Handout Seminar BM CSL2013

download Handout Seminar BM CSL2013

of 12

Transcript of Handout Seminar BM CSL2013

  • 8/22/2019 Handout Seminar BM CSL2013

    1/12

    1

    CSL2013

    APLIKASIMODUL GATEH SPM CSL2013Cg. Sazali bin Ibrahim MA(Malaya)

    PKP SMK Laloh, Kuala Krai, Kelantan.

    KARANGAN BAHAGIAN A (BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN)

    Bahagian A

    [Masa dicadangkan : 45 minit]

    [30 markah]

    Lihat rajah di bawah dengan teliti kemudian huraikan pendapat anda tentang cara-cara

    untuk memartabatkan bahasa kebangsaan. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga

    250 perkataan

    Isi 1 : KempenIsi 2 : Aktiviti KebahasaanIsi 3 : Menerbitkan bahan bacaan

    Prosedur:1. Pastikan calon menganalisis soalan dan mengenal pasti:

    i. Tugasan : cara-cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaanii. Tema : bahasa kebangsaaniii. Kata kunci : cara-cara

    Kriteria Penskoran Karangan Bahagian APERINGKAT MARKAH KRITERIA

    Cemerlang 26 30

    (28 30)

    (26 27)

    Karangan menepati tema bahan rangsangan. Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca

    betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru.

    Penggunaan kosa kata luas dan tepat serta sesuai. Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan

    menggunakan ungkapan yang menarik dan tepat serta sesuai.

    Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan denganjelas dan matang.

    Kepujian 20 25

    (23 - 25)

    (20 22)

    Karangan menepati tema bahan rangsangan. Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca

    betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru.Penggunaan kosa kata luas.

    Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi. Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan dengan

    jelas.

  • 8/22/2019 Handout Seminar BM CSL2013

    2/12

    2

    CSL2013

    PENDAHULUAN

    Ayat 1:

    TEMA

    Mutakhir, isu yang berkaitan dengan.........................(sebutkan tema) dalam

    kalangan........................... (sebutkan isu ini melibatkan siapa) tidak pernah sunyi daripada

    menjadi topik perbincangan yang hangat dalam pelbagai medium komunikasi di Malaysia.

    Ayat 2:

    JUSTIFIKASI

    Selaku warga yang bertanggungjawab, semua pihak seharusnya terpanggil untuk

    meningkatkan/memperkasakan ATAU menangani/membanteras ......(tema)........di negara

    ini kerana......(peribahasa)...........

    di mana ada kemahuan, di situ ada jalan ATAU

    hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih ATAU

    yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang

    Ayat 3 :

    TUGASAN

    Persoalannya, apakah.......................................( salin tugasan soalan) dan berakhir dengan

    tanda tanya (?)

    Mutakhir, isu yang berkaitan dengan bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakattidak pernah

    sunyi daripada menjadi topik perbincangan yang hangat dalam pelbagai medium komunikasi di Malaysia.

    Selaku warga yang bertanggungjawab, semua pihak seharusnya terpanggil untuk memperkasakan bahasa

    kebangsaan di negara ini kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Persoalannya apakah cara-

    cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan?

    ISI PERTAMA

    Ayat Topik

    GAPO

    Rumus Pada pendapat saya + (TUGASAN) + yang paling utama/efektif +

    ialah/adalah dengan + (ISI PERTAMA)

    Ayat 1 Pada pendapat saya, cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang

    paling berkesan adalah dengan mengadakan kempen Cintailah Bahasa Kita.

    Ayat Huraian 1

    BAKPO

    Rumus Hal ini dikatakan demikian kerana + (ISI) + (SIAPA) + (MENGAPA)

    Ayat 2 Hal ini dikatakan demikian kerana kempen yang diadakan olehpihak kerajaan

    dan swasta dapat meningkatkan kesedaran anggota masyarakat tentang

    peri pentingnya bahasa kebangsaan sebagai wahana perpaduan kaum.

    Ayat Huraian 2

    BAKPO LAGI?

    Rumus Di samping itu, + (ISI) + juga mestilah +(BILA/DI MANA/CADANGAN)

    Ayat 3 Di samping itu, kempen ini juga mestilah diadakan sepanjang tahun di

    seluruh pelosok negara dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan.

    Ayat Contoh

    LAGU MANA

    Rumus Sebagai contoh, + (ISI) + seperti...

