Assignment CTU151 Sistem Ekonomi Islam 2

download Assignment CTU151 Sistem Ekonomi Islam 2

of 19

Transcript of Assignment CTU151 Sistem Ekonomi Islam 2

  • 8/16/2019 Assignment CTU151 Sistem Ekonomi Islam 2

    1/19

    PEMIKIRAN & TAMADUN ISLAM ( SISTEM EKONOMI ISLAM) ( J4EH1102C2 ) Page 1

    TAJUK:

    SISTEM EKONOMI ISLAM

    CTU 151

    PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM

    KUMPULAN : 3

    DISEDIAKAN OLEH:

    DISEDIAKAN UNTUK:

    SEM DISEMBER-MAC 2014/2015

    PENDAHULUAN ISI 4 X 4 PENUTUP RUJUKAN ETIKA MARKAH

  • 8/16/2019 Assignment CTU151 Sistem Ekonomi Islam 2

    2/19

    PEMIKIRAN & TAMADUN ISLAM ( SISTEM EKONOMI ISLAM) ( J4EH1102C2 ) Page 2

    ISI KANDUNGAN 

    No. Perkara Muka Surat1 Pendahuluan 3

    2 Pengenalan :-

      Definisi Ekonomi Islam 4

    3 Huraian :-

      Perbandingan Sistem Ekonomi Konvensional

    Dengan Sistem Ekonomi Islam

      Ciri-Ciri Ekonomi Islam

      Syarat-Syarat Menjalankan Kegiatan

    Ekonomi Islam

     

    Prinsip Kepenggunaan Dalam Islam

      Prinsip-Prinsip Ekonomi Islam

      Institusi Kewangan Islam (Baitul Mal)

      Sumber-Sumber Baitul Mal

      Ciri-Ciri Perniagaan Dalam Islam

      Instrumen Perniagaan Dalam Islam

      Kesan Pembangunan Ekonomi Yang Tidak

    Mengikut Islam

    5

    6

    6

    6

    7 –  8

    9

    9 –  11

    12 –  13

    14 –  16

    16 –  17

    4 Kesimpulan 18

    5 Bibliografi 19

  • 8/16/2019 Assignment CTU151 Sistem Ekonomi Islam 2

    3/19

    PEMIKIRAN & TAMADUN ISLAM ( SISTEM EKONOMI ISLAM) ( J4EH1102C2 ) Page 3

    PENDAHULUAN 

    Islam merupakan agama yang lengkap dan menyeluruh. kesempurnaan agama islam bukan

    sekadar pada nama malah turut meliputi semua aspek kehidupan umatnya termasuklah

    ekonomi. Melalui kertas kerja ini akan membincangkan tentang konsep ekonomi dalam

    islam dengan lebih lanjut dan mendalam.

    Ekonomi dalam islam mementingkan konsep muamalat iaitu satu sistem yang

    mengatur perhubungan sesama manusia dalam memenuhi keperluan hidup masing-masing

    dan berlandaskan syariat islam. Muamalat dalam islam lebih menekankan perkara-perkara

    yang berkaitan dengan hal ehwal kemasyarakatan terutama ekonomi dan sosial .

    Syariat islam juga mementingkan cara sesuatu kekayaan itu diuruskan. Harta kekayaan

    merupakan amanah Allah kepada manusia, oleh yang demikian wajar bagi manusia untuk

    menggunakan harta berkenaan ke jalan yang diredai Allah iaitu berlandaskan hukum syarak.

    Halal dan haram perlulah diberikan perhatian yang sewajarnya kerana ianya penting untuk

    mendapatkan keredaan Allah di dunia dan akhirat kelak

  • 8/16/2019 Assignment CTU151 Sistem Ekonomi Islam 2

    4/19

    PEMIKIRAN & TAMADUN ISLAM ( SISTEM EKONOMI ISLAM) ( J4EH1102C2 ) Page 4

    DEFINISI EKONOMI ISLAM 

    Islam meletakkan ekonomi sebagai suatu aspek penting dalam kehidupan manusia kerana

    ekonomi bukan sahaja menyentuh urusan bagaimana manusia mengatur keperluan jasmaniah

    mereka bahkan urusan rohaniah mereka. Oleh itu, aktiviti ekonomi mestilah berdasarkannilai-nilai dan akhlak yang digariskan oleh agama untuk kesejahteraan di dunia dan akhirat.

    Berikut antara definisi1 ekonomi Islam oleh tokoh-tokoh Islam:-

    1)  Menurut As Syahid Syed Mohamad Bagir As Sadr

    “Ekonomi Islam merupakan mazhab (pemikiran dan ajaran) yang merujuk kepada

     Islam secara sepadu berhubung dengan pemikiran dan ajaran juga analisis dan

    tafsiran yang berpandukan kepada pemikiran dan ajaran tersebut bagi menyelesaikan

    masalah-masalah perekonomian.” 

    2) 

    Menurut Muhamad Al-Mubarak

    “Ekonomi Islam ialah sekumpulan kaedah yang berhubung dengan milik, amal,

     pengeluaran dalam bentuk material dan spiritual, penggunaan dan pengedaran yang

    berkaitan hak-hak kehartaan bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah.” 

    3)  Menurut Muhammad Abdullah Ar-Arabi

    “Ekonomi Islam merupakan dasar -dasar umum ekonomi yang disimpulkan daripada

     Al-Quran dan As-Sunnah, dan pembangunan perekonomiannya diasaskan kepada

    dasar-dasar tersebut sesuai dengan keadaan dan masa.” 

    Secara umumnya, Ekonomi Islam juga boleh didefinisikan sebagai :-

    “ sains sosial yang mengkaji masalah-masalah ekonomi satu golongan masyarakat yang

    berpegang kepada nilai-nilai Islam.” 

