Hbml2203 (submit)
-
Upload
noormazrita-azam -
Category
Education
-
view
351 -
download
2
description
Transcript of Hbml2203 (submit)
BACHELOR OF TEACHING(PRIMARY EDUCATION)
WTIH HONOURS
SEPTEMBER / 2013
HBML2203
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN
DAN
PENGAJARAN BAHASA MELAYU
NAMA : Noor Mazrita Binti Azam
NO. MATRIKULASI : 771228115134001
NO. KAD PENGNEALAN : 771228115134
NO. TELEFON : 013-9264959
E-MEL : [email protected],my
TUTOR : En.Nik Harun Aminarrashed
Bin.Nik Mahmood.
PUSAT PEMBELAJARAN : Kuala Terngganu Learning Centre
PRAKATA
Bismilahirahmanirrahim...........
AL-Hamdulillah, segunung syukur
saya kehadrat Allah s.w.t kerana memberi
saya peluang dan kesempatan untuk
menyiapkan tugasan kali ini.Tanpa
keizinan dari Nya belum tentu tugasan ini
tidak dapat disempurnakan.Walau dalam
kesibukkan Al-Hamdulillah saya mampu
juga menyiapkan tugasan ini pada
akhirnya.Terima kasih yang tak terhingga
kepada En. Nik Harun Aminarrashed Bin
Nik Mahmood kerana banyak membantu
dan memahami kesukaran saya dalam
menyiapkan tugasan pada kali ini dan
tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang
membantu memberi pendapat kerana
hasil perbincangan inilah saya dapat
menyiapkan tugasan kali ini.
Harapan saya semoga tugasan kali ini
dapat dimanafaatkan bersama dan
menjadi pembakar semangat kepada
saya untuk meneruskan pada tugasan
akan datang.Segala yang baik datangnya
dari Allah S.W.T dan yang buruk datang
daripada hambanya.
WALLU A’LAM BISSAWAB
Sekian Terima kasihISI KANDUNGAN
PERKARA HALAMAN
1.0 Pengenalan 4
2.0 Konsep TMK Dalam 5-7
Proses Pengajaran Dan Pembelajaran.
2.1 TMK Dalam Proses
Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
3.0 Mod Penggunaan TMK Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. 7-10
3.1 Mod Tutorial
3.2 Mod Penerokaan
3.3 Mod Aplikasi
3.4 Mod Komunikasi
4.0 Rancangan Pengajaran Harian 11-14
5.0 Kesimpulan 15
Rujukan
1.0 Pengenalan
Amalan pendidikan tradisional tidak lagi membekalkan murid dengan semua
pengetahuan dan kemahiran yang perlu untuk membolehkan mereka bersaing dalam scenario
pekerjaan masa kini.Bagi terus bersaing, mereka perlu mengaplikasikan strategi penyelesaian
masalah, menggunakan alat yang sesuai, serta bertindak secara kolaboratif dan berkomunikasi
untuk belajar.Oleh demikian, persekitaran pembelajaran masa kini perlu melibatkan pelbagai
strategi-strategi, media, perisian dan alat yang berkaitan Teknologi Maklumat Dan
Komunikasi(TMK) khususnya yang bakal menyediakan murid untuk masa depan mereka.
Menurut Kamus Dewan (Edisi Keempat), mentakrifkan aplikasi sebagai kegunaan
iaitu mengaplikasikan, menggunakan secara praktik atau amali, melaksanakan atau
menggunakan pada amalan.TMK diringkaskan daripada perkataan Teknologi Maklumat Dan
Komunikasi ataupun ICT Information and Communition Tecnology.Menurut Kamus Dewan
(Edisi 4) TMK bermaksud teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan,penyimpanan,
pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui teknologi komuter dan telee-komunikasi.
