Implikasi Pendedahan Pelaporan Wakaf Dalam Penyata Kewangan

17

Transcript of Implikasi Pendedahan Pelaporan Wakaf Dalam Penyata Kewangan

Page 1: Implikasi Pendedahan Pelaporan Wakaf Dalam Penyata Kewangan
Page 2: Implikasi Pendedahan Pelaporan Wakaf Dalam Penyata Kewangan

Kewangan

Sosial Islam •ISLAMIC SOCIAL FINANCE•

PROSIDING PERSIDANGAN EKONOMI DAN

KEWANGAN ISLAM MALAYSIA KE-3 2016

PROCEEDINGS OF THE 3RD CONFERENCE ON MALAYSIAN ISLAMIC ECONOMICS AND FINANCE (CMIEF) 2016

Disunting oleh:

Sharifah Shazwani Syed Mohamed

Muhammad Hakimi Mohd Shafiai

Amiratul Nadiah Hasan

Suhaili Alma’amun

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

BANGI • 2016

Page 3: Implikasi Pendedahan Pelaporan Wakaf Dalam Penyata Kewangan

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-3 2016

ii

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM

(CMIEF) 2016

Cetakan Pertama, 2016

Hak cipta Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM)

Universiti Kebangsaan Malaysia

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan

untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun,

sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis

daripada Penerbit terlebih dahulu.

Diterbitkan dan dicetak oleh

Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM),

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UKM Bangi,

Selangor Darul Ehsan, Malaysia

http://www.ekonis-ukm.my/

Tarikh dan Tempat Persidangan:

24 Ogos 2016 / 21 Zulkaedah 1437

International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia,

Jalan Elmu Off Jalan Universiti, 59100 Kuala Lumpur

Anjuran Bersama:

Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM),

Universiti Kebangsaan Malaysia, Institut Islam Hadhari UKM,

International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia,

Pusat Penyelidikan Antarabangsa Ekonomi Dan Kewangan Islam (IRCIEF), KUIS,

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM),

Persatuan Alumni Sahabat Ekonomi Islam, UKM

ISBN 978-983-3198-94-8

Page 4: Implikasi Pendedahan Pelaporan Wakaf Dalam Penyata Kewangan

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-3 2016

iii

ISI KANDUNGAN

Isi Kandungan iii

Kata Pengantar vi

WAQF & CROWDFUNDING

Aplikasi Konsep Istibdal ke Arah Penjanaan Dana Wakaf Oleh Perbadanan

Wakaf Selangor

Oleh Afiffudin Mohammed Noor & Che Zuina Ismail

1

Peranan Waqaf Dalam Meningkatkan Pendapatan Nelayan Tradisional di

Kuala Langat

Oleh Aidil Afandi Mohamad Alias, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai & Mohd

Adib Ismail

8

Potensi Waqf Dalam Pengurusan Bekalan Sumber Air Terawat di

Kalangan Negara Islam Terpilih

Oleh Mohammad Nasrul Hakim Roslan & Muhammad Hakimi Mohd Shafiai

18

Wakaf Penerbangan Sebagai Bentuk Baru “Perniagaan Sosial Islam”:

Kajian di Air Riths Airline.

Oleh Mohd Salleh Abd Kadir & Muhammad Hakimi Mohd Shafiai

31

Implikasi Pendedahan Pelaporan Wakaf Dalam Penyata Kewangan: Kajian

Terhadap Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

Oleh Nur Fahana Zahari, Nur Adila Ayub & Hairunnizam Wahid

43

Isu-isu dan Penglibatan Organisasi Bukan Kerajaan di Dalam

Crowdfunding

Oleh Anisa Syazwani Aris

53

Equity Crowdfunding Patuh-Syariah di Malaysia

Oleh Hud Sabri, Shahida Shahimi & Suhaili Alma’amun 62

Dana Untuk Pendidikan di Universiti Melalui Crowdfunding: Satu Kajian

Awal

Oleh Nur Saadah Rozali, Suhaili Alma’amun & Shifa’ Mohd Nor

78

Potensi Sukuk dalam Membangunkan Tanah Wakaf di Malaysia:

Satu Tinjauan

Oleh: Latifah Nuroniah Selamat & Muhammad Hakimi Mohd Shafiai

89

Proposal Penubuhan Platform Crowdfunding Berasaskan Wakaf Dari Segi

Perundangan Malaysia

Oleh Nur Sakinah Nabilah Nor Saeran, Suhaili Alma’amun & Asma Hakimah

Ab. Halim

104

The Role of Muslim Millionaires in Enhancing Waqf-Based Crowdfunding: A

Proposed Framework

Oleh Wan Shamilah Wan Mohammed, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai,

Mohd Fairuz Md Salleh

129

Page 5: Implikasi Pendedahan Pelaporan Wakaf Dalam Penyata Kewangan

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-3 2016

iv

TAKAFUL

Review On Trust in Takaful Agent-Client Relationship

Oleh Aimi Fadzirul Kamarubahrin & Syadiyah Abdul Shukor 236

Melindungi Golongan Berpendapatan Rendah Melalui Takaful Mikro:

Prospek & Cabaran

Oleh Mardziah Idris & Hendon Redzuan 245

Penganggaran Tahap Kesolvenan Pengendali Takaful Dengan Skor-Z

Altman

Oleh Noor Huzaidah Husin, Rubayah Yakob & Hairunnizam Wahid 264

Kajian Empirikal Terhadap Penentu Kepada Polisi Luput Pelan Takaful

Keluarga

Oleh Norasykeen binti Mohd Baharom & Rubayah Yakob 280

Penerimaan Penjawat Awam Terhadap Skim Perlindungan Takaful

Keluarga di Putrajaya Oleh Ratna Edayu Bt Jumiran & Hendon Redzuan

291

ZAKAT & PERCUKAIAN

Analisis Prestasi Kecekapan Pengurusan Kewangan dan Pengurusan Agihan

Zakat: Kajian Terhadap Majlis Agama Islam Negeri Johor

Oleh Ahmad Fathi Aminuddin, HairunnizamWahid & Mohd Ali Mohd Nor 142

Pengagihan Zakat Perubatan di Malaysia: Peranan Bank Rakyat

Oleh Mohd Yusof Bin Ismail Hairunnizam Wahid Zulkefly Abdul Karim 158

Localization Model for Education Zakat Distribution Among University

Students: A Theoretical Proposal to Islamic Religious Councils in Malaysia

(IRC) With Cooperation of Selangor Zakat Board (LZS)

Oleh Noor Afiqah Che Soh, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Nor

