KHALDUN: SEJARAWAN DAN AHLI SOSIOLOGI ISLAM · 2018. 10. 26. · Karya-karya Ibn Khaldun adalah...

1

Transcript of KHALDUN: SEJARAWAN DAN AHLI SOSIOLOGI ISLAM · 2018. 10. 26. · Karya-karya Ibn Khaldun adalah...

Page 1: KHALDUN: SEJARAWAN DAN AHLI SOSIOLOGI ISLAM · 2018. 10. 26. · Karya-karya Ibn Khaldun adalah seperti berikut: 1. Lubāb al-Mu ḥ a ṣṣ al Fī U ṣūl al-Dīn, mengenai ilmu

AL-ASHcARIYYAH MENURUT IBN KHALDUN:

SEJARAWAN DAN AHLI SOSIOLOGI ISLAM

Wan Mohd Fazrul Azdi Bin Wan Razali, PhD

Program Pengajian Akidah dan Agama,

Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan,

Universiti Sains Islam Malaysia

[email protected]

1

Page 2: KHALDUN: SEJARAWAN DAN AHLI SOSIOLOGI ISLAM · 2018. 10. 26. · Karya-karya Ibn Khaldun adalah seperti berikut: 1. Lubāb al-Mu ḥ a ṣṣ al Fī U ṣūl al-Dīn, mengenai ilmu

“As it is, we can hardly do better than to state simply thathere was a man with a great mind, who combined actionwith thought, the heir of a great civilization that had run itscourse, and the inhabitant of a country with a livinghistorical tradition—albeit reduced to remnants of itsformer greatness— who realized his own gifts and theopportunities of his historical position in a work that ranksas one of mankind’s important triumphs”— F. Rosenthal,1958, p. lxxxvii.

2

Page 3: KHALDUN: SEJARAWAN DAN AHLI SOSIOLOGI ISLAM · 2018. 10. 26. · Karya-karya Ibn Khaldun adalah seperti berikut: 1. Lubāb al-Mu ḥ a ṣṣ al Fī U ṣūl al-Dīn, mengenai ilmu

1. PENDAHULUAN2. LATAR BELAKANG INTELEKTUAL

IBN KHALDUN3. METODOLOGI UMRAN DALAM

KAJIAN SEJARAH DANSOSIOLOGI IBN KHALDUN

4. AL-ASHcARIYYAH DALAMMUQADDIMAH IBN KHALDUN:SATU ANALISIS

5. KESIMPULAN

3

Page 4: KHALDUN: SEJARAWAN DAN AHLI SOSIOLOGI ISLAM · 2018. 10. 26. · Karya-karya Ibn Khaldun adalah seperti berikut: 1. Lubāb al-Mu ḥ a ṣṣ al Fī U ṣūl al-Dīn, mengenai ilmu

Nama Ibn Khaldun turut tersenarai sebagai salahseorang tokoh utama yang tidak asing. (497k results in2013 and 1.66m in 2018 from Google search )

Walter J. Fischel (1902-1973): tahun 1966 terdapat 524kajian telah dijalankan dan diterbitkan berkenaan IbnKhaldun (Ibn Khaldun, 1967, p.483-521).

4

Page 5: KHALDUN: SEJARAWAN DAN AHLI SOSIOLOGI ISLAM · 2018. 10. 26. · Karya-karya Ibn Khaldun adalah seperti berikut: 1. Lubāb al-Mu ḥ a ṣṣ al Fī U ṣūl al-Dīn, mengenai ilmu

Aziz al-Azmeh - kajian PhDnya di Universiti Oxford - tahun1981 - telah mencapai sehingga 860 buah dalampelbagai bahasa seperti Bahasa Arab, Inggeris danPerancis (al-Azmeh, 1981, p.232-318).

Adalah tidak mustahil untuk dianggarkan bahawajumlah kajian terhadap Ibn Khaldun mungkin telahmelebihi ribuan jumlahnya atau pun puluhan ribu padawaktu pembentangan ini.

Kertas ini menggunakan kaedah analisis kandungan,beberapa tema mengenai al-Ashcariyyah telah disusundan diteliti dengan lebih mendalam bagimendapatkan pandangan Ibn Khaldun mengenai al-Ashcariyyah seperti yang termaktub dalamMuqaddimahnya.

Kertas ini juga menyenaraikan beberapa isu berkaitanal-Ashācirah daripada aspek sejarah dan sosiologi,terutamanya mengenai salah faham dengankesahihan dan kedudukan akidah al-Ashācirah dalammazhab Ahli Sunnah Waljamaah.

5

Page 6: KHALDUN: SEJARAWAN DAN AHLI SOSIOLOGI ISLAM · 2018. 10. 26. · Karya-karya Ibn Khaldun adalah seperti berikut: 1. Lubāb al-Mu ḥ a ṣṣ al Fī U ṣūl al-Dīn, mengenai ilmu

Ibn Khaldun (1 Ramadhan 732 H / 27 Mei 1332M – 26Ramadhan 808H / 16 Mac 1406M) “adalah seorang sarjanazaman pertengahan yang masyhur dengan falsafah ilmusejarahnya dan juga idea beliau berkenaan bangun danjatuhnya tamadun-tamadun” (Schmidt, 1978, p.34; Campo,2009, p.334).

