AMALAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM PROSES · PDF fileAk Hj Jamaludin bin Pg Hj Zainal2 & Dr...

15
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace 30 November 01 December 2016 Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia http://www.iium.edu.my/capeu2016/index.php/proceedings/ 1 AMALAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM PROSES PENGAJARAN DI PERINGKAT SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 1 Ak Hj Jamaludin bin Pg Hj Zainal 2 & Dr Adam bin Hj Jait 3 (Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB)). Kajian ini bertujuan untuk mengkaji amalan guru Pendidikan Islam di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah-sekolah menengah di Negara Brunei Darussalam. Kajian ini merupakan satu kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif (temu bual, pemerhatian, analisis dokumen) sebagai metod utama dalam menjawab persoalan kajian dengan disokong oleh pendekatan kuantitatif (soal selidik). Seramai 4 orang guru pendidikan Islam, 4 orang rakan guru, 8 orang pelajar, dan 4 orang pengetua dipilih sebagai responden temu bual kajian ini, dengan disokong oleh pemerhatian dan analisis dokumen. Bagi dapatan soal selidik, seramai 300 orang pelajar guru pendidikan Islam yang dipilih secara persampelan kelompok untuk melihat amalan pengajaran guru pendidikan Islam. Data yang diperolehi melalui temu bual akan dianalisis dengan menggunakan N’Vivo dan data soal selidik akan dianalisis menggunakan program SPSS. Secara keseluruhannya, data kualitataif dan kuantitatif menunjukkan pola yang sama iaitu daripada aspek P&P, keperibadian, kemahiran, ilmu Islam dan pengamalannya serta motivasi guru. (Kata kunci : amalan, guru pendidikan Islam, pengajaran dan pembelajaran, sekolah menengah). 1 Disampaikan pada Consortium Of Asia Pacific Education Universities (CAPEU), 2-3Disember 2015 2 Pelajar Program Ijazah Doktor Falsafah Perguruan Ugama (Pendidikan) di KUPU SB 3 Penyelia Utama bagi Program PHD, dan Dekan Pendididikan, KUPU SB.

Transcript of AMALAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM PROSES · PDF fileAk Hj Jamaludin bin Pg Hj Zainal2 & Dr...

Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace

30 November – 01 December 2016

Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

http://www.iium.edu.my/capeu2016/index.php/proceedings/

1

AMALAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM PROSES PENGAJARAN DI

PERINGKAT SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH NEGARA BRUNEI

DARUSSALAM1

Ak Hj Jamaludin bin Pg Hj Zainal2 & Dr Adam bin Hj Jait

3

(Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB)).

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji amalan guru Pendidikan Islam di dalam proses

pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah-sekolah menengah di Negara

Brunei Darussalam. Kajian ini merupakan satu kajian kes yang menggunakan

pendekatan kualitatif (temu bual, pemerhatian, analisis dokumen) sebagai metod

utama dalam menjawab persoalan kajian dengan disokong oleh pendekatan kuantitatif

(soal selidik). Seramai 4 orang guru pendidikan Islam, 4 orang rakan guru, 8 orang

pelajar, dan 4 orang pengetua dipilih sebagai responden temu bual kajian ini, dengan

disokong oleh pemerhatian dan analisis dokumen. Bagi dapatan soal selidik, seramai

300 orang pelajar guru pendidikan Islam yang dipilih secara persampelan kelompok

untuk melihat amalan pengajaran guru pendidikan Islam. Data yang diperolehi melalui

temu bual akan dianalisis dengan menggunakan N’Vivo dan data soal selidik akan

dianalisis menggunakan program SPSS. Secara keseluruhannya, data kualitataif dan

kuantitatif menunjukkan pola yang sama iaitu daripada aspek P&P, keperibadian,

kemahiran, ilmu Islam dan pengamalannya serta motivasi guru.

(Kata kunci : amalan, guru pendidikan Islam, pengajaran dan pembelajaran, sekolah

menengah).

