Cambridge International Examinations Cambridge ... · Johan terima e-mel ini daripada kawannya,...

16
This document consists of 14 printed pages and 2 blank pages. DC (LK/FD) 131161/3 © UCLES 2017 [Turn over Cambridge International Examinations Cambridge International General Certificate of Secondary Education *7864768647* MALAY 0546/22 Paper 2 Reading May/June 2017 1 hour Candidates answer on the Question Paper. No Additional Materials are required. READ THESE INSTRUCTIONS FIRST Write your Centre number, candidate number and name in the spaces at the top of this page. Write in dark blue or black pen. Do not use staples, paper clips, glue or correction fluid. DO NOT WRITE IN ANY BARCODES. Answer all questions. The number of marks is given in brackets [ ] at the end of each question or part question.

Transcript of Cambridge International Examinations Cambridge ... · Johan terima e-mel ini daripada kawannya,...

This document consists of 14 printed pages and 2 blank pages.

DC (LK/FD) 131161/3

© UCLES 2017 [Turn over

Cambridge International ExaminationsCambridge International General Certificate of Secondary Education

*7864768647*

MALAY 0546/22

Paper 2 Reading May/June 2017

1 hour

Candidates answer on the Question Paper.

No Additional Materials are required.

READ THESE INSTRUCTIONS FIRST

Write your Centre number, candidate number and name in the spaces at the top of this page.

Write in dark blue or black pen.

Do not use staples, paper clips, glue or correction fluid.

DO NOT WRITE IN ANY BARCODES.

Answer all questions.

The number of marks is given in brackets [ ] at the end of each question or part question.

2

0546/22/M/J/17© UCLES 2017

BLANK PAGE

3

0546/22/M/J/17© UCLES 2017 [Turn over

Bahagian 1

Latihan 1 Soalan 1–5

Baca soalan-soalan berikut. Tanda kotak jawapan yang betul.

1 Lif di pusat membeli-belah rosak. Anda harus guna …

A

A B C D

[1]

B

C

D

2 Kaki Amin sakit. Kasutnya terlalu …

A mahal

B ketat

C cantik

D berwarna [1]

3 Sally mahu arnab untuk hari jadinya.

A

A B C D

[1]

B

C

D

4

0546/22/M/J/17© UCLES 2017

4 Maniam pergi ke kolam untuk …

A membeli-belah

B berenang

C belajar

D tidur [1]

5 Suzi suka bermain muzik. Bapanya menghadiahkannya …

A gitar

B kereta

C jam

D bunga [1]

[Total: 5]

5

0546/22/M/J/17© UCLES 2017 [Turn over

Latihan 2 Soalan 6–10

Lihat gambar-gambar berikut:

A B C

D E F

Tulis huruf yang betul (A, B, C, D, E atau F) di dalam kotak yang berkaitan.

6 Ibu Alan merawat orang sakit.

7 Kakak Amna mendapat hadiah daripada kawannya.

8 Joan menjaga binatang di sini.

9 Helen menyimpan semua gambar percutiannya di sini.

10 Ujang menaiki kereta api dari tempat ini ke rumah neneknya.

[Total: 5]

6

0546/22/M/J/17© UCLES 2017

Latihan 3 Soalan 11–15

Johan terima e-mel ini daripada kawannya, Sean. Baca e-mel berikut dengan teliti.

Johan

Semasa cuti sekolah, saya pergi ke majlis perkahwinan sepupu saya di Kuantan.

Ibu bapa pengantin perempuan datang dari Itali. Mereka suka melihat adat perkahwinan orang Melayu. Mereka suka budaya Malaysia.

Bapa saudara saya gembira kerana anaknya sudah berkahwin, tetapi dia juga sedih sebab sepupu saya akan ikut isterinya pulang ke Itali dan bekerja di sana.

Majlis keluarga pengantin perempuan diadakan di sebuah hotel di sini juga.

Mereka menghidangkan makanan barat dan makanan Melayu.

Beritahulah saya apa kamu buat semasa cuti sekolah.

Sean

Tanda kotak yang betul.

