KERTAS PENERANGAN.M07

15
Kod Kertas C-010-1/M07/IS01 Page 1 of 15 INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA KERTAS PENERANGAN KURSUS C-010-1 MEKANIK PENYEJUKBEKUAN DAN PENYAMANAN UDARA – DOMESTIK TAHAP SATU (1) NO DAN TAJUK MODUL M07 - AIR CONDITIONER REGULAR PREVENTIVE MAINTENANCE DUTI & TUGASAN 10- AIR CONDITIONING REGULAR PREVENTIVE MAINTENANCE 02 – CHECK AND CLEAN AIR FILTERS 03 – CHECK AND SERVICE DRAIN PIPES 04 – CHECK AND SERVICE CONDENSERS 05 – CHECK AND SERVICE EVAPORATORS 06 – CHECK AND SERVICE COMPRESSORS 07 – LUBRICATE ALL MOVING PARTS 08 – CHECK THE CONDITION OF BRACKETS AND CASING OBJEKTIF PENCAPAIAN SERVICE EVAPORATOR AND COMPRESSOR BY USING PROPER EQUIPMENT. CLEAN AIR FILTER,CONDENSERS AND CHECK THE CONDITION OF BRACKET AND CASING BY USING PROPER METHOD AND EQUIPMENT SO THAT THE UNIT FUNCTION ACCORDING TO SPECIFICATIONS. TAJUK SENGGARAAN UNIT PENYEJUKBEKUAN DAN PENYAMANAN UDARA TUJUAN KERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN : 1. Maklumat-maklumat teknikal berkenaan keperluan senggaraan ke atas saliran limpahan unit penyaman udara bilik 2. Maklumat-maklumat teknikal berkenaan senggaraan ke atas penapis udara penyaman udara bilik 3. Maklumat-maklumat teknikal berkenaan senggaraan ke atas sirip-sirip penyaman udara Modul 07 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2010 (Versi 1)

description

AIR CONDITIONER REGULAR PREVENTIVE MAINTENANCE

Transcript of KERTAS PENERANGAN.M07

Page 1: KERTAS PENERANGAN.M07

Kod Kertas C-010-1/M07/IS01 Page 1 of 14

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARAKEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN

KURSUSC-010-1 MEKANIK PENYEJUKBEKUAN DAN PENYAMANAN UDARA – DOMESTIK

TAHAPSATU (1)

NO DAN TAJUK MODUL

M07 - AIR CONDITIONER REGULAR PREVENTIVE MAINTENANCE

DUTI & TUGASAN

10- AIR CONDITIONING REGULAR PREVENTIVE MAINTENANCE

02 – CHECK AND CLEAN AIR FILTERS03 – CHECK AND SERVICE DRAIN PIPES04 – CHECK AND SERVICE CONDENSERS05 – CHECK AND SERVICE EVAPORATORS06 – CHECK AND SERVICE COMPRESSORS07 – LUBRICATE ALL MOVING PARTS08 – CHECK THE CONDITION OF BRACKETS AND CASING

OBJEKTIF PENCAPAIAN

SERVICE EVAPORATOR AND COMPRESSOR BY USING PROPER EQUIPMENT. CLEAN AIR FILTER,CONDENSERS AND CHECK THE CONDITION OF BRACKET AND CASING BY USING PROPER METHOD AND EQUIPMENT SO THAT THE UNIT FUNCTION ACCORDING TO SPECIFICATIONS.

TAJUKSENGGARAAN UNIT PENYEJUKBEKUAN DAN PENYAMANAN UDARA

TUJUAN

KERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN :

1. Maklumat-maklumat teknikal berkenaan keperluan senggaraan ke atas saliran limpahan unit penyaman udara bilik

2. Maklumat-maklumat teknikal berkenaan senggaraan ke atas penapis udara penyaman udara bilik

3. Maklumat-maklumat teknikal berkenaan senggaraan ke atas sirip-sirip penyaman udara bilik.

4. Maklumat teknikal berkenaan keperluan senggaraan ke atas pemampat.

5. Maklumat teknikal berkenaan senggaraan ke atas lain-lain komponan penyaman udara bilik

6. Maklumat-maklumat teknikal berkenaan senggaraan ke atas pendakap.

Modul 07 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2010 (Versi 1)

