FAQ SPPBS_Feb 2013

download FAQ SPPBS_Feb 2013

of 6

Transcript of FAQ SPPBS_Feb 2013

  • 7/29/2019 FAQ SPPBS_Feb 2013

    1/6

    SOALAN-SOALAN LAZIM

    Berikut adalah soalan-soalan lazim yang bertujuan untuk membantu Pengguna

    SPPBS dalam mengambil tindakan bagi mengatasi masalah yang dihadapi semasa

    menggunakan SPPBS.

    1 SPPBS - Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

    2 SUP - Setiausaha Peperiksaan

    3 GMP - Guru Mata Pelajaran

    4 GK - Guru Kelas

    5 APDM - Aplikasi Pangkalan Data Murid

    6 PPD - Pejabat Pelajaran Daerah

    7 JPN - Jabatan Pelajaran Negeri

    8 LP - Lembaga Peperiksaan

    9 KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

    10 JK PBS - Jawatankuasa PBS

    11 SEGAK - Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan

    12 PAJSK - Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Ko-Kurikulum

  • 7/29/2019 FAQ SPPBS_Feb 2013

    2/6

    A UMUM

    1 Apakah keperluan perisian melayari SPPBS?

    IE 7 ke atas dan perisian Acrobat PDF Reader.

    2 Bagaimanakah pengguna login ke SPPBS?

    SUP : Masukkan supXXXXXX (kod sekolah) dan kata laluan yang diperolehi pada

    skrin login.

    Pengetua/Pentadbir/GK/GMP : Masukkan NO IC dan kata laluan yang diperolehi

    pada skrin login.

    3 Apakah yang harus saya lakukan sekiranya terlupa kata laluan?

    SUP : Hubungi PPD/JPN masing-masing.

    Pengetua/Pentadbir/GK/GMP : Hubungi SU untuk dijana kata laluan baru. Tidak

    perlu menghubungi LP.

    4 Apakah yang harus saya lakukan sekiranya kata laluan disekat?

    SUP : Hubungi PPD/JPN masing-masing.

    Pengetua/Pentadbir/GK/GMP : Hubungi SU untuk dijana kata laluan baru. Tidak

    perlu menghubungi LP.

    5 Bolehkah ibubapa melihat prestasi anak di SPPBS sekarang?

    Ibubapa dijangka dapat melihat prestasi anak apabila akses ibubapa dibuka pada

    penghujung tahun.

  • 7/29/2019 FAQ SPPBS_Feb 2013

    3/6

    B SETIAUSAHA PEPERIKSAAN

    1 Mengapakah SUP tidak dapat mencetak surat login SPPBS?

    Surat login pengguna boleh dicetak sebaik sahaja kata laluan dijana. Surat login

    tidak boleh dicetak kali kedua selepas pengguna telah mengemaskini kata laluan.

    Walau bagaimanapun, apabila kata laluan baharu dijana, surat login yang baharu

    boleh dicetak semula.

    2 Mengapakah ikon tong sampah tidak kelihatan semasa saya mengemaskini maklumat

    guru dan BATAL prestasi murid?

    Pastikan anda menggunakan IE versi 7 ke atas.

    3 Mengapa terdapat nama pelajar sekolah lain dalam senarai murid?

    Mungkin berlaku kesilapan maklumat pada APDM. Kemaskini murid yang

    berkenaan di APDM.

    4 Bagaimanakah mendaftarkan guru yang tiada dalam senarai pengguna guru?

    Daftarkan guru tersebut dalam Tiada dalam Senarai dan tandakan peranan guru

    tersebut samada GMP, GK dan/atau Pengetua/GB

    5 Perlukah saya laksanakan HAPUS GURU apabila guru berkenaan berpindah?

    Ya. Jika tidak, guru ini tidak boleh didaftarkan di sekolah baharu.

    6 Seorang guru baru telah bertukar ke sekolah saya. Apabila saya ingin mendaftarkan

    guru berkenaan, skrin memaparkan Guru telah didaftarkan di sekolah lain. Apakah

    yang harus dilakukan?

    Hubungi Sekolah lama guru berkenaan dan mohon agar data guru berkenaandihapuskan dari sekolah lama. Kemudian daftar guru tersebut dalam Menu Guru

    Tiada dalam Senarai.

    7 Bagaimanakah saya mengemaskini mata pelajaran yang diajar/tidak diajar oleh guru?

    SUP perlu klik pada menu Guru Kemaskini Guru Mata Pelajaran Tambah

    MP/Kelas atau klik pada ikon tong sampah.

  • 7/29/2019 FAQ SPPBS_Feb 2013

    4/6

    8 Perlukah saya mendaftar semua guru di sekolah saya ke dalam SPPBS?

    Tidak perlu. SUP hanya mendaftar guru yang mentaksir murid dan Pentadbir

    sahaja.

