asstmnt2

25
[Type the document title] [Type the document subtitle] [Type the abstract of the document here. The abstract is typically a short summary of the contents of the document. Type the abstract of the document here. The abstract is typically a short summary of the contents of the document.] dania [Pick the date]

Transcript of asstmnt2

Page 1: asstmnt2

[Type the document title][Type the document subtitle]

[Type the abstract of the document here. The abstract is typically a short summary of the contents of the document. Type the abstract of the document here. The abstract is typically a short summary of the contents of the document.]

dania[Pick the date]

Page 2: asstmnt2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS ILMU KHAS

NAMA : NUR ALDANIAH BINTI JAMIL

NO I/C : 900822-06-5334

KUMPULAN : G 3.3 PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

TAJUK KURSUS : HUBUNGAN ETNIK (WAJ 3106)

NAMA PENSYARAH : EN.SAIFUL ANUAR BIN ALIAS

TARIKH HANTAR : 21 FEBRUARI 2011

2

Page 3: asstmnt2

KANDUNGAN

PENGHARGAAN. . . . . . . . . 4

TAJUK : ISU-ISU DALAM HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA KE ARAH PEMBENTUKAN 1

MALAYSIA DARI SEGI MEDIA DAN FILEM. . . . . . .. . . . .5

PRAKATA. . . . . . . . . .6

ISU-ISU DALAM HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA MELALUI MEDIA MASSA. . . . . 7

ISU-ISU DALAM HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA MELALUI FILEM. . . . . .13

RUMUSAN. . . . . . 17

RUJUKAN. . . . . . . . . . .18

PENGHARGAAN

3

Page 4: asstmnt2

ersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kuniaNya dapat juga saya menyiapkan tugasan kerja

kursus pendek saya yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk isu-isu dalam hubungan etnik bagi

menggambarkan hubungan antara pelbagai etnik di Malaysia kearah pembentukan 1 Malaysia yang bertemakan

media, filem dan hubungan etnik. Tugasan kerja kursus pendek ini amat penting buat saya memandangkan perkara

ini merupakan sebahagian daripada tugasan yang wajib dilaksanakan untuk mendapatkan markah yang baik dalam

tajuk kursus hubungan etnik ini.

Sekalung perhargaan untuk pensyarah saya iaitu En. Saiful Anuar Bin Alias kerana membimbing dan member tunjuk

ajar yang sangat berguna kepada saya sepanjang saya menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini. Seterusnya,

terima kasih juga kepada rakan-rakan saya yang banyak membantu dan bersama-sama berusaha mencari maklumat

serta berhempas pulas dalam menyempurnakan tugasan masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini

mengenai tugasan ini amat saya hargai.

Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung

sepanjang tugasan kerja kursus pendek ini dilaksanakan.

4

Page 5: asstmnt2

ISU-ISU DALAM HUBUNGAN ETNIK DI

MALAYSIA KE ARAH PEMBENTUKAN 1

MALAYSIA DARI SEGI MEDIA DAN FILEM

PRAKATA

alaysia terdiri daripada masyarakat

yang “multiracial” dan “multiculture” yang mempunyai

asas-asas kukuh untuk mewujudkan masyarakat yang

lebih berbudaya, berilmu, bermoral dan mendokong

cita-cita murni bangsa Malaysia berteraskan konsep

negara bangsa. Melalui konsep negara bangsa ini,

semua masyarakat mendukung satu bangsa dan satu

negara yang tegak di atas satu identiti negara yang

5

Page 6: asstmnt2

sama yang di menifestasikan oleh pemikiran, nilai-nilai

sosio-budaya, lambang-lambang dan sentiasa

berpegang kepada jiwa kemanusiaan dan kerohanian

yang tinggi. Bangsa yang bertamadun mempunyai

identiti peradabannya yang tersendiri. Seterusnya,

istilah etnik sebenarnya berasal daripada perkataan

Yunani iaitu ethnos yang bermaksud orang. Etnisiti

ialah rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Ini

bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub-budaya

yang jelas di mana anggotanya merasa disatukan

dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang

sama. Etnik sering berbeza dalam ciri-ciri budaya

seperti adat resam, pola keluarga, pakaian,

pandangan mengenai kecantikan, hiburan dan

kegiatan ekonomi.

Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan,

Melanau dan pelbagai lagi boleh dianggap sebagai

etnik. Etnik pada dasarnya bersikap etnosentrik iaitu

menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul

dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang

dipandang rendah dan ganjil, berada ditahap rendah

atau tidak bermoral. Hubungan etnik adalah antara isu

yang paling penting dalam sejarah pembentukan

negara bangsa Malaysia. Dalam sebuah negara multi-

etnik dengan sistem politik yang berpaksikan etnik

dengan banyak parti politik yang ditubuhkan untuk

mewakili kepentingan kumpulan etnik mereka yang

tersendiri, etnisiti sering dipolitikkan untuk mendapat

undi, kuasa, dan kekuasaan. Isu hubungan etnik dan

masalah yang timbul daripada “hubungan” ini

bukanlah perkara yang baru dalam konteks Malaysia.