    Ayat 4 Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan dalam kempen iniseperti

    penerbitan dokumentari, iklan, serta penghasilan pelbagai pemidang dan

    poster yang berkaitan dengan bahasa kebangsaan

    Ayat Penegas

    YO LO KO NI?

    Rumus Tegasnya, + (ISI) + (TUGASAN)

    Ayat 5 Tegasnya, kempen Cintailah Bahasa Kita merupakan cara untuk

    memartabatkan bahasa kebangsaan yang paling berkesan.

    Pada pendapat saya, cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang paling berkesan adalah

    dengan mengadakan kempen Cintailah Bahasa Kita. Hal ini dikatakan demikian kerana kempen yang

    diadakan olehpihak kerajaan dan swasta dapat meningkatkan kesedaran anggota masyarakat tentang peri

    pentingnya bahasa kebangsaan sebagai wahana perpaduan kaum. Di samping itu, kempen inijuga mestilah

    diadakan sepanjang tahun di seluruh pelosok negara dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan. Sebagai

    contoh, aktiviti yang boleh diadakan dalam kempen ini seperti penerbitan dokumentari, iklan, serta

    penghasilan pelbagai pemidang dan poster yang berkaitan dengan bahasa kebangsaan. Tegasnya, kempen

    Cintailah Bahasa Kitamerupakan carauntuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang paling berkesan.

  • 8/22/2019 Handout Seminar BM CSL2013

    3/12

    3

    CSL2013

    ISI KEDUA

    Ayat Topik

    GAPO

    Rumus Selain itu, + (ISI) + juga dikenal pasti sebagai + (TUGASAN Tukar kata

    kunci)

    Ayat 1 Selain itu, menganjurkan aktiviti kebahasaan juga dikenal pasti sebagai

    langkah yang boleh dilaksanakan bagi memartabatkan bahasa kebangsaan.

    Ayat Huraian

    BAKPO

    Rumus Saya berpendapat demikian kerana + (ISI) + (SIAPA) + (MENGAPA)

    Ayat 2 Saya berpendapat demikian kerana aktiviti kebahasaan yang dianjurkan oleh

    pihak sekolah dan intitusi pendidikan tinggi mampu menarik minat para

    pelajar untuk menggunakan bahasa kebangsaan yang betul secara lisan atau

    penulisan.

    Ayat Huraian

    BAKPO

    Rumus Lagipun, + (ISI) + juga +(BILA/DI MANA/CADANGAN)

    Ayat 3 Lagipun, aktiviti ini juga boleh dijadikan sebagai aktiviti tahunan dalam

    takwim kelab dan persatuan di sekolah khususnya persatuan bahasa Melayu.

    Ayat Contoh

    LAGU MANA

    Rumus Misalnya, + (ISI) + termasuklah...

    Ayat 4 Misalnya, aktiviti kebahasaan yang boleh dianjurkan termasuklah

    pertandingan bahas, pidato, pesta pantun, deklamasi sajak dan lain-lain.

    Ayat Penegas

    YO LO KO NI

    Rumus Jelaslah, salah satu ... + tugasan + isi keduaAyat 5 Jelaslah, salah satu langkah yang boleh dilaksanakan bagi memartabatkan

    bahasa kebangsaan di negara kita adalah dengan menganjurkan aktiviti

    kebahasaan.

    Selain itu, menganjurkan aktiviti kebahasaan juga dikenal pasti sebagai langkah yang boleh

    dilaksanakan bagi memartabatkan bahasa kebangsaan. Saya berpendapat demikian kerana aktiviti

    kebahasaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan intitusi pendidikan tinggi mampu menarik minat para

    pelajar untuk menggunakan bahasa kebangsaan yang betul secara lisan atau penulisan. Lagipun, aktiviti ini

    juga boleh dijadikan sebagai aktiviti tahunan dalam takwim kelab dan persatuan di sekolah khususnya

    persatuan bahasa Melayu. Misalnya, aktiviti kebahasaan yang boleh dianjurkan termasuklah pertandingan

    bahas, pidato, pesta pantun, deklamasi sajak dan lain-lain. Jelaslah, salah satu langkah yang boleh

    dilaksanakan bagi memartabatkan bahasa kebangsaan di negara kita adalah dengan menganjurkan aktiviti

    kebahasaan.

    ISI KETIGA

    Ayat Topik

    GAPO

    Rumus (TUGASAN Tukar kata kunci) + yang berikutnya ialah/adalah dengan + (ISI)

    Ayat 1 Usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang berikutnya ialah

    penerbitan bahan bacaan.