    “kajian tentang manusia-bukan sebagai individu yang hidup terasing tetapi sebagai individu

     sosial yang beriman dengan nilai-nilai kehidupan Islam.” 

    Ekonomi islam turut memberi ruang kepada perkara-perkara yang tidak melalui

    sistem pertukaran (iaitu bayaran pindahan) yang kerapkali wujud apabila perasaan

     bertimbang rasa kepada masyarakat dan tanggungjawab moral mengatasi sikap tamak dan

    tidak mempedulikan orang lain. Definisi ekonomi islam ini adalah berlawanan sekali dengan

    definisi ekonomi moden yang ditakrifkan sebagai “satu kajian tentang manusia dalam

    kehidupan hariannya”. Lebih jelas lagi, menurut Profesor Robbins :-

    “Ekonomi adalah sains yang mengkaji gelagat manusia sebagai satu perhubungan

    antara matlamat-matlamat dan sumber-sumber yang terhad tetapi mempunya pelbagai

    kegunaan”. 

    Jika sosiologi merupakan satu rumpuan ilmu, maka ekonomi adalah tergolong dalam

    rumpunan tersebut. Tidak dinafikan bahawa ekonomi Islam adalah sebahagian dari sosiologi.

    1 Ekonomi dari Perspektif Islam. 2006. Sarimah Hanim Aman Shah. Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. m/s 2  – 4.

  • 8/16/2019 Assignment CTU151 Sistem Ekonomi Islam 2

    5/19

    PEMIKIRAN & TAMADUN ISLAM ( SISTEM EKONOMI ISLAM) ( J4EH1102C2 ) Page 5

    PERBANDINGAN SISTEM EKONOMI KONVENSIONAL DENGAN

    SISTEM EKONOMI ISLAM2 

    Perkara Ekonomi Islam Ekonomi Sosialis Ekonomi Kapitalis

    Matlamat Matlamat keselamatan dankebahagiaan di dunia danakhirat.

    Kebebasan individu dankepuasan maksimumdinafikan.

    Kebebasan matlamatindividu dankepuasan maksimum.

    Keseimbangan

    antara

    kebendaan

    dengan

    kerohanian

    Kegiatan ekonomi manusiauntuk mendapatkan kebendaantidak boleh dipisahkan daripadakerohanian. Manusia berekonomi sebagai ibadatkepada Allah. Segala kegiatanekonomi yang berjalan adalah

    atas dasar kepatuhan kepadasegala perintah dan arahanAllah. Tidak wujud kegiatanekonomi yang bertentangandengan Islam.

    Matlamat berekonomihanya untuk kepentinganmasyarakat dan kerajaansemata-mata tanpamengaitkan dengantujuan ibadat.

    Matlamat berekonomi hanyauntuk kepentingankebendaan semata-mata tanpamengaitkan dengantujuan ibadat.

    Kebajikan Kebajikan adalah asas utamadalam penggunaan dan pengeluaran. Kesimbanganantara kepentingan individudengan masyarakat. Islam tidakmengabaikan kepentingan

    individu tetapi apabila berlaku pertembungan antara

    kepentingan individu denganmasyarakat, maka kepentinganmasyarakat diutamakan.

    Menafikan kepentinganindividu. Fokus utamaadalah masyarakat.Kesaksamaan agihankepada individu yangrajin berusaha mahupun

    yang malas.

    Mementingkanindividu secaramutalak tanpamenilai kepentinganorang lain ataumasyarakat. Ini boleh

    menyebabkan berlaku penindasan dan

     penganiayaan.

    Cara hidup Cara hidup manusia berpandukan kepada iman dan

    sosial.

    Cara hidup ditentukanoleh kerajaan atau

     pemerintah.

    Cara hidup bersosialyang berasaskan

    kepada rasional danlogik.

    Harta Adalah milik Allah dan pemberian harta kepadamanusia hanya sebagai amanahdan ujian yangdipertanggungjawabkan dan

     bukan di akhirat nanti. Oleh itu,manusia hanya sebagai pemegang amanah dan bukan pemilik mutlak harta tersebut.Penerimanya mestilahmenunaikan gak-hak ke atasnyadan tidak boleh diperoleh ataudibelanjakan sesuka hati.

    Sistem ekonomi sosialismenyifatkan hartaadalah milik negarasepenuhnya danmembataskan hak milik

    individu serta merekatidak berpeluang untukmengumpul danmenggunakan harta padakadar yang telahditetapkan oleh kerajaan.Sistem ini telahmenghapuskan hak

     perwarisan ke atas harta-harta yang diperoleh

    individu.

    Adalah milik mutlakindividu dan bolehdibelanjakan sesukahatinya tanpa ada peraturan atau

    campur tangansesiapa. Harta yangdimiliki juga adalahhak individu dantidak boleh dikongsidengan orang lain.

    2 Ekonomi dari Perspektif Islam. 2006. Sarimah Hanim Aman Shah. Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. m/s10 -11.

  • 8/16/2019 Assignment CTU151 Sistem Ekonomi Islam 2

    6/19

  • 8/16/2019 Assignment CTU151 Sistem Ekonomi Islam 2

    7/19

    PEMIKIRAN & TAMADUN ISLAM ( SISTEM EKONOMI ISLAM) ( J4EH1102C2 ) Page 7

    PRINSIP-PRINSIP EKONOMI ISLAM 

    1)  Hak Milik

    Prinsip ini meletakkan Allah s.w.t sebagai pemilik mutlak ke atas seseuatu keranaAllah s.w.t ialah Pencipta dan Penguasa ke atas segala makhluk ciptaan-Nya. Seperti

    firman Allah :

    “Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai

    atap, dan Dia munurunkan air (hujan) dari langit,lalu Dia menghasilakn dengan

    hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu; kerana itu janganlah kamu

    mengadakan sekutu- sekutu bagi Allah, pada hal kamu mengetahui.”

