sekiranya cecair itu dituang pindah dari satu bekas ke bekas yang berlainan saiz. Merujuki kepada diagram 1, murid akan berpendapat bahawa bekas yang mempunyai paras air yang tinggi itu mempunyai kapasiti air yang tinggi. (iaitu bekas sebelah kiri di c).

Diagram 1: salah tanggapan konsep dalam isipadu cecair

Video mengenai cara mengukur isipadu cecair

How To Measure the Volume of a LIquid Using A Graduated Cylinder.flv

Tayangan video ini menunjukkan cara isipadu cecair diukur. Dalam video ini , beberapa buah silinder penyukat digunakan mengukur isipadu air.Sebagai permulaan ,air diisi ke dalam silinder penyukat supaya mencapai 60ml . Untuk mencapai 60ml, paras air dalam silinder penyukat mesti berada bacaan 60ml. Guru telah memberitahu bahawa untuk bagi mendapat bacaan yang betul,silinder penyukat perlu diletakkan di permukaan yang rata.Semasa mengambil bacaan,pastikan mata kita berada pada aras meniskus.Bagi kebanyakan cecair,meniskus ialah paras paling bawah permukaan cecair tersebut.Pada pendapat saya,disebabkan guru mengukur isipadu air, kita boleh letakkan sekeping kertas warna di belakang silinder penyukat untuk memudahkan kita membaca skala.

Dua alat bantu mengajar yang boleh digunakan.

1.

Bikar

Bikar adalah sebuah bekas ringkas yang boleh digunakan untuk mencampur,mengacau dan memanaskan cecair.Ia biasanya digunakan di dalam makmal sains.Secara umumnya,bikar adalah berbentuk silinder,di mana tapaknya rata dan mempunyai bibir untuk mencurah cecair.

Kebanyakan bikar juga mempunyai muncung yang kecil seperti yang ditunjukkan dalam gambar di sebelah ,ia penting untuk membantu menuangkan cecair.Bikar yang ada sekarang mempunyai pelbagai saiz ,dari 1 mililiter sehingga beberapa liter.

Bikar kelihatan seperti sebuah cawan yang besar yang dapat mengukur isipadu cecair setelah cecair dituang ke dalamnya.Pelbagai jenis cecair boleh digunakkan ,termasuklah air,bahan pembersih dan juga minyak. Penanda-penanda atas bikar dapat menunjukkan berapakah isipadu sesuatu cecair itu.

2. Silinder penyukat

Bagi murid tahun 2, mengukur isipadu cecair adalah agak sukar.Latihan akan membuat murid itu semakin mahir,tetapi bukan pakar. Semasa menggunakan silinder penyukat ,ia memerlukan pengalaman dan kemahiran. Perbincangan atas bahagian-bahagian ukuran atas silinder penyukat.Sebuah silinder penyukat mengukur isipadu cecair dalam milliliter. Bagi mendapat bacaan yang betul,silinder penyukat perlu diletakkan di permukaan yang rata.Semasa mengambil bacaan,pastikan mata kita berada pada aras meniskus.Bagi kebanyakan cecair,meniskus ialah paras paling bawah permukaan cecair tersebut.Sekiranya guru mengukur isipadu air, kita boleh letakkan sekeping kertas warna di belakang silinder penyukat untuk memudahkan kita membaca skala.

Aktiviti Pengajaran Murid Cerdas

Aktiviti pengajaran ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah salah tanggapan konsep isipadu cecair yang diuatakan sebelum ini dengan cara pemerhatian.Aktiviti ini melibatkan pemerhatian ke atas ciri-ciri bikar termasuklah diameter,saiz dan ketinggian.Selain dari itu,murid juga perlu memehatikan paras air setiap bikar.Aktiviti ini memerlukan banyak interaksi antara guru dan murid.Di samping itu,juga memerlukan bayak interaksi antara murid semasa mereka menjalani aktiviti-aktiviti kumpulan.

Langkah-langkah dalam aktiviti pengajaran.

1. Beberapa bikar yang berlainan saiz dipamerkan dan murid diminta untuk membuat

pemerhatian.

2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.Setiap kumpulan terdiri daripada 4/5 orang

murid.

3. Setiap kumpulan diminta menyatakan cirri-ciri setiap bikar (termasuklah ketinggian,diameter

dan kapasiti) Langkah ini penting untuk mendedah kepada murid bahawa bikar yang ada itu

adalah berlainan saiz.Interaksi antara murid dengan bimbiangan guru akan membantu mereka

memahami dengan cepat dan mudah.

Diagram 2: Ciri-ciri bikar

4. Selepas itu,setiap bikar alan diisi 100ml air.Murid perlu memerhati ketinggian parasair setiap bikar.Ketika iti,sesetengah murid mula berasa hairan kenapa ketinggian paras air setiap bikar berbeza.

5. Seterusnya,guru akan tanya murid bikar mana satu yang mempunyai isipadu air yang paling tinggi.Soalan ini bertujuan untuk melihat sama ada murid sedar bahawa setiap bikar mempunyai iaipadu air yang sama.