11 Semasa cuti sekolah Sean pergi ke majlis apa?

A hari jadi

B perkahwinan

C perpisahan

[1]

12 Apakah yang orang Itali suka lihat?

A kawan-kawan mereka

B kampung orang Melayu

C budaya orang Malaysia

[1]

7

0546/22/M/J/17© UCLES 2017 [Turn over

13 Mengapakah bapa saudara Sean sedih?

A sebab anaknya akan meninggalkannya

B sebab anaknya tidak ada kerja

C sebab anaknya berkahwin

[1]

14 Di manakah majlis pengantin perempuan diadakan?

A di rumah

B di sekolah

C di hotel

[1]

15 Apakah jenis makanan di majlis pengantin perempuan?

A makanan Melayu sahaja

B makanan barat dan makanan Melayu

C makanan barat sahaja

[1]

[Total: 5]

8

0546/22/M/J/17© UCLES 2017

Bahagian 2

Latihan 1 Soalan 16–20

Baca teks berikut.

Setiap tahun, Sekolah Kemboja memilih seorang pelajar yang boleh dijadikan contoh kepada pelajar-pelajar lain. Pada tahun ini, Preeta Samy, 15 tahun, dipilih sebagai pelajar terbaik.

Preeta pandai dalam semua mata pelajaran. Dia bergiat dalam sukan, drama dan kegiatan-kegiatan sukarelawan. Preeta menang dalam acara larian dan menjadi johan renang. Dia juga mengutip derma untuk sekolah. Keluarga Preeta sebuah keluarga yang rajin. Bapa Preeta bekerja di pejabat pos dan ibunya tidak bekerja.

Setiap hari Preeta menolong ibunya membuat kuih untuk dijual sebelum dia pergi ke sekolah. Selepas sekolah dia membuat kerja sekolah dan menolong adiknya membuat latihan.

Preeta selalu menolong orang dan suka mengulang kaji di rumah.Dia mahu menjadi seorang doktor.

Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan perkataan Melayu yang sesuai di bawah.

mengutip pelatih sukan contoh

sukarelawan rajin mata pelajaran utama

membuang kaya

16 Preeta ialah seorang pelajar yang dijadikan pelajar ................................ di Sekolah Kemboja. [1]

17 Dia pandai dalam semua ................................ di sekolah. [1]

18 Selain daripada menjadi seorang pelajar dia juga seorang ................................ . [1]

19 Keluarga Preeta ialah keluarga yang ................................ . [1]

20 Dia tidak suka ................................ masa. [1]

[Total: 5]

9

0546/22/M/J/17© UCLES 2017 [Turn over

Sila buka halaman untuk Latihan 2.

10

0546/22/M/J/17© UCLES 2017

Latihan 2 Soalan 21–28

Baca rencana berikut dan jawab soalan-soalan dalam Bahasa Melayu.

Sekarang ini, sangatlah mudah bagi kita untuk menjadi malas dan tidak membuat aktiviti-aktiviti yang menggunakan tenaga kita. Ini adalah disebabkan oleh teknologi baharu seperti komputer dan internet.

Kebanyakan orang sering duduk di depan komputer atau komputer riba dan juga alat-alat perhubungan elektronik yang lain. Mereka berhubung dengan satu sama lain, bermain permainan, membaca buku, membuat penyelidikan tanpa perlu berjalan jauh dari komputer mereka.

Dari segi perhubungan, mereka tidak perlu berjumpa dengan kawan-kawan lagi. Mereka boleh menghantar pesanan dan bersembang dengan sesiapa sahaja di serata dunia.

Mereka tidak perlu berjalan jauh ke perpustakaan atau ke kedai-kedai untuk membeli buku sebab semua bahan boleh didapati dalam internet.

Barang-barang rumah juga boleh dipesan melalui internet. Cara memasak makanan kegemaran kita juga boleh didapati dengan mudah.

Ini antara faedah internet dan komputer zaman sekarang.

Walau bagaimanapun, ada yang kurang baik. Ada orang yang tidak pandai mengurus masa dan menghabiskan banyak waktu melayari lelaman web yang tidak berfaedah.

Ada bahaya pengguna internet mungkin berjumpa dan berhubung dengan orang yang mereka tidak kenal.

Ramai juga orang membeli barang melalui internet. Bahayanya ialah orang lain boleh mencuri wang dari bank kita dengan menggunakan maklumat akaun kita. Kita mesti berhati-hati semasa menggunakan perkhidmatan online.

11

0546/22/M/J/17© UCLES 2017 [Turn over

21 Apakah yang membuat kita mudah menjadi malas sekarang ini?

......................................................................................................................................................[1]

22 Bagaimanakah orang berhubung dengan satu sama lain? Beri dua contoh.

..........................................................................................................................................................

