INTERNATIONAL CONFERENCE ON MATHEMATICAL SCIENCES …
Transcript of INTERNATIONAL CONFERENCE ON MATHEMATICAL SCIENCES …
BERITA PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK 1
INTERNATIONALCONFERENCEONMATHEMATICALSCIENCESANDTECHNOLOGY2020(8–10DECEMBER2020)
MathTech 2020 yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Sains
Matematik (PPSM), Universiti Sains Malaysia (USM) selama tiga hari
bermula 8 hingga 10 Disember 2020 telah berlangsung dengan
jayanya secara maya melalui platform aplikasi Webex.
Persidangan antarabangsa ini bertemakan “Sustainable
Development of Mathematics & Mathematics for Sustainability
Revolution” dan antara misi MathTech 2020 ialah untuk
mempamerkan integrasi teknologi dalam bidang penyelidikan dan
pengajaran sains matematik serta memberi peluang kepada ahli
akademik, pihak industri, para penyelidik dan pelajar berkongsi ilmu
dan membina jaringan. Ahli‐ahli matematik yang tersohor dari
Malaysia dan Indonesia telah dijemput untuk sesi ucap utama iaitu
Profesor Dr. Edi Tri Baskoro (Institut Teknologi Bandung), Profesor
Madya Dr. Leong Kwan Eu (Universiti Malaya), Profesor Dr. Zinaida
Fadeeva Nalanda (Univesiti Sains Malaysia), dan sesi ceramah
jemputan iaitu Profesor Madya Dr. Nguyen Ngoc Doanh (Universiti
Nguyen Thuyloi), Profesor Dr. Ibrahim Mohamed (Universiti Malaya),
“Ilmu adalah yang boleh
memberikan manfaat, bukan sekadar yang dihafal.”
‐Imam Syafi’e‐
Pusat Pengajian Sains Matematik Universiti Sains Malaysia 11800 USM Pulau Pinang Tel: 04-6533481 Fax: 04-6570910 https://www.facebook.com/matematikUSM
(Penerbitan 2 kali setahun)
Berita Pusat Pengajian Sains Matematik School of Mathematical Sciences Newsletter
Universiti Sains Malaysia
JIL . 6 BIL 02 ( ISSN: 2462‐1390) http://www.usm.my DEC 2020
“Welcome Speech” oleh Dekan PPSM dan Pengerusi MathTech 2020
BERITA PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK 2
Cik Puteri Anis Aneeza Binti Zakaria(Statwork), Prof Madya Dr Teh Su
Yean (Universiti Sains Malaysia) dan Dr Khayriyyah Mohd Hanafiah
(Universiti Sains Malaysia)
MathTech 2020 yang dirasmikan oleh Prof. Dr. Hailiza Kamarulhaili
selaku Dekan PPSM ini telah berjaya menghimpunkan sekitar 182
peserta dari 7 negara dengan pembentangan sekitar 99 kertas kerja.
Antara negara antarabangsa yang terlibat dengan persidangan ini
ialah Indonesia, Filipina, Thailand, Nigeria, Arab Saudi, Sepanyol dan
New Zealand. Kemahiran aplikasi teknologi dalam matematik dan
kaedah pendidikan matematik di sekolah turut dikongsi menerusi
tujuh bengkel yang disediakan.
Adalah menjadi harapan PPSM agar persidangan ini dapat berperanan
sebagai wadah percambahan ilmu serta platform pembinaan jaringan
yang mampu memberi impak dan sumbangan kepada kemajuan
bidang sains matematik dan teknologi.
