Kepercayaan Dan Pantang Larang Masyarakat Minangkabau

download Kepercayaan Dan Pantang Larang Masyarakat Minangkabau

of 27

Transcript of Kepercayaan Dan Pantang Larang Masyarakat Minangkabau

MINANGKABAU

PENGENALAN

Merupakan penduduk asal kawasan yang kini dikenali sebagai Sumatra Barat di Indonesia. Kebudayaan mereka bersifat keibuan. Harta dan tanah diwariskan dari ibu kepada anak perempuan, agama dan politik merupakan urusan kaum lelaki. Kini sekitar 4 juta orang Minang tinggal di Sumatra Barat, sementara lagi 3 juta berada di kebanyakan bandar dan pekan di Indonesia.

Suku Minangkabau kuat pegangan agama Islam dan mengamalkan amalan turun-temurun yang digelar adat. Beberapa unsur adat Minangkabau berasal dari fahaman animisme dan agama Hindu yang telah lama bertapak sebelum kedatangan Islam. Pengaruh agama Islam masih kuat di dalam adat Minangkabau, seperti yang tercatat di dalam pepatah mereka, Adat basandi syara', syara' basandi Kitabullah, yang bermaksud, adat (Minangkabau) bersendi hukum Islam dan hukum Islam bersendi Al Qur'an.

MITOS ASAL-USUL NAMA ASAL

Perkataan Minangkabau merupakan gabungan dua perkataan, iaitu, minang yang bermaksud "menang" dan kabau untuk "kerbau". Menurut lagenda, nama ini diperolehi daripada peristiwa perselisihan di antara kerajaan Minangkabau dengan seorang putera dari Jawa yang meminta pengakuan kekuasaan di Melayu. Bagi mengelakkan diri mereka daripada berperang, rakyat Minangkabau mencadangkan pertandingan adu kerbau di antara kedua pihak.

Putera tersebut setuju dan menonjolkan seekor kerbau yang besar dan ganas dan rakyat setempat pula hanya menonjolkan seekor anak kerbau yang lapar tetapi dengan tanduk yang telah ditajamkan. Semasa peraduan, si anak kerbau yang kelaparan dengan tidak sengaja merodok tanduknya di perut kerbau itu kerana ingin mencari puting susu untuk meghilangkan kelaparannya. Kerbau yang ganas itu mati dan rakyat tempatan berjaya menyelesaikan pergelutan tanah dengan cara yang aman.

BUDAYA MINANGKABAU

Masyarakat Minangkabau merupakan masyarakat matrilineal yang terbesar di dunia, di mana harta pusaka diwaris menerusi nasab sebelah ibu Beberapa ahli fikir berpendapat bahawa adat inilah yang menyebabkan ramai kaum lelaki Minangkabau merantau di serata Nusantara untuk mencari ilmu atau mencari kemewahan dengan berdagang. Kanak-kanak lelaki semuda 7 tahun selalunya akan meninggalkan rumah untuk tinggal di surau di mana mereka diajarkan ilmu agama dan adat Minangkabau.

Apabila remaja, mereka digalakkan untuk meninggalkan perkampungan mereka untuk menimba ilmu di sekolah atau menimba pengalaman daripada luar kampung dengan harapan yang mereka akan pulang sebagai seorang dewasa yang lebih matang dan bertanggungjawab kepada keluarga dan nagari (kampung halaman). Tradisi ini berhasil mendirikan beberapa masyarakat rantauan Minangkabau di bandar dan tempat-tempat lain di Indonesia. Namun ikatan mereka dengan Ranah Awak (Tanah Minang) masih disimpan dan dikuatkan lagi.

Satu contoh kawasan yang didiami oleh masyarakat Minangkabau dan masih mengamalkan adat dan budaya Minangkabau adalah Negeri Sembilan di Malaysia.

SUKU MINANGKABAU

Masyarakat Minang, terbahagi kepada beberapa buah suku, iaitu, Suku Piliang, Bodi Caniago, Tanjuang, Koto, Sikumbang, Malayu dan Jambak. Kadang-kadang juga, keluarga yang sesuku tinggal dalam satu rumah besar yang dipanggil Rumah Gadang. Penggunaan bahasa Indonesia berleluasa di kalangan masyarakat Minang, tetapi mereka masih boleh bertutur dalam bahasa ibunda mereka iaitu, bahasa Minangkabau. Bahasa Minangkabau mempunyai perkataan yang serupa dengan bahasa Melayu tetapi berbeza dari segi sebutan dan juga tatabahasa hingga menjadikannya unik dari bahasa Melayu.