167

Lokalisasi Agihan Zakat Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi: Satu Kajian

Atas Status Anak Negeri

Oleh Nurul Aqilah Jalaludin, Noor Afiqah Che Soh & Hairunnizam Wahid 181

Lokalisasi dan Sosialisasi Antara Amil Dan Asnaf:

Kajian di Malaysia

Oleh Ramizah Begam Abd Aziz, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Nor 191

Prestasi Kecekapan Pengurusan Kewangan dan Pengurusan Agihan Zakat:

Kajian di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Oleh Samsiah Jumati, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Nor 200

Analisis Perubahan Pola Agihan Zakat: Kajian Kes Negeri Kelantan

Oleh Wan Nurhanini Wan Hassim & Hairunnizam Wahid 213

Layanan Cukai Terhadap Amalan Kewangan Sosial Islam di Malaysia

Oleh Nur Liyana Omar, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai & Suhaili Alma’mun 226

Page 6: Implikasi Pendedahan Pelaporan Wakaf Dalam Penyata Kewangan

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-3 2016

v

KONTRAK DAN PEMBIAYAAN ISLAM

Potensi Pembiayaan Kewangan Islam Dalam Peningkatan Produktiviti

Perladangan Kelapa Sawit di Kalangan Pekebun Kecil Oleh Muhammad Zaid Fahmi Bin Mahadzir

313

Kontrak Al-Murabahah Purchase Order (MPO): Implementasi Dalam

Produk Pembiayaan Kenderaan Daripada Sudut Memenuhi Keperluan

Pengguna

Oleh Nazhatul Shima Abdul Rahman & Hairunnizam Wahid

322

Pengurusan Dana Masjid Di Malaysia: Satu Kajian Mengenai Penggunaan

Akaun Amanah

Oleh Norakma Sabran, Hairunnizam Wahid & Sanep Ahmad 334

Pemahaman Penjawat Awam Terhadap Produk Pembiayaan Perumahan

Secara Islam Oleh Kerajaan

Oleh Norzulaily Binti Ahmad Kamal, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai &

Ruzian Markom

343

Maqasid Al-Shariah in Ar-Rahnu

Oleh Nur Rasyidah Kamaruzaman & Salina Haji Kassim 357

LAIN-LAIN ISU BERKAITAN EKONOMI ISLAM

Impak Kepercayaan Dan Kesetiaan Pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH)

Terhadap Risiko Kecairan

Oleh Nurul Ain Mohd Pauzi, Aisyah Abdul Rahman & Shifa Mohd Nor 367

Tingkah Laku Perancangan Persaraan dan Isu Caruman KWSP Pekerja

Sektor Swasta di Melaka

Oleh Nurul Fariha Jamaludin, Suhaili Alma’amun & Hairunnizam Wahid 381

Faktor-faktor Mempengaruhi Pemilihan Produk Halal Farmaseutikal

Oleh Rabiatul Aiisyah Muhammad, Mohd Ali Mohd Noor & Hairunnizam Wahid 394

Perkembangan Industri Makanan Halal Jepun di Malaysia

Oleh Sharifah Shazwani Syed Mohamed, Mohd Ali Mohd Noor &

Muhammad Hakimi Mohd Shafiai 405

Pasar Islam: Sebuah Model Masyarakat Ekonomi Madani Kajian Menerusi

Al-Quran, Hadis Dan Pasar Pada Masa Khulafaurrasyidin

Suwandi, Muhammadi Hakimi Mohd Shafiai & Wan Nasyrudin Wan Abdullah 414

Page 7: Implikasi Pendedahan Pelaporan Wakaf Dalam Penyata Kewangan

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM KE-3 2016

vi

KATA PENGANTAR

Persidangan Ekonomi dan Kewangan Islam Malaysia (CMIEF) 2016 ini bertemakan

KEWANGAN ISLAM SOSIAL. Penganjuran persidangan ini merupakan kesinambungan daripada

persidangan CMIEF 2015 di mana penganjurnya adalah Pusat Penyelidikan Ekonomi dan

Kewangan Islam (EKONIS) Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dan Institut Islam Hadhari, UKM.

Namun pada tahun 2016, pihak EKONIS telah bekerjasama dengan Institut Islam Hadhari UKM,

International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia, Pusat Penyelidikan

Antarabangsa Ekonomi Dan Kewangan Islam (IRCIEF) KUIS, Institut Latihan Islam Malaysia

(ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Persatuan Alumni Sahabat Ekonomi

Islam, UKM bagi sama-sama menjayakan penganjuran CMIEF 2016

Persidangan ini diadakan adalah lebih tertumpu bagi membincangkan hasil kajian dalam bidang

kewangan Islam sosial dan juga bidang-bidang lain yang berkaitan dengan ekonomi dan kewangan

Islam. Disamping itu, persidangan ini juga merupakan menjadi wadah perbincangan ilimah antara

penyelidik, pensyarah, pelajar pascasiswazah dan juga pengamal industri di Malaysia. Melalui

prosiding persidangan ini, kertas kerja yang mempunyai potensi akan diterbitkan di dalam jurnal

berindeks selain dikumpulkan untuk memberi manfaat kepada semua pihak.

Page 8: Implikasi Pendedahan Pelaporan Wakaf Dalam Penyata Kewangan

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

43

PROCEEDING OF THE 3rd CONFERENCE ON MALAYSIAN ISLAMIC ECONOMICS AND FINANCE (CMIEF) 2016

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

IMPLIKASI PENDEDAHAN PELAPORAN WAKAF DALAM PENYATA

KEWANGAN: KAJIAN TERHADAP MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

______________________________________________________________________

Nur Fahana Zahari1

Nur Adila Ayub2

Hairunnizam Wahid3

Pusat Pengajian Ekonomi

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600 UKM Bangi, Selangor

ABSTRAK

Pendedahan maklumat berkaitan wakaf adalah penting bagi meningkatkan tahap keyakinan masyarakat

terhadap sesebuah Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dalam menguruskan dana wakaf. Sejak

kebelakangan ini, institusi MAIN sebagai institusi pemegang amanah pengurusan harta umat Islam di

sesebuah negeri telah melakukan pelbagai inovasi dan strategi dalam mengembangkan harta wakaf di

