Francais

download Francais

of 130

description

francais

Transcript of Francais

  • Pengurusan Perniagaan Francais ii iii

    BPME3023 Pengurusan Perniagaan Franca is Mohamad Yusop Mohd. Jani Hoe Chee Hee Muhammad Shukri Bakar Rosli Mohd. Saad Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE) Universiti Utara Malaysia Sintok 2008 iv ISBN 978-983-3827-78-7 Cetakan Pertama, 2008 Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE) Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE), Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman. Siri Modul Kendiri merupakan bentuk bahan pengajaran dan pembelajaran kendiri di bawah Program Pengajian Luar Kampus, Universiti Utara Malaysia. Siri Modul Kendiri ini diterbitkan tanpa melalui proses penilaian. Mutu Siri Modul Kendiri ini diperbaiki dari semasa ke semasa berdasarkan maklum balas daripada aktiviti pengajaran. Edaran buku ini terhad dalam kawasan Universiti Utara Malaysia sahaja. v ISI KANDUNGAN Prakata xi Penghargaan xiii Kata Kunci xv Matlamat dan Objektif Modul xvii Sinopsis Modul xix Senarai Jadual xxi Senarai Rajah xxi BAB 1 PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN FRANCAIS Objektif Bab 1 1.1 Pengenalan 1 1.2 Definisi dan Konsep Francais 2 1.3 Konsep Perniagaan Francais 2 1.4 Sejarah dan Perkembangan Francais 4 1.5 Jenis-Jenis Perniagaan Francais 6 1.6 Bentuk/Pendekatan Francais 7 1.7 Perbezaan Francais dengan Multi-Level Marketing (MLM) dan Pelesenan 8 17.1 Perbezaan antara Francais dan MLM 8 17.2 Perbezaan antara Francais dan Pelesanan 9

  • 1.8 Kelebihan dan Kelemahan Perniagaan Francais 9 1.8.1 Kelebihan Perniagaan Francais 9 1.8.2 Kelemahan Perniagaan Francais 12 1.9 Kesimpulan 14 Soalan Penilaian Kendiri 15 Jawapan Soalan dalam Teks 15 BAB 2 INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA Objektif Bab 19 2.1 Pengenalan 19 2.2 Perkembangan Industri Francais di Malaysia 19 2.3 Konsep Home-Grown Francaisor 20 2.4 Agensi-Agensi dalam Pembangunan Francais di Malaysia 22 2.4.1 Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) 22 2.4.2 Perbadanan Nasional Berhad (PNS) 24 2.4.3 Persatuan Francais Malaysia (MFA) 25 vi 2.4.4 Pendaftar Francais atau ROF (Registrar of Franchise) 26 2.4.5 Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) 26 2.4.6 Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) 27 2.5 Skim Pembiayaan 28 2.5.1 Skim Pembiayaan Francais oleh PNS 28 2.5.2 Lain-Lain Skim Bantuan Kewangan dan Pembiayaan Francais 29 2.6 Kesimpulan 35 Soalan Penilaian Kendiri 36 Jawapan Soalan dalam Teks 36 BAB 3 SISTEM PERNIAGAAN FRANCAIS FRANCAISOR Objektif Bab 39 3.1 Pengenalan 39 3.2 Persoalan Awal dan Kajian 40 3.3 Asas Pembangunan Perniagaan Francais 41 3.4 Konsep-Konsep Perniagaan yang Boleh Difrancaiskan 43 3.4.1 Sistem Perniagaan Terbukti Berjaya 43 3.4.2 Konsep Perniagaan Mudah Direplikasi 44 3.5 Penentuan Yuran Francais dan Kadar Royalti 45 3.6 Carta Pert 49 3.7 Merekrut, Memilih dan Mengurus Francaisi 52 3.7.1 Merekrut Prospektif Francaisi 53 3.7.2 Memilih Francaisi 54 3.7.3 Mengurus Francaisi 56 3.8 Kesimpulan 57 Soalan Penilaian Kendiri 58 Jawapan Soalan dalam Teks 60 BAB 4 PERSEDIAAN FRANCAISOR Objektif Bab 65 4.1 Pengenalan 65 4.2 Rancangan Perniagaan Francaisor 66

  • 4.3 Pakej Pengambilan Francaisi 67 4.4 Pakej Manual Operasi dan Promosi 68 4.5 Pemilihan Lokasi dan Tapak Lokasi 69 4.5.1 Faktor-Faktor yang Perlu Dipertimbangkan 70 4.6 Dokumen Penzahiran 72 4.7 Perjanjian Francais 76 vii 4.8 Kesimpulan 77 Soalan Penilaian Kendiri 77 Jawapan Soalan dalam Teks 78 BAB 5 STRATEGI KEWILAYAHAN Objektif Bab 83 5.1 Pengenalan 83 5.2 Komponen-Komponen dalam Strategi Kewilayahan 83 5.3 Francais Multiunit 84 5.3.1 Tiga Versi dalam Kaedah Francais Multiunit 84 5.4 Hak untuk Berkembang 90 5.5 Wilayah Eksklusif 91 5.6 Kesimpulan 93 Soalan Penilaian Kendiri 94 Jawapan Soalan dalam Teks 94 BAB 6 PERSIAPAN SEBAGAI FRANCAISI Objektif Bab 97 6.1 Pengenalan 97 6.2 Membuat Penilaian Diri 97 6.3 Membuat Pilihan 100 6.4 Memulakan Perniagaan Francais 102 6.5 Kesimpulan 104 Soalan Penilaian Kendiri 104 Jawapan Soalan dalam Teks 104 BAB 7 FRANCAIS DAN PERUNDANGAN Objektif Bab 107 7.1 Pengenalan 107 7.2 Tafsiran dan Pendaftaran Francais (ROF) 109 7.3 Kewajipan dan Tanggungjawab Francaisor-Francaisi 112 7.4 Tempoh dan Penamatan Perjanjian Francais 115 7.5 Jaminan Perlindungan Terhadap Maklumat Rahsia 116 7.6 Fungsi Lembaga Penasihat Francais 116 7.7 Penguatkuasaan Akta 117 7.8 Kesimpulan 118 Soalan Penilaian Kendiri 119 Jawapan Soalan dalam Teks 120 viii BAB 8 TANGGUNGJAWAB FRANCAISOR Objektif Bab 121 8.1 Pengenalan 121 8.2 Tanggungjawab Francaisor 121 8.3 Servis Permulaan 122 8.3.1 Merekrut Francaisi oleh Francaisor 122 8.3.2 Pakej Latihan 122 8.4 Latihan Berterusan 123 8.4.1 Pemantauan dan Pengawalan 123 8.4.2 Latihan dan Sokongan Khidmat Nasihat 124 8.4.3 Organisasi Ibu Pejabat 124

  • 8.4.4 Penyelidikan dan Pembangunan [Research and Development (R&D)] 124 8.4.5 Pengiklanan dan Promosi 125 8.4.6 Komunikasi 125 8.5 Kesimpulan 125 Soalan Penilaian Kendiri 126 Jawapan Soalan dalam Teks 126 BAB 9 HUBUNGAN FRANCAISOR DAN FRANCAISI Objektif Bab 127 9.1 Pengenalan 127 9.2 Hubungan Francaisor dan Francaisi 127 9.3 Konflik Francaisor-Francaisi 129 9.4 Penyelesaian Konflik Francaisor-Francaisi 129 9.5 Kesimpulan 131 Soalan Penilaian Kendiri 131 Jawapan Soalan dalam Teks 131 BAB 10 PERKHIDMATAN SOKONGAN FRANCAISOR Objektif Bab 133 10.1 Pengenalan 133 10.2 Sokongan Terhadap Francaisi 134 10.2.1 Profitability 134 10.2.2 Self-Employment 135 10.2.3 Striving to be Successful 135 10.2.4 Opportunity for Growth 136 10.3 Komunikasi 136 10.4 Peranan Wakil-Wakil Lapangan 139 10.5 Latihan untuk Francaisi 140 ix 10.6 Kesimpulan 142 Soalan Penilaian Kendiri 142 Jawapan Soalan dalam Teks 143 BAB 11 TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN ETIKA PERNIAGAAN Objektif Bab 147 11.1 Pengenalan 147 11.2 Faktor Etika dalam Membuat Keputusan 147 11.3 Francais dan Tanggungjawab Sosial 150 11.4 Isu-Isu Hubungan dalam Perniagaan Francais 154 11.4.1 Aspek-Aspek Negatif dalam Francais 154 11.4.2 Hubungan Francaisor-Francaisi 155 11.5 Kesimpulan 156 Soalan Penilaian Kendiri 157 Jawapan Soalan dalam Teks 158 BAB 12 FRANCAIS ANTARABANGSA Objektif Bab 159 12.1 Pengenalan 159 12.2 Francais Antarabangsa 159 12.3 Mengenal Pasti Potensi Pasaran Antarabangsa 160 12.3.1 Kajian Makro 161 12.3.2 Kajian Mendalam 163 12.4 Isu Budaya Pasaran Antarabangsa 163

  • 12.5 Memenuhi Keadaan Tempatan 164 12.5.1 Produk 165 12.5.2 Pemasaran 166 12.6 Polisi Francais 166 12.6.1 Aspek Undang-Undang 167 12.6.2 Operasi Francais 167 12.7 Kesimpulan 168 Soalan Penilaian Kendiri 169 Jawapan Soalan dalam Teks 169 BIBLIOGRAFI 171 LAMPIRAN A : Jawapan Soalan Penilaian Kendiri 173 LAMPIRAN B : Tajuk-Tajuk Utama dalam Format Perjanjian Francais 181 LAMPIRAN C : Bahagian-Bahagian Seksyen dalam Akta Francais 1998 185 x xi PRAKATA Perniagaan francais diakui oleh banyak pihak sebagai platform untuk seseorang menjadi usahawan. Dengan membayar yuran francais, royalti dan lain-lain bayaran yang telah ditetapkan, bakal-bakal francaisi memperoleh hak untuk menggunakan jenama, kaedah dan sistem sesebuah perniagaan yang telah terbukti kukuh di pasaran. Lantaran itu, Kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) telah menerima dan mengakui pendekatan ini sebagai langkah penting untuk melahirkan lebih ramai Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPBB). Serentak dengan itu, Perbadanan Nasional Berhad (PNS) yang merupakan agensi pelaksana industri francais di Malaysia telah meletakkan sasaran untuk melahirkan 50 francaisor tempatan dan 1000 francaisi dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010 (RMK-9). Bagi mencapai matlamat tersebut, PNS bersama-sama dengan pihak Kementerian dan juga Persatuan Francais Malaysia (MFA) telah dan sedang melaksanakan promosi di seluruh negara melalui penganjuran seminar, bengkel dan latihan. Di peringkat pendidikan tinggi, penawaran kursus perniagaan francais kepada para pelajar dilihat sebagai sumbangan kecil ke arah meuaruarkan industri francais sebagai jalan keluar kepada para pelajar daripada kerja makan gaji kepada bekerja sendiri. Justeru, penghasilan modul ini boleh dianggap sebagai satu bentuk sumbangan yang boleh diberikan untuk membantu pelajar memahami dengan lebih jelas tentang industri francais itu sendiri. Ini termasuklah memberi pendedahan tentang konsep francais yang sebenar, kebaikan dan keburukan serta peranan francaisor dan francaisi dalam membentuk hubungan menang-menang. Sehubungan itu, pada pandangan penulis, modul ini sangat bermanfaat kepada para pelajar kerana ia diolah dengan bahasa yang mudah dan penuh dengan maklumat yang berkaitan. Para penulis berharap, para pelajar dapat memanfaatkan ilmu yang diperoleh demi pembangunan kerjaya pelajar dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Modul ini tentunya mempunyai kelemahan-kelemahan yang tersendiri. Oleh itu, segala pandangan dan komen yang bernas dialu-alukan untuk tujuan penambahbaikan. Sekian terima kasih.

