Concepts and Theories in Education

download Concepts and Theories in Education

of 23

Transcript of Concepts and Theories in Education

  • 5/20/2018 Concepts and Theories in Education

    1/23

    1

    ASSIGNMENT

    MAY 2014 SEMESTER

    SUBJECT CODE : EMA 642

    SUBJECT TITLE : Concepts and Theories in Educational Management

    LEVEL : MASTER OF EDUCATION

    STUDENTS NAME : CLARENCE CHRISTOPHER DE GUZMAN

    MATRIC NO. : E60105130090

    PROGRAMME : MASTER OF EDUCATION

    ACADEMIC

    FACILITATOR

    : DR BAHARI MD SHAH

    LEARNING CENTRE : KOTA MARUDU

  • 5/20/2018 Concepts and Theories in Education

    2/23

    2

    KANDUNGAN

    SOALAN 1

    Prinsip 14 Deming

    SOALAN 2

    Deminsi Organisasi Pembelajaran

    Sekolah sebagai satu Organisasi Pembelajaran

    SOALAN 3

    Ciri-ciri Organisasi

    Sekolah sebagai satu Organisasi

    Struktur Ogranisasi Sekolah

    SOALAN 2

    Budaya Sekolah

    Budaya Sekolah: Faktor-faktor Yang Mempengaruhinya

    Budaya Sekolah dalam mempengaruhi keberkesanan sekolah

  • 5/20/2018 Concepts and Theories in Education

    3/23

    3

    SOALAN 1

    PRINSIP 14DEMING

    1. Wjudkan ketekunan dalam mencapai matlamat untuk pwmbIKn produk Sn

    perkhimtan

    Deming berpendapat organisasi perlu menumpukan perhatian kepada aspek-aspek

    pembaikan yang berterusan, kepuasan pelanggan, penyelidikan dan pembangunan dan

    pembangunan diri anggota kerja yang disandarkan kepada matlamat organisasi. Organisasi

    perlu menghindarkan diri dari mencari penyelesaian mudah bagi mendapat keuntungan

    jangkamasa pendek. Organisasi perlu berubah mengikut perubahan selera pelanggan.

    Matlamat utama bukanlah mendapat keuntungan kewangan tetapi lebih dari itu.

    Dalam pendidikan, tujuan utama adalah bagi memperolehi matlamat seperti yang termaktud

    dalam Falsafah Pendidikan Negara. Di setiap sekolah pula masing-masing mempunyai

    matlamat, objektif, visi dan misi yang ingin dicapai.

    2. Menghayati falsafah baru.

    Falsafah kualiti Deming merupakan satu bentuk anjakan paradigma dalam pengurusan.

    Menghayati falsafah Deming bemaksud menerima secara keseluruhan, bukannya menerima

    aspek-aspek terpilih yang difikirkan mudah dijalankan. Ini melibatkan komitmen bagi

    melakukan sesesuatu dengan cara baru yang berlainan dengan amalan yang biasa dilakukan.

    Sebagai seorang guru yang bertugas lama dalam pendidikan, perlunya sesuatu pembaharuan

    dalam diri. Guru perlu mempertingkatkan profesionalnya ke tahap yang lebih tinggi. Bukan

    sahaja dalam dapat menerima perubahan baru dalam pendidikan seperti penerapan ICT

    dalam pendidikan, perubahan sukatan mata pelajaran dan perubahan dasar dalam pendidikan,

    tetapi juga dapat mempertingkatkan ilmu ke tahap yang lebih tinggi lagi.

    3. Hentikan pergantungan kepada pemeriksaan secara besar-besaran.

    Deming menganjurkan supaya anggota kerja diberi bimbingan dalam setiap peringkat kerja

    bagi memperbaiki proses. Ini adalah berlainann dengan amalan biasa yang hanya memeriksa

    selepas sesesuatu kerja dijalankan atau produk dihasilkan. Deming mencadangkan supaya

  • 5/20/2018 Concepts and Theories in Education

    4/23

    4

    petugas pemeriksaan dihapuskan dan berikan ganjaran kepada anggota kerja kerana dapat

    mengesani kesilapan dan seterusnya berusaha membaiki proses dan kualiti kerja.

    Guru yang berkualiti tidak memerlukan pengawasan yang lebih daripada pihak pendatbir.

    Guru seharusnya dapat melakukan tugas tanpa pemantauan daripada ketuanya.

    4. Hentikan amalan memberi kontrak perniagaan berdasarkan tanda harga semata-

    mata.

    Deming berpendapat bahawa organisasi perlu membina perhubungan jangkamasa panjang

    dengan pembekal. Ini ialah kerana sekiranya kita memilih tawaran paling rendah, selalunya

    bermakna kualiti yang paling rendah. Pembekal perlu dipandang sebagai rakan perniagaan

    dan bina rasa saling hormat menghormati, percaya mempercayai dan tanggungjawab.

    Membina perhubungan strategik dengan pembekal yang dapat menghasilkan kerja yang

    cemerlang adalah kunci kepada kejayaan sesebuah organisasi.

    Dalam pendidikan input adalah pelajar-pelajar kita yang akan melalui proses pengajaran dan

    pembelajaran sepanjanag hayatnya. Sebagai pendidikan, diskriminasi sepatutunya tidak

    wujud di kalangan guru terhadap pelajar-pelajarnya. Semua pelajar adalah sama dan

    mempunyai hak bagi mendapatkan pendidikan.

    5. Memperbaiki sistem pengeluaran dan perkhidmatan secara berterusan dan

    sepanjang masa.

    Kualiti memerlukan kepada komitmen yang tidak pernah kunjung padam demi bagi

    melakukan pembaikan secara berterusan. Pengurusan dapat memperolehi tahap ini dengan

    cara memberi ganjaran ke atas kreativiti dan initiatif yang ditunjukkan oleh anggota kerja

    yang mencuba perkara-perkara baru dan.

    Memang tanggungjawab sekolah bagi melahirkan produk yang baik. Maka pihak sekolah

    seharusnya senantiasa proaktif dalam mancapai kecemerlangan. Guru-guru perlu berusaha

    mempertingkatkan kaedah penganjaran dan pembelajarannya di kelas bagi memastikan

    pelajar sentiasa memperolehi peningkatan seterusnya memperolehi kecemerlangan dalam

    pelajaran.

