Complete Audio Visual Lab1
-
Upload
balamurali -
Category
Documents
-
view
241 -
download
0
Transcript of Complete Audio Visual Lab1
-
8/14/2019 Complete Audio Visual Lab1
1/9
E4121-SISTEM AUDIO VISUAL
UJIKAJI: 1 (video)
Tujuan: Mengkaji,mempelajari dan mengenalpasti komponen video.
Alatan: Video VCR
Teori: Lukiskan dan terangkan gambarajah bulatan pita pada dram.
i) Gambarajah blok asas system kawalan asas VCR
ii) System kawalan asas VCR semasa main balik
iii) System servo kepala video
iv) System servo kapstan
Gambarajah blok asas dan Sistem kawalan asas VCR semasa rakaman
1. Fungsi-fungsi setiap blok dalam Rajah di atas
1.1 Pengaliran isyarat RF ( isyarat frekuensi tinggi) yang diterima melalui
antena diagihkan oleh pemisah 2 hala dan keluaran berbentuk isyarat audio
dan video ke penala.
-
8/14/2019 Complete Audio Visual Lab1
2/9
Pengesan IF (FA) Pemisah dua hala menyebabkan kehilangan keamatan
medan elektrik 4 hingga 5 dB.
1.2 Apabila SW1 dan SW2 disetkan ke atas, isyarat penala terbentuk dan terus
dihantar ke VCR untuk rakaman . Apabila suis SW1dan SW2 disetkan ke
bawah inputluaran pula masuk ke VCR untuk dirakam.
1.3 Untuk memantau rakaman yang sedang dibuat, isyarat audio dan video
dikeluarkan melalui penukar RF dan seterusnya ke terminal keluaran melalui
sambungan E-E (Electronic Signal).
1.3.1 Isyarat keluaran Penukar RF menjadi gelombang TV dan sebagai
isyarat RF(UHF/VHF) melalui Suis 3.
1.3.2 Apabila gelombang TV diterima tanpa melalui VCR , Suis 3 diset ke
atas.
Ini menjadikan aliran isyarat dari antena ke keluaran VHF melalui Pemisah
Dua Hala. Jika kunci/butang rekod ditekan dan SW3 disetkan ke TV
maka program pada saluran lain akan dirakam.
Sistem kawalan asas VCR semasa main balik
-
8/14/2019 Complete Audio Visual Lab1
3/9
2. Sistem kawalan asas VCR semasa main balik
Untuk proses main balik, isyarat video yang telah dirakam akan dibaca semula oleh
Kepala Video A dan Video B dengan menggunakan Litar Pensuisan.
Isyarat Luminance dan Chroma yang di baca, terlebih dahulu akan dipisahkan denganmenggunakan Litar Pemisah.
Isyarat Luminance dalam bentuk FM diubah semula kepada isyarat yang asal.
Kedua kedua isyarat dicampurkan kepada bahagian Adder untuk membentuk
isyarat komposit yang asal.
Bagi isyarat denyut kawalan yang dirakam akan dibaca semula oleh Control Head.
Isyarat ini akan dihantar ke bahagian litar Kawalan Capstan Servo.
3. Sistem Servo kepala video.
Rajah Blok Servo Dram.
-
8/14/2019 Complete Audio Visual Lab1
4/9
Proses pensuisan kepala video merujuk rajah pensuisan kepala video semasa main balik
diatas:-
- Semasa main balik isyarat dari kepala A dan kepala B diasingkan secara elektrik
melalui penguat. Ini bertujuan untuk mengurangkan kesan gambar dari rakaman yang
dibuat bertindih.
- Cara yang digunakan ialah dengan kaedah pensuisan iaitu memilih hanya kepala yang
sedang digunakan sahaja dibenarkan beroperasi. Bekalan kuasa ke pra-penguat
dikawal pada kadar 25Hz dari penjana isyarat berselang seli.
