Grafik.ppt
Transcript of Grafik.ppt
Print and non-projected
media
Assignment
Production of one low-cost instructional materials e.g a chart,
a model etc
Objektif
Menjelaskan peranan komunikasi visual dalam instruksi dan pembelajaran
Menjelaskan matlamat komunikasi visual dalam instruksi dan pembelajaran
Menghuraikan tiga elemen reka bentuk visual
Menjelaskan prinsip penghurufan Menamakan pelbagai jenis dan sumber
penghurufan
Selepas kuliah ini, anda dapat:
Sambungan
Menjelaskan saiz dan jenis fon bagi bahan tayang dan komputer
Menjelaskan warna yang sesuai untuk persembahan PowerPoint
Menjelaskan saiz fon yang legibel (jelas) bagi bahan bukan tayang
Memberi maksud imbangan tak formal
Selepas kuliah ini, anda dapat:
Sambungan
Sambungan Objektif
Menjelaskan penggunaan animasi dan audio Menjelaskan faktor motivasi Keller (1983) dalam
reka bentuk skrin
Selepas kuliah ini, anda dapat:
Sambungan Objektif
Peranan visual dalam instruksi
Menjadikan idea (perkataan) lebih konkrit Memotivasikan pelajar kerana dapat menarik dan
mengekalkan perhatian pelajar Memudahkan idea atau maklumat yang sukar
difahami Meningkatkan kefahaman jika digunakan bersama
kapur dan tutur Digunakan untuk membantu sebarang komuniksai
bentuk bukan visual seperti tutur atau perkataan
Visual jika digunakan bersama instruksi konvensional dapat meningkatkan pencapaian
Matlamat visual dalam instruksi
Mempastikan kebolehbacaan (dapat lihat perkataan dan imej dengan jelas)
Mudah untuk interpretasi mesej Dapat libatkan dan tarik perhatian pelajar Dapat tarik perhatian kepada perkara
yang terpenting
Rebentuk visual yang baik dapat meningkat komunikasi antara punca (Guru) dan penerima (pelajar)
Apakah tipografi?
Tipografi adalah olahan visual teks untuk menjelaskan jadual, carta, peta, gambar rajah atau ilustrasi. Tipografi melibatkan pemilihan jenis huruf/fon, reka letak dan penempatan teks di atas skrin berbanding dengan saiz skrin dan teks lain dan penggunaan petanda atau ‘signal’ seperti tajuk, prakata, rumusan, dll.
Prinsip komunikasi visual
1. Elemen Visual (Pilih jenis visual) 2. Elemen Verbal (Pilih jenis huruf) 3. Elemen yang menarik perhatian
(Kejutan, tektur, interaksi)
Untuk menyediakan visual yang baik dalam instruksi, guru harus pertimbangkan tiga elemen reka bentuk visual berikut:
1. Elemen Visual
Terdapat tiga jenis visual:
A. Visual realistik B. Visual analogik C. Visual organisasional
A. Visual realistik
Lebih detail dan hampir serupa dengan bahan asal Mudah difahami tetapi boleh mengelirukan jika
pertama kali ditunjukkan kepada pelajar Sesuai untuk pelajar dewasa. Darjah atau kadar realisme visual menjadi kurang
berkesan jika visual a) terlalu realistik, atau b) terlalu abstrak
Visual realistik Visual kurang realistik
Rendah
Tinggi
Ka
dar
pe
mb
ela
jara
n
Tidak realistik Sangat realistikKesederahaan
Kadar atau darjah realistik
Visual
B. Visual analogik
Meyampaikan konsep/topik secara analogy
Contoh: Visual sel putih melawan jangkitan bakteria atau sistem solar untuk menjelaskan komposisi atom
Sistem solar
Neutron
ElektronProton
Sistem solar biasanya digunakan sebagai analogi visual untuk menjelaskan komposisi sesuatu atom
C. Visual organisasional
Meliputi carta aliran, graf, peta, dan carta organisasi
Visual ini boleh menunjukkan hubungan antara satu konsep dengan lain atau menjelaskan susunan konsep dalam bentuk teks (tulis)
Carta organisasi
Penubuhan Jawatan Kuasa Bertindak
UPBK
NAIB CANSELOR(Penasihat)
Timb.Naib Canselor(Pengerusi)
Penyelaras(Setiausaha)
Dekan Dekan Dekan Dekan
Pakar Rujuk
2. Elemen Verbal
Pemilihan huruf/fon Stail huruf Saiz dan jenis huruf Warna
Gaya dan sumber penghurufan:
Stensil Unistensil Huruf tampal (Mesin Kroy) Huruf potong (Majalah) Huruf pindah Huruf komputer (digital)
Penghurufan
Prinsip asas penghurufan