    9 Bagaimanakah murid tiada KP bolehkah didaftarkan? (Bagi kes sekolah swasta)

    Jika murid tiada nombor mykid, daftarkan dahulu sebagai murid tiada mykid.

    Kemudian, lakukan kemaskini pada murid berkenaan dengan menggunakan ID

    murid yang diperolehi.

    C GURU MATA PELAJARAN

    1 Apabila GMP mendaftar murid, mengapakah ada murid yang tiada dalam senarai?

    Kemaskini murid yang tercicir berkenaan di APDM. Barulah nama murid akan

    muncul di SPPBS.

    2 Mengapa terdapat nama pelajar sekolah lain dalam senarai murid?

    Mungkin berlaku kesilapan maklumat pada APDM. Kemaskini murid yangberkenaan di APDM.

    3 Mengapa terdapat nama pelajar kelas lain dalam senarai murid kelas saya?

    Mungkin berlaku kesilapan maklumat pada APDM. Kemaskini murid yang

    berkenaan di APDM.

    4 Apabila saya ingin melaksanakan kemasukan prestasi, bilangan murid dalam skrin tidak

    sama dengan bilangan murid di kelas saya seperti di APDM?

    Semak samada murid ini telah didaftarkan oleh GMP berkenaan. Murid harus

    didaftarkan terlebih dahulu oleh GMP.

    5 Mengapakah nama seorang murid ini hanya wujud dalam mata pelajaran tertentu tetapi

    tidak wujud dalam beberapa mata pelajaran lain?

    Semak samada murid ini telah didaftarkan oleh GMP berkenaan. Murid harus

    didaftarkan terlebih dahulu oleh GMP.

  • 7/29/2019 FAQ SPPBS_Feb 2013

    5/6

    6 Mengapakah saya tidak boleh memilih butiran tahun, bulan, darjah, kelas dan Mata

    Pelajaran apabila saya ingin melaksanakan kemasukan prestasi murid?

    Semak samada anda telah didaftarkan oleh SUP sebagai Guru Mata Pelajaran

    berkenaan dalam SPPBS.

    7 Guru yang tersilap memasukkan prestasi murid ke dalam sistem SPPBS.

    Butang KEMASKINI dan BATAL diwujudkan pada panel Pentadbir di mana guru-

    guru yang ingin mengemaskini atau membatal prestasi murid mereka perlu

    pengesahan daripada Pentadbir.

    8 Guru yang tersilap mendaftar murid. Contoh Pend. Islam/ Moral.

    BATAL mata pelajaran murid boleh dilaksanakan oleh SU.

    9 Mengapakah tiada data dapat dicetak untuk pelaporan kumulatif walaupun saya telah

    memasukkan prestasi murid saya?

    BAND diautojana dari SPPBS apabila semua Eviden bagi setiap Deskriptor pada

    BAND berkenaan ditanda oleh guru.

    10 Beberapa GMP telah melaksanakan pentaksiran dan menanda prestasi murid ke dalam

    SPPBS sehingga Band 6, walau bagaimanapun pelaporan kumulatif yang dicetak

    hanya memaparkan murid mencapai Band yang lebih rendah atau TIADA BAND.

    BAND diautojana dari SPPBS apabila semua Eviden bagi setiap Deskriptor pada

    BAND berkenaan ditanda oleh guru.

    C GURU KELAS1 Bagi menu Non-Akademik, bagaimanakah saya boleh membetulkan kesilapan tarikh

    lahir dan umur murid yang dipapar di SPPBS?

    Klik butang KEMASKINI pada skrin kemasukan prestasi SEGAK murid berkenaan.

    2 Bagaimanakah saya boleh membetulkan kesilapan memasukkan berat dan tinggi murid

    serta 4 aktiviti SEGAK?

    Klik butang KEMASKINI pada skrin kemasukan prestasi SEGAK murid berkenaan.

  • 7/29/2019 FAQ SPPBS_Feb 2013

    6/6

    3 Saya merupakan seorang Guru Kelas. Walau bagaimanapun saya tidak dapat melihat

    Menu Non-Akademik untuk pengisian data PAJSK.

    SU perlu mendaftar Guru Kelas pada menu Kemaskini Guru.

    4 Mengapakah saya tidak dapat melihat Menu Non Akademik untuk pengisian data

    PAJSK?

    Menu Non-Akademik hanya boleh dilihat oleh Guru Tingkatan (yang didaftar di

    APDM) sahaja.

    D PENGETUA/GB/GPK

    1 Saya merupakan Pentadbir di sekolah saya. Walau bagaimanapun saya tidak dapat

    melihat menu STATISTIK pencapaian murid di sekolah saya.

    SUP perlu mendaftar Pentadbir pada menu Kemaskini Guru.

    (kemaskini 28 Februari 2013)