- Pemasaan pensuisan dibuat supaya isyarat bersambung tanpa celahan atau gangguan.
Rajah 2: Rajah Blok Sistem Servo Kapstan
2.1 Proses kawalan kelajuan pita video dan penjejakan diterangkan dengan merujuk
kepada gambarajah kapstan servo.
2.1.1 Semasa mainbalik pemasaan rujukan baru perlu digunakan untuk system
servo. Rujukan digunakan bagi menentukan trek yang telah dirakam berada
tepat pada kepala video di mana isyarat segerak pugak telah dirakam.
-
8/14/2019 Complete Audio Visual Lab1
5/9
Rakaman pemasaan dibuat pada trek berasingan sepanjang panjang bahagian
bawah pita yang dipanggil penjejakan
2.1.2 Penjejakan sangat diperlukan bagi memastikan pita bergerak pada kelajuan
yang sama dengan semasa rakaman. Denyut untuk penjejakan dirakam oleh
kepala perakam pegun yang diletakkan sebelum tiang kapstan / pinch roller.
Isyarat penyegerakan dari isyarat video komposit dengan isyarat denyut dari
penjejakan disegerakkan supaya gambar yang dihasilkan lebih baik.
Keputusan:
1) Sistem servo motor
2) Head-head yang terdapat dalam video VCR
a. Erase head
Motor
ka stan
Gambar
penuh sistem
-
8/14/2019 Complete Audio Visual Lab1
6/9
b. Video head
c. Head audio
Full track
erase head
Video head
dimana pita
video
-
8/14/2019 Complete Audio Visual Lab1
7/9
3) Drum yang terdapat di dalam video VCR
Drum ini
lebih
dikenali
sebagai
head drum
dan juga
terdapat
head audio /
control head
Audio
erase
System
head audio
-
8/14/2019 Complete Audio Visual Lab1
8/9
PERBINCANGAN
Selepas membuat lab mendapat banyak pengetahuan tentang alat pemain VCR dan
komponen-komponen yang asas yang digunakan untuk penyakodkan apa yang terdapat dalam
tape yang dipasang. Terdapat beberapa komponen yang diperlukan seperti head drum, sistem
servo kepada video dan servo kapston.
Drum head didalam VCR adalah penting kerana ia adalah menerima isyarat dari tape
dan menghantar isyarat. Disebabkan itu, drum head diletak dalam posisi yang condong
kerana tape yang digunakan menggunakan rakaman jenis helical. Rakaman bentuk helical
dapat menyimpan lebih banyak data mudah untuk membaca. Jadi drum head diletak dalam
keadaan condong untuk mudah membaca.
Sistem servo di dalam VCR digunakan untuk kawalan gelung kelajuan dan gelung
fasa digunakan untuk mengawal motor yang memutarkan silinder kepala video. Pada
permulaan semasa pita tepe transparent masuk motor akan putar dengan laju apabila isyarat
setelah dikesan motor akan berpusing pada kelajuan yang dikehendaki dan pita bergerak pada
kelajuan yang tetap.
Selain iu terdapat dua lagi head yang penting untuk menghasilkan gambar yang penuh
iaitu audio head dan full track erase head. Audio head befungsi untuk membaca isyarat audio
dari tape. Head erase terdapat dua iaitu head erase untuk audio dan full track erase head.
Kedua-dua head digunakan untuk memadam isi dalam tape. Full rack erase head memadam
semua isi manakala erase audio hanya memadam audio sahaja.
KESIMPULAN
Kesimpulan yang dapat dibuat daripada ujikaji ini ialah dapat mengenalpasti system
kawalan asas VCR,system kawalan asas VCR semasa main balik,system servo kepala video
dan system servo kapstan.Ujikaji ini telah mencapai objektifnya kerana semua gambar yangdi kehendaki telah berjaya di kenal pasti dan di ambil.
-
8/14/2019 Complete Audio Visual Lab1
9/9