Menurut Kamus Dewan (Edisi keempat), Teknologi bermaksud, aktiviti atau kajian
yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industry, pertanian,
perubatan, perniagaan, dan lain-lain.Manakala Maklumat pula merujuk kepada makluman,
pemberitahuan, keterangan, butir-butir, dan pengetahuan.Komunikasi pula ditakrifkan sebagai
komunikasi perhubungan (secara langsung atau dengan perantaraan, surat, radio, telefon, dan
lain-lain).
Teknologi Maklumat (Information Technologi) @ ICT merupakan teknologi yang
diperlukan untuk pemprosesan data.Ruang lingkup tajuknya sangat luas, iaitu berkenaan
segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat.Secara tepat dan mudah dapat
dikatakan sebagai penggunaan computer dan perisian untuk mengubah, menyimpan,
melindungi, memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira
tempat dan waktu (Wikipedia, 2007).
2.0 Konsep TMK Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran.
Penghasilan media pengajaran (Instructional media) dan media pembelajaran
(Learning media) berasaskan TMK dan penggunaanya dalam pengajaran dan pembelajaran
kini telah menjadi satu standard bagi pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan
pembelajaran.Pengintegrasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran menuntut guru
memahami aspek-aspek perancangan (instructional planning), teori pembelajaran, rekabentuk
pengajaran, dan menguasai kemahiran pelbagai aplikasi komputer bagi menghasilkan media
yang dapat menyokong pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran, bertujuan untuk meningkatkan
keberkesanan dan kecekapan proses pengajaran dan pembelajaran.Bagi guru seharusnya dapat
menggunakan secara berfikriah , terancang dan bersesuaian.Persekitaran pembelajaran
menjadi lebih baik apabila teknologi digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.
2.1 TMK Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
Dimensi kini, Pengajaran Dan Pembelajaran (PDP) bahasa termasuklah Bahasa
Melayu melibatkan penggunaan teknologi baharu yang dikaitkan secara langsung dengan
penggunaan perkakasan komputer dan teknologi maklumat komunikasi (Angela Chambers
dan Graham Davis, 2001:14).PDP Bahasa Melayu dengan menggunakan TMK serta
penggarapannya melalui pengajaran dalam talian, luar tarian, penggunaan tapak pembelajaran
dan tutorial pembelajaran dalam Bahasa Melayu di sekolah rendah.Strategi ini dikaitkan
dengan Pengetahuan Kandungan Pedagogi yang mementingkan strategi pengajaran terbaik
untuk mencapai objektif pengajaran guru di bilik darjah.
Bahasa merupakan alat untuk berhubung antara anggota masyarakat.Komunikasi ini
dilakukan secara meluas, baik secara rasmi atau tidak rasmi.Masyarakat pada hari ini perlu
menerima hakikat bahawa perkembangan teknolgi maklumat dan komunikasi berkait secara
langsung dengan kemampuan menjana idea,kreativiti dan inovasi bagi memantapkan
penggunaan Bahasa Melayu.Strategi ini perlu dirancang bagi memperkukuhkan kekuatan
bahasa secara dalaman yang telah terbina sekian lama.Masyarakat pengguna Bahasa perlu
bersikap terbuka dan bersedia menerima cabaran perkembangan dunia TMK yang
dipengaruhi oleh Bahasa Inggeris.Manakala usaha untuk membentuk peristilahan Bahasa
Melayu dalam bidang ini perlu lebih progresif dan terbuka dengan menerima penyerapan
masuk kata-kata asing bagi pengayaan perbendaharaan kata Bahasa Melayu.
Dalam perancangan projek sekolah Bestari, matapelajaran Bahasa Melayu dilakukan
secara menggunakan komputer multimedia.Bahan PDP menggabungkan teks dan perisian
yang akan disalurkan melalui rangkai internet dan dibangunkan supaya dapat membantu
pelajar mengikut tahap kemahiran dan kelajuan pembelajaran masing-masing.Ia adalah satu
usaha yang bijak Kementerian Pendidikan bagi menggabungkan teknologi maklumat di dalam
sistem pendidikan Negara.Malahan, ia merupakan satu transformasi pendidikan dari bentuk
konvensiol di mana guru dan buku teks adalah sumber maklumat serta memberi maklumat
kepada bentuk maya iaitu dengan menggunakan teknologi maklumat, peralatan teknologi
komunikasi atau sistem rangkaian elektronik dan komputer yang digunakan untuk
mengumpul, menyimpan, memproses, menyalur dan menyampaikan maklumat kepada pelajar
(Laundon, 1996).Seterusnya, maklumat ini akan diolah dan dimanafaatkan bersama oleh
pelajar dan guru.
