IMPAK PENGAJARAN TERBEZA KE ATAS MOTIVASI · PDF filePengurusan bakat, Program Perkhemahan...

12
E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017). (e-ISBN 978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by https://worldconferences.net Page 174 IMPAK PENGAJARAN TERBEZA KE ATAS MOTIVASI PELAJAR PINTAR DAN BERBAKAT DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SUBJEK BIOLOGI Fairuz Adlidna Badrol Hissam, Mohd Hasrul Kamarulzaman, Nurul Suzaina Joli & Noriah Mohd Ishak Pusat PERMATApintar ® Negara Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected], [email protected], [email protected], [email protected] ABSTRAK Pengajaran Terbeza merupakan kaedah pendekatan pengajaran yang memenuhi keperluan pembelajaran di kalangan pelajar pintar dan berbakat kerana ianya memberi peluang pembelajaran yang sama kepada setiap pelajar. Disebabkan adanya penekanan terhadap kepelbagaian pengajaran, guru-guru di Pusat PERMATApintar ® Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengaplikasi kaedah Pengajaran Terbeza di dalam kelas. Pelajar pintar dan berbakat berbeza daripada segi kesediaan, minat dan profil pembelajaran mereka. Guru-guru mengaplikasi Pengajaran Terbeza berdasarkan keperluan dan kehendak pembelajaran pelajar pintar dan berbakat supaya dapat melibatkan setiap pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hasil kajian sebelum ini mendapati bahawa Pengajaran Terbeza telah menyumbang kepada motivasi pelajar. Di dalam kajian ini, soal selidik motivasi pelajar telah diedarkan ke atas 60 orang pelajar pintar dan berbakat pada tahun akhir sesi akademik Semester 2, 2017. Data telah dikumpulkan dan dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi yang melibatkan analisis data menggunakan Ujian-t dan ANOVA. Analisis ini memberi pendedahan mengenai motivasi pelajar pintar dan berbakat terhadap kaedah Pengajaran Terbeza di dalam subjek Biologi. Hasil analisis mendapati bahawa Pengajaran Terbeza memberikan kesan terhadap motivasi pelajar pintar dan berbakat dan ianya juga menunjukkan bahawa motivasi pelajar pintar dan berbakat terhadap Pengajaran Terbeza di dalam subjek Biologi tidak dipengaruhi oleh faktor jantina dan umur. Kata kunci: Pengajaran Terbeza, motivasi, pelajar pintar dan berbakat, Biologi --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 1. Pengenalan Di dalam dunia pendidikan, guru-guru memainkan peranan yang penting untuk memastikan bahawa pelajar yang mengikuti kelas pembelajaran mempunyai persediaan yang mencukupi, minat yang mendalam dan daya kefahaman yang tinggi agar ianya selari dengan objektif pengajaran dan pembelajaran serta prestasi pelajar dari semasa ke semasa. Setiap pelajar mempunyai minat dan cara tersendiri untuk memahami sesuatu maklumat yang disampaikan oleh guru di dalam kelas. Pelajar- pelajar juga ini mempunyai kecenderungan dan tahap kefahaman yang berbeza terhadap sesuatu ilmu yang disampaikan oleh guru. Oleh itu, satu pendekatan atau kaedah terbaik perlu diaplikasikan di dalam kelas agar ianya dapat melibatkan semua pelajar di dalam apa jua aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan memenuhi keperluan pembelajaran pelajar. Salah satu daripada cabaran yang dihadapi oleh guru masa kini adalah untuk memenuhi keperluan dan kehendak pembelajaran pelajar pintar dan berbakat. Secara umum, terdapat pendapat yang meluas untuk

Transcript of IMPAK PENGAJARAN TERBEZA KE ATAS MOTIVASI · PDF filePengurusan bakat, Program Perkhemahan...

Page 1: IMPAK PENGAJARAN TERBEZA KE ATAS MOTIVASI  · PDF filePengurusan bakat, Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS), Program Pendidikan PERMATApintar

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017).

(e-ISBN 978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by

https://worldconferences.net Page 174

IMPAK PENGAJARAN TERBEZA KE ATAS MOTIVASI PELAJAR

PINTAR DAN BERBAKAT DI DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN SUBJEK BIOLOGI

Fairuz Adlidna Badrol Hissam, Mohd Hasrul Kamarulzaman, Nurul Suzaina Joli & Noriah

Mohd Ishak

Pusat PERMATApintar® Negara

Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected], [email protected], [email protected],

[email protected]

ABSTRAK

Pengajaran Terbeza merupakan kaedah pendekatan pengajaran yang memenuhi keperluan

pembelajaran di kalangan pelajar pintar dan berbakat kerana ianya memberi peluang pembelajaran

yang sama kepada setiap pelajar. Disebabkan adanya penekanan terhadap kepelbagaian pengajaran,

guru-guru di Pusat PERMATApintar®Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengaplikasi

kaedah Pengajaran Terbeza di dalam kelas. Pelajar pintar dan berbakat berbeza daripada segi

kesediaan, minat dan profil pembelajaran mereka. Guru-guru mengaplikasi Pengajaran Terbeza

berdasarkan keperluan dan kehendak pembelajaran pelajar pintar dan berbakat supaya dapat

melibatkan setiap pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hasil kajian

sebelum ini mendapati bahawa Pengajaran Terbeza telah menyumbang kepada motivasi pelajar. Di

dalam kajian ini, soal selidik motivasi pelajar telah diedarkan ke atas 60 orang pelajar pintar dan

berbakat pada tahun akhir sesi akademik Semester 2, 2017. Data telah dikumpulkan dan dianalisis

dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi yang melibatkan analisis data menggunakan

