Kuliah 13 (Pemikiran)-Psikologi Pendidikan

48

description

nota kelas en,anuar

Transcript of Kuliah 13 (Pemikiran)-Psikologi Pendidikan

The quality of the imagination is to flow and not to freeze.Ralph Waldo Emerson

Objektif: Selepas membaca bab ini, pelajar dapat: Menerangkan pemikiran dan jenis-jenis penaakulan Menerangkan strategi pengajaran untuk meningkatkan pemikiran pelajar Menghuraikan strategi membuat keputusan Menghuraikan strategi-strategi pemikiran kreatif dalam pengajaran

Pemikiran Pemikiran ialah konsep memanipulasikan dan mentransformasikan informasi dalam memori. Ia terlibat dengan pembentukan konsep-konsep, sebabmusabab, memikir secara kritis, membuat keputusan dan memikir secara kreatif. Pemikiran melibatkan peristiwa-peristiwa yang telah, sedang dan akan dilakukan. Segala informasi yang ditafsirkan akan memberi makna kepada individu pelajar. Pemikiran juga terlibat dengan aspek abstrak dan konkrit, atau realiti dan fantasi dalam kehidupan seseorang pelajar.

The reward of a thing well done is to have done itRalph Waldo Emerson

Penaakulan Induktif Menurut Santrock (2004), penaakulan ialah pemikiran logikal yang menggunakan induktif dan deduktif untuk memperoleh kesimpulan. Penaakulan induktif ialah pemikiran daripada spesifik (khusus) kepada am. Ia berdasarkan membuat kesimpulan, iaitu pembentukan konsep-konsep tentang kesemua ahli dalam suatu kategori berdasarkan memerhati hanya beberapa ahli. Sebagai contoh, apabila seseorang pelajar di dalam kelas kesusasteraan membaca hanya beberapa sajak daripada Sasterawan Negara, Mahsuri S.N., maka penaakulan induktif digunakan.

Satu lagi contoh ialah apabila seorang pelajar diminta sama ada konsep Matematik yang dipelajari diaplikasi untuk subjek-subjek lain seperti Ekonomi Asas atau Sains, penaakulan induktif digunakan. Dalam pada itu, penaakulan induktif tidak semestinya betul, iaitu mungkin tidak ke arah kesimpulan mutlak. Kesimpulan daripada penaakulan induktif mungkin sama, tetapi boleh juga ia menjadi kurang tepat. Menurut Johnson-Laird (2000), ia seolah-olah suatu sampel tidak semestinya boleh mewakili populasinya.

The price of greatness is responsibility. Winston Churchill

Penyelidikan dalam bidang psikologi pendidikan biasanya bersandar pada penaakulan induktif, iaitu mengkaji suatu sampel peserta untuk membuat kesimpulan tentang populasi daripada sampel yang dikutipnya. Penaakulan induktif adalah asas kepada analogi (Goswami, 2004). Analogi digunakan untuk meningkatkan pemahaman tentang konsep-konsep baru membandingkan dengan konsepkonsep yang telah dipelajari. Sebagai contoh, kewujudan burung dengan kapal terbang, dan komputer dengan memori manusia.

The common denominator for success is work. John D. Rockefeller

Penaakulan Deduktif Penaakulan deduktif ialah penaakulan daripada am kepada spesifik. Penaakulan deduktif bergantung kepada andaianandaian dan menilainya dengan membuat pemerhatian lanjut. Apabila menyelesaikan masalah teka teki misalnya, penaakulan deduktif diaplikasikan. Penaakulan deduktif biasanya betul kerana peraturan-peraturan awal dan asas telah digunakan maka kesimpulan dapat diperoleh sebagai logik.

Menurut Santrock (2004), sekiranya peraturan am tentang kucing mengiau, dapat digunakan untuk menaakul secara deduktif binatang kesayangan yang ganjil adalah seekor kucing atau lain berdasarkan bunyi yang dikeluarkan olehnya. Para psikologi pendidikan memperkembangkan suatu hipotesis daripada suatu teori dengan penaakulan deduktif disebabkan hipotesis adalah suatu yang spesifik, pengembangan logik daripada teori am. Sekiranya teorinya betul, maka hipotesis juga akan menjadi betul.