......................................................................................................................................................[2]

23 Mengapakah sekarang orang tidak perlu pergi ke perpustakaan?

......................................................................................................................................................[1]

24 Apakah lagi yang boleh didapati dengan mudah melalui internet?

(i) .................................................................................................................................................[1]

(ii) .................................................................................................................................................[1]

25 Apakah yang dibuat oleh orang yang tidak pandai mengurus masa?

......................................................................................................................................................[1]

26 Apakah bahaya berhubung melalui internet?

......................................................................................................................................................[1]

27 Bagaimanakah orang lain boleh mencuri wang kita?

......................................................................................................................................................[1]

28 Apakah kita mesti buat semasa menggunakan perkhidmatan online?

......................................................................................................................................................[1]

[Total: 10]

12

0546/22/M/J/17© UCLES 2017

Bahagian 3

Latihan 1 Soalan 29–33

Semasa cuti sekolah, Arif bekerja di sebuah pejabat pelancongan. Baca rencana di bawah dengan teliti.

Pengalaman saya sebagai pemandu pelancong - Arif Ahmad

Saya sudah lama berminat dalam bidang pelancongan. Sejak kecil lagi saya suka melihat gambar-gambar pemandangan di negara orang. Saya suka mendengar cerita kawan-kawan yang pulang selepas bercuti di luar negeri. Jadi, saya ingin bekerja dalam bidang pelancongan apabila saya tamat sekolah.

Pada pendapat saya, pekerjaan dalam bidang pelancongan memberi kita peluang untuk melancong; melihat negara orang lain, berkongsi pengalaman dan mengenali budaya mereka.

Saya mendapat peluang membuat pekerjaan sambilan dalam bidang pelancongan semasa musim cuti yang lalu. Bapa saudara saya ialah seorang agen pelancongan yang membawa pelancong-pelancong dari luar negara ke tempat-tempat menarik di negara kita. Negara kita mempunyai banyak tempat-tempat yang menarik dan bersejarah. Ramai pelancong suka melawat negara kita.

Bapa saudara saya mempunyai sebuah syarikat pelancongan sendiri. Dia sibuk sepanjang tahun sebab ramai pelancong datang dari Eropah, Timur Tengah dan dari negara China dan Jepun, terutama sekali semasa musim cuti sekolah di negara masing-masing.

Oleh kerana dia tidak cukup pekerja, dia meminta saya menolongnya dalam bulan April lalu selama sebulan.

Sebelum saya mula bekerja dengannya, saya membuat penyelidikan dan membaca tentang tempat-tempat menarik dan bersejarah di Malaysia, seperti Melaka dan Kedah.

Kumpulan pelancong yang pertama yang saya bawa ke Pulau Langkawi adalah dari negara Jepun. Ada lima orang pelancong dan mereka sangat berminat tentang sejarah dan cerita-cerita rakyat Pulau Langkawi. Nasib baik saya tahu mengenai lagenda Mahsuri dan juga tentang Padang Beras Terbakar.

Pada mulanya saya berasa takut dan bimbang, tetapi pengalaman ini telah menambah pengetahuan saya mengenai negara saya sendiri.

Pengalaman ini juga menambah keyakinan diri saya sendiri kerana bukan sahaja saya boleh bertemu dengan orang ramai tetapi juga bertukar pendapat dengan mereka mengenai negara mereka.

13

0546/22/M/J/17© UCLES 2017 [Turn over

Jawab soalan-soalan berikutnya dengan menandakan BETUL atau SALAH. Jika kenyataan itu SALAH, betulkannya berdasarkan teks di atas.

(Terdapat 2 kenyataan yang betul dan 3 kenyataan yang salah)

Contoh: BETUL SALAH

Arif tidak suka bekerja dalam bidang pelancongan

3

Arif sudah lama berminat dalam bidang pelancongan ..........................................................................................................................................................

BETUL SALAH

29 Bekerja dalam bidang pelancongan boleh memberi peluang seseorang mengenali budaya orang lain.

..........................................................................................................................................................

BETUL SALAH

30 Syarikat pelancongan bapa saudara Arif membawa pelancong dari dalam negeri melawat tempat-tempat menarik.

..........................................................................................................................................................

BETUL SALAH

31 Syarikat pelancongan ini tidak sibuk sebab tidak ada pelancong sepanjang tahun.

..........................................................................................................................................................