Ujian-t dan ANOVA. Analisis ini memberi pendedahan mengenai motivasi pelajar pintar dan berbakat

terhadap kaedah Pengajaran Terbeza di dalam subjek Biologi. Hasil analisis mendapati bahawa

Pengajaran Terbeza memberikan kesan terhadap motivasi pelajar pintar dan berbakat dan ianya juga

menunjukkan bahawa motivasi pelajar pintar dan berbakat terhadap Pengajaran Terbeza di dalam

subjek Biologi tidak dipengaruhi oleh faktor jantina dan umur.

Kata kunci: Pengajaran Terbeza, motivasi, pelajar pintar dan berbakat, Biologi

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Pengenalan

Di dalam dunia pendidikan, guru-guru memainkan peranan yang penting untuk memastikan bahawa

pelajar yang mengikuti kelas pembelajaran mempunyai persediaan yang mencukupi, minat yang

mendalam dan daya kefahaman yang tinggi agar ianya selari dengan objektif pengajaran dan

pembelajaran serta prestasi pelajar dari semasa ke semasa. Setiap pelajar mempunyai minat dan cara

tersendiri untuk memahami sesuatu maklumat yang disampaikan oleh guru di dalam kelas. Pelajar-

pelajar juga ini mempunyai kecenderungan dan tahap kefahaman yang berbeza terhadap sesuatu ilmu

yang disampaikan oleh guru. Oleh itu, satu pendekatan atau kaedah terbaik perlu diaplikasikan di dalam

kelas agar ianya dapat melibatkan semua pelajar di dalam apa jua aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan

memenuhi keperluan pembelajaran pelajar.

Salah satu daripada cabaran yang dihadapi oleh guru masa kini adalah untuk memenuhi keperluan dan

kehendak pembelajaran pelajar pintar dan berbakat. Secara umum, terdapat pendapat yang meluas untuk

Page 2: IMPAK PENGAJARAN TERBEZA KE ATAS MOTIVASI  · PDF filePengurusan bakat, Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS), Program Pendidikan PERMATApintar

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017).

(e-ISBN 978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by

https://worldconferences.net Page 175

mendifinisikan pelajar pintar dan berbakat. Menurut Gagne (1991), kepintaran didefinisikan sebagai

satu kecekapan di atas purata daya keupayaan manusia seperti kebolehan intelektual dan kreativiti.

Beliau mendifinisikan bakat sebagai prestasi di atas purata dalam bidang tertentu seperti muzik dan

kesusasteraan. U.S. Congress (1988) memberi takrifan pelajar pintar dan berbakat sebagai “Pelajar

pintar dan berbakat bermaksud anak-anak dan remaja yang telah membuktikan keupayaan prestasi yang

tinggi di dalam bidang-bidang tertentu seperti intelektual, kreatif, artistik, kepimpinan atau dalam

bidang akademik tertentu, yang memerlukan layanan dan aktiviti yang biasanya tidak disediakan oleh

sekolah untuk membangunkan keupayaan tersebut”.

Dengan merujuk kepada definisi di atas, dapat dinyatakan bahawa pelajar pintar dan berbakat perlu

mempunyai satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang selari dengan tahap intelektual dan

keupayaan yang dimiliki oleh mereka. Kaedah pengajaran dan pembelajaran ini juga perlu

mempertimbangkan faktor-faktor seperti kesediaan, minat dan profil pembelajaran setiap pelajar pintar

dan berbakat. Oleh yang demikian, Pengajaran Terbeza adalah satu kaedah dan pendekatan pengajaran

yang sesuai untuk dilaksanakan oleh guru di dalam kelas. Rajah 1 di bawah menunjukkan peta konsep

Pengajaran Terbeza atau di dalam istilah bahasa Inggerisnya Differentiated Instruction yang

diperkenalkan oleh Carol Ann Tomlinson.

Rajah 1: Peta Konsep Pengajaran Terbeza

Sumber daripada: Tomlinson, C. A. (1999). The differentiated classroom: Responding to the needs of

all learners. Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum Development.

Page 3: IMPAK PENGAJARAN TERBEZA KE ATAS MOTIVASI  · PDF filePengurusan bakat, Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS), Program Pendidikan PERMATApintar

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017).