The best leaders of all, the people know not they exist. They turn to each other and say, we did it ourselves.Zen Saying

The best vision is insight.Malcolm S. Forbes:

Pemikiran Kritik Pemikiran kritik terlibat dengan pemikiran secara reflektif, produktif dan menilai bukti-buktinya untuk memperoleh dapatan yang logik dan tepat. Pada masa kini, pemikiran kritik diminati oleh para pendidik untuk menanamkan sikap berhujah secara memberi buktibuktinya terhadap masalah pembelajaran. John Dewey (1933) mencadangkan idea kepada pelajar untuk memikir secara reflektif. Pelajar sentiasa digalakkan untuk memberi jawapan dengan menerangkannya dengan tepat. Guru harus memberi galakan untuk bertanya dan bersoal jawab untuk mendapatkan jawapan berdasarkan bukti terhadap maklumat yang disampaikan oleh pelajar.

Pemikiran kritik penting dalam dunia yang mencabar. Pelajar harus belajar mengaplikasikan pemikiran kritik semasa berhujah tentang apa juga topik perbincangan. Kemahiran berhujah dapat melahirkan pelajar yang peka dan sensitif tentang jawapan yang mengandungi buktibuktinya. Para guru harus membina secara sedar pemikiran kritik di dalam pengajaran dan pembelajaran. Santrock (2004) menggariskan beberapa cara untuk mengukuhkan pemahaman pelajar tentang pemikiran kritik dalam konteks pembelajaran di bilik darjah seperti berikut: Bertanya bukan sahaja apa yang terjadi, tetapi juga bagaimana dan mengapa.

The roots of true achievement lie in the will to become the best that you can become.Harold Taylor

Memeriksa fakta-fakta untuk mengenal pasti sama ada wujud bukti untuk menyokongnya. Berbincang dengan cara bersebab dan bukan melalui emosi. Sedar bahawa kadangkala wujud lebih daripada satu jawapan atau penerangan yang betul. Bandingkan jawapan-jawapan yang lain kepada soalan yang ditanya dan adili jawapan mana yang terbaik. Menilai dan bertanya apa yang disebut oleh orang lain daripada menerimanya sebagai sesuatu yang benar secara tergesa-gesa. Bertanya soalan-soalan dan cuba spekulasi lebih lanjut tentang apa yang telah diketahui untuk mewujudkan ideaidea dan informasi yang baru.Mark Victor Hansen

You control your future, your destiny. What you think about comes about. By recording your dreams and goals on paper, you set in motion the process of becoming the person you most want to be. Put your future in good hands - your own.

Pada asasnya kebanyakan sekolah menggunakan banyak masa untuk membimbing pelajar menjawab soalan dengan menggunakan satu jawapan. Guru kurang menggalakkan pelajar untuk mengembangkan pemikiran dengan mengutarakan idea-idea baru untuk menyelesaikan masalah. Guru-guru kerapkali meminta pelajar untuk memberi definisi, menyatakan, menyenaraikan daripada menganalisis, menghubungkaitkan, mengkritik, kreativiti, menilai, memikir dan memikir semula.

The results you achieve will be in direct proportion to the effort you apply.Denis Waitley

Dalam pada itu, kebanyakan pelajar yang berjaya melengkapkan latihanlatihan di sekolah mendapat markah dan gred yang tinggi. Tetapi, mereka tidak atau kurang belajar secara kritik dan memahami sesuatu dengan luas dan mendalam. Menurut Brooks dan Brooks (1993; 2001), mereka percaya sekolahsekolah tidak menggalakkan pelajar memikir secara mendalam. Oleh itu, pelajar sentiasa kurang didedahkan kepada penyelesaian masalah dengan melibatkan diri dalam pemikiran yang bermakna ke arah penyelesaian masalah.

Menurut Winn (2004), cara untuk menggalakkan pelajar memikir secara kritik dengan guru mengemukakan topik-topik kontroversial atau artikel-artikel yang memaparkan isu yang boleh didebatkan dengan baik atau di sebaliknya. Ada juga di kalangan guru-guru berasa malu atau kurang selesa untuk melibatkan pelajar dalam pemikiran kritik atau perbincangan kerana ianya tidak sopan atau kurang baik.