  • Mohamad Yusop Mohd. Jani Hoe Chee Hee Muhammad Shukri Bakar Rosli Mohd. Saad xii xiii PENGHARGAAN Para penulis memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinan-Nya, modul ini dapat disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Para penulis juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada bekas Ketua Jabatan Keusahawanan, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Prof. Dr. Rosli Mahmood kerana memberi kepercayaan yang tinggi kepada kami dalam merealisasikan penghasilan modul ini. Sungguhpun terdapat beberapa orang lagi pensyarah yang berpengetahuan dalam bidang francais namun keyakinan yang ditunjukkan oleh beliau terhadap kami sangat-sangat dihargai. Terima kasih juga kami ucapkan kepada semua pihak yang terlibat khususnya pihak Penerbit UUM kerana membaca dan membuat teguran terhadap beberapa kesilapan yang tidak disengajakan. Penghargaan juga ditujukan kepada Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE) kerana memberi ruang kepada kami untuk menyumbang sedikit ilmu bagi manfaat pelajar. Tidak ketinggalan, ucapan terima kasih kami ucapkan kepada semua ahli keluarga yang begitu memahami tugas yang telah diamanahkan. Mohamad Yusop Mohd. Jani Hoe Chee Hee Muhammad Shukri Bakar Rosli Mohd. Saad xiv xv KATA KUNCI Terdapat beberapa lambang yang akan anda lihat di dalam modul ini. Lambang tersebut memberi maksud tertentu seperti yang dinyatakan di bawah. Lambang ini disediakan bagi membimbing dan melengkapkan proses pengajaran dan pembelajaran anda. Soalan Dalam Teks (SDT) atau soalan latihan yang merujuk kepada perbincangan dalam teks yang dipelajari. Contoh jawapan disediakan di akhir setiap bab. Soalan Penilaian Kendiri (SPK) atau soalan ulang kaji merujuk kepada perbincangan keseluruhan bab. Skema jawapan disediakan di akhir modul kursus. Anda boleh menyemak jawapan latihan anda dengan contoh/skema jawapan yang disediakan di akhir bab atau modul kursus. Anda dinasihatkan membuat latihan terlebih dahulu sebelum menyemak jawapan tersebut. Anda dikehendaki berfikir sejenak tentang situasi di sekeliling anda atau mengimbas kembali bab yang lepas. Pelbagai soalan yang berkaitan dengan bab tersebut akan dikemukakan. xvi xvii MATLAMAT DAN OBJEKTIF MODUL MATLAMAT: Modul ini disediakan dengan tujuan untuk memberi pendedahan kepada

  • pelajar-pelajar Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) di bawah pengendalian Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE) tentang pengurusan perniagaan francais. Melalui pendedahan ini, para penulis berharap para pelajar akan mendapat gambaran yang lebih jelas tentang perniagaan francais dan menawarkan ruang serta peluang yang boleh dimanfaatkan untuk pembangunan kerjaya pelajar sejurus selepas menamatkan pengajian mereka kelak. Bagi memastikan para pelajar mendapat pemahaman yang lebih jelas, modul ini turut melampirkan Soalan Dalam Teks (SDT) dan Soalan Penilaian Kendiri (SPK) di akhir setiap bab sebagai aktiviti tambahan. OBJEKTIF: Secara umumnya, objektif modul ini disediakan bertujuan untuk: 1. Memahami definisi perniagaan francais dan mengenal pasti jenis-jenis perniagaan francais. 2. Mengenal pasti peranan francaisor dan francaisi dalam mengendalikan perniagaan francais mengikut entiti masingmasing. 3. Membincangkan kelebihan dan kekurangan perniagaan francais kepada francaisor dan francaisi. 4. Memahami tentang kepentingan menjaga hubungan antara francaisor dan francaisi dalam mewujudkan hubungan menangmenang. 5. Mengenal pasti kaedah-kaedah mengembangkan perniagaan francais ke peringkat antarabangsa. xviii xix SINOPSIS MODUL Terdapat 12 bab kesemuanya dalam modul ini. Bab 1 dan 2 mendedahkan pelajar tentang konsep asas perniagaan francais dan perkembangan industri tersebut di Malaysia. Manakala, Bab 3, 4 dan 5 pula membincangkan tentang peranan serta persediaan francaisor dalam membangunkan sistem perniagaan yang berdaya maju. Memandangkan pelaburan dalam perniagaan francais melibatkan sejumlah modal yang besar maka persediaan bakal-bakal francaisi sebelum, semasa dan selepas menceburi perniagaan francais amat penting. Penerangan berhubung perkara tersebut dibincangkan dalam Bab 6. Bab 7 membincangkan secara terperinci tentang Akta Francais 1998 dan seksyen-seksyen yang berkaitan bagi melindungi francaisor dan francaisi daripada teraniaya oleh tindakan-tindakan tidak bertanggungjawab oleh kedua-dua belah pihak. Bab 8 pula membincangkan tentang bentukbentuk bantuan dan sokongan yang berterusan yang diberikan oleh francaisor terhadap francaisi-francaisi baru dan sedia ada. Sementara itu, Bab 9 dan Bab 10 menyentuh tentang hubungan antara francaisor dan francaisi khususnya yang melibatkan aspek komunikasi antara kedua belah pihak. Sementara Bab 11 membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan persoalan etika dalam perniagaan francais dan bab terakhir membincangkan tentang pengembangan perniagaan francais ke peringkat antarabangsa. Mohamad Yusop Mohd. Jani Hoe Chee Hee Muhammad Shukri Bakar Rosli Mohd. Saad xx xxi SENARAI JADUAL

  • Jadual 1.1 Proses Pemberian Hak 3 Jadual 1.2 Senarai Perniagaan Francais Generasi Pertama di Amerika Syarikat 5 Jadual 1.3 Perbezaan Francais dan MLM 9 Jadual 2.1 Maklumat-Maklumat Pembiayaan 28 Jadual 3.1 Yuran Francais, Kadar Royalti dan Kadar Promosi dalam Industri Makanan dan Minuman 47 Jadual 4.1 Rancangan Perniagaan Francaisor 66 Jadual 4.2 Maklumat-Maklumat Penting dalam Dokumen Penzahiran 73 Jadual 4.3 Seksyen-Seksyen dalam Perjanjian Francais 77 Jadual 11.1 Tahap Tanggungjawab Sosial 152 SENARAI RAJAH Rajah 3.1 Fasa-Fasa Pembangunan Sebelum Sistem Difrancaiskan 50 Rajah 5.1 Struktur Subfrancais 88 xxii 1 BAB 1 PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN FRANCAIS OBJEKTIF BAB Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh: 1. Memahami konsep-konsep asas perniagaan francais. 2. Mengetahui sejarah dan perkembangan francais di Amerika Syarikat. 3. Mengenali jenis-jenis perniagaan francais. 4. Membezakan francais dengan MLM dan pelesenan. 5. Mengenal pasti kelebihan dan kelemahan yang terdapat dalam perniagaan francais. 1.1 PENGENALAN Francais merupakan satu sistem perniagaan yang melibatkan dua usahawan iaitu yang hendak menyerahkan hak pengedaran (francaisor) dan yang hendak menerima hak pengedaran (francaisi) produk atau perkhidmatan kepada pengguna. Kedua-dua pihak atau usahawan tersebut menjalinkan hubungan yang sah dari segi undang-undang melalui satu kontrak atau perjanjian yang mengikat sesama mereka. Hasil daripada perhubungan ini akan memberi faedah kepada mereka. Melalui sistem perniagaan francais, pengguna-pengguna juga dapat menikmati barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan dengan mudah dan selesa di persekitaran tempat tinggal mereka. Sebagai contoh kita dapat menikmati kelazatan ayam goreng Kentucky Fried Chicken di mana-mana sahaja kerana ia mempunyai rangkaian perniagaan di seluruh Malaysia. Begitu juga untuk menikmati keenakan burger McDonalds yang mudah diperoleh di seluruh bandar di Malaysia. Selain dari KFC dan McDonalds yang perniagaan-perniagaan yang berbentuk francais di Malaysia ialah seperti Pizza Hut, ayam goreng Marrybrown, Dunkin Donuts dan lain-lain. Manakala perkhidmatan yang ditawarkan dalam bentuk francais ialah seperti Budget Rent A-Car, perkhidmatan memotong dan mencuci rambut Thomas & Guys, perkhidmatan meletak kereta di Wilson Parking dan lain-lain lagi. 2 1.2 DEFINISI DAN KONSEP FRANCAIS

  • Dari segi istilah, perkataan francais berasal daripada perkataan Prancis iaitu franco yang membawa maksud bebas daripada penghambaan atau pengabdian, iaitu seseorang itu diberi hak dan kebebasan untuk melaksanakan sesuatu. Dari segi takrif ia dapat diertikan sebagai satu kaedah pemasaran produk atau perkhidmatan, iaitu sebuah syarikat induk yang dikenali sebagai francaisor memberi hak kepada syarikat kecil lain atau individu iaitu francaisi untuk memasarkan produk atau perkhidmatan dengan menggunakan nama produk atau logonya, berlandaskan satu kaedah tertentu, mengikut satu standard yang ditetapkan di lokasi atau kawasan yang ditetapkan dalam jangka masa yang ditentukan. Robert T. Justis dan Ricfard J. Judd dalam buku franchising edisi ketiga telah mendefinisikan francais sebagai merupakan satu peluang perniagaan iaitu pemilik (pengeluar atau pengedar) sesuatu perkhidmatan atau produk berjenama memberi hak mutlak pengedaran kepada pengedar tempatan untuk memasarkan produk atau perkhidmatan sebagai balasan bagi pembayaran royalti atau yuran dan kesanggupan mengikuti prosedur operasi yang seragam seperti yang ditetapkan oleh syarikat. Persatuan Francais Antarabangsa (IFA) telah mentakrifkan francais sebagai, satu hubungan yang berterusan di mana sebuah syarikat memberi hak kepada sebuah syarikat lain, untuk menjalankan perniagaan di samping memberi bantuan pengelolaan, latihan, pengurusan dan cara urus niaga kerana persetujuan yang telah diberikan oleh syarikat yang menerima hak untuk memasarkan produk atau servis si pemberi hak. Manakala pemilik rangkaian francais Dunkin Donuts, Bob Resenberg mendefinisikan francais sebagai satu sistem pengedaran terpilih bagi sesuatu produk atau perkhidmatan di bawah satu jenama melalui saluransaluran yang dimiliki oleh usahawan bebas yang dinamakan sebagai francaisi dengan kepakaran dan jenama secara berterusan, francaisi berhak menikmati keuntungan hasil daripada perniagaan dan juga wajar menghadapi risiko untuk mengalami kerugian. Daripada definisi-definisi di atas dapatlah dilihat dalam sesebuah perniagaan francais terdapat dua komponen utama bagi menjayakan perniagaan ini iaitu francaisor dan francaisi yang berasaskan kepada satu hubungan saling mempercayai antara satu sama lain. Perhubungan ini berteraskan kepada perjanjian yang telah dipersetujui bersama. 1.3 KONSEP PERNIAGAAN FRANCAIS Sistem perniagaan francais merupakan satu kaedah pengedaran produk atau perkhidmatan kepada pengguna. Ia merupakan satu sistem iaitu 3 kebenaran diberikan oleh pemilik produk atau perkhidmatan yang dikenali sebagai francaisor melalui saluran pengedaran runcit dengan melantik wakil pengedar yang dikenali sebagai francaisi. Pada masa yang sama, francaisor masih memegang kuasa mengawal terhadap produk atau perkhidmatan yang hendak diniagakan. Francaisor memberi hak eksklusif kepada francaisi untuk menggunakan tanda nama di lokasi atau kawasan yang ditetapkan untuk satu jangka masa tertentu. Bagi memastikan sistem francais dapat dijayakan selain daripada konsep utama iaitu kewujudan francaisor dan francaisi, tiga komponen penting dalam sistem francais perlu dipertimbangkan iaitu: (i) Jenama Termasuk tanda niaga, pakaian seragam, hiasan dalaman dan faktor-faktor lain yang akan menghasilkan kesetiaan pelanggan dan menjaga jenama. (ii) Sistem operasi Termasuk lokasi dan kawasan, kemudahan

  • yang disediakan, khidmat selepas jualan. (iii) Sokongan berterusan daripada francaisor kepada francaisi. Proses pemberian hak perlu melalui beberapa peringkat yang telah ditetapkan dan ia bermula daripada persediaan dalam pemilihan francaisor dan francaisi yang bersesuaian sehinggalah ke peringkat operasi dan ia dapat digambarkan melalui Jadual 1.1 berikut yang diadaptasikan daripada Awalan Abd. Aziz dalam bukunya bertajuk Perniagaan Francais di Malaysia. SOALAN DALAM TEKS 1. Apakah yang dimaksudkan dengan sistem dan konsep perniagaan francais? Bezakan antara francaisor dan francaisi. Semak jawapan anda di akhir bab ini. 4 Jadual 1.1: Proses Pemberian Hak Francaisor Francaisi Persediaan Kaji selidik, perundingan, perjanjian Kaji selidik, perundingan, perjanjian Operasi (a) Pemilik tanda niaga (b) Menyediakan bantuan (i) Pemilihan lokasi (ii) Latihan (iii) Pengiklanan dan promosi pembelian pukal (iv) Sistem perakaunan (c) Menerima bayaran (royalti) (a) Penggunaan tanda niaga (b) Membangunkan perniagaan dengan bantuan berterusan daripada francaisor. (c) Menggunakan pakej dan mengikuti sistem yang disediakan oleh francaisor. (d) Membuat bayaran (royalti) Hasil Mengecapi kejayaan bersama Mengecapi kejayaan bersama Sumber: Awalan Abdul Aziz. (1999). 1.4 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN FRANCAIS Sejarah sistem perniagaan francais dipercayai bermula di Eropah dan ia mula berkembang dengan pesatnya ke Amerika Syarikat pada pertengahan abad ke-19. Ia merupakan kesan daripada peningkatan semangat keusahawanan dan permintaan yang semakin meningkat terhadap produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan. Menyedari satu sistem rangkaian pengedaran yang lebih berkesan diperlukan, pada tahun 1851, pengasas Singer Sewing Machine Company telah mula memberi lesen hak pengedaran produk Singer kepada syarikat-syarikat individu sebagai ejen pengedaran mesin-mesin keluaran Singer di kawasan pasaran yang eksklusif. Beliau turut memperkenalkan cara pengedaran yang baru iaitu pengedar-pengedar yang dilantik mempunyai hak penjualan yang eksklusif di kawasan pemasaran mereka tanpa diganggu oleh pengedar-pengedar lain dan mereka dikehendaki membayar royalti atau yuran untuk memperoleh hak tersebut. Sistem perniagaan yang lebih moden kemudiannya diperkenalkan pada tahun 1898 apabila syarikat pengeluar kenderaan terbesar di Amerika

