Geseran

7
Kelas : Tahun 6M Mata Pelajaran : Sains Tarikh : 22/3/2011 Bilangan Murid : 25 orang Masa : 1200-1300 Theme (Tema) : 2.0 Investigating Force and Energy Learning Area (Tajuk): Reducing and increasing friction Learning Objectives (Objektif): 2.3 Analyzing friction Learning Outcomes (Hasil Pembelajaran): Di akhir sesi pembelajaran, murid dapat: 2.3.6 Design a fair test to find out how different types of surfaces affect the distance a trolley moves by 2.3.7 Deciding what to change, what to keep the same and what to measure. Alat Bantu Mengajar: Pembaris kayu, guli, kad manila gulung, buku Pengetahuan sedia ada: Murid-murid telah mengetahui geseran akan dipengaruhi jenis permukaan yang berlainan Set Induksi: 1. Guru memberi situasi kepada murid : Jika seorang budak yang kuat menolak troli di atas padang pasir dan atas permukaan padang, permukaan apakah yang lebih sedang ditolakkan? 2. Guru meminta murid-murid membincangkan jawapan mereka dalam kumpulan. 3. Guru memberitahu murid bahawa satu eksperimen akan dijalankan untuk menguji bagaimana jenis permukaan yang dilalui akan mempengaruhi jarak yang dilalui. Langkah 1 : 1. Guru memberikan satu set bahan eksperimen kepada setiap kumpulan. Antara bahan yang dibekalkan ialah sebiji guli, kad manila yang bergulung, 4 pembaris kayu meter dan satu besin eksperimen. 2. Guru membimbing murid mengaitkan hubungan antara troli dengan guli yang digunakan, hubungan jarak yang dilalui guli dengan jarak troli yang dilalui. Guli = troli

description

sains tahun 6

Transcript of Geseran

Page 1: Geseran

Kelas : Tahun 6MMata Pelajaran : SainsTarikh : 22/3/2011Bilangan Murid : 25 orangMasa : 1200-1300Theme (Tema) : 2.0 Investigating Force and Energy

Learning Area (Tajuk):  Reducing and increasing frictionLearning Objectives (Objektif): 2.3     Analyzing friction

Learning Outcomes (Hasil Pembelajaran): Di akhir sesi pembelajaran, murid dapat:

2.3.6    Design a fair test to find out how different types of surfaces affect the

            distance a trolley moves by2.3.7        Deciding what to change, what to keep the same and what to measure.

Alat Bantu Mengajar: Pembaris kayu, guli, kad manila gulung, buku

Pengetahuan sedia ada: Murid-murid telah mengetahui geseran akan  dipengaruhi jenis    permukaan yang berlainan

Set Induksi: 1. Guru memberi situasi kepada murid : Jika seorang budak yang kuat menolak troli di atas padang pasir dan atas permukaan padang, permukaan apakah yang lebih sedang ditolakkan?

2. Guru meminta murid-murid membincangkan jawapan mereka dalam kumpulan.

3. Guru memberitahu murid bahawa satu eksperimen akan dijalankan untuk menguji bagaimana jenis permukaan yang dilalui akan mempengaruhi jarak yang dilalui.

Langkah 1 :1. Guru memberikan satu set bahan eksperimen kepada setiap kumpulan. Antara bahan yang dibekalkan ialah sebiji guli, kad manila yang bergulung, 4 pembaris kayu meter dan satu besin eksperimen.

2. Guru membimbing murid mengaitkan hubungan antara troli dengan guli yang digunakan, hubungan jarak yang dilalui guli dengan jarak troli yang dilalui. 

 Guli = troliJarak yang dilalui guli = Jarak yang dilalui troli

3. Murid-murid membincangkan langkah-langkah eksperimen, pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerakbalas dalam kumpulan masing-masing.

4.Selepas 5 minit, salah satu wakil kumpulan diminta menjelaskan langkah-langkah eksperimen serta pembolehubah yang dibincangkan tadi.

Page 2: Geseran

5.Selepas penjelasan wakil kumpulan, guru meminta wakil kumpulan lain yang mempunyai langkah eksperimen yang berlainan daripada kumpulan sebelumnya menjelaskan langkah eksperimen mereka.

6.Guru membimbing semua murid untuk memilih salah satu langkah eksperimen yang paling sesuai digunakan serta mengulangi langkah-langkah eksperimen tersebut secara lisan.

Langkah 2 :1.      Wakil kumpulan diminta membahagikan tugasan dalam kumpulan masing-masing.2.      Ketua kumpulan membimbing ahli kumpulan menjalankan eksperimen tersebut.

i.         4 pembaris meter diletak di atas permukaan lantai sebagai lantasan guli.

ii.       Buku-buku dan kad manila bergulung diletakkan di tempat yang sesuai untuk menjadikan

terowong guli.

iii.      Guli dilepaskan ke dalam terowong yang disediakan dan jarak yang dilalui  dicatatkan dalam

jadual yang disediakan.

iv.     Langkah i hingga langkah iv diulangi dengan permukaan pasir dan padang.

Page 6: Geseran

Langkah 3:1.     Selepas 20 minit eksperimen dijalankan, setiap wakil kumpulan diminta membentangkan hasil

pemerhatian mereka.2.     Guru membimbing murid untuk membuat kesimpulan daripada hasil pembentangan setiap

kumpulan.3.     Guru membimbing murid membincangkan pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah

bergerak balas pada eksperimen ini.4.     Guru membimbing murid mencari hubungan antara jenis permukaan dan jarak troli yang dilalui.5.     Guru mengingati murid mencatatkan jawapan pembolehubah, hubungan jenis permukaan dan

jarak guli yang dilalui  yang dibincangkan dalam buku amali mereka.

Penutup:1.Guru meminta murid-murid mengemaskan meja eksperimen masing-masing.2.Guru mengingatkan murid-murid membersihkan alatan eksperimen yang digunakan dalam

keadaan yang cermat. 

Refleksi:Kekuatan :

   Murid-murid kelihatan berminat dengan eksperimen yang dijalankan kerana diberi peluang menjalankan aktiviti di luar bilik darjah.

   Kawalan disiplin memuaskan walaupun eksperimen melibatkan 3 tempat. Murid-murid dibenarkan ke tempat eksperimen yang seterusnya untuk menjalankan eksperimen dengan berdisiplin.

Page 7: Geseran

   Pembelajaran inkuiri dijalankan dengan lancar. Murid-murid diberi peluang untuk membuat penyiasatan dalam kumpulan secara terbimbing.

Kelemahan :   Apabila eksperimen dijalankan, secara tidak sedar diri murid-murid berlari ke tempat

eksperimen seteusnya. Ini akan menggangu proses pengajaran dan pembelajaran kelas lain.   Murid yang lemah kurang memberi bimbingan semasa perbincangan jawapan soalan

Kemahiran Proses Sains.

Penambahbaikan:   Guru seharusnya mengingati murid menjaga keselamatan diri semasa eksperimen dijalankan

kerana berlari semasa naik atau turun tangga merupakan satu perbuatan yang akan membahayakan keselamatan diri dan juga membahayakan keselamatan orang lain.

   Guru seharusnya meminta murid yang cemerlang dalam kumpulan untuk membantu murid yang lemah semasa perbincangan soalan Kemahiran Proses Sains.

   Guru juga seharusnya membimbing murid yang lemah selepas eksperimen dijalankan pada waktu lapang untuk meningkatkan kefahaman mereka terhadap teknik menjawab soalan tersebut.