  • 5/20/2018 Concepts and Theories in Education

    5/23

    5

    6. Menginstitusikan latihan.

    Deming menekankan bahawa banyaka dari masalah berlaku berikutan dari program orientasi

    dan latihan kerja. Pihak pengurusan perlu menetapkan standard bagi anggota kerja dan

    menunjukkan bagaimana anggota kerja boleh berjaya di dalam tugas mereka.

    Dalam sekolah setiap guru dibekal fail meja yang meana mengandungi senarai

    tanggungjawab atau kateria kerja yang perlu ikuti oleh setiap guru. Ini termasuklah tugas

    sebagai guru kelas, ketua panitia dan ketua bidang dan lain-lain lagi.

    7. Menginstitusikan kepimpinan.

    Pemimpin perlu membantu pekerja bagi memperolehi potensi yang maksima dan

    memainkan peranan sebagai jurulatih, mentor dan pemberi semangat. Tugas pemimpin

    bukan hanya menguruskan sumber berbentuk kewangan dan peralatan, tetapi juga bagi

    membangunkan manusia. Peminpin hendaklah mencipta suatu persekitaran yang

    membolehkan seluruh anggota kerja dapat memberikan sumbangan terbaik mereka yang

    seterusnya menghasilkan organisasi yang produktif dan berjaya.

    Pengetua atau guru besar adalah ketua dalam organisasi yang dipanggil sekolah. Sebagaiketua pemimpin dalam satu institusi pendidikan. Beliau bertanggungjawab bagi menjaga

    kebajikan orang bawahannya. Beliau perlu mengenalpasti kebolehan guru-gurunya dan

    menjadi contoh yang baik kepada orang dibawahnya. Keperibadian ketua jabatan yang baik

    dapat menjana satu pasukan yang produktif dan bekerja dengan baik serta mempunyai

    semangat kekitaan yang tinggi.

    8. Menghilangkan budaya takut.

    Deming berkata organisasi yang menanamkan budaya takut yang menghalang anggota kerja

    dari bertanyakan soalan akan menempa kerugian dan ketinggalan kebelakang. Anggota kerja

    yang takut bagi bertanya adalah tidak bebas bagi mencipta.

    Dalam sekolah, budaya takut bagi berhadapan dengan ketua jabatan atau takut bagi

    menanyakan soalan dengan kawan sekerja, akan menyebabkan guru tersebut ketinggalan

    dalam profesionnya. Budaya takut akan membawa lahirnya budaya negatif yang lain seperti

    kurang yakin, stress dan lebih teruk lagi tekanan jiwa yang serius.

  • 5/20/2018 Concepts and Theories in Education

    6/23

    6

    9. Buang halangan yang wujud di antara anggota kerja.

    Deming berpendapat bahawa setiap bahagian, jabatan atau unit dalam sesesuatu organisasi

    perlu berkomunikasi dan bekerja secara rapat antara satu sama lain. Pembahagian kawasan

    kerja yang terpisah antara satu sama lain akan menghalang kelancaran proses komunikasi.

    Komunikasi amat penting di kalangan guru-guru dan pengurusan sekolah. Komunikasi yang

    baik mewujudkan suasana harmonis dalam jabatan. Walau sibuk mana pun, guru-guru masih

    lagi dapat melemparkan senyuman manis dan bermesra dengan yang lain. Klik atau rapat

    dengan individu tertentu saja akan mewujudkan puak-puak tertentu dalam jabatan. Sebagai

    ketua jabatan, perlu bertindak segera bagi mengatasi masalah ini. Pengetua boleh

    mengadakan jamuan atau aktiviti seperti hari keluarga bagi merapatkan lagi hubungan dikalangan guru-gurunya.

    10. Hapuskan slogan-slogan yang indah kabar dari rupa.

    Deming menolak sasaran yang tidak berpijak di bumi nyata dan tidak bermakna. Sasaran

    sepatutnya berfokuskan kepada perlaksanaan dan bukannya slogan semata-mata.

    Setiap sekolah di Malaysia mempunyai misi dan visi yang tersendiri. Misi dan visi inilahyang menjadi matlamat semua guru dan pelajar bagi dicapai atau direalisasikan. Semau

    warga sekolah perlu menaman sikap toleransi, bekerjasama dan cintakan sekolah bagi

    memperolehi matlamat sekolah.

    11. Hapuskan quota-quota berbentuk numerikal.

    Memperolehi sesesuatu target berbentuk numerikal tidak bermakna memperolehi tahap

    kualiti yang tinggi. Sasaran berbentuk numerikal ini hanya mengakibatkan anggota kerja

    berusaha apa saja bagi memperolehi angka yang dikehendaki.

    Peratus kelulusan yang tinggi dalam peperiksaan PMR dan SPM bukanlah mencerminkan

    kecemerlangan sekolah secara seratus peratus. Bilangan lulus yang tinggi tanpa kualiti

    markah yang baik bermakna sekolah belum memperolehi kecemerlangan yang baik. Oleh

    itu, kualiti dalam peperiksaan sebenarnya adalah objektif utama yang perlu ditekankan.

  • 5/20/2018 Concepts and Theories in Education

    7/23

    7

    12. Hapuskan penghalang ke arah kecemerlangan kerja.

    Pihak pengurusan bertanggungjawab bagi mendengar dari anggota kerja bagi mengenalpasti

    halangan-halangan yang masih wujud. Deming memberikan penekanan besar keatas

    tanggungjawab pengurusan bagi menyediakan persekitaran yang membolehkan anggota

    kerja bekerja dengan cemerlang. Antara perkara-perkara yang diperlukan ialah latihan,

    teknologi dan peralatan yang membantu pencapaian hasil yang cemerlang dan

    menginstitusikan amalan dan prosedur yang membantu kesungguhan dan pencapaian

    anggota kerja.

    Sama seperti sekolah, pihak pengurusan sekolah bertanggungjawab bagi menyediakan

    persekitaran sekolah yang baik dan kondusif bagi semua guru dan pelajar. Latihan dankursus bagi para guru adalah penting bagi mempertingkatkan profesionalisma guru.

    13. Menginstitusikan program latihan dan latihan semula.

    Mengadaptasikan program kualiti ini ialah bukan perkara yang senang. Seluruh organisasi

    perlu dibimbing dengan falsafah dan cara baru, termasuk pembinaan pasukan kerja dan

    teknik-teknik statistik.