    Ayat Huraian

    BAKPO

    Rumus Dalam konteks ini + (ISI) + (SIAPA) + (MENGAPA)

    Ayat 2 Dalam konteks ini, penerbitan lebih banyak bahan bacaan dalam bahasa

    kebangsaan melalui kerjasama pihak Dewan Bahasa dan Pustaka dan

    penerbit swasta berupaya untuk mempelbagaikan sumber bacaan masyarakat

    sama ada untuk menyampaikan maklumat atau hiburan.Ayat Huraian

    BAKPO

    Rumus Tambahan pula, + (ISI) + juga +(BILA/DI MANA/CADANGAN)

    Ayat 3 Tambahan pula, bahan bacaan yang diterbitkan ini juga seboleh-bolehnya

    dijual pada harga yang mampu dibeli oleh semua golongan tanpa menjejaskan

    kualitinya.

    Ayat Contoh

    LAGU MANA

    Rumus Sebagai tamsilan, + (ISI) + merangkumi ....

    Ayat 3 Sebagai tamsilan, bahan bacaan yang boleh diterbitkan merangkumi

    majalah, komik, antologi, novel dan sebagainya yang sesuai dengan citarasa

    semasa setiap lapisan masyarakat.

    Ayat Penegas

    YO LO KO NI

    Rumus Saya optimis + isi 3 + tugasan

    Ayat 4 Saya optimis,penerbitan bahan bacaan merupakan antara usaha yang boleh

    dilaksanakan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan di negara kita.

  • 8/22/2019 Handout Seminar BM CSL2013

    4/12

    4

    CSL2013

    Usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang berikutnya ialah penerbitan bahan bacaan.

    Dalam konteks ini, penerbitan lebih banyak bahan bacaan dalam bahasa kebangsaan melalui kerjasama

    pihak Dewan Bahasa dan Pustaka dan penerbit swasta berupaya untuk mempelbagaikan sumber bacaan

    masyarakat sama ada untuk menyampaikan maklumat atau hiburan. Tambahan pula, bahan bacaan yang

    diterbitkan ini juga seboleh-bolehnya dijual pada harga yang mampu dibeli oleh semua golongan tanpa

    menjejaskan kualitinya. Sebagai tamsilan, bahan bacaan yang boleh diterbitkan merangkumimajalah, komik,

    antologi, novel dan sebagainya yang sesuai dengan citarasa semasa setiap lapisan masyarakat. Saya optimis,

    penerbitan bahan bacaan merupakan antara usaha yang boleh dilaksanakan untuk memartabatkan bahasa

    kebangsaan di negara kita.

    KESIMPULAN

    Saranan +

    Harapan

    Rumus Kesimpulannya, + sasaran dalam tugasan + mestilah berusaha untuk

    me......... + Tema + agar.......

    Ayat 1 Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk memartabatkan bahasa

    kebangsaan agar bahasa ini tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan.

    Seruan

    Rumus Seruan (hafal dan ubah suai)

    Ayat 2 Bahasa kebangsaan juga menjadi wahana untuk menyatupadukan masyarakat

    yang berbilang kaum di negara kita kerana Bahasa Jiwa Bangsa!

    Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan agar

    bahasa ini tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan. Bahasa kebangsaan juga menjadi wahana untuk

    menyatupadukan masyarakat yang berbilang kaum di negara kita kerana Bahasa Jiwa Bangsa!

    RAJAH KOHEREN DAN KOHESI

    TEMA : Pendahuluan

    ISI 1: Perenggan 1

    ISI 1

    ISI 2

    : Perenggan 2

    ISI 2

    ISI 3

    : Perenggan 3

    ISI 3

    KESIMPULAN : Kesimpulan

  • 8/22/2019 Handout Seminar BM CSL2013

    5/12

    5

    CSL2013

    Contoh Karangan Lengkap:

    Mutakhir, isu yang berkaitan dengan bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakattidak pernah sunyi daripada menjadi topik perbincangan yang hangat dalam pelbagai mediumkomunikasi di Malaysia. Selaku warga yang bertanggungjawab, semua pihak seharusnya

    terpanggil untuk memperkasakan bahasa kebangsaan di negara ini kerana hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih. Persoalannya apakah cara-cara untuk memartabatkan bahasakebangsaan?

