Laporan Latihan Industri_part 02

42
1 BAB 1 PENGENALAN DAN LATARBELAKANG ORGANISASI 1.1 OBJEKTIF Latihan industri khususnya pelatih Institiut Kemahiran Showme. Seperti yang dimaklumkan, latihan industri merupakan salah satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap pelatih sebelum layak untuk dipertimbangkan bagi penganugerahan Diploma Pembantu Jurutera Tahap 4. Oleh itu setiap pelatih perlu lulus menjalani latihan industri. Antara objektif yang asas bagi latihan ini adalah seperti berikut : a. Untuk membolehkan pelatih melihat dan mengambil bahagian dalam amalan-amalan selain daripada pelajaran teori yang dipelajari di dalam bilik-bilik kuliah. Ini juga akan memberikan mereka satu peluang yang lebih awal untuk mengguna dan mempraktikan pengetahuan serta pertimbangan mereka sendiri dalam menjalankan tugas. b. Untuk membolehkan mereka mengenali melalui penglibatan secara langsung dalam berbagai-bagai aspek seperti konsep perancangan dan pengurusan projek. c. Untuk mendedahkan pelatih kepada struktur organisasi jabatan atau firma tempat latihan dan mengenali peranan jawatan tertentu di dalam organisasi tersebut. d. Latihan industri ini juga memberi peluang melatih pelatih menulis laporan teknikal yang lengkap dan teratur. Laporan-laporan yang mereka tulis itu tentunya akan menjadi latihan yang penting bagi kerjaya mereka di masa depan.

description

contoh draft laporan praktikal

Transcript of Laporan Latihan Industri_part 02

Page 1: Laporan Latihan Industri_part 02

1

BAB 1

PENGENALAN DAN LATARBELAKANG ORGANISASI

1.1 OBJEKTIF

Latihan industri khususnya pelatih Institiut Kemahiran Showme. Seperti yang

dimaklumkan, latihan industri merupakan salah satu syarat yang diwajibkan

ke atas setiap pelatih sebelum layak untuk dipertimbangkan bagi

penganugerahan Diploma Pembantu Jurutera Tahap 4. Oleh itu setiap

pelatih perlu lulus menjalani latihan industri.

Antara objektif yang asas bagi latihan ini adalah seperti berikut :

a. Untuk membolehkan pelatih melihat dan mengambil bahagian dalam

amalan-amalan selain daripada pelajaran teori yang dipelajari di

dalam bilik-bilik kuliah. Ini juga akan memberikan mereka satu

peluang yang lebih awal untuk mengguna dan mempraktikan

pengetahuan serta pertimbangan mereka sendiri dalam menjalankan

tugas.

b. Untuk membolehkan mereka mengenali melalui penglibatan secara

langsung dalam berbagai-bagai aspek seperti konsep perancangan

dan pengurusan projek.

c. Untuk mendedahkan pelatih kepada struktur organisasi jabatan atau

firma tempat latihan dan mengenali peranan jawatan tertentu di

dalam organisasi tersebut.

d. Latihan industri ini juga memberi peluang melatih pelatih menulis

laporan teknikal yang lengkap dan teratur. Laporan-laporan yang

mereka tulis itu tentunya akan menjadi latihan yang penting bagi

kerjaya mereka di masa depan.

Page 2: Laporan Latihan Industri_part 02

2

e. Para pelajar perlu mengamalkan etika dan peraturan kerja dan

keselamatan dengan baik. Ini kerana pihak Intitusi Kemahiran

Showme tidak akan bertanggungjawab ke atas keselamatan pelajar

sepanjang latihan industri dijalankan.

Page 3: Laporan Latihan Industri_part 02

3

1.2 LATARBELAKANG MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) atau dikenali dahulunya

sebagai Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT) sebelum negeri

Terengganu dinaik taraf sebagai bandaraya pada 1 Januari 2008 telah

diwujudkan melalui pengistiharan penubuhannya oleh Pihak Berkuasa Negeri

melalui Warta Kerajaan bilangan 650 bertarikh 21 disember 1978.

Pengistiharan ini dibuat mengikut seksyen 3 Akta Kerajaan 1976, Akta 171.

Pada 18 Januari 1979, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu telah

lahir dari penggabungan lima buah Majlis Tempatan dalam Daerah Kuala

Terengganu iaitu Jumaah Bandaran Kuala Terengganu, Utara, Barat, Tengah

dan Selatan.