Page 2: KERTAS PENERANGAN.M07

Kod Kertas C-010-1/M07/IS01 Page 2 of 14

Maklumat-maklumat teknikal berkenaan keperluan senggaraan ke atas saliran limpahan unit penyaman udara bilek

Lembapan di dalam udara akan tersejat di evaporator seperti di lakaran condensation di evaporator di sebelah kanan. Ia terjadi apabila udara yang mengandungi wap air melewati dan bersentuhan dengan gelungan dan sirip-sirip condensor, lembapan ini akan tersejat kepada bentuk cecair dan titisan ini akan menglir ke bahagian bawah evaporator.

Titisan cecair air (embun) tadi akan terus mengalir ke arah tapak (base) unit di mana saluran khas telah disediakan untuk ia mengalir ke bahagian belakang evaporator.

Keperluan dan kesanya ke atas sistem

Dalam unit penyaman udara bilek dari jenis tingkap laluan air sejatan disediakan untuk pengaliran terus ke bahagian belakang tapak unit seperti di lakaran aliran air dalam unit di sebelah kanan, jika laluan tersebut tersumbat, air akan bertakung dan meninggi di dalam tapak unit dan akan tumpah semula ke bahagian depan unit dan boleh jatuh ke atas lantai dalam bilek.

Kesan yang sama juga akan berlaku ke atas unit jenis split jika saliran limpahnya tersumbat dimana air limpahan akan ditendang semula dan masuk balik ke dalam bilek, jika unit di letakan di tempat yang sensitive terhadap kehadhiran air seperti peralatan elektronik dsn sebagainya ia akan memberi masalah ke atas keselamatan peralatan tersebut.

Lakaran drain pipe disebelah kanan menunjukan pemasangan yang biasa untuk saliran limpahan oleh sebuah unit penyaman udara dari jenis tingkap.

Modul 07 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2010 (Versi 1)

drain

unit penyaman

drain elbow

drain pipe

drain pipe

fliexible hose

condensation di evaporator

alluminium fin

coppertube

titisan air

titisan-titisan air yang condense

condevap

laluan air sejatan

titek air sejatan

tapakunit

aliran air dalam unit

Page 3: KERTAS PENERANGAN.M07

Kod Kertas C-010-1/M07/IS01 Page 3 of 14

Peralatan kerja yang diperlukan

Berikut ialah senarai peralatan yang biasa digunakan untuk kerja-kerja senggaraan ke atas saliran limpahan unit penyaman udara,

i. air blower.ii. dawai flexible.iii. bahan pencuci habuk/kekotoran kimia.iv. air dan hos.

Teknik senggaraan

Penggunaan air blower dengan menyembur saliran limpahan dari hujung kehujung saliran adalah cara yang mudah dilakukan, walau bagaimanapun bagi sumbatan yang teruk penggunaan dawai “flixible” diperlukan bagi menolak sebarang sumbatan (blocking) yang terjadi yang tidak dapat dilakukan oleh air blower di atas (sila lihat lakaran seperti di bawah)

Maklumat-maklumat teknikal berkenaan senggaraan ke atas penapis udara penyaman udara bilek

Keperluan dan kesanya ke atas sistem.

Seperti diterangkan di atas dimana kompnan evaprator dalam bentuk coil & fins dalam sistem penyaman udara bilek semasa operasinya akan sentiasa dibasahi oleh lembapan yang condensed. Smentara udara bilek pula akan dikitarkan untuk melalui gelungan dan sirip-sirip

Modul 07 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2010 (Versi 1)

menggunakan air blower

drain pipe

air blowerindoor

unit

dinding

bracket

menggunakan flexible wire

flexible wire dinding

drain pipe

sumbat

udaraberhabukudara bersih

keluar

evaprator

air filter

Page 4: KERTAS PENERANGAN.M07

Kod Kertas C-010-1/M07/IS01 Page 3 of 14

evaporator tersebut, keadaan udara yang tidak menentu dimana boleh terdapat habuk serta kekotoran yang akan melalui evaporator akan dengan mudah boleh terperangkap olehnya kerana dalam keadaan basah.