The reward of a thing well done is to have done it. Ralph Waldo Emerson

George F. Will: The pursuit of perfection often impedes improvement.

Dalam pemikiran kritik pelajar berdepan dengan isuisu yang berkonflik yang boleh memotivasikan pelajar untuk melibatkan diri secara serius dan mendalam untuk mencuba menyelesaikan masalah atau sesuatu isu. Pada situasi ini guru harus menyatakan sebarang pendapat atau pandangan tentang isu. Mereka harus membiarkan pelajar menyatakan pendapat dengan bebas. Pelajar dapat menganalisis isu-isu dengan bebas dalam perspektif yang berlainan.

Pemikiran kritik adalah aspek-aspek yang penting dalam menjana ilmu pengetahuan yang baru. Perubahan suasana pembelajaran yang menuntut pelajar supaya sentiasa melibatkan diri dalam pembelajaran aktif ke arah menganalisis, mensintesis dan menyelesaikan masalah yang rumit dalam konteks pemikiran kritik. Pelajar harus digalakkan untuk berusaha secara intelektual untuk memikir dengan cara-cara kompleks. Guru harus merangsang keupayaan pelajar untuk memikir masalah dalam konteks pemikiran kritik.

You must not only aim right, but draw the bow with all your might.Henry David Thoreau

Sistem pendidikan seharusnya membantu pelajar menjadi pemikir yang baik. Dalam sistem persekolahan semua pihak seperti pihak pentadbir, guru dan pelajar hendaklah berusaha ke arah mencapai matlamat untuk melatih pelajar menjadi pemikir yang baik. Lagipun, Malaysia akan mencapai tahap negara maju pada tahun 2020. Jadi, peranan guru dalam merealisasikan Wawasan 2020 harus dijadikan aspirasi dalam mewujudkan golongan pelajar yang komited, berwawasan dan beraspirasi tinggi ke arah melengkapkan diri menjadi pemikir-pemikir yang baik. You have to think big to be big. Bristol

Two wrongs don't make a right, but they make a good excuse. Thomas Szasz

Strategi Pengajaran untuk Meningkatkan Pemikiran Pelajar

A) Guru harus berperanan untuk membantu pelajar dalam mengkonstruk pemikiran pelajarnya sendiri. Dalam konteks ini guru harus menilai soalan-soalan pelajar dengan serius. Guru hendaklah mendapat pandangan, penerangan dan keinginan atau minat pelajar dengan tekun untuk membantu menganalisis isu-isu atau situasisituasi pembelajaran yang memberangsangkan dan mencabar. Guru tidak seharusnya mempunyai pandangan negatif dengan mencari jawapan yang satu atau simpel sahaja. Guru dan pelajar tidak seharusnya bergantung pada buku-buku teks dan latihan sahaja untuk menjana ilmu pengetahuan.

B) Guru harus menganalisis strategi mengajar dengan mengemukakan soalan-soalan berdasarkan pemikiran dalam pengajaran. Ia dapat membantu pelajar memahami sesuatu topik dengan mendalam. Dalam pengajaran guru juga boleh mempraktikkan dengan bertanya soalan-soalan berdasarkan aras taksonomi Bloom, iaitu menguji pengetahuan, pemahaman, aplikasi, sintesis dan penilaian. Usaha guru ini dilihat sebagai pemangkin dalam mengetengahkan sesuatu idea atau topik pengajaran dengan efektif.

You don't have to be great to start, but you have to start to be great.

Zig Ziglar

C) Guru hendaklah menyediakan model peranan yang positif untuk pemikiran. Guru hendaklah mengenal pasti tokoh-tokoh model yang tinggal dalam komuniti untuk menjemput mereka berkongsi pengalaman yang sebenarnya yang mereka lalui sehingga muncul sebagai tokoh yang disegani. Pelajar dapat berinteraksi idea-idea sebagai maklumat primer dalam mengatur strategi pemikiran pembelajaran yang efektif.Unless you try to do something beyond what you have already mastered, you will never grow. Ronald E. Osborn