  • Syarikat iaitu General Motors (GM) melantik wakil-wakil penjual bebas bagi mengedar kenderaan milik mereka. Ia diikuti oleh Rexall pada tahun 1902 dengan rangkaian kedai ubat dan Howard Johnson pada tahun 1926 dengan rangkaian restoran. Kemudiannya, seorang usahawan terkemuka dari Atlanta Amerika Syarikat, John S. Pemberton telah menemui ramuan ubat lalu memperkenalkannya. Beliau kemudian mengubahnya menjadi minuman ringan dan membekalkannya dalam bentuk sirap kepada syarikat-syarikat pembotol tempatan Amerika Syarikat. Usaha ini telah berjaya mewujudkan satu rangkaian francais minuman yang terbesar berjenama Coca-Cola. Kejayaan ini telah menjadi 5 pemangkin kepada kewujudan syarikat-syarikat lain seperti Pepsi-Cola dan Seven-Up. Sistem perniagaan baru ini semakin berkembang dan menunjukkan kejayaan demi kejayaan. Ini telah menggalakkan lagi syarikat-syarikat lain mengikutinya. Antara yang melaksanakan sistem ini ialah syarikat-syarikat perniagaan minyak, peruncitan, hotel, motel dan restoran makanan segera. Tahun-tahun 1940-an dan 1950-an merupakan permulaan era perniagaan francais generasi pertama dengan kewujudan pelbagai syarikat yang menawarkan produk dan perkhidmatan menceburi sistem francais. Era perniagaan francais selepas tahun 1950-an dianggap sebagai francais generasi kedua yang bermula dengan pengwujudan produk. Syarikat yang memfrancaiskan perniagaan mereka bermatlamatkan meluaskan pasaran dan peningkatan perniagaan dalam masa yang singkat dengan risiko yang rendah. Manakala syarikat yang menerima francais perlu menanggung risiko yang tinggi termasuk mengeluarkan modal yang tidak lagi ditanggung oleh pemberi francais. Jadual 1.2: Senarai Perniagaan Francais Generasi Pertama di Amerika Syarikat Bil. Syarikat Pengendali Tahun Ceburi 1. Dairy Queen 1941 2. Carvel Ice Cream 1945 3. Great Bear Auto Centers 1947 4. Kentucky Fried Chicken 1952 5. Holiday Inn 1954 6. Puff-Puff Golf 1954 7. McDonalds 1955 8. Burger King 1955 9. Hanna Car Wash 1955 10. Manpower Temporary Services 1955 11. Dunkins Donut 1955 12. Mister Donuts 1956 13. Midas Muffler 1956 14. H&R Block 1958 15. Pizza Hut 1959 Sumber: Justis, R.T., & Judd, R.J. (2003). Perkembangan yang pesat dalam industri francais di Amerika Syarikat menjadikan negara tersebut sebagai sebuah negara yang aktif membangunkan sistem perniagaan ini. Berdasarkan satu kajian pada tahun 1994, nilai jualan tahunan berjumlah lebih US$800 billion telah terhasil daripada 2,200 syarikat francais dengan lebih 550,000 outlet di seluruh negara berkenaan. Ini telah mendorong kerajaan Amerika 6 Syarikat menguatkuasakan undang-undang francais dengan melaksanakan pendaftaran perniagaan francais sebelum ia ditawar kepada orang awam. 1.5 JENIS-JENIS PERNIAGAAN FRANCAIS

  • Terdapat tiga kategori utama perniagaan francais iaitu: (i) Francais Jenama atau Cap Dagang. (ii) Francais Format Perniagaan. (iii) Francais Secara Pertukaran. 1. Francais jenama atau cap dagang Francais jenama atau cap dagang boleh dikenali apabila francaisor memberi hak mutlak kepada francaisi untuk mengeluarkan produk keluaran francaisor serta mengedarkannya di sesuatu wilayah atau daerah dengan menggunakan jenama, tanda nama, cap dagang, logo dan karikator francaisor. Kebiasaannya, francais jenis ini melibatkan syarikatsyarikat yang teguh dan mempunyai jenama yang terkenal serta memerlukan perkhidmatan sebelum dan selepas jualan. Francais ini tidak memerlukan sistem yang lengkap. Walau bagaimanapun, pengawalan yang ketat perlu dilakukan bagi memastikan francaisi mempunyai pasaran yang tersendiri dan memastikan kualiti serta nama baik jenama terpelihara di samping memastikan kemajuan dan perkembangan yang berterusan. Produk-produk yang sering diedarkan melalui francais jenis ini ialah seperti lori, kereta, alat ganti kenderaan, petrol, tayar, minuman ringan dan peralatan pertanian. Sistem francais ini berasaskan kepada sistem pengedaran yang telah diperkenalkan oleh Singer Sewing Machine Company di Amerika Syarikat pada tahun 1850-an. Dalam francais jenis ini, francaisi terikat untuk menggunakan tanda nama francaisor, menggunakan sistem pengurusan dan operasi serta teknik pemasaran seperti mana yang dikehendaki oleh francaisor. Francaisi dikehendaki mengedar semua produk keluaran francaisor. Contoh francais jenama atau cap dagang ialah Syarikat Coca-Cola yang telah membenarkan pembotolan minuman Coca-Cola dengan menggunakan watak kartun Walt-Disney. 2. Francais format perniagaan Dalam francais format perniagaan, francaisi bukan sahaja diberi hak menggunakan jenama ataupun pengedaran produk francaisor bahkan ia akan mewujudkan satu jalinan perniagaan yang bersepadu. Melalui sistem ini francaisi akan menduplikasikan keseluruhan sistem perniagaan francaisor dan francaisi-francaisi lain dalam rangkaian yang sama. 7 Francaisi akan mempraktikkan semua yang dipraktikkan oleh francaisor termasuk produk atau perkhidmatan yang ditawarkan, tanda niaga, strategi pemasaran, kawalan mutu dan operasi. Elemen utama dalam francais format perniagaan ialah francaisor terlibat secara langsung dalam pembangunan konsep, pemilihan lokasi, penyediaan manual operasi, program latihan, pembangunan sumber manusia, sistem akaun, promosi dan pengiklanan. Di samping itu, francaisor juga bertanggungjawab dalam pembangunan perniagaan secara berterusan. Francais format perniagaan bermula pada pertengahan 1930-an apabila Horward Jonson mengalami masalah kekurangan modal untuk membuka rangkaian perniagaan restoran dan beliau mengambil langkah memulakan sistem ini. Langkah yang diambil oleh Horward kemudiannya diikuti oleh McDonalds pada lewat 1950-an. Antara syarikat yang mengamalkan francais format perniagaan terdiri daripada syarikat yang menjalankan perniagaan restoran makanan segera seperti KFC, Pizza Hut, Ayamas dan lain-lain lagi. 3. Francais secara pertukaran

  • Francais secara pertukaran ialah satu proses iaitu sesebuah syarikat yang menjalankan perniagaan dalam sesuatu industri secara persendirian telah dipelawa untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian perniagaan francaisor. Francaisi yang dilantik akan menukar tanda nama dan cap dagangan sendiri kepada jenama milik francaisor serta menggunakan sepenuhnya sistem yang telah dibangunkan oleh francaisor berkenaan. Sebagai contoh, Syarikat Madani Greatlink Sdn. Bhd. yang merupakan sebuah syarikat pengedaran kereta persendirian di Banting, Selangor telah diberikan hak oleh Proton Edar untuk menjual kereta-kereta nasional kepada orang ramai. Syarikat telah menggunakan logo, nama dan sistem yang sama dengan Proton Edar. Begitu juga dengan Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON) telah mempelawa pengedar kereta dan pengusaha pusat servis persendirian untuk menjadi francaisi-francaisi pengedaran kereta dan pusat servis EON di seluruh negara. 1.6 BENTUK/PENDEKATAN FRANCAIS Sistem francais merupakan perhubungan antara dua pihak yang dikenali sebagai francaisor dan francaisi. Namun, hubungan ini dapat dibahagikan kepada tiga bentuk atau pendekatan perhubungan iaitu: 1. Francais unit Francais unit merupakan satu perhubungan atau pendekatan francaisor memberi hak kepada francaisi untuk memasarkan produk di lokasi atau 8 kawasan yang tertentu. Francaisor bersetuju tidak menjalankan perniagaan atau melantik francaisi lain untuk memasarkan produk di lokasi tersebut. Dalam erti kata lain, dalam sistem francais unit hanya wujud satu francaisi sahaja untuk memasarkan sesuatu produk francaisor. Di samping itu juga, francaisi tersebut dilarang sama sekali untuk mempraktikkan subfrancais. Walau bagaimanapun, ia digalakkan untuk membuka lebih daripada satu outlet di lokasi yang berbeza. 2. Francaisi kawasan Francaisi diberi hak untuk menubuhkan beberapa lagi outlet di bawahnya dan di kawasan yang telah ditetapkan. Kebiasaannya francaisi kawasan dikehendaki mematuhi jadual pembangunan outlet yang telah ditetapkan. Kegagalan untuk memenuhi jadual berkemungkinan akan mengakibatkan hak dipindahkan kepada francaisi lain. 3. Francaisi induk Sesuatu francaisi dikatakan francaisi induk apabila ia mendapat hak francais daripada francaisor luar negara dan diberi hak untuk menjalankan perniagaan dalam negaranya. Francaisi ini juga diberi hak untuk melantik francaisi atau subfrancaisi dalam negara itu sama ada dalam bentuk francaisi unit atau francaisi kawasan. Mereka juga boleh memilih untuk tidak mewujudkan subfrancaisi sebaliknya mengembangkan sendiri perniagaan dengan membuka outlet-outlet sendiri yang dimiliki sepenuhnya dalam wilayah yang telah ditetapkan. 1.7 PERBEZAAN FRANCAIS DENGAN MULTI-LEVEL MARKETING (MLM) DAN PELESENAN 17.1 Perbezaan antara Francais dan MLM Perbezaan yang jelas dapat dilihat antara sistem francais dan multi-level marketing. Perniagaan francais melibatkan dua pihak sahaja iaitu francaisor dan francaisi manakala bagi MLM bergantung kepada keahlian yang tidak terhad untuk memasarkan produk. Perniagaan MLM dijalankan secara langsung dari pintu ke pintu dan tidak memerlukan premis seperti mana dalam perniagaan francais dan pendekatan yang