Beliau dilahirkan di Tūnis dan telah mengembara kepelbagai daerah di Benua Afrika, negara-negara Arab danEropah seperti Maghribi, Sepanyol, Mesir, Palestin dan ArabSaudi (Fuad Baali, n.d.).

Gelaran Khaldun yang terpakai pada beliau adalahdinisbahkan kepada nama datuknya yang kesembilan iaituKhalid ibn cUthmān, yang merupakan ahli keluarganyayang pertama memasuki Andalus ketika peperanganpembukaan negara-negara Islam (al-Fatḥ al-Islāmī).

6

Page 7: KHALDUN: SEJARAWAN DAN AHLI SOSIOLOGI ISLAM · 2018. 10. 26. · Karya-karya Ibn Khaldun adalah seperti berikut: 1. Lubāb al-Mu ḥ a ṣṣ al Fī U ṣūl al-Dīn, mengenai ilmu

Ditukarkan Khalid kepada Khaldun adalah kerana mengikutadat orang Arab dan Maghribi, di mana ditambahperkataan khālid dengan huruf ‘waw’ dan ‘nun’ untukmenunjukkan kebesaran seseorang itu apabila digunakandengan kata jamak. Maka terkenallah selepas itu keturunanKhalid ini dengan gelaran Bani Khaldun iaitu keturunanKhaldun (Ali cAbd al-Wahid Wafi, 1962, p.13).

Karya-karya Ibn Khaldun adalah seperti berikut:1. Lubāb al-Muḥaṣṣal Fī Uṣūl al-Dīn, mengenai ilmu akidah.

2. Ringkasan Beberapa Kitab Ibn Rushd, mengenai ilmufalsafah.

3. Taqyīd Fi al-Manṭiq, mengenai ilmu mantik.4. Kitāb Fi al-Ḥisāb, mengenai ilmu hisab5. Huraian Nazam Usul Fiqh oleh Syeikh Lisān al-Dīn al-Khaṭīb.

6. Huraian al-Burdah oleh Imam al-Busiri, mengenai qasidahyang memuji Nabi SAW.

7. Shifā’ al-Sā’il Fī Tahdhīb al-Masā’il, sebuah kitab tasawwuf.

7

Page 8: KHALDUN: SEJARAWAN DAN AHLI SOSIOLOGI ISLAM · 2018. 10. 26. · Karya-karya Ibn Khaldun adalah seperti berikut: 1. Lubāb al-Mu ḥ a ṣṣ al Fī U ṣūl al-Dīn, mengenai ilmu

8. Diwān al-Mubtada’ wa al-Khabar Fī Ayyām al-cArab wa al-cAjam wa al-Barbar wa Man cĀṣarahum Min Dhawī al-Sulṭān al-Akbar, termasuklah kitab Muqaddimah dan al-Tacrīf Bi IbnKhaldūn Wa Riḥlatuhu Gharban Wa Sharqan.

9. Waṣf Bilād al-Maghrib, yang ditulis untuk Timur Lang,pemerintah Monggol.

10. Tadhkīr al-Sahwān, risalah kecil yang menghuraikan sebuahhadis Nabi SAW dan

11. Muzīl al-Malām cAn Hukkām al-Anām, kitab berkenaan ilmupolitik.

8

Page 9: KHALDUN: SEJARAWAN DAN AHLI SOSIOLOGI ISLAM · 2018. 10. 26. · Karya-karya Ibn Khaldun adalah seperti berikut: 1. Lubāb al-Mu ḥ a ṣṣ al Fī U ṣūl al-Dīn, mengenai ilmu

Pelbagai maklumat dan catatan Ibn Khaldunmengenai al-Ashcariyyah boleh dirujuk dalamtiga buah buku seperti berikut:

1. Lubāb al-Muḥaṣṣal Fī Uṣūl al-Dīn (1996)2. Diwān al-Mubtada’ wa al-Khabar Fī Ayyām

al-cArab wa al-cAjam wa al-Barbar wa MancĀṣarahum Min Dhawī al-Sulṭān al-Akbar,atau Tarīkh Ibn Khaldūn,

3. Muqaddimah Ibn Khaldūn, yang merupakanpengenalan atau jilid pertama kepada kitabDiwānnya.

Artikel ini hanya menumpukan kajian ke ataspandangan Ibn Khaldun mengenai al-Ashcariyyah daripada Muqaddimahnyasahaja.

9

Page 10: KHALDUN: SEJARAWAN DAN AHLI SOSIOLOGI ISLAM · 2018. 10. 26. · Karya-karya Ibn Khaldun adalah seperti berikut: 1. Lubāb al-Mu ḥ a ṣṣ al Fī U ṣūl al-Dīn, mengenai ilmu

Terdapat empat perkara penting yang telah mengangkat namaIbn Khaldun dalam kalangan ahli akademik dunia, iaituMuqaddimahnya, al-cIbarnya, konsep caṣabiyyah dan konsepcUmrān.