Guru harus mengemas kini perkembangan isu-isu terkini dalam pemikiran. Guru harus terus belajar dengan aktif tentang perkembangan isu-isu baru dan terkini. Ia membantu guru mengajar pelajar memikir secara efektif. Guru boleh mendalami aspek-aspek teknologi terkini dalam mengetengahkan kemahiran pemikiran pelajar. Ilmu pengetahuan yang baru melalui pembacaan luas, iaitu melalui pembacaan jurnal-jurnal pendidikan, misalnya dapat membantu guru melengkapkan informasi tentang pemikiran.Victory has a thousand fathers, but defeat is an orphan.Kennedy

Pemikiran Tentang Membuat Keputusan Pelajar sentiasa perlu membuat keputusan di dalam konteks kehidupan mereka. Setiap keputusan yang dibuat akan mengubah corak kehidupan, iaitu keputusan mereka akan menghala ke arah kerjaya yang mereka minati, misalnya. Kemahiran membuat keputusan melibatkan pemikiran individu pelajar menilai alternatif-alternatif dan membuat penilaian-penilaian yang ada pada mereka pada ketika itu.

Dalam membuat keputusan pelajar mempertimbangkan faktor-faktor yang penting daripada yang kurang penting. Ada keputusan yang dibuat membawa kejayaan dan ada juga tidak membawa kepada kejayaan seratus peratus. Menurut Stanovich (1999, 2001), pelajar boleh membuat beberapa kesilapan dalam pemikiran apabila berdepan dengan masalah-masalah. Kesilapan-kesilapan tersebut adalah seperti berikut:

View life as a continuous learning experience.Denis Waitley

Bias Pengesahan. Menurut Betch dan et. al (2001), istilah bias pengesahan adalah kecenderungan untuk menyelidiki dan menggunakan informasi yang menyokong idea-idea daripada menidakkannya. Dalam membuat sesuatu keputusan pelajar mungkin mempunyai kepercayaan awal bahawa suatu pendekatan yang digunakan untuk membuat keputusan adalah positif. Apabila pelajar menguji dan mendapati ia berfungsi pada masa-masa tertentu sahaja. Pelajar merumuskan bahawa pendekatannya adalah betul dan tidak menyelidiki lebih lanjut. Padahal, pendekatan tersebut hanya bertindak betul dalam keadaankeadaan tertentu. Jadi, dalam bias pengesahan pelajar tidak boleh terburu-buru untuk membuat keputusan tanpa menyelidiki kesemua bukti yang diutarakan.

We are hoarding potentials so great that they are just about unimaginable. Jack Schwartz

Pengekalan Kepercayaan Ia sangatlah berhubung dengan bias pengesahan. Pengekalan kepercayaan ialah kecenderungan untuk memegang suatu kepercayaan walaupun berdepan dengan bukti yang berlawanan. Individu sentiasa tidak mempunyai tendensi untuk mengetepikan atau menolak sesuatu fakta, idea atau strategi setelah lama mengamalkannya dalam kehidupan individu tersebut. Dalam membuat keputusan pelajar sentiasa berkecenderungan mengekalkan kaedah atau strategi lama, walaupun individu telahpun sedar dan mengetahuinya sudah tidak boleh diterima lagi.

Louis Nizer

When a man points a finger at someone else, he should remember that four of his fingers are pointing at himself.

When it is dark Bias Terlalu Berkeyakinan enough, you can Ia adalah suatu keadaan di mana see the stars. pelajar mempunyai keyakinan Charles A Beard dalam pengadilan dan keputusan dan biasanya tidak berdasarkan kepada kebarangkalian atau pengalaman yang lalu. Pelajar, misalnya adalah terlalu berkeyakinan terhadap keputusan yang telah dibuat berbanding ramalan yang didasarkan kepada pengalaman yang lalu atau statistik-statistik yang objektif. Keadaan terlalu berkeyakinan seseorang pelajar itu tidak teragak-agak membawanya untuk membuat keputusan yang salah.

Bias Pandang Ke Belakang Ia adalah kecenderungan seseorang untuk melaporkan sesuatu yang salah walaupun telah meramalkan betul terhadap suatu peristiwa. Keputusan yang dibuat untuk salah melaporkan sesuatu boleh mempengaruhi perasaan dan emosi seseorang dalam konteks-konteks tertentu.