Pengintegrasian TMK dalam PDP Bahasa Melayu juga tidak semestinya
berkehendakkan seorang guru menguasai kemahiran TMK ke tahap yang tinggi, namun yang
penting ialah bagaimana guru dapat menghasilkan dan menggunakan bahan atau media
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan keperluan pembelajaran murid.Bagi
menghasilkan bahan atau media pengajaran dan pembelajaran yang menepati kesesuaian dan
keperluan pembelajaran yang optimum, guru seharusnya mengetahui dan memahami aspek-
aspek rancangan pengajaran (instructional planning), rekabentuk pengajaran (instructional
design) dan yang penting ialah teori pembelajaran (Learning theory) yang mendasari perkara
di atas.Sesuatu perlu diingati adalah, semasa melakukan integrasi TMK dalam proses PDP,
guru tidak seharusnya sama sekali mengajar bagaimana menggunakan teknologi tersebut,
tetapi apa yang dilakukan adalah menggunakan teknologi tersebut sebagai sesuatu wahana
yang dapat membantu memudahkan guru menyampai dan memudahkan murid memahami
dan membina sesuatu ilmu pengetahuan serta membentuk kemahiran.Persekitaran
pembelajaran diberi sentuhan bagi memenuhi keperluan teknologi semasa.Hillary
(1991),menegaskan komputer dapat membantu guru melaksanakan aktiviti PDP yang lebih
berkesan.
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu akan menjadi menarik dan seterusnya
murid-murid akan teruja untuk belajar Bahasa Melayu.Terdapat pelbagia perisian yang telah
disediakan akan dibekalkan oleh Kementerian bagi membantu guru melancarkan PDP dalam
bilik darjah.Penyediaan bahan pengajaran yang berorientasikan multimedia ini penting agar
murid dapat merasai perbezaan dari segi strategi pengajaran (Hess,1987).
Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (BPK) telah
murid (Bahagian Pembangunan Kurikulum 2011:Buku panduan teknologi maklumat dan
komunikasi merentas kurikulum).Belajar MENGENAI TMK, belajar DENGAN TMK, dan
belajar MELALUI TMK boleh digabungkan dalam strategi PDP Bahasa Melayu.Integrasi
TMK boleh diimplimentasikan secara efektif apabila murid dapat menguasai kemahiran
TMK.Adalah disarankan guru mengintegrasikan TMK melalui aktiviti berasaskan projek atau
tugasan seperti tugasan menghasilkan kad ucapan.Dalam penghasilan kad ucapan, murid
boleh memasukkan imej dan menulis ucapan atau sajak.Murid juga dapat meningkatkan
ketrampilan dan keyakinan diri apabila mereka membuat persembahan hasil tugasan mereka
terutama yang berbentuk multimedia.Mereka akan berasa seronok belajar dan menunjukkan
kreativiti mereka melalui persembahan yang menggunakan pelbagai fitur perisian seperti
penggunaan warna, jenis fon, saiz fond animasi dalam hasilan tugas mereka.