    Pada pendapat saya, cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang palingberkesan adalah dengan mengadakan kempen Cintailah Bahasa Kita. Hal ini dikatakandemikian kerana kempen yang diadakan oleh pihak kerajaan dan swasta dapat meningkatkankesedaran anggota masyarakat tentang peri pentingnya bahasa kebangsaan sebagai wahanaperpaduan kaum. Di samping itu, kempen ini juga mestilah diadakan sepanjang tahun di seluruhpelosok negara dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan. Sebagai contoh, aktiviti yangboleh diadakan dalam kempen ini seperti penerbitan dokumentari, iklan, serta penghasilan

    pelbagai pemidang dan poster yang berkaitan dengan bahasa kebangsaan. Tegasnya, kempenCintailah Bahasa Kita merupakan cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang palingberkesan.

    Selain itu, menganjurkan aktiviti kebahasaan juga dikenal pasti sebagai langkah yangboleh dilaksanakan bagi memartabatkan bahasa kebangsaan. Saya berpendapat demikiankerana aktiviti kebahasaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan intitusi pendidikan tinggimampu menarik minat para pelajar untuk menggunakan bahasa kebangsaan yang betul secaralisan atau penulisan. Lagipun, aktiviti ini juga boleh dijadikan sebagai aktiviti tahunan dalamtakwim kelab dan persatuan di sekolah khususnya persatuan bahasa Melayu. Misalnya, aktivitikebahasaan yang boleh dianjurkan termasuklah pertandingan bahas, pidato, pesta pantun,deklamasi sajak dan lain-lain. Jelaslah, salah satu langkah yang boleh dilaksanakan bagimemartabatkan bahasa kebangsaan di negara kita adalah dengan menganjurkan aktivitikebahasaan.

    Usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang berikutnya ialah penerbitanbahan bacaan. Dalam konteks ini, penerbitan lebih banyak bahan bacaan dalam bahasakebangsaan melalui kerjasama pihak Dewan Bahasa dan Pustaka dan penerbit swasta berupayauntuk mempelbagaikan sumber bacaan masyarakat sama ada untuk menyampaikan maklumatatau hiburan. Tambahan pula, bahan bacaan yang diterbitkan ini juga seboleh-bolehnya dijualpada harga yang mampu dibeli oleh semua golongan tanpa menjejaskan kualitinya. Sebagai

    tamsilan, bahan bacaan yang boleh diterbitkan merangkumi majalah, komik, antologi, novel dansebagainya yang sesuai dengan citarasa semasa setiap lapisan masyarakat. Saya optimis,penerbitan bahan bacaan merupakan antara usaha yang boleh dilaksanakan untukmemartabatkan bahasa kebangsaan di negara kita.

    Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk memartabatkan bahasakebangsaan agar bahasa ini tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan. Bahasa kebangsaan

    juga menjadi wahana untuk menyatupadukan masyarakat yang berbilang kaum di negara kitakerana Bahasa Jiwa Bangsa!

  • 8/22/2019 Handout Seminar BM CSL2013

    6/12

    6

    CSL2013

    KARANGAN BAHAGIAN B (RESPONS TERBUKA)

    Kriteria Penskoran Karangan Bahagian B

    PERINGKAT MARKAH KRITERIA

    Cemerlang 80 100

    (90 100)

    (80 89)

    Penggunaan pelbagai jenis kata yang sangat luas dan tepat. Penggunaan pelbagai jenis ayat majmuk yang gramatis. Ejaan dan tanda baca yang betul. Laras bahasa sesuai dengan tugasan. Penggunaan kosa kata sangat luas dan tepat. Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas dan

    matang, disertakan dengan contoh yang sesuai. Ada penegasanisi.

    Pengolahan sangat menarik dan berkesan serta pemerengganansesuai.

    Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelasantara perenggan.

    Penggunaan unsur bahasa bervariasi. Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan

    penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata ataufrasa.

    Kepujian 66 79

    (73 - 79)

    (66 72)

    Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat. Penggunaan pelbagai jenis ayat majmuk yang gramatis tetapi

    terdapat kesalahan yang minimum.

    Ejaan dan tanda baca yang betul. Laras bahasa sesuai dengan tugasan. Penggunaan kosa kata luas dan tepat. Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas,

    disertakan dengan contoh yang sesuai. Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai. Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas

    antara perenggan.

    Penggunaan unsur bahasa bervariasi. Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan

    penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata

    SOALAN 1: DIMENSI DIRI

    Pengorbanan guru amat berharga dalam kehidupan seseorang pelajar.Jelaskan cara-cara anda menghargai jasa guru.