6. Andaikan murid tahu bahawa setiap bikar mempunyai isipadu air yang sama iaitu 100ml,guru boleh tanya murid kenapa paras air setiap bikar adalah berbeza.Selepas itu ,baru guru menerangkan bahawa bikar yang mempunyai diameter yang besar akan mempunyai paras air yang rendah manakala bikar yang mempunyai diameter yang kecil akan mempunyai paras air yang tinggi.

7. Akhir sekali, kesimpulan dibuat bahawa semasa membuat perbandingan cecair bagi dua bikar yang berlainan saiz , ketinggian paras air tidak boleh digunakan untuk menetukan isipadu cecair.

Aktiviti Pengajaran Murid Lemah

Aktiviti pengajaran ini bertujuan mengajar murid dan membatu mereka menyelesaikan masalah salah tanggapan konsep isipadu cecair tadi secara membuat perbandingan.Aktiviti pengajaran ini melibatkan perbandingan perbezaan antara silinder penyukat ( di mana ia adalah tinggi dan kurus) dan bikar (di mana ia gemuk dan rendah) . Kedua-dua alat penyukat ini digunakan kerana kedua dua bekas ini adalah memang berbeza. Oleh itu ,murid dapat membezakannya dengan mudah.Aktiviti ini juga memerlukan interaksi antara guru dengan murid.Murid juaga perlu berinteraksi antara satu sama lain sepanjang aktivit pengajaran.Interaksi ini penting untuk murid yang lemah ini mudah faham dan belajar dengan seronok dan gembira.

Langkah-langkah Aktiviti Pengajaran.

1. Dengan menggunakan silinder penyukat 10 ml, guru akan masukkan air anggur ke dalam botol mineral kosong.

2. Guru masukkan mengikut urutan botol yang pertama berisi 1 bekas silinder penyukat(10ml)

3. Botol yang kedua berisi 2 bekas silinder penyukat.Sehinggalah bekas yang kesepuluh dengan menggunakan 10 bekas.

HASILNYA :

HYPERLINK "http://1.bp.blogspot.com/_jXTlLmNmbsc/SwNpWR9OwSI/AAAAAAAAAHk/-s8-x0Zz2SQ/s1600/20ML.JPG" HYPERLINK "http://1.bp.blogspot.com/_jXTlLmNmbsc/SwNo3BE_4PI/AAAAAAAAAHM/-2o1DKxBpww/s1600/30ML.JPG" HYPERLINK "http://4.bp.blogspot.com/_jXTlLmNmbsc/SwNo-glE87I/AAAAAAAAAHU/iM0TCNLRq8k/s1600/40ML.JPG" HYPERLINK "http://3.bp.blogspot.com/_jXTlLmNmbsc/SwNpmcT8y7I/AAAAAAAAAHs/zesQ82QaEas/s1600/50ML.JPG" HYPERLINK "http://2.bp.blogspot.com/_jXTlLmNmbsc/SwNpuoByqBI/AAAAAAAAAH0/z98auqcaaF0/s1600/60ML.JPG" HYPERLINK "http://1.bp.blogspot.com/_jXTlLmNmbsc/SwNqcjPdp2I/AAAAAAAAAIM/yG9rAWGRMDc/s1600/70ML.JPG" HYPERLINK "http://1.bp.blogspot.com/_jXTlLmNmbsc/SwNqkHtPtbI/AAAAAAAAAIU/yK32usUTE34/s1600/80ML.JPG" HYPERLINK "http://1.bp.blogspot.com/_jXTlLmNmbsc/SwNqq_GQ5gI/AAAAAAAAAIc/xrFQ6aW2UYg/s1600/90ML.JPG" HYPERLINK "http://2.bp.blogspot.com/_jXTlLmNmbsc/SwNrQ7k9gAI/AAAAAAAAAIk/fzKvSTeJud4/s1600/100ML.JPG"

Berikut adalah isipadu-isipadu air anggur yang telah di sukat dan di masukkan ke dalam botol air minuman.

HYPERLINK "http://4.bp.blogspot.com/_jXTlLmNmbsc/SwOwJaXJkEI/AAAAAAAAAJk/sUS0Czz51GU/s1600/10MLbanding.JPG"

4.Guru meminta murid membuat perbandingan dan mengemukakan soalan: Yang manakah mempunyai kapasiti air yang lebih banyak Bekas botol mineral A atau Bekas

botol mineral B?

5.Guru membuat respon. Ya , Betul sangkaan kamu.Bekas botol mineral A adalah yang mempunyai kapasiti yang lebih

banyak berbanding bekas botol mineral B.

6. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. Satu bikar dan silinder penyukat seperti di bawah

ditunjukkan kepada setiap kumpulan.