Masalah tinggalan era penjajah ini kerap timbul dari

masa ke semasa walaupun pelbagai usaha dilakukan

untuk mengurus dan menyelesaikannya. Dalam

beberapa tahun ini sahaja, kita berhadapan dengan

pelbagai masalah yang mencabar keutuhan hubungan

etnik di negara ini dan memberi tanda tanya tentang

keberkesanan program-program yang telah

diperkenalkan untuk mewujudkan perdamaian dan

perhubungan etnik yang positif. Antara permasalahan

yang timbul ialah papan iklan “1 Malaysia” yang

diharamkan di sekitar Selangor, novel yang bertajuk

“Interlok” sebagai buku teks komponen sastera

(KOMSAS) di sekolah menengah mencetuskan isu

perkauman,iklan hari raya pada 4 Disember 2010 yang

ditarik balik dan banyak lagi.

ISU-ISU DALAM HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA MELALUI MEDIA MASSA

IAITU MEDIA CETAK DAN MEDIA ELEKTRONIK

6

MEDIA MASSA

Page 7: asstmnt2

edia massa merupakan satu media

yang menyalurkan maklumat terkini kepada pengguna

dan terdapat dua jenis media massa iaitu media cetak

dan media elektronik. Media elektronik terbahagi

kepada beberapa saluran iaitu radio, televisyen dan

komputer. Radio hanya dapat menyampaikan

maklumat dalam bentuk audio manakala televisyen

menyalurkan maklumat secara audio dan visyen dan

ini merupakan cara yang paling berkesan kerana

penglihatan dapat memberi ingatan yang lebih

mendalam. Media cetak pula terdiri daripada surat

khabar, majalah, cerpen dan novel yang mengandungi

bentuk tulisan dan gambar. Pada masa kini, surat

khabar, novel, majalah dan cerpen merupakan bahan

bacaan yang umum dalam kehidupan seharian kita

kerana bahan bacaan tersebut mudah didapati dimana

sahaja samada di kedai buku dan sebagainya dengan

harga yang berpatutan yang dapat dimiliki oleh

sesiapa saja. Di samping itu, satu bentuk media massa

yang semakin popular digunakan dalam kalangan

masyarakat Malaysia ialah penggunaan internet

dengan kata lain penggunaan jalur lebar yang

membolehkan seseorang itu mendapatkan maklumat

dengan cepat dan pantas sehingga terbinanya

pepatah yang menyatakan “Segala maklumat hanya

dihujung jari anda”.

Kesenangan dalam mencapai perkhidmatan media

massa oleh rakyat secara langsungnya memudahkan

penyaluran maklumat kepada pembaca atau

penonton. Oleh itu, rakyat akan mudah didedahkan

dengan maklumat dan konsep yang akan dipaparkan

oleh media massa dan ini akan membantu mereka

mengenali, memahami dan seterusnya menerima

maklumat dan konsep yang disiarkan. Secara tidak

langsung, perpaduan antara etnik dan konsep

integrasi bangsa dapat diterapkan dalam hati

pengguna media massa selaras dengan peranan

sebenar media massa iaitu menyebarkan maklumat

yang dapat mengeratkan hubungan erat antara etnik

dengan etnik yang lain di Malaysia. Walau

bagaimanapun, pengaruh media massa boleh

disalahgunakan dan mendatangkan kesan negatif

terhadap perpaduan negara. Hal seperti ini akan

berlaku jika media massa dipergunakan oleh pihak-

pihak yang tidak bertanggungjawab untuk

memaparkan unsur dan maklumat yang negatif serta

maklumat yang tidak benar atau ditokok tambah.

Keadaan-keadaan tersebut akan merosokkan

perpaduan negara dan mungkin akan menimbulkan

kesalahfahaman di kalangan rakyat Malaysia.

Sumber : Internet

ISU-ISU HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA MELALUI MEDIA CETAK

SURAT KHABAR

Surat khabar berperanan untuk meyiarkan isu-isu semasa yang berlaku samada berkaitan dengan hubungan

etnik mahupun tidak. Di samping itu, melalui surat khabar, masyarakat dapat memahami dan belajar untuk hidup

harmoni dalam satu masyarakat yang berbilang kaum dan etnik. Secara tidak langsung ia dapat mengeratkan lagi

7

Page 8: asstmnt2

hubungan persahabatan antara kaum yang ada di Malaysia yang mempunyai kira-kira 40 buah etnik. Selain itu, surat

khabar juga menyediakan tempat bagi masyarakat untuk menyuarakan pendapat dan pandangan mereka tentang

hubungan etnik atau perselisihan faham antara rakyat yang berbilang kaum supaya sesuatu masalah itu dapat diatasi

dengan serta merta. Baru-baru ini, suatu isu yang sangat besar telah timbul di sidang akhbar iaitu isu slogan

1Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri kita iaitu Datuk Seri Najib Razak yang dikatakan diciplak dari negara

luar. Hal ini telah menyebabkan rakyat iaitu dari pelbagai kaum samada Melayu. Cina dan India menjadi keliru dan

tidak mengendahkannya sedangkan dengan slogan itu, rakyat dari berbilang bangsa dan etnik dapat bersatupadu

dalam kelompok yang aman dan harmoni. Slogan 1Malaysia ini telah dikatakan diciplak daripada negara Indonesia

dan Israel kerana mereka juga menggunakan slogan yang sama seperti kita iaitu “1 Indonesia” dan “One Israel”.