    Kerajaan membelanjakan berbillion ringgit bagi melahirkan para guru yang proaktif dan

    berinisiatif. Golongan guru merupakan golongan yang penting dalam melahirkan masyarakat

    yang dapat menyumbangkan tenaga dan intelek mereka bagi pembangunan negara. Oleh itu,

    program latihan dan latihan semula senantiasa diadakan bagi menjamin guru-guru tidak

    ketinggalan dalam dunia pasca moden ini.

    14. Bertindak bagi menyempurnakan transformasi.

    Pasukan pengurusan atasan mesti dibentuk bagi menjalankan misi kualiti. Kualiti

    Menyeluruh (Total Quality) ialah satu proses yang menganggap keseluruhan organisasi

    sebagai satu sistem, ini termasuklah pelanggan, pembekal dan pesaing.

    Sistem Pengurusan Kualiti diperkenalkan dalam pentadbiran awam pada 24Jun 1990 dengan

    penerbitan buku Panduan Pengurusan dan Peningkatan Kualiti Awam. Seterusnya beberapa

    panduan telah dikeluarkan seperti Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2

  • 5/20/2018 Concepts and Theories in Education

    8/23

    8

    Tahun 1996 Garis Panduan Bagi Melaksanakan MS ISO 9000 Dalam Perkhidmatan

    Awam, Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 1 Tahun 1997.

    Kita berusaha mencapai pendidikan yang berkualiti dalam menentukan

    perkembangan kemajuan dan kemakmuran negara. Pendidikan yang berkualiti menjadi

    peneraju dalam membangunkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan

    berkeperibadian mulia. Ini dapat diperkukuhkan dengan sejarah yang membuktikan bahawa

    dengan pendidikanlah ianya dapat membina tamadun sesebuah masyarakat. Oleh itu, kualiti

    pendidikan negara perlulah dipertingkatkan secara menyeluruh dan berterusan supaya selaras

    dengan misi Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu membangunkan satu sistem pendidikan

    yang bertaraf dunia.

  • 5/20/2018 Concepts and Theories in Education

    9/23

    9

    SOALAN 2

    Dimensi Organisasi Pembelajaran

    Organisasi pembelajaran adalah sesuatu konsep di mana organisasi dianggap mampu secara

    terus menerus melakukan proses mandiri (self learning) sehingga organisasi tersebut

    memiliki berupaya bergerak sendirinya terhadap peruabahan yang berlaku di sekelilingnya.

    Menurut Pedler, Boydell dan Burgoyne mendefinisikan organisasi pembelajaran sebagai

    sebuah organisasi yang memfasilitasi pembelajaran daripada seluruh anggotanya dan secara

    berterusan mentransformasikan diri. Dimensi Learning Organization oleh Peter Senge (1990)

    pula mengemukakan bahawa dalam learningorganization yang efektif terdapat lima dimensi

    yang akan memungkin organisasi untuk belajar, berkembang dan berinovasi iaitu:,

    Personal Mastery iaitu kemampuan secara berterusan dan sabar dalam mempperbaiki

    wawasan agar objektif melihat realiti dengan pemudstan tenaga secara berstrategi.

    Organisasi pembelajaran memerlukan pekerja yang memiliki kompetensi yang tinggi,

    agar dapat disesuaikan dengan tuntutan perubahan, khususnya perubahan teknologi

    dan perubahan paradigma organisasi daripada paradigma yang berasaskan

    pengetahuan.

    Mental Module iaitu suatu proses menilai diri sendiri untuk memahami, membuat

    andaian, keyakinan dan prasangka atas rancangan yang muncul. Mental model

    memungkinkan manusia bekerja dengan lebih cepat. Namun, dalam organisasi yang

    terus berubah, mental model kekadang tidak berfungsi dengan baik. Dalam organisasi

    pembelajaran, mental model ini dibincangkan secara terperinci mengikut perubahan

    di peringkat individi, berkumpulan dan organisasi.

    Shared vision merupakan komitmen untuk menterjemah visi bersama-sama tanpa

    paksaan. Oleh kerana organisasi terdiri daripda pelbagai lapisan pekerja yang berbeza

    latar belakang pendidkan, kaum, pengalaman serta budaya, maka menjadi satu

    cabaran kepada organisasi untuk berkerja sebagai satu pasukan jika tidak memilik

    visi yang sama. Selain perbeza latar belakang pekerja, organisasi juga memiliki

    pelbagai untuk yang berbeza antara satu sama lain. Oleh itu untuk menggerakkan

    organisasi pada tujuan yang sama dengan aktiviti fokus pada pencapaian tujuan

    bersama, visi amat diperlukan oleh semua pihak dan semua unit yang ada dalam

    organisasi.

  • 5/20/2018 Concepts and Theories in Education

    10/23

    10

    Team Learning merupakan kemampuan dan motivasi untuk belajar secara adaptif,

    generik, dan berkesinambungan. Kini makin banyak organisasi berasaskan team,

    kerana rancangan organisasi dibuat secara berkumpulan. Kemampuan organisasi

    untuk bergerak secara berpasukan ditentukan oleh adanya visi bersama dankemampunan berfikir secara sistematik. Pembelajaran dakam organisasi akan

    menjadi lebih cepat jika wujudnya perkongsian wawasan dan belajar bersama-sama.

    Perkongsian wawasan pengetahuan dalam pasukan menjadi sangat penting untuk

    peningkatan kapasiti organisasi dalam menambah pengetahuan.

    System Thinking, organisasi pada dasarnya terdiri daripada unit yang harus

    bekerjasama untuk menghasilkan prestasi yang optimum. Unit-unit itu antara lain ada

    yang dikenali sebagai bahagian, pengurusan atau jabatan. Kejayaan suatu organisasi

    ditentukan oleh kemampuan organisasi untuk melakukkan pekerja secara bertenaga.

    Kemampuan untuk membangunkan hubungan yang kuat hanya diperolehi apabila

    semua anggota unit salimg memahami tugas unit yang lain dan memahami kesan

    daripada kinerja unit tempat dia bekerja pada unit yang lain.