    Tugasan : Cara-cara saya menghargai jasa guruTema : guruIsu : pengorbanan guru amat berharga dalam kehidupan seseorang pelajarKata kunci : cara-caraIsi : 1. berbudi bahasa serta beradab sopan

    2. berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah3. prihatin dan sayang kepada guru4. memziarahi guru

    5. mendoakan kesejahteraan guru

  • 8/22/2019 Handout Seminar BM CSL2013

    7/12

    7

    CSL2013

    Panduan:1. Pastikan perenggan pendahuluan LEBIH PENDEK daripada mana-mana perenggan isi.2. Pastikan perenggan isi ditulis secara seimbang dan mengandungi ayat topik, ayat

    huraian, ayat contoh, dan ayat penegas.3. Pastikan calon menulis sekurang-kurang 5 perenggan isi (lebih daripada 100 patah

    perkataan dalam setiap isi) sebagai prasyarat untuk mendapat cemerlang.4. Tatkala menulis ayat topik, pastikan calon merujuk kepada kata kunci soalan dalam

    memaparkan isi. Contohnya,Jelaskan cara-cara anda menghargai jasa guru(Kata kunci soalan ialah cara anda. Tukarkan kepada cara saya)Isi 1 : berbudi bahasa serta beradab sopan

    Ayat topik:Cara saya menghargai jasa guru ialah saya akan mengamalkan budi bahasa dan adabsopan apabila berinteraksi dengan mereka.

    PENDAHULUAN Senarai SemakJika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasaJika hari ini seorang Raja menaiki takhtaJika hari ini seorang Presiden sebuah negaraJika hari ini seorang ulama yang muliaJika hari ini seorang peguam menang bicaraJika hari ini seorang penulis terkemukaJika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

    Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasaDengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

    Sajak Guru Oh Guru oleh Seniman Negara Usman Awang sangatsignifikan dan membawa makna yang besar kepada warga pendidik.Guruialah insan mulia yang mengajar dan mendidik kita tanpa mengira masa,tenaga serta wang ringgit. Mereka ibarat lilin yang membakar diri demimemberikan didikan terbaik kepada pelajar. Tanpa usaha danpengorbanan guru tidak mungkin pelajar mencapai kejayaan yangcemerlang. Apa yang pasti, pengorbanan guru amat berharga dalamkehidupan seseorang pelajar. Lantaran itu, sewajarnya kita menghargai

    guru jasa dan pengorbanan para guru. Persoalannya, bagaimanakah carasaya menghargai jasa guru?

    Tema

    Isu

    Justifikasi

    Tugasan

  • 8/22/2019 Handout Seminar BM CSL2013

    8/12

    8

    CSL2013

    ISI PERTAMA Senarai Semak

    Pada pandangan saya, cara saya menghargai jasa guru ialah saya akanmengamalkan budi bahasa dan adab sopan apabila berinteraksi denganmereka. Hal ini bermaksud, saya akan menjaga tutur kata dan adab ketikaberhadapan dengan guru. Saya juga akan sentiasa bermuka manis sambil

    mengucapkan selamat sejahtera atau memberi salam ketika berhadapanatau berselisih dengan guru tanpa mengira keadaan. Semasa di dalamkelas, saya tidak akan sesekali membuat bising sehingga menggangguguru menjalankan tugasnya. Saya mesti memberi tumpuan dan perhatiansepenuhnya semasa pengajaran guru dan sentiasa mengambil peluangbertanya dan berbincang tentang pelajaran. Sebagai contoh, ketikamengadakan sesi perbincangan di kelas, saya perlu menjaga tata susila,tidak meninggikan suara dan memandang guru serta rakan dengan mesra.Bukankah guru merupakan lubuk akal lautan ilmu? Tegasnya, berbudibahasa serta beradab sopan merupakan cara yang terpuji bagimenghargai guru yang mengajar serta mendidik kita selama ini.

    Ayat Topik

    Ayat Huraian

    Ayat Contoh

    Ayat Penegas

    ISI KEDUA Senarai Semak

    Selain itu, berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah juga cara sayamenghargai jasa guru. Hal ini dikatakan demikian kerana melalui disiplinyang tinggi serta sentiasa akur dengan peraturan sekolah dapatmemastikan para guru tiada masalah dan kekangan semasa menjalankantugas mereka. Lagipun, disiplin yang tinggi juga membolehkan guru-gurumenumpukan perhatian yang sepenuhnya kepada pengajaran tanpa

    banyak membazirkan masa menguruskan kerenah pelajar. Sebaliknya jikasaya tidak berdisiplin, saya bukan sahaja akan menyusahkan para gurumalahan akan mengganggu konsentrasi rakan sebaya yang lain di dalamkelas. Misalnya, saya akan sentiasa datang awal ke sekolah, sentiasamenepati masa, tidak terlibat dalam gangsterisme, vandalisme mahupunponteng sekolah. Jelaslah, salah satu cara yang boleh dilakukan untukmenunjukkan perasaan hormat kepada guru adalah dengan disiplin yangtinggi dan sentiasa mematuhi peraturan sekolah kerana hal inimencerminkan penghormatan seseorang pelajar terhadap guru mereka.