(Disediakan oleh: SITI ZULAIKHA JAMALUDIN)
Prof. Madya Dr. Mohd Tahir Ismail
Prof. Dr. Hailiza Kamarulhaili
Prof. Madya Dr. Husna Hassan
Prof. Madya Dr. Ang Miin Huey
Dr. Ahmad Lutfi Amri Ramli
Cik Hartini Ahmad
Cik Nur Atiqah Jamaluddin
Sidang Penerbit
Sesi Ucap Utama bersama Profesor Dr. Edi Tri Baskoro dari Institut Teknologi Bandung
Sesi Ceramah Jemputan bersama Cik Puteri Anis Aneeza Binti Zakaria dari Statwork
Suasana sekitar virtual Persidangan Antarabangsa MathTech 2020:
BERITA PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK 3
Sesi Ceramah Jemputan bersama Dr. Khayriyyah Mohd Hanafiah dari Universiti Sains Malaysia
Disebalik Tabir Suasana Virtual MathTech 2020
BERITA PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK 4
LAPORANAKTIVITISTATISTICALSHORTCOURSE(SEP–NOV2020)
Statistical Short Course merupakan program penjanaan kewangan bersiri anjuran Pusat
Pengajian Sains Matematik (PPSM). Program ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Dr
Zainudin Arsad, yang merupakan seorang senior pensyarah statistik di PPSM. Program
bersiri ini telah menyasarkan peserta dari pelbagai bidang penyelidikan seperti
kewangan dan ekonomi, sains, pertanian, kejuruteraan dan perubatan. Tujuan program
ini adalah untuk mendedahkan kepada peserta dalam pemilihan analisis statistikal yang
bersesuaian dalam situasi yang berbeza dan mentafsir analisis dengan baik dalam
penghasilan penyelidikan.
Sebanyak 5 siri program statistical short course telah berlansung disepanjang
September hingga November 2020. Antara program yang telah berlansung adalah
“Introductory Statistical Data Analysis”, “Linear Regression Analysis”, “Multivariate
Data Analysis”, “Time Series Data Analysis” dan “VAR,VEC & ARDL Models”. Sejumlah
35 orang perserta telah menyertai program bersiri ini. Penyertaan peserta adalah terdiri
daripada pelbagai pusat pengajian di Universiti Sains Malaysia seperti Pusat
Penyelidikan Arkeologi Global, Pusat Pengajian Sains Fizik dan Unit Penyelidikan Vektor.
Selain itu, program bersiri ini turut mendapat penyertaan daripada institut dan
organisasi luar seperti Pusat Penyelidikan Klinikal Hospital Pulau Pinang, Universiti
Teknologi Petronas, Worldfish, Universiti Teknikal Malaysia dan Universiti Teknologi
MARA Melaka.
Walaubagaimanapun, beberapa program siri yang lain seperti “Statistical Analysis for Categorical/Survey Data”
dan “Experimental Data Analysis” terpaksa ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di
Pulau Pinang bermula November 2020 dan berkemungkinan akan diadakan kembali pada tahun 2021.
(Disediakan oleh: SITI ZULAIKHA JAMALUDIN)
BERITA PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK 5
LAPORANAKTIVITIMATHDOCTORS(JULAI–DISEMBER2020)
Dalam separuh kedua tahun 2020, MathDoctors telah terlibat dengan beberapa aktiviti. Walaubagaimanapun, kelas
mingguan MathDoctors telah diberhentikan secara rasmi kerana situasi pandemik Covid‐19 yang masih meruncing. Kelas
MathDoctors akan dibuka semula apabila pelajar‐pelajar USM sendiri dapat keluar dan masuk secara bebas.
Pada 24 Julai 2020, AJK MathDoctors, Cik Hartini dan Cik Siti
Zulaikha telah berganding bahu menyertai pameran di Majlis
Pelancaran dan Penyerahan Tablet (empowrNCER:
Akademik Pulau Pinang). Pameran ini bertujuan untuk
mempromosikan MathDoctors dan juga program‐program
akademik yang ditawarkan oleh PPSM.