    Ciri organisasi pembelajaran yang menyediakan ruang dan peluang pembelajaran

    berterusan mampu meningkatkan kualiti, daya saing, keberkesanan dan kecemerlangan

    organisasi menepati dunia global tanpa sempadan. Pendekatan pengurusan organisasi

    pembelajaran menjadikan organisasi bersaing dan mengadaptasi perubahan. Organisasi

    pembelajaran memberi manfaat kepada individu dan organisasi apabila ahli-ahlinya

    menggunakan dan mengaplikasikan ilmu pengetahuan dalam membuat perubahan,

    sekolah sebagai organisasi pembelajaran dapat melengkapkan warganya dengan pelbagai

    ilmu, maklumat terkini dan kemahiran individu dan organisasi bertindak sengan cekap,

    tepat dan pantas seiring dengan perubahan pendidikan yang dinamik.

    Sekolah sebagai Organisasi Pembelajaran

    Pemimpin sekolah di sekolah adalah sama dengan pemimpin dalam perniagaan dan juga

    pemimpin di hospital. Mereka mahukan organisassi yang mereka pegang fleksibel dan

    responsif, boleh berubah berdasarkan perubahan tertentu. Peter Senge (1990) dalam The

    Fifth Discipline, organisasi yang ideal adalah organisasi yang boleh membaruhi dirinya

    ataupun sebagai oraganisasi pembelajaran. Konsep ini mengandungi dua aspek. Bukan

    sahaja ahli-ahli dalam organisasi itu berkupayaan bagi berubah bagi lebih maju lagi malahan

  • 5/20/2018 Concepts and Theories in Education

    11/23

    11

    sebagai satu organisasi perlu berupaya mengalami perubahan. Sesuatu organisasi

    berkebolehan yang berterusan dalam penyebaran maklumat, kemahiran dan pengalaman.

    Sekolah sebagai organisasi pembelajaran merupakan satu konsep meningkatkan potensi bagi

    membawa perubahan dalam pengurusan menuju era pasca moden kerana keberkesanan

    sekolah bergantung kepada kemahiran guru-guru dan staf sekolah. (Ishak Sin, 2004).

    Menurut Amin Senin (2005), warga sekolah yang komited, kolektif ke arah satu matlamt,

    menilai faedah matlamat dan membuat pengubahsusaian berterusan merupakan organisai

    pembelajaran. Pemimpin organisasi pembelajaran bukan berdasarkan posisi tetapi fungsi,

    makan peranan pemimpin organisasi pembelajaran semestinya (Senge, 2006):

    a) Membimbing (coach) individu dan membantu semua ahlinya belajar untuk mencapai

    kompentasi

    b) Mencari kaedah meningkatkan organisasi dan membuat peruabahan

    c) Menggalakkan ahlinya untuk mencuba, mencabar pasukan untuk mengambil risiko

    dan munasabah, menerima kesilapan dan belajar daripada kejayaan lepas

    d) Menggalakkan perbincangn terbuka, sumbangan idea dan kemungkinan yang ada

    e) Menghargai komitmen dan inisiatif untuk membuat penambahbaikan serta perubahan

    yang dilaksanakan

    f)

    Belajar dan tukar gaya kepimpinan tradisi iaitu arahahn dari atas

    Amalan pengurusan berasakan pasukan juga boleh membantu membangunkan

    profesionalisma guru. Melalui amalan pengurusan sebegini, pemimpin dan rakan sepasukan

    boleh membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada guru dalam menyelesaikan masalah dan

    seterusnya meningkatkan perkembangan profesionalisma dan mutu pengajaran mereka

    (Glickmen et al, 1995). Pembangunan kompetensi dan kapasiti guru perlu dilaksanakan

    dengan terancang bagi memastikan guru dapat mempertingkatkan professionnya dan

    seterusnya membawa sekolah ke peringkat yang lebih baik lagi.

    Bagi memastikan guru dan kakitangan sokongan sentiasa dapat melaksanakan tugas dengan

    cemerlang proses coaching mentoring perlu dilaksanakan terhadap semua pemimpin

    pertengahan di sekolah. Iaitu semua guru penolong kanan dan guru-guru kanan. Proses perlu

    dilakukan pada setiap minggu dan direkodkan dalam buku log pengetua. Melalui proses ini,

    pengetua dapat membimbing dan menunjuk ajar melalui perkongsian bersama pemimpin

    pertengahan berkaitan apa juga bidang kerja masing-masing. Melalui pendekatan ini,

  • 5/20/2018 Concepts and Theories in Education

    12/23

    12

    pemahaman yang jelas tentang apa juga isu yang berlaku dan mekanisma yang terbaik untuk

    membantu mereka akan diperolehi. Pengalaman pengetua dalam laluan kerjayanya sebagai

    Guru Kanan, Penyelia Petang, Penolong Kanan dan seumpamanya di samping pengetahuan

    semasa mengikuti kursus dan sebahagainya perlu digunakan sepenuhnya untuk tujuan

    bimbingan berkenaan.

    Budaya coaching mentoring perlu dijalankan dengan terancang agar. Pengetua perlu

    menyusun strategik atau membuat jadual pemantauan yang meliputi semua tahap dalam

    organisasinya. Sebagai contoh pengetua boleh memantau penolong-penolong kanan

    sekolahnya semasa pengajaran dan pembelajaran, para ketua bidang memantau para ketua

    panitianya dan seterusnya. Dengan adanya budaya seperti ini, para guru akan sentiasa

    memperbaikan kaedah pengajaran dan pembelajarannya. Kesannya, kelemahan dalam

    pengajaran dan pembelajaran dapat dikurangkan malahan dapat memberi impak kepada

    keputusan pelajar.

    Selain itu bagi membugarkan budaya ilmu di kalangan pendidikan dan kakitangan,

    mesyuarat atau perjumpaan guru perlu diisi dengan aktiviti wacana ilmu melalui

    pembentangan oleh guru dan kakitangan secara bergilir. Melalui wacana ilmu ini pelbagai

    input baru berkaitan perkembangan muktahir pendidikan dapat didedahkan dan dikongsikan

    bersama. Antara pengisiandalam wacana ilmu ini ialah ulasan buku, penemuan baru dalam

    pendekatan pembelajaran, teori-teori terkini pendidikan atau apa sahaja yang bermanfaat

    utnuk tujuan pendidikan. Natijahnya, apabila seseorang pendidik berkenaan mempunyai

    kekuatan ilmu yang tinggi dan penguasaan trend pendidikan kontemporari pastinya akan

    dapat membantu mendidik anak-anak murid yang lebih berkesan.