Sehubungan dengan itu, dari segi logo juga ia menampakkan persamaan yang ada iaitu dengan menggunakan objek

nombor 1 dan pada kelainannya pula ialah di dalam nombor 1 tersebut dimasukkan bendera negara masing-masing

seperti gambar di bawah ini. Walau bagaimanapun, Perdana Menteri kita iaitu Datuk Seri Najib Razak berkata

bahawa kenyataan itu suatu pembohongan dan beliau tidak menciplak daripada mana-mana negara sekalipun.

Gambar 2 : Isu yang telah ditimbulkan oleh sesebuah pihak yang telah menyebabkan rakyat keliru.

Sumber: Berita Harian

“Itu adalah satu pendustaan besar, kita tidak menciplak konsep 1Malaysia ini,” kata Datuk Seri Najib ketika

menyampaikan ucapan perasmian Konvensyen Tritahunan ke-25 Cuepacs di Universiti Malaysia (UM). Gagasan

8

Gambar 1: Logo 1Malaysia yang dikatakan diciplak dari negara luar iaitu 1Indonesia dan One Israel.

Sumber : Internet

Page 9: asstmnt2

1Malaysia yang dikatakan diciplak ini sebenarnya mempunyai matlamat untuk menganjurkan nilai-nilai yang mampu

membantu mengukuhkan perpaduan nasional antara kaum dan etnik yang berlainan kerana slogan 1Malaysia

tersebut ialah “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”, dengan slogan ini kita dapat melihat bahawa keperluan

rakyat diutamakan dahulu, tidak kira samada berlainan kaum, etnik, agama dan sebagainya ia tetap sama dan

Malaysia adalah untuk semua rakyatnya. Hal ini kerana kita tidak mahu rakyat memberi komen tentang masalah yang

berkaitan dengan isu-isu yang melibatkan kaum di Malaysia seperti rakyat India dipinggirkan dan sebagainya kerana

ia akan memberi kesan buruk dalam hubungan etnik dan juga kepada negara sendiri. Selain itu, gagasan 1Malaysia

juga menganjurkan budaya hidup walaupun agama, budaya, cara hidup dan keutamaan pelbagai kaum di Malaysia

berbeza-beza, mereka perlu mendekati sesuatu isu daripada perspektif “Malaysian”. Di samping itu, gagasan ini juga

menekankan pendekatan di mana kerajaan membantu semua kaum dan golongan yang memerlukan bantuan agar

tiada sesiapapun merasa bahawa mereka telah dipinggirkan dalam arus perdana pembangunan negara yang ingin

mencapai wawasan 2020.

Akhir sekali, adalah menjadi tanggungjawab setiap anggota masyarakat untuk membantu usaha bagi meningkatkan

perpaduan malah menyuburkan cara hidup harmonis antara kaum. Setiap anggota dalam masyarakat berbilang kaum

perlu menganggap dirinya sebagai seorang ahli dalam keluarga besar “keluarga Malaysia” untuk merapatkan lagi

ukhwah di antara kaum dan etnik yang berlainan. Beliau juga telah memberi penjelasan bahawa, “Kita melangkah ke

hadapan kepada realiti bukan kepada sesuatu yang direka dan kita perlu mencapai apa yang kita katakan bukan tidak

berpijak di bumi yang nyata,” jelasnya. 1Malaysia ini adalah kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan

terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara yang maju. Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran

dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan

perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

NOVEL

Novel atau buku teks subjek Sastera Bahasa Melayu yang akan digunakan oleh pelajar Tingkatan Lima sekolah

menengah tahun depan ditarik balik kerana ada dakwaan menyatakan bahawa kandungannya menyentuh sensitiviti

kaum, mengkritik dan menghina orang Melayu serta India. Persetujuan menarik balik serta merta buku teks bertajuk

Interlok karya Abdullah Hussain itu dipersetujui oleh Penolong Pengarah Unit Bahasa Melayu dan Kesusasteraan

Melayu, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran, Sairi Adenan dan Pengarah Jabatan

PenerbitanDewan Bahasa dan Pustaka dan ramai lagi.