Sebagai konklusinya, TMK sebenarnya memainkan peranan penting dalam
perkembangan pembelajaran murid.Malahan melalui TMK, guru-guru juga dapat
memperolehi banyak bahan serta maklumat.Bukan itu sahaja, ia juga dapat meringankan tugas
guru dan dapat menjalankan pengajaran PDP Bahasa Melayu dengan lebih berkesan serta
menarik dan efisen memerlukan setiap guru menguasai ilmu dalam teknologi maklumat
supaya murid dapat kesan positif dan mengelakkan kesan negative
3.0 Mod Penggunaan TMK Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran telah mengkategorikan
penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran kepada empat mod (Pusat
Perkembangan Kurikulum 2001: Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
dalam Pengajaran dan Pembelajaran)iaitu:
i. Mod Tutorial.
ii. Mod Penerokaan.
iii. Mod Aplikasi.
iv. Mod Komunikasi.
3.1 Mod Tutorial.
Kaedah tutorial digunakan bagi menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan
susunan dan urutan yang merangkumi pendedahan kandungan,tunjuk cara sesuatu fenomena
dan latihan atau latih tubi yang disampai dan di kawal oleh sistem.
Kaedah tutorial amat sesuai digunakan di dalam kelas yang bilangan muridnya ramai
serta kebolehan murid yang berbeza.Malahan ia juga sesuai digunakan apabila guru tidak apat
memasuki kelas dan mengarahkan murid belajar sendiri.Di samping itu juga mod tutorial turut
sesuai sebagai pengayaan bagi murid-murid yang cerdik, pemulihan bagi murid lemah dan
apabila guru menggunakan pendekatan pembelajaran secara direktif.
Kaedah tutorial ini sangat baik sekiranya dilakukan secara individu ataupun
berkumpulan.Malahan murid boleh belajar sendiri dan mengikut kemampuan sendiri dengan
seliaan yang minimum oleh guru.Mod tutorial juga boleh meningkatkan motivasi murid untuk
belajar .Tambahan lagi ia sangat sesuai untuk kelas yang gurunya terpaksa bertugas di luar
dan diselia oleh guru ganti.Bukan itu sahaja pelajaran juga akan lebih menarik.
Namun demikian, disebalik kebaikkan pasti ade kelemahan.Bagi mod tutorial
kelemahannya ialah apabila penggunaan perisian yang tidak bermutu atau berlakunya
pembaziran.Selain itu, tidak produktif jika terdapat sesetengah murid yang sukar menerima
atau mengikuti pengajaran guru, guru terpaksa mengawal dua kumpulan yang berbeza
kemampuan penguasaan.Tambahan lagi, guru perlu terlebih dahulu memeriksa perisian
pendidikan tersebut sebelum digunakan.Malahan juga perlu menguasai kemahiran
menggunakan alat-alat TMK kerana guru dianggap sebagai role model kepada
murid.Seterusnya, berlaku juga penyalahgunaan TMK, apabila tidak digunakan sepenuhnya
untuk tujuan PDP dan akhirnya masa yang lebih digunakan dan hal ini secara tidak langsung
telah berlakunya pembaziran masa oleh murid-murid.
3.2 Mod Penerokaan.
Melalui mod penerokaan, murid menentukan dan mengawal maklumat yang diterima
berbanding mod tutorial yang mana murid hanya menerima bahan pembelajaran yang
ditentukan dan dikawal oleh sitem.Tujuan utama mod penerokaan adalah untuk memfokus
kepada penglibatan murid dalam membentuk konsep atau kefahaman tentang sesuatu perkara.
Bagi mod penerokaan, TMK digunakan sebagai medium untuk mencari dan
mengakses maklumat secara penerokaan daripada bahan sumber seperti CDROM, portal
maklumat dan internet.Selain itu, ia juga untuk mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena
secara tunjuk cara di bawah kawalan murid sendiri.Mod penerokaan, mengalami, mempelajari
dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi di bawah kawalan sistem.Antara teknologi
yang boleh digunakan dalam mod penerokaan ialah seperti akses kepada sumber yang
pelbagai di internet melalui enjin gelintar.Perisian kursus berkonsepkan pelbagai pilihan,
penerokaan dan permainan berbentuk simulasi.