“law lā maḍmūn al-cIbar wa al-Muqaddimah, mā curifa Khaldūn wa al-cUmrān wa al-cAṣabiyyah,” yang bermaksud: jika tidak keranakandungan kitab al-cIbar dan al-Muqaddimah, tidak akan dikenalilahnama Ibn Khaldun, teori umran dan asabiyyahnya.

cUmrān adalah sebuah ilmu yang mengkaji tentang manusia dalamaspek persejarahan, kebudayaan, kemasyarakatan dan sikapmental. Meskipun, kalimah cUmrān tidak lagi digunakan sebagaisebuah terminologi rasmi dalam kalangan ahli sains sosial moden,namun maksud-maksudnya masih dapat dikesan dalamperbincangan-perbincangan ilmu-ilmu antropologi, sosiologi,psikologi kemasyarakatan, urbanisasi sosial, sosiologi pengetahuandan historiografi.

10

Page 11: KHALDUN: SEJARAWAN DAN AHLI SOSIOLOGI ISLAM · 2018. 10. 26. · Karya-karya Ibn Khaldun adalah seperti berikut: 1. Lubāb al-Mu ḥ a ṣṣ al Fī U ṣūl al-Dīn, mengenai ilmu

Menurut Ibn Khaldun, ilmu cUmrān adalah ilmu yangmembahaskan tentang peradaban dan tamadun manusia.Peradaban dan tamadun manusia dalam pemikiran IbnKhaldun adalah pemakmuran alam sejagat oleh manusia(cUmrān al-basharī), ini termasuklah masyarakat yang menetapdi bandar atau Ḥaḍarī, mahu pun di kawasan luar bandarseperti nomad atau Badwī.

Dalam konteks Ibn Khaldun, proses pemakmuran itumerangkumi hidup berorganisasi, berbudaya, berilmu danberusaha atau berkerjaya.

Ibn Khaldun menjelaskan hal ini dalam Muqaddimahnya sepertiberikut:

وريالاجتماعهذا فإذن ي للن�ع�ضاعتمار مناللهأرادەوما وجودهم�كمللمو�لا الا�سايض

.علماللهذا موضوعا جعلناەالذيالعمرانمعىض هو وهذا إ�اهمواستخلافهبهمالعالم

Maksudnya: Oleh itu, organisasi sosial adalah suatu yang wajibbagi manusia. Tanpanya, kewujudan manusia tidak akansempurna. Dan apa yang Allah mahukan daripada organisasisosial ini adalah memakmurkan dunia ini melalui makhlukmanusia dan menjadikan manusia sebagai khalifah (penggantiAllah SWT) di bumi. Inilah maksudnya cUmrān, perkara yangmenjadi objek perbincangan dalam ilmu ini

11

Page 12: KHALDUN: SEJARAWAN DAN AHLI SOSIOLOGI ISLAM · 2018. 10. 26. · Karya-karya Ibn Khaldun adalah seperti berikut: 1. Lubāb al-Mu ḥ a ṣṣ al Fī U ṣūl al-Dīn, mengenai ilmu

12

Dalam terminologi Ibn Khaldun sendiri, beliaumengungkapkan kajian umrannya dengan ciri-ciriberikut: sebuah sains yang baharu (cilm mustaḥdath al-ṣancah), yakni jika hendak dibandingkan denganfalsafah sejarah pada era kontemporarinya; unik dalamtabiatnya (gharīb al-nuzcah), sangat berfaedah (cazīzal-fā’idah), ilmu yang terasing sendiri (cilm mustaqill binafsihi), yang berbeza daripada ilmu retorik ataukhutbah (cilm al-khiṭābah) dan juga politikketamadunan (cilm al-siyāsah al-madaniyyah) (IbnKhaldun, 1967, 1:77-78; Ibn Khaldūn, 2014, 1:333).

Franz Rosenthal (1914-2003) menterjemahkan cUmrānsebagai ‘tamadun.’ Saleh Faghirzadehmenterjemahkan cUmrān sebagai ‘’sosiologi’(Faghirzadeh, 1982, 22). Manakala, MahmoudDhaouadi menterjemahkannya sebagai ‘sains sosial’(Mahmoud Dhaouadi, 2005, 585). Mahayudin Yahayapula menterjemahkannya kepada ‘kemakmuran’(Mahayudin Yahaya, 2011).