    (al-Baqarah:22)

    Oleh itu, manusia hanya sebagai pemilik sementara atau pemegang amanah

    terhadap harta kekayaaan yang dimiliki dibenarkan untuk menikmati dan

    membangunkannya untuk tujuan kebaikan seperti untuk memenuhi keperluan

     peribadi dan keperluan.

    2)  Keadilan Sosial

    Ekonomi merangkumi semua aspek seperti dalam bidang pengeluaran yang mestilah

     berasaskan pengeluaran yang halal dan menjauhi jalan-jalan yang haram.

    Contohnya, ketidakadilan dalam ekonomi berlaku apabila golangan kayamenggunakan cara cara yang tidak adil untuk memperoleh kekayaan dan menindas

    golongan orang yang miskin dan lemah. Begitu juga dalam aspek penggunaan umat

    Islam diingatkan menjauhi daripada sifat bakhil atau membazir yang dianggap seperti

    suatu penderhakaan terhadap Allah. Seperti firman Allah;5 

    “Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan

     syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannaya,” 

    (Al-  Isra’:27) 

    5  Ekonomi dari Perspektif Islam, Sarimah Hanim Aman Shah,Penerbit Fajar Bakti SDN.BHD,2006

  • 8/16/2019 Assignment CTU151 Sistem Ekonomi Islam 2

    8/19

    PEMIKIRAN & TAMADUN ISLAM ( SISTEM EKONOMI ISLAM) ( J4EH1102C2 ) Page 8

    3)  Integrasi Nilai-Nilai Akhlak

    Manusia tidak dibenarkan untuk mengasingkan akhlak Islamiah daripada aktiviti-

    aktiviti ekonomi, kewangan, dan perbankan sama ada dalam bentuk pelaburan dan

    dan lain-lain. Seperti firman Allah :

    “Sekiranya, penduduk negeri-negeri itu beriman serta bertaqwa, tentulah

     Kami benar-benar akan membuka kepada mereka (semua jenis) pemberian yang

    melimpahlimpah berkatnya dari langit dan bumi; tetapi mereka menolak (kebenaran),

    lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah

    usahakan” 

    (Surah al-  A’raaf:96) 

    Oleh itu, pencapaian pertumbuhan ekonomi sesebuah negara, walaupun

    setinggi manapun, tidak akan diiktiraf sebagai satu kejayaan oleh Islam sekiranya

    tidak berlandaskan kepada akhlak Islamiah.

    4)  Penghapusan Riba’ 

    Penghapusan riba adalah satu prinsip penting dalam sistem kewangan Islam dan

    dijelaskan di dalam beberapa surah dalam al-Quran. Seperti firman Allah:

    “Wahai oranng  yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba

    dengan berlipat-lipat ganda; tetapi hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya

    kamu benar-benar dapat kejayaan.” 

    (Surah Ali : 130)Pinjaman wang, ialah pemindahan hak-hak ini daripada pemiutang kepada si

     pehutang,dan sepatutnya inilah sahaja yang harus dituntut. Dari perspektif Islam,

    faedah yang dikenakan ke atas wang yang dipinjamakan tidak boleh dijustifikasikan

    kerana faedah ialah hak harta yang dituntut di luar kerangka hak-hak harta individu

    yang diiktiraf oleh Islam.6 

    5)  Al-adl Wal Ihsan

    Dalam konteks kewangan Islam, al-adl menghendaki sistem kewangan tersebut

    memberi sumbangan positif kepada kebajikan ekonomi seuruh rakyat melaluimemenuhi keprluan asasi manusia , membasmi punca-punca kesulitan dan

    meningkatakan kualiti hidup dalam bidang moral, akhalak dan material. Al- ihsan

    menghendaki tumpuan khas diberikan kepada golongan miskin. Kedua-dua unsur ini

    adalah asas ke arah pencapaian perjalanan sistem sosio-ekonomi yang teratur, cekap

    dan progresif.7 

    6 Teori,Amalan dan Prospek Sistem Kewangan Islam di Malaysia,1996, Nor Mohamed Yakcop,Percetakan

    Cergas (M) SDN.BHD.7 http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/berita-harian/7658-ilmuan-islam-perlu-memahami-prinsip-prinsip-

    islam-dan-perkembangan-sosio-ekonomi-semasa.

  • 8/16/2019 Assignment CTU151 Sistem Ekonomi Islam 2

    9/19

    PEMIKIRAN & TAMADUN ISLAM ( SISTEM EKONOMI ISLAM) ( J4EH1102C2 ) Page 9

    INSTITUSI KEWANGAN ISLAM (BAITULMAL) 

    Baitul Mal merupakan satu institusi kewangan yang terulung dalam pemerintahan sejarah

    Islam di zaman dahulu. Ia juga bertindak sebagai perbendaharaan negara ang mengumpul

     pelbagai sumber pendapatan negara seperti zakat, cukai, harta wakaf dan sebagainya.

    Baitulmal juga adalah lembaga atau intitusi yang berfungsi sebagai pengamanah

     perbendaharaan awam bagi orang Islam. Ia mengendalikan asset yng bertujuan untuk

    maslahat umum.

    SUMBER BAITUL MAL 

    1)  Zakat Fitrah

    Dikenali sebagai sadaqah al-fitr,diwajibkan setahun sekali ke atas orang Islam yang

    hidup sepanjang bulan Ramadhan sehingga hari pertama syawal. Ia bertujuan untuk

    menyucikan diri dan hati, dan mengembirakan hati fakir miskin pada Hari Raya.

    Zakat ini dikeluarkan sebanyak segantang daripada barang-barang yang

    mengeyangkan seperti gandum dan beras.