9

Gambar 3: Novel Interlok yang ditarik balik

Sumber : Internet

Page 10: asstmnt2

Novel Interlok ini bertemakan integrasi tiga kaum utama di Malaysia, iaitu Melayu, Cina, dan India yang terpaksa

melalui pelbagai cabaran untuk hidup bersama-sama dalam sebuah negara yang bebas dan bermaruah. Pak Musa,

Maniam, dan Kim Lock masing-masing hidup dalam dunia yang berasingan sehingga mereka ditemukan dalam situasi

yang menyebabkan mereka terpaksa bergantung antara satu sama lain. Pak Musa terpaksa berhutang dengan Kim

Lock untuk membeli harta dan hidup senang tetapi tidak sempat melunaskan hutangnya sebelum mati. Akibatnya

semua hartanya diambil oleh Kim Lock menyebabkan anak dan isterinya melarat. Maniam pula membawa diri

meninggalkam isteri yang sarat mengandung akibat difitnah oleh Suppiah, orang kampungnya sendiri. Kim Lock pula

lebih mementingkan harta benda hingga memandang rendah terhadap orang-orang lain di sekelilingnya. Walau

bagaimanapun dalam generasi kedua, Seman anak Pak Musa menyelamatkan Poh Eng anak Kim Lock, manakala

Poh Eng menyelamatkan Maniam. Yew Seng anak kepada Kim Lock yang cedera di kaki lebih suka menerima kaki

palsu yang didermakan oleh masyarakat sekeliling. Berikut merupakan petikan yang menjadi perdebatan hangat yang

menyentuh sensitiviti di kalangan masyarakat India di negara ini, semata-mata kerana terdapat perkataan paria dalam

menceritakan pengembaraan Maniam yang berasal dari Tircur, Kerala ke Tanah Melayu sebelum negara ini merdeka

lagi.

Petikan 1: petikan yang menyentuh sensitiviti kaum India dengan menggunakan perkataan “paria”.

Sumber : Novel Interlok

Tindakan yang mungkin meyebabkan Kementerian Pelajaran menarik balik novel yang diluluskan semata-mata atas

dasar perkauman, yang kononnya membelakangkan semangat 1Malaysia di kalangan masyarakat yang berbilang

bangsa kerana generasi muda tidak sekali-kali boleh dibenarkan mengikis sejarah antara kaum yang membentuk

kekuatan rakyat Malaysia yang wujud hari ini. Kasta, gaya hidup dan pengasingan kaum yang pernah berlaku di

Tanah Melayu suatu masa dulu adalah pengalaman yang membuatkan generasi baru Malaysia hari ini lebih kuat dan

cekal bagi mengubah kehidupan masing-masing. Contoh terbaik ialah rakyat India pada hari ini berjaya mengetepikan

sistem kasta yang dibawa dari India dan mereka kini bukan sahaja duduk sama rendah serta berdiri sama tinggi

dengan rakyat Malaysia lain, malahan ramai di kalangan mereka telah mencatat kejayaan yang luar biasa.

10

'MANIAM masih muda. Umurnya baru mencapai 30 tahun. Badannya tegap dan tulang

rangkanya besar, perawakannya tinggi, kulitnya hitam, alis matanya tebal dan anak mata

hitamnya segar di kelilingi dengan mata putih yang menjolok. Satu tanda yang amat jelas bagi

orang pertama kali bertemu dengan Maniam ialah dia menyimpan misai yang kecil. ‘Di dalam

kapal dia tidak susah. Sebahagian besar daripada penumpang dek yang bersama-samanya itu

dapat bercakap dalam satu bahasa sahaja, bahasa Tamil. Mereka yang dari arah ke utara

sedikit bercakap bahasa Malayalam atau Telugu, tapi hampir semuanya tahu bahasa Tamil.

Malayalam dan Telugu pun berasal dari satu rumpun bahasa Dravidia. Satu perkara besar yang

membuatkan mereka senang bergaul adalah mereka tergolong dalam satu kasta paria. Mereka

tidak perlu takut akan mengotori sesiapa kalau bersentuhan. Mereka juga bebas bergaul.

Tempat di dalam kapal itu tidak teratur’.

Page 11: asstmnt2

Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum tidak boleh menidakkan atau menafikan hakikat sejarah

permulaan persahabatan antara semua kaum sejak sebelum merdeka lagi. Tindakan mempolitikkan novel ini hanya

kerana perkataan yang mungkin mengingatkan kaum India mengenai pengasingan status yang pernah dialami nenek

moyang mereka, perlu dilihat kembali. Novel Interlok pentas terbaik mengajar dan mengingatkan generasi Malaysia

kini terhadap pahit maung nenek moyang mereka untuk menjadikan negara ini aman dan mahu silaturahim antara

rakyat daripada pelbagai kaum menjadi kukuh dan gagasan 1Malaysia dapat dicapai dan kita sebagai generasi

mereka yang ada pada hari ini haruslah menghargai kepayahan dan pengorbanan mereka dahulu.

ISU HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA MELALUI MEDIA ELEKTRONIK

IKLAN DI TELEVISYEN

Televisyen memainkan peranan penting dalam

mengeratkan hubungan etnik kerana melalui

televisyen, rakyat dapat mengetahui berita-berita di

seluruh negara dan apa yang berlaku sesama kaum.