Di awal penubuhannya, MBKT memiliki keluasan seluas 18712 hektar

persegi namun pada 1 Januari 1985, Mukim Bukit Payong dan Alor Limbat (

Pekan Binjai Rendah dan Wakaf Tapai ) seluas 1908 hektar dimasukkan ke

dalam kawasan Majlis Daerah Marang menjadikan keseluruhan kawasan

MBKT pada masa itu seluas 16806 hektar persegi.

Walau bagaimanapun, berdasarkan Warta Kerajaan nombor 1483

bertarikh 19 Disember 1996, keseluruhan Daerah Kuala Terengganu

termasuk Pulau Redang dijadikan kawasan pentadbiran MBKT dan kini

MBKT memiliki keluasan 60528.1 hektar persegi dengan kekuatan

kakitangan seramai 961 orang. Dimana ianya terdiri daripada 553 orang

kakitangan tetap, kakitangan sementara seramai 12 orang dan lain-lain

seramai 96 orang. Daripada 961 orang ini terdapat 831 orang adalah

kaitangan lelaki dan 130 orang adalah kakitangan perempuan.

Page 4: Laporan Latihan Industri_part 02

4

Bilangan penduduk Daerah Kuala Terengganu semasa awal

penubuhan MBKT pada tahun 1979 ialah 150,000 orang dan kini meningkat

kepada 331,362 orang mengikut bancian pada tahun 2003. Pada tahun 2006,

jumlah penduduk adalah 353 600 orang.Komposisi kaum pula adalah seperti

berikut :

Kaum Peratusan Melayu 93.70%

Cina 5.60%

India 0.70%

Jadual 1.1

Page 5: Laporan Latihan Industri_part 02

5

Rajah 1.1

Page 6: Laporan Latihan Industri_part 02

6

Rajah 1.2

Page 7: Laporan Latihan Industri_part 02

7

1.3 OBJEKTIF MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU

a. Membangunkan Bandar Kuala Terengganu sebagai bandaraya warisan

pesisir air yang menjadi daya tarikan kepada industri pelancongan utama

negara.

b. Membangunkan bandar Kuala Terengganu sebagai pusat perniagaan

dan perkhidmatan utama bagi Pantai Timur.

c. Menjadikan Kuala Terengganu sebagai bandar selamat.

d. Memastikan Kuala Terengganu menjadi sebuah bandaraya yang bertaraf

Antarabangsa.

e. Menjanjikan perkhidmatan perbandaran yang terbaik dan memberikan

keselesaan kepada seluruh warga MBKT serta rakyat Negeri Terengganu

dan menjadi pemangkin kepada komitmen kerajaan negeri.

Page 8: Laporan Latihan Industri_part 02

8

1.4 VISI DAN MISI

VISI

“Menjadikan Kuala Terengganu Bandaraya Warisan Pesisir Air yang maju,

Lestari Bertaraf Dunia Menjelang Tahun 2018”

MISI

“Melaksanakan Tadbir Urus dan Pembangunan Modal Insan serta Prasarana

Kelas Pertama bagi mewujudkan Bandaraya Warisan yang sejahtera dan

makmur”

Page 9: Laporan Latihan Industri_part 02

9

1.5 PERKHIDMATAN MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU

1.5.1 Taman Rekreasi

Jenis - jenis perkhidmatan utama ialah :

� Merancang, melaksana, menyelia dan menyelenggara projek-

projek pembangunan seni taman dan penanaman di kawasan

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

� Menjalankan penyelidikan mengenai aspek penghijauan

kawasan perbandaran serta memberi khidmat nasihat seni

taman kepada orang ramai.

1.5.2 Kawalan Pembangunan

Jenis - jenis perkhidmatan utama ialah :

� Menyelaraskan dan mengeluarkan lesen-lesen bagi semua

aktiviti-aktiviti perniagaan di dalam kawasan Majlis Bandaraya

Kuala Terengganu.

� Memeriksa, mengawal dan menaikkan taraf kebersihan

premis-premis perniagaan.

� Mengendalikan pendidikan kebersihan kepada pengendali

makanan.

Page 10: Laporan Latihan Industri_part 02

10

1.5.3 Tempat Letak Kereta

Jenis - jenis perkhidmatan utama ialah :

Menyedia kemudahan tempat letak kereta yang mencukupi,

sempurna, kemas dan tersusun. Selain itu, pihak majlis juga

berperanan untuk mengatasi masalah kesesakan lalulintas dan letak

kereta di kawasan pusat bandar dan kawasan tumpuan orang ramai.