    2)  Zakat Harta

    Harta yang diwajibkan zakat terdiri daripada harta yang penting dalam berbagai-bagai

    sektor ekonomi seperti tanaman , emas dan perak, perniagaan, pendapatan, simpanandan saham.8 

    3)  Fai’ dan Ghanimah 

    Fai’ adalah harta yang diperoleh kerajaan Islam daripada orang bukan Islam dengan

     jalan damai. Manakala ghanimah pula merujuk harta yang diperoleh daripada orang

     bukan Islam daripada hasil rampasan perang.9 Hartabenda yang diperolehi dari orang-

    orang kafir semasa zaman d.kebangkitan Islam pada suatu masa dahulu. Islam telah

    menghadkan hak 4/5 dari keseluruhan harta rampasan untuk tentera yang menang

    dan 1/5 untuk faedah masayarkat.10 

    8 Ekonomi dari Perspektif Islam, 2006.Sarimah Hanim Aman Shah, Penerbit Fajar Bakti SDN. BHD.

    9

      Petunjuk Amalan Ekonomi Islam, 1998. Abd.Al-Rahman Zakri Ibrahim, Dewan Bahasa dan Pustaka,KualaLumpur.10

     EkonomI Islam: Teori dan Praktis, Muhammad Abdul Mannan, Percetakan Zafar Sdn Bhd,1992

  • 8/16/2019 Assignment CTU151 Sistem Ekonomi Islam 2

    10/19

    PEMIKIRAN & TAMADUN ISLAM ( SISTEM EKONOMI ISLAM) ( J4EH1102C2 ) Page 10

    4)  Ma’adin 

    Merujuk kepada harta yang bernilai yang terpendam dalam perut bumi seperti emas,

     perak, tembaga, dan besi. Harta ini pada dasarnya terlatak di bawah kuasa pemerintah

    dan menjadi hak milik negara untuk dimanfaatkan bagi menampung keperluanmasyarakat dan negara.

    5)  Rikaz dan Luqatah

    Rikaz merujuk kepada tinggalan orang-orang jahiliah yang terpendam dalam perut

     bumi. Harta rikaz yang dijumpai di tanah yang dimiliki aknan menjadi milik tuan

    tanah dan akan dikenakan cukai ke atasnya. Luqatah pula ialah harta bernilai yang

    dijimpai dan dipercayai menjadi milik orang Islam. Harta tersebut henadaklah

    dipulangkan kepada tuannya. Jika selama setahun tiada siapa yang mununtutnya,

    maka harta tersebut menjadi milik tanggungannya.

    6)  Wasiat dan Warisan

    Wasiat merupakan salah satu cara pemindahan pemilikan dalam Islam yang memberi

     peluang kepad pemilik harta memindahkan sebahagian daripada hartanya ke tanga

    orang lain yang bukan waris. Dimana, Islam telah menghehadkan wasiat sebanyak 1/3

     bahagian sahaja daripada harta pemiliknya, kerana 2/3 bahagian lagi merupakn hak

    waris yang ditinggalkan

    7)  Wakaf

    Merujuk kepada penyerahan mutlak penggunaan manfaat harta bagi kepentingan

    orang ramai selain untuk dirinya. Wakaf terbahagi kepada dua iaitu wakaf khusus dan

    wakaf am. Wakaf khusus ialah penyerahan harta wakaf yang telah dikhususkan

     penggunaannya oleh pemiliknya dan harta ini tidak boleh digunakan untuk tujuan lain

    selain daripada apa yang telah ditentukan. Wakaf am pula, wakaf dalam bentuk

     penggunaan umum untuk kepentingan dan kebajikan umat Islam seperti membina

     pusat kesihatan

    8)  Sadaqah

    Bermaksud apa jua harta yang dibelanjakan untuk tujuan kebajikan. Ia meliputi segala

     pemberian, derma atau sumbangan yang memberi manfaat kepada penerima itu

    sendiri.11 

    11 Ekonomi dari Perspektif Islam, Sarimah Hanim Aman Shah,Penerbit Fajar Bakti SDN.BHD,2006

  • 8/16/2019 Assignment CTU151 Sistem Ekonomi Islam 2

    11/19

    PEMIKIRAN & TAMADUN ISLAM ( SISTEM EKONOMI ISLAM) ( J4EH1102C2 ) Page 11

    9)  Nazar dan Kaffarah

     Nazar merupakan satu pengakuan untuk mendampingkan diri kepada Allah dengan

     berbuat kebajikan yang mana pengakuan itu mesti ditunaikan. Kaffarah pula merujuk

    kepada balasan atau denda yang ditentukan oleh syarak apabila seseorang menyalahi perintah atau ketentuan hukum Allah yang bersifat khusus12.

    10) Jizyah

    Jizyah ialah cukai yang dikenakan ke atas golongan bukan Islam sebagai balasan

    kepada jaminan perlindungan oleh negara Islam ke atas nyawa, hartabenda, amalan

    agama dan pengecualian mereka dari perkhidmatan tentera. Golongan bukan Islam

    yang djamin nyawa dan harta benda digelar „Dhimmi‟ .13 

    11) 

    Kharaj dan Ushr

    Sejenis cukai yang dikenakan ke atas tanah-tanah yang dimiliki. Kaedah pembayaran

    kharaj yang pernah diamalakan dalam sejarah Islam. Antaranya, dibayar mengikut

    keluasan tanah yang dimiliki, berdasarakn hasil pertanian yang diperolehi, bergantung

    kepada keaadan dan kawasan, ada juga bayaran yang dikenakan setahn sekali dan ada

    yang diwajibkan setiap kali hasil pertanian dituai.

    12) Cukai Ushur

    Ushur ialah cukai yang dikenakan ke atas komoditi perdagangan yang di eksport ke

    luar negara atau di import ke dalam negara Islam14.

    Rasulullah S.A.W bersabda yang bererti :-

    “Tidak akan masuk Syurga orang yang melarikan cukai” 

    (Riwayat Abu ‘Ubaid dalam kitabnya al -Amwal 15  )

    12 Ekonomi dari Perspektif Islam. 2006. Sarimah Hanim Aman Shah. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. m/s124.