Oleh itu, rancangan-rancangan yang boleh

menimbulkan isu-isu sensitif dari segi hubungan etnik

patut disingkirkan untuk mengelakkan daripada

berlakunya kejadian yang tidak diingini yang dapat

membuatkan hubungan etnik di Malaysia tidak dapat

bersatu padu lagi dan secara tidak langsung matlamat

1Malaysia tidak akan terlaksana dan tercapai. Iklan di

televisyen dapat mempengaruhi minda seseorang

kerana kebanyakkan iklan menggunakan gambar dan

warna yang menarik yang dapat menarik minat

penonton. Gambar-gambar etnik di negara kita dapat

mendidik rakyat tentang kewujudan etnik berlainan

dan juga dapat memupuk perasaan kekitaan antara

satu sama lain. Semasa hari perayaan, stesen

televisyen sering menyiarkan iklan yang menunjukkan

kemesraan antara setiap etnik tanpa mengira kaum.

Dengan ini, perasaan persahabatan akan timbul dan

berakar dalam minda dan akan terjalinnya hubungan

yang mesra antara mereka semua.

Pada Hari Raya Aidilfitri 2010, satu iklan hari raya

yang disiarkan di kaca televisyen terkemuka iaitu TV3

ditarik balik kerana telah mencetuskan beberapa

kontrovesi yang menyentuh sentimental orang Islam di

Malaysia dan menunjukkan konsep 1Malaysia yang

melampaui batas. Hal ini menyebabkan banyak pihak

yang menentang dan menghentam penyiaran iklan ini.

11

Iklan Hari Raya Aidilfitri 2010 yang membawa 1001 kelainan

Sumber : Internet

Page 12: asstmnt2

Ini merupakan sinopsis iklan tersebut, iklan ini mengisahkan tentang seorang budak lelaki Melayu yang sedang

melihat sebuah buku bergambar di dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia. Kemudian terdapat sehelai muka

surat yang mempunyai gambar sebuah beca berwarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok krismas

dan bintang utara yang menutup sehelai muka surat lain bertulisan Jawi yang diterbalikkan.

Sumber : Internet

Tiba-tiba, bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk itu lalu membentuk sebuah beca merah yang

berlampu dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad

tersebut mempelawa budak Melayu itu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan budak tersebut mengikutnya

terbang bersama-sama menuju ke destinasi yang hendak dituju.

Motif sebenar iklan ini adalah ingin menyatukan pelbagai jenis etnik dan kaum di dalam Malaysia, tetapi ia tidak dapat

diterima oleh masyarakat kerana terdapat unsur-unsur yang berkaitan dengan agama. Oleh hal yang demikian, rakyat

di Malaysia meminta pihak penyiaran untuk menarik balik sebelum berlakunya kejadian yang tidak diingini kerana isu

agama sangat sensitif dan ia boleh mengundang kepada pergaduhan dan persengketaan antara kaum. Kita sebagai

rakyat Malaysia haruslah menjaga kesejahteraan dan keharmonian bersama di bawah satu bumbung iaitu negara

Malaysia supaya kita semua dapat hidup dalam negara yang aman dan damai. Konsep 1Malaysia boleh digunapakai

untuk membuat sesebuah iklan tetapi mestilah mengandungi jalan cerita yang tidak menyinggung mana-mana pihak

dan menyentuh sentimental pelbagai kaum dan etnik. Selain itu, pihak penyiaran juga haruslah membuat sesuatu

iklan yang dapat menarik minat masyarakat dan jika boleh sesuatu yang wujud atau maujud bukan mengikut

imaginasi dan sesuatu yang tidak wujud contohnya perkara yang berlaku di dalam iklan ini dimana seorang lelaki

yang separuh abad membawa beca yang terbang di awing-awangan yang membawa kanak-kanak ke sesuatu

tempat. Walaupun suasana dan gambar yang digunakan sangat menarik tetapi ia boleh memesongkan akidah

seseorang terutamanya kanak-kanak. Oleh itu, iklan seperti ini tidak harus dibuat dan kita boleh membuat iklan yang

bermotifkan persahabatan, bantu-membantu, hormat-menghormati dan terdapat banyak lagi nilai-nilai murni yang

12

Babak-babak di dalam iklan tersebut

Page 13: asstmnt2

boleh dijadikan iklan sebagai tontonan masyarakat di Malaysia. Secara tidak langsung, ia dapat menyampaikan

sesuatu mesej yang sangat berguna kepada masyarakat di negara ini.

ISU DALAM HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA MELALUI FILEM

FILEM GADOH

Filem negara adalah antara agensi di bawah pentadbiran

Kementerian Penerangan yang peranannya adalah menjadi pusat

penyimpanan dokumen atau arkib dalam bentuk visual yang membabitkan

kepentingan kerajaan. Walau bagaimanapun, filem negara juga sebenarnya

boleh menjadi agensi penting untuk menyebar propaganda atau dasar-

dasar kerajaan kepada rakyat. Dalam erti kata lain, filem negara adalah

satu lagi alat penting di bawah Kementerian Penerangan selepas Jabatan

Penyiaran untuk menghebahkan program atau propaganda kerajaan.