Jika keadaan ini berterusan lama kelamaan habuk akan bertambah banyak dan akhirnya boleh membuat halangan kepada laluan kitaran udara bilek dan penyejukan akan terbantut.

Oleh itu air filter digunakan bagi menghalang dari habuk kepada melekat di evaporator dan disamping dapat pula menghidar udara bilek dari kekotoran habuk yang diperangkap oleh filter tersebut.

Peralatan yang diperlukan

Berikut disenaraikan peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan untuk kerja-kerja senggara ke atas penyaring udara unit penyaman udara bilek,

a. berus.b. penghembus angin (air blower).c. kain lap (waste clothe).d. penyembur bahan pencuci kimia (spray container).e. bahan pencuci kimia yang sesuai dan air.

Teknik senggaraan air filter

Pada masa ini kebanyakan filter untuk penyaman udara rumah diperbuat dari bahan fibre glass menjadikan ia lebih kuat dan teguh kerana dipasangkan dengan frame di sekelilingnya. Untuk mencuci filter dari jenis ini bolehlah disemburkan dengan pancutan air atau blower sekiranya kering.

Pastikan arah semburan hendaklah dari arah berlawanan dengan aliran udara masuk kerana ia dapat mengeluarkan habuk-habuk dan kekotoran dengan lebih mudah.

Maklumat-maklumat teknikal berkenaan senggaraan ke atas sirip-sirip penyaman udara bilek

Keperluan dan kesanya ke atas sistem

Modul 07 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2010 (Versi 1)

berus

air blower

baldi air

contoh air filter

framefilter dari fibre glass

teknik mencuci air filter

habuk dan air keluar

filterbahagian udara masuk

hos air

pancutan air

habuk dan angin keluar

air blower

hembusan udara

filterbahagian udara masuk

Page 5: KERTAS PENERANGAN.M07

Kod Kertas C-010-1/M07/IS01 Page 3 of 14

Keperluan senggaraan ke atas sirip-sirip sama ada untuk sirip condensor atau evaporator adalah sama seperti berikut,

memastikan supaya sirip-sirp bersih dari habuk dan kekotoran.memastikan supaya sirip-sirip bebas dari berlipat atau bengkok.memastikan supaya sirip-sirip bebas dari sebarang halangan untuk udara.

Jika senggaraan tidak dijalankan ke atas sirip-sirip bagi komponan-komponan di atas ia boleh menjejaskan keupyaaan/prestasi unit seperti berikut,

jika sirip-sirip evaporator dan condensor dipenuhi habuk, keupayaan komponan-komponan tersebut untuk proses pemindahan haba akan berkurangan dan kesanya suhu evaporator akan menjadi lebih tinggi.

jika sirip-siripnya bengkok atau berlipat juga akan menyebabkan proses pemindahan haba menjadi berkurangan oleh kuantiti udara yang kurang dan kesanya juga sama seperti di atas.

jika komponan evaporator dan condensor terhalang oleh sebarang objek, kesan yang sama seperti di atas boleh juga akan berlaku.

Peralatan untuk kerja-kerja senggaraan ke atas sirip-sirip

berusdigunakan untuk kerja-kerja mencuci habuk dan kekotoran pada sirip-sirip

air blower

digunkaan untuk menghembus atau menolak kekotoran dari sirip-sirip

liquid blower

pam penyembur cecair untuk digunakan besama bahan pencuci kimia kekotoran

Teknik senggaraan ke atas sirip-sirip condesor & evaporator

Sirip-sirip diperbuat dari bahan logam alluminium yang nipis, alluminium merupakan bahan yang lembut dan mudah koyak dan bengkok oleh itu dalam

Modul 07 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2010 (Versi 1)

fins comb

digunakan untuk menyikat atau melurus-kan semula sirip-sirip yang telah bengkok.

cleaningagent

Page 6: KERTAS PENERANGAN.M07

Kod Kertas C-010-1/M07/IS01 Page 3 of 14

kerja-kerja senggaraan ke atas sirip hendaklah diberi perhatian supaya langkah-langkah yang boleh merosakan sirip hendaklah diutamakan.