BETUL SALAH

32 Sebelum Arif bekerja dengan bapa saudaranya, dia membuat penyelidikan tentang tempat-tempat bersejarah.

..........................................................................................................................................................

BETUL SALAH

33 Pada akhir pengalaman bekerjanya, Arif masih berasa takut dan bimbang.

..........................................................................................................................................................

[Total: 8]

14

0546/22/M/J/17© UCLES 2017

Latihan 2 Soalan 34–39

Baca e-mel di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya dalam Bahasa Melayu.

Julia,

Saya minta maaf kerana tidak menulis sejak kami berpindah ke Geneva bulan lepas. Bapa saya mendapat pekerjaan baharu di Geneva dan kami semua terpaksa mengikutnya ke sini. Dia sudah pun memulakan pekerjaan baharunya dan ibu saya pula sibuk menyiapkan rumah kami.Saya sudah mula belajar di sebuah sekolah antarabangsa di Geneva. Sekolah ini tidak begitu jauh dari rumah saya. Pada mulanya ibu saya menghantar saya ke sekolah. Kemudian selepas saya tahu jalan, saya menggunakan bas untuk pergi dan balik dari sekolah.

Sejak kami berpindah ke sini, saya sudah mendapat ramai kawan baharu. Ada juga kawan-kawan daripada masyarakat Malaysia di sini, tapi ramai juga daripada masyarakat antarabangsa sebab di sekolah saya ramai para pelajar adalah dari pelbagai negara. Di sekolah, saya juga dapat mencuba dan merasa banyak jenis makanan tempatan. Tetapi saya masih rindukan makanan Malaysia!

Saya tidak ada masalah belajar sebab semua mata pelajaran diajar dalam bahasa Inggeris. Saya sudah mula belajar bercakap bahasa Perancis. Pada mulanya agak sukar sedikit, tetapi dengan bantuan kawan-kawan saya, saya mula suka bercakap bahasa Perancis.

Switzerland ialah sebuah negara yang aman dan cantik. Banyak gunung yang masih ada salji. Saya dan keluarga saya pasti akan melawat dan mendaki gunung-gunung ini semasa cuti sekolah. Saya tidak sabar untuk bercuti di gunung dan mengambil gambar untuk saya hantar kepada kamu.

Sekarang ini bapa saya masih sibuk dengan kerjanya. Ibu saya juga masih belum biasa dengan jalan-jalan di sini. Kami menunggu hujung minggu supaya dapat berjalan-jalan dengan bapa saya.

Saya selalu ingat Julia dan kawan-kawan kita yang lain. Ramai yang menghubungi saya melalui e-mel dan berskype. Jadi, hilanglah rindu saya kepada mereka dan saya tahu apa yang mereka buat.

Saya harap Julia dapat datang melawat saya di sini nanti.

Jangan lupa jawab e-mel ini, ya?

Mariam

15

0546/22/M/J/17© UCLES 2017

34 Mengapakah keluarga Mariam berpindah ke Geneva?

......................................................................................................................................................[1]

35 Mengapakah mudah bagi Mariam untuk menyesuaikan diri di sekolah baharunya?

..........................................................................................................................................................

......................................................................................................................................................[2]

36 Apakah pendapat Mariam tentang Switzerland?

......................................................................................................................................................[1]

37 Apakah rancangan Mariam semasa cuti sekolah?

......................................................................................................................................................[1]

38 Mengapakah Mariam mesti tunggu untuk bapanya membawanya berjalan-jalan?

......................................................................................................................................................[1]

39 Bagaimanakah cara Mariam terus mengikuti perkembangan kawan-kawannya?

......................................................................................................................................................[1]

[Total: 7]

16

0546/22/M/J/17© UCLES 2017

Permission to reproduce items where third-party owned material protected by copyright is included has been sought and cleared where possible. Every

reasonable effort has been made by the publisher (UCLES) to trace copyright holders, but if any items requiring clearance have unwittingly been included, the

publisher will be pleased to make amends at the earliest possible opportunity.

To avoid the issue of disclosure of answer-related information to candidates, all copyright acknowledgements are reproduced online in the Cambridge International

Examinations Copyright Acknowledgements Booklet. This is produced for each series of examinations and is freely available to download at www.cie.org.uk after

the live examination series.

Cambridge International Examinations is part of the Cambridge Assessment Group. Cambridge Assessment is the brand name of University of Cambridge Local

Examinations Syndicate (UCLES), which is itself a department of the University of Cambridge.

BLANK PAGE