Seperti yang kita tahu, banyak filem di Malaysia ini berkisahkan tentang

cinta, keluarga, persahabatan, harta dan sebagainya tetapi kita jarang

mendengar atau melihat filem-filem yang berlatarbelakangkan isu-isu

perkauman dan hubungan etnik, mungkin ada beberapa filem tetapi boleh

dikira. Filem-filem yang mempunyai latarbelakang mengenai perkauman

dan hubungan etnik ialah filem estet, sepet, muallaf, gadoh dan

sebagainya. Filem-filem seperti ini banyak menceritakan tentang kaum dan

etnik di Malaysia samada mereka

dalam hubungan yang baik

mahupun tidak tetapi yang

penting adalah ia memberi mesej

dan maklumat yang berguna

kepada kita semua apabila kita

selesai menonton filem-filem

tersebut. Antara filem tersebut

adalah fillem gadoh yang

diarahkan oleh Brenda Danker

dan Namron. Filem ini merupakan

satu projek KOMAS bagi kempen

SATU BANGSA MALAYSIA.

Sumber : Internet

Filem Gadoh ini adalah mengenai sekumpulan pelajar-pelajar samseng antara Melayu dan Cina yang membenci di

antara satu sama lain disebabkan ada perasaan perkauman. Pelajar Melayu membenci pelajar Cina kerana mereka

adalah Cina dan pelajar Cina membenci pelajar Melayu adalah kerana mereka Melayu. Tiada sebab lain yang lebih

signifikan untuk mereka bergaduh melainkan perasaan benci terhadap kaum dan ini disebabkan mereka prejudis

terhadap kaum lain serta ia telah menjadi tradisi di sekolah itu bahawa murid yang berlainan kaum tidak akan dapat

duduk di bawah satu bumbung. Selain itu, mungkin melalui pengalaman-pengalaman peribadi mereka yang

13

Page 14: asstmnt2

menyebabkan mereka saling membenci antara satu kaum dengan kaum yang lain.

Pergaduhan yang berlaku telah tersebar di dalam media massa dan berita

tersebut menjadi perbualan hangat di kalangan masyarakat sekeliling, maka pengetua sekolah tersebut telah meminta

pandangan daripada para guru untuk mengatasi dan membaik pulih imej sekolah dan sekaligus dapat menyelesaikan

masalah pelajar-pelajar “rasis” ini. Seorang guru Cina telah mencadangkan satu cadangan iaitu mewajibkan pelajar-

pelajar yang bermasalah dari dua kumpulan kaum ini menyertai kelab teater yang akan ditubuhkan khas untuk

mereka. Alasannya adalah dengan teater, pelajar-pelajar akan dapat menghayati semangat ‘kemanusian’ lalu dapat

mengatasi perasaan benci di dalam diri mereka. Pengetua bersetuju dan guru tersebut telah mengajak teman

lamanya iaitu seorang pemuda lelaki Melayu melatih pelajar-pelajar tersebut berteater. Pelajar-pelajar Cina dan

Melayu tersebut akhirnya menyertai kelab teater tersebut dan lama-kelamaan kesan daripada latihan teater itu rasa

perkauman masing-masing semakin terhakis.

Gadoh memaparkan generalisasi orang-orang Melayu

dengan stigma bahawa orang Cina adalah penipu,

kaum yang tamak, pengotor manakala orang-orang

Cina pula memandang Melayu sebagai kaum yang

tidak menghormati mereka kerana merasakan diri

mereka sebagai rakyat kelas kedua dan Melayu

sebagai kaum pertama atau ‘tuan tanah’ yang diberi

keistimewaan-keistimewaan sekaligus menindas

mereka. Watak India pula mewakili kaum India di

negara ini yang minoriti sifatnya dibuli dan ditindas

serta tersepit di antara persengketaan kaum Melayu

dan Cina. Generalisasi seperti ini adalah persepsi

yang ditirunkan dari generasi ke generasi lain

semenjak Malaya ini mencapai kemerdekaan. Isu

perkauman ini sebenarnya bukanlah satu isu yang

baru dan ianya adalah bersifat universal. Setiap

manusia cenderung untuk memihak kepada kaumnya.

Kaumnya adalah yang tercantik. Kaumnya adalah

yang terhebat. Dan kaumnya adalah segala-galanya.

Ini adalah pembawakan 'gen'. Sekiranya kaumnya

diganggu oleh kaum lain tidak kiralah samada dari soal

politik, sosial dan agama mereka akan marah. Filem ini

merupakan sebuah filem yang sangat tepat pada

masanya dengan konsep 1Malaysia yang dicanang-

canangkan. Filem ini muncul untuk memperlihatkan

sejauh mana keihklasan setiap pemimpin dan rakyat

untuk menyahut 'konsep 1 Malaysia' samada ianya

adalah satu retorik ataupun benar-benar slogan

'pembaharuan' apabila masalah prejudis perkauman

masih lagi bersarang di dalam hati majoriti rakyat

Malaysia.