    Usaha memantapkan keilmuan guru seterusnya diperluaskan kepada pelanggan utama

    sekolah iaitu pelajar-pelajar dengan menerapkan budaya ilmu bagi memastikan setiap

    mereka bukan sahaja bijak dari segi keintelektualannya tetapi juga pintar dan berketrampilan

    dalam aspek-aspek lain. Antara uasaha yang boleh kita amalkan bagi menjadikan sekolah

    sebagai satu oraganisasi pembelajaran adalah mengalakkan pelajar membawa laptop ke

    sekolah agar mereka sentiasa dan dengan mudah memperolehi maklumat dalam dunia siber

    ini. Mereka sebenar boleh belajar lebih jauh lagi dan luas dengan network globaling yang

    mana mereka boleh berperanan menjadi sebahagian daripada organisasi pembelajaran yang

    lebih besar lagi. Pembelajaran pelajar sekolah tidak seharusnya tertumpu pada buku-buku

    yang adalah di sekolah sahaja. Saya masih ingat lagi semasa berada di bangku sekolah.

    Guru-guru kami menggalakkan pelajarnya tidak tertumpu pada buku teks sahaja tetapi perlu

    merujuk pada buku-buku rujukan yang ada di pasaran. Dengan harapan pelajar dapat

  • 5/20/2018 Concepts and Theories in Education

    13/23

    13

    maklumat tambahan selain dari buku teks. Tapi usaha ini memerlukan kos yang lebih besar

    dan kebanyakan pelajar pada masa itu, tidak berkemampuan bagi membeli buku rujukan

    yang biasanya mahal. Oleh demikian, kebangkitan internet telah banyak membantu dalam

    pendidikan masa kini. Saya kira semua pelajar perlu mahir dalam teknologi internet ini

    kerana mereka boleh memanfaatkannya di dalam pelajaran mereka.

  • 5/20/2018 Concepts and Theories in Education

    14/23

    14

    SOALAN 3

    Setiap organisasi, secara amnya, merupakan himpunan individu ( dua atau lebih ) yang

    menjalankan tugas tersendiri mengikut unit kerja, yang kemudiannya diselaraskan bagi

    mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan.

    Kenyataan diatas menunjukkan bahawa organisasi merupakan satu sistem sosial yeng

    merangkumi semua bentuk kumpulan, termasuk syarikat perniagaan, badan kerajaan dan

    separuh kerajaan, kumpulan sukarela, badan kebajikan, agama dan sebagainya.

    CIRI-CIRI ORGANISASI

    1. Sesebuah organisasi yang telah dibentuk akan melambangkan identitinya yang

    tersendiri.

    Misalnya, sebuah universiti seharusnya melambangkan tempat untuk menimba ilmu, sebagai

    sebuah pusat penyelidikan, dan juga sebagai sebuah institusi yang memberi perkhidmatan

    dan sumbangan kepada masyarakat sama ada dalam bentuk bimbangan atau nasihat, dan

    pengajaran dan pembelajaran lain. Untuk mencerminkan identiti atau nilai-nilai tinggi

    sebagai sebuah menara gading, universiti hendaklah memainkan peranan yang diharapkan

    oleh masyarakat kampus khususnya dan masyarakat awam amnya. Dengan demikian fungsi

    sesebuah universiti itu didapati berbeza dengan organisasi-organisasi lain yang mempunyai

    objektif tertentu.

    2.

    Di dalam sesebuah organisasi, sama ada organisasi kecil atau besar, ia

    mempunyai hierarki atau tingkat autoriti

    Jika dibandingkan antara kedua-dua organisasi kecil dan besar, sudah tentu ia berbeza dari

    segi bilangan hierarki (tingkat) aktiviti dan bilangan kakitangan pengurusan pada setiap

    tingkat. Misalnya organisasi besar mungkin mempunyai lebih daripada tiga tingkat autoriti

    dan setiap tingkat autoriti itu akan mempunyai lebih daripada tiada atau empat pegawai yang

    bertanggungjawab kepada ketua-ketua mereka yang berada pada peringkat yang lebih tinggi

    lagi.

    3. Di dalam sesebuah organisasi, terdapat pembahagian kerja berdasarkan jenis

    pekerja atau bahagian yang diwujudkan.

    Pada umumnya, organisasi pembuatan mewujudkan bahagian-bahagian seperti bahagian

    pengeluaran dan pentadbiran. Di bahagian pentadbiran, terdapat beberapa unit lain seperti

    personal, pemasaran dan kewangan. Organisasi yang mempunyai tiga bahagian itu

    beroperasi secara pembahagian kerja mengikut tanggungjawab tertentu.

  • 5/20/2018 Concepts and Theories in Education

    15/23

    15

    4. Bagi menentukan aktiviti organisasi supaya berjalan dengan teratur seperti

    yang dirancangkan, ia memerlukan sistem pengawasan, penyelarasan dan

    pengawalan ke ats perjalanan aktiviti.

    Dengan demikian, di dalam sesebuah organisasi, peraturan, dasar, prosedur, dan sistem

    hubungan hendaklah dijelaskan kepada kakitangan dengan jelas dan nyata.

    Berdasarkan defini dan ciri-ciri organisasi di atas dapatlah kita simpulkan bahawa sekolah

    juga merupaka sebuah organisasi.

    Pengorganisasian suatu sekolah bergantung pada beberap aspek antaranya: jenis, tahap, dan

    sifat sekolah yang berkaitan. Susunan organisasi sekolah bergantung pada keputusan Menteri

    Pendidikan dan kebudayaan tentang susunan organisasi dan tata kerja jenissekolah tersebut

    (Depdikbud, 1983:2) dalam struktur organisasi terdapat hubungan dan mekanisma kerja

    antara pengetua sekolah, guru, murid dan pegawai pelajaran serta pihak lain di luar sekolah.

    Organisasi sekolah adalah suatu sistem yang bergerak dan berperanan dalam merumuskan

    tujuan pendewasaan manusia sebagai makhluk sosial agar mampu berinteraksi dengan

    persekitaran. Dengan itu, kita dapat belajar bagaimana cara melengkapi diri kita ketika

    berhadapan dengan suatu masalah sehingga kita dapat menyelesaikannya. Dengan

    kematangan, maka kita dapat menyelesaikan masalah kita dengan baik dan kita juga mampu

    berinteraksi dengan orang dipersekitaran kita.