    13

     Pemikiran dan Tamadun Islam,Akademi Pengajian Islam Kontemporari(UITM) Johor,200514 Ekonomi dari Perspektif Islam. 2006. Sarimah Hanim Aman Shah. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. m/s126.

    15 Abu ‘Ya’la, op.cit., halaman 346. 

    Harta Khas

    Zakat Fitrah

    Zakat Harta

    Harta Am

    Fai’ & Ghanimah

    Ma’adin 

    Wakaf

    Rikaz & Luqatah

    Wasiat & Warisan

    Sadaqah

    Nazar & Kaffarah

    Harta Percukaian

    Kharaj & Ushr

    Jizyah

    Cukai Ushur

  • 8/16/2019 Assignment CTU151 Sistem Ekonomi Islam 2

    12/19

    PEMIKIRAN & TAMADUN ISLAM ( SISTEM EKONOMI ISLAM) ( J4EH1102C2 ) Page 12

    CIRI-CIRI PERNIAGAAN (JUAL BELI) DALAM ISLAM 

    1)  Bebas dan Persetujuan Bersama (Akad)

    Perniagaan yang dilakukan antara kedua-dua belah pihak mestilah mendapat katasepakat, reda-meredai serta tiada sebarang paksaan antara mereka (penjual dan

     pembeli). Akad tersebut mestilah melibatkan pada harta yang sudah dimiliki secara

    sah dan tidak akan berlaku pada harta yang dimiliki secara tidak sah di sisi syarak,

    seperti melakukan akad pada burung yang berterbangan di udara atau ikan yang masih

     berada di dalam laut. Seperti firman Allah;

    “…Sesungguhnya jual beli itu adalah lahir dari reda-maredai” 

    (an-  Nisa’:29)

    2) 

    Segala Bentuk Perjudian Dilarang

    Segala bentuk perniagaan haruslah bebas daripada unsur perjanjian16. Seperti firman

    Allah:

    “Hai orang -orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi berhala dan

    bertenung, adalah pekerjaan keji dari perbuatan syaitan

    (al-Maidah: 90)

    3)  Keadilan

    Keadilan merupakan prinsip perniagaan yang diperjuangkan Islam iaitu untuk

    menjamin tercapainya kedua-dua belah pihak, mengekalkan perdamaian dan menjaga

    hubungan baik antara pembeli dengan penjual. Seperti firman Allah:

    “Sesungguhnya Allah memerintahkan (supaya manusia) selalu bersikap adil

    dan belas kasihan” 

    (al-Nahl:16:90)

    Islam menjelaskan bahawa keadilan dalam perniagaan akan tercapai jika

    terlaksanya tiga perkara berikut iaitu keikhlasan, kejujuran dan amanah. Setelah

    wujud keikhlasan antara penjual dan pembeli dalam perniagaan barulah wujud

    kejujuran. Niat yang ikhlas menjadikan penjual dan pembeli itu sentisa jujur dalam

     perkataan, perbuatan dan segala yang berkaitan jual beli. Maka terselamatlah jual beli

    itu dari penipuan, pendustaan, pemungkiran janji dan sebagainya yang menjamin

    terlaksananya keadialn dlam perniagaan. 17 

    16 Ekonomi dari Perspektif Islam, Sarimah Hanim Aman Shah,Penerbit Fajar Bakti SDN.BHD,2006

    17 Perniagaan Menurut Islam, Mustafa Haji Daud,DAYASITIS SDN.BHD. 1994

  • 8/16/2019 Assignment CTU151 Sistem Ekonomi Islam 2

    13/19

    PEMIKIRAN & TAMADUN ISLAM ( SISTEM EKONOMI ISLAM) ( J4EH1102C2 ) Page 13

    4)  Kesopanan

    Penjual dan pembeli mempunyai tanggungjawab dan berhak untuk mendapatkan

    layanan yang baik antara satu sama lain. Seperti firman Allah;

    “Dan ucapkanlah kata-kata yang menarik kepada manusia” 

    “Dan berbuat baiklah, kerana Allah menyukai orang yang berbuat baik.” 

    (al-Baqarah:2:83 dan 195)

    Di dalam perniagaan, bukan sahaja pertukaran barang dengan barang, barang

    dengan wang, perkhidmatan dengan wang dan sebagainya, tetapi perlaksanaan proses

     perniagaan itu juga penting. Dengann menggunakan budi bahasa yang lembut, manis

    muka, layanan yang baik, tidak kirafari pihak penjual atau pembeli dan sebagainya

    menjadi perniagaan itu lebih menggembirakan dan menyeronokkan. Ini kerana

     penjual dan pembeli saling memerlukan.18

     

    5)  Kualiti

    Islam sangat menekankan kualiti dimana, tidak dibolehkan mengeluarkan produk atau

    menyediakan perkhidmatan haram, rendah kualiti atau bertentangan dengan tujuan

    syariat. Produk yang tidak berkualiti boleh menjejaskan usaha membangnkan

    masyarakat dari mental, moral dan kesihatan.

    6)  Pengukuran dan Timbangan Mestilah Tepat

    Penggunaan alat pengukuran mestilah dengan jujur dan setiap timbangan haruslah

    dilakukan dengan adil dan tanpa penipuan. Kita haruslah memberikan pengguna hak

    mereka sejajar dengan harga yang mereke bayar. Seperti firman Allah;

    “Dan sempurakanlah pengeluaran apabila kamu mengukur dan timbangkanlah

    dengan neraca yang benar.” 