Malaysia termasuklah pengenalan beberapa skim wakaf seperti skim wakaf korporat, wakaf tunai,

wakaf harta tak alih dan sebagainya. Namun begitu, persoalannya ialah sejauhmanakah tahap

pendedahan maklumat tersebut didedahkan secara jelas dan terperinci kepada pemegang taruh seperti

institusi dan masyarakat Islam. Ini kerana, pihak pemegang taruh ini amat mengharapkan segala dana

yang telah disumbangkan dalam bentuk wakaf berjaya menghasilkan manfaat terhadap umat Islam. Isu

lain yang timbul juga ialah masih tiada lagi satu bentuk pendedahan pelaporan wakaf yang seragam

antara institusi MAIN. Sebagai institusi pemegang amanah, pihak MAIN perlu menunjukkan

akauntabiliti serta ketelusan mereka kepada orang ramai melalui pelaporan kewangan yang kemas dan

sistematik yang akhirnya bakal memaklumkan kepada pemegang taruh bagaimana mereka telah

menguruskan harta wakaf dengan lebih berkesan. Justeru, objektif kajian ini ialah mengkaji pengurusan

perakaunan institusi wakaf di Malaysia serta mengkaji sama ada kesan amalan pendedahan perakaunan

pelaporan kewangan oleh institusi wakaf terhadap harta wakaf. Kajian ini memfokuskan terhadap dua

institusi MAIN yang bertanggungjawab untuk menguruskan harta wakaf iaitu Majlis Agama Islam

Selangor (MAIS) melalui Perbadanan Wakaf Selangor (PWS). Penyata wakaf oleh MAIS akan

dianalisis menggunakan analisis pelaburan dan istibdal yang terdapat dalam laporan kewangan

pengurusan wakaf mengikut standard piawaian pelaporan wakaf oleh Majlis Ugama Islam Singapura

(MUIS) sebagai tanda aras pengurusan wakaf yang terbaik. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa,

MAIS telah berjaya memberi satu pelaporan pengurusan wakaf yang baik dan berkesan. Namun begitu,

kajian mendapati institusi MAIS mempunyai pengurusan wakaf yang agak cekap, telus dan akauntabiliti

serta laporan kewangan yang mudah dicapai oleh pemegang taruh. Ini adalah kerana pelaporan wakaf

oleh MAIS melalui PWS telah mengikut rangka kerja perakaunan yang tepat serta pendedahan yang

perlu didedahkan kepada orang awam. Beberapa cadangan dan implikasi dasar turut dibincangkan

dalam kajian ini.

Kata Kunci: Majlis Agama Islam Negeri, pendedahan kewangan wakaf, pemegang taruh

1Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, UKM.e-mail: [email protected] 2Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, UKM.e-mail: [email protected] 3Pensyarah Kanan di FEP, UKM; email; [email protected]

Page 9: Implikasi Pendedahan Pelaporan Wakaf Dalam Penyata Kewangan

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

44

ABSTRACT

Disclosure of information relating to waqf is important to increase the level of public confidence

towards Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) in managing the waqf fund. In recent years, MAIN

institutions as institutional asset management trustee Muslims in a country has made many innovations and strategies in developing the waqf in Malaysia include the introduction of a number of waqf schemes

such as waqf scheme corporate skim corporate endowment, waqf funds, waqf immovable property and others. However, the question is to what extent the disclosure of such information is disclosed in a clear

and detailed to stakeholders such as institutions and Muslim communities. This is because, the

stakeholder hopes that all funds that have been donated in the form of waqf managed to produce benefits to the Muslims. Another issue that arises, there is still no form of reporting of financial

statement of waqf disclosure between institutions MAIN. As an institutional trustee, MAIN have to show

the accountability and transparency have to the public through financial reporting and systematic updates that ultimately will inform stakeholders how they were managing waqf more effectively. Thus,

the objective of this study was to investigate the accounting management of waqf institutions in Malaysia as well as study whether the effect of accounting disclosure practices of financial reporting by

the institution of waqf endowments. This study focuses on two organisation of waqf which are Majlis

Agama Isalam Selangor (MAIS) through Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) and Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). Both waqf statement by MAIS and MAIDAM will be

analyzed using content analysis of financial statements by management of waqf endowments reporting standards by the Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) as the benchmark for the best endowment

management. The results of this study show that, this two organisation have managed to give a good

endowment management reporting and effective. However, the study found that MAIS institutions have efficient management in waqf, transparency and accountability as well as the financial statements are

easily reached by stakeholders. This is because the reporting of the waqf by MAIS through PWS had

followed proper accounting framework and disclosure should be disclosed to the public. Some

proposals and policy implications are discussed in this study.

PENGENALAN

Perakaunan Islam boleh ditakrifkan sebagai suatu pengiraan hasil-hasil pekerjaan yang halal

menurut kaedah syarak yang dijalankan berdasarkan perbandingan pendapatan dan perbelanjaan.

Manakala, Perakaunan Wakaf pula boleh ditakrifkan sebagai prosedur asas piawaian perakaunan

yang menepati prinsip wakaf menurut kehendak syarak. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t

yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman apabila kamu menjalankan sesuatu urusan

dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu yang tertentu maka

hendaklah kamu menulis dan hendaklah seorang penulis diantara kamu menulisnya

dengan adil dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah

telah mengajarkannya...”

(Al-Baqarah 2: 282)

Berdasarkan firman di atas, jelaslah bahawa perakaunan Islam penting dalam sesebuah

organisasi bukan sahaja organisasi yang berasaskan keuntungan malah organisasi yang bukan

berasaskan keuntungan seperti institusi zakat, baitulmal dan wakaf. Wakaf merupakan sebuah

institusi yang boleh meningkatkan ekonomi umat Islam di samping dapat mendekatkan diri

pewakaf kepada Allah s.w.t. Keberkesanan manfaat sistem wakaf kepada masyarakat Islam dapat

dilihat melalui pengurusan perakaunan institusi wakaf itu sendiri. Ini dapat dilihat daripada

kejayaan pengurusan wakaf di Mesir iaitu dengan menubuhkan Universiti Al-Azhar menggunakan

hasil wakaf dan telah melahirkan jutaan orang penuntut dari seluruh dunia.

Di Singapura pula, semua harta wakaf ditadbir oleh Majlis Ugama Islam Singapura

(MUIS) di bawah The Administration of Muslim Law Act (AMLA, 1969). Pada tahun 1995, semua

harta wakaf wajib didaftarkan di bawah MUIS. Seramai 170,000 pekerja Muslim di Singapura

yang menyumbang kepada dana wakaf melalui potongan gaji dengan jumlah potongan tahunan

Page 10: Implikasi Pendedahan Pelaporan Wakaf Dalam Penyata Kewangan

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

45

sebanyak lebih kurang 6 juta dolar Singapura. Ini bermakna, pekerja Muslim Singapura

menyumbang sebanyak 35.29 dolar Singapura setahun secara hitung panjang untuk tujuan

berwakaf.