Antara kebaikan menggunakan mod penerokaan ialah dapat memupuk pemikiran
kreatif murid dan penyelesaian masalah sebenar dan memberi peluang kepada murid untuk
mencari dan merasai pengalaman menerokai maklumat.Ia juga dapat memberi peluang kepada
murid melibatkan diri secara mendalam terhadap kandungan pelajaran di samping memberi
peluang kepada murid menentukan hala tuju dan kemajuan pelajaran mereka.Kaedah
penerokaan juga memberi kebaikan kepada guru di mana ia memberi peluang kepada guru
untuk menerapkan strategik-strategik pembelajaran berasaskan teori pembelajaran
konstruktivisme.
Sebagaimana mod tutorial, mod penerokaan juga mempunyai kelemahan iaitu murid
akan menjadi sesat atau hilang haluan dalam PDP kerana proses pencarian yang melibatkan
pelbagai aspek.Kedua pelajar akan menghadapi masa pembelajaran yang lebih
lama.Seterusnya guru perlu memantau aktiviti pencarian murid agar mereka tidak lalai dalam
mencari maklumat pembelajaran.Situasi ini disebabkan kemungkinan kesilapan membuka
laman web mahupun blog yang salah.
3.3 Mod Aplikasi.
Dalam mod aplikasi, TMK digunakan sebagai medium untuk membantu murid
melaksanakan tugasan pembelajaran dan menyalurkan maklumat kepada orang lain,
berbanding mod tutorial dan penerokaan yang mana TMK hanya digunakan sebagai
mekanisme untuk penyaluran maklumat dari sumber kepada murid.Dengan bantuan perisian
aplikasi murid dapat memberi tumpuan kepada aktiviti pembelajaran yang sebenar.
Antara teknologi yang boleh digunakan dalam mod aplikasi ialah pemprosesan kata
untuk menghasilkan karangan, hamparan elektronik untuk memaparkan carta.Selain itu,
teknologi yang boleh digunakan lagi seperti editor grafik, bunyi, movie , perisian
persembahan elektronik, dan editor laman web untuk menyampaikan persembahan.Akhir
sekali perisian mereka berbentuk berbantukan komputer untuk mencapai reka bentuk bahan.
Bagi mod aplikasi kebaikan terhadap pelajar, ia dapat memberi tumpuan kepada
aktiviti pembelajaran sebenar kerana kerja-kerja pemprosesan data telah
dipermudahkan.Pelajar-pelajar juga dapat meningkatkan penggunaan pelbagai kemahiran
komputer sesuai dengan penggunaan komputer dalam pekerjaan pada masa akan
datang.Malahan guru juga dapat mengemukakan masalah yang boleh mencabar minda.
Kekurangan kaedah aplikasi ialah, tanpa penerangan yang lengkap daripada guru yang
mengajar dan juga pengawasan, murid akan gagal dalam pembelajaran.Kedua murid yang
terdiri dari pelbagai kecerdasan sukar disatukan dan yang terakhir sekali masa pembelajaran
sukar dikawal.Seterusnya, guru perlu prihatin terhadap kemampuan penerimaan seseorang
murid.Akhir sekali, hanya murid yang menguasai kemahiran ini dapat di praktikkan tetapi
bagi murid lemah, penguasaan ini boleh dianggap telah gagal.
3.4 Mod Komunikasi.
TMK digunakan sebagai medium perhubungan oleh guru dan murid dilokasi yang
berbeza dalam mod komunikasi.Bukan itu sahaja, malahan menghantar dan menerima
maklumat Antara mereka.Perkongsian maklumat boleh berlaku melalui bentuk teks, grafik,
audio, video atau pelbagai kombinasi.Contoh teknologi yang boleh digunakan dalam mod
komunikasi ialah seperti chat, Email, Audio conference, Video conference serta pembinaan
laman web untuk akses melalui internet.