  • digunakan ialah jualan langsung dari pintu ke pintu. Target utama perniagaan MLM ialah menambah keahlian seramai mungkin untuk mencapai peringkat yang lebih tinggi memandangkan struktur pelan pemasaran yang berbentuk piramid. Jadual 1.3 lebih jelas menerangkan perbezaan antara francais dan MLM. 9 17.2 Perbezaan antara Francais dan Pelesenan Pada dasarnya hubungan antara sistem francais dan pelesenan berasaskan kepada hubungan kontraktual yang sah di sisi undang-undang. Perbezaan ketara dalam kedua-dua sistem ini ialah francaisor bertanggungjawab sepenuhnya terhadap francaisi. Mereka bukan sahaja mempunyai kuasa terhadap kawal selia operasi francaisi bahkan bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan francaisi menjalankan perniagaan seperti mana yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Selain itu, francaisor juga terlibat secara langsung dalam mempromosikan produk bersama francaisi. Ini berbeza dengan pelesenan. Pemberi lesen hanya berminat kepada bayaran royalti yang diterima di samping membuat kawal selia penggunaan lesen yang betul seperti mana dikeluarkan. Mereka tidak terlibat dan tidak mempengaruhi operasi perniagaan penerima lesen. Penerima lesen bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perniagaan yang mereka jalankan, termasuklah mengadakan promosi bagi meningkatkan jualan mereka. Jadual 1.3: Perbezaan Francais dan MLM Aspek Francais Multi-Level Marketing Struktur Modal Besar Kecil Pelan Pemasaran Ditentukan oleh francaisor. Berbentuk ala piramid. Jualan Premis tetap. Jualan langsung dari pintu ke pintu. Peningkatan Perniagaan Ditentukan oleh kekuatan perniagaan francaisi sendiri. Mempromosi keahlian untuk mencapai peringkat tertinggi dalam struktur piramid. Keahlian Melalui beberapa proses dan syarat yang ditentukan oleh francaisor. Boleh mendaftar dan keluar daripada ahli pada bila-bila masa yang dikehendaki. Sumber : Awalan Abdul Aziz. (1999). 1.8 KELEBIHAN DAN KELEMAHAN PERNIAGAAN FRANCAIS 18.1 Kelebihan Perniagaan Francais Perniagaan francais merupakan perniagaan yang lebih berbentuk kepada smart partnership antara francaisor dan francaisi. Mereka meletakkan matlamat kejayaan bersama dalam bidang perniagaan. Kedua-dua usahawan francais ini perlu mempunyai komitmen yang tinggi terhadap peranan masing-masing. Sebagai contoh, kebaikan yang dapat dilihat 10 dalam sistem francais iaitu syarikat francaisor dapat meluaskan pasaran produk pengeluaran mereka dalam masa yang singkat tanpa modal yang besar disebabkan mereka dibantu oleh syarikat-syarikat francaisi yang turut membuat pengeluaran. Bagi francaisi pula mereka berpeluang mengendalikan syarikat untuk memasarkan produk daripada jenama yang sudahpun dikenali ramai di kawasan pasaran yang dilindungi. Di samping

  • mendapat bimbingan perniagaan dan pembangunan perniagaan dari francaisor, kejayaan atau kegagalan francais amat bergantung kepada jalinan hubungan antara francaisor dan francaisi. Antara kelebihan dan kelemahan dalam menjalankan perniagaan francais perlu dilihat kepada kedua-dua pihak iaitu francaisor dan francaisi. (a) Kelebihan Francais kepada Francaisor Antara kelebihan-kelebihan yang terdapat kepada francaisor dalam mempraktikkan francais ialah: (i) Meluaskan pasaran produk dalam masa yang singkat, cepat dan efektif. Kebanyakan usaha yang diperlukan untuk pembesaran dilakukan oleh francaisi. (ii) Tidak memerlukan modal yang banyak dan besar untuk menembusi pasaran yang luas dan membesarkan perniagaan. Apabila francaisi mendapat hak menjalankan francais ia perlu menyediakan modal yang secukupnya seperti yang telah ditetapkan oleh francaisor. (iii) Perluasan pasaran tanpa perlu menambah bilangan kakitangan dan penjimatan kos bayaran gaji. Ini kerana apabila francaisi mendapat hak francais mereka perlu menyediakan kakitangan yang secukupnya dan segala urusan pembayaran gaji ditanggung oleh francaisi. (iv) Peningkatan kos operasi yang kecil kerana segala kos operasi dan overhed ditanggung oleh francaisi. (v) Meningkatkan imej syarikat dan berpeluang mendapat publisiti yang meluas. Orang ramai akan beranggapan bahawa perniagaan yang mempunyai banyak rangkaian merupakan perniagaan yang cukup stabil dan milik korporat. Ini akan meningkatkan lagi imej syarikat di mata masyarakat dan secara tidak langsung akan menarik lebih ramai pelanggan untuk menggunakan produk atau servis yang ditawarkan. (vi) Dapat menembusi pasaran di kawasan yang kurang difahami, kebanyakan francaisi merupakan usahawan tempatan yang lebih memahami kehendak pelanggan dan bakal perniagaan francais yang akan diceburi. Oleh 11 itu, francaisor dapat menggunakan pengalaman francaisi bagi merangka program pemasaran dan produk yang sesuai dengan pasaran tempatan. (vii) Meningkatkan keberkesanan pengurusan operasi dan menikmati ekonomi bidangan melalui pembelian secara pukal serta pelaksanaan pengiklanan dan promosi berpusat yang lebih agresif. (viii) Kos pengiklanan dan promosi dapat dikurangkan bagi liputan pasaran yang besar. Sebahagian daripada kos promosi tidak perlu ditanggung oleh francaisor untuk pelaksanaan, ini akan ditanggung oleh setiap unit francaisi yang ada. (b) Kelebihan Francais kepada Francaisi Seperti francaisor, francaisi-francaisi juga tidak ketinggalan mendapat manfaat dalam menjalankan perniagaan mereka dalam bidang francais. Antaranya ialah: (i) Berpeluang menjalankan perniagaan yang mempunyai

  • jenama besar dan dikenali serta berdaya maju. (ii) Berupaya untuk mengendalikan perniagaan besar yang memerlukan modal yang tinggi pada kadar modal yang relatifnya rendah. (iii) Tidak memerlukan pengalaman yang luas bagi memasarkan produk yang diceburi. Ini kerana pada kelazimannya francaisor akan menyediakan manual yang lengkap sebagai bahan rujukan. (iv) Kos promosi dan iklan lebih rendah memandangkan ia dikongsi bersama. Program promosi dan pengiklanan kebiasaannya telah disiapkan oleh francaisor dan hanya memerlukan sebahagian sahaja penglibatan oleh francaisi. (v) Mendapat latihan dan bimbingan pengurusan daripada francaisor sebelum menjadi francaisi dan ia akan berterusan selagi menjadi francaisi. Latihan yang diberikan meliputi keseluruhan aspek perniagaan sama ada dari segi pengurusan, kawalan stok produk serta pembelian, perakaunan, pengurusan sumber manusia dan lain-lain lagi. Bentuk latihan yang diberikan kebiasaannya dalam bentuk bengkel, seminar, kuliah dan lain-lain lagi. Bagi sesetengah francaisor yang besar seperti McDonalds dan Burger King mereka mempunyai universiti tersendiri bagi melatih francaisifrancaisi dan bakal-bakal francaisi mereka. 12 (vi) Masalah kekurangan modal dapat ditangani dengan segera kerana francaisor dapat memberi bantuan kewangan jika diperlukan. (Francaisor hanya membantu menyediakan maklumat kewangan untuk francaisi membuat permohonan pinjaman). (vii) Kos pembelian produk dan bahan mentah dapat dikurangkan. Francaisi dapat membeli pada harga yang murah melalui pusat jualan yang ditetapkan oleh francaisor ataupun melalui perjanjian belian dengan pembekal-pembekal. (viii) Francaisi bukan sahaja mendapat hak eksklusif untuk memasarkan produk francaisor malah mendapat hak kawasan yang eksklusif seperti di dalam perjanjian francais. Oleh yang demikian ia akan mengurangkan persaingan antara francaisi lain yang lazimnya sesuatu kawasan hanya diberi kepada satu francaisi. 1.8.2 Kelemahan Perniagaan Francais Setiap bidang perniagaan mempunyai kebaikan dan juga kelemahannya yang tersendiri. Oleh itu, bidang francais juga tidak terlepas daripada kelemahannya terutama apabila perniagaan berkembang pesat. Francaisi berkemungkinan akan merasa tertekan oleh francaisor dan mula merasakan perjanjian yang dibuat tidak menyebelahi mereka atau dari segi kawasan pasaran yang berkemungkinan dimasuki oleh francaisi lain. Bagi francaisor pula, mereka menghadapi masalah untuk mengawal selia rangkaian francaisi yang bertambah serta memberi khidmat sokongan dan pasukan pengurusan yang mencukupi serta berkesan. Antara kelemahan yang terdapat dalam sistem francais ialah seperti berikut: (a) Kelemahan Francais kepada Francaisor:

  • (i) Untuk menjalankan francais, francaisor terpaksa menanggung kos yang tinggi bagi pembangunan francais di samping memerlukan masa yang panjang. Selain itu, francaisor juga terpaksa menanggung kos penyeliaan dan pengawalan francaisi-francaisi. Semakin banyak rangkaian francaisi yang wujud semakin tinggi kos perlu ditanggung oleh francaisor. (ii) Perkongsian francaisor-francaisi juga merupakan perkongsian rahsia-rahsia perniagaan. Ini akan membawa kepada risiko kemungkinan bentuk perniagaan akan ditiru atau diduplikasi oleh pihak lain. (iii) Perniagaan francais saling bergantung dan memerlukan antara satu sama lain. Oleh itu, proses pemilihan 13 francaisi memang rumit bagi memastikan francaisi yang dipilih benar-benar berkelayakan dan mempunyai kesungguhan untuk menjalankan perniagaan. (iv) Masalah pembayaran royalti yang perlu dibuat oleh francaisi yang mungkin akan lewat membuat pembayaran terutama bagi francaisi yang mengalami masalah kewangan. (v) Rangkaian francaisi yang besar memerlukan pasukan pengurusan dan kawal selia yang berkesan bagi memastikan perjalanan dan perniagaan francaisi dapat memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh francaisor. (vi) Francaisi kebiasaannya akan menentang kempen promosi bermusim memandangkan ini akan meningkatkan kos kepada francaisi disebabkan kos bagi mengadakan promosi ditanggung bersama antara kedua-dua belah pihak. (b) Kelemahan Francais kepada Francaisi: (i) Modal yang diperlukan untuk memulakan perniagaan bukan murah seperti yang dijangkakan. Selain daripada memerlukan modal untuk memulakan perniagaan francaisi juga dikehendaki menyediakan permis perniagaan seperti mana yang dikehendaki oleh francaisor di samping membayar yuran kepada francaisi. (ii) Francaisi mendapati sistem francais tidak memberi kebebasan sepenuhnya kepada mereka dalam membuat keputusan memandangkan mereka terikat dengan perjanjian dalam menjalankan operasi perniagaan seperti yang terkandung dalam perjanjian francais. Francaisi juga tidak boleh sewenang-wenangnya membeli bahan mentah daripada pembekal lain ataupun meletak harga produk atau perkhidmatan sesuka hati. (iii) Faktor pemilihan francaisor perlu dipertimbangkan dengan teliti bagi memastikan francaisor yang dipilih benar-benar berkeupayaan untuk menjalankan perniagaan francais. (iv) Francaisi dan bakal francaisi mestilah mempunyai komitmen yang tinggi, sanggup bekerja kuat serta modal yang teguh bagi memastikan perniagaan dapat

  • berjalan dengan lancar. 14 (v) Francaisi kebiasaannya dikehendaki membayar yuran yang tinggi untuk mendapatkan hak francais. Kadar yuran yang dikenakan bergantung kepada kekuatan dan kestabilan francaisor yang dipilih. (vi) Lini produk yang terhad. Francaisi hanya dibenarkan menjual produk kepunyaan francaisor seperti yang telah ditetapkan dan tidak dibenarkan menambah produk sesuka hati. Selain itu, sistem perniagaan francais juga memberi kebaikan kepada pengguna dan juga pertumbuhan ekonomi negara. Melalui sistem francais pengguna dapat menikmati kemudahan produk atau servis yang ditawarkan melalui rangkaian perniagaan yang besar dengan persekitaran yang konduktif. Di samping itu juga, pengguna akan memperoleh perkhidmatan dan kemudahan perniagaan yang moden mengikut peredaran masa. Jika dilihat dari sudut ekonomi ia akan membantu merangsangkan lagi pertumbuhan perniagaan dengan mewujudkan usahawan-usahawan tempatan yang akan menawarkan produk yang berjenama. Melalui sistem francais juga satu transformasi kepakaran, teknologi dan idea-idea baru akan diperoleh oleh usahawan yang akan membantu pertumbuhan ekonomi setempat. Selain itu, ia akan menggalakkan perdagangan antarabangsa sekali gus menyumbang kepada pertukaran mata wang negara. Tidak ketinggalan juga ia akan membuka peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. SOALAN DALAM TEKS 2. Berikan lima kebaikan dan kelemahan sistem perniagaan francais kepada francaisor? Semak jawapan anda di akhir bab ini. 1.9 KESIMPULAN Francais merupakan satu sistem perniagaan yang melibatkan dua pihak iaitu yang hendak menyerahkan hak pengedaran produk atau perkhidmatan kepada pengguna yang dikenali sebagai francaisor dan yang hendak menerima hak pengedaran produk atau perkhidmatan yang 15 dikenali sebagai francaisi. Kedua-dua pihak ini mempunyai perhubungan melalui satu kontrak atau perjanjian perniagaan yang dipersetujui bersama dan sah di sisi undang-undang. Sistem perniagaan francais lebih kepada perniagaan bersifat perkongsian bijak dengan bermatlamatkan kedua-dua pihak akan mendapat keuntungan bersama. Sistem perniagaan francais bermula di Eropah pada abad ke-19 dan ia dilihat berkembang dengan pesatnya di Amerika Syarikat pada tahun 1940-an dan 1950-an. Perniagaan francais terdiri daripada dua jenis utama iaitu perniagaan francais jenama atau cap dagang dan francais format perniagaan. Walau bagaimanapun, terdapat tiga bentuk francais yang menghubungkan francaisor dan francaisi dikenali sebagai francais unit, francais kawasan dan francais induk. Perniagaan francais ialah jenis perniagaan yang dilihat terus berkembang dan ia berbeza dengan perniagaan MLM dan pelesenan. Bidang perniagaan francais mempunyai beberapa kebaikan dan kelemahan tersendiri. Antara kebaikan perniagaan ini ialah ia tidak memerlukan modal yang banyak, dapat meluaskan pasaran dengan cepat dan tidak memerlukan kakitangan yang ramai, kos