    A. Bentuk-bentuk Organisasi sekolah

    Setiap unit kerja diketuai oleh seorang pemimpin yang menduduki posisi menurut tingkat

    unit kerjanya di dalam keseluruhan organisasi. Posisi, tanggungjawab dan autoriti di dalam

    sesuatu kelompok formal terikat pada struktur dan dibatasi oleh peraturan-peraturan yang

    mendasari pembentukkan organisasi kerja tersebut. Hubungan kerja yang didasari autoritidan tanggungjawab, baik secara menegak atau pun mendatar dan diagonal akan

    menunjukkan pola tertentu sebagai mekanisma kerja. Dengan kata lain pembahagian tugas,

    dan tanggungjawab serta arus perwujudan tugas, akan menggambarkan organisasi kerja.

    Jenis-jenis organisasi itu antaranya:

    1. Line Organization

    Dalam jenis ini semua hak dan kekuasaan berada pada pemimpin tertinggi. Pekerja yanglain disebut bawahan dn tidak mempunyai hak serta kuaa kerana berada pada kedudukan

  • 5/20/2018 Concepts and Theories in Education

    16/23

    16

    sebagai pelaksana tugas dari atasan. Tiada ada inisiatif dan kreativiti, semua tugas harus

    dilaksanakan mengikut arahan. Segala arahan dan penyampaian tanggngjawab dalam

    organisasi jenis ini dilakukan melalui prosedur dari atas ke bawah dan sebaliknya.

    2.

    Staff Organization

    Dalam jenis organisasi ini, semua hak, kuasa dan tanggungjawab diberi secara mutlak

    pada unit kerja yang ada secara berperingkat. Setiap unit memperolehi sebahagian hak

    dalam menentukan kebajiakan asalkan tidak bertentangan dengan kebijaksanaan umum

    dari pemimpin tertinggi. Autoriti dan tanggungjawab diberikan sepenuhnya, dan

    pemimpin sebagai penyelia. Tanggungjawab disampaikan secara bertingkat-tingkat

    sesuai dengan tanggungjawab dan kuasa yang diberikan.

    3. Line and Staff Organization

    Jenis ini merupaka gabungan dari kedua jenis organisasi di atas, jenis meletakkan

    pemimpin tertinggi sebagai pemegang hak dan kuasa tertinggi terakhir. Tidak semua hak,

    kuasa dan tanggunjawab dibahagikan sepenuhnya pada unti kerja yang ada, tugas yang

    bersifat prisipal tetap berada pada atasan atau pemimpin tertinggi. Pemimpin unti kerja

    sebagai staf memperolehi tanggungjawab dalam bidang kerja masing-masing asalkan

    tidak berhubungan dengan tugas menjadi kuasa pemimpin tertinggi.

    4. Fungsional Organization

    Dalam jenis ini, pembahagian hak dan kuasa dilakukan berdasarkan fungsi yang dibuat

    oleh unit keja yang diangkat dan menerima tanggungjawab untuk menjalankan

    tanggungjawabnya diserahkan pada orang yang mempunyai keahlian dalam bidang kerja

    masing-masing. Kuasa yang diberikan dibatasi dengan bidang teknik yang memerlukan

    kepakaran tertentu secara khusus.

    B. Struktur Organisasi Sekolah

    Struktur organisasi sekolah adalah struktur yang telah dirancang di peringkat

    Kememterian Pelajaran sebagai satu proses perancanaan yang strategi yang meliputi

    semua perkara bagi menjadikan sekolah sebagai satu organisasi yang terancang dan

    boleh berjalan dengan sendirinya.

    Ciri sekolah yang paling penting ialah organisasi birokratiknya (Robert, 1970)

  • 5/20/2018 Concepts and Theories in Education

    17/23

    17

    Pengkelasan murid mengikut umur, mata pelajaran dan pencapaian.

    Guru dikhususkan mengikut bidang dan kepakaran

    Kakitangan pentadbiran menjalankan tugas mengikut bidang-bidang yang

    dipertanggunjawabkan.

    Pentingnya Organisasi Sekolah

    Organisasi sekolah yang baik menghendaki tugas-tugas dan tanggungjawab dalam

    menjalankan penyelenggaraan sekolah untuk mencapai tujuannya dibahagikan secara sama

    rata dengan baik sesuai dengan kemampuan dan autoriti yang telah ditentukan. Sekolah

    sebagai institusi pendidikan semestinya mempunyai organisasi yang baik agar tujuan

    pendidikan formal ini dicapai sepenuhnya. Kita mengetahui unsur personal di dalamlingkungan sekolah adalah pengetua, guru dan murid. Di samping itu sekolah sebagai

    institusi pendidikan formal di bawah penyeliaan jabatan pelajaran. Di negara kita, pengetua

    sekolah adalah kuasa tertinggi di sekolah itu, sehingga ia berperanan sebagai pemimpin

    sekolah dan dalam struktur organisasi sekolah ia padatempat yang paling atas. Melalui

    struktur organisasi yang ada, orang akan mengetahui dan autoriti pengetua sekolah dan tugas

    guru.

  • 5/20/2018 Concepts and Theories in Education

    18/23

    18

    SOALAN 4

    BUDAYA SEKOLAH

    Budaya sekolah secara amnya adalah kepercayaan, pandangan, hubungan, sikap, peraturanbertulis dan tidak bertulis yang membentuk dan mempengaruhi setiap aspek. Aspek

    bagaimana sekolah itu berfungsi, fizikal dan emosi pelajar tentang keselamatan mereka

    semasa berada di sekolah, aspek keadaan kelas, tempat awam dan sejauh mana penglibatan

    sekolah dalam kaum, etnik, bahasa dan kepelbagaian budaya di negara kita.

    Maksud budaya sekolah menurut Banks dan Banks (1993), Deal dan Peterson (1998) ialah

    sistem sosial yang mempunyai budaya tersendiri. Ia terdiri dari norma institusi, struktur

    sosial, kepercayaan, nilai, simbol, tradisi, matlamat dan tujuan yang tersendiri untuk

    membentuk organisasi sendiri. Berdasarkan kajian Budaya Sekolah Rendah: Hubungan

    dengan Kepimpinan, Komitmen Organiasai dan Pencapaian Akademik oleh Yaakob, 2007.