1.5.4 Penyelenggaraan

Jenis - jenis perkhidmatan utama ialah :

Menyediakan dan menyelenggara kemudahan awam di bawah

tanggungjawab MBKT. Contohnya menyelenggara kerusi, bangku

dan taman permainan, agar sentiasa dalam keadaan baik dan

selamat untuk kegunaan orang awam.

1.5.5 Kejuruteraan

Jenis - jenis perkhidmatan utama ialah :

Melaksana, menyelia dan menyelenggara kemudahan infrastruktur

asas seperti jalan-jalan, parit dan longkang dan menyediakan

perkhidmatan sewa alatan.

Page 11: Laporan Latihan Industri_part 02

11

1.5.6 Sukan

Jenis-jenis Perkhidmatan Utama ialah :

Menyediakan kemudahan untuk aktiviti bersukan antaranya stadium,

kolam renang, gelanggan badminton dan tenis, tapak permainan

skateboard dan lain-lain.

Page 12: Laporan Latihan Industri_part 02

12

1.6 AKTIVITI ORGANISASI MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU

1.6.1 Kewangan

Punca hasil MBKT yang utama hanya tertumpu kepada cukai

kadar/cukai pintu, perkhidmatan dan bayaran sewaan lesen kepada

pengusaha premis. Selain itu, Pihak Majlis juga menerima dana

daripada agensi Kerajaan termasuk caruman kerajaan pusat dan

caruman pembangunan, perparitan, jalan dan tempat letak kereta.

1.6.2 Strategi Pembangunan

Bagi melicinkan pembangunan Majlis, MBKT telah membentuk

strategi pembangunan melalui Rancangan Struktur iaitu ‘Strategi

Pembangunan Isipenuh’. Strategi ini menginterpitasikan iaitu

pembangunan akan ditumpukan kepada kawasan yang telah

mempunyai prasarana asas bagi mewujudkan perseimbangan

pembangunan dengan cara pusat bandar sedia ada dikekalkan

pembangunannya dan pusat-pusat pertumbuhan baru dikenalpasti

untuk pembangunan.

Page 13: Laporan Latihan Industri_part 02

13

1.6.3 Polisi Kebersihan

MBKT akan memastikan kualiti persekitaran bandaraya terjamin

bersih melalui kutipan sisa buangan yang cekap. Kebersihan juga

melambangkan personaliti yang bersih. Kekotoran bandaraya juga

dapat dihindari dengan adanya teknologi yang cekap yang telah

digunakan oleh Pihak Majlis, iaitu teknologi Incenirator. Melalui

seruan kerajaan untuk memastikan persekitaran terjamin bersih akan

terlaksana dengan adanya pihak MBKT untuk melaksanakan tugasan

tersebut.

1.6.4 Polisi Pengindahan

Selaras dengan dasar Kerajaan Persekutuan untuk mewujudkan

Bandar dalam taman, MBKT berusaha keras menyahut cabaran

tersebut dengan perancangan dan matlamat yang jitu. Dengan

mewujudkan bandar dalam taman ianya dapat menarik perhatian

masyarakat dan seterusnya kepada para pelancong luar untuk

melawat Terengganu kerana terpesona dengan keindahan dan

kecantikan Terengganu. Bandar dalam taman juga turut memainkan

peranan yang tersendiri dalam polisi pengindahan Bandar.

Page 14: Laporan Latihan Industri_part 02

14

1.7 STRUKTUR ORGANISASI MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu merupakan sebuah organisasi

memerlukan perkhidmatan yang cekap. Oleh itu, beberapa jabatan

diwujudkan untuk melicinkan jentera operasi majlis. Sebelum rombakan baru

ini diluluskan, Majlis dipecahkan kepada tiga belas jabatan yang diletakkan di

bawah lima bahagian utama. Kini majlis dipecahkan kepada dua puluh lapan

bahagian yang diletakkan di bawah sembilan jabatan utama. Hasil daripada

rombakan tersebut maka wujud jabatan-jabatan seperti berikut :