Begitu juga di Malaysia, pengurusan harta wakaf telah dikelola oleh Majlis Agama Islam

Negeri (MAIN) yang merupakan pemegang amanah tunggal dan berperanan sebagai pentadbir

wakaf yang bertanggungjawab memelihara, membangun dan menguruskan harta wakaf. MAIN

juga bertanggungjawab ke atas semua aktiviti yang dijalankan di atas tanah wakaf miliknya serta

menjaga tanah-tanah tersebut sebaik mungkin. Pada 27 Mac 2004, MAIN telah menubuhkan

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR). Penubuhan JAWHAR yang merupakan agensi

peringkat persekutuan, telah menyaksikan JAWHAR berkongsi cita-cita dengan seluruh umat

Islam di negara ini untuk memacu pembangunan tadbir urus terbaik dalam bidang wakaf, zakat,

mal dan haji.

Namun begitu, sehingga kini tiada lagi Piawaian Perakaunan Islam bagi menyeragamkan

pelaporan kewangan Islam untuk institusi wakaf, zakat dan baitulmal di negara ini (Anna, 2015).

MAIN menghadapi masalah dalam penyeragaman laporan kewangan tahunan terutamanya yang

melibatkan transaksi berkaitan wakaf. Ketidakpastian mengenai amalan perakaunan ini akan

mengakibatkan kegagalan tehadap pematuhan konsep akauntabiliti. Justeru kajian ini berpendapat

pihak MAIN perlu mempunyai satu piawaian perakaunan wakaf melalui sistem perakaunan dan

pelaporan yang baik serta dapat dicapai oleh pemegang taruh serta orang ramai dan sekaligus dapat

mempertingkatkan kenyakinan orang ramai terhadap institusi wakaf di Malaysia.

Objektif kajian ini ialah mengkaji aspek pengurusan perakaunan institusi wakaf di

Malaysia dan mengenal pasti sama ada amalan pendedahan perakaunan pelaporan kewangan oleh

institusi wakaf telah memuaskan hati pihak pemegang taruh. Ini mungkin dapat diterjemahkan

dengan membawa beberapa indikator wakaf termasuklah aspek jumlah pelaburan wakaf dalam

jangka masa pendek serta jumlah harta wakaf yang telah diistibdal oleh pihak MAIN. Kajian ini

memfokuskan kepada dua institusi wakaf iaitu Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Majlis

Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dengan membandingkan pelaporan

kewangan di dua institusi tersebut. Hasil kajian ini diharapkan dapat meningkatkan kenyakinan

orang ramai untuk terus menyokong organisasi ini dan membantu pihak-pihak tertentu menetapkan

standard terhadap perakaunan dan pelaporan wakaf.

KAJIAN LEPAS

Terdapat beberapa kajian mengenai pendedahan pelaporan kewangan wakaf telah dilakukan.

Dalam kajian-kajian lepas menyatakan pembangunan wakaf di negara Islam yang lain telah

menjadi dorongan kepada beberapa institusi wakaf Indonesia dalam menguruskan wakaf. Sebagai

contoh, dalam kajian Abu Bakar (2005) model pengurusan wakaf di Al-Azhar, Mesir telah

memberi suntikan semangat kepada Darussalam Islamic Boarding School untuk menggunakan

sistem model pengurusan wakaf Al-Azhar sebagai rujukan.

Hasil kajian oleh Anna Che Azmi (2015) mendapati bahawa, Majlis Agama Islam Selangor

(MAIS) dan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) mempunyai pengurusan wakaf yang cekap,

telus dan akauntabiliti. PricewaterhouseCoopers, Singapura yang merupakan juruaudit MUIS

melaporkan laporan kewangan MUIS dengan membentangkan pandangan yang tepat dan adil.

Namun begitu, Ihsan et. al (2009) menyatakan bahawa laporan yang dibuat oleh pemegang

amanah perlu memberi pendedahan laporan kewangan yang mencukupi untuk kepentingan

pemegang taruh, seperti pemberi wakaf, pertubuhan bukan kerajaan dan waris. Beliau juga

berpendapat bahawa, laporan-laporan ini bukan sahaja perlu menyediakan maklumat kewangan

tetapi juga maklumat bukan kewangan yang menggambarkan bagaimana wakaf telah menyumbang

kepada kebajikan sosial dan ekonomi persekitaran mereka. Pandangan ini disokong oleh Yaacob

(2008) yang menekankan bahawa laporan kewangan wakaf perlu selari dengan prinsip syariah.

Manakala menurut Hidayatul Ihsan & Muhammad Ahyar, (2011) dan Yaacob et al. (2012)

menyatakan bahawa, fenomena perbezaan amalan perakaunan wakaf mungkin disebabkan oleh

ketiadaan standard perakaunan bagi wakaf. Selain itu, ketidakpastian mengenai amalan perakaunan

dalam sektor kebajikan dan lain-lain organisasi yang bukan berasaskan keuntungan adalah kerana

Page 11: Implikasi Pendedahan Pelaporan Wakaf Dalam Penyata Kewangan

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

46

kegagalan untuk mewujudkan satu definisi terhadap konsep akauntabiliti dan pertanggungjawaban

yang dapat diterima umum dalam sektor ini (Cordery dan Morley, 2005 & Ihsan, 2007). Justeru itu,

MAIN perlu mewujudkan standard pelaporan wakaf yang seragam bagi mempertingkatkan

kenyakinan orang ramai dan pemegang taruh terhadap institusi wakaf di Malaysia.

MUIS juga menunjukkan pengurusan wakaf yang bagus dimana dalam aspek

pembangunan harta wakaf mereka bekerjasama dengan pihak yang mempunyai kepakaran dalam

bidang tersebut iaitu WARESS. WARESS sentiasa mempastikan semua aktiviti hartanahnya adalah

menepati kehendak syariah. Bentuk aset yang diakui oleh syariah adalah seperti perumahan atau

apartmen, ruang pejabat, taman industri/perniagaan dan kedai runcit. Bertitik tolak dari asas ini,

WARESS membangunkan kegiatan hartanah dan pelaburannya. Salah satu dari kejayaan besar

WARESS adalah menerbitkan S$25 juta Bon Musyarakah bagi membeli sebuah bangunan di 11

Beach Road bagi menggantikan 20 tanah wakaf MUIS yang berada di kawasan yang tidak

berpotensi dan berada di luar zon perdana pembangunan. Majlis Fatwa Singapura telah

membenarkan penukaran tanah wakaf yang tidak berpotensi kepada wakaf yang lebih berpotensi

tinggi dilakukan. Bon ini merupakan bon Islam pertama diwujudkan di Singapura bagi membeli

bangunan pejabat 6 tingkat yang berharga S$31.5 juta atau S$919 kaki persegi. Bon ini

menggunakan dua prinsip iaitu Musyarakah (partnership) dan Ijarah (leasing). MUIS telah

mengadakan perjanjian perkongsian dengan pihak pelabur bon untuk membeli bangunan tersebut

dengan berkongsi untung dan rugi. Pihak MUIS menyumbang sebanyak S$9 juta, manakala pihak

pelabur bon sebanyak S$25 juta, iaitu sumbangan modal dan perkongsian untung mengikut nisbah

26.5 peratus (MUIS) dan 73.5 peratus (pelabur) (Fazlur Rahman Kamsani, DTZ Debenham Tie

Leung, 2005).