    Menurut Hopkin (2005), kajian-kajian menunjukkan salah satu faktor penghalang kepada

    pencapaian sekolah ialah budaya organisasi sekolah. Justeru itu, reformasi pendidikan harus

    memberi fokus kepada budaya terlebih dahulu sekiranya mutu pendidikan hendak

    ditingkatkan. Sekolah-sekolah di Malaysia mempunyai persamaan dari segi kurikulum,

    bentuk bangunan, kelayakan guru dan prasarana. Namun yang membezakan sekolah ialah

    unsur budaya sekolah dan unsur inilah yang dikatakan penentu pada keberkesanan sekolah

    (Bolman & Deal, 1992; Sharifah Md Nor, 2000). Memandangkan budaya dibentuk oleh

    warganya, maka budaya boleh berubah dan orang yang paling berpengaruh untuk mengubah

    dan mencorakkan budaya sekolah ialah kepimpinan sekolah.

    Budaya sekolah Mempengaruhi keberkesanan sekolah

    Melalui definisi di atas, terdapat beberapa sifat yang dapat kita pastikan dalam membentuk

    budaya sekolah. Setiap sifat dan dalam rangkaian budaya mempunyai fungsi dan peranan

    serta pengertian yang tersendiri yang menjadi asas sekolah. Maksud yang tersirat dalam

    sifat-sifat budaya sekolah menurut shatar Sabran (2001) adalah seperti simbol, norma yang

    terdiri daripada Mores dan resam, nilai dan kepercayaan dan ritual, bahasa, tradisi dan

    perayaan, konvensi dan andaian dan pengetahuan.

    Sudah menjadi fitrah setiap manusai yang cinta akan sesuatu yang cantik, bersih dan

    ceeria. Begitulah juga dengan pelajar-pelajar sekolah yang memerlukan persekitaran sekolah

  • 5/20/2018 Concepts and Theories in Education

    19/23

    19

    yang baik bagi meransang pembentukkan jiwa yang tenang dan aman dalam menimba ilmu

    pengetahuan. Jadi tidak hairanlah mengapa pihak sekolah amat menekankan aspek iklim dan

    persekitaran sekolah yang biak. Mana mungkin pelajar dapat belajar dengan tenteram

    sekiranya persekitaran sekolahnya kucar kacir, kotor, berbau dan bising. Di tambah pula

    dengan hubungan antara pelajar dan guru yang sentiasa tegang, guru tidak mesra, sikap

    pelajar yang suka nakal dan suka bergaduh. Hal ini boleh menyumbang ke arah pemerosotan

    prestasi pelajar, masalah ponteng dan disiplin pelajar yang sukar untuk dibendung kesan

    daripada iklim dan persekitaran sekolah yang negatif.

    Sebuah sekolah boleh juga mengalami iklim positif dan negatif (Smith, 1995). Pada

    kebiasaannya, sebuah sekolah yang iklimnya dianggap positif mempunyai ciri-ciri fizikal

    sekolah yang bersih dan menarik, hubungan sosial yang baik antara semua warga sekolah

    serta susunan kerja yang produktif. Manakala iklim negatif atau tertutup lazimnya

    mempunyai keadaan sekolah yang kucar kacir, kurang selamat, tidak tenteram dan teratur,

    malah menghadapi konflik dan masalah disiplin (Mok Soon Sang, 2003).

    Usaha untuk mewujudkan suatu iklim yang sihat amat penting dalam membina

    sekolah yang berkesan. Salah satu aspek penting dalam iklim persekolahan adalah faktor

    keceriaan. Menurut Kamus Dewan, ceria dapat diertikan sebagai sesuatu yang cantik, bersih,

    suci dan murni dalam sesuatu ruang atau kawasan tertentu. Manakala menceriakan

    bermaksud menjadikan sesuatu ruang atau kawasan tertentu kelihatan ceria, bersih, dan

    cantik dengan mengindahkannya, memurnikan, mnyucikan serta mendidik dan memelihara.

    Oleh hal yang demikian, semua warga sekolah patut berganding bahu dalam mewujudkan

    iklim sekolah yang positif dengan mengindahkan kawasan sekolah seperti menanam pokok-

    pokok bunga, memelihara kebersihan, melukis mural yang sesuai serta menghiasi bilik

    darjah dengan pelbagai bahan pengajran yang menarik (Abdullah Sani bin Yahya, 2007).

    Sekiranya keceriaan sekolah tidak dijaga, hal ini akan mewujudkan suasana sekolah yang

    mati dan membosankan apabila kita menjejakkan kaki ke kawasan sekolah tersebut.

    Dengan keadaan sekolah yang tidak teratur, rumput-rumput tumbuh meliar dan panjang,

    kereta dan basikal yang tidak tersusun, bilik darjah, tandas dan makmal yang kotor, cermin-

    cermin tingkap yang penuh dengan debu, longkang yang tersumbat dan berbau busuk serta

    kawasan sekolah yang penuh dengan sampah sarap. Iklim sekolah yang sebegini akan

    mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan seterusnya menggambarkan

    bagaimana sikap dan budaya negatif warga sekolah tersebut.

  • 5/20/2018 Concepts and Theories in Education

    20/23

    20

    Pada amnya, iklim dan persekitaran sekolah akan membawa pengaruh yang penting

    terhadap pembentukkan tingkah laku, imej mental, aspirasi dan interaksi sosial bagi anggota-

    anggota di dalamnya (Abdullah Sani bin Yahya, 2007). Terdapat kajian yang menunjukkan

    bahawa sekolah yang berpencapaiaan tinggi mempunyai tahap keceriaan yang lebih baik

    berbanding sekolah yang persekitarannya kurang ceria (Mohd Redzauddin bin Ismail, 2008).

    Oleh hal yang demikian, suasana dan iklim sekolah adalah amat penting dalam membantu

    pelajar untuk belajar dengan tenteram dan selesa. Selain itu, apabila kawasan persekitaran

    sekolah yang cantik dan ceria, pelajar tidak akan jemu untuk hadir ke sekolah lagi kerana

    measa bahagia berada di kawasan sekolah. Hal ini bukan sahaja dapat mengelakkan masalah

    ponteng sekolah dalam kalangan pelajar malah masalah disiplin pelajar dapat dikurangkan

    kerana emosi pelajar tidak terganggu.Dalam masa yang sama, sesebuah sekolah yang cantik

    dan menarik pasti akan mendapat pujian daripada pelbagai pihak terutamanya ibu bapa

    pelajar yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Mereka akan bertambah yakin

    dengan pihak pentadbiran sekolah yang mampu mewujudkan suasana sekolah yang kondusif

    bagi membantu proses pembelajaran anak-anak mereka.