MAKANAN

Salah satu aspek terkenal mengenai orang Minang adalah makanan tradisional mereka seperti rendang, soto padang (makanan sup), sate padang dan dendeng balado (daging dendeng berlada). Restoran Minangkabau yang sering digelar "Restoran Padang" dapat dijumpai di merata Indonesia dan di negara-negara jiran yang lain.

UPACARA DAN PERAYAAN

Turun mandi - upacara memberkati bayi Sunat rasul - upacara bersunat Baralek - upacara perkahwinan Batagak pangulu - upacara pelantikan penghulu. Upacara ini akan berlansung selama 7 hari di mana seluruh kaum kerabat dan ketua-ketua dari kampung yang lain akan dijemput Turun ka sawah - upacara kerja gotong-royong Manyabik - upacara menuai padi

Hari Rayo - perayaan Hari Raya Aidilfitri Hari Rayo - perayaan Hari Raya Aidiladha Maanta pabukoan - menghantar makanan kepada ibu mentua sewaktu bulan Ramadhan Tabuik - perayaan Islam di Pariaman Tanah Ta Sirah - perlantikan seorang Datuk (ketua puak) apabila Datuk yang sebelumnya meninggal dunia silang beberapa jam yang lalu (tidak payah didahului dengan upacara batagak pangulu) Mambangkik Batang Tarandam - perlantikan seorang Datuk apabila Datuk yang sebelumya telah meninggal 10 atau 50 tahun yang lalu (mengisi jawatan yang telah lama dikosongkan)

SENI TRADISIONAL MINANGKABAU

Randai - teater rakyat dengan memasuki pencak, musik, tarian dan drama Saluang Jo Dendang - serunai bambu dan nyanyian Talempong - muzik bunyi gong Tari Piring Tari Payung - menceritakan kehidupan mudamudi Minang yang selalu riang gembira Tari Indang

KRAFTANGAN TRADISIONAL MINANGKABAU

Kain songket Sulaman Ukiran kayu Menukang emas dan perak

Agama

Sebuah masyarakat yang mengikut sistem saka, terdapat banyak persamaan di antara fahaman Islam dan Minangkabau (lebih lagi pada masa kini) sehingga menjadi sukar untuk orang Minang membezakan satu daripada lain. Seperti contoh:

Fahaman Islam: Menimba ilmu adalah wajib.

Fahaman Minangkabau: Anak-anak lelaki mesti meninggalkan rumah mereka untuk tinggal dan belajar di surau (langgar, masjid). Fahaman Islam: Mengembara adalah digalakkan untuk mempelajari dari tamadun-tamadun yang kekal dan binasa untuk meningkatkan iman kepada Allah. Fahaman Islam: Tiada wanita yang boleh dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki yang dia tidak mahu berkahwin.

Fahaman Minangkabau: Wanita menentukan dengan siapa yang mereka ingin berkahwin. Fahaman Minangkabau: Remaja mesti merantau (meninggalkan kampung halaman) untuk menimba ilmu dan bertemu dengan orang dari berbagai tempat untuk mencapai kebijaksanaan, dan untuk mencari penghidupan yang lebih baik. Falsafah merantau juga bererti melatih orang Minang untuk hidup berdikari, kerana ketika seorang pemuda Minang berniat merantau meninggalkan kampungnya, dia hanya membawa bekal seadanya.

Fahaman Islam: Ibu berhak dihormati 3 kali lebih dari bapa. Fahaman Minangkabau: ibu adalah pemimpin/pengambil keputusan di Rumah Gadang. Ciri-ciri Islam begitu mendalam dalam adat Minang sehingga mereka yang tidak mengamalkan Islam dianggap telah terkeluar dari masyarakat Minang.

Pantang Larang Orang Tua-Tua Melayu Negeri Sembilan

Wujudkan pantang larang yang menakutkan agar perangai yang kurang sopan tidak dilakukan oleh anak-anak dan cucu-cucu mereka, justeru itu pantang larang ini telah menjadi kepercayaan dari generasi ke generasi.