a. Jabatan Khidmat Pengurusan

b. Jabatan Perbendaharaan

c. Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta

d. Jabatan Perancangan dan Pembangunan

e. Jabatan Lanskap

f. Jabatan Kawalan Bangunan

g. Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan

h. Jabatan Perkhidmatan Perbandaran

i. Jabatan Kemasyarakatan

j. Jabatan Pejabat Cawangan Utara

Tiap-tiap jabatan tersebut memainkan peranan dan melaksanakan fungsinya

mengikut susunan yang ditetapkan. Majlis Bandaraya Kuala Terengganu

ditadbir oleh Datuk Bandar dan dibantu oleh Setiausaha dan Penolong

Setiusaha. Majlis juga telah melantik 16 orang Ahli Majlis yang terdiri

daripada bekas pegawai-pegawai kerajaan, ahli-ahli professional dan orang-

orang perseorangan yang munasabah dan berkelayakan. Setiap Jabatan

pula akan ditadbir oleh seorang Ketua Jabatan atau dipanggil Pengarah dan

dibantu oleh beberapa kakitangan.

Page 15: Laporan Latihan Industri_part 02

15

Rajah 1.3

Page 16: Laporan Latihan Industri_part 02

29

BAB 2

MENYELENGGARA PERISIAN KOMPUTER

2.1 PENGENALAN

Seperti sistem operasi microsoft versi terdahulu, Windows Vista juga tidak terkecuali

daripada terdedah kepada kerosakkan atau gangguan. Jika kerosakkan tersebut

serius tanpa mengira apa puncanya, ia mungkin memaksa untuk memformat semula

hard disk. Sebelum itu, mungkin perlu mencipta semula partition . Selesai

memformat partition barulah disusuli dengan memasang semula Windows Vista

dari awal.

Apabila hendak melaksanakan proses - proses tersebut, apa yang perlu disediakan

ialah CD Windows XP. Melalui CD tersebut, ia boleh membuat partition sama ada

ianya single partition atau berbilang, tertakluk kepada keperluan ) dan memformat

hard disk.

Proses membuat partition dan memformat semula hard disk tentunya menyebabkan

kehilangan fail dan data yang terdapat dalam partition tersebut. Oleh itu sebelum

meneruskan proses berkenaan, simpan backup data-data yang penting pada storan

komputer lain.

2.1.1 Memformat hard disk menggunakan CD Windows Vi sta :

1. Mulakan langkah dengan memastikan komputer tersebut telah ditetapkan

agar diboot kan menerusi CD. Sekiranya tidak ia perlu diubah prosedurnya

menerusi ketetapan BIOS.

2. Apabila komputer mula diboot kan, tekan kekunci untuk memasuki BIOS. Di

bawah ketetapan BIOS perlu mencari pilihan Boot Order . Kemudian

pastikan CD ROM drive ditetapkan untuk diboot kan dahulu sebelum disusuli

pemacu lain.

3. Jika sekira sudah memasukkan CD Windows Vista ke dalam CD ROM drive

maka biarkan sahaja CD itu dan ia tidak perlu dikeluarkan.

Page 17: Laporan Latihan Industri_part 02

30

4. Seterusnya SAVE ketetapan BIOS dan EXIT. Jika proses tersebut

dilaksanakan dengan betul, komputer akan meminta menekan mana-mana

kekunci pada papan kekunci supaya komputer dapat diboot kan daripada CD.

5. Selepas CD Window VISTA dimasukkan paparan install window akan

terpapar.

6. i. Pilih bahasa untuk install - english

ii. Pilih masa dan waktu format - malaysia

iii. Pilih bahasa papan kekunci - US

Page 18: Laporan Latihan Industri_part 02

31

7. Klik INSTALL NOW

Rajah 2.3

8. a. Tunggu sehingga paparan Type your product key for activation .

b. Masukkan product key diruang yang disediakan

c. Tandakan automatically activate windows when I’m online , klik

NEXT.

Rajah 2.4

Page 19: Laporan Latihan Industri_part 02

32

9. Klik YES.

Rajah 2.5

10. Pilih Windows Vista Business , kemudian klik NEXT.

Rajah 2.6

Page 20: Laporan Latihan Industri_part 02

33

11. Apabila paparan Lesen terpapar tandakan I accept the license terms , dan

klik NEXT.

Rajah 2.7

12. Klik CUSTOM apabila paparan pemilihan jenis yang hendak diinstall

terpapar.

Rajah 2.8

Page 21: Laporan Latihan Industri_part 02

34

13. a. Klik pada Drive option (advance) untuk membuat partition .

b. Klik NEW sekiranya ingin membuat partition baru, klik NEXT.