14Babak-babak di dalam

filem Gadoh

Sumber : Internet

Page 15: asstmnt2

FILEM ESTET

Sumber : Internet

Estet merupakan sebuah filem baru yang mempunyai konsep 1Malaysia yang diarahkan oleh Mamat Khalid.

Filem ini menggandingkan dua kaum iaitu kaum India dan Melayu dalam sebuah filem yang berkisarkan di sebuah

estet dan file mini juga bukanlah filem yang hanya dipersembahkan secara santai malah ianya adalah satu filem yang

memberi impak baru kepada rakyat Malaysia dalam mengenal konsep penyatuan dan kerjasama antara satu kaum

dengan satu kaum yang lain. Mamat Khalid yang dibantu oleh Farid Kamil dan Shasi Tharan membina Estet dengan

warna yang tidak pernah ada dalam filem kita di Malaysia. Filem ini juga dibantu oleh Jasmine Micheal sebagai heroin

utama selain daripada pelakon-pelakon ternama seperti Dato’ David Arumugam, K.S Maniam dan Rosyam Nor.

Dengan variasi pelakon dari dua kaum yang berbeza, filem Estet ini pastinya sebuah filem 1Malaysia yang ditunggu

oleh semua lapisan masyarakat.

Dua dunia Geetha dan Farid Sumber : Internet

Estet berkisarkan tentang Farid dan Shasi, mereka ialah sahabat baik yang berbeza kaum dan dunia hidup mereka di

sebuah estet. Perlawanan bola sepak akan diadakan di antara Estet Cinta Manis vs Estet Red Cobra. Tujuan

15

Babak-babak di dalam filem Gadoh

Sumber : Internet

Page 16: asstmnt2

diadakan semula pertandingan tersebut hanyalah kerana cubaan Pooniah untuk memiliki Geetha sebagai tebusan

bagi Subramaniam supaya melangsaikan hutangnya kepada Pooniah. Jika mereka menang, segala hutang pokok

dan bunga Subramaniam akan langsai tetapi jika sebaliknya mereka gagal, Geetha akan menjadi milik Pooniah! Farid

dan Shashi pula merupakan orang harapan pekerja estet yang lain untuk menyelamatkan penindasan yang berlaku

setiap hari oleh kerani estet iaitu Encik Pooniah. Geetha begitu tertawan dengan heroism dan kebenaran hati Farid

dan Shashi itu. Setiap penghuni estet  ingin mewakili estet untuk menjuarai pertandingan itu.  Sesi latihan dan

pemilihan pemain diadakan oleh Subramaniam iaitu bapa Geetha yang dilantik sebagai jurulatih. Ayah kepada

Shashi,  Apaa, rupa-rupanya pernah menjadi pemain bola negeri yang sangat mahir tetapi telah berlaku insiden

semasa perlawanan bola sepak estet itu dahulu dimana kaki beliau telah dipatahkan oleh Sofi Jikan, samseng estet

sebelah yang sengaja ingin menamatkan karier Apaa atas upahan Pooniah 20 tahun yang lalu!  Hidupnya kini penuh

kekecewaan dan perlawanan bola kali ini disambut dingin oleh beliau. Masalah itu membuat Subramaniam putus asa

lalu ingin membunuh diri tetapi berjaya diselamatkan oleh Geetha dan merayu supaya ayahnya itu mencari peluang

untuk menyelesaikan masalah itu dengan semangat bukan putus asa. Permasalahan itu menguatkan lagi semangat

setiakawan di antara pekerja estet mereka dan mereka berjanji akan gigih berlatih supaya mereka akan memperolehi

kemenangan.  Sudah tentu Pooniah dan koncu-koncunya cuba sedaya upaya untuk menghalang pasukan

Subramaniam dari menang.

Di sebalik kesantaian Estet, Mamat Khalid cuba menyelongkar dunia 1 Malaysia yang diwujudkan pimpinan negara.

Estet sebenarnya menegaskan tentang penyatuan dan kesepakatan antara dua kaum. Walaupun hanya dua kaum

sahaja yang dipaparkan, filem ini bukanlah terlalu racism. Babak watak cina juga ada dimasukkan untuk

menvariasikan filem ini. Sekaligus, Estet boleh dikatakan filem Malaysia yang penuh dengan realiti kehidupan

masyarakat kita yang mempunyai berbilang kaum dan etnik.

Sumber : Internet

Estet menepati sasaran. Ianya penuh dengan komedi dan lawak biasa seperti mana yang ada dalam filem

sebelumnya. Penuh dengan dialog santai, filem ini digarap dengan tema cerita biasa bertitik fokus kepada satu

pertandingan bola yang diadakan di sebuah estet. Keseluruhannya, garapan Mamat Khalid ini memang menarik dan

sesuai untuk semua masyarakat. Garapan ringan dan lawak yang tidak henti menyebabkan filem ini mungkin akan

berjaya menarik penonton dari pelbagai kaum mahupun agama. Filem Estet juga dapat memaparkan kepada kita

semua bahawa kita sebagai rakyat Malaysia harus bersatupadu dan berganding bahu untuk hidup dalam sebuah

negara yang aman dan sentosa.