    Ayat Topik

    Ayat Huraian

    Ayat ContohAyat Penegas

  • 8/22/2019 Handout Seminar BM CSL2013

    9/12

    9

    CSL2013

    ISI KETIGA Senarai Semak

    Usaha saya untuk menghargai jasa guru yang berikutnya ialah saya akansentiasa prihatin dan menunjukkan kasih sayang terhadap guru. Sayaberpendapat demikian kerana amalan mengingati dan menghargai jasaguru adalah amalan yang mulia. Tambahan pula para guru akan

    merasakan bahawa jasa mereka dihargai walaupun mereka tidakberkhidmat sebagai seorang tenaga pengajar lagi. Sebagai tamsilan, sayaboleh menghargai jasa guru dengan meraikan sambutan Hari Guru padasetiap tanggal 16 Mei. Pada hari ini juga, saya boleh memberikan hadiahkepada guru yang mengajar saya sebagai tanda penghargaan atas segalausaha dan titik peluh yang dicurahkan. Hadiah yang diberikan tidaksemestinya berpaksi kepada wang ringgit semata-mata tetapi mestilahdisertakan dengan hati yang tulus lagi ikhlas. Jika tidak mampu memberihadiah, ucapan selamat hari guru sudah cukup bermakna buat para guru.Saya optimis, sikap sentiasa prihatin dan menunjukkan kasih sayangterhadap guru merupakan salah satu usaha saya untuk menghargai jasa

    guru.

    Ayat Topik

    Ayat Huraian

    Ayat Contoh

    Ayat Penegas

    ISI KEEMPAT Senarai Semak

    Menziarahi guru ketika mereka mengalami kesusahan dan sakit juga carasaya menghargai jasa para guru. Hal ini bermaksud, sebagai manusiatentunya para guru menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan.Misalnya, guru mungkin ditimpa kemalangan, bencana, menghidapipenyakit dan sebagainya. Sebagai murid, saya perlu menziarahi mereka

    jika mereka menghadapi situasi tersebut sebagai tanda melahirkan rasasimpati ibarat cubit peha kanan peha kiri terasa sakitnya. Ketikamenziarahi mereka sakit, saya akan membawa buah tangan sebagai tandasaya bersimpati terhadap mereka. Jika mereka mengalami kemalanganatau bencana alam, saya perlu mengutip derma bagi meringankan bebanyang ditanggung oleh mereka. Tugas ini memang sukar dilaksanakansecara bersendirian dan saya akan berusaha untuk mendapatkansokongan dan bantuan daripada kawan-kawan yang lain Jelaslah bahawafrasa guru, jasamu dikenang, budimu disanjung bukanlah sekadaromongan kosong kerana pengorbanan guru mestilah sentiasa dikenangoleh kita sebagai pelajar.

    Ayat TopikAyat Huraian

    Ayat Contoh

    Ayat Penegas

  • 8/22/2019 Handout Seminar BM CSL2013

    10/12

    10

    CSL2013

    ISI KELIMA Senarai Semak

    Seterusnya, saya juga boleh menghargai jasa guru dengan mendoakankesejahteraan guru yang telah mengajar dan mendidik saya. Hal inidikatakan demikian kerana mendoakan kesejahteraan guru sama adasemasa hayatnya atau sesudah mereka kembali ke rahmatullah

    membuktikan kita sentiasa mengenang jasa mereka. Sebagai tamsilan,saya akan selalu mendoakan mereka agar sentiasa sihat sejahtera dandielakkan daripada segala bahaya. Hal ini kerana jika guru sihat sudahtentu mereka akan dapat menjalankan tugas mendidik kita dengansempurna. Bagi mereka yang telah meninggal dunia, saya akanmendoakan agar dosa-dosa mereka diampunkan agar mereka sejahtera dialam barzakh. Sesungguhnya harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama dan sudah tentu jasa sertapengorbanan guru akan terus dikenang sepanjang masa. Jelaslahmendoakan kesejahteraan guru untuk kehidupan mereka di dunia ataupundi akhirat merupakan tindakan mulia yang perlu saya ambil sebagai

    wahana untuk menzahirkan penghargaan saya atas jasa dan pengorbananguru.