Menurut kajian oleh Puad, Rafdi et al. (2014) dalam kajian di Majlis Agama Islam

Selangor mendapati bahawa masih terdapat kakitangan yang kurang professional dan kekurangan

latihan. Ini adalah kerana tahap pengetahuan yang luas, kemahiran yang tinggi serta etika

profesional membantu dalam kejayaan pengurusan wakaf. Alina (2011) telah membincangkan isu

ini dan menyatakan bahawa struktur pengurusan wakaf Malaysia menghadapi isu ejensi yang

serius. Ini adalah kerana menurut beliau, MAIN bukan sahaja mengurus malah dalam masa yang

sama mengawal selia wakaf. Penulis ini berpendapat bahawa untuk menjadikan pengurusan lebih

efektif, perlu kepada pemisahan tugas antara mengurus (manage) dan mengawal selia (regulate).

Dengan kata yang lain, pengurusan harta wakaf perlu diserahkan kepada pengurus yang

professional dan bukannya diserahkan kepada MAIN semata-mata. Bagi institusi wakaf yang

ditadbir sendiri pula, gaya pengurusan dan tadbir urus adalah berbeza dari gaya pengurusan MAIN.

Maka, penyelarasan pengurusan dan tadbir urus perlu dijalankan agar lebih seragam dan

memudahkan keputusan dilaksanakan. Penyelarasan in adalah untuk mengelakkan penindihan

peranan yang mungkin boleh menimbulkan salah faham dan kerugian sumber ekonomi

terutamanya dalam pengurusan kewangan dan pembangunan harta wakaf. Mempunyai pengurusan

dan pelaporan yang selaras akan meningkatkan lagi potensi dalam pembangunan wakaf.

METODOLOGI

Kaedah analisis yang digunakan dalam kajian ini analisis secara diskriptif menggunakan data

sekunder data kewangan MAIN. Maklumat diperolehi daripada artikel ilmiah, jurnal dan juga

maklumat-maklumat yang diperolehi daripada laman web. Data kewangan MAIN diperolehi

daripada penyata kewangan MAIS dan MAIDAM dalam tempoh lima tahun bermula tahun 2009

hingga 2013. Penyata kewangan MAIS diperolehi di portal rasmi MAIS manakala penyata

kewangan MAIDAM diperolehi daripada Penyata Kewangan MAIDAM bagi tahun berakhir 31

Disember setiap tahun bermula tahun 2009 hingga tahun 2013.

Kajian ini membuat pemilihan elemen yang berkaitan dengan pendedahan pelaporan

kewangan dengan merujuk kepada kajian lepas oleh Anna (2015). Kajian ini juga menggunakan

kaedah analisis kandungan (content analysis) dengan menganalisis tujuh elemen pendedahan harta

wakaf iaitu bentuk wakaf, syarat berkaitan wakaf, pengurusan dan pentadbiran wakaf, kawalan

pajakan harta wakaf, aplikasi bentuk pelaburan dalam pembangunan harta wakaf bagi menjana

pendapatan (mudharabah, bai’ bithamanil ajil, dan musyarakah), penyelenggaraan,

Page 12: Implikasi Pendedahan Pelaporan Wakaf Dalam Penyata Kewangan

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

47

pengubahsuaian dan penggantian wakaf dan istibdal. Seterusnya kajian ini melakukan analisis

kandungan dengan membandingkan dua bentuk pelaporan kewangan oleh MAIS dan MAIDAM

untuk mengkaji kemungkinan kesan pendedahan pelaporan kepada pihak pemegang taruh dalam

aspek jumlah wang wakaf yang dilaburkan dalam pelaburan mudarabah jangka pendek dan

istibdal4.

HASIL KAJIAN

Berdasarkan Jadual 1, dapatan yang diperolehi menunjukkan terdapat lima elemen pelaporan bagi

wakaf yang kerap didedahkan oleh MAIS dalam tempoh lima tahun. Elemen yang kerap

didedahkan adalahbentuk-bentuk wakaf, syarat berkaitan wakaf, pengurusan dan pentadbiran

wakaf, istibdaldan aplikasi bentuk pelaburan dalam pembangunan harta wakaf bagi menjana

pendapatan (mudharabah, bait bitamal ajil, musyarakah) dengan peratusan 100 peratus.

Hasilkajian ini mendapati dua elemen yang tidak didedahkan, 0 peratus iaitu elemen kawalan

pajakan harta wakaf dan penyelenggaraan, pengubahsuaian dan penggantian wakaf. Peratusan

keseluruhan bagi tahun 2009 hingga 2013 adalah 73 peratus.

Indeks pelaporan pendedahan wakaf MAIS: Berdasarkan Jadual 1, nilai indeks yang

dikaji menunjukkan laporan kewangan MAIS mempunyai pengurusan wakaf yang cekap, telus dan

akauntabiliti. Namun begitu, peratusan keseluruhan untuk tahun 2009 hingga 2013 adalah sama

iaitu 73 peratus. Ini menunjukkan, laporan kewangan MAIS tiada perubahan kearah pendedahan

pelaporan kewangan yang lebih baik dari segi inovasi dan kepelbagaian. Sepatutnya pelaporan

kewangan ini bertambah baik dari semasa ke semasa bagi menarik orang ramai untuk membaca

laporan kewangan serta menggalakkan mereka untuk menyumbang kepada masyarakat yang tidak

berkemampuan. Selain itu, dengan adanya pelaporan yang lebih baik dan telus akan lebih

meyakinkan orang ramai untuk terus menderma kerana mereka dapat lihat aktiviti yang telah

dijalankan oleh MAIS.