Kelebihan mod komunikasi ialah ia sesuai digunakan dalam pembelajaran berbentuk
kolaboratif, pertukaran maklumat, menganalisis dan membuat perbandingan.Seperti kaedah
yang lain.Kaedah komunikasi ini dapat memupuk sikap berinteraksi antara pelajar melalui
aktiviti pembelajaran koperatif dan kolaboratif.Ia juga dapat memupuk sikap bekerjasama
antara pelajar dan orang lain dalam proses pembelajaran.Maklumat-maklumat yang terkini
juga mudah di dapati melalui pertukaran maklumat dengan orang lain.
Sebaik manapun sesuatu kaedah pasti ade kelemahannya iaitu kekurangan kaedah
komunikasi ialah pertama, apabila pelajar leka berkomunikasi ini akan menyebabkan pelajar
akan hilang perhatian perhatian di dalam PDP.Mod Komunikasi ini melibatkan kos PDP yang
tinggi dan akhir sekali masa PDP yang lama mungkin membosankan para pelajar.
4.0 Rancangan Pengajaran Harian (RPH).
Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 5
Maklumat Umum.
Tarikh : 4 hb November 2013.
Masa : 11.00 -12.00 am
Tahap : 2
Kelas : 5 Mujadid
Bilangan : 30 orang
Tempat : Makmal komputer SK Paka 11
Maklumat Khusus.
Tema : Alam Sekitar
Tajuk : Manusia Prihatin Bumi Terpelihara
Objektif : Pada akhir pengajaran, murid-murid dapat:
1. Menerangkan sekurang-kurangnya dua maklumat tentang kitar semula
Secara ringkas berdasarkan brosur yang telah dibaca.
2. Menyusun maklumat secara ringkas dalam bentuk peta minda mengenai
kitar semula berdasarkan brosur yang telah dibaca dan beberapa
maklumat kitar semula di alam internet yang telah disediakan oleh guru.
3. Menterjemahkan maklumat kitar semula daripada bentuk peta minda ke
dalam bentuk grafik brosur.
Fokus Utama : 9.3 Menyusun maklumat secara kohesi daripada nota atau catatan
hasil daripada bahan yang telah didengar atau dibaca.
Aras 3 : i. Menterjemah maklumat yang terdapat dalam teks prosa ke dalam
bentuk grafik.
Fokus Sampingan : 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi
yang betul dan lancar serta memahami perkara dibaca.
Aras 1 : ii. Menerangkan teks yang telah dibaca secara ringkas.
Kemahiran Bahasa : Membaca : Membaca dan meringkaskan sekurang-kurangnya 2
maklumat mengenai kitar semula berdasarkan brosur kitar semula yang
telah dibaca.
Menulis : Menterjemahkan maklumat dalam bentuk peta minda dan
grafik seperti brosur.
Sistem Bahasa : Tatabahasa : Ayat majmuk, ayat tunggal.
Sistem Ejaan : Bahasa baku.
Sebutan dan Intonasi : Sebutan dan intonasi : kosa kata/peribahasa.
Pengisian Kurikulum : Ilmu Sains.
Nilai Murni : Kerjasama, kesyukuran, kerajinan, berdikari.
Kemahiran Berfikir : Meramal, menjana idea, mengingat kembali, menyusun atur
maklumat , meringkas, menilai, mengumpulkan.
Kemahiran TMK : Mod Aplikasi – Microsoft PowerPoint.
Mod Penerokaan – Melayari beberapa laman web mengenai
kitar semula.
Kemahiran BCB : Kemahiran membaca, mencatat nota, kemahiran mendengar
penjelasan.
Kecerdasan Pelbagai : Verbal-Linguistik,Interpersonal ,Intrapersonal,Visual ruang.
Pembelajaran Kontekstual : Murid mengetahui serba sedikit tentang program kitar semula
yang dijalankan di samping mempunyai pengalaman
menggunakan aplikasi Microsoft Word.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid pernah melihat dan mengetahui serba sedikit
mengenai program kitat semula, komputer, beberapa laman web
mengenai kitar semula, Microsoft Word.
Langkah Kandungan CatatanSet Induksi
5 minit
Soalan ramalan:
Apakah yang akan berlaku sekiranya kita tidak mengitar semula bahan-bahan terbuang?