  • operasi yang rendah dan sebagainya. Namun, sistem ini terdapat juga kelemahannya iaitu sukar mengawal selia kawasan operasi yang semakin berkembang dengan efisien, kos pembangunan permulaan perniagaan agak tinggi perlu disediakan oleh francaisor, yuran perniagaan atau royalti agak tinggi, kebebasan francaisi terhad dan sebagainya. SOALAN PENILAIAN KENDIRI 1. Huraikan secara ringkas sejarah permulaan dan perkembangan sistem perniagaan francais dan berikan contoh lima jenis perniagaan francais yang terdapat di Malaysia. 2. Huraikan secara ringkas perbezaan antara francais, MLM dan pelesenan. 3. Nyatakan tiga bentuk atau pendekatan perhubungan francais. Semak jawapan anda di akhir modul ini. JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS 1. Perniagaan francais merupakan sistem perniagaan yang melibatkan dua usahawan yang menjalinkan hubungan yang sah di sisi undang-undang melalui satu kontrak atau perjanjian yang 16 mengikat sesama mereka. Hasil daripada perjanjian ini mereka bersetuju untuk menjalankan perniagaan bagi memasarkan produk yang sama. Persetujuan ini melibatkan pihak yang menyerahkan hak pengedaran dan pihak yang menerima hak pengedaran. Konsep perniagaan francais berasaskan kepada kaedah pengedaran produk atau perkhidmatan kepada pengguna. Ia melibatkan francaisor iaitu pemilik sesuatu produk atau perkhidmatan melantik wakil pengedar yang dikenali sebagai francaisi untuk memasarkan produk atau perkhidmatan keluaran francaisor. Dalam masa yang sama francaisor masih memegang kuasa mengawal terhadap produk atau perkhidmatan keluarannya. Francaisor memberi hak eksklusif kepada francaisi untuk menggunakan tanda nama di lokasi atau kawasan yang ditetapkan untuk satu jangka masa tertentu. Perbezaan antara francaisor dan francaisi ialah seperti berikut: (i) Francaisor merupakan syarikat atau individu syarikat yang memberi hak eksklusif kepada pihak atau syarikat atau individu lain untuk memasarkan produk atau perkhidmatan keluaran syarikatnya melalui perjanjian yang dipersetujui bersama terlebih dahulu. (ii) Francaisi merupakan sebuah syarikat atau individu yang menerima hak eksklusif untuk memasarkan produk atau perkhidmatan kepada pengguna seperti yang dipersetujui dalam perjanjian francais. 2. Lima kebaikan dan kelemahan sistem francais kepada francaisor ialah seperti berikut: Kebaikan sistem francais kepada francaisor ialah: (i) Pasaran produk dapat diluaskan dalam masa yang singkat, cepat, efektif dan pembesaran pasaran dilakukan oleh francaisi. (ii) Tidak memerlukan modal yang banyak dan besar untuk menembusi pasaran yang luas dan membesarkan perniagaan. Apabila francaisi mendapat hak menjalankan francais ia perlu menyediakan modal yang secukupnya seperti yang

  • telah ditetapkan oleh francaisor. (iii) Perluasan pasaran tanpa perlu menambah bilangan kakitangan dan penjimatan kos bayaran gaji. Ini kerana apabila francaisi mendapat hak francais mereka perlu menyediakan kakitangan yang 17 secukupnya dan segala urusan pembayaran gaji ditanggung oleh francaisi. (iv) Peningkatan kos operasi yang kecil kerana segala kos operasi dan overhed ditanggung oleh francaisi. (v) Meningkatkan imej syarikat dan berpeluang mendapat publisiti yang meluas. Orang ramai akan beranggapan bahawa perniagaan yang mempunyai banyak rangkaian merupakan perniagaan yang cukup stabil dan milik korporat. Ini akan meningkatkan lagi imej syarikat di mata masyarakat dan secara tidak langsung akan menarik lebih ramai pelanggan untuk menggunakan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Kelemahan sistem francais kepada francaisor ialah: (i) Untuk menjalankan francais francaisor terpaksa menanggung kos yang tinggi bagi pembangunan francais di samping memerlukan masa yang panjang. Selain itu, francaisor juga terpaksa menanggung kos penyeliaan dan pengawalan francaisi-francaisi. Semakin banyak rangkaian francaisi yang wujud semakin tinggi kos perlu ditanggung oleh francaisor. (ii) Perkongsian francaisor-francaisi juga merupakan perkongsian rahsia-rahsia perniagaan. Ini akan membawa kepada risiko kemungkinan bentuk perniagaan akan ditiru atau diduplikasi oleh pihak lain. (iii) Perniagaan francais saling bergantung dan memerlukan antara satu sama lain. Oleh itu, proses pemilihan francaisi memang rumit bagi memastikan francaisi yang dipilih benar-benar berkelayakan dan mempunyai kesungguhan untuk menjalankan perniagaan. (iv) Masalah pembayaran royalti yang perlu dibuat oleh francaisi yang mungkin akan lewat membuat pembayaran terutama bagi francaisi yang mengalami masalah kewangan. (v) Rangkaian francasi yang besar memerlukan pasukan pengurusan dan kawal selia yang berkesan bagi memastikan perjalanan dan perniagaan francaisi dapat memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh francaisor. 18 19 BAB 2 INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA OBJEKTIF BAB Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:

  • 1. Menjelaskan perkembangan industri francais di Malaysia. 2. Memahami program pembangunan francais. 3. Memahami konsep home-grown francaisor. 4. Menyenaraikan pihak-pihak yang terlibat serta peranan dan aktiviti mereka dalam usaha membangunkan industri francais di Malaysia. 5. Memahami skim pembiayaan francais. 2.1 PENGENALAN Walaupun sistem perniagaan francais telah lama berkembang di Amerika Syarikat dan beberapa negara di Eropah, industri perniagaan francais hanya mendapat perhatian serius pihak kerajaan dan masyarakat Malaysia hanya pada awal tahun 1990-an. Secara umumnya, perniagaan francais telah bermula di Malaysia dari tahun 1940-an menerusi syarikat-syarikat seperti Singer yang mengedar mesin jahit dan barangan elektrik, Bata yang mengedar kasut dan beberapa syarikat pengedar minyak, motosikal dan kereta. Kaedah efektif pemasaran produk dan pengembangan perniagaan ini menjadi bertambah popular dengan kemasukan rangkaian restoran-restoran makanan segera seperti A&W, KFC dan McDonalds di sekitar tahun 1970-an dan awal 1980-an. Francais makanan segera buat seketika mendominasi pasaran di Malaysia, tetapi kini industri francais telah berkembang pesat dalam pelbagai sektor seperti pakaian, aksesori, pusat kecantikan, pengedaran kereta dan motosikal, pusat pembelajaran dan lain-lain lagi. Seterusnya setelah melihat pada potensi perkembangan industri ini, kerajaan pada 1992, telah melancarkan Program Pembangunan Francais. Dengan pelancaran program ini perniagaan francais telah berkembang dengan pesatnya di Malaysia. 2.2 PERKEMBANGAN INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA Di Malaysia, kerajaan telah mengenal pasti perniagaan francais sebagai satu antara mekanisme yang paling cepat dan berkesan dalam 20 membangunkan usahawan-usahawan tempatan dan telah menjadikan Program Pembangunan Francais sebagai satu antara program utama untuk membangunkan usahawan Golongan Menengah Bumiputera dan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB). Sejak penubuhan Program Pembangunan Francais ini pada tahun 1993 dan diikuti dengan penubuhan Persatuan Francais Malaysia pada tahun 1994, senario industri francais di Malaysia telah menampakkan perkembangan yang lebih pesat. Pelbagai program dan aktiviti telah dijalankan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat usahawan mengenai potensi perniagaan francais di negara ini. Ekoran daripada itu lebih banyak produk dan perkhidmatan telah menggunakan pendekatan sistem francais. Sehubungan itu, Akta Francais Malaysia 1998 telah digubal dan dikuatkuasakan bagi mengawal selia industri yang sedang berkembang pesat ini. Negara melihat pelbagai sektor perniagaan seperti barangan kemas, kedai gambar, kedai buku dan lain-lain lagi jenis perniagaan. Setakat bulan Mei tahun 2006 sebanyak 262 francaisor telah berjaya dilahirkan dan diluluskan pendaftaran mereka dengan Pendaftar Francais Malaysia. Dari segi pertumbuhan industri francais, pada masa ini Malaysia menduduki tangga yang kedua di kalangan negara Asia (selepas Jepun) dan tangga yang ke-21 di dunia. Perkembangan ini merupakan sesuatu yang membanggakan memandangkan industri francais di Malaysia masih agak baru berbanding negara-negara lain. Kerajaan telah mensasarkan

  • untuk melahirkan seramai 50 lagi francaisor dan juga 1,000 francaisi tempatan baru untuk tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan. 2.3 KONSEP HOME-GROWN FRANCAISOR Konsep home-grown francaisor di Malaysia sebenarnya ialah satu usaha terancang yang diterajui oleh kerajaan dengan kerjasama pelbagai pihak bagi membantu usahawan-usahawan tempatan memfrancaiskan perniagaan mereka. Usaha ini ialah sebahagian daripada pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional dalam program MPPB iaitu meramaikan penglibatan kaum bumiputera dalam bidang perdagangan dan perindustrian. Antara bidang perdagangan dan perindustrian yang digalakkan penceburannya oleh kerajaan ialah perniagaan francais. Bagaimanapun, bukan semua jenis perniagaan yang berdaya maju sesuai dan berpotensi untuk difrancaiskan. Justeru, hanya perniagaan yang mempunyai nilai sesuai untuk dikembangkan melalui sistem francais dikenal pasti. Perniagaan itu kemudiannya akan dimantapkan dan diperkasa bagi membolehkan mereka memfrancaiskan model atau sistem perniagaan kepada francaisi lain. Diharapkan usaha ini dapat melahirkan lebih ramai francaisor tempatan yang berdaya maju, mampu berkembang 21 dan bersaing bukan sahaja di pasaran tempatan malah mampu meneroka ke pasaran global. Walaupun kerajaan giat berusaha untuk menggalakkan lebih banyak homegrown francaisor, tetapi ia masih lagi berada di tahap yang kurang memberangsangkan. Proses membangun dan melahirkan francaisor domestik ini memerlukan usaha yang gigih serta komitmen yang tinggi daripada pegawai-pegawai pelaksana kerajaan, usahawan sendiri dan lainlain pihak yang berkenaan. Bagi pihak usahawan, mereka seharusnya mampu menghasilkan produk yang inovatif di samping berkeupayaan untuk membina jenama, pakej pengiklanan dan promosi, teknologi pemprosesan, pembangunan sistem pengurusan dan khidmat penasihatan dan perundingan. Francais tempatan terbesar setakat ini ialah Edaran Otomobil Nasional (EON) yang ditubuhkan pada tahun 1986 dan kini mempunyai lebih 250 outlet yang difrancaiskan dengan jualan pada tahun 2003 mencecah RM3.8 bilion. Usaha membangunkan home-grown franchisor juga mula menampakkan hasil dan ada antara mereka yang telah berjaya menembusi pasaran luar. Syarikat-syarikat ini termasuklah Marrybrown, Secret Recipe, Langkawi Crystal, England Optical, Sugar Bun, Royal Selangor, Nelsons dan Bonia. Marrybrown umpamanya, bermula pada tahun 1981 telah berkembang dengan lebih 100 outlet di Malaysia, Singapura, Brunei, China, India dan UAE. Manakala Secret Recipe yang berkonsepkan gabungan kedai kek dan kafe telah berjaya meluaskan rangkaiannya dengan memiliki lebih 105 outlet di Malaysia, di samping berkembang di Singapura, Indonesia dan Thailand. Disebabkan masih baru, home-grown franchisor Malaysia perlu belajar daripada pengalaman francaisor luar yg telah terbukti mempunyai model perniagaan dan trek rekod yang cemerlang. Pada masa kini terdapat 321 syarikat sistem francais di Malaysia dengan 197 home-grown dan 124 syarikat francais dari luar negara. Lima sektor francais paling banyak di Malaysia ialah makanan (22 peratus), pakaian (11 peratus), peruncitan (21 peratus), penjagaan kesihatan dan kecantikan, (20 peratus) serta perhotelan (17 peratus). Kerajaan memberi galakan kepada syarikat francais tempatan berpotensi untuk berkembang melalui penerokaan pasaran antarabangsa