Indeks pelaporan pendedahan wakaf MAIDAM: Berdasarkan nilai indeks di Jadual 1,

dapatan menunjukkan terdapat dua elemen yang kerap didedahkan dalam tempoh lima tahun oleh

MAIDAM iaitu prinsip peraturan wakaf dan aplikasi bentuk pelaburan dalam pembangunan harta

wakaf (mudharabah, bai’ bithaman ajil dan musyarakah) dengan peratusan 100 peratus. Selain

itu, elemen pengurusan dan pentadbiran wakaf mewakili 83 peratus tidak mendedahkan bayaran

kepada penerima manfaat didalam penyata kewangan. Namun begitu, MAIDAM telah

menyerahkan penyata kewangan kepada pihak audit, mempertahankan hak wakaf, mengawalselia

harta wakaf serta jika terdapat sebarang perubahan berhubung dengan harta wakaf mestilah melalui

institusi kewangan. Disamping itu, MAIDAM juga tidak menggadaikan harta wakaf untuk

menjelaskan hutang.

Hasil kajian ini menunjukkan MAIDAM tidak mendedahkan elemen penyelenggaran,

pengubahsuaian dan penggantian harta wakaf dengan peratusan 50 peratus. Berdasarkan laporan

kewangan, pihak MAIDAM tidak mempunyai peruntukan terhadap penggantian harta wakaf dan

hanya menyediakan peruntukan untuk penyelenggaraan harta wakaf sahaja. Kajian ini juga

mendapati, bentuk-bentuk wakaf, kawalan pajakan harta wakaf dan istibdal tidak diberi

pendedahan dalam laporan tahunan kewangan MAIDAM. Hasil kajian ini mendapati MAIDAM

mempunyai peratusan indeks pelaporan pendedahan yang sama bagi tempoh lima tahun dengan

peratusan keseluruhan 53 peratus dimana MAIDAM juga menunjukkan tiada perubahan kearah

pendedahan pelaporan kewangan yang lebih baik dari segi inovasi dan kepelbagaian. Dengan

pendedahan pelaporan yang mencukupi ia dapat menarik pemegang taruh dan orang ramai untuk

membaca laporan kewangan serta mempertingkatkan kenyakinan orang ramai terhadap MAIDAM.

4 Istibdal bermaksud menjual apa yang kurang atau telah hilang hasil atau pendapatan daripada mawquf dan membeli apa

yang lebih baik daripadanya serta menjadikannya sebagai ganti.

Page 13: Implikasi Pendedahan Pelaporan Wakaf Dalam Penyata Kewangan

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

48

Jadual 1: Perbandingan Pelaporan Pendedahan wakaf oleh MAIS dan MAIDAM

No.

Elemen Pendedahan

MAIS MAIDAM

2009 2010 2011 2012 2013 2009 2010 2011 2012 2013

1 Bentuk-bentuk wakaf

Kumpulan Wang Wakaf (Hartanah, loji dan peralatan) - aset tetap 1 1 1 1 1 0 0 0 0 0

Wang Wakaf Khas - asets semasa 1 1 1 1 1 0 0 0 0 0

Peratusan 100% 100% 100% 100% 100% 0% 0% 0% 0% 0%

2 Syarat berkaitan wakaf 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1

Peratusan 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100%

3 Pengurusan dan pentadbiran wakaf

Penyerahan laporan kewangan kepada pihak audit 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1

Bayaran kepada penerima manfaat 1 1 1 1 1 0 0 0 0 0

Mempertahankan hak wakaf (perbelanjaan wakaf) 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1

Pengawal seliaan harta wakaf 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1

Sebarang perubahan dalam harta wakaf mestilah melalui Institusi

Kewangan Islam

1 1 1 1 1 1 1 1 1 1

Tidak boleh menggadaikan harta wakaf menjelaskan hutang 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1

Peratusan 100% 100% 100% 100% 100% 83% 83% 83% 83% 83%

4 Kawalan pajakan harta wakaf

Kadar sewaan mengikut harga semasa 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0

Dokumen sokongan pajakan wakaf (borang kebenaran) 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0

Peratusan 0% 0% 0% 0% 0% 0% 0% 0% 0% 0%

5 Aplikasi bentuk pelaburan dalam pembangunan harta wakaf bagi

menjana pendapatan (mudharabah, bait bitamal ajil, musyarakah)

1 1 1 1 1 1 1 1 1 1

Peratusan 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100%

6 Istibdal 1 1 1 1 1 0 0 0 0 0

Peratusan 100% 100% 100% 100% 100% 0% 0% 0% 0% 0%

Peratusan Keseluruhan 73% 73% 73% 73% 73% 53% 53% 53% 53% 53%

Page 14: Implikasi Pendedahan Pelaporan Wakaf Dalam Penyata Kewangan

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

49

Jadual 2: Implikasi Pelaporan Pendedahan wakaf MAIS dan MAIDAM

Tahun MAIS MAIDAM

Pelaburan

(RM)

%

Perubahan

Istibdal %

Perubahan

Pelaburan

(RM)

%

Perubahan

Istibdal

2009 14,200,000

(29%)

2,364,978

(24%)

2,335,961

(5%) nil

2010 11,900,000

(24%)

-8.81 2,335,818

(23%)

-0.62 11,519,893

(23%)

66.28 nil

2011 4,300,000

(9%)

-46.91 1,833,420

(18%)

-12.05 12,215,641

(24%)

2.93 nil

2012 7,550,000

(15%)

27.42 1,720,019

(17%)

-3.19 12,258,667

(24%)

0.17 nil

2013 11,250,000

(23%)

19.68 1,734,917

(17%)

0.43 12,510,795

(25%)

1.01 nil

Jumlah 49,200,000 9,989,152 50,840,957

Purata 9840000 -0.02 1997830 -0.03 10168191 0.17 Nota: nilai dalam kurungan adalah peratusan nisbah pelaburan dan Istibdal bagi lima tahun.

Merujuk Jadual 2, dapatan menunjukkan kepada dua elemen yang kerap didedahkan dalam tempoh

lima tahun oleh MAIS iaitu prinsip peraturan wakaf dan aplikasi bentuk pelaburan dalam

pembangunan harta wakaf (mudharabah, bai’ bithaman ajil dan musyarakah) dan istibdal dengan

peratusan 100 peratus. Berdasarkan laporan tahunan MAIS menunjukkan nilai pelaburan pada

tahun 2010 (RM11,900,000) dan tahun 2011 (RM4,300,000) menunjukkan penurunan yang agak

ketara. Namun demikian, bermula pada tahun 2012 menunjukkan peningkatkan yang baik

sebanyak RM7,555,000 dengan nisbah 15 peratus dan pada tahun 2013 berlaku perubahan

peningkatan sebanyak RM11,250,000 dengan nisbah pelaburan sebanyak 23 peratus. Purata

keseluruhan pelaburan MAIS disepanjang 5 tahun tersebut adalah sebanyak RM9,840,000.