(e-ISBN 978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by

https://worldconferences.net Page 176

Pusat PERMATApintar® Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan satu-satunya

pusat kecemerlangan di Malaysia yang menawarkan program bagi pelajar pintar dan berbakat. Pusat ini

bertanggungjawab mengenalpasti pelajar-pelajar pintar dan berbakat dari seluruh Malaysia dan

memberikan mereka peluang untuk mengembangkan potensi dan bakat mereka. Pusat ini juga mula

beroperasi pada bulan Januari 2011. Di antara program yang diuruskan pusat ini adalah: Pencarian dan

Pengurusan bakat, Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS), Program Pendidikan

PERMATApintar® dan Program ASASIpintar, iaitu program pra-universiti selama satu tahun. Salah

satu daripada keistimewaan proses pengajaran dan pembelajaran yang ada di Pusat PERMATApintar®

Negara, UKM adalah pelaksanaan kaedah Pengajaran Terbeza di dalam kelas pembelajaran. Kualiti

pengajaran yang baik serta aktiviti-aktiviti menarik di dalam kelas adalah kunci untuk memenuhi

keperluan dan kehendak pembelajaran pelajar pintar dan berbakat. Oleh itu, guru memainkan peranan

yang amat penting di dalam pelaksanaan Pengajaran Terbeza di dalam kelas.

Di antara kayu ukur yang boleh digunakan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan Pengajaran

Terbeza adalah dengan melihat tahap motivasi pelajar pintar dan berbakat terhadap kaedah pengajaran

ini. Salah satu daripada subjek yang mengaplikasi Pengajaran Terbeza di dalam kelas pengajaran dan

pembelajaran adalah subjek Biologi. Guru-guru mengaplikasi Pengajaran Terbeza di dalam kelas

dengan mengambil kira faktor minat, kesediaan dan cara pembelajaran pelajar. Penilaian terhadap

keberkesanan Pengajaran Terbeza ini penting untuk memastikan bahawa pelajar sentiasa mempunyai

motivasi yang tinggi terhadap kaedah pengajaran ini, sekaligus dapat membantu untuk meningkatkan

prestasi akademik mereka secara konsisten dan dari semasa ke semasa.

2. Sorotan Literatur

2.1 Pengajaran Terbeza

Pengajaran Terbeza ditakrifkan sebagai pendekatan pengajaran di mana guru-guru secara proaktif

mengubahsuai kurikulum, kaedah pengajaran, sumber-sumber, aktiviti pembelajaran, dan hasil pelajar

untuk memenuhi pelbagai keperluan setiap pelajar dan kumpulan kecil pelajar untuk memaksimumkan

peluang pembelajaran untuk setiap pelajar di dalam kelas (Tomlinson, 1999). Tomlinson (2001) telah

menyatakan Pengajaran Terbeza sebagai falsafah pengajaran yang menyediakan pelbagai cara dalam

menyampaikan kandungan, memahami ide-ide dan menilai hasil pembelajaran. Selain itu, Tomlinson

& Imbeau (2010) dalam kajian mereka menyatakan, kesediaan pelajar, minat dan profil pembelajaran

adalah faktor utama yang perlu dipertimbangkan oleh guru dalam pelaksanaan Pengajaran Terbeza.

Guru-guru pada masa kini perlu belajar untuk mengembangkan rutin di dalam kelas, dengan tidak

mengabaikan kepelbagaian pelajar di dalam kesediaan, minat dan profil pembelajaran (Tomlinson et

al., 2003). Tomlinson et al. (2003) di dalam kajian mereka juga mengatakan rutin yang dimaksudkan

adalah dengan membezakan kurikulum dan pengajaran.

2.2 Motivasi Pelajar Terhadap Pengajaran Terbeza di dalam Subjek Biologi

Secara umumnya, terdapat pelbagai keterangan dan huraian yang berkait dengan definisi motivasi.

Smith dan Smith (2010) di dalam kajian mereka mendefinisikan motivasi sebagai keadaan dalaman

yang menggerakkan dan mengawal pemikiran, perasaan dan tingkah laku ke arah mencapai matlamat.

Ormrond (1995) dan Stipek (1996) di dalam kajian mereka mengatakan bahawa input pembelajaran di

sekolah yang diberikan kepada pelajar jarang memberi pertimbangan terhadap aspek afektif, motivasi

dan keperluan individu pelajar, dan hanya memberi penekanan proses kognitif. Menurut Maeng (2011)

dan Burkett (2013) di dalam kajian Pablico, Diack & Lawson (2017), kajian-kajian mengenai

Pengajaran Terbeza yang dijalankan sebelum ini banyak melibatkan kajian berbentuk kualitatif dengan

menunjukkan hasil emosi yang positif daripada segi motivasi, komitmen tugas dan keseronokan untuk

belajar. Maeng (2011) di dalam kajian Pablico, Diack & Lawson (2017) menyatakan bahawa kajian-

Page 4: IMPAK PENGAJARAN TERBEZA KE ATAS MOTIVASI  · PDF filePengurusan bakat, Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS), Program Pendidikan PERMATApintar

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017).