Page 13: KHALDUN: SEJARAWAN DAN AHLI SOSIOLOGI ISLAM · 2018. 10. 26. · Karya-karya Ibn Khaldun adalah seperti berikut: 1. Lubāb al-Mu ḥ a ṣṣ al Fī U ṣūl al-Dīn, mengenai ilmu

Bagaimanakah kaedah sains cUmrān oleh Ibn Khaldun? “Untuk menulis sesuatu sejarah menghendaki sumber

yang banyak dan pengetahuan yang bermacam-macam. Ia memerlukan agakan yang tepat danketekunan yang membolehkan para sejarawan itumenemui kebenaran dan menjauhkannya daripadamelakukan pelbagai ketersasulan dan kesalahan.Sekiranya seseorang sejarawan itu menerima catatansejarah dalam bentuk yang dinukilkan dan tidakmempunyai pengetahuan yang jelas tentang prinsip-prinsip yang didasarkan oleh kebiasaan, tentang fakta-fakta politik yang asas, tentang watak peradaban,atau keadaan-keadaan yang mempengaruhiorganisasi sosial manusia, dan sekiranya lanjutandaripada itu, dia menilai antara bahan yang terpencilatau yang lama, melalui perbandingan di antara yangbaru atau semasa, maka pastinya dia tidak akandapat mengelak daripada tergelincir danmenyimpang daripada jalan yang benar” (IbnKhaldun, 1967, 1:15-16; Ibn Khaldun, 2002, 1-2).

13

Page 14: KHALDUN: SEJARAWAN DAN AHLI SOSIOLOGI ISLAM · 2018. 10. 26. · Karya-karya Ibn Khaldun adalah seperti berikut: 1. Lubāb al-Mu ḥ a ṣṣ al Fī U ṣūl al-Dīn, mengenai ilmu

cUmrān Ibn Khaldun

1. Sumber rujukan yang digunakan:

berautoriti dan autentik

2. Mengambil sesuatu

maklumat secara

langsung daripada

sumber rujukan sahaja adalah

tidak cukup

3. Minda yang spekulatif dan

penuh teliti diperlukan untuk

menilai data dan membuat

interpretasi

4. Gabungan antara sumber

kajian, pengetahuan dalam menilai serta membuat interpretasi ke atas sumber

kajian adalah elemen penting

yang membentuk

sains cUmrān Ibn Khaldun

14

Page 15: KHALDUN: SEJARAWAN DAN AHLI SOSIOLOGI ISLAM · 2018. 10. 26. · Karya-karya Ibn Khaldun adalah seperti berikut: 1. Lubāb al-Mu ḥ a ṣṣ al Fī U ṣūl al-Dīn, mengenai ilmu

Umran Ashācirah Ahli Sunah Waljamaah? Sepanjang sejarah pertumbuhan al-Ashācirah, kumpulan

ini telah menerima pelbagai salah faham, tohmahan, danfitnah daripada pelbagai pihak, terutamanya daripadagolongan yang membencinya. Sesuai dengan ungkapanhukama’:

عين الرضا على كل عيب كليلة، وعين السخط تبدي المساوئ

Berdasarkan pernyataan awal oleh Ibn Khaldun dalamMuqaddimahnya berkenaan kaedah sains cUmrān, makadapatlah disimpulkan di sini bahawa maklumat yangbeliau ungkapkan berkenaan al-Ashācirah dalam kitabMuqaddimahnya telah melalui tapisan, saringan dan ujian‘kertas litmus’ sains cUmrānnya.

Salah faham, tohmahan dan fitnah ke atas mazhabAshācirah ini terdiri daripada pelbagai bentuk. Adaantaranya yang ditujukan ke atas pendiri mazhabAshācirah ini iaitu, Imam Abū al-Ḥasan al-Ashcarī (260-324H), ke atas ajaran-ajarannya, ke atas parapengikutnya dan karya-karya utama mazhab Ashācirah.

15

Page 16: KHALDUN: SEJARAWAN DAN AHLI SOSIOLOGI ISLAM · 2018. 10. 26. · Karya-karya Ibn Khaldun adalah seperti berikut: 1. Lubāb al-Mu ḥ a ṣṣ al Fī U ṣūl al-Dīn, mengenai ilmu

Terdapat pelbagai kitab yang telah menjawabmengenai kedudukan Ashācirah sebagaisebuah mazhab dalam Ahli SunnahWaljamaah. Antara yang utama adalah:

1. Tabyīn Kadhib al-Muftarī Fīmā Nusiba Ilā al-Imām Abī al-Ḥasan al-Ashcarī (1399H)

2. Ahl al-Sunnah al-Ashācirah: Shahādah cUlamā’al-Ummah Wa Adillatuhum (2010)

Antara keunikan kaedah dakwah mazhabAshācirah adalah menggunakan pendekatanlogik sebagai kaedah memberikan kefahamanmengenai asas-asas serta cabang-cabangdalam ajaran Islam.

Kaedah dakwah mazhab Ashācirah jugamenganjurkan perkembangan Islam yangaman dan sejahtera dengan menolak amalandan konsep takfīr (mengkafirkan umat Islam)dalam perkara cabang dalam agamasehingga memecahbelahkan kesatuanummah.