Seterusnya, berdasarkan nilai pelaburan yang didedahkan oleh MAIDAM menunjukkan

peningkatan yang konsisten disepanjang 5 tahun tersebut iaitu pada tahun 2009 (RM2,335,961)

sehingga 2013 (RM12,510,795). Peningktan ini menunjukkan MAIDAM membuat pelaburan yang

efektif melalui dana wakaf yang diperolehi dengan nisbah dari 5 peratus (2009) sehingga 25

peratus (2013), ini menunjukkan pengurusan pelaburan yang baik oleh MAIDAM.

Bagi Istibdal pula, berdasarkan laporan MAIS menunjukkan harta wakaf yang telah

diistibdalkan telah menurun dari tahun 2009 (RM2,364,978) sehingga tahun 2012 (RM1,720,019).

Namun, pada tahun 2013 mula meningkat sebanyak RM1,734,917 dengan nibah 17 peratus.

Namun, penurunan hasil Istibdal ini bukan disebabkan kerugian atau sebaliknya disebabkan oleh

nilai pasaran harga tanah tersebut. Namun demikian, bagi MAIDAM pula tidak terdapat maklumat

laporan kewangan bagi nilai Istibdal ini adalah disebabkan MAIDAM tidak mengurus harta wakaf

yang diistibdalkan kerana telah pengambilan tanah wakaf oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN).

Merujuk kepada sejarah MAIDAM, di Terengganu keterlibatan tanah wakaf dengan pengambilan

tanah oleh pihak kerajaan bermula sejak tahun 1951 lagi (Mohd Afandi Mat Rani, 2008).

Page 15: Implikasi Pendedahan Pelaporan Wakaf Dalam Penyata Kewangan

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

50

1 2 3 4 5

Pelaburan MAIS -8.81% -46.91% 27.43% 19.68%

Istibdal MAIS -0.62% -12.05% -3.19% 0.43%

Pelaburan MAIDAM 66.28% 2.93% 0.18% 1.02%

Istibdal MAIDAM 0 0 0 0 0

-60.00%

-40.00%

-20.00%

0.00%

20.00%

40.00%

60.00%

80.00%peratus

Rajah 1: Peratus perubahan terhadap pelaburan dan Istibdal MAIS dan MAIDAM

Berdasarkan Rajah 1, menunjukkan peratus perubahan terhadap pelaburan dan Istibdal bagi MAIS

dan MAIDAM. Melihat kepada trend kenaikan peratus pelaburan MAIS bermula dari negatif 8.81

peratus kepada 27.43 (2012) dan 19.68 (2013). Menunjukkan MAIS berjaya menambahbaik

pelaburan wakaf dalam tempoh 5 tahun ini. Bagi istibdal pula MAIS juga menunjukkan trend

peratusan meningkat yang agak kecil iaitu 0.43 peratus pada tahun 2013 dan purata keseluruhan

peratus perubahan adalah 0.03. Manakala, bagi MAIDAM pula peratus perubahan pelaburan

menunjukkan trend penurunan dari segi peratusan perubahan dari tahun 2009 (66.28%) sehingga

2013 (1.02%), walaupun nilai pelaburan MAIDAM meningkat tetapi jumlah peningkatan adalah

dalam peratusan yang kecil disebabkan itu kita dapat lihat graf bagi pelaburan MAIDAM menurun.

Bagi istibdal pula tidak dapat dikenalpasti disebabkan maklumat berkitan dengan transaksi istibdal

tidak terdapat dalam laporan kewangan MAIDAM.

Kesimpulan, hasil kajian ini mendapati MAIS mempunyai peratusan perubahan yang baik

dalam pelaporan kewangan untuk elemen pelaburan bagi tempoh lima tahun dengan peratusan bagi

tahun terakhir 2013 adalah 19.68 peratus. Peningkatan ini menunjukkan kesan dari pelaporan

kewangan yang dapat menarik pemegang taruh untuk terus berwakaf. Selain itu, MAIDAM juga

menunjukkan perubahan ke arah pendedahan pelaporan kewangan yang lebih baik dari segi inovasi

dan kepelbagaian. Namun begitu, MAIDAM masih perlu meningkatkan lagi pengurusan harta

wakaf agar lebih kukuh serta dapat memberi manfaat kepada institusi tersebut. Dengan pendedahan

pelaporan yang mencukupi ia dapat menarik pemegang taruh dan orang ramai untuk membaca

laporan kewangan serta mempertingkatkan kenyakinan orang ramai terhadap MAIDAM begitu

juga dengan MAIS.

PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI DASAR

Elemen asas wakaf: Pendedahan pelaporan kewangan adalah penting dalam sesebuah oraganisasi

sama ada yang berasaskan keuntungan dan bukan berasakan keuntungan seperti MAIN. Dalam hal

ini, melihat kepada hasil kajian mendapati bahawa masih terdapat kekurangan pendedahan dalam

elemen asas wakaf. Dimana, elemen asas wakaf ini terdiri daripada tiga bentuk wakaf iaitu wakaf

am, wakaf khas dan wakaf tunai.

Merujuk kepada hasil kajian MAIDAM mendedahkan wakaf am dan wakaf khas di dalam

laporan kewangan mereka tetapi diasingkan dari kunci kira-kira. Ini adalah kerana mereka

mewujudkan nota penjelasan harta wakaf yang menerangkan dengan lebih jelas tentang wakaf am

Page 16: Implikasi Pendedahan Pelaporan Wakaf Dalam Penyata Kewangan

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

51

dan akaf khas. Namun begitu, mereka hanya meletakkan anggaran nilai tanah tersebut tanpa

memberi maklumat yang jelas tentang aktiviti yang dilaksanakan keatas tanah tersebut. Manakala,

didapati penyata kewangan MAIS mereka mendedahkan hanya wakaf khas sahaja dan memberi

pendedahan yang jelas dan terperinci bagi setiap aktiviti yang telah dilaksanakan seperti urusan

terimaan dan pembayaran bagi saham wakaf khas dan istibdal. Namun begitu, MAIS tidak

memberi pendedahan mengenai wakaf tunai dan wakaf am.