(e-ISBN 978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by

https://worldconferences.net Page 177

kajian mengenai Pengajaran Terbeza kebanyakannya tertumpu pada peringkat sekolah rendah dan

menengah rendah, dan sangat jarang berlaku di peringkat sekolah menengah atas. Tobin dan Tippet

(2014) di dalam kajian mereka menyatakan bahawa Pengajaran Terbeza kerap digunakan di dalam kelas

yang melibatkan pembacaan, penulisan dan matematik dan jarang diaplikasi di dalam bidang subjek

yang lain, termasuk bidang sains. Oleh itu, masih terdapat sorotan literatur yang terhad mengenai

motivasi pelajar terhadap Pengajaran Terbeza di dalam bidang sains, termasuk Biologi. Tambahan pula,

kajian mengenai motivasi pelajar terhadap Pengajaran Terbeza di dalam subjek Biologi di Malaysia

belum pernah dijalankan sebelum ini, dan ini merupakan antara faktor yang mendorong untuk kajian

ini dilakukan.

3. Persoalan Kajian

Empat persoalan kajian yang cuba untuk dijawab di dalam kajian ini adalah:

1. Apakah hubungan di antara tahap motivasi pelajar pintar dan berbakat dengan Pengajaran

Terbeza di dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Biologi?

2. Adakah terdapat peningkatan prestasi pelajar pintar dan berbakat di dalam subjek Biologi melalui

ujian pra dan ujian pasca?

3. Adakah terdapat perbezaan tahap motivasi di kalangan pelajar pintar dan berbakat yang berlainan

jantina terhadap Pengajaran Terbeza di dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Biologi?

4. Adakah terdapat perbezaan tahap motivasi di kalangan pelajar pintar dan berbakat yang berlainan

umur terhadap Pengajaran Terbeza di dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Biologi?

4. Metod Kajian

4.1 Populasi dan Sampel Kajian

Kajian ini telah melibatkan 60 orang pelajar pintar dan berbakat pada tahun akhir Semester 2, sesi

akademik 2017 di Pusat PERMATApintar® Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Jika

dilihat jumlah responden mengikut pecahan umur, seramai 52 orang pelajar berusia 17 tahun, 7 orang

pelajar berusia 16 tahun dan seorang pelajar berusia 15 tahun telah terlibat di dalam kajian ini. Di dalam

kesemua 60 orang responden tersebut, 35 orang daripadanya adalah pelajar lelaki dan 25 orang adalah

pelajar perempuan. Rajah 2.1 menunjukkan bilangan responden mengikut umur, manakala Rajah 2.2

menunjukkan bilangan responden mengikut jantina.

Rajah 2.1 : Bilangan Responden Mengikut Umur

17

52

15 16 17

UMUR RESPONDEN

Page 5: IMPAK PENGAJARAN TERBEZA KE ATAS MOTIVASI  · PDF filePengurusan bakat, Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS), Program Pendidikan PERMATApintar

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017).

(e-ISBN 978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by

https://worldconferences.net Page 178

Rajah 2.2 : Bilangan Responden Mengikut Jantina

4.2 Metod Kajian dan Kaedah Pengumpulan Data

Kajian ini menggunakan soal selidik motivasi yang telah diedarkan kepada 60 orang pelajar pintar dan

berbakat pada tahun akhir Semester 2, sesi akademik 2017. Pada permulaan kajian ini, kesemua 60

orang pelajar telah diminta untuk memberikan alamat emel mereka. Alamat emel ini digunakan untuk

memberi jemputan atas talian kepada pelajar untuk menjawab soal selidik motivasi ini. Setelah

jemputan atas talian dihantar kepada pelajar, satu makluman telah diberikan kepada pelajar untuk

mengisi soal selidik motivasi tersebut dalam tempoh yang ditetapkan, iaitu selama dua hari. Peringatan

secara berkala juga telah diberikan dalam tempoh dua hari tersebut terhadap pelajar yang belum

memberikan respons dan belum mengisi soal selidik motivasi. Selepas tempoh dua hari, soal selidik

motivasi ke atas 60 orang pelajar ini telah berjaya dilakukan dan pengumpulan data telah ditamatkan.

4.3 Instrumen Kajian

Instrumen kajian di dalam kajian ini menggunakan soal selidik motivasi yang diadaptasi daripada soal

selidik Motivational Orientation of Differentiated Instruction in English Language Teaching

(MoDiELT) yang telah dibina oleh Mohd Hasrul Kamarulzaman (Unpublished Doctoral Thesis). Soal

selidik beliau mengukur tahap motivasi pelajar terhadap Pengajaran Terbeza di dalam subjek Bahasa

Inggeris. Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian ini telah diukur dengan menggunakan pekali alfa

dengan menggunakan perisian SPSS V 20.0. Nilai Cronbach’s Alpha bagi kesemua elemen soal selidik

motivasi ini adalah seperti ditunjukkan dalam Jadual 1. Instrumen ini mempunyai sembilan elemen

untuk mengukur tahap motivasi pelajar pintar dan berbakat terhadap Pengajaran Terbeza di dalam

pengajaran dan pembelajaran subjek Biologi. Di antara sembilan elemen tersebut adalah: Minat,

Kesediaan, Profil Pembelajaran, Peranan Guru, Kandungan, Proses, Aktiviti Berkumpulan, Hasil, dan

Penilaian dan Penyesuaian. Soal selidik motivasi ini mempunyai tiga bahagian utama, iaitu Demografi,

Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca Biologi serta Elemen Motivasi. Jumlah keseluruhan item yang

mengukur tahap motivasi ini adalah 68 item dan dibina dengan menggunakan skala Likert lima mata.