    (al-  Isra’: 35) 

    Barang-barang yang digunakan mestilah dalam nilai pengukuran yang berada

    dalam keadaan yang baik dan sempurna, dan penjual juga mestilah jujur dalammengukur nilai timbangan. 19 

    18 Perniagaan Menurut Islam, Mustafa Haji Daud,DAYASITIS SDN.BHD. 1994

    19 Ekonomi dari Perspektif Islam, Sarimah Hanim Aman Shah,Penerbit Fajar Bakti SDN.BHD,2006

  • 8/16/2019 Assignment CTU151 Sistem Ekonomi Islam 2

    14/19

    PEMIKIRAN & TAMADUN ISLAM ( SISTEM EKONOMI ISLAM) ( J4EH1102C2 ) Page 14

    INSTRUMEN PERNIAGAAN DALAM ISLAM20 

    Bagi mengelakkan aktiviti perniagaan yang dilarang menurut Islam, Islam telah memberi

    alternatif lain dalam urusan perniagaan. Antaranya :-

    1)  Al-Mudharabah (Perkongsian Untung)

    Mudharabah adalah akad ke atas satu jenis perkongsian yang mana satu pihak

    memberikan modal kepada satu pihak yang lain untuk diperniagakan modal itu dan

    keuntungan yang didapati daripada projek itu dibahagikan kepada kedua-dua belah

     pihak mengikut peratusan yang telah dipersetujui bersama yang dinyatakan dalam

     borang perjanjian.

    2)  Al-Musyarakah (Perkongsian Modal)

    Musyarakah adalah akad di mana dua orang atau lebih berjanji bekerjasama dalam perniagaan dengan memberikan modal masing-masing dan keuntungan dibahagikan

    sesama mereka. Keuntungan dibahagi mengikut nisbah yang telah ditentukan terlebih

    dahulu dan tidak semestinya mencerminkan modal yang disumbangkan.

    3)  Al-Murabahah (Jualan Tertanggung)

    Murabahah adalah salah satu kaedah urus niaga yang boleh dilakukan dalam urusan

    muamalat terutamanya dalam skim pembiayaan modal dan jual beli. Konsep ini

    merujuk kepada penjualan sesuatu barang pada harga modal dengan tambahan

    sejumlah untung yang dipersetujui bersama.

    4)  Al-Bai’ Bithaman Ajil (Jualan Harga Tertangguh) 

    Jualan harga tertangguh ialah perjanjian jual beli barang tertentu antara pemilik

     barang dan pembeli yang mana pemilik barang menyerahkan barang tersebut dengan

    serta-merta kepada pembeli dan pembeli menangguhkan bayaran harga barang

    tersebut sehingga satu tempoh tertentu. Pembayaran boleh dijelaskan secara tunai atau

    ansuran. Jualan jenis ini bertentangan dengan jualan saham.

    5)  Al-Bai’ul Salam (Jualan Salam) 

    Bai’ul Salam ialah jual beli yang dilakukan dengan bayaran harga secara tunai

    (terdahulu) manakala penyerahan barang ditangguhkan pada suatu masa akan datang.

    6)  Al-Wadi’ah 

    Al-wadiah ialah satu perjanjian antara pemilik barang (termasuk wang untuk

    menyimpan barangannya dengan pihak yang lain sebagai pemegang barang tersebut

    (termasuk bank) dengan tujuan untuk disimpan dan dijaga keselamatannya.

    20 Ekonomi dari Perspektif Islam. 2006. Sarimah Hanim Aman Shah. Pernerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. m/s93-103.

  • 8/16/2019 Assignment CTU151 Sistem Ekonomi Islam 2

    15/19

    PEMIKIRAN & TAMADUN ISLAM ( SISTEM EKONOMI ISLAM) ( J4EH1102C2 ) Page 15

    7)  Al-Qardhu Hasan (Pinjaman Kebajikan)

    Al-qardhu hassan ialah pinjaman tanpa faedah atau pinjaman kebajikan yang

    diberikan oleh pemiutang tanpa dikenakan apa-apa bayaran tambahan. Walau

     bagaimanapun, tempoh dan syarat-syarat hutang ditentukan terlebih dahulu.

    8)  Al-Kafalah

    Al-Kafalah bererti jaminan hutang atau jaminan pelaksanaan kerja. Fungsi kafalah

    adalah sebagai jaminan. Ia adalah satu perjanjian antara penjamin dengan pihak yang

    menerima jaminan yang mana penjamin menerima tanggungjawab untuk menjelaskan

    hutang atau membayar ganti rugi sekiranya pihak yang berhutang atau berjanji

    melaksanakan kerja itu gagal menunaikan tanggungjawabnya. Hutang hendaklah sah

    dan wajib dibayar.

    9)  Ar-Rahnu (Gadaian)

    Ar-Rahnu (Pajak Gadai Islam) ialah perjanjian antara penggadai barang dengan pihak

    yang menerima gadaian yang mana penggadai mengemukakan sesuatu barang

     berharga sebagai cagaran atau sandaran untuk pihak yang menerima gadaian.

    10) Al-Ijarah (Sewa Menyewa)

    Al-Ijarah merujuk kepada urus niaga sewaan jangka panjang, yakni pajakan atas aset

    tetap seperti bangunan, mesin, jentera berat dan sebagainya. Ijarah yang tidak

     berkesudahan dengan pindahan hak milik adalah dikira sebagai pajakan operasi biasa ,

    iaitu sewaan. Ia bukanlah satu kontrak jual beli.

    11) Al-Wakalah

    Al-Wakalah ialah wakil dan orang yang dilantik sebagai wakil yang mana orang yang

    melantik memberikan kuasa kepada wakil tersebut untuk melaksanakan sesuatu kerja

    atau tugas bagi pihaknya.

    12) Al-Hiwalah

    Satu pemindahan tanggungjawab dalam menanggung hutang daripada seorang

    individu kepada pihak yang kedua. Pihak yang kedua ini bertanggungjawab terhadaphutang tersebut.