  • terutamanya di pasaran Asia Tenggara, China, India dan Timur Tengah. Kerajaan melalui Perbadanan Nasional Berhad (PNS) sebuah badan yang diletakkan di bawah Bahagian Francais dan Vendor di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah mensasarkan untuk melahirkan 50 home-grown franchisor yang setiapnya mampu memfrancaiskan kepada sebanyak 40 francaisi, menjadikan sebayak 2,000 francaisi baru dibangunkan. PNS juga telah diperuntukkan sejumlah wang untuk menyertai perniagaan francais dengan membeli sehingga 40 22 peratus pegangan ekuiti mana-mana syarikat francais tempatan berpotensi yang ingin berkembang. SOALAN DALAM TEKS 1. Nyatakan secara ringkas konsep home-grown franchisor di Malaysia. Semak jawapan anda di akhir bab ini. 2.4 AGENSI-AGENSI DALAM PEMBANGUNAN FRANCAIS DI MALAYSIA 2.4.1 Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi ialah peneraju utama ke arah melaksana dan menjayakan Program Pembangunan Francais di Malaysia. Program yang ditubuhkan pada tahun 1993 ini pada mulanya berada di bawah tanggungjawab Unit Penyelarasan Pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri, kemudiannya dipindahkan di bawah Bahagian Francais dan Vendor di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Bagi memastikan program ini berjaya mencapai sasarannya beberapa program dan aktiviti dengan kerjasama Persatuan Francais Malaysia dan agensi-agensi sokongan lain telah dirancang dan dilaksanakan secara berterusan. Antaranya ialah: 1. Membangun dan mendaftarkan perniagaan francais Mengenal pasti perniagaan tempatan sedia ada mahupun perniagaan baru yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai perniagaan francais. Kementerian melalui agensinya akan mengadakan perundingan dengan pemilik perniagaan dan menyediakan bantuan yang diperlukan dari segi kewangan, khidmat nasihat dan rangkaian pasaran. Agensi terbabit akan menjalankan perniagaan tersebut sehingga berjaya dan seterusnya didaftarkan dan diambil alih oleh usahawan tempatan untuk difrancaiskan. Usaha ini akan membolehkan perniagaan dibangunkan sebagai perniagaan francais walaupun pemilik atau usahawan tidak bersedia untuk memfrancaiskan perniagaan mereka pada awalnya. 23 2. Program latihan Mengadakan siri-siri latihan dan bimbingan dengan kerjasama Persatuan Francais Malaysia, institusi-institusi pendidikan tinggi seperti UUM (Universiti Utara Malaysia) dan UiTM (Universiti Teknologi Mara) serta agensi-agensi kerajaan yang terlibat. Latihan secara berkala ini termasuklah Kursus Asas Francaisi dan Kursus Asas Francaisor. Selain itu, di bawah program latihan dan bimbingan ini penekanan khusus juga diberikan kepada kemahiran perancangan dan pengurusan perniagaan, teknikal dan operasi perniagaan, pembangunan perundingan kepada juruperunding francais dan kemahiran membina jaringan serta hubungan manusia. 3. Program promosi Menganjurkan seminar dan ekspo francais di peringkat negeri di seluruh

  • negara bagi mempromosi perniagaan francais. Di peringkat nasional pula, pihak Kementerian dengan kerjasama Persatuan Francais Malaysia dan lain-lain agensi yang berkaitan menganjurkan Franchise International Malaysia (FIM). Kementerian dan agensi-agensi yang berkaitan serta sektor swasta juga akan turut menyertai seminar dan ekspo di peringkat antarabangsa bagi mempromosi produk-produk perniagaan francais tempatan ke peringkat global. 4. Kemudahan pembiayaan Kementerian telah menyediakan banyak skim kemudahan kewangan kepada usahawan-usahawan yang terlibat dalam perniagaan francais sama ada sebagai francaisi atau sebagai francaisor. Usahawan boleh mendapat pelbagai kemudahan pinjaman dan pembiayaan yang dikeluarkan oleh PNS. Syarat-syarat permohonan dipermudahkan dan lebih banyak panel bank dilantik bagi membolehkan lebih ramai usahawan mendapat kemudahan ini dengan tempoh permohonan yang dipercepatkan. 5. Merangka dan melaksanakan strategi pembangunan industri francais Strategi-strategi berkenaan merangkumi aspek-aspek penting pelaksanaan Program Pembangunan Francais iaitu: (i) Membangunkan produk francais tempatan dan memfrancaiskan perniagaan tersebut dengan menggalakkan pertukaran perniagaan-perniagaan yang dipunyai dan diuruskan sendiri oleh usahawan kepada perniagaan francais. 24 (ii) Mengenal pasti produk francais luar negara yang berpotensi dan berdaya maju untuk difrancaiskan kepada usahawan-usahawan tempatan. (iii) Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran orang ramai mengenai perniagaan francais. (iv) Meningkatkan bilangan juruperunding francais yang pakar dalam bidang berkenaan. (v) Menguatkuasakan pelaksanaan Akta Francais 1998 dengan tegas dan berkesan. Akta ini digubal dengan tujuan membolehkan kerajaan mengawal selia pelaksanaan perniagaan berkonsepkan francais di Malaysia, mewujudkan sistem pendaftaran perniagaan francais yang teratur, mengumpul maklumat mengenai syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan francais dan membendung amalan tidak sihat dalam perniagaan francais. (vi) Mengadakan kajian dan penyelidikan mengenai perniagaan francais di Malaysia di samping mewujudkan satu pangkalan data yang kemas kini bagi tujuan perancangan pembangunan perniagaan francais negara. (vii) Membantu memantapkan keberkesanan Persatuan Francais Malaysia. SOALAN DALAM TEKS 2. Senaraikan beberapa perancangan dan aktiviti yang dilakukan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dengan kerjasama pihakpihak lain dalam usaha menggalakkan perniagaan francais di Malaysia.

  • Semak jawapan anda di akhir bab ini. 2.4.2 Perbadanan Nasional Berhad (PNS) PNS yang diletakkan di bawah Bahagian Francais dan Vendor, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, telah diberi mandat sebagai agensi utama untuk mengatur perancangan pembangunan dan pelaksanaan bagi memperkasakan industri francais negara secara lebih komprehensif. PNS telah memperkenalkan beberapa strategi utama dalam pembangunan francais iaitu program pakej khas, 25 latihan, promosi, pembiayaan, pembangunan produk, jaringan strategik serta pembangunan dan penyelidikan. Bermula 2 Mac 2007, PNS dengan kerjasama Malaysian Institute of Management (MIM) dan Majlis Francais Australia telah mengadakan Program Persijilan Pengurus Francais Profesional atau Certified Professional Franchise Manager (CPFM). Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pengurusan francais dalam menguruskan perniagaan francais. Melalui program ini, para pengurus akan didedahkan kepada konsep-konsep dan liku-liku dalam mengurus dan menjayakan perniagaan francais. Tambahan lagi, program ini dapat membantu para francaisi dan francaisor menimba ilmu dalam pengurusan pengetahuan dan kemahiran mengendalikan perniagaan francais. 2.4.3 Persatuan Francais Malaysia (MFA) Malaysian Franchise Association atau ringkasnya MFA telah ditubuhkan pada tahun 1994 untuk membantu usaha kerajaan dalam menggalak dan menambahkan bilangan usahawan yang terlibat dalam bidang francais. MFA bertindak sebagai pusat sumber maklumat kepada francaisor, francaisi, pihak media dan seterusnya orang ramai. MFA meletakkan para francaisor, bakal francaisor, master francaisi, bakal master francaisi, beberapa agensi kerajaan dan pihak berkuasa, bank, firma perakaunan, firma guaman, jururunding francais, pembekal dan vendor di bawah satu bumbung. MFA juga bertindak sebagai forum untuk ahli-ahli bertukartukar maklumat dan berkongsi pengalaman melalui pelaksanaan pelbagai program dan aktivitinya. Tidak menghairankan jika kerajaan mengiktiraf MFA sebagai wakil pihak industri francais di Malaysia dalam sebarang perbincangan dan konsultansi bersangkutan dengan pembangunan dan perkembangan francais negara. Selain itu, MFA juga melaksanakan program Klinik Francais yang bertujuan memberi khidmat kaunseling serta menjalankan timbang tara dalam sebarang konflik dalam kalangan ahli. Kebanyakan kes yang melibatkan konflik akan dilaporkan sama ada kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sendiri atau kepada pihak MFA. Bagi mengelak perselisihan faham ini daripada berlarutan ke peringkat arbitrasi dan mahkamah, MFA dengan kerjasama Kementerian akan mengambil inisiatif untuk bertindak sebagai mediator. MFA juga menganjurkan beberapa siri program latihan secara komprehensif dan berterusan. Program-program ini boleh dimanfaatkan bukan sahaja dalam kalangan ahli-ahli MFA, terutamanya para francaisor dan francaisi, bahkan juga oleh kumpulan sasar yang lain seperti bakal francaisor, bakal francaisi, pegawai-pegawai kerajaan dan kakitangan sektor swasta, golongan pesara dan kalangan siswazah. 26 Di samping itu, MFA juga mengambil inisiatif untuk melaksanakan program Penjodohan Francais sebagai susulan kepada kursus-kursus

  • yang diadakan. Di bawah program penjodohan ini, bakal-bakal francaisi akan dipertemukan dengan francaisor atau bakal francaisor yang bersesuaian bagi membolehkan perbincangan lanjut dilakukan antara mereka. MFA sebagai orang tengah akan bertindak sebagai fasilitator dan penasihat. Dari semasa ke semasa MFA juga menganjurkan Karnival Jualan Francais untuk memperkenalkan dan seterusnya mempromosi industri francais kepada orang ramai. Program ini juga dapat memberi peluang kepada ahli-ahli MFA untuk memperkenal dan mempromosikan produk keluaran mereka di samping mengeratkan lagi jalinan perhubungan dan kerjasama dalam kalangan ahli MFA. MFA pada tahun 2006 telah dilantik sebagai pengerusi Konfederasi Francais Asia Pasifik atau APFC (Asia Pacific Franchise Confederation) untuk penggal dua tahun. APFC merupakan sebuah badan francais yang menyatukan 38 buah negara ahli dari serata Asia. Pelantikan ini akan membuka peluang kepada MFA untuk membantu negara merealisasikan hasrat Malaysia menjadi sebuah hab francais serantau. 2.4.4 Pendaftar Francais atau ROF (Registrar of Franchise) Pendaftar Francais atau Registrar of Franchise ialah pihak yang berkuasa bagi proses pendaftaran perniagaan francais di Malaysia. Mengikut undang-undang, seperti yang termaktub di dalam Akta Francais 1998 dan mula berkuat kuasa pada 8 Oktober 1999 setiap perniagaan berbentuk francais yang hendak beroperasi di Malaysia mestilah didaftarkan dengan Pendaftar Francais. Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah meletakkan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk menjalankan fungsi sebagai Pendaftar Francais. 2.4.5 Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) PUNB telah ditubuhkan pada 17 Julai 1991 di bawah Akta Syarikat 1965 dan ia merupakan milik penuh Yayasan Pelaburan Bumiputera, badan penyelaras bagi aktiviti pelaburan untuk agensi kerajaan, syarikat dan individu bumiputera. Operasi perniagaan PUNB tertumpu kepada penawaran pakej pembangunan keusahawanan bersepadu untuk membantu usahawan bumiputera dalam bidang Peruncitan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Melalui program Prosper (Projek Usahawan Bumiputera dalam Bidang Peruncitan) yang merupakan satu skim khas yang diperkenalkan pada 2 Ogos 2000 PUNB 27 telah berjaya meningkatkan penyertaan usahawan bumiputera dalam bidang peruncitan dan pada masa kini matlamatnya telah diperluaskan juga dalam bidang pemborongan. Skop yang menjadi tumpuan program Prosper ialah dalam bidang perniagaan francais dan bukan francais. PUNB telah mengambil inisiatif mewujudkan program kedai konsep seperti Kedai Leaderpac Tayar dan Servis, Kedai Serbaneka 24 jam dan kedai basikal yang difrancaiskan di seluruh Malaysia. Sehingga kini, PUNB telah membangunkan 12 kedai konsep dengan 80 outlet di bawah skim Prosper. Selain itu, beberapa bidang baru yang mula diterokai pengusaha bumiputera di bawah skim Prosper ialah bengkel automotif yang bersistematik, dobi, pembekalan bahan binaan, buku dan peralatan tulis. PUNB memperuntukkan pembiayaan perniagaan melalui empat skim iaitu Skim Peruncitan Prosper, Skim PKS, Skim Pemborongan Prosper dan Skim Prosper Siswazah. Skim-skim ini menawarkan dua bentuk pembiayaan iaitu