Cronbach's Alpha N of Items

.958 68

Jadual 1: Nilai Cronbach’s Alpha Kebolehpercayaan Item

25

35

Perempuan Lelaki

JANTINA RESPONDEN

Page 6: IMPAK PENGAJARAN TERBEZA KE ATAS MOTIVASI  · PDF filePengurusan bakat, Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS), Program Pendidikan PERMATApintar

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017).

(e-ISBN 978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by

https://worldconferences.net Page 179

Berdasarkan Jadual 1, nilai kebolehpercayaan keseluruhan bagi soal selidik motivasi ini adalah sangat

baik dan boleh digunakan di dalam kajian ini untuk menentukan tahap motivasi pelajar pintar dan

berbakat terhadap Pengajaran Terbeza di dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Biologi.

4.4 Penganalisisan Data

Setelah tempoh pengumpulan data ditamatkan, soal selidik motivasi telah disemak sebelum data

dimasukkan dan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS V 20.0. Analisis yang dilakukan di

dalam kajian ini melibatkan analisis statistik deskriptif dan inferensi. Statistik deskriptif digunakan

untuk menghuraikan ciri-ciri pembolehubah seperti demografi responden dan bertujuan untuk

mendapatkan nilai min, peratusan, kekerapan dan sisihan piawai. Statistik inferensi di dalam kajian ini

menggunakan kaedah Ujian – t sampel tak bersandar, Ujian t- sampel berpasangan serta ANOVA. Ujian

– t sampel tak bersandar dijalankan untuk melihat hubungan di antara tahap motivasi pelajar pintar dan

berbakat di kalangan pelajar yang berlainan jantina. Ujian t – sampel berpasangan pula dijalankan untuk

menilai tahap peningkatan prestasi pelajar pintar dan berbakat di dalam ujian pra dan ujian pasca

Biologi, manakala ujian ANOVA dijalankan untuk melihat hubungan di antara tahap motivasi dan umur

pelajar.

5. Dapatan Kajian

Analisis Deskriptif dan Inferensi

Dapatan kajian diterangkan dengan terperinci dalam bentuk deskriptif dan inferensi bagi menjawab

persoalan kajian di dalam kajian ini.

5.1 Tahap Motivasi Pelajar Terhadap Pengajaran Terbeza di dalam Pengajaran dan

Pembelajaran Subjek Biologi

Jadual 2 menunjukkan hasil analisis tahap motivasi pelajar pintar dan berbakat terhadap Pengajaran

Terbeza di dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Biologi.

Elemen Motivasi N Skor Min Sisihan Piawai

Minat 60 83.60 8.579

Kesediaan 60 76.37 7.145

Profil Pembelajaran 60 79.70 8.302

Peranan Guru 60 86.80 8.376

Kandungan 60 84.23 9.856

Proses 60 81.90 9.075

Aktiviti Berkumpulan 60 77.87 14.127

Hasil 60 77.02 8.131

Penilaian dan Penyesuaian 60 78.73 9.744

Jadual 2: Tahap Motivasi Pelajar Pintar dan Berbakat Terhadap Pengajaran Terbeza di dalam

Pengajaran dan Pembelajaran Subjek Biologi

Jadual 2 menunjukkan hasil analisis tahap motivasi pelajar pintar dan berbakat terhadap Pengajaran

Terbeza di dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Biologi. Berdasarkan Jadual 2, dapat dilihat

bahawa skor min tertinggi adalah Peranan Guru (86.80), diikuti dengan Kandugan (84.23) dan Minat

(83.60). Skor min yang paling rendah adalah Kesediaan (76.37). Dapatan ini menunjukkan bahawa guru

memainkan peranan yang paling penting di dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah

Page 7: IMPAK PENGAJARAN TERBEZA KE ATAS MOTIVASI  · PDF filePengurusan bakat, Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS), Program Pendidikan PERMATApintar

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017).

(e-ISBN 978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by

https://worldconferences.net Page 180

Pengajaran Terbeza. Selain daripada itu, kandungan bahan pengajaran dan pembelajaran yang menarik

serta bersesuaian juga memainkan peranan yang penting di samping mengetahui minat pelajar

sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Ini adalah untuk memastikan pelajar sentiasa

melibatkan diri secara aktif di dalam semua proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti-aktiviti

yang dilakukan melalui pelaksanaan Pengajaran Terbeza ini. Secara keseluruhannya, perbezaan skor

min adalah kecil dan ianya menunjukkan bahawa Pengajaran Terbeza ini menyumbang kepada motivasi

pelajar pintar dan berbakat di dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Biologi.