    Ayat Topik

    Ayat Huraian

    Ayat Contoh

    Ayat Penegas

    KESIMPULAN Senarai Semak

    Kesimpulannya, setiap insan yang bergelar pelajar mestilah sentiasamenghargai jasa dan pengorbanan para guru agar segala ilmu yang kitatimba daripada mereka akan diberkati. Tanpa guru siapalah kita keranagurulah yang mengajar kita mengenali erti kehidupan. Justeru, marilahkita bersama-sama menghargai jasa mereka selagi hayat dikandung

    badan. Renungilah bait puisi di bawah ini..Guru,kau ibarat dian yang membakar dirimelahirkan insan yang lestaritanpa mengira waktu dan harisegala ilmu dicurah dan diberikerana kau sedar tanggungjawab yang diberitanpamu negara tak mungkin teguh berdiri.

    SarananHarapan

    Seruan

  • 8/22/2019 Handout Seminar BM CSL2013

    11/12

    11

    CSL2013

    KARANGAN LENGKAP:

    Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasaJika hari ini seorang Raja menaiki takhta

    Jika hari ini seorang Presiden sebuah negaraJika hari ini seorang ulama yang mulia

    Jika hari ini seorang peguam menang bicaraJika hari ini seorang penulis terkemuka

    Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasaDengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

    Sajak Guru Oh Guru oleh Seniman Negara Usman Awang sangat signifikan danmembawa makna yang besar kepada warga pendidik.Guru ialah insan mulia yang mengajar danmendidik kita tanpa mengira masa , tenaga serta wang ringgit. Mereka ibarat lilin yangmembakar diri demi memberikan didikan terbaik kepada pelajar. Tanpa usaha dan pengorbananguru tidak mungkin pelajar mencapai kejayaan yang cemerlang. Apa yang pasti, pengorbananguru amat berharga dalam kehidupan seseorang pelajar. Lantaran itu, sewajarnya kitamenghargai guru jasa dan pengorbanan para guru. Persoalannya, bagaimanakah cara sayamenghargai jasa guru?

    Pada pandangan saya, cara untuk saya menghargai jasa guru ialah saya akanmengamalkan budi bahasa dan adab sopan apabila berinteraksi dengan mereka. Hal inibermaksud, saya akan menjaga tutur kata dan adab ketika berhadapan dengan guru. Saya jugaakan sentiasa bermuka manis sambil mengucapkan selamat sejahtera atau memberi salamketika berhadapan atau berselisih dengan guru tanpa mengira keadaan. Semasa di dalam kelas,saya tidak akan sesekali membuat bising sehingga mengganggu guru menjalankan tugasnya.Saya mesti memberi tumpuan dan perhatian sepenuhnya semasa pengajaran guru dan sentiasa

    mengambil peluang bertanya dan berbincang tentang pelajaran. Sebagai contoh, ketikamengadakan sesi perbincangan di kelas, saya perlu menjaga tata susila, tidak meninggikansuara dan memandang guru serta rakan dengan mesra. Bukankah guru merupakan lubuk akallautan ilmu? Tegasnya, berbudi bahasa serta beradab sopan merupakan cara yang terpuji bagimenghargai guru yang mengajar serta mendidik kita selama ini.

    Selain itu, berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah juga cara saya menghargai jasaguru. Hal ini dikatakan demikian kerana melalui disiplin yang tinggi serta sentiasa akur denganperaturan sekolah dapat memastikan para guru tiada masalah dan kekangan semasamenjalankan tugas mereka. Lagipun, disiplin yang tinggi juga membolehkan guru-gurumenumpukan perhatian yang sepenuhnya kepada pengajaran tanpa banyak membazirkan masa

    menguruskan kerenah pelajar. Sebaliknya jika saya tidak berdisiplin, saya bukan sahaja akanmenyusahkan para guru malahan akan mengganggu konsentrasi rakan sebaya yang lain didalam kelas. Misalnya, saya akan sentiasa datang awal ke sekolah, sentiasa menepati masa,tidak terlibat dalam gangsterisme, vandalisme mahupun ponteng sekolah. Jelaslah, salah satucara yang boleh dilakukan untuk menunjukkan perasaan hormat kepada guru adalah dengandisiplin yang tinggi dan sentiasa mematuhi peraturan sekolah kerana hal ini mencerminkanpenghormatan seseorang pelajar terhadap guru mereka.