16

Page 17: KHALDUN: SEJARAWAN DAN AHLI SOSIOLOGI ISLAM · 2018. 10. 26. · Karya-karya Ibn Khaldun adalah seperti berikut: 1. Lubāb al-Mu ḥ a ṣṣ al Fī U ṣūl al-Dīn, mengenai ilmu

Perkataan al-Ashcarī telah disebut sebanyak tiga kali dalamMuqaddimah untuk merujuk kepada Imam Abū al-Ḥasan al-Ashcarī.

Perkataan al-Ashcariyyah pula telah disebut sebanyak lapan kaliuntuk merujuk kepada mazhab al-Ashcariyyah. Kedua-dua katakunci ini telah dinyatakan oleh Ibn Khaldun (2014) dalam bab-bab berikut dalam kitab Muqaddimah:

1. Fī Aṣnāf al-Mudrikīn Li al-Ghayb (Penjelasan golongan-golonganyang mengetahui perkara ghaib)

2. Fī al-Laqab Bi Amīr al-Mu’minin (Penjelasan mengenai gelaranAmirul Mukminin kepada pembesar-pembesar Umat Islam)

3. Al-Khilāfiyyāt (Perkara-perkara yang diperselisihkan hukum syarakke atasnya)

17

Page 18: KHALDUN: SEJARAWAN DAN AHLI SOSIOLOGI ISLAM · 2018. 10. 26. · Karya-karya Ibn Khaldun adalah seperti berikut: 1. Lubāb al-Mu ḥ a ṣṣ al Fī U ṣūl al-Dīn, mengenai ilmu

4. cIlm al-Kalām (Ilmu Kalam)5. Fī Kashf al-Ghiṭā’ cAn al-Mutashābih Min al-Kitāb Wa al-Sunnah

(Penjelasan terperinci tentang pengertian perkataan yangkurang jelas maksudnya di dalam al-Quran dan al-Sunnah)

6. cIlm Tacbīr al-Ru’yā (Ilmu tafsir mimpi)

Melalui kaedah kajian kandungan secara semantik ke ataskitab Muqaddimah Ibn Khaldun mengenai Ashācirah, terdapatlima tema utama yang dapat diekstrakkan dalam artikel ini.Lima tema utama mengenai Ashācirah ini adalah sepertiberikut:

1. Mengenai pengasas mazhab Ashācirah iaitu Imam Abū al-Ḥasan al-Ashcarī (260-324H)

2. Berkenaan sejarah perkembangan mazhab Ashācirah diMaghribi

3. Mengenai contoh-contoh karya dalam mazhab Ashācirah4. Ajaran mazhab Ashācirah berkenaan isu Karamah dan perkara

ghaib5. Ajaran mazhab Ashācirah berkenaan isu tanzih Allah atau ayat

Mutashābihāt

18

Page 19: KHALDUN: SEJARAWAN DAN AHLI SOSIOLOGI ISLAM · 2018. 10. 26. · Karya-karya Ibn Khaldun adalah seperti berikut: 1. Lubāb al-Mu ḥ a ṣṣ al Fī U ṣūl al-Dīn, mengenai ilmu

5.1. Personaliti Serta Ketokohan Imam Abū Al-Ḥasan Al-Ashcarī:

Penyelesaian kepada beberapa isu dan kemelutpermasalahan akidah dalam aspek khalq al-Qur’ān(kemakhlukan al-Quran), dan al-tashbīh (menyamakansifat Allah SWT dengan sifat makhluk). “Bahaya bidaah ini terus membesar. Sebahagian

khalifah dan imam-imam mereka (muktazilah)mempelajarinya, dan membawa rakyatnya padapemahaman tersebut. Imam-imam kaum salafberusaha menentang mereka. Penentangan inimengakibatkan ramai ulama salaf dipenjarakan dandibunuh oleh para khalifah. Inilah salah satu sebabbagi kebangkitan Ahli Sunnah untuk mengemukakandalil logik dalam menghadapi akidah-akidah sepertiini sebagai suatu penolakan atas munculnya bidaah-bidaah ini. Syeikh Abū al-Ḥasan al-Ashcarī melakukanhal demikian. Diambilnya pendapat tengah di antaraaliran-aliran yang ada. Dia menolak menyamakanAllah SWT dengan makhluk (tashbīh)” (Ibn Khaldun,2002, 608).

19

Page 20: KHALDUN: SEJARAWAN DAN AHLI SOSIOLOGI ISLAM · 2018. 10. 26. · Karya-karya Ibn Khaldun adalah seperti berikut: 1. Lubāb al-Mu ḥ a ṣṣ al Fī U ṣūl al-Dīn, mengenai ilmu

5.2. Berkenaan sejarah perkembangan mazhab Ashācirah diMaghribi - Penelitian Ibn Khaldun ke atas sejarah Maghribidan kawasan sekitarnya:

“Mahdi al-Muwaḥiddūn, (Almohad) melanjutkan apa yangdilakukan oleh al-Murabithun (Almoravids). Mahdi telahmemperjuangkan apa yang benar. Baginda telahmenggelar pengikutnya sebagai al-Muwaḥiddūn (pengikutyang memperjuangkan keesaan Allah SWT). Bagindamengikut mazhab Ashācirah, bersedih dengan sikappenduduk Maghribī yang telah meninggalkan mazhabtersebut kerana mengikuti tradisi kaum Salaf, iaitu mengenaimasalah meninggalkan takwil terhadap zahir nas syarak danpentakwilannya daripada tajsim. Kaedah takwil ini sudahterkenal dalam mazhab Ashācirah” (Ibn Khaldun, 2002, 254).