5.2 Ujian Pra dan Ujian Pasca Subjek Biologi

Salah satu daripada faktor yang menentukan keberkesanan kaedah Pengajaran Terbeza terhadap tahap

motivasi pelajar pintar dan berbakat di dalam pengajaran dan pembelajaran adalah dengan melihat

kepada perubahan prestasi akademik, sama ada terdapat peningkatan atau penurunan dalam ujian pasca

berbanding ujian pra di dalam subjek Biologi. Ujian t-sampel berpasangan telah dijalankan untuk

mengkaji perbezaan skor di antara ujian pra dan ujian pasca. Jika terdapat perbezaan, analisis ini akan

mengenal pasti sama ada pelajar pintar dan berbakat telah melakukannya dengan lebih baik atau

sebaliknya di dalam ujian mereka. Hasil analisis bagi Ujian-t berpasangan dinyatakan di dalam Jadual

3.

N Korelasi, r p

60 0.898 0.000

Jadual 3.1: Korelasi di antara Ujian Pra dan Ujian Pasca

Pengetahuan

Ujian N

Skor

Min

Sisihan

Piawai Ujian t Df Sig.

Pra 60 68 12.13

-8.319

59

0.000 Pasca 60 73.9 9.57

Jadual 3.2: Ujian-t sampel berpasangan bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca Subjek Biologi

Jadual 3.1 dan 3.2 bagi ujian-t sampel berpasangan di atas menunjukkan bahawa terdapat perbezaan

yang signifikan di dalam ujian pra dan ujian pasca subjek Biologi sebelum dan selepas kaedah

Pengajaran Terbeza dijalankan dengan nilai t=-8.319 dan sig = 0.000 (p<0.05). Hasil korelasi mendapati

bahawa ujian pra dan ujian pasca adalah berkorelasi secara signifikan pada p < 0.05. Dari segi skor min,

ianya menunjukkan bahawa pengetahuan ujian selepas kaedah Pengajaran Terbeza dijalankan

(min=73.9 dan sp =9.57) lebih tinggi berbanding dengan pengetahuan ujian sebelum kaedah Pengajaran

Terbeza dijalankan (min =68, sp=12.13 ). Ini menunjukkan bahawa pengetahuan dan prestasi akademik

pelajar pintar dan berbakat lebih tinggi selepas kaedah Pengajaran Terbeza dijalankan di dalam

pengajaran dan pembelajaran subjek Biologi.

5.3 Hubungan di antara Tahap Motivasi Pelajar di kalangan Pelajar Berlainan Jantina

Ujian-t sampel tak bersandar telah dijalankan untuk membuat perbandingan tahap motivasi di antara

pelajar pintar dan berbakat yang berlainan jantina terhadap Pengajaran Terbeza di dalam pengajaran

dan pembelajaran subjek Biologi. Hasil analisis ujian-t tersebut ditunjukkan di dalam jadual di bawah.

Page 8: IMPAK PENGAJARAN TERBEZA KE ATAS MOTIVASI  · PDF filePengurusan bakat, Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS), Program Pendidikan PERMATApintar

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017).

(e-ISBN 978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by

https://worldconferences.net Page 181

Elemen Motivasi t df Sig.

Minat -.061 58 .952

Kesediaan .333 58 .740

Profil Pembelajaran .235 58 .815

Peranan Guru .279 58 .781

Kandungan .180 58 .858

Proses 1.084 58 .283

Aktiviti Berkumpulan -.043 58 .966

Hasil .590 58 .558

Penilaian dan Penyesuaian .463 58 .645

Jadual 4.1: Ujian-t sampel tak bersandar: Perbandingan Tahap Motivasi di antara Pelajar

Pintar dan Berbakat yang Berlainan Jantina

Berdasarkan Jadual 4.1 di atas, dapat dilihat bahawa apabila nilai p pada 0.05, tidak terdapat perbezaan

yang signifikan bagi tahap motivasi di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Dapatan ini

menunjukkan bahawa kedua-dua pelajar lelaki dan pelajar perempuan mempunyai tahap motivasi yang

sama sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran Pengajaran Terbeza di dalam subjek Biologi.

Jadual 4.2 di bawah menunjukkan hasil ujian perbezaan skor min untuk setiap elemen motivasi dalam

kalangan pelajar pintar dan berbakat yang berlainan jantina. Secara keseluruhan, dapat dilihat bahawa

kedua-dua pelajar dalam kategori lelaki dan perempuan mempunyai tahap motivasi yang hampir sama,

walaupun terdapat sedikit perbezaan, di mana ianya menunjukkan pelajar lelaki mempunyai tahap

motivasi yang lebih tinggi berbanding pelajar perempuan di dalam tujuh elemen motivasi iaitu

Kesediaan, Profil Pembelajaran, Peranan Guru, Kandungan, Proses, Hasil serta Penilaian dan

Penyesuaian. Pelajar perempuan pula bagaimanapun menunjukkan tahap motivasi yang lebih tinggi

sedikit berbanding pelajar lelaki, iaitu pada aspek Minat dan Aktiviti Berkumpulan.

