Intervensi kaunseling

download Intervensi kaunseling

of 33

Transcript of Intervensi kaunseling

Tajuk 6: Kemahiran melaksana intervensiTerapi bermain Terapi bercerita Terapi seni Terapi muzik

DEFINISI Penggunaan secara sistematik model tereotikal untuk membentuk proses interpersonal. (Persatuan Terapi Bermain) Suatu pendekatan yang berstruktur dan teoritikal kepada terapi berasaskan komunikasi normal dan proses pembelajaran kanak-kanak. (Carmichael 2006)

RASIONAL Menolong kanak-kanak mengambarkan masalah yang dihadapi dan bukan melalui bahasa verbal. Objek mainan dan main perkataan dan bahasa kanak-kanak Membantu kanak-kanak belajar tingkah laku positif Memperkembang kognitif dan memberi persepsi untuk menyelesaikan konflik dalaman pemikiran negatif kanak-kanak.

KEGUNAANCarmichael (2006): kanak-kanak (3-12 tahun) Pelan rawatan digunakan sebagai intervensi asas untuk pelbagai keadaan kesihatan mental. pengurusan marah, kebimbangan, ADHD, Autism, tingkah laku bermasalah dll Digunakan sebagai alat untuk diagnosis. - Terapis memerhati klien bermain dengan objek mainan untuk menentukan punca gangguan tingkah lakunya.

Menurut pandangan psikodinamik, Digunakan sebagai mekanisma pertolongan diri. - Kanak-kanak melibatkan diri dalam main untuk menangani kebimbangan dan halangan dalaman. - Kanak-kanak diberi masa bermain bebas atau bermain bukan berstruktur.

Pendekatan Penggunaan proses desensitizasi secara sistematik atau pembelajaran semula untuk mengubah gangguan tingkah laku kanak-kanak. - Menolong kanak-kanak mengadaptasi gangguan mental dan mengenalpasti penyelesaian masalah.

ManfaatMenolong kanak-kanak: Lebih bertanggungjawab dan membentuk strategi yang lebih berkesan Membangun penyelesaian baru dan kreatif untuk masalah. Memupuk hormat dan penerimaan kendiri dan orang lain. Memupuk empati dan menghormati fikiran dan perasaan orang lain. Belajar kemahiran sosial baru dan kemahiran relasional dengan keluarganya. Membentuk keberkesanan kendiri dan meningkatkan keyakinan terhadap kebolehannya.

DEFINISI Suatu aktiviti digunakan untuk menyampaikan peristiwa dengan menggunakan perkataan, imej dan suara. Elemen penting dalam cerita: plot, watak serta pandangan, nilai murni Bercerita untuk terapi: Pendekatan berkesan untuk kaunseling kanakkanak yang mempunyai tingkah laku bermasalah.

Kegunaan1. Cerita mengambarkan hidup emosi dalaman 2. Mendengar cerita menyediakan pengalaman hadapan 3. Cerita mengajar penyelesaian masalah secara kreatif 4. Cerita menunjukkan tindakan dan akibat 5. Cerita mencermin keadaan manusia secara universaliti 6. Membolehkan kanak-kanak menyusun, menstruktur, memanipulasi, memikir dan mempersepsi dunia secara rasional. (Helen Keller The story of my life )

Teknik Terapi BerceritaMatlamat: membolehkan kanak-kanak yang mengalami pengalaman traumatik memproses pengalaman yang diceritakan. Teknik terapi bercerita yang berkesan: Harus sensitif Harus kreatif Harus positif Menggalakkan kanak-kanak mereka cerita

Prinsip-prinsip Panduan Penguasaan Kemahiran Bercerita Memilih cerita yang sesuai (minat, kebolehan, umur, pengalaman murid, objektif pelajaran) Sebelum sesi bercerita bermula: - menghafal isi-isi penting - Menyediakan alat bantu mengajar dan soalan-soalan untuk aktiviti susulan - Pastikan murid bersedia mendengar cerita - Pastikan murid boleh melihat dengan jelas wajah dan ekspresi guru (duduk atau berdiri) - Mulakan cerita dengan suara yang menarik dan penuh emosi - Pandang terus ke muka murid secara bergilir-gilir - Pastikan suara guru jelas dan lantang