    Usaha saya untuk menghargai jasa guru yang berikutnya ialah saya akan sentiasaprihatin dan menunjukkan kasih sayang terhadap guru. Saya berpendapat demikian keranaamalan mengingati dan menghargai jasa guru adalah amalan yang mulia. Tambahan pula para

    guru akan merasakan bahawa jasa mereka dihargai walaupun mereka tidak berkhidmat sebagaiseorang tenaga pengajar lagi. Sebagai tamsilan, saya boleh menghargai jasa guru dengan

  • 8/22/2019 Handout Seminar BM CSL2013

    12/12

    12

    CSL2013

    meraikan sambutan Hari Guru pada setiap tanggal 16 Mei. Pada hari ini juga, saya bolehmemberikan hadiah kepada guru yang mengajar saya sebagai tanda penghargaan atas segalausaha dan titik peluh yang dicurahkan. Hadiah yang diberikan tidak semestinya berpaksi kepadawang ringgit semata-mata tetapi mestilah disertakan dengan hati yang tulus lagi ikhlas. Jikatidak mampu memberi hadiah, ucapan selamat hari guru sudah cukup bermakna buat para guru.

    Saya optimis, sikap sentiasa prihatin dan menunjukkan kasih sayang terhadap guru merupakansalah satu usaha saya untuk menghargai jasa guru.

    Menziarahi guru ketika mereka mengalami kesusahan dan sakit juga cara sayamenghargai jasa para guru. Hal ini bermaksud, sebagai manusia tentunya para gurumenghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan. Misalnya, guru mungkin ditimpa kemalangan,bencana, menghidapi penyakit dan sebagainya. Sebagai murid, saya perlu menziarahi mereka

    jika mereka menghadapi situasi tersebut sebagai tanda melahirkan rasa simpati ibarat cubitpeha kanan peha kiri terasa sakitnya. Ketika menziarahi mereka sakit, saya akan membawabuah tangan sebagai tanda saya bersimpati terhadap mereka. Jika mereka mengalami

    kemalangan atau bencana alam, saya perlu mengutip derma bagi meringankan beban yangditanggung oleh mereka. Tugas ini memang sukar dilaksanakan secara bersendirian dan sayaakan berusaha untuk mendapatkan sokongan dan bantuan daripada kawan-kawan yang lainJelaslah bahawa frasa guru, jasamu dikenang, budimu disanjung bukanlah sekadar omongankosong kerana pengorbanan guru mestilah sentiasa dikenang oleh kita sebagai pelajar.

    Seterusnya, saya juga boleh menghargai jasa guru dengan mendoakan kesejahteraanguru yang telah mengajar dan mendidik saya. Hal ini dikatakan demikian kerana mendoakankesejahteraan guru sama ada semasa hayatnya atau sesudah mereka kembali ke rahmatullahmembuktikan kita sentiasa mengenang jasa mereka. Sebagai tamsilan, saya akan selalumendoakan mereka agar sentiasa sihat sejahtera dan dielakkan daripada segala bahaya. Hal inikerana jika guru sihat sudah tentu mereka akan dapat menjalankan tugas mendidik kita dengansempurna. Bagi mereka yang telah meninggal dunia, saya akan mendoakan agar dosa-dosamereka diampunkan agar mereka sejahtera di alam barzakh. Sesungguhnya harimau matimeninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan sudah tentu jasa sertapengorbanan guru akan terus dikenang sepanjang masa. Jelaslah mendoakan kesejahteraanguru untuk kehidupan mereka di dunia ataupun di akhirat merupakan tindakan mulia yang perlusaya ambil sebagai wahana untuk menzahirkan penghargaan saya atas jasa dan pengorbananguru.

    Kesimpulannya, setiap insan yang bergelar pelajar mestilah sentiasa menghargai jasa

    dan pengorbanan para guru agar segala ilmu yang kita timba daripada mereka akan diberkati.Tanpa guru siapalah kita kerana gurulah yang mengajar kita mengenali erti kehidupan. Justeru,marilah kita bersama-sama menghargai jasa mereka selagi hayat dikandung badan. Renungilahbait puisi di bawah ini..Guru,kau ibarat dian yang membakar dirimelahirkan insan yang lestaritanpa mengira waktu dan harisegala ilmu dicurah dan diberikerana kau sedar tanggungjawab yang diberitanpamu negara tak mungkin teguh berdiri.