Elemen Motivasi Jantina N Skor

Min

Sisihan

Piawai

Minat Lelaki 35 83.54 8.276

Perempuan 25 83.68 9.159

Kesediaan Lelaki 35 76.63 7.042

Perempuan 25 76.00 7.416

Profil Pembelajaran Lelaki 35 79.91 7.192

Perempuan 25 79.40 9.798

Peranan Guru Lelaki 35 87.06 8.433

Perempuan 25 86.44 8.456

Kandungan Lelaki 35 84.43 8.603

Perempuan 25 83.96 11.567

Page 9: IMPAK PENGAJARAN TERBEZA KE ATAS MOTIVASI  · PDF filePengurusan bakat, Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS), Program Pendidikan PERMATApintar

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017).

(e-ISBN 978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by

https://worldconferences.net Page 182

Jadual 4.2: Perbezaan Skor Min bagi Tahap Motivasi Pelajar Berlainan Jantina

5.4 Hubungan di antara Tahap Motivasi Pelajar di kalangan Pelajar Berlainan Umur

Ujian ANOVA telah dijalankan untuk membuat perbandingan tahap motivasi di antara pelajar pintar

dan berbakat yang berlainan umur terhadap Pengajaran Terbeza di dalam pengajaran dan pembelajaran

subjek Biologi. Di dalam kajian ini, responden terdiri daripada seorang pelajar berusia lima belas tahun,

tujuh orang pelajar berusia 16 tahun dan 52 orang pelajar berusia 17 tahun, yang mana kesemuanya

adalah pelajar tahun akhir sesi akademik 2017. Hasil analisis ujian ANOVA tersebut ditunjukkan di

dalam Jadual 5 di bawah.

Elemen Motivasi Jumlah Kuasa

Dua df

Min

Kuasa

Dua

F Sig.

Minat Antara Kumpulan 343.279 2 171.640 2.446 .096

Dalam Kumpulan 3999.121 57 70.160

Jumlah 4342.400 59

Kesediaan Antara Kumpulan 150.307 2 75.153 1.497 .232

Dalam Kumpulan 2861.626 57 50.204

Jumlah 3011.933 59

Profil Pembelajaran Antara Kumpulan 111.993 2 55.996 .807 .451

Dalam Kumpulan 3954.607 57 69.379

Jumlah 4066.600 59

Peranan Guru Antara Kumpulan 146.224 2 73.112 1.044 .359

Dalam Kumpulan 3993.376 57 70.059

Jumlah 4139.600 59

Kandungan Antara Kumpulan 254.038 2 127.019 1.322 .275

Dalam Kumpulan 5476.695 57 96.082

Jumlah 5730.733 59

Proses Antara Kumpulan 125.958 2 62.979 .758 .473

Dalam Kumpulan 4733.442 57 83.043

Jumlah 4859.400 59

Proses Lelaki 35 82.97 8.913

Perempuan 25 80.40 9.269

Aktiviti Berkumpulan Lelaki 35 77.80 15.777

Perempuan 25 77.96 11.745

Hasil Lelaki 35 77.54 8.378

Perempuan 25 76.28 7.882

Penilaian dan

Penyesuaian

Lelaki 35 79.23 9.369

Perempuan 25 78.04 10.402

Page 10: IMPAK PENGAJARAN TERBEZA KE ATAS MOTIVASI  · PDF filePengurusan bakat, Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS), Program Pendidikan PERMATApintar

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017).

(e-ISBN 978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by

https://worldconferences.net Page 183

Aktiviti Berkumpulan Antara Kumpulan 137.095 2 68.548 .336 .716

Dalam Kumpulan 11637.838 57 204.173

Jumlah 11774.933 59

Hasil Antara Kumpulan 51.577 2 25.788 .382 .684

Dalam Kumpulan 3849.407 57 67.533

Jumlah 3900.983 59

Penilaian dan

Penyesuaian

Antara Kumpulan 213.961 2 106.981 1.132 .330

Dalam Kumpulan 5387.772 57 94.522

Jumlah 5601.733 59

Jadual 5.1: Ujian ANOVA: Tahap Motivasi di Kalangan Pelajar Pintar dan Berbakat yang

Berlainan Umur

Elemen Motivasi Umur N Skor Min Sisihan Piawai

Minat 15 1 100.00 .

16 7 86.29 9.759

17 52 82.92 8.198

Jumlah 60 83.60 8.579

Kesediaan 15 1 86.00 .

16 7 78.86 7.105

17 52 75.85 7.083

Jumlah 60 76.37 7.145

Profil Pembelajaran 15 1 88.00 .

16 7 81.86 9.616

17 52 79.25 8.165

Jumlah 60 79.70 8.302

Peranan Guru 15 1 98.00 .

16 7 88.14 7.925

17 52 86.40 8.421

Jumlah 60 86.80 8.376

Kandungan 15 1 100.00 .

16 7 83.57 9.796

17 52 84.02 9.803

Jumlah 60 84.23 9.856

Proses 15 1 93.00 .

16 7 82.00 10.214

17 52 81.67 8.974

Jumlah 60 81.90 9.075

Aktiviti Berkumpulan 15 1 89.00 .

16 7 78.86 9.668

17 52 77.52 14.738

Jumlah 60 77.87 14.127

Page 11: IMPAK PENGAJARAN TERBEZA KE ATAS MOTIVASI  · PDF filePengurusan bakat, Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS), Program Pendidikan PERMATApintar

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017).