Bikar Silinder penyukat

7. Murid akan diminta membezakan keduadua bekas ini dan nyatakan yang mana satu mampu

mengisi lebih banyak air.Di sini,guru perlu berikan sedikit tips dengan menanya soalan seperti

mana satu bekas tinggi? , mana satu bekas gemuk? dan sebaginya.Soalan-soalan ini akan

membantu murid berfikir dengan baik.Setiap kumpulan perlu menerangkan sekurang-

kurangnya 2 perbezaan bagi kedua-dua bekas ini.

8. Selepas itu,setiap cirri-ciri bikar dan silinder penyukat akan ditulis di atas papan putih

supaya murid dapat rujuk semula.

9. Kita andaikan Kumpulan A,B,C dan D.Setiap kumpulan akan menerima:

Kumpulan A : Sebuah silinder penyukat 100ml yang berisi 100ml air .

Kumpulan B: Sebuah bikar 100ml yang berisi 100 ml air.

Kumpulan C: Sebuah silinder penyukat 100ml yang tidak berisi air.

Kumpulan D: Sebuah bikar 100ml yang tidak berisi air.

10. Guru menanya setiap kumpulan sama ada air yang diberi itu dapat diisi ke dalam silinder

penyukat dan bikar.

11. Kumpulan A akan menuangkan 100ml air dalam silinder penyukatnya ke dalam bikar kosong

di kumpulan D manakala Kumpulan B pula akan menuangkan 100ml air dalam bikarnya ke

dalam silinder penyukat kosong di kumpulan C.Akhirnya,kita mempunyai sebuah silinder

penyukat yang berisi air 100ml dan sebuah bikar yang berisi 100ml air.

12. Murid diminta untuk memerhatikan paras air dalam setiap bekas.

13 Di sini murid akan nampak paras air dalam silinder penyukat adalah tinggi jika dibanding

dengan bikar.Setiap murid ditanya sebab kenapa paras air setiap bekas tidak sama sedangkan

100ml air yang sama dimasukkan .Ketika ini,guru perlu mengingat kembali murid tentang ciri-

ciri bikar dan silinder penyukat yang dibincangkan sebelum ini.

14. Akhir sekali,gur menerangkan bahawa paras air setiap bekas tidak dapat menunjukkan

kapasitinya.

Kesimpulannya:

Sebagai kesimpulan ,tanggapan bahawa bekas yang mempunyai paras air yang tinggi mempunyai kapasiti yang banyak oleh murid-murid tahun boleh dibetulkan dengan menggunaakan alat membantu mengajar yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik

Dengan kata lain,semasa memilih alat bantu mengajar ,kita perlu tahu pengetahuan sedia ada murid ,kesesuaian alat/ bahan itu kepada kandungan pengajaran serta memastikan alat/bahan itu boleh dilihat ,didengar dengan jelas.

Pengajaran dan pembelajaran berpusatan murid menggalakan interaksi dan penglibatan murid,ia juga menggalakkan murid banyak berfikir. Interaksi antara guru,murid dan alat/bahan bantu mengajar dapat memastikan objektif pengajarn dan pembelajaran tercapai.

Rujukan:

1. Primary Magazine.(No date).[Online] Issue 20. https://www.ncetm.org.uk/resources/22757 [Oct 24, 2010]

2. Applied Science - Science and Math (3B) Lab.(No date).[Online] http://www.msnucleus.org/membership/html/k-6/as/scimath/3/assm3_5a.html [Oct 24, 2010]

3. Eden Francis (No date). [Online] Volume Measurements. Clackamas Community College. http://dl.clackamas.cc.or.us/ch104-01b/volume_meas.htm [Oct 24, 2010]

4. Beaker(glassware). (No date).[Online]Wikipedia. http://en.wikipedia.org/wiki/Beaker_(glassware) [Oct 25, 2010]

5. Graduated Cylinder. (No date).[Online]Wikipedia. http://en.wikipedia.org/wiki/Graduated_cylinder [Oct 25, 2010]

6. How To Measure the Volume of a LIquid Using A Graduated Cylinder. http://www.youtube.com/watch?v=iPkZlce84ag. Uploaded by agbonobo.

7. Measuring volume by Peter Weatherall. http://www.youtube.com/watch?v=Wl6VDFaNn10&feature=related. Uploaded by peterweatherall

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

HYPERLINK "http://www.google.com.my/imgres?imgurl=http://www.aquix.com.sg/web/products/SN05-0002.jpg&imgrefurl=http://www.aquix.com.sg/web/product.php%3Fpage%3Dcategory%26category_id%3D117&usg=__LYVpEt3fnxHl-J17Z7fkog51AkU=&h=2069&w=2347&sz=395&hl=en&start=77&zoom=1&um=1&itbs=1&tbnid=3hdIN9qxZ94qTM:&tbnh=132&tbnw=150&prev=/images%3Fq%3Dgraduated%2Bcylinder%26start%3D60%26um%3D1%26hl%3Den%26sa%3DN%26ndsp%3D20%26tbs%3Disch:1" INCLUDEPICTURE "http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:3hdIN9qxZ94qTM:http://www.aquix.com.sg/web/products/SN05-0002.jpg" \* MERGEFORMATINET

PAGE

1

LIM TECK LOH

761001-20-5469