  • Musyarakah Mutanaqisah dan Qadr Al-Hassan. Musyarakah Mutanaqisah ialah pembiayaan dengan pulangan berjadual untuk pembiayaan minimum RM150,000 bagi setiap perniagaan, manakala Qadr Al-Hassan pula ialah skim pembiayaan tanpa cagaran. Pembiayaan Qadr Al-Hassan hanya memerlukan peminjam membayar balik pinjaman pokok tanpa dikenakan faedah dengan pembiayaan maksimum RM200,000 yang perlu dibayar dalam tempoh maksimum tujuh tahun. Untuk pembiayaan dalam pemborongan runcit Prosper pula, peniaga boleh membuat pinjaman lebih daripada RM1 juta. 2.4.6 Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Ministry of International Trade and Industry atau MITI telah bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan serta Koperasi serta Persatuan Francais Malaysia untuk mempromosi home-grown franchisor Malaysia ke pasaran luar negara melalui misi perdagangan antarabangsa. SOALAN DALAM TEKS 3. Terangkan peranan Perbadanan Nasional Berhad dalam pembangunan dan penggalakan perniagaan francais di Malaysia. 28 Semak jawapan anda di akhir bab ini. 2.5 SKIM PEMBIAYAAN Kekurangan modal ialah halangan yang sering menjadi rintihan usahawan dan bakal usahawan francais apabila ingin memula atau mengembangkan perniagaan mereka. Tanpa atau kekurangan pengalaman dalam dunia perniagaan, tiada trek rekod kejayaan dan harta tetap sebagai sandaran, institusi kewangan agak keberatan untuk menghulurkan pinjaman kepada usahawan baru atau bakal-bakal usahawan yang hanya berbekalkan semangat. 2.5.1 Skim Pembiayaan Francais oleh PNS Pelbagai skim bantuan kewangan telah disediakan kerajaan untuk menggalakkan lebih ramai lagi usahawan menceburkan diri dalam perniagaan francais. Salah satu daripada skim itu ialah Skim Pembiayaan Francais yang dikeluarkan oleh PNS. Skim ini menawarkan pinjaman dengan pakej pembiayaan yang menarik khusus kepada usahawan yang terlibat dalam perniagaan francais. Jadual 2.1: Maklumat-Maklumat Pembiayaan Kriteria kelayakan Mesti dimiliki dan dikawal oleh warganegara Malaysia dengan aset bersih atau dana pemegang saham tidak melebihi RM1.5 juta. Jumlah pinjaman kredit sedia ada bagi seorang peminjam tidak harus melebihi RM7.5 juta. Peminjam mesti mempunyai rekod kredit yang baik dari segi pinjaman dengan sebarang institusi kewangan atau agensi lain. Had pinjaman maksimum RM7.5 juta Kadar faedah Kadar faedah yang dikenakan oleh institusi kewangan tidak boleh melebihi KPA + 1.5%, sementara kos sebenar peminjam akan dikurangkan melalui pembayaran faedah subsidi. KPUK melalui Credit Guarantee Corporation (CGC) akan membayar perbezaan ke atas kadar faedah pinjaman mengikut kaedah seperti berikut: Tempoh Pinjaman Kadar

  • Faedah Kadar Subsidi Kos bagi Peminjam (Anggaran KPA 10.5%) Tahun 1 & 2 BLR+1.5 % 6% 6% 29 Tahun 3 BLR+ 1.5% 4% 8% Tahun 4 BLR+ 1.5% 2% 10% Tahun 5 BLR+ 1.5% - 12% Cagaran/ Jaminan Peratusan lindungan jaminan: Tanpa cagaran sehingga 80% dan Bercagar sehingga 90%. Yuran jaminan Jumlah Kemudahan Kredit Tanpa Cagaran Bercagar Pinjaman sehingga RM1 juta 0.75% 0.5% Pinjaman Melebihi RM1 juta 1.0% 0.5% Institusi kewangan yang terlibat Malayan Banking Bhd. Bumiputra-Commerce Bank Bhd. Prosedur permohonan Francaisor mesti berdaftar dengan Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KPUK) sebelum francaisi boleh membuat permohonan melalui skim ini. KPUK akan memastikan kesahihan francaisor serta perhubungan yang sah antara francaisor dan francaisi. KPUK akan mengumpulkan permohonan pinjaman dan kertas kerja serta menyerahkannya kepada institusi kewangan untuk tindakan selanjutnya. Sebaik sahaja menerima permohonan jaminan dari institusi kewangan, CGC akan memproses dan mengeluarkan surat jaminan. 2.5.2 Lain-Lain Skim Bantuan Kewangan dan Pembiayaan Francais (a) Skim Francais Belia Skim Francais Belia di bawah PNS bertujuan untuk menggalakkan golongan belia dan remaja melibatkan diri dalam perniagaan francais. Skim ini menyediakan kemudahan pinjaman untuk memulakan perniagaan francais dengan margin pembiayaan sehingga 90 peratus daripada kos projek. Tempoh bayaran balik sehingga lima tahun dengan kadar faedah sebanyak enam peratus setahun. Kriteria kelayakan ialah bumiputera yang berumur antara 21 ke 40 tahun yang memiliki syarikat berbentuk sendirian berhad dengan pegangan ekuiti 100 peratus dan 30

  • mampu untuk membiaya sendiri 10 peratus daripada keseluruhan kos projek. (c) Skim Francais Eksekutif Skim Francais Eksekutif di bawah PNS, bermatlamat untuk menggalakkan lebih ramai kakitangan sektor awam atau swasta menyertai perniagaan francais. Skim ini memberi tumpuan dan keutamaan kepada kakitangan yang mengambil pilihan pemberhentian secara sukarela atau memilih untuk berpencen atau bersara awal. Kriteria kelayakan ialah bumiputera berumur lebih 25 tahun yang memiliki pegangan 100 peratus syarikat sendirian berhad. Mempunyai kelulusan akademik sekurangkurangnya pada peringkat diploma dan berkemampuan untuk menyumbang 205 daripada keseluruhan kos projek. Saiz pinjaman ialah RM50,000 hingga RM1 juta dengan margin pinjaman sehingga 80 peratus kos projek. Kadar faedah yang dikenakan ialah enam peratus setahun dengan tempoh pembayaran selama lima tahun. Skim Pra-Francais di bawah PNS untuk membantu usahawan bumiputera menjadi francaisor atau master francaisi baru. Kriteria kelayakan ialah: (i) Sebuah perniagaan Sdn. Bhd. dengan 51 peratus ekuiti dipegang Bumiputera yang sedang beroperasi tetapi masih belum berdaftar dengan Pendaftar Francais (ROF). (ii) Telah merekodkan keuntungan dan mempunyai tabungan pemegang saham yang positif untuk penyata tahunan kewangan terkini yang telah diaudit. (iii) Memiliki sekurang-kurangnya satu outlet yang telah beroperasi sekurang-kurangnya dalam jangka masa setahun. (iv) Mampu menyediakan satu Rancangan Perniagaan dan mencadangkan tempoh masa tertentu untuk mendaftar dengan ROF. (v) Seterusnya dalam jangka masa dua tahun bermula daripada pembiayaan diberi (bayaran pertama) syarikat memohon untuk didaftarkan dengan ROF. (vi) Bidang perniagaan mestilah jenis yang boleh difrancaiskan dan mengikut hukum syariah. (vii) Margin pinjaman ialah empat kali gearing ratio, dengan saiz pinjaman antara RM50,000 dan RM2 juta, faedah enam peratus dikenakan dengan tempoh bayaran balik sehingga 10 tahun. (c) Program Francais Wanita 31 Program Francais Wanita diadakan bagi melahirkan usahawan-usahawan wanita bumiputera yang berkaliber, mempunyai daya saing yang tinggi dan berkeyakinan untuk berkerjaya dalam bidang perniagaan francais. Antara faedah program ini ialah: (i) Peserta akan berpeluang untuk memperoleh pengetahuan berguna dalam bidang pengurusan dan pentadbiran sesebuah perniagaan francais. (ii) Peserta juga akan didedah dengan operasi sebenar bidang perniagaan seperti berurusan dengan pembekal, pelanggan, membuat pemasaran dan lain-lain perkara yang melibatkan urusan perniagaan. (iii) Peserta akan diberi latihan dan motivasi yang

  • membolehkan mereka membina keyakinan untuk dilantik sebagai francaisi bagi produk francais terpilih yang disenaraikan. (iv) Selepas latihan peserta juga akan dibimbing untuk menyediakan satu Rancangan Perniagaan bagi memohon bantuan kewangan sehingga 90 peratus daripada keperluan dari institusi-institusi kewangan yang menyertai program ini. Secara keseluruhannya Program Francais Wanita ini meliputi tiga aspek iaitu latihan dan bimbingan, dana pembiayaan bagi memulakan perniagaan dan aspek pemantauan perniagaan. Aspek latihan dan bimbingan mengandungi tiga fasa yang mengambil masa meliputi enam minggu dan dipecahkan seperti berikut: 1. Aspek latihan dan bimbingan (i) Kursus intensif sepenuh masa (satu minggu) - Kursus ini meliputi pelbagai perkara, daripada pengetahuan mengenai pengurusan dan pentadbiran perniagaan sehingga motivasi ke arah pembentukan sifat keusahawanan. Mereka juga diterapkan dengan asas-asas perniagaan francais, penilaian perniagaan francais dan pembangunan perancangan perniagaan francais. (ii) Sangkut kerja industri (empat minggu) - Peserta akan menjalani kerja praktikal di outlet francaisor yang dipilih bagi memperoleh pendedahan berguna mengenai operasi perniagaan tersebut, justeru dapat membantu mereka menyediakan rancangan perniagaan. 32 (iii) Runding cara/suai padan (satu minggu) - Peserta akan dipadankan dengan mentor iaitu francaisor yang sesuai bagi membimbing dan menyediakan sebuah rancangan perniagaan untuk permohonan bantuan pembiayaan kewangan dari institusi kewangan yang telah disenaraikan. Sepanjang program, peserta akan disediakan dengan kemudahan tempat tinggal dan makan minum untuk minggu pertama dan terakhir sahaja. 2. Aspek dana pembiayaan Peserta boleh mengemukakan rancangan perniagaan bagi permohonan bantuan kewangan daripada agensi-agensi yang terlibat iaitu PNS, MARA, SME Bank atau mana-mana skim jaminan di bawah Credit Guarantee Corporation (CGC). 3. Aspek pemantauan Bagi mereka yang sudah berjaya memulakan perniagaan sebagai francaisi, perkembangan perniagaan mereka akan dipantau selama sekurangkurangnya dua tahun bagi memastikan usahawan mampu meneruskan perniagaan mereka. Syarat-syarat penyertaan dalam program ini ialah: (i) Wanita bumiputera yang berumur 21 tahun ke atas. (ii) Keutamaan diberikan kepada mereka yang pernah mengikuti sebarang seminar. (iii) Kursus atau ekspo keusahawanan atau yang telah lulus ujian kesesuaian keusahawanan (Ujian Psikometrik) yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi atau agensi-agensi di bawahnya.