20

Page 21: KHALDUN: SEJARAWAN DAN AHLI SOSIOLOGI ISLAM · 2018. 10. 26. · Karya-karya Ibn Khaldun adalah seperti berikut: 1. Lubāb al-Mu ḥ a ṣṣ al Fī U ṣūl al-Dīn, mengenai ilmu

Mengenai contoh-contoh karya dalam mazhab Ashācirah:

“Pengikut Syeikh Abū al-Ḥasan al-Ashcarī menjadi ramai.Murid-muridnya, seperti Ibn Mujahid dan lain-lainnya,mengikuti jalan yang ditempuh gurunya. Al-Qāḍī AbuBakar al-Bāqilānī belajar dari murid-murid al-Ashcarī. Diakemukakan soal imāmah berdasarkan sistem pemikiranmereka, disusunnya lebih sistematik dan dirangkaikandengan premis-premis logik yang menjadi dasarhujahan dan pandangan-pandangan. Misalnya,pembicaraan soal zat (jauhar), atom (fard), dankekosongan (khalā’). Dikemukakan bahawa carḍ tidaktegak kerana carḍ, dan bahawa carḍ tidak kekal dalamdua zaman serta contoh-contoh semacam itu yangmenjadi dasar daripada hujahan mereka. Al-Bāqilānīmenjadikan kaedah-kaedah ini sebagai sebahagiandaripada caqa’id imāniyyah yang wajib untuk diyakini,kerana kaedah-kaedah itu merupakan dasar daripadadalil-dalil. Sesuatu yang dihujahkan menjadi salahapabila dalil hujahan yang digunakan juga salah....

21

Page 22: KHALDUN: SEJARAWAN DAN AHLI SOSIOLOGI ISLAM · 2018. 10. 26. · Karya-karya Ibn Khaldun adalah seperti berikut: 1. Lubāb al-Mu ḥ a ṣṣ al Fī U ṣūl al-Dīn, mengenai ilmu

...Aliran pemikiran ini menjadi kaedah teoretikal danilmu-ilmu agama yang paling baik. Hanya saja, kadang-kadang, bentuk-bentuk dalil yang dikemukakan didalamnya hadir dengan cara yang tidak memuaskankerana tingkat pemikiran pembaca masih sederhanadan ilmu logik sebagai alat hujahan dan untukmengemukakan premis-premis pada waktu itu masihbelum muncul dalam Islam. Kalaupun ada, ulama-ulama kalam masih belum mempergunakannya keranailmu logik masih bercampur-baur dengan ilmu-ilmufalsafah yang sangat bertentangan dengan keyakinansyariat agama. Dengan demikian, mereka menjauhiilmu logik. Kemudian, setelah al-Qāḍī Abu Bakar al-Bāqilānī, muncul Imam al-Ḥaramayn Abū al-Macāli.Pemikiran ini ditulis di dalam bukunya berjudul al-Shāmil.Dia bicarakan soal tersebut dengan luasnya, untukselanjutnya dia ringkaskan dalam tulisannya bertajuk al-Irshād. Buku al-Irshād menjadi petunjuk bagi keyakinanakidah ramai orang” (Ibn Khaldun, 2002, 608).

22

Page 23: KHALDUN: SEJARAWAN DAN AHLI SOSIOLOGI ISLAM · 2018. 10. 26. · Karya-karya Ibn Khaldun adalah seperti berikut: 1. Lubāb al-Mu ḥ a ṣṣ al Fī U ṣūl al-Dīn, mengenai ilmu

Ajaran mazhab Ashācirah berkenaan isu Karamahdan perkara ghaib:

“Adalah suatu yang tidak munasabah bahawakaramah itu boleh dilakukan oleh seorang manusiayang pembohong. Menurut Ashcariyyah, apa yangmenjadi bahagian penting pada mukjizat itu ialahtaṣdīq (pembenaran) dan hidāyah (petunjuk).Sekiranya mukjizat itu terjadi dalam suatu keadaanyang bertentangan, maka kesemua perkara iniakan menjadi terbalik. Kebenaran akan diragukan,hidayah dianggap sebagai kesesatan, danpembenaran menjadi pemalsuan” (Ibn Khaldun,2002, 45).