    13) Al-Sarf

    Al-Sarf merujuk kepada urus niaga jual beli mata wang. Hukumnya harus dengan

    syarat ia melibatkan urus niaga pertukaran wang yang berbeza seperti jual beli mata

    wang Ringgit Malaysia dengan Dollar Amerika Syarikat atau dengan Rupiah

    Indonesia. Syarak membenarkannya dengan syarat urus niaga berlaku serentak dan

     bukan secara tertangguh.

  • 8/16/2019 Assignment CTU151 Sistem Ekonomi Islam 2

    16/19

    PEMIKIRAN & TAMADUN ISLAM ( SISTEM EKONOMI ISLAM) ( J4EH1102C2 ) Page 16

    14) Al-Ujr21

     

    Al-Ujr bermaksud upah atau ganjaran. Merujuk kepada amalan kewangan dan

     perbankan. Ia merupakan kaedah pembayaran komisen atau bayaran yuran

     perkhidmatan yang dikenakan ke atas sesuatu perkhidmatan yang diberikan.

    KESAN PEMBANGUNAN EKONOMI YANG TIDAK MENGIKUT

    ISLAM 

    Rasulullah S.A.W bersabda , yang bermaksud :

    “Apabila telah terang -terangan zina dan riba di satu negeri, maka mereka telah

    mengharuskan seksa Allah pada diri mereka” 

    (Hadis riwayat Imam al-Hakim daripada Ibn Abbas r.a.22  )

    Rasulullah bersabda, yang maksudnya :

    “Wahai golongan Muhajirin, ada lima hal , bila sudah merata cubaannya di

    kalangan kalian, aku memohon perlindungan Allah dari lima perkara yang akan menimpa

    kalian:

    a)  Tidaklah terjadi sama sekali perbuatan keji/penzinaan dalam suatu kaum, sampai

    mereka melakukannya secara terang-terangan, kecuali merata ke atas mereka

     penyakit (al-ta‟un) dan beberapa penyakit yang tidak pernah ada pada orang -orang tua mereka yang telah lalu.

    b)  Tidaklah mereka mengurangi takaran dan timbangan, kecuali mereka mendapat

     seksa kemarau panjang, kesulitan dalam memperoleh makanan dan tekanan

     penguasa yang zalim.

    c)  Tidaklah mereka enggan membayar zakat, kecuali mereka yang terhalang

    turunnya hujan dari langit. Kalau sekiranya tidak ada haiwan, tentu mereka tidak

    akan mendapat hujan setitik pun.

    d)  Tidaklah mereka merosakkan perjanjian Allah dan perjanjian RasulNya, kecuali

     Allah bakal memberi kekuasaan kepada musuh terhadap mereka, lalu musuh

    mengambil sebahagian harta yang ada di tangan mereka.

    e) 

     Para pemimpin yang mereka tidak berhukum dengan kitab Allah serta tidakmemilih hukum yang diturunkan oleh Allah, kecuali Allah bakal menimpakan

    kesusahan pada mereka.”23 

    (Hadis riwayat Imam I bn Majah dar ipada Abd Al lah bin Umar r .a.)

    21 Pemikiran dan Tamadun Islam. 2015. Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam UiTM Johor. m/s172.

    22

     Ekonomi Dalam Perspektif Al-Quran dan Al-Sunnah, 2005, Mohd Radzi Othman, Gharafullahuddin Din,Penerbit Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, m/s 337.23

     Sunan Ibn Majah Jilid 4, Kitab al-Fitan, bab Al-Uqubat, Hadis no 4019.

  • 8/16/2019 Assignment CTU151 Sistem Ekonomi Islam 2

    17/19

    PEMIKIRAN & TAMADUN ISLAM ( SISTEM EKONOMI ISLAM) ( J4EH1102C2 ) Page 17

    Oleh hal yang demikian, apabila pembangunan ekonomi tidak lagi selaras dengan garis

     panduan yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah, antara akibat24 yang terjadi ialah :-

    1)  Pemimpin di kalangan Islam menanggung dosa kerana gagal menjalankanamanah yang dipertanggungjawabkan.

    Kegagalan dalam merealisasikan pembangunan insan sebenar boleh membawa padah

    kepada masyarakat.

    2)  Berlakunya keruntuhan moral dalam kalangan remaja Islam kerana tidak

    menerapkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan. 

    Pencapaian akademik sahaja tidak dapat mengukur kejayaan yang sebenar.

    Pembangunan sebenar terdiri daripada lima nilai utama pembangunan yang penting

    iaitu jasmani, emosi, rohani, intelektual dan spiritual. Kelima-lima aspek tersebut

     perlu diberi penekanan untuk menangani masalah keruntuhan moral ini.

    3)  Turunnya bala daripada Allah S.W.T. 

    Sejarah silam telah banyak membuktikan bahawa bala daripada Allah S.W.T

    menimpa ke atas mereka yang sengaja menderharkaiNya. Peristiwa tsunami yang

     berlaku pada zaman ini patut dijadikan pengajaran bagi mereka yang berakal.

    4)  Negara Islam akan ditindas atau ditakhluki oleh orang bukan islam.

     Negara Islam walaupun kaya dengan pelbagai sumber alam telah, sedang dan akan

    sentiasa ditindas oleh negara bukan islam malah orang bukan islam di negara Islam di

    negara sendiri sekiranya mereka gagal mengatasi kelemahan dalam menguruskan

    sumber manusia yang berpunca dari pertelingkahan dari segi sosiologi sesama

    mereka.

    5)  Pembangunan Dualisme yang tidak menguntungkan orang Islam.

    Dualisme dalam pembangunan bermaksud kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh

     pihak pemerintah yang mana ia menekankan ke kawasan yang telah diberikan oleh

     pemerintah berbanding kawasan luar bandar dan bandar.Memberi kepentingan

    terhadap sektor ekonomi tertentu memberi kesan kepada bentuk ekonomi yang ada di

    negara tersebut mengakibatan ketidakstabilan kepada sektor ekonomi yang lain.