  • (iv) Lulus temu duga yang dijalankan oleh PNS. (v) Sanggup menyertai latihan sepenuh masa dan seterusnya bekerja sepenuh masa dalam perniagaan francais tersebut (usahawan sepenuh masa). (vi) Mempunyai sikap dan nilai yang diperlukan untuk berjaya sebagai usahawan. (vii) Mempunyai modal sekurang-kurangnya 10 peratus untuk memulakan perniagaan. (d) Program Francais Siswazah Program ini bertujuan untuk melahirkan usahawan francais dalam kalangan siswazah. Peserta di bawah program ini dikehendaki menjalani 33 latihan dan bimbingan seperti yang dilaksanakan kepada program francais wanita. Di samping itu, mereka juga dibantu dari aspek pembiayaan dana serta pemantauan perniagaan. Syarat-syarat penyertaan di bawah program ini ialah: (i) Siswazah bumiputera yang mempunyai kelayakan minimum Diploma dan berumur tidak lebih daripada 35 tahun. (ii) Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang pernah mengikuti sebarang seminar, kursus atau ekspo keusahawanan atau yang telah lulus ujian Kesesuaian Keusahawanan (Ujian Psikometrik) yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi atau agensi-agensi di bawahnya. (iii) Lulus temu duga yang dijalankan oleh PNS. (iv) Sanggup menyertai latihan program ini sepenuh masa dan seterusnya bekerja sepenuh masa dalam perniagaan francais (menjadi usahawan sepenuh masa). (v) Mempunyai modal sekurang-kurangnya 10 peratus untuk memulakan perniagaan. (e) Skim Pelaburan Ekuiti Francais PNS Objektif skim ini adalah untuk membangun dan menambah Usahawan Menengah Bumiputera dalam perniagaan francais melalui pelaburan ekuiti oleh PNS sebagai agensi pelaksana. Tempoh pembiayaan maksimum ialah empat tahun bagi Saham Biasa dan lima tahun untuk Saham Keutamaan. PNS akan melabur dalam bentuk kombinasi Saham Biasa dan/atau Saham Keutamaan. PNS akan membiayai paling maksimum ialah dengan memegang 49 peratus ekuiti dalam syarikat sasaran atau lima sehingga 10 juta, bergantung kepada yang lebih rendah. Syarat Kelayakan: Skim pelaburan Syarikat Mezanin (untuk syarikat bumiputera dalam bidang francais): (i) Lima puluh satu peratus ekuiti dimiliki bumiputera. (ii) Lima puluh satu peratus dari Lembaga Pengarah dan kakitangan pengurusan terdiri daripada bumiputera. (iii) Mempunyai rekod keuntungan selepas cukai bagi dua tahun berturut-turut. (iv) Keuntungan minimum selepas cukai sebanyak RM500,000 bagi tahun kewangan yang terakhir. 34 Skim pelaburan Francais Smart Partnership (untuk membolehkan bumiputera memegang saham dalam syarikat

  • bukan bumiputera dan juga membuka peluang bukan bumiputera dan PNS berkongsi dalam perniagaan francais. (i) Rekod keuntungan selepas cukai bagi dua tahun berturut-turut. (ii) Keuntungan minimum selepas cukai sebanyak RM500,000 bagi tahun kewangan yang terakhir. (iii) Bumiputera menyumbang lima peratus kos pelaburan dan terlibat dengan pengurusan. Skim Budding (membolehkan syarikat bumiputera francaisor dan francaisi induk yang berpotensi memasuki perniagaan francais). (i) Lima puluh satu peratus dari Lembaga Pengarah dan kakitangan pengurusan terdiri daripada bumiputera. (ii) Syarikat sasaran mestilah mempunyai sekurangkurangnya satu prototaip perniagaan yang sudah beroperasi selama sekurang-kurangnya enam bulan. (iii) Jumlah pelaburan PNS tidak melebihi empat kali ganda daripada dana pemegang saham sasaran. Semua syarikat yang hendak memohon bantuan pembiayaan daripada PNS dikehendaki berdaftar dengan Pendaftar Francais (ROF) dan menjadi ahli dalam Persatuan Francais Malaysia (MFA). SME Bank (Small and Medium-sized Enterprise Bank atau Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad) dan Skim SME Franchise. SME Bank di bawah produknya SME Franchise juga menawarkan pembiayaan kepada francaisi, francaisor serta bakal francaisi dan bakal francaisor di Malaysia. SME Bank mengklasifikasikan bantuan kewangannya kepada perniagaan bersaiz mikro, kecil dan sederhana. Sebagai contoh, bagi membantu bakal francaisor, SME Bank di bawah skim SME Franchise dengan kerjasama PNS akan menilai potensi perniagaan seseorang usahawan untuk dijadikan perniagaan francais. Sekiranya berpotensi untuk difrancaiskan, SME Bank dan PNS akan membantu mempercepatkan proses keperluan kewangan dan pembangunan perniagaan tersebut. Kriteria utama ialah daya maju idea perniagaan dan keupayaan perniagaan tersebut dijalankan secara francais. 35 Had pembiayaan bagi bakal francaisor atau francaisor berpotensi ialah sehingga RM5 juta, manakala mereka yang dikategorikan sebagai francaisor atau francaisor utama boleh dibiayai sehingga RM10 juta. Tempoh pembayaran maksimum pula ialah sehingga 15 tahun dan bagi pembiayaan berbentuk modal kerja pula, tempoh pembayaran dibolehkan sehingga lima tahun. Selain itu, SME Bank juga memberikan tempoh pernafasan sehingga maksimum tiga tahun. Kaedah pembayaran balik boleh dilakukan secara bulanan, suku tahunan, progresif, tetap atau bertingkat dengan yuran pemprosesan yang dikenakan ialah sebanyak 0.25 peratus daripada jumlah pinjaman yang diluluskan. Selain daripada menawarkan kemudahan pembiayaan, SME Bank dengan rangkaian rakan-rakan kongsi strategiknya seperti PNS, MARA, CIMB Bank (Commerce International Merchant Bank Berhad), SMIDEC (Small and Medium Industries Development Corporation), CGC (Credit Guarantee Corporation) dan PUNB (Perbadanan Usahawan Nasional Berhad) juga menawarkan beberapa jenis perkhidmatan sokongan dalam

  • pembangunan perniagaan francais. Antara perkhidmatan sokongan di bawah skim SME Franchise ialah khidmat nasihat perniagaan, pembangunan keusahawanan dan perkongsian maklumat. Di bawah khidmat nasihat perniagaan misalnya, usahawan francais dibimbing dari aspek penilaian idea perniagaan, perancangan perniagaan, analisis kewangan, mengenal pasti peluang pasaran, kemahiran teknikal, kajian prestasi perniagaan, pengawasan dan pemulihan perniagaan. SOALAN DALAM TEKS 4. Senaraikan beberapa skim pembiayaan yang disediakan oleh kerajaan bagi membantu usahawan francais di Malaysia. Semak jawapan anda di akhir bab ini. 2.6 KESIMPULAN Industri francais di Malaysia berkembang selaras dengan aktifnya peranan yang dimainkan oleh pelbagai agensi. Sungguhpun industri ini masih baru di Malaysia namun sumbangannya kepada pembangunan ekonomi negara tidak dapat dinafikan. Serentak dengan itu, beberapa program 36 francais untuk beberapa kumpulan sasaran serta peruntukan dana telah dan sedang dibangunkan. SOALAN PENILAIAN KENDIRI 1. Nyatakan peranan yang dimainkan oleh Persatuan Francais Malaysia dalam membantu kerajaan mempromosi dan menggalakkan perniagaan francais di Malaysia. Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini. JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS 1. Konsep home-grown franchisor di Malaysia ialah satu usaha terancang yang diterajui oleh kerajaan dengan kerjasama pelbagai pihak bagi membantu usahawan-usahawan tempatan memfrancaiskan perniagaan mereka. Usaha ini merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional dalam program MPPB iaitu meramaikan penglibatan kaum bumiputera dalam bidang perdagangan dan perindustrian. Walau bagaimanapun, bukan semua jenis perniagaan yang berdaya maju sesuai dan berpotensi untuk difrancaiskan. Justeru, hanya perniagaan yang sesuai untuk dikembangkan melalui sistem francais dikenal pasti dan diperkasa. Diharapkan usaha ini dapat melahirkan lebih ramai francaisor tempatan yang berdaya maju, mampu berkembang dan bersaing bukan sahaja di pasaran tempatan malah mampu juga meneroka ke pasaran global. 2. Antara perancangan dan aktiviti yang dilakukan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dengan kerjasama pelbagai pihak lain dalam usaha menggalakkan perniagaan francais di Malaysia ialah: (i) Membangun dan mendaftarkan perniagaan francais. (ii) Program latihan. (iii) Program promosi. (iv) Kemudahan pembiayaan. 37 (v) Merangka dan melaksanakan strategi pembangunan industri francais. 38 3. Peranan yang dimainkan oleh Perbadanan Nasional Berhad

  • (PNS) sebagai agensi utama ialah mengatur perancangan pembangunan dan menjalankan program pelaksanaan bagi membangun dan memperkasakan industri francais negara. PNS telah memperkenalkan beberapa strategi utama dalam pembangunan francais iaitu program pakej khas, program latihan dan promosi, skim pembiayaan, pembangunan produk, jaringan strategik serta pembangunan dan penyelidikan dalam industri francais. 4. Antara skim pembiayaan yang disediakan oleh kerajaan ialah: (i) Skim Pembiayaan Francais PNS. (ii) Skim Francais Belia. (iii) Skim Francais Eksekutif. (iv) Skim Pra-Francais. (v) Skim Pelaburan Ekuiti Francais PNS. (vi) Skim SME Franchise oleh SME Bank. (vii) Skim-skim pembiayaan di bawah Program Francais Siswazah dan Program Francais Wanita. 39 40 BAB 3 SISTEM PERNIAGAAN FRANCAIS FRANCAISOR OBJEKTIF BAB Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh: 1. Mengenal pasti persoalan-persoalan awal sebelum sesebuah perniagaan itu difrancaiskan. 2. Menjelaskan perkara-perkara asas dalam membangunkan sesebuah sistem perniagaan francais oleh francaisor. 3. Memahami asas kepada penentuan yuran francais dan kadar royalti. 4. Membincangkan proses-proses penting sebelum sesebuah sistem perniagaan difrancaiskan. 5. Menerangkan aspek-aspek yang berkaitan tentang merekrut, memilih dan menguruskan francaisi-francaisi. 3.1 PENGENALAN Membangunkan sesebuah sistem perniagaan francais oleh bakal-bakal francaisor memerlukan perancangan. Francaisor yang tidak bersedia dari segi perancangan dan pembangunan sistem akan mendapati tahap kebolehpercayaan terhadap operasi perniagaan mereka ialah rendah. Menawarkan satu sistem yang boleh mempengaruhi kepercayaan prospektif francaisi bukanlah satu tugas yang mudah. Hal ini disebabkan oleh bakal-bakal francaisor perlu membuktikan terlebih dahulu sebab prospektif francaisi perlu memilih sistem perniagaan yang ditawarkan. Pembangunan sistem yang terancang dan bersistematik mencerminkan kesungguhan sesebuah syarikat dalam perniagaan. McDonalds Corporation misalnya berjaya dalam industri makanan dan minuman (F&B) ketika ini kerana sistem yang dibangunkan begitu sistematik dan telah melalui proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang konsisten. Sungguhpun perbelanjaan pembangunan sistem dan produk baru menelan belanja yang besar tetapi ia membuahkan hasil iaitu bilangan francaisi McDonalds di serata dunia bertambah dari sehari ke sehari. Di Amerika Syarikat contohnya, bilangan francaisi McDonalds bertambah sebanyak 30 peratus pada tahun 2000 berbanding 2,456

  • 41 francaisi pada tahun 1960. Peningkatan peratusan bilangan francaisi menunjukkan bahawa mereka berasa yakin dengan sistem yang mampu memberikan tingkat keuntungan yang maksimum. Sungguhpun begitu, bukan semua perniagaan yang ada di dunia ini sesuai difrancaiskan walaupun syarikat itu mempunyai sistem perniagaan yang baik. Perkhidmatan merawat pesakit psychiatric misalnya memerlukan pengetahuan yang khusus dan mendalam seperti seorang psychiatrist. Bagi francaisi yang berminat, mereka perlu memiliki pengetahuan atau sekurang-kurangnya memiliki latar belakang dalam bidang tersebut. Namun, bilangannya tentu sedikit kerana tidak ramai yang memiliki kemahiran tersebut. Perniagaan yang berteknologi tinggi pula memerlukan prospektif francaisi mengetahui aspek-aspek know-how dan ia tentunya berteraskan pengetahuan teknikal. Lebih senang sekiranya perniagaan yang hendak difrancaiskan itu mudah dipelajari dan dipraktikkan dalam masa yang singkat dan menjana tingkat keuntungan yang tinggi. Justeru, menentukan jenis perniagaan yang hendak difrancaiskan dan sejauh mana ia boleh diterima baik oleh bakal-bakal francaisi penting dan memerlukan kajian secara menyeluruh. 3.2 PERSOALAN AWAL DAN KAJIAN Setiap pengusaha yang berhasrat memfrancaiskan perniagaan mereka perlu memikirkan beberapa persoalan awal dan mencari jawapan kepada persoalan-persoalan tersebut. Antara persoalan awal yang perlu diberikan perhatian oleh bakal-bakal francaisor ialah seperti berikut: (i) Adakah produk atau perkhidmatan yang hendak difrancaiskan itu telah dikenali ramai atau mempunyai permintaan di pasaran? Jika produk atau perkhidmatan itu mempunyai permintaan, adakah jangkaan permintaan itu berterusan? Bakal-bakal francaisor juga perlu melihat dari sudut keunikan, harga dan tahap persaingan dengan produk-produk