23

Page 24: KHALDUN: SEJARAWAN DAN AHLI SOSIOLOGI ISLAM · 2018. 10. 26. · Karya-karya Ibn Khaldun adalah seperti berikut: 1. Lubāb al-Mu ḥ a ṣṣ al Fī U ṣūl al-Dīn, mengenai ilmu

Dalam menjelaskan bab tanzih dan mutashābihāt pula, IbnKhaldun menyebutkan:

Demikian pula, mereka menetapkan ‘tempat’ bagi Allahberdasarkan alasan adanya sebuah hadis berkenaan hambaperempuan bernama al-Sawdā’ ketika Nabi Muhammad SAWbertanya kepadanya: “Di manakah Allah?” Dia menjawab: “Dilangit.” Nabi lalu memerintahkan: “Bebaskan dia, sebab diaberiman.” Di sini, Nabi tidak menetapkan keimanan (al-Sawdā’) kerana kalimatnya yang menetapkan ‘tempat’ bagiAllah. Tetapi Nabi menyatakan yang dia telah beriman keranaal-Sawdā’ beriman kepada zahir ayat (tanpa mentashbihkanmaknanya) yang menyebutkan bahawa Allah fī al-Samā’(seperti surah al-Zukhruf 43: ayat 84; al-Mulk 67: ayat 16 dan17). Maka al-Sawdā’ pun termasuk dalam kelompok al-Rāsikhūn (yang mendalam keimanannya) kepada ayat-ayatmutashābihāt tanpa menyingkap maknanya. Ketegasanpendapat akan ‘ketiadaan tempat’ bagi Tuhan merupakanhasil daripada dalil akal yang menafikan kebergantunganTuhan kepada makhluk. Dan antara ayat-ayat yangberhubung dengan penolakan penyamaan Tuhan denganmakhluk, yang mentanzihkan Tuhan adalah seperti “tidak adasesuatu pun yang menyamai-Nya”; dan firman Allah: “DanDialah Allah di langit dan di bumi”...

24

Page 25: KHALDUN: SEJARAWAN DAN AHLI SOSIOLOGI ISLAM · 2018. 10. 26. · Karya-karya Ibn Khaldun adalah seperti berikut: 1. Lubāb al-Mu ḥ a ṣṣ al Fī U ṣūl al-Dīn, mengenai ilmu

…Adalah sesuatu yang maujud itu mustahil berada didua tempat dalam satu-satu masa, maka maksudperkataan “fī (di)” di sini bukanlah memberi maksudtempat. Yang dimaksudkan adalah sesuatu yangberlainan. Kemudian, cara pentafsiran ini berlaku bagisemua ayat yang makna zahirnya menunjukkan padawajh (wajah), al-cAynayn (dua mata), al-Yadayn (duatangan), al-Nuzūl (turun), dan al-Kalām bi al-Ḥarf wa al-Ṣawṭ (perkataan Tuhan dengan huruf dan suara). Untukayat-ayat mutashabihat ini mereka (Ahli SunnahWaljamaah) ciptakan pengertian yang lebih umumberbanding pengertian yang bersifat menyamakanAllah SWT dengan makhluk. Mereka menjauhkan maknayang bersifat jisim bagi Allah SWT. Dan ini (tashbih dantajsim Allah SWT) merupakan sesuatu yang tidak dikenalidi dalam ilmu bahasa Arab. Dan generasi ke generasiberikutnya, para ulama Hanbali (yang mushabbihahdan mujassimah) selalu mengikuti pendapat demikian(melakukan tashbih dan tajsīm). Ahli Sunnah Waljamaahdaripada kalangan ulama kalam Ashcariyyah danHanafiah pula berusaha menolak perkara ini (IbnKhaldun, 2002, 622-623).

25

Page 26: KHALDUN: SEJARAWAN DAN AHLI SOSIOLOGI ISLAM · 2018. 10. 26. · Karya-karya Ibn Khaldun adalah seperti berikut: 1. Lubāb al-Mu ḥ a ṣṣ al Fī U ṣūl al-Dīn, mengenai ilmu

Terdapat tiga idea utama yang dapat disimpulkanberdasarkan analisis dan penelitian kepada pandangan-pandangan Ibn Khaldun:

1. Harus difahami bahawa persembahan Ibn Khaldunmengenai mazhab Ashācirah adalah berdasarkan tujuanpenulisan Muqaddimah:

Oleh itu, maklumat yang diberikan oleh Ibn Khaldunadalah sekadar yang mencakupi keperluan beliaudalam mencapai objektif penulisannya. Malah,Muqaddimah haruslah difahami sebagai sebuah karyapengenalan kepada kitab Tārīkhnya yang lebih panjang.Oleh itu, pandangan Ibn Khaldun mengenai mazhabAshācirah adalah sangat ringkas dan terpisah-pisahberbanding membaca sebuah buku yang terfokuslangsung kepada mazhab Ashācirah seperti kitab TabyīnKadhib al-Muftarī Fīmā Nusiba Ilā al-Imām Abī al-Ḥasanal-Ashcarī (1399H) dan Ahl al-Sunnah al-Ashācirah:Shahādah cUlamā’ al-Ummah Wa Adillatuhum.