Gunakan antara 8 - 10 perkataan dalam satu baris Gunakan antara 8 – 10 ayat dalam satu skrin/slaid Gunakan jarak optikal (huruf A, I, K dan W dan huruf
H, M, N dan S dan huruf C, G, O dan Q susah disusun)
Gunakan huruf besar jika tajuk itu pendek (tidak lebih daripada 3 perkataan)
Gunakan huruf kecil bagi ayat atau frasa yang panjang
Teks yang terlalu banyak mengelirukan
Prinsip asas penghurufan
Tulis teks mengikut pola pergerakan mata: dari atas ke bawah atau dari kiri ke kanan
Format teks harus konsisten dari segi jenis dan saiz fon, reka letak, warna dan lokasi
Konsistensi menjadikan bahan multimedia lebih mudah dipelajari, digunakan dan diingati
Teks panjang yang ditulis dalam huruf kecil lebih jelas dibaca dari teks yang ditulis dalam huruf besar
Jangan tulis terlalu banyak teks dalam satu skrin. Tingkatkan jarak antara ayat jika teks itu terlalu panjang
Teks yang terlalu banyak mengelirukan
Stail huruf
Ada tiga jenis: Sans serif, serif dan pelbagai Harus Konsisten Harmoni dengan elemen lain Pilih fon sans serif untuk instruksi seperti
verdana, ariel, tahoma atau helvetika Biasanya fon sans serif digunakan untuk bahan
tayang dan skrin komputer seperti Verdana dan Ariel dan fon serif untuk bahan cetak seperti Times Roman dan Verdana
Gunakan satu atau dua jenis fon untuk satu persembahan PowerPoint
Prinsip asas penghurufan… Samb.
• KOS MEMINJAMKAN BAHAN
• PUSAT SUMBER SEKOLAH
• P U S A T S U M B E R S E K O L A H
Prinsip asas penghurufan… Samb.
• Teks sukar dibaca jika barisan terlalu rapat antara satu dengan lain
• Teks menjadi terputus jika
barisan terlalu jarak antara
satu dengan lain
• Teks mudah dibaca jika barisan antara satu dengan lain ialah 1.5 kali tinggi huruf ‘m’
Barisan ayat yang sangat rapat atau jarak susah dibaca
Prinsip asas penghurufan… Samb.
PUSAT TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL DAN MULTIMEDIA(20 poin Ariel)
Pusat Teknologi Instruksional dan Multimedia
(20 poin Ariel)
Contoh tajuk huruf besar dan huruf kecil
Jarak pandangan dan tinggi huruf bagi bahan bukan tayang
Jarak Pandangan *Tinggi huruf (minimum)
10 kaki 1/2 inci
20 kaki 1 inci
30 kaki 2 inci
40 kaki 3 inci
60 kaki 4 inci
70 kaki 5 inci
80 kaki 6 inci
*Huruf kecil Sesuai untuk poster dan papan buletin
Saiz dan Jenis huruf
Saiz dan jenis huruf komputer bagi bahan tayang
Slaid 18 poin Ariel (Sans serif)
Times Roman
Transparensi 18 poin Ariel (Sans serif)
Times (Serif)
Video 30 poin Ariel (Sans serif)
Times (Serif)
PowerPoint 20 poin Ariel (Sans serif)
Times (Serif)
Bahan Saiz huruf (minimum) Jenis huruf
Contoh huruf komputer mengikut saiz dan jenis (Sans Serif)
Ariel 20 poin
Ariel 24 poinAriel 28 poinAriel 32 poin
Ariel 20 poin
Ariel 24 poinAriel 28 poinAriel 32 poin
Ariel Narrow 20 poinAriel Narrow 24 poinAriel Narrow 28 poinAriel Narrow 32 poin
Ariel Narrow 20 poinAriel Narrow 24 poinAriel Narrow 28 poinAriel Narrow 32 poin
Contoh huruf komputer mengikut saiz dan jenis (Serif)
Times Roman 20 poin
Times Roman 24 poinTimes Roman 28 poinTimes Roman 32 poin
Courier New 20 poinCourier New 24 poinCourier New 28 poinCourier New 32 poin
Sambungan: Contoh huruf komputer mengikut saiz dan jenis
Verdana 20 poinVerdana 24 poinVerdana 28 poinVerdana 32 poin
Times Roman 20 poin
Times Roman 24 poinTimes Roman 28 poinTimes Toman 32 poin
Jenis Sans Serif
Jenis Serif
Pilih warna yang ada kontras antara latar dengan imej atau teks
Pilih warna yang lembut dan selesa dipandang
Gunakan maksimum lima + 2 warna (7) atau tolak 2 (3) warna dalam satu skrin/slaid
Warna
Warna dapat menjelaskan konsep atau menunjukkan penegasan
Warna boleh digunakan untuk memberi penegasan kepada teks atau grafik
Pilih warna yang sesuai dengan budaya dan sistem sosial
Gunakan warna yang terang untuk kanak-kanak Warna tidak semestinya boleh meningkatkan
pencapaian pelajar
Warna (Sambungan)
Warna Untuk jadikan visual lebih jelas Dapatkan kontras yang baik antara latar dengan visual Contoh:
Hitam Kuning
Hijau Putih
Merah Putih
Biru Putih
Imej/teks Latar
Warna……Sambungan
Putih Biru
Hitam Putih
Kuning Hitam
Teks Latar
Putih Hitam
Warna……Sambungan
Visual Latar
Warna……Sambungan
Putih Biru muda
Hitam Coklat tua
Kuning Putih
Contoh warna yang tidak kontras (Susah dibaca)
Hitam Biru tua
Kuning Merah
Teks Latar
Warna……Sambungan
Kuning Merah
Elak dari menggunakan warna komplementari, Contoh:
Oren Biru tua
Hijau Merah
C. Elemen Tarikan
Kejutan: Tektur: Interaksi
Kejutan Dapat menarik dan mengekalkan perhatian Tumpuan bergantung kepada elemen visual
yang luar biasa
Tektur Menjadikan visual lebih realistik Terdapat dalam bahan tiga dimensi
Interaksi
Sediakan aktiviti yang boleh melibatkan interkasi antara pelajar dengan bahan seperti soalan, kuiz demontrasi, arahan dan manipulasi bahan
Lain-lain elemen visual
Kesatuan Susunan Garisan Imbangan
Kesatuan:
Elemen visual perlu berkait antara satu dengan lain
Gunakan anak panah, garisan, warna, bentuk dan ruang untuk menyatukan antara elemen
Program Akademik PTPM
Program Akademik
Sarjana MudaPendidikan(Minor TP)
Sarjan PendidikanTek. Pend
KedoktoranTek. Pend.
Kesatuan elemen
Susunan
Gunakan ‘peraturan sepertiga’ Susun visual ikut rentak: dari kiri ke kanan Kawasan sudut kiri atas paling sesuai Elemen harus rapat dan berkait antara satu
dengan lain (proksimiti) Gunakan anak panah, warna, dll. untuk
menyusun elemen Susunan harus konsisten
Peraturan sepertiga
Ruang
Model ASSURE
Pilih media
Guna media
Gerak balas
Penilaian
Analisis
Nyata objektif
© Prof Madya Dr. Yusup Hashim
Anak panah dan warna digunakan untuk menyusun maklumat
1
2
3
4
5
6
Konsep Pembelajaran Penguasaan(Mastery Learning)
Anak panah dan warna digunakan untuk menyusun maklumat
Kawasan paling kuat
Pergerakan mata bermula dari kiri
Garisan
Menunjukkan gerakan, arahan dan perlakuan Contoh: Garisan melintang menunjukkan
kestabilan dan ketenangan Tegak: Kekuatan Pepenjuru: Gerakan dan dinamik Garisan perlu tebal dan jelas
Garisan tegak
Garisan melintang
Garisan condong
Imbangan
Dua jenis imbangan: Imbangan formal (Symetrikal dan imbangan tidak formal (assymetrikal)
Imbangan formal: Elemen sama berat kiri dan kanan timbulkan keadaan harmoni dan statik
Imbangan tidak formal: Elemen sama berat kiri dan kanan tetapi tidak serupa dari segi bentuk atau kedudukan
Imbangan tak formal lebih dinamik dan dapat perhatian
Imbangan tak formal
Imbangan formal
Animasi
Animasi dapat membantu pelajar menjelaskan sesuatu konsep yang abstrak (contoh sains)
Animasi digunakan untuk membantu komunikasi verbal
Gunakan animasi apabila perlu. Animasi yang berlebihan akan mengganggu tumpuan dan perhatian pelajar
Audio
Gunakan suara atau ucapan untuk menyampaikan maklumat
Jika ucapan dijadikan penyampai utama maklumat, teks ucapan harus ditulis di atas skrin. Ini akan membantu proses pembelajaran
Gunakan muzik (calm) untuk menyediakan suasana pembelajaran yang selesa
Gunakan muzik yang kuat untuk memberi amaran atau menyampaikan mesej
Faktor motivasi dalam reka bentuk skrin
Keller (1983) cadangkan 4 faktor motivasi dalam model ARCS:
Attention: Bahan yang dihasilkan harus dapat menarik perhatian
Relevance: Bahan yang dihasilkan harus relevan dengan unit pelajaran
Confidence: Bahan yang dihasilkan harus dapat memberi keyakinan kepada pelajar
Satisfaction: Bahan yang dihasilkan harus memberi kepuasan kepada pelajar
Rujukan
Heinich, R, Molenda, M, Smaldino, S & Russell, J (2002). Instructional media and the new technologies for learning (7th edition). New Jersey. Merril-Prentice-Hall
Lee, S. H. & Boling, E. (1999). Screen design guidelines for motivation in interactive multimedia interaction: A survey and framework for designers, Educational Technology,May-June: pp.19-26
Assignment
Production of one low-cost instructional materials e.g a chart, a model etc
Tamat