Semasa sesi bercerita: - Mengemukakan soalan untuk menggalakkan murid meramal perkembangan cerita selanjutnya. - Pastikan perkataan dan ayat yang digunakan boleh difahami oleh murid. - Isi cerita harus disampaikan kepada murid dengan gerak-geri secara semula-jadi Selepas bercerita: - aktiviti susulan (soal jawab, lakonan)

Perancangan dan Pengurusan Sesi BerceritaPerancangan dan Persediaan: Memilih tajuk cerita yang sesuai Tema: nilai murni Isi: menarik, perkataan sesuai Panjang-pendek cerita: sepadan dengan peruntukan masa Berlatih menghafaz dan bercerita secara sendiri Menyediakan alat bantu mengajar dan soalan Menyusun tempat duduk murid Tempat bercerita dihias dengan alat-alatan yang sesuai dengan isi cerita

Sesi Bercerita: Dimulakan dengan suatu set induksi yang menarik Menggunakan dengan suara, gaya dan alat bantu mengajar yang dapat menarik perhatian murid-murid Menggunakan soalan-soalan membimbing murid mengikut perkembangan cerita

Penutup:Tujuan- membantu murid-murid mengukuhkan nilai murni yang diterapkan Aktiviti penutup - Menyoal murid murid tentang isi cerita yang disampaikan - Menyuruh murid-murid mengulang isi cerita dengan menggunakan perkataan sendiri - Berbincang dengan murid-murid tentang tema dan nilai murni yang terkandung dalam isi cerita - Membimbing murid-murid berlakon berdasarkan isi cerita yang telah didengar

DEFINISI Satu profesion kesihatan mental yang menggunakan proses kreatif dalam lukisan untuk menambahbaik dan menyempurnakan fizikal, mental dan emosi individu di bawah semua peringkat umur. (American Art TheraphyAssociation)

Suatu bentuk terapi ekspresif yang menggunakan media warna, kapur, pensil dan marker, diintegrasikan dengan teori psikoterapeutik dan teknik proses kreatif untuk mendiagnosis punca masalah yang dihadapi oleh kliennya.

Terapi Seni Sasaran: remaja, dewasa, orang tua, kumpulan dan keluarga Masalah- kebimbangan, depresi, gangguan mental, penyalahgunaan dadah dll Ahli terapi seni profesional yang memperolehi ijazah sarjana dan ijazah terapi seni - mahir dalam aplikasi pelbagai modaliti seni

Berdasarkan kemahiran dan psikoterapi, terapis seni memilih bahan-bahan seni dan intervensi yang sesuai dengan keperluan klien dan mereka bentuk sesi terapi untuk mencapai objektif terapeutik. Terapi seni: Melukis boleh menjadi proses pemulihan dan produk seni yang dihasilkan dapat memberi komunikasi maklumat yang relevan adalah penting untuk terapi.

Tujuan Menambahbaikkan dan mengekalkan kesihatan mental individu. Mengenalpasti fikiran dan perasaan yang sebenar melalui lukisannya.

Kontinum Terapi Ekspresif (KTE) Merupakan cara menggelasifikasi interaksi dengan media seni bertujuan memproses maklumat dan membentuk imej. (Vija Lusebrink 1990)

Kontinum Terapi EkspresifPERINGKAT

Fungsi Hemisfera Otak Kiri Komponen Kognitif Perseptual Kinestetik

Fungsi Hemisfera Otak Kanan Komponen Simbolik Afektif Sensori

PERINGKAT

4 3 2 1

Kreatif

4 3 2 1

Perkembangan Hierarki Kontinum Terapi EkspresifPeringkat Kreatif Peringkat Kognitif/ Simbolik Peringkat Perseptual/ Afektif Peringkat Kinestetik/ Sensori