    6)  Kemajuan yang tidak setanding dengan negara barat atau terlalu bergantung

    pada ekonomi barat.

    Islam adalah satu kehidupan yang komprehensif, sesuai untuk semua golongan,

    zaman dan masa. Namun, sekiranya umat Islam gagal menguasai pelbagai kemajuan

    yang dimiliki Barat, adalah tidak mustahil untuk kita terpaksa bergantung harap

     bantuan dari negara maju. Hal ini satu petanda mencemaskan kerana terpaksa

    memenuhi syarat dan kehendak ideologi mereka yang tidak bertunjangkan hukum

    Allah S.W.T.

    24 Ekonomi dari Perspektif Islam. 2006. Sarimah Hanim Aman Shah, Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. m/s239  –241.

  • 8/16/2019 Assignment CTU151 Sistem Ekonomi Islam 2

    18/19

    PEMIKIRAN & TAMADUN ISLAM ( SISTEM EKONOMI ISLAM) ( J4EH1102C2 ) Page 18

    KESIMPULAN 

    Ekonomi Islam ialah sains sosial yang mengkaji keinginan yang tidak terhad untuk

    menggunakan sumber-sumber yang ada dengan menggunakan akal fikiran dan daya usaha

    yang terhad di dalam mencapai kebahagian di dunia dan di akhirat.

    Setelah berjaya menyiapkan kertas kerja ini, kami dapat lebih memahami mengenai

    Sistem Ekonomi Islam seperti latar belakang perkembangan sistem perekonomian Islam,

     perbandingan antara sistem ekonomi konvensional dengan sistem ekonomi Islam, definisi

    ekonomi Islam, institusi kewangan Islam dan banyak lagi.

    Walaupun tidak dapat memuatkan semua isu yang telah kami temui semasa

    menyelesaikan kertas kerja ini , namun kami tetap berusaha memuatkan beberapa perkara

     penting dalam kertas kerja ini seperti Ciri-Ciri Ekonomi Islam dan Kesan Pembangunan

    Ekonomi Yang Tidak Berlandaskan Islam.

    Hasil daripada kertas kerja ini, kami menyedari bahawa Islam meletakkan ekonomisebagai suatu aspek yang penting dalam kehidupan manusia kerana ekonomi menyentuh

    urusan rohaniah dan jasmaniah manusia malah menggariskan panduan berdasarkan nilai-nilai

    dan akhlak baik agar membawa kesejahteraan di dunia dan akhirat. Namun, sekiranya

     pembangunan ekonomi tidak berlandaskan Islam, pelbagai kesan negatif akan tercalit

    terhadap semua pihak termasuk individu, keluarga, masyarakat mahupun negara.

  • 8/16/2019 Assignment CTU151 Sistem Ekonomi Islam 2

    19/19

    PEMIKIRAN & TAMADUN ISLAM ( SISTEM EKONOMI ISLAM) ( J4EH1102C2 ) Page 19

    BIBLIOGRAFI 

    Buku

    1) 

    Teori, Amalan dan Prospek Sistem Kewangan Islam di Malaysia. 1996. Nor

    Mohamed Yakcop. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

    2) 

    Petunjuk Amalan Ekonomi Islam. 1998. Abd. Al-Rahman Zaki Ibrahim. Dewan

    Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

    3)  Pemikiran dan Tamadun Islam. 2015. Mohd Zainodin Bin Mustaffa, Md Saufi Bin

    Abdul Hamid, Mohd Ali Bin Muhamad Don, Emi Sylviana Bt Mohd Zahid. Pusat

    Pemikiran dan Kefahaman Islam, Universiti Teknologi Mara, Johor.

    4)  Perniagaan Menurut Islam. 1994. Mustafa Haji Daud. Utusan Publications &

    Distributors Sdn. Bhd.

    5)  Ekonomi dari Perspektif Islam. 2006. Sarimah Hanim Aman Shah. Penerbit Fajar

    Bakti Sdn. Bhd.

    6)  Ekonomi Islam: Teori dan Praktis (Asas-Asas Ekonomi) Jilid Pertama (Bahagian 1

    dan 2). 1992. A.S. NOORDEEN.

    Internet

    1)  http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/berita-harian/7658-ilmuan-islam-perlu-

    memahami-prinsip-prinsip-islam-dan-perkembangan-sosio-ekonomi-semasa 

    http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/berita-harian/7658-ilmuan-islam-perlu-memahami-prinsip-prinsip-islam-dan-perkembangan-sosio-ekonomi-semasahttp://www.ikim.gov.my/index.php/ms/berita-harian/7658-ilmuan-islam-perlu-memahami-prinsip-prinsip-islam-dan-perkembangan-sosio-ekonomi-semasahttp://www.ikim.gov.my/index.php/ms/berita-harian/7658-ilmuan-islam-perlu-memahami-prinsip-prinsip-islam-dan-perkembangan-sosio-ekonomi-semasahttp://www.ikim.gov.my/index.php/ms/berita-harian/7658-ilmuan-islam-perlu-memahami-prinsip-prinsip-islam-dan-perkembangan-sosio-ekonomi-semasahttp://www.ikim.gov.my/index.php/ms/berita-harian/7658-ilmuan-islam-perlu-memahami-prinsip-prinsip-islam-dan-perkembangan-sosio-ekonomi-semasahttp://www.ikim.gov.my/index.php/ms/berita-harian/7658-ilmuan-islam-perlu-memahami-prinsip-prinsip-islam-dan-perkembangan-sosio-ekonomi-semasahttp://www.ikim.gov.my/index.php/ms/berita-harian/7658-ilmuan-islam-perlu-memahami-prinsip-prinsip-islam-dan-perkembangan-sosio-ekonomi-semasa