When wealth is lost, nothing is lost; when health is lost, something is lost; when character is lost, all is lost. Billy Graham

Heuristik Tersedia Ada Ia dapat mencadangkan suatu jawapan kepada masalah, tetapi belum pasti cadangannya dapat dilaksanakan dengan jayanya. Suatu heuristik yang menghasilkan pemikiran palsu ialah heuristik tersedia ada. Ia merupakan suatu ramalan tentang kebarangkalian suatu peristiwa berdasarkan kepada kekerapan berlakunya peristiwa itu pada masa lalu. Menurut McKelvie dan Drumheller (2001), apabila suatu peristiwa terbaru berlaku, dapat diandaikan atau diramalkan berlakunya pada masa akan datang. Contohnya, peristiwa tsunami yang agak ngeri telah berlaku baru-baru ini mungkin meninggalkan kesan mendalam apabila media sentiasa menonjolkan cerita-cerita tentang jenayah, penyakit-penyakit atau ribut taufan.

You will never leave where you are, until you decide where you'd rather be.

Dexter Yager

Samuel Johnson:

Your aspirations are your possibilities.

Heurisitk Perwakilan Ia mencadangkan manusia membuat keputusan yang silap berdasarkan bukan kepada kerelevanan situasi tertentu yang sebenarnya daripada suatu keadaan prototaip, iaitu contoh perwakilan dalam keadaankeadaan yang biasa. Kita tidak boleh meramalkan secara perwakilan dengan mengandaikan populasi majoriti sahaja. Dalam membuat keputusan yang lebih baik hendaklah mengelakkan kesalahan logikal tersebut berdasarkan persampelan populasi majoriti yang dibincangkan.

Strategi Membuat Keputusan yang Baik Guru hendaklah mempertimbangkan kos dan faedah daripada hasil yang pelbagai. Guru perlu mempertimbangkan strategi yang relevan dalam membantu pelajar ke arah membuat sesuatu keputusan yang melibatkan kos yang banyak atau di sebaliknya. Guru hendaklah membantu pelajar mengkaji keuntungan di sebalik sesuatu keputusan yang dibuatnya. Guru hendaklah memikir dengan logik sama ada pengajaran harus ditumpukan dalam kumpulan yang kecil atau dalam bentuk kuliah. Ini dapat membantu guru menentukan pemahaman isi kandungan sesuatu pengajaran dengan berkesan.

Guru harus mengelak bias pengesahan dan hendaklah berkecenderungan mendapatkan pandangan-pandangan daripada pelajar yang mungkin tidak sehaluan dengan pandangan guru. Guru harus menunjukkan jalan betul kepada pelajar tertentu yang bias pengesahan pada pandangan orang-orang lain. Guru harus memantau pelajarpelajar yang terlalu berkeyakinan pada sesuatu situasi atau masalah yang telah terjadi pada mereka sehingga berkecenderungan untuk meletak keyakinan pada semua situasi secara saksama.

Your goals are the road maps that guide you and show you what is possible for your life. Les Brown

Pemikiran KreatifTo think creatively, we must be able to look afresh at what we normally take for granted.George Kneller

Kreativiti adalah keupayaan untuk memikir sesuatu dalam keadaan-keadaan luar biasa dan bersedia untuk menyelesaikan masalah secara unik. Menurut Michael (1999), ia menghasilkan banyak jawapan kepada soalan yang sama dan bercirikan kreativiti. Menurut Sternberg (2002), walaupun kebanyakan pelajar yang kreatif adalah cerdas (seperti yang diukur oleh skor yang tinggi pada ujian-ujian konvensional), pada dasarnya ramai pelajar yang cerdas adalah bukan golongan pelajar yang sangat kreatif.

Dalam meneliti kreatif sebagai suatu kemahiran, ia seharusnya dipupuk melalui aktiviti latih tubi. Menurut Runco (2004), adalah penting bagi guru untuk sedar bahawa pelajar-pelajar menunjukkan lebih kreativiti dalam beberapa domain daripada yang lain. Kemahiran-kemahiran kreatif tidak semestinya ditonjolkan oleh pelajar dalam kesemua subjek di sekolah. Ia berubah-ubah mengikut minat, cita rasa dan pengalaman latih tubi yang dilalui secara formal dan tidak formal.