Pada 2 dan 9 September pula, MathDoctors dan PPD Barat
Daya telah bekerjasama menganjurkan Bengkel Menanda
Kertas SPM Matematik dan Matematik Tambahan. Di
samping berkongsi ilmu berkaitan dengan penandaan kertas
peperiksaan, bengkel ini telah menjadi platform suai kenal
antara guru‐guru Matematik di bawah Pejabat Pendidikan
Daerah Barat Daya (PPDBD) dengan AJK MathDoctors. Perbincangan ringkas juga telah diadakan bersama‐sama dengan
beberapa orang guru bagi menyenaraikan usahasama yang sesuai dijalankan oleh PPSM dan PPDBD
Di samping itu, pasukan MathDoctors juga telah mendapat kelulusan untuk menjalankan projek di bawah geran
dari Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) dengan tajuk “Pengukuhan Pengetahuan Matematik Bagi Pelajar
SPM Daerah Barat Daya, Pulau Pinang” berjumlah RM16,000. Projek ini akan dijalankan bersama‐sama dengan PPDBD
untuk mengenalpasti sekumpulan pelajar yang berpotensi dalam kalangan B40. Pelajar‐pelajar ini akan dibantu supaya
lebih memahami topik‐topik Matematik yang mencabar. Projek ini diharapkan dapat menyemai minat para pelajar dalam
subjek Matematik dan seterusnya memperbaiki prestasi pelajaran mereka.
Pameran di Majlis Pelancaran dan Penyerahan Tablet
Bengkel Teknik Penandaan Kertas Matematik Tambahan
SPM
Bengkel Teknik Penandaan Kertas Matematik SPM (Disediakan oleh: DR. NUR NADIAH ABD HAMID)
BERITA PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK 6
MESYUARATAGUNGTAHUNAN(AGM)2020
AGM 2020 yang dianjurkan oleh Persatuan Sains Matematik, Universiti Sains
Malaysia (USM) pada 5 September 2020 telah berlangsung dengan jayanya secara
maya melalui platform aplikasi Google Meet. Jumlah peserta USM yang terlibat
ialah 50 orang ahli jawatankuasa dan peserta. Tujuan mesyuarat ini dijalankan
adalah mengeratkan silaturahim antara pensyarah dan pelajar dari Pusat
Pengajian Sains Matematik. Selain itu, setiausaha dan bendahari persatuan bagi
sidang 2019/2020 turut membentangkan laporan aktiviti dan laporan kewangan
Persatuan Sains Matematik. Pembubaran majlis tertinggi dan barisan pimpinan
Persatuan Sains Matematik sidang 2019/2020 serta perlantikan majlis tertinggi
baru sidang 2020/2021 juga telah dijalankan. Ahli‐ahli persatuan juga berpeluang
mengemukakan dan membahas usul atau cadangan berkaitan Persatuan Sains Matematik dan Pusat Pengajian
Sains Matematik pada mesyuarat tersebut.
PENCARIANEXCODANPENOLONGEXCOMajlis Tertinggi Persatuan Sains Matematik telah bersetuju untuk menganjurkan
Pencarian Pembantu Exco bagi sidang 20/21. Pencarian ini terbuka kepada semua pelajar
tahun pertama bagi Pusat Pengajian Sains Matematik di Universiti Sains Malaysia.
Pencarian ini bertujuan untuk melantik ahli‐ahli baru Persatuan Sains Matematik sebagai
pelapis baharu organisasi Persatuan Sains Matematik. Pencarian ini juga dapat membantu
dalam merangka dan melancarkan aktiviti Persatuan Sains Matematik pada sidang 20/21
dan mampu menguatkan lagi struktur organisasi Persatuan Sains Matematik. Poster
pencarian ini telah berjaya disebarkan kepada semua pelajar tahun pertama Pusat
Pengajian Sains Matematik secara maya melalui beberapa platform iaitu melalui aplikasi Whatsapps, Facebook
dan Instagram. Antara beberapa jawatan yang di tawarkan ialah Pembantu Exco Akademik, Alumni Dan
Kerjaya, Pembantu Exco Multimedia,Pembantu Exco Publisiti, Pembantu Exco Penajaan, Pembantu Exco Sukan
Dan Rekreasi, Pembantu Exco Tugas‐Tugas Khas Dan Pembantu Exco Kebajikan Dan Kerohanian.