Bagi habuk kering yang biasa terutama disirip condensor, habuk-habuk boleh dibersihkan dengan menggunakan air blower dan juga berus biasa. Habuk-habuk yang terlekat pada sirip-sirip evaprator pula agak berlainan dari condensor kerana terdiri dari habuk yang dalam keadaan basah, oleh itu kebiasaanya ia menjadi sebati atau mati pada bilah-bilah sirip. Dalam keadaan ini ia tidak berupaya untuk disembur dengan menggunakan air blower.

Kebiasaanya teknik yang digunakan untuk membuang habuk-habuk yang telah sebati pada sirip-sirip evaporator ialah dengan menggunakan bahan pencuci kimia yang bertindak dengan memecahkan sebatian habuk-habuk tersebut.

Teknik penggunaan bahan kimia ialah dengan menyemburkanya kepada kekotoran menggunakan "spray pump" dan dibiarkan beberapa ketika untuk bahan kimia tersebut bertindak memecahkan pegangan (sebatian) kekotoran tersebut, setelah itu barulah disem-burkan dengan air biasa ataupun air blower.Penggunaan dan kendalian sebarang bahan pencuci kimia perlukan langkah-langkah keselamatan yang khusus seperti berikut,

a. mengetahui jenis bahan yang digunakan.b. mengetahui langkah-langkah penggunaanya.

c. mengetahui langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil jika tersentuh dengan bahan tersebut.

d. menggunakan pelindung yang sewajarnya seperti pelindung tangan, mata, pernafasan dan tubuh badan.

Maklumat teknikal berkenaan keperluan senggaraan ke atas pemampat

Seperti juga komponan condensor dan evaporator, komponan compressor juga terdedah kepada habuk-habuk dan kekotoran sekelilingnya. Kekotoran yang menebal disekeliling pemampat boleh bertindak sebagai penebat haba. Compressor penyaman udara bilek merupakan komponan yang bersuhu tinggi yang dihasilkan oleh motor pemampatnya, oleh itu ia perlu mengalirkan habanya kepada udara sekeliling bagi larian pada suhu yang sesuai.

Keperluan dan kesanya ke atas sistem

Habuk kekotoran yang menebal disekeliling shell pemampat boleh bertindak sebagai penebat haba dan ini akan menghalang dari haba yang dikeluarkan oleh motor pemampat dari mengalir keluar, pemampat akan berada dalam keadaan suhu tinggi dan ini boleh memendekan hayat motor pemampat.

Peralatan yang diperlukan untuk senggara pemampat di atas

Peralatan yang diperlukan untuk membersih bahagian luaran compressor adaalh seperti berikut,

.a.kain pencuci.

Modul 07 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2010 (Versi 1)

Page 7: KERTAS PENERANGAN.M07

Kod Kertas C-010-1/M07/IS01 Page 3 of 14

.b.air. .c.air blower.

Modul 07 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2010 (Versi 1)

Page 8: KERTAS PENERANGAN.M07

Kod Kertas C-010-1/M07/IS01 Page 3 of 14

Teknik senggaraanya

Basahkan kain pencuci dengan air dan lapkan bahagian luar shell compressor dari habu kekotoran hingga bersih, jika perlu semburkan udara dengan menggunakan air blower dan sebagainya.

Maklumat teknikal berkenaan senggaraan ke atas lain-lain komponan penyaman udara bilek

Selain dari komponan asas di atas terdapat lain-lain komponan yang menjadikan ia sebuah unit penyaman udara yang dapat berfungsi dengan licin, senyap dan berterusan, diantara komponan-komponan tersebut adalah seperti berikut,

.a. sistem pemaipan kitaran.

.b. motor blower.

.c. condensor dan evaporator fan blade.

.d. base plate.

.e. casing unit.

.f. suis-suis kawalan (control switch).

.g. suis-suis keselamatan (safety switch).

.h. capacitors.

.i. pendawaian unit.

Keperluan senggaraan dan kesanya ke atas lain-lain komponan

a. kitaran pemaipansenggaraan ke atas pemaipan kitaran ialah untuk membersihkan dari kekotoran dan gegaran diantara pemaipanya, kekotoran boleh menyebabkan pemidahan haba dari tiub ke udara.sekeling terjejas dan gegaran sesama tiub pemaipan menye-babkan bising lampau.