Ini sengaja dilakukan supaya pantang larang yang telah diucapkan kepada generasi muda ini dapat menjadi panduan ataupun pegangan hidup didalam masyarakat Melayu amnya. Pantang larang yang telah disenaraikan telah dan masih di bawa dari generasi ke generasi, Cuma penggunaannya kurang pada ketika ini.

Peradaban Ketika Duduk

Duduk di atas bantal, kena bisul Duduk dihujung tikar, penjatuh Duduk di atas nyiru, akan jatuh ke dalam perigi Duduk dhujung hyiru, akan ditempik orang Duduk diatas upeh(pinang), jatuh ketika memanjat Duduk di atas dulang, jatuh kedalam perigi Duduk diatas batu, berat punggung Duduk dihujung bendol, mahal rezeki Duduk ditiang tengah, di tembak petir Duduk didalam lesong, jika lelai medapat buasir, perempuan pula mendapat tombong

Pantang Larang Ketika Makan

Makan Bergondol (Tidak Bersongkok), akan mati isteri Makan Bertinggong (Mencanggung), akan mahal rezeki Makan Bertatang, akan mati anak kecil Makan Berlunjur, akan menjadi Pemalas Makan bertekan tangan sebelah ke lantai, akan cepat lemah badan Makan bertindih pinggan, akan beristeri dua Makan didalam pinggan sumbing, akan sumbing bibir anak

Pantang Larang Ketika Tidur

Tidur waktu senjakala, datang penyakit Tidur waktu tengahari, pendek umur Tidur membawa emah(nasi), mimpi dikejar harimau Tidur bersarongkan tikar, diukur hantu Tidur berbantalkan bendul, lambat dapat rezeki Tidur di atas tanah, diludahkan hantu Tidur diatas bengkalai (rumah/tempat yang dalam proses penyiapan), ditanduk lembu. Tidur di atas ikar sembahyang(sejadah) kena kurap Tidur membujur dengan tiang alang, mengigau Tidur berselang-seli, pantang pencuri Tidur menjunjung tangan, kegemaran hantu Tidur menyiarap bertatangkan kaki, mati emak Tidur melentang (perempuan), datang ular

Jika tak tahan berpanas , isteri akan dilarikan orang . Bersiul dalam kampung , akan lari semangat padi . Bersiul diatas rumah , mahal rezeki ataupun akan naik ular , atau sial. Memanjat tiang , lambat besar . Memanjat pokok pisang , busung perut . Membaling waktu petang , kena kepala hantu . Membaling waktu senja , kalau-kalau terkena mata anak hantu . Membaling tulang bumbung rumah , mengganas harimau .

Pantang Larang - Rumah

Kayu meranting (tidak berdaun) dibuat rumah , alamat rumah itu akan terbakar . Sedang meramukan (menyiapkan) perkayuan rumah , tukang rumah bersiul , kayu rumah itu akan dimakan kumbang . Sedang meramukan (menyiapkan) perkayuan rumah , rukang rumah ke tandas buang air besar .alamat kayu rumah itu dimakan bubuk. Mengesat hujung kayu atas bumbung sebelah-sebelah mengganas musang . Menyambung atap bertentangan dengan pintu alamat akan orang yang tinggal dirumah itu bertikam / membunuh sesama sendiri . Tiang rumah menyosang , alamat tuan rumah itu tidak kekal tinggal disitu . Tunggul teras ditengah pelantar ,lambat senang penyakit . Tiang guntung membelah jampar (tiang yang tergantung rumah tiang 16) tak berhenti penyakit

Pantang Larang - Makan

Makan kepala lutut keluar, akan mati isteri Makan dalam periuk, akan buruk muka anak Makan dlam belanga, comot rupa anak Makan dengan penyucuk, dapat penyakit mencucuk meradak Makan diatas bendol, lambat mendapat rezeki Makan diwaktu senjakala, akan makan bersama hantu Makan tak membasuh pinggan (selepas makan) bagi orang perempuan, akan mati kelaparan Makan beremah (comot dengan nasi) sampai kepipi akan mendapat anak tiri Jika makan, di suruh orang menambah nasi lagi, dan jika tidak mahu menambah lagi, kita akan menjadi orang yang tidak melawan orang. Makan selalu minta kuah, memoton kayu atau buluh tidak sekata (sama) jatuhnya

Sekian,

terima kasih