26

Page 27: KHALDUN: SEJARAWAN DAN AHLI SOSIOLOGI ISLAM · 2018. 10. 26. · Karya-karya Ibn Khaldun adalah seperti berikut: 1. Lubāb al-Mu ḥ a ṣṣ al Fī U ṣūl al-Dīn, mengenai ilmu

2. Huraian mengenai mazhab Ashācirah banyakdikemukakan dalam bab ilmu kalam danmutashābihāt yang merupakan isu pentingyang melahirkan mazhab ini.

3. Akhir sekali, pandangan yang dikemukakanoleh Ibn Khaldun mengenai mazhab Ashācirahdalam Muqaddimah ini adalah berdasarkankepada sains umrannya. Seperti yang telahdijelaskan sebelum ini, sains umran Ibn Khaldunbersifat menyaring segala maklumat sejarahdan kemudian menganalisisnya berdasarkanaspek historiografi serta sosiologinya. Oleh itu,huraian-huraian yang telah dikemukakan padamuka surat awal kertas ini adalah sebenarnyamaklumat-maklumat yang telah melalui prosessaringan dan analisis kritikal oleh Ibn Khaldunmelalui kaedah sains umrannya sebelumdimasukkan ke dalam Muqaddimah.

27

Page 28: KHALDUN: SEJARAWAN DAN AHLI SOSIOLOGI ISLAM · 2018. 10. 26. · Karya-karya Ibn Khaldun adalah seperti berikut: 1. Lubāb al-Mu ḥ a ṣṣ al Fī U ṣūl al-Dīn, mengenai ilmu

Kertas ini membentangkan beberapa pandangan Ibn Khaldunmengenai al-Ashcariyyah seperti yang termaktub dalamMuqaddimahnya. Menggunakan kaedah analisis kandungansecara semantik, beberapa tema mengenai al-Ashcariyyahtelah disusun dan diteliti lebih mendalam bagi menghuraikanpandangan Ibn Khaldun mengenai mazhab Ashācirah.

Melalui kaedah kajian kandungan secara semantik ke ataskitab Muqaddimah Ibn Khaldūn (2014) mengenai Ashācirah,terdapat lima tema utama yang dapat diekstrakkan dalamartikel ini. Lima tema utama mengenai Ashācirah ini adalahseperti berikut: mengenai pengasas mazhab Ashācirah iaituImam Abū al-Ḥasan al-Ashcarī (260-324H), sejarahperkembangan mazhab Ashācirah di Maghribi, contoh-contohkarya dalam mazhab Ashācirah, ajaran mazhab Ashācirahberkenaan isu Karamah dan perkara ghaib, serta ajaranmazhab Ashācirah berkenaan isu tanzih Allah SWT atau ayatayat Mutashābihāt.

28

Page 29: KHALDUN: SEJARAWAN DAN AHLI SOSIOLOGI ISLAM · 2018. 10. 26. · Karya-karya Ibn Khaldun adalah seperti berikut: 1. Lubāb al-Mu ḥ a ṣṣ al Fī U ṣūl al-Dīn, mengenai ilmu

Terdapat tiga idea utama yang dapat disimpulkan berdasarkananalisis dan penelitian kepada pandangan-pandangan IbnKhaldun yang menghuraikan berkenaan mazhab Ashācirahdalam kitabnya Muqaddimah.

1. Pertama, harus difahami bahawa persembahan Ibn Khaldunmengenai mazhab Ashācirah adalah berdasarkan tujuan penulisanMuqaddimah, iaitu untuk mempersembahkan sebuah sejarahmengenai bangsa Arab dan Barbar.

2. Kedua, huraian mengenai mazhab Ashācirah banyak dikemukakandalam bab ilmu kalam dan mutashābihāt dalam kitab MuqaddimahIbn Khaldūn (2014) yang merupakan isu penting yang melahirkanmazhab ini.

3. Ketiga dan terakhir, pandangan yang dikemukakan oleh IbnKhaldun mengenai mazhab Ashācirah dalam Muqaddimah iniadalah berdasarkan kepada sains umrannya.

Oliver Leaman (lahir 1950), seorang Profesor dalam bidangFalsafah Yahudi, Islam dan Dunia Timur di University of Kentucky,pernah mengatakan: the Muqaddima is intent to put everythingin its place…Only through the systematic investigation of eachaspect of Ibn Khaldun’s Muqaddima will we be able toappreciate the depth of his intellectual work as a whole

29

Page 30: KHALDUN: SEJARAWAN DAN AHLI SOSIOLOGI ISLAM · 2018. 10. 26. · Karya-karya Ibn Khaldun adalah seperti berikut: 1. Lubāb al-Mu ḥ a ṣṣ al Fī U ṣūl al-Dīn, mengenai ilmu

Terima kasih atas perhatian.Moga kerja yang serba kekurangan

ini memberikan manfaat kepadaummah dan Khaldunian studies.

Wassalamu alaykum warahmatullah.WalLahu ta’ala a’lamu bis sawab.

30