(e-ISBN 978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by

https://worldconferences.net Page 184

Hasil 15 1 70.00 .

16 7 77.57 8.018

17 52 77.08 8.241

Jumlah 60 77.02 8.131

Penilaian dan Penyesuaian 15 1 93.00 .

16 7 79.43 9.761

17 52 78.37 9.718

Jumlah 60 78.73 9.744

Jadual 5.2: Tahap Motivasi di Kalangan Pelajar Pintar dan Berbakat yang Berlainan Umur

Berdasarkan jadual 5.1 di atas, dapat dilihat bahawa p<0.05 bagi kesemua elemen motivasi, maka tidak

wujud perbezaan yang signifikan daripada segi tahap motivasi di kalangan pelajar pintar dan berbakat

yang berlainan umur. Ini menunjukkan bahawa tahap motivasi pelajar pintar dan berbakat terhadap

Pengajaran Terbeza di dalam subjek Biologi adalah sama dan tidak dipengaruhi oleh faktor umur. Ini

juga membuktikan bahawa Pengajaran Terbeza sesuai diaplikasi di dalam sesebuah kelas pembelajaran

walaupun wujud perbezaan umur di kalangan pelajar di dalam kelas tersebut.

7. Kesimpulan dan Cadangan

Berdasarkan dapatan kajian, dapat disimpulkan bahawa Pengajaran Terbeza menyumbang kepada

motivasi pelajar pintar dan berbakat di dalam subjek Biologi. Di antara elemen utama yang

menyumbang kepada motivasi pelajar pintar dan berbakat adalah peranan guru, kandungan bahan

pengajaran dan juga minat. Kesemua elemen motivasi dalam penerapan Pengajaran Terbeza di dalam

kelas memainkan peranan yang penting dan sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan prestasi

akademik pelajar pintar dan berbakat. Kajian ini juga telah menunjukkan bahawa jantina dan umur tidak

mempengaruhi motivasi pelajar pintar dan berbakat terhadap Pengajaran Terbeza di dalam pengajaran

dan pembelajaran subjek Biologi. Walau bagaimanapun, kajian yang lebih menyeluruh berkaitan

motivasi dan Pengajaran Terbeza di dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan dalam

konteks yang lebih luas seperti melihat kepada aspek motivasi ekstrinsik dan intrinsik secara lebih

mendalam.

Penghargaan

Kajian ini adalah dibawah peruntukan kewangan Pusat PERMATApintar® Negara, Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Page 12: IMPAK PENGAJARAN TERBEZA KE ATAS MOTIVASI  · PDF filePengurusan bakat, Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS), Program Pendidikan PERMATApintar

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017).

(e-ISBN 978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by

https://worldconferences.net Page 185

Rujukan

Gagne, F. (1991). Toward a differential model of giftedness and talent. In N. Colangelo and G. A. Davis

(Eds.) Handbook of gifted education. Boston, MA: Allyn & Bacon

Kamarulzaman, M. H. (Unpublished Doctoral Thesis). The Practice of Differentiated Instruction in

English Language Teaching among the Gifted Students. [email protected]

Ormrond, J. E. (1995). Educational psychology: Principles and applications. Englewood Cliffs, NJ:

Merrill.

Pablico, J., Diack, M., & Lawson, A. (2017). Differentiated Instruction in the High School Science

Classroom: Qualitative and Quantitative Analyses. International Journal of Learning, Teaching

and Educational Research Vol. 16, No. 7, pp. 30-54

Smith, J. K., & Smith, L. F. (2010). Educational creativity. In J. C. Kaufman & R. J. Sternberg (Eds.),

Cambridge Handbook of Creativity (pp. 250–264). New York, NY: Cambridge University Press.

Stipek, D. J. (1996). Motivation and instruction. In D. C. Berliner & R. C. Calfee (Eds.), Handbook of

Educational Psychology (pp. 85 - 113). New York: Simon & Schuster Macmillan.

Tobin, R., & Tippett, C. D. (2014). Possibilities and Potential Barriers: Learning to Plan for

Differentiated Instruction in Elementary Science. International Journal of Science and

Mathematics Education, 12(2), 423-443.

Tomlinson, C.A. (1999). The differentiated classroom: Responding to the needs of all learners.

Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum Development.

Tomlinson, C. (2001). How to differentiate instruction in mixed ability classrooms (2nd Ed.).

Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum Development.

Tomlinson, C. A., Brighton, C., Hertberg, H., Callahan, C. M., Moon, T. R., Brimijoin, K., Conover, L.

A., & Reynolds, T. (2003). Differentiating Instruction in Response to Student Readiness, Interest,

and Learning Profile in Academically Diverse Classrooms: A Review of Literature. Journal for

the Education of the Gifted. Vol. 27, No. 2/3, 2003, pp. 119-145.

Tomlinson, C., & Imbeau, M. (2010). Leading and managing a differentiated classroom. Alexandria,

VA: Association for Supervision and Curriculum Development.

U.S. Congress. (1988). Jacob K. Javits Gifted and Talented Education Act of 1988 (P.L. 100-297).

Washington, DC: U.S.