    Sememangnya sudah menjadi impian untuk setiap warga sekolah untuk menjadikan

    sekolah masing-masing yang terbaik di antara yang terbaik. Tetapi tidak dinafikan terdapat

    halangan-halangan tertentu dalam merealisasikan hasrat terseut. Salah satu halangan

    terhadap melaksanakan sesuatu projek keceriaan biasanya timbul daripada masalah

    kewangan. Dalam hal ini semua pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Pihak sekolah

    perlu berusaha mencari penaja, pelajar pula boleh menjalankan kutipan derma melalui

    program-program tertentu. Selain itu, gotong-royong secara berkala, pertandingan keceriaan

    kelas, membersihkan kawasan sekolah 5 minit sebelum kelas bermula, mampu memastikan

    kebersihan dan keceriaan kelas di tahap yang baik. Kadang kala halangan untuk mewujudkan

    budaya cinta akan kebersihan dan keceriaan sekolah adalah berpunca daripada segelintirguru dan para pelajar yang enggan memberikan kerjasama. Oleh itu, sikap dan gaya

    kepimpinan pihak pengurusan sekolah yang berwibawa seharusnya mampu menangani

    halangan ini dengan sebaiknya. Sekiranya iklim dan persekitaran sekolah dalam keadaan

    yang bersih dan ceria, sudah pasti motivasi dan prestasi pelajar dapat ditingkatkan ke tahap

    yang optimum seterusnya mewujudkan budaya sekolah yang positif.

  • 5/20/2018 Concepts and Theories in Education

    21/23

    21

    Faktor-faktor yang mempengaruhi budaya sekolah

    Daripada yang kita ketahui, setiap sekolah mempunyai budaya yang tersendiri yang

    membentuk sistem yang tersendiri. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi dalam

    membentuk budaya sekolah. Antara faktor-faktornya ialah nilai dan misi, struktur organisasi,

    komunikasi yang berkesan, persekitaran kerja, pemilihan dan pengambilan pekerja,

    perancangan kurikulum, belanjawan dan pengurusan sumber, sistem nasihat dan disiplin dan

    komuniti.

    Definasi visi, misi dan nilai

    Visi ialah tanggapan dan pandangan yangnjauh dan mendalam, terutamanya yang berkaitan

    dengan perkembangan masa depan dan sebagainya (kamus Dewan Edisi Empat). Visi juga

    merupakan matlamat sekolah yang berorientasikan pencapaian. Misi ialah memberi arah tuju

    dan tujuan sekolah yang nyata. Ia adalah cara merancang pelan operasi bagi mencapai

    objektif dan sasaran oleh masyarakat sekolah. Nilai adalah bagaimana sifat-sifat dapat

    dicapai.

    Nilai dan visi mempengaruhi budaya sekolah.

    Budaya sekolah merupakan elemen yang penting dalam sesebuah sekolah dan dipengaruhi

    oleh nilai dan kepercayaian yang menjadi asas dan vivi sekolah. Selain itu, struktur dan

    sistem sekolah membolehkan sekolah memilih cara bagaimana ia menjalankan aktiviti visi.

    Visi sekolah terdapat dalam pernyataan dasar sekolah yang timbul daripada nilai dan

    kepercayaan sekolah. Visi dan misi sangat penting di dalam sesebuah sekolah, ini merupakan

    matlamat sekolah dan hala tuju sesebuah sekolah. Visi dan misi mempunyai ciri-ciri yang

    tersendiri dalam membentuk wawasan sekolah dan merupakan pemangkin setiap warga

    sekolah untuk mencapainya. Oleh itu, nilai dan visi merupakan pengaruh yang penting dalam

    membentuk budaya sekolah dan tanggungjawab warga sekolah untuk mencapainya. Ini

    adalah kerana nilai dan visi adalah cermin sesebuah sekolah tersebut.

  • 5/20/2018 Concepts and Theories in Education

    22/23

    22

    RUJUKAN

    1. Abdullah Sani bin Yahaya (1997). Mengurus Sekolah, Kuala Lumpur : PTS

    Profesional Publishimg Sdn. Bhd.

    2.

    Bath R. (2002). The Culture Builder, Educational Leadership, 59(8): 6-11.

    3. Corner, J.P.(1980). School Power: Implications of an Intervention Projet. New York:

    The Free Press

    4. Fox, R. S. (1995). In Introduction To Teaching: Psycological Perspertives 1995.

    Blackwell: Oxford UK and Cambridge USA.

    5. Kementerian Pendidikan Malaysia (1981). Kurikulum baru sekolah rendah:

    Matlamat, rasional, bidang pelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran.

    Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Ilmu.

    6. Mohd Redzauddin bin Ismail (2008). Hubungan Rekabentuk Landskap Sekolah

    Dengan Pencapaian Prestasi Akademik Pelajar Sekolah Menengah di Besut,

    Terengganu. Selangor : Universiti Putra Malaysia.

    7. Mok Soon Sang (2003).Peperiksaan penilaian tahap kecekapan Skim Perkhidmatan

    Guru: Bahagian II: Kompetensi khusus/fungsi (pengurusan pengajaran dan

    pembelajaran)Selangor: Kumpulan Budiman.

    8.

    Patterson, J. L., Purkey, S. C & Parker, J. V (1986). Productive School System for

    Nonrational World. Alexandria, VA: ASCD.

    9.

    Stop, S (1994).Leadership for School Culture.(Electronic Version), ERIC Digest 91.

    Diperoleh pada November 20, 2011 daripada http//www.ericdigest.org/

    http://rftactical.darkbb.com/index.htmhttp://rftactical.darkbb.com/index.htmhttp://rftactical.darkbb.com/index.htmhttp://rftactical.darkbb.com/index.htmhttp://rftactical.darkbb.com/index.htmhttp://rftactical.darkbb.com/index.htm
  • 5/20/2018 Concepts and Theories in Education

    23/23

    23