.b. motor blower.senggaraan ke atas motor blower ialah untuk membersihkan

bahagian luaran motor dari habuk kektoran dan memastikan motor berada dalam keadaan selamat, keko-toran menyebabkan pemindahan haba motor ke udara sekelling terjejas dan begitu juga dengan kedudukan motor yang longgar kesanya mungkin motor boleh terca-but atau mengeluarkan bunyi yang bising.

c. condensor dan evaporator fan bladesenggaraan ke atas komponan condensor

dan evaporator fan blade diperlukan bagi membersihkan blade dari keko-toran dan juga bunyi bising oleh sentuhan, bagi blower jenis empar yang digunakan oleh evaporator blower, keha-dhiran habuk boleh menjejaskan isi padu udara yang didis-caskan sekiranya pencedoknya dipenuhi dengan habuk

Modul 07 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2010 (Versi 1)

blower

pencedok udara(empar) habuk

kotor

bilah kipas evporator

Page 9: KERTAS PENERANGAN.M07

Kod Kertas C-010-1/M07/IS01 Page 3 of 14

kekotoran seperti digambarajah, juga untuk memastikan supaya bilah kipas tidak bengkok dan bergesel dengan bahagian lain yang boleh mengeluarkan bising lampau.

Modul 07 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2010 (Versi 1)

Page 10: KERTAS PENERANGAN.M07

Kod Kertas C-010-1/M07/IS01 Page 3 of 14

d. tapak (base)

senggaraan ke atas unit ialah untuk menentukan supaya berada dalam keadaan bersih dari habuk dan juga karat, memastikan saliran air sejatan boleh mangalir de-ngan baik, kesan kekaratan menyebabkan hayat penggunaan unit akan singkat dan kekotoran pula akan membuat halangan di dalam saliran limpahan yang boleh membuat air sejatan dari evaporator mengalir ke bahagian depan unit dan melimpah masuk ke dalam bilek.

e. penutup (casing) unitsenggaraan ke atas casing unit juga perlu untuk

membersihkan casing dari habuk kekotoran supaya nampak bersih, kadangkala ia sangat perlu kerana pada struktur rumah yang cantik jika casingnya buruk ia akan menjejaskan pemandangan ke atas rumah tersebut, juga diperlukan untuk mengelakan dari gejala kekaratan mudah berlaku terutama jika pemasangan unit berdekatan dengan laut seperti motel dan sebagainya.

.f. suis-suis kawalan senggaraan ke atas suis-suis kawalan bagi memastikan supaya

sambungan ter-minal dawai-dawainya berada dalam keadaan baik dan tidak longgar, kelonggaran sambungan dawai pada terminal boleh menyebabkan arus tinggi (high current) dan kesanya overload boleh trip dan menjejaskan larian unit, bahagian luarnya perlu dibersihkan dari kekotoran habuk dan juga sesentuhnya dari kesan oksida yang di-hasilkan oleh percikan elektrikal (electrical spark).

g. suis-suis keselamatan senggaraan ke atas suis-suis keselamatan menepati keperluan

seperti di senggaraan terhadap suis kawalan di atas.

h. kapasitor senggaraan ke atas kapasitor ialah untuk menentukan semua

kapasitor yang digunakan pada unit sentiasa dalam keadaan baik dari litar pintas, putus atau terbakar. Fungsi kapasitor kebiasaanya untuk melicinkan perjalanan motor jika ia dari jenis runnig capacitor.

i. pendawaian unit senggaraan ke atas pendawaian unit ialah untuk memastikan keadaan fizikal dawai-dawai unit dalam keadaan baik dan tidak ada penebat yang rosak yang boleh me-nyebabkan litar pintas dari boleh berlaku, juga memastikan semua sambungan pen-dawaian dalam keadaan baik dan ketat supaya arus tinggi tidak akan terjadi, penebat dawai kebiasaanya mudah rosak oleh cuaca dan juga oleh gigitan serangga.