1.Murid-murid ditayangkan slaid kitar semula oleh guru.2.Murid-murid ditanya soalan ramalan oleh guru.3.Murid-murid diberitahu oleh guru mengenai tajuk pembelajaran pada hari tersebut.
BBMSlaid Kitar Semula
Nilai:PrihatinKBT:Kemahiran Berfikir :Meramal
KP: Verbal LinguistikPem. Kontekstual:Murid pernah melihat dan menonton iklan mengenai kitar semula dalam televisyen.
Langkah 1
10 minit
1. Murid-murid diminta oleh guru untuk melayari laman web pengajaran guru yang disediakan oleh guru dengan memaparkan alamat URL menerusi LCD menggunakan aplikasi Microsoft Word.
2. Murid-murid diminta untuk memuat turun brosur kitar semula di laman web tersebut.
3. Murid-murid diminta oleh guru untuk membaca secara kuat brosur yang telah dimuat turun secara beramai-ramai.
4. Murid-murid dipanggil secara rawak oleh guru iaitu murid-murid diminta oleh guru untuk memberi penerangan secara ringkas sekurang-kurangnya 2 maklumat mengenai kitar semula berdasarkan brosur yang telah dibaca.
5. Murid-murid lain diminta mengambil perhatian kepada rakan mereka yang sedang memberikan maklumat ringkas tentang kitar semula.
BBM:KomputerLaman Web
Nilai: Kerajinan,berdikari.
KBT:K.Berfikir:Meringkaskan
BCB: Kemahiran mendengar penjelasan, kemahiran membaca.
KP: Verbal-linguistik, interpersonal.
TMK: Akses internet muat turun bahan brosur.
Langkah 2
15 minit
1. Murid-murid dikehendaki guru untuk duduk didalam kumpulan bertiga bagi setiap kumpulan, dan hanya satu kumpulan sahaja yang mempunyai empat orang ahli kumpulan .
2. Murid-murid diarahkan guru membuat peta minda menggunakan Microsoft Word mengikut kreativiti masing-masing secara berkumpulan.3. Murid-murid diminta untuk melayaribeberapa laman web yang disediakan dalam laman web pengajaran guru.
Langkah Kandungan Catatan4. Murid diminta menggabungkan maklumat yang telah dibaca mereka berdasarkan brosur yang telah dimuat turun dan beberapa laman web yang disediakan oleh guru dalam satu peta minda yang sama.
5. Murid-murid bersama guru membincangkan hasil peta minda yang telah disiapkan oleh murid yang merupakan rangka sebelum ke aktiviti menghasilkan brosur kitar semula yang mesti dihasilkan oleh setiap pelajar.
BBM:KomputerAplikasi Microsoft Word,Laman Web.
Nilai: Kerjasama,kerajinan,berdikari
KBT:
Kem.berfikir: Meringkas,mengumpulkan
BCB: Kemahiran membaca
KP:Visual ruang
TMK: Perisian Mocrosoft Word,Akses Internet (mod penerokaan)
Langkah 3
25 minit
1. Murid-murid melaksanakan aktiviti yang seterusnya dalam kumpulan yang sama.
2. Murid-murid telah diminta oleh guru untuk melayari laman web yang telah dipaparkan menerusi LCD menggunakan aplikasi Microsoft Word bagi membuat brosur.
3. Guru meminta murid-murid mendaftarkan diri dalam laman web tersebut sebelum menggunakan perisian bagi menerima syarat dan terma syarikat pengendalian.
4. Selepas murid-murid mendaftarkan maklumat di dalam laman web perisian,murid-murid diterangkan oleh guru mengenai cara-cara menggunakan perisian tersebut.
5. Guru memberi masa kepada murid-murid untuk menggunakan perisian tersebut di samping menghasilkan brosur.
6. Murid-murid dimaklumkan oleh guru bahawa brosur yang dihasilkan oleh mereka hendaklah dimuatkan dengan maklumat peta minda yang telah dihasilkan oleh mereka.