Rajah 2.9

14. Tunggu sehingga install sistem operasi selesai dan komputer akan

RESTART.

Rajah 2.10

Page 22: Laporan Latihan Industri_part 02

35

15. Selepas selesai install paparan masukkan nama username dan password

akan terpapar. Kemudian klik NEXT.

Rajah 2.11

16. Pilih gambar background desktop dan tekan NEXT.

Rajah 2.12

Page 23: Laporan Latihan Industri_part 02

36

17. Tekan ask me later sekiranya komputer tidak mempunyai internet, untuk

mengelakkan sistem operasi rosak.

Rajah 2.13

18. Pilih waktu dan masa dan tekan NEXT.

Rajah 2.14

Page 24: Laporan Latihan Industri_part 02

37

19. Selepas selesai tekan START.

Rajah 2.15

Page 25: Laporan Latihan Industri_part 02

38

2.1.2 Memasang Microsoft Office 2003

a. Masukkan CD Microsoft Office 2003 dan ia akan Autorun

Rajah 2.16

b. Masukkan nombor siri perisian Office 2003 dan tekan NEXT.

Rajah 2.17

Page 26: Laporan Latihan Industri_part 02

39

c. Masukkan maklumat yang berkaitan dan tekan NEXT.

Rajah 2.18

d. Klik pada kotak seperti gambarajah dibawah dan tekan NEXT.

Rajah 2.19

Page 27: Laporan Latihan Industri_part 02

40

e. Klik Complete Install dan tekan NEXT.

Rajah 2.20

f. Kemudian, tekan Next.

Rajah 2.21

Page 28: Laporan Latihan Industri_part 02

41

g. Tunggu sehingga selesai proses menyalin fail sistem ke dalam komputer.

Rajah 2.22

h. Proses menginstall Microsoft Office 2003 selesai dan tekan Finish

Rajah 2.23

Page 29: Laporan Latihan Industri_part 02

42

BAB 3

MENYELENGGARA KOMPONEN KOMPUTER

3.1 PENGENALAN

Tugas pertama semasa menjalani Latihan Industri ini adalah melakukan kerja-kerja

penyelenggaraan termasuklah membaikpulih komponen, perisian dan sistem operasi

komputer. Tugas-tugas ini juga dilakukan apabila berlaku seperti sebagai contoh,

apabila komputer pekerja MBKT mengalami masalah, jabatan ingin memasang

komputer baru dan sebagainya. Kadangkala penyelesaian kepada masalah tersebut

adalah dengan memformat komputer tersebut dan memasang semula sistem

operasinya kembali kepada asal.

Beberapa kaedah digunakan untuk menyelesaikan masalah terbabit termasuklah :

3.1.1 Pengujian set komputer

Pengujian merupakan cara penyelenggaraan komputer yang menghadapi

masalah dimana ia gagal berfungsi dengan baik serta mengesan komponen -

komponen yang gagal untuk berfungsi atau mengalami kerosakan.

3.1.2 Pemerikasaan paparan monitor.

a. Memeriksa modul RAM yang bersoket untuk memastikan ia tidak longgar

atau tersalah letak.

b. Memeriksa bateri sama ada bocor, pecah dan lupus.

c. Memeriksa pelompat atau jumper pada mainboard.

d. Memeriksa hablur (soket berkristal ).

Page 30: Laporan Latihan Industri_part 02

43

e. Memeriksa PCB sama ada ia bengkok, putus, pintas, ataupun burn out

ada cip yang terbakar.

3.1.3 Power On Self Test (POST)

Tugasan ini merupakan salah satu daripada kaedah pengujian set komputer.

Proses ini penting untuk memastikan komputer dalam keadaan baik dan tidak

mengalami kerosakan terhadap komponen dalaman komputer.Jika tidak

diperiksa melalui POST ini akan menyebabkan MBKT mengalami kerugian

masa dan wang.

POST merupakan pengujian terhadap komputer untuk mengesan masalah

yang timbul, ia berlaku secara automatic dan berlaku sebelum memasuki

paparan sistem operasi.

Jadual 3.1 dan 3.2 menunjukkan beberapa mesej ralat yang dikenal pasti,

sebab mesej ralat tersebut dan cara penyelesaiannya.Ianya penting untuk

menentukan langkah seterusnya bagi menyelenggara kerosakan tersebut

dan ianya mestilah dibuat dengan teliti serta cekap.