Modul 07 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2010 (Versi 1)

Page 11: KERTAS PENERANGAN.M07

Kod Kertas C-010-1/M07/IS01 Page 3 of 14

Teknik senggaraa ke atas komponan-komponan berikut,

a. sistem pemaipan kitarandilap dengan kain yang lembab dan disemburkan dengan air blower, tarik dengan tangan sekiranya terdapat paip yang bersentuhan dengan cermat supaya tidak patah atau kemek.

b. motor blower.dilap dengan kain lembab untuk habuk dan keringkan dengan air blower.

c. condensor dan evaporator fan blade.dibersihkan dengan menggunakan berus atau kain yang

lembab.

d. base plate.

e. casing unit

dibersihkan dengan menggunakan kain lembab, berus dan

disemburkan dengan air blower, sapukan cat anti-karat

bahagian-bahagian yang karat jika perlu.

f. suis-suis kawalan.

g. suis-suis keselamatan.

dibersihakn dengan menggunakan berus dan hembus dengan air blower, terminal sambungan dawai diuji kekuatanya dengan menarik menggunakan spring scale kepada kekuatan 2 kg.

h. kapasitorbersihkan dengan menggunakan berus dan unit ketelusan, tebatan dan ringtangan menggunakan m/meter atau capacitor testor.

i. pendawaian unit.bersihkan dengan menggunakan kain lap, lihat fizikal dawai dari kerosakan, uji kekuatan setiap sambungan terminal dengan menarik dengan tangan atau menggu-nakan spring sacle kepada kekuatan 2 kg.

Modul 07 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2010 (Versi 1)

Page 12: KERTAS PENERANGAN.M07

Kod Kertas C-010-1/M07/IS01 Page 3 of 14

Maklumat-maklumat teknikal berkenaan senggaraan ke atas pendakap unit penyaman udara bilik,

Pendakap unit penyaman udara bilik merupakan komponan yang utama juga kerana ia merupakan tempat dimana unit dicagakan (installed). Penggunaan pendakap paling utama ialah untuk pemasangan unit penyaman udara bilek dari jenis tingkap dan pisah (split). Bagi jenis pisah terdapat pendakap untuk unit luar dan dalam. Kebiasaanya pendakap untuk unit dalam (indoor unit) telah disediakan oleh pembuatnya kerana ia kadangkala mempunyai ciri-ciri khas yang diperlukan mengikut pembuatnya.

Keperluan dan kesanya ke atas sistem

Bagi pendakap yang agak lama digunakan kemungkinan pemasanganya telah longgar, jika ini berlaku ia akan membuat bising lampau oleh gegaran larian unit, keadaan ini akan mengganggu pengguna dan juga jiran-jiranya.

Juga kerana pendakap terdedah dengan bebas oleh keadaan persekeliling maka kemungkinanya ia berkarat, terutama kepada pemasangan yang berhampiran dengan laut. Jika senggaraan tidak dilakukan kemungkinan pendakap akan dilupakan dan apabila tiba masa-nya ia mungkin patah atau roboh dan jika dipasangkan di tempat tinggi ia mungkin boleh menimpa sebarang objek dibawahnya.

Peralatan yang diperlukan untuk kerja senggaraan pendakap

Kain pengelap, air bersih, berus cat, cat anti-karat.

Teknik senggaraan ke atas pendakap

Jalankan pemeriksaan secara visual ke atas pendakap dan kenal pasti jika ada bahagian-bahagian yang berkarat yang memerlukan untuk dicat semula dengan cat anti-karat.

Jika unit belum dikeluarkan dari pendakap dan unit masih beroperasi periksa gegaran pendakap dan kenal pasti jika terdapat bahagian yang telah longgar dan yang membuat bising lampau.

Jika unit sudah dikelurkan uji kekuatan pendakap dengan berat badan atau menariknya, pendakap yang kukuh berupaya untuk menampung berat sekurang-kurangnya 200 kilogram.

Modul 07 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2010 (Versi 1)

Page 13: KERTAS PENERANGAN.M07

Kod Kertas C-010-1/M07/IS01 Page 3 of 14

Modul 07 - Kertas Penerangan Cawangan Kurikulum 2010 (Versi 1)