16

Adegan di dalam filem Estet

Page 17: asstmnt2

RUMUSAN

Merujuk kepada hubungan etnik di Malaysia, etnik itu mempunyai identiti yang tertentu dan diamalkan mengikut kaum

masing-masing. Kepelbagaian identiti ini merupakan satu keunikan yang tersendiri yang tidak sewajarnya dicerobohi.

Usaha-usaha  ke arah menyeragamkan identiti ini akan menghakis kepelbagaian yang sedia ada demi mewujudkan

keharmonian dalam hubungan etnik. Keharmonian ini akan mantap sekiranya setiap etnik mempunyai sikap

menghormati hak-hak yang menjadi identiti etnik lain. Hubungan etnik ini pula tidak wajar dilihat dari sudut luaran

sahaja tetapi yang lebih pentingnya ialah sudut spiritual. Dalam hal ini, aspek-aspek yang menjadi teras kebudayaan

kebangsaan sewajarnya diperlihara iaitu kebudayaan kebangsaan haruslah beteraskan kepada kebudayaan rakyat

asal rantau ini, unsur-unsur kebudayaan dan Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan

kebangsaan. Ruang interaksi dalam menjaga keharmonian pelbagai etnik penting dan sewajarnya diperlihara. Hal ini

telah menjadi tanggungjawab setiap etnik dalam Malaysia supaya berfikir ke arah memperkayakan khazanar

kebudayaan masing-masing ini. Manakala aspek-aspek yang menjadi teras bagi satu-satu bangsa kuhususnya

perkara agama, wajar dihormati dan tidak dilampaui kerana perkara ini menjadi identiti bagi etnik tertentu.

Dalam konteks Malaysia, perkara asas ini tidak menimbulkan masalah kerana masyarakat Malaysia menghormati

sikap dan pandangan teras identiti masing-masing. Walau bagaimanapun, kadang kala tradisi budaya menghormati

antara etnik semacam tercemar atau mencairkan tradisi ketimuran. Hal ini disebabkan faktor penjajahan menerusi

konsep pecah dan perintah. Namun perkara ini dapat ditangani menerusi semangat setiakawan, toleransi dan

penghayatan nilai-nilai murni. Kesimpulannya, perpaduan kaum adalah perkara utama yang harus diberi perhatian

kerana pemupukan hubungan etnik antara masyarakat adalah amat penting bagi negara Malaysia yang

bermasyarakat majmuk serta menjamin kestabilan politik dan ekonomi negara. Kerajaan sentiasa prihatin dan

mengambil berat terhadap isu perpaduan ini supaya dapat mengekalkan keharmonian kehidupan di negara kita selain

menjaga kemerdekaan yang telah dicapai melalui perpaduan nenek moyang kita. Oleh yang demikian, setiap kaum,

golongan masyarakat dan semua pihak adalah terlibat bekerjasama dalam mencapai usaha yang murni ini bagi

menjamin kehidupan sejahtera yang berpanjangan.

17

Page 18: asstmnt2

RUJUKAN

BibliographyBaharuddin, S. A. (2010). Modul Hubungan Etnik. Selangor: Kementerian Pelajaran Tinggi Malaysia.

Malaysia, J. P. (2010). 1 Malaysia Bermulanya Di Sini. Kuala Lumpur: Jabatan Penerangan Malaysia.

Sebi, M. A. (1996). Peranan Media dalam Masyarakat Moden. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shaari, H. M. (2006). Media di Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Shuib, H. F. (2008). Wacana Akademik Hubungan Etnik. Perak: Universiti Teknologi Mara.

Yusoff, M. M. (1993). Media dan Masyarakat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Akhabar Berita Harian 22 Disember 2010

http://amyikram.blogspot.com/2009/05/gadoh-paparkan-konflik-perkauman-secara.html

http://khairulryezal.blogspot.com/2010/09/iklan-hari-raya-di-tv3-wajar-ditarik.html

http://mysuperkids.net/di-sebalik-iklan-raya-tv3-yang-ditarik-balik/

http://mysuperkids.net/di-sebalik-iklan-raya-tv3-yang-ditarik-balik/

http://www.jasa.gov.my/index.php/bm/media/koleksi-artikel/27-what-non-malay-newspapers-said/381-apa-matlamat-sebenar-gagasan-1malaysia-.html

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=7936:keterangan-logo-1malaysia&catid=361:bahan-maklumat

http://bm.cemerlangbm.com/index.php?option=com_content&view=article&id=179:novel-interlok&catid=45:notaspm&Itemid=57

http://www.izoblog.com/kontroversi-iklan-raya-aidil-fitri-tv3-2010-iklan-raya-1malaysia/

18

Page 19: asstmnt2

19