Antara gambar peserta Mesyuarat Agung Tahunan 2020 Sesi mengemukakan dan membahas usul/ cadangan
(Disediakan oleh: PERSATUAN SAINS MATEMATIK)
(Disediakan oleh: PERSATUAN SAINS MATEMATIK)
BERITA PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK 7
TEMUDUGAPENOLONGEXCO(GOOGLEMEET)
Pada 26‐30 Oktober 2020, Majlis Tertinggi
Persatuan Sains Matematik telah menjalankan
temuduga bersama calon‐calon pembantu exco
yang telah mengisi maklumat diri melalui pautan
yang telah disediakan. Terdapat seramai 54 pelajar
tahun pertama telah berminat untuk menjadi calon‐
calon Penolong Exco Persatuan Sains Matematik
pada sidang 20/21. Temuduga ini telah dijalankan
melalui beberapa sesi yang telah ditetapkan.
Terdapat 5 sesi yang telah ditetapkan bagi
memastikan semua calon dapat menghadiri
temuduga tersebut mengikut kesesuaian masa
mereka. Temuduga ini telah berjalan dengan lancar
secara maya melaui platform aplikasi Google Meet.
Temuduga ini dijalankan bertujuan untuk mencari
calon pembantu exco yang mempunyai bakat dan
mengenali mereka dengan lebih dekat melalui
pengkongsian pengalaman serta anugerah yang
pernah mereka menangi. Dengan adanya temuduga
ini, Majlis Tertinggi Persatuan Sains Matematik
dapat memilih calon yang sesuai untuk menjawat
jawatan penolong exco untuk beberapa jabatan
yang terdapat dalam Persatuan Sains Matematik.
WATIKAHPELANTIKAN(IKRAR)
Majlis Watikah Perlantikan Exco dan Pembantu Exco
yang telah dianjurkan oleh Persatuan Sains
Matematik, Universiti Sains Malaysia telah
berlangsung dengan lancar secara maya melalui
platform aplikasi Google Meet. Majlis tersebut telah
disertai seramai 49 orang yang terdiri daripada 7
orang Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Sains
Matematik, 19 orang Exco Persatuan Sains
Matematik dan 23 orang Pembantu Exco Persatuan
Sains Matematik.
Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan doa dan
diteruskan dengan ucapan pengenalan tentang
Persatuan Sains Matematik dan Pusat Pengajian
Sains Matematik yang diberikan oleh Yang DiPertua
Persatuan Sains Matematik iaitu Muhammad
Taqiyuddin Bin Jamalludin. Agenda utama majlis ini
adalah bacaan lafaz ikrar oleh semua ahli Persatuan
Sains Matematik sebagai tanda pesetujuan dan janji
terhadap komitmen dalam Persatuan Sains
Matematik. Majlis ini dijalankan adalah sebagai
tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada ahli
Persatuan Sains Matematik yang baharu agar terus
menjadi pemimpin yang tegas dan hebat. Majlis ini
juga bertujuan untuk mengeratkan silaturahim
antara ahli Persatuan Sains Matematik serta sesi
pengenalan pertama antara satu sama lain.
Antara Gambar Temuduga Yang Dijalankan Melalui Aplikasi
Google Meet
Sesi Temuduga Yang Dijalankan Bersama Exco Sukan Dan
Rekreasi
Suasana Sekitar Majlis Watikah Perlantikan. Dan Bacaan
Ikrar Diketuai oleh Saudara Izwan Nazri
(Disediakan oleh: PERSATUAN SAINS MATEMATIK)
BERITA PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK 8
WEEKLYQOUTES
Program Weekly Quotes yang dijalankan oleh Persatuan Sains Matematik, Universiti Sains Malaysia
(USM) mulai 7 Disember 2020 hingga 18 Januari 2021 melalui platform aplikasi Instagram adalah bertujuan
untuk memberi motivasi sepanjang semester satu sidang 2020/2021 kepada semua pelajar Pusat Pengajian
Sains Matematik. Weekly Qoutes yang dijalankan adalah mengenai matlamat, kejayaan dan semangat. Motivasi
yang didapatkan dari orang sekitar mampu membuat lebih fokus dan yakin dengan tujuan yang ingin
didapatkan. Adalah menjadi harapan Persatuan Sains Matematik agar program ini dapat berperanan untuk
menyampaikan ilmu pengetahuan yang dapat dikongsikan bersama.
Antara quotes yang dikongsi menerusi Instagram usm.mathsoc :
(Disediakan oleh: PERSATUAN SAINS MATEMATIK)