Penggunaan Kontinum Terapi Ekspresif dalam Terapi Seni Membolehkan terapis mengkonsepsikan masalah individu dengan cara: a. Masalah dalam kehidupan yang menggerakkan individu meminta bantuan terapi (halangan pemerosesan maklumat daripada satu atau lebih komponen) b. Masalah berlaku apabila individu menunjukkan kesukaan kuat dengan memproses maklumat secara eksklusif untuk satu komponen sahaja

Apabila strategi memproses maklumat adalah terhad kerana halangan atau lebih mengguna cara dihadkan, kemahiran membuat keputusan dijejaskan Pemilihan gaya hidup adalah sempit

Akibatnya, gangguan mental berlaku ke atas individu tersebut

Digunakan untuk menilai peringkat halangan klien dalam pemerosesan maklumat supaya menentukan pengalaman terapeutik yang sesuai. Membolehkan terapis mentafsir komponen yang disukai dan halangan signifikan untuk fungsi optimal. Membolehkan terapis memberi panduan kepada klien melalui perancangan langkah menghapuskan halangan daripada sebarang komponen. Mengurangkan pergantungan yang berlebihan lantas menyebabkan fungsi kaku.

Sesi Terapi Seni1. Intervensi individu dengan Kontinum Terapi Ekspresif 2. Menentukan Tempat Bermula untuk Terapi Seni 3. Membentuk Hubungan Interpersonal Antara Terapis dengan Klien 4. Memulakan Rawatan Berasaskan Terapi Seni 5. Merancang Perubahan Komponen Terapeutik 6. Soalan dan Perbincangan

DEFINISI Suatu profesion penjagaan kesihatan yang menggunakan muzik untuk menjaga keperluan individu dari aspek fizikal, emosi kognitif dan sosial. Intervensi muzik klinikal untuk mencapai matlamat individu di bawah hubungan terapeutik yang dilaksanakan oleh terapisyang telah dilatih dan berjaya dalam program terapi muzik yang diakui. (American Music Theraphy Association)

Terapi Muzik Intervensi teraputik berbentuk bukan-verbal. Digunakan: - mengurus tekanan - memulihkan kesihatan - mengekspres perasaan - meningkatkan ingatan - menambahbaikkan komunikasi - menggalakkan pemulihan fizikal Sasaran: kanak-kanak, remaja, dewasa, orang tua - gangguan mental, pembelajaran bermasalah, penyakit Alzheimer, termasuk bersalin

Sejarah Zaman Tamadun Yunani - Bermula daripada penulisan Aristotle dan Plato lebih 2000 tahun dahulu Abad ke-20 - mula diaplikasikan di hospital selepas Perang dunia 1 dan Perang dunia 2. - muzik amatur dan profesional bermain instrumen muzik untuk anggota tentera yang mengalami kecederaan fizikal dan trauma emosi dari medan perang

Terapi Muzik dengan Autism Spectrum Disorder (ASD)Ciri-ciri Autisme: - Suka bersendirian, pasif, aktif tetapi ganjil melebihi formal, kaku dan kekok, masalah komunikasi seperti masalah berucap, dan kefahaman verbal Terapi muzik memainkan peranan signifikan dalam proses penilaian kanak-kanak yang menghadapi gangguan komunikasi kerana ciri muzik adalah bukan verbal dan medium digunakan dalam sistem komunikasi praverbal

Strategi Umum untuk Terapi Muzik Struktur Hubungan Terapeutik Interaksi muzik Kawalan emosi Integrasi sensori

Proses Perancangan dan Pelaksanaan1. Mendapat persetujuan dengan rancangan rawatan dan etika intervensi. 2. Mengatur prasesi untuk klien menghadiri di bilik terapi 3. Mengadakan tempoh penilaian 4. Merekod secara terperinci semua aktiviti yang dilaksanakan setiap sesi terapi 5. Refleksi atau tindakan terapis diadakan selepas setiap sesi 6. Memberitahu klien dan penjaganya rancangan dan rawatan sesi berikutnya 7. Mengakhiri sesi terapi dengan teknik yang sesuai dan membenarkan masa yang cukup bagi klien memahaminya