Page 31: Laporan Latihan Industri_part 02

44

Bil Paparan mesej Punca kerosakan Penyelesaian 1. Invalid configuration information

please run SETUP program � Saiz modul RAM tidak betul. � Jenis paparan tidak dikonfigurasi dengan

betul. � Jenis pemacu cakera tidak betul.

� Jalankan SETUP utility dan pilih setting yang betul.

2. Diskette ( FDD ) configuration error

� Konfigurasi tidak betul atau kerosakan pada floppy drive .

� Betulkan konfigurasi. � Periksa floppy drive . � Periksa CMOS.

3. Hard Disk ( HDD ) configuration error

� Konfigurasi tidak betul atau kerosakan pada hard disk.

� Betulkan konfigurasi. � Periksa hard disk . � Periksa CMOS.

4. CMOS battery bad � Bateri build – in CMOS RAM telah lemah.

� Gantikan bateri CMOS.

5. Diskette drive 1,0 seek failure � Drive A atau B rosak atau tak dapat dikesan

� Periksa floppy .

6. Disk drive reset failure � Floppy adapter gagal berfungsi � Periksa adapter floppy 7. Diskette read failure � Disket samada belum diformat atau rosak � Periksa disket.

� Bersihkan kepala dan periksa floppy drive .

8. No boot drive available strike F1 to boot

� Fail sistem rosak � Cakera, pemacu atau harddisk rosak

� Cuba pindahkan fail sistem dan boot.

� Periksa hard disk dan floppy.

Jadual 3.1

Page 32: Laporan Latihan Industri_part 02

45

Bil Paparan mesej Punca kerosakan Penyelesaian 9. Hard Disk Controller failure � Kad kawalan rosak � Ganti kad baru. 10. No boot sector on hard disk � Fail sistem partition C: \ rosak atau bukan

bootable . � Partition C:\ mungkin belum diformat

� Periksa fail sistem hard disk.

� Pindahkan fail sistem. � Format hard disk.

11. Hard disk failure � Kawasan sistem rosak, jadual partition rosak

� Hard disk rosak.

� Cuba boot dan jalankan perisian diagnostic dan baiki fail sistem.

� Ganti hard disk. 12. Keyboard failure � Samada papan kekunci atau

penyambungan kabel papan kekunci rosak.

� Periksa papan kekunci dan sambungan kabel.

13. Keyboard is locked please unlock � Kunci papan kekunci aktif. � Buka kunci papan kekunci .

Jadual 3.2

Page 33: Laporan Latihan Industri_part 02

16

3.1.4 Memperbetulkan masalah ralat POST

Untuk tugasan ini, beberapa prosedur perlu dipatuhi dan diikuti, kerana ia

dapat menjimatkan masa dan tenaga serta membendung berlakunya

kerosakan lain.

Seperti peraturan yang biasa dilakukan, jika berlakunya mesej ralat seperti

berikut “Press F1 to continue”, ini adalah kerana masalah konfigurasi, yang

mana mudah dapat diperbetulkan. Selalunya peralatan yang tidak berfungsi

akan menyebabkan ralat yang teruk seperti kegagalan sistem.

Di antara tindakan pembetulan untuk mesej ralat ialah seperti berikut.

a. Menjalankan set semula. Sebelum memasuki set semula nilai konfigurasi

yang betul untuk sistem perlu diketahui terlebih dahulu dan juga perlu

menulis konfigurasi yang betul sebagai rujukan. Kesilapan konfigurasi

semula adalah merupakan penyebab utama mesej ralat POST, terutama

bagi sistem yang baru.

b. Memeriksa dengan cara melihat sama ada kipas bekalan kuasa

berfungsi. Jika tidak berfungsi penyambungan bekalan kuasa ke unit

sistem atau komputer diperiksa.

c. Periksa semua penyambung video, Parallel port atau penyambung

rangkaian supaya semuanya disambung dengan kemas dan sempurna.

d. Pemeriksaan bahagian dalaman komputer adalah perlu jika masih

mengalami masalah. Buka penutup unit sistem komputer. Ikuti segala

arahan dalam panduan pemasangan. Periksa Jumper pada papan induk

komputer dan kad tambahan di set dengan betul.