The way to get started is to quit talking and begin doing.Walt Disney:

Beberapa faktor menyumbang ke arah pemupukan kreativiti pelajar di sekolah. Antaranya, persekitaran sekolah yang menggalakkan aktiviti kreativiti pelajar secara individu. Ia dapat merangsang dengan menyediakan sumber-sumber yang dapat pelajar peroleh di sepanjang masa (Hasirci dan Demirkan, 2003).

Kreativiti Dalam Pengajaran Matlamat pengajaran adalah untuk membantu pelajar menjadi lebih kreatif (Plucker, Beghetto dan Dow, 2004). Guru harus menginspirasikan pelajar ke arah pemikiran kreatif pada peringkat individu dan kumpulan. Pelajar harus disediakan persekitaran yang dapat merangsang kreativiti mereka. Situasi pembelajaran tidak seharusnya membebankan pelajar dengan pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak seharusnya mengawal pelajar sewenangwenangnya semasa pengajaran. Guru perlu menggalakkan motivasi dalaman, memupuk rasa kekitaan dan pemikiran yang menjurus aspek-aspek kekreatifan.

Strategi-Strategi untuk Menggalakkan Pemikiran Kreatif di Kalangan Pelajar Guru boleh menggalakkan pemikiran kreatif pelajar secara individu dan kumpulan. Guru mewujudkan situasi yang membolehkan pelajar menyatakan idea-idea yang kreatif yang terlintas dalam fikiran yang relevan kepada sesuatu isu khusus. Teknik sumbangsaran boleh digunakan untuk mendapatkan pandangan dan pendapat yang bernas tanpa mengkritik ideaidea daripada rakan sebaya di dalam perbincangan dan pembelajaran itu.

Teknik sumbangsaran didapati berkesan kepada kebanyakan pelajar yang bertugas bersendirian di mana mereka boleh menjana lebih idea daripada bertugas bersama ahli-ahli kumpulan (Rickards dan deCock, 2003). Salah satu sebab kepada kewujudan situasi ini ialah beberapa individu pelajar hanya menumpang dalam kumpulan dan pemikiran kreatif dilakukan oleh ahliahli yang lain yang membuat tugasan yang disarankan oleh guru.

There are no secrets to success. It is the result of preparation, hard work, learning from failure.Colin Powell

We are not creatures of circumstance; we are creators of circumstance.Benjamin Disraeli

Selain itu, aktiviti sumbangsaran dilihat dapat membina semangat berpasukan yang kuat. Strategi kreatif yang baik adalah dengan menghasilkan idea-idea yang baru, jika boleh. Unsur kekreatifan dapat dihasilkan melalui kewujudan idea-idea yang banyak dan mungkin tidak menggambarkan sesuatu yang unik. Tetapi, dalam kebanyakan idea tersebut pasti dikenal pasti idea-idea kreatif yang baik.

Pada kebiasaannya, orang kreatif tidak gentar menghadapi sesuatu yang salah. Mereka bersedia meneroka sesuatu hingga ke hujung jalan untuk menghasilkan idea inovatif. Mereka ini sedar bahawa dalam misi menghasilkan sesuatu tugas pasti ada yang perlu dikorbankan sebelum mencapai kejayaan. Golongan pelajar yang kreatif rela menghadapi risiko dalam tindak-tanduknya.We know where most of the creativity, the innovation, the stuff that drives productivity lies - in the minds of those closest to the work.Jack Welch

The world leaders in innovation and creativity will also be world leaders in everything else.Harold R. McAlindon

Seterusnya, guru harus menyediakan persekitaran yang dapat membantu melahirkan keinginan secara semula jadi. Guru menyediakan aktiviti-aktiviti dan latihan-latihan yang dapat merangsang pelajar untuk meneliti segala sudut ke arah menyelesaikan masalah-masalah secara kreatif.

Selain itu, guru juga harus menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam lawatan-lawatan sambil belajar untuk memberi pendedahan terhadap kreativiti. Menurut Gardner (1993), sains, penerokaan dan muzium-muzium kanak-kanak menawarkan peluang-peluang untuk merangsang kreativiti.