Kesimpulannya, kedua-dua institusi wakaf ini perlu mendedahkan laporan kewangan

berkenaan ketiga-tiga bentuk wakaf tersebut (selari dengan pengurusan wakaf di PWS) kerana

maklumat ini adalah penting kepada pemegang taruh. Melihat kepada laporan yang dibuat oleh

kedua-dua negeri ini menunjukkan usaha yang bagus, namun demikian penambaikkan dari segi

pendedahan maklumat wakaf perlu lebih mendalam terutamanya wakaf am dan wakaf tunai. Ini

kerana, pada era globalisasi ini wakaf am adalah penting untuk meningkatkan ekonomi umat islam

terutamanya dari segi pembangunan. Selain itu, wakaf tunai juga turut memainkan peranan penting

bagi meningkatkan penjanaan terhadap wakaf am dan juga wakaf khas. Oleh yang demikian, pihak

MAIN perlu memberi penekanan kepada setiap negeri mengenai pendedahan wakaf ini.

Aplikasi bentuk pelaburan dalam pembangunan harta wakaf bagi menjana pendapatan:

“Wakaf adalah antara pelaburan berpotensi yang boleh dikembangkan untuk membiayai pelbagai

aktiviti ekonomi untuk kepentingan masyarakat. Sifat semula jadi wakaf menjadikannya satu

platfom yang sangat berkesan untuk kemampanan pertumbuhan ekonomi," petikan kata Encik

Muzaffar selaku Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic Berhad. Wakaf ialah amalan

menyerahkan harta wakaf kepada pihak pentadbir bagi tujuan amal dan kepentingan umum, tetapi

apa yang tidak ada dalam pasaran hari ini ialah wakaf secara komersial. Maka dapat dilihat usaha

MAIS dan MAIDAM dalam menjana harta wakaf melalui pelaburan di dalam bentuk yang berbeza.

Namun demikian, MAIS dan MAIDAM perlu memperkasakan lagi aktiviti pelaburan wakaf

mengembangkan ekonomi umt Islam. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic Bank

Badlisyah Abd Ghani, untuk menempatkan wakaf dalam pasaran kewangan, perlu ada rangka kerja

undang-undang yang kondusif yang akan membolehkan pemerbadanannya dengan secara efektif.

Sekiranya kita ada undang-undang ini, akan datang wakaf boleh menjadi komponen pasaran

kewangan Islam yang lebih besar, seperti di era kegemilangan tamadun peradaban Islam sebelum

ini. Selain itu, bagi membentuk rangka kerja undang-undang itu, perlu ada dialog antara kerajaan

persekutuan dan negeri kerana undang-undang berkaitan wakaf ketika ini berada di bawah bidang

kuasa MAIN.

Istibdal: Istibdal ditakrifkan sebagai proses menjual aset wakaf dan membeli yang baru untuk

memaksimunkan kepentingan wakaf. Istibdal dijalankan dengan membeli harta benda yang baru

menggantikan harta wakaf yang hancur. Jika harta wakaf itu tidak memberi faedah. Dalam penyata

kewangan MAIS istibdal dinyatakan secara berasingan daripada wakaf lain dan diletakkan dalam

kun kira-kira sebagai liabilii semasa. Dalam laporan kewangan MAIS menyatakan bahawa

penggantian harta wakaf yang dibuat mestilah mepunyai nilai yang sama atau melebihi nilai harta

wakaf tersebut. ini menunjukkan MAIS mematuhi salah satu syarat AAOFI. MAIDAM pula tidak

mendedahkan dalam laporan kewangan. Namun demikian, bagi negeri Terengganu bagi

pengurusan Istibdal tanah-tanah wakaf diambil alh oleh PBN.

KESIMPULAN

Melihat kepada keseluruhan pelaporan kewangan bagi MAIS dan MAIDAM kedua-dua negeri

telah berjaya memberi satu pelaporan pengurusan wakaf yang baik dan berkesan. Namun demikian,

MAIN perlu mempunyai pelaporan yang seragam bagi meningkatkan kreativiti dan inovasi dalam

laporan kewangan tersebut. Selaras dengan tujuan kajian ini iaitu untuk mengkaji aspek pengurusan

perakaunan institusi wakaf di Malaysia serta mengkaji sama ada amalan pendedahan perakaunan

pelaporan kewangan oleh institusi wakaf adalah mencukupi dan memadai untuk memuaskan hati

pihak pemegang taruh. Disamping itu, kajian ini juga turut melihat kesan dari amalan pelaporan

kewangan oleh kedua-dua negeri iaitu berdasarkan kepada peningkatan dan penurunan dalam

Page 17: Implikasi Pendedahan Pelaporan Wakaf Dalam Penyata Kewangan

PROSIDING PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM 2016

52

pelaburan dan istibdal. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat dijadikan sumbangan kepada pihak

penggubal undang-undang dalam menetapkan standard terhadap perakaunan dan pelaporan wakaf.

Di samping itu, kajian ini juga diharapkan dapat meningkatkan akauntabiliti institusi wakaf dalam

memenuhi kehendak pemegang taruh dan seterusnya di harapkan dapat meningkatkan keyakinan

orang ramai untuk terus menyokong organisasi ini.

RUJUKAN

Anna Che Azmi (2015), The Sharia Compliance of Financial Reporting Practises: A Case Study

on Waqf ,

Fazlur Rahman Kamsani dan DTZ Debenham Tie Leung. (2005). Islamic Real Estate Finance and

Middle East Opportunities. Presentation at REDAS Seminar ‘Construction and Property

Prospects 2005, Orchard Hotel, Singapore, 11 Jan 2005.

Hidayatul Ihsan & Muhammad Ahyar Adnan. (2011), Waqf Accounting and The Construction of

Accountability. Humanomics Journal, 27(4), 252–269.

Hidayatul Ihsan & Shahul Hameed (2011), Waqf Accounting and Management in Indonesia Waqf

Instittutions: The Cases of Two Waqf Institutions, Humanomics, 27(4), 252- 269

Puad, N. A. M., et al. (2014). Issues and challenges of Waqf instrument: A case study in MAIS.

Conference of Management and Muamalah (CoMM 2014) Synergyzing Knowledge On

Management And Muamalah.

Rohana Othman & Azlan Mohd Thani (2010), Islamic Social Reporting Of Islamic Companies in

Malaysia, International Bussiness & Economics Research Journal, 9(4), 135-144.

Tunku Alina Bte Raja Muhd. (2011). Unleashing the Potential of the Waqf as an Economic

Institution in Malaysia,(Kuala Lumpur: INCEIF University Ph. D Thesis, 2011)