Page 34: Laporan Latihan Industri_part 02

17

e. Jika dapat mencapai cakera keras yang baru, itu mungkin disebabkan

oleh cakera keras belum lagi diformat.

f. Periksa semua kabel penyambungan seperti kabel kuasa ke papan induk

komputer, pemacu cakera dan peralatan dalaman yang lain serta kabel

data dan kawalan pemacu cakera.

g. Sekiranya masih lagi menerima mesej ralat, ini mungkin disebabkan oleh

peralatan yang tidak berfungsi. Oleh itu, boleh cuba menggantikan

peralatan dengan peralatan yang baru.

3.1.5 Memeriksa sambungan kabel

Masalah yang biasa berlaku pada perkakasan komputer ialah

penyambungan kabel - kabel yang dipasang dengan tidak kemas. Secara

amnya, semua peralatan komputer biasanya memiliki kabel kuasa dan data

yang dihubungkan kepada komputer. oleh itu, pastikan penyambungannya

tidak longgar.

Kadangkala ada juga pengguna yang cuba untuk memasang jenis kabel

yang berbeza secara tidak sengaja atau memang tidak tahu. Jika sekiranya

kabel tersebut tidak sepadan, ia boleh merosakan komputer jika kabel

tersebut dipasang.

Masalah biasa sambungan kabel yang berlaku di Jabatan MBKT, seperti

kabel longgar,tercabut, kabel rosak dan kabel berlainan jenis.

Page 35: Laporan Latihan Industri_part 02

18

BAB 4

PENYELENGGARAAN SISTEM RANGKAIAN

4.1 PENGENALAN

Tugasan ini dilakukan untuk memastikan sistem rangkaian bagi komputer Jabatan di

MBKT berfungsi dan berada dalam keadaan baik. Ini kerana banyak urusan

perkhidmatan MBKT melibatkan sistem rangkaian.

Sistem E-PBT dan sistem PIAM merupakan 2 contoh sistem digunapakai oleh

MBKT, sistem dihubungkan melalui sistem rangkaian dari server ke jabatan –

jabatan MBKT yang menggunakannya. Seperti, kaunter cukai, pusat maklumat,

kaunter tempat letak kereta dan Jabatan Khidmat Pengurusan MBKT.

Beberapa jenis tugasan dalam bidang dilakukan seperti :

4.1.1 Konfigurasi IP address pada komputer

a. Klikkan 2 kali pada ikon My Computer dan kemudian pergi ke Control

Panel .

b. Seterusnya klik 2 kali pada ikon Network Connection . Selepas itu klik

kanan pada ikon local area connection dan pilih properties .

c. Rajah tetingkap seperti rajah 4.1 akan terpapar pada skrin paparan.

Page 36: Laporan Latihan Industri_part 02

19

Rajah 4.1

d. Klik 2 kali pada Internet Protocol ( TCP/IP ) .

e. Akan terpapar pada skrin tetingkap untuk properties Internet Protocol (

TCP/IP ).

f. Kemudian pilih Use the following IP address .

g. Seterusnya masukkan nilai 192.198.10.1 pada kotak IP address .

h. Masukkan nilai 255.255.255.0 pada kotak Subnet Mask .

i. Biarkan kosong bagi kotak Default gateway .

j. Masukkan nilai 202.1.88.1.5 untuk preferred DNS server.

k. Kemudian masukkan pula nilai 202.188.1.133 untuk alternate DNS

server .

l. Selepas itu klik pada butang OK setelah selesai menkonfigurasikan

nombor IP untuk server.

Page 37: Laporan Latihan Industri_part 02

20

m. Jika sekiranya pengguna ingin memaparkan ikon pada taskbar apabila

komputer disambungkan ke rangkaian klik pada kotak show icon

notification area when connected .

n. Selepas itu, tekan butang OK. Komputer akan meminta untuk RESTART

jika perlu.

Rajah 4.2

Page 38: Laporan Latihan Industri_part 02

21

4.1.2 Membuat sambungan kabel rangkaian pada komputer

Untuk membuat sambungan kabel rangkaian, beberapa aspek perlu diambil

berat :

a. Kedudukan komputer dan switch .

b. Jarak antara komputer dengan switch .

c. Peralatan yang cukup seperti kabel UTP, crimping tool , gunting, dan

cap RJ – 45 .

Selain itu, untuk membuat sambungan kabel yang baik mestilah mematuhi

beberapa langkah dan susunan kabel mesti betul supaya ia dapat berfungsi

dengan baik.