Guru juga harus memberi ruang kepada pelajar untuk sentiasa cuba menyokong terhadap aktiviti yang berisiko yang dilakukannya. Pelajar akan melibatkan diri dalam aktiviti yang memang digemari oleh pelajar. Jika guru tidak memberi galakan terhadap aktiviti pelajar, minat mereka untuk melakukannya secara terusmenerus terbantut dan mengalami kegagalan. Guru harus memberi peluang kepada pelajar meneroka aktiviti yang baru sejajar dengan cetusan idea asal pelajar.

Guru juga hendaklah memberi insentif kepada pelajar yang sentiasa bereksperimen terhadap aktiviti-aktiviti yang baru supaya daya kreativiti pelajar dipelihara dan dikekalkan. Pihak guru tidak mengkritik terhadap aktiviti-aktiviti yang menemui kegagalan. Dalam kes seperti ini guru hendaklah membina keyakinan pelajar dengan berbincang dan memperbetulkan aktiviti atau sebahagian aktiviti yang telah menemui jalan kebuntuan. Dengan cara ini daya kreativiti pelajar akan dipupuk dan prestasi aktiviti tersebut akan mencapai kejayaan yang diharapkan.

Sejajar dengan daya dan tahap kreativiti guru hendaklah menggalakkan daya motivasi dalaman pelajar dengan memberi hadiah atau sijil-sijil terhadap usaha dan kreativiti yang ditunjukkan oleh pelajar. Dengan pemberian ganjaran seperti ini pelajar akan berasa keseronokan secara intrinsik hasil kreativiti yang ditunjukkan melalui aktiviti yang dilakukan. Motivasi yang tinggi sangat berkaitan dengan kreativiti terhadap sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh pelajar. Jika pelajar dipupuk minat terhadap aktiviti, maka kreativiti juga akan terserlah. Ini kerana pelajar sedar bahawa guru sentiasa memberi motivasi ekstrinsik untuk pelajar membina motivasi intrinsik untuk menghasilkan kerja yang penuh kreativiti.

Suatu unsur yang penting ialah pelajar yang berkreatif sentiasa berusaha ke arah menghasilkan sesuatu yang terbaik. Pelajar yang berasa gembira dan mengambil sesuatu perkara secara mudah dalam berdepan dengan sesuatu aktiviti, maka jangkaan daripadanya adalah sesuatu yang maksimum. Keadaan ini menyediakan peluang kepada pelajar untuk mengembangkan potensi pemikiran atau penglahiran idea-idea yang dinamik.

Peluang juga harus diberikan kepada pelajar untuk bertemu dengan orang-orang kreatif seperti penyajak, ahli kraftangan, pakar sains, ahli muzik dan sebagainya. Pengalaman ini akan membantu pelajar mengembangkan bakat secara intrinsik dengan menguasai kemahiran-kemahiran kreatif. Hasil-hasil daripada ahli kreatif dapat memberi keyakinan dan motivasi yang tinggi di kalangan pelajar untuk sentiasa berusaha memperoleh kejayaan sebagai pelajar yang mempunyai daya kreatif dan rekacipta yang tinggi.

Rumusan

Those who wish to sing, always find a song. Swedish Proverb

Dalam pengajaran dan pembelajaran guru harus mempunyai daya kreatif untuk memupuk pelajar ke arah penghasilan tugasan yang kreatif dan bermutu tinggi. Kreativiti pelajar hendaklah dipupuk sepanjang hayat untuk melahirkan pelajar yang berpotensi tinggi dalam pemupukan daya kreativiti. Pemikiran berkait rapat dengan konsep berfikir. Pemikiran melibatkan operasi mental dalam minda untuk mencapai tujuan sama ada menyelesaikan masalah ataupun membuat sesuatu keputusan. Oleh itu, pemikiran sangat berguna dalam pembinaan idea-idea baru ke arah penyelesaian masalah pembelajaran di dalam situasi bilik darjah.

Selagi Jiwa Dikandung Badan, Teruskan Perjuangan!

LAMBAIAN MALAR HIJAUBersama Cikgu Jo Dan Daneng