Langkah Kandungan Catatan7. Murid-murid dikehendaki memindahkan maklumat peta minda yang telah dibuat ke dalam bentuk brosur.
8. Murid-murid yang telah Berjaya menyiapkan brosur dikehendaki menyimpan (save) data tersebut dan muat turun ke dalam komputer masing-masing.
9. Murid-murid juga dikehendaki mencetak hasil brosur yang telah dibuat bagi setiap kumpulan dan dihantar kepada guru pada kelas yang berikutnya.
BBMLaman Web membuat brosur, komputer, Microsoft Word.
Nilai :Kerjasama, Kerajinan
Kem.BerfikirMenjana idea, menyusun atur.
TMKPerisian laman web membina brosur, aplikasi Microsoft Word.
KP:Visual –ruang, interpersonal
Penutup
5 minit
1. Guru mengimbas kembali pelajaran pada hari ini.
2. Murid diberikan nasihat oleh guru mengenai kepentingan kitar semula kepada alam sekitar.
3. Guru meminta murid mengaplikasikan aktiviti mengitar semula dengan meminta murid membaca bahan seperti surat khabar dan botol-botol kosong untuk melaksanakan program kitar semula di sekolah.
Nilai:Kesyukuran,prihatin, semangat bermasyarakat.
Kem.Berfikir:Mengingati kembali, menilai
KP:Verbal Linguistik, intrapersonal
5.0 Kesimpulan.
Kesimpulannya penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah dapat
Meningkatkan penguasaan bahasa murid.Di samping itu juga, TMK turut mampu menarik
minat dan memotivasikan murid untuk belajar bahaa dengan pelbagai variasi yang
direncanakan oleh para guru bahasa dengan hasrat meningkatkan tahap pencapaian murid
dalam bahasa.Murid akan teruja untuk meneroka dengan menggunakan perisian komputer
secara kendiri.TMK akan dijadikan medium utama oleh murid dalam mengakses maklumat
semasa proses pembelajaran mereka.
Dalam suasana yang penuh mencabar pada masa kini, telah menjadi tanggungjawab
atas para guru bahasa untuk mendaulatkan Bahasa Melayu serta merealisasikan hasrat pihak
kerajaan mengangkat martabat profesion pendidikan Malaysia ke pentas dunia.Penguasaan
guru bahasa seharusnya melangkaui pelbagai bidang seperti bidang sosial, budaya, psikologi
dan pedagogi.Bukan hanya aspek selok belok bahasa sahaja yang perlu dikuasai oleh guru
bahasa malah aspek-aspek bukan bahasa juga perlu dikuasai oleh mereka.Semuanya
terkandung dalam aspek penggabungjalinan antara aspek bahasa dan kemahiran keseluruhan
yang perlu dikuasai.
Kajian selanjutnya perlu dilakukan pada masa hadapan berkaitan aplikasi TMK dalam
pengajaran bahasa kerana pihak guru perlu memastikan aspek dan aras yang betul ketika
melaksanakan pengajaran agar sesuai dengan aras kemampuan murid.Kemudahan sedia ada
perlu dimanfaatkan semaksimum mungkin oleh para pendidik semasa melaksanakan
pengajaran .
Rujukan
Dr.Ali Mahmood,Mashudi Bahari,Lokman Abd.Wahid et.al.,2012.Fonetik Dan Fonologi
Bahasa Melayu.Selangor:Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Dr. Adenan Ayob,Mohd Ra’in Shaari,Tuan Jah Tuan Yusof, 2012.Pembestarian
pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Melayu.Selangor:Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Habibah Bt Mohd Samim,Hasnah Bt Awang.,2012.Revisi Bahasa Melayu Akademik 1 untuk
PPISM.Kuala Lumpur:Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
http://www.amaljaya.com/guru/PISMP/EDU%203105/Bab%2011-Pengintegrasian_TMK.pdf