Contoh susunan kabel yang baik :

a. Susunan straight through cable :

Rajah 4.3

Page 39: Laporan Latihan Industri_part 02

22

b. Susunan crossed over :

Rajah 4.4

Page 40: Laporan Latihan Industri_part 02

23

BAB 5

CABARAN DAN PENYELESAIAN

5.1 CABARAN

5.1.1 Menyelenggara perisian komputer

Dalam menyelesaikan tugasan ini, terdapat beberapa masalah dan

cabarannya. Antara cabarannya :

a. Komputer yang diselenggara perlu disiapkan segera.

b. Pekerja MBKT meminta perkara yang tidak logik berkaitan dengan

baikpulih komputer.

c. Kebanyakan kerosakan yang berlaku biasanya pada sistem E-PBT

dan sistem PIAM.

d. Kerosakan disebabkan perkara yang tidak diketahui.

5.1.2 Menyelenggara komponen komputer

a. Komputer yang hendak dibaikpulih tidak mempunyai komponen

gentian.

b. Pekerja MBKT meminta perkara yang tidak logik berkaitan dengan

baikpulih komputer.

c. Inisiatif pekerja MBKT dalam penggunaan komputer kurang.

5.1.3 Menyelenggara sistem rangkaian

a. Kerosakan yang berlaku disebabkan oleh server .

b. Kerosakan biasanya berlaku pada sistem E-PBT dan sistem PIAM.

Page 41: Laporan Latihan Industri_part 02

24

5.2 PENYELESAIAN

Cabaran-cabaran di atas telah saya hadapi dengan positif. Antara penyelesaian

yang saya lakukan adalah kuatkan keyakinan diri, memberi komitmen yang

sepenuhnya terhadap setiap kerja yang diberikan, tidak mudah putus asa bila

menghadapi sesuatu masalah, berani menghadapi setiap situasi, dan jadikan

cabaran-cabaran sebagai sesuatu pengalaman baru dalam bekerja untuk

mematangkan diri.

Page 42: Laporan Latihan Industri_part 02

25

BAB 6

KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat saya huraikan sepanjang menjalani latihan industri adalah pelatih

dapat menanamkan sikap bertanggungjawab dan amanah. Ini kerana segala arahan dan

tugas yang telah diamanahkan kepada pelatih harus dipertanggungjawabkan oleh pelatih

dengan baik dan sempurna. Selain itu, ia juga dapat membina hubungan baik dengan

pegawai dan pekerja. Pelatih juga dapat membiasakan diri dengan orang ramai dan

pelanggan sepanjang menjalani latihan industri.

Latihan industri ini juga dapat memperkenalkan pelatih kepada teknologi terkini dunia

komputer yang berkembang pesat dari semasa ke semasa. Oleh itu, ia dapat

merealisasikan matlamat negara yang memerlukan pakar-pakar IT yang berkebolehan

tinggi untuk menuju ke negara maju. Ini kerana daripada program latihan industri ia dapat

memberi peluang kepada pelatih untuk mempertingkatkan pengetahuan tentang teknologi

komputer yang berkembang pesat dari bidang yang diceburi dan mungkin dapat melahirkan

seorang pakar IT yang berkebolehan tinggi dan berkualiti. Di dalam latihan industri pelatih

dapat memperkaitkan di antara teori yang telah dipelajari di politeknik dengan kerja-kerja

pratikal. Pelatih dapat mempraktikkan apa yang telah dipelajari secara praktikal dan

teknikal. Dengan itu, pelatih telah dapat gambaran yang jelas mengenai apa yang dipelajari.

Dengan menjalani latihan industri juga pelatih dapat membentuk dan mengukuhkan

keyakinan diri untuk berhadapan dengan majikan dan pelanggan. ini dapat digunakan oleh

pelatih apabila tamat pengajian dan menempuh alam pekerjaan yang sebenar. Selain itu

juga, semasa menjalani latihan pelatih juga dapat mengetahui tentang dunia perniagaan

yang berkait dengan teknologi komputer.

Secara keseluruhannya, latihan industri merupakan salah satu program latihan yang

memberikan kesan-kesan yang positif kepada pelatih. Ini kerana setiap ilmu-ilmu dan

pengalaman yang didapati dengan menjalani latihan industri dapat digunakan oleh pelatih

apabila menempuh alam pekerjaan kelak.