1 Disampaikan pada Consortium Of Asia Pacific Education Universities (CAPEU), 2-3Disember 2015

2 Pelajar Program Ijazah Doktor Falsafah Perguruan Ugama (Pendidikan) di KUPU SB

3 Penyelia Utama bagi Program PHD, dan Dekan Pendididikan, KUPU SB.

Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace

30 November – 01 December 2016

Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

http://www.iium.edu.my/capeu2016/index.php/proceedings/

2

PERMASALAHAN KAJIAN

Persoalan tentang tuntutan agama Islam, matlamat pendidikan Islam untuk

membentuk pelajar yang soleh serta cabaran yang semakin meningkat guru

Pendidikan Islam dalam mendidik pelajar di sekolah adalah inti pati daripada

keperluan untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam aspek

akademik malah aspek pembangunan kerohanian rohani juga perlu diberi perhatian.

Dalam masa yang sama, guru juga bertanggungjawab untuk mendidik, merawat,

menyelesaikan isu pelanggaran penghayatan nilai, moral, disiplin dan agama di

sekolah.

Pendidikan dalam Islam merupakan suatu perkara yang amat penting dan

mempunyai kedudukan yang tinggi bagi sesebuah negara. Pada umumnya pendidikan

Islam bertujuan untuk melahirkan al Mukmin al Salih dan dalam masa yang sama

berjaya menjadi khalifah Allah di bumi, dapat hidup bahagia di dunia dan di akhirat.

Sebagaimana juga dasar pendidikan Negara sangat jelas iaitu ke arah kesempurnaan

insan dan hanya akan dapat dicapai melalui ilmu yang bermanafaat dan akhlak yang

mulia. Ilmu menjadi kekuatan dan senjata manakala akhlak pula sebagai perhiasan dan

benteng pertahanan diri bagi membentuk insan yang cemerlang dan digalati. Untuk

merealisasikannya, semua ini tidak akan mempunyai nilai tanpa kehadiran guru yang

bertindak sebagai pelaksana.

Namun sejak kebelakangan ini, melalui analisis pengkaji daripada analisis

dokumen yang berbentuk jurnal dalam dan luar negara, dan tesis di Kolej Universiti

Perguruan Ugama Seri Begawan (2010-2015) mendapati kebanyakan kajian-kajian

yang dikaji hanya aspek mencari isu yang berkaitan dengan guru, kewibawaan guru

ugama, amalan pengajaran dan pembelajaran guru, kurikulum, pengukuran dan

penilaian, penerapan nilai akhlak dan lain lagi. Dari analisis tersebut, pengkaji

mendapati pernyataan masalah yang dibina oleh pengkaji lepas lebih menjurus kepada

mengenal pasti punca permasalahan yang timbul dengan melihat kepada sumber

sumber lain untuk menyokong hujah. Selain itu, terdapat beberapa cadangan atau

penambah baikkan dari sudut aspek pengajaran namun masalah ini masih lagi timbul.

Hal ini menarik perhatian pengkaji untuk mengkaji sistem kepercayaan dan amalan

guru pendidikan Islam dalam konteks penerapan ilmu dalam pengajaran bagi

mengenal pasti keadaan sebenar yang berlaku dalam pengajaran guru yang berlaku di

Brunei.

Menurut Pengkaji, Pengajaran yang berkesan adalah satu proses yang

menggabungkan aspek kepercayaan dan pemikiran, pengetahuan dan pengamalan

guru di dalam kelas. Bagi memahami bagaimana seseorang guru itu mengendalikan

pengajarannya, maka penelitian kepada kepercayaan dan proses pemikiran guru itu

adalah perlu kerana hal tersebut memberi kesan terhadap tindakan guru di dalam bilik

darjah. Menurut Gardener (2006), kepercayaan merujuk kepada nilai, sikap, sistem,

konsep, teori peribadi dan juga perspektif tentang sesuatu. Manakala menurut Nik

Aziz (1997) kepercayaan, nilai dan sikap memberi kesan kepada pengajaran dan

pembelajaran. Hal ini adalah kerana selain pengetahuan, aspek kepercayaan, nilai dan

sikap yang dimiliki oleh seseorang guru itu banyak mempengatuhi amalan dan tingkah

laku mereka dalam bilik darjah.

Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace

30 November – 01 December 2016

Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

http://www.iium.edu.my/capeu2016/index.php/proceedings/

3

Kepercayaan dikatakan mempengaruhi dan memberi panduan kepada guru

dalam membuat keputusan dan melaksanakan strategi pengajaran. Menurut Fang

(1996), kepercayaan ini bukan hanya mempengaruhi cara dan tindakan guru semasa

mengajar tetapi juga bagaimana mereka mentafsirkan pengajaran dan pembelajaran.

Pengajaran yang berkesan boleh diterokai daripada kepercayaan guru tentang

pengajaran yang baik (Gardener,2006; Fullan,2001) serta pengetahuan kraf pengajaran

mereka (Hasbah et.al,2006; Kroener-Ekstard,2001; Shulman,1987). Meskipun

kepercayaan tidak semestinya diterjemahkan dan dizahirkan kepada amalan, namun

kepercayaan guru tentang pendidikan memberi persepsi tentang world view dan

pegangan guru tentang bagaimana pendidikan perlu dilestarikan (Gardener,2006;

Schwarz,2001).

Dalam Pendidikan Islam, aspek kepercayaan bukan sahaja melibatkan dimensi

kognitif seseorang sebagaimana pandangan McLeod (1992) dan Schoenfed (1998),

sebaliknya turut melibatkan aspek spiritual guru tersebut. Apakah perkaitan amalan

dengan kepercayaan dijelaskan oleh al-Zindani, (2010) bahawa amalan adalah lahir

daripada keimanan insan di mana keimanan ialah pemangkin yang membangkitkan

motivasi insan untuk melakukan amalan dan bersungguh-sungguh dalam

melaksanakan amalan tersebut. Al-Quran sering menggandingkan aspek iman dan

amal salih bagi menggambarkan kepentingan keduanya dalam kehidupan Muslim (ali-

imran:3,25,62,82,177,218; al-ashr:1-3). Iman yang berkisar sekitar kepercayaan tetapi

tidak disertakan dengan amal tidak diiktiraf oleh Islam. A.N Oppenheim (1992)

menyatakan di dalam “Questionaire Design And Attitude Measurement” bahawa nilai

terbina daripada kepercayaan dan sikap seseorang. Ringkasnya, untuk membina

personaliti seseorang ia bermula daripada apa yang dipercayai olehnya. Daripada

kepercayaan ini sikap mula terbentuk. Apabila sikap diamalkan dan telah mantap pada

diri individu ia menjadi nilai dan asas kepada pembentukan sahsiah seseorang (Abu

Bakar, 1997).

Selain itu juga masalah akhlak dalam kalangan pelajar hari ini memberi satu

petanda penting bahawa ilmu yang disampaikan tidak mampu melahirkan pelajar yang

memiliki sahsiah yang tinggi. Begitu juga dalam konteks hari ini yang begitu ramai

pelajar mencatat keputusan cemerlang dalam bidang akademik tetapi tidak dalam

konteks amalan atau akhlak atau penghayatan ilmu dalam kehidupan. Gejala

keruntuhan akhlak atau moral kian menular di kalangan pelajar dengan pelbagai

ragam dan masalahnya, bermula dari kesalahan seperti ponteng sekolah dan tidak

menghormati guru sehingga melibatkan perilaku yang ditakrifkan sebagai jenayah

seperti mencuri, pergaulan bebas, membunuh, merogol dan lain lagi. Cabaran akhlak

ini dapat dilihat melalui laporan statistik yang dikeluarkan oleh SUPT, Radin Jofri bin

Radin Mas Basuiuni, Pemangku Timbalan Pengarah, Jabatan Siasatan Jenayah, bp.

Pesuruhjaya Polis, Polis Di Raja Brunei (2015), sejak tahun 2010 hinggalah

September 2015.

Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace

30 November – 01 December 2016

Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

http://www.iium.edu.my/capeu2016/index.php/proceedings/

4

Jadual 1.1 Bilangan Tangkapan dan Kes Penglibatan Remaja Dalam Jenayah dari

Tahun Januari 2010 hingga September 2015

Tahun

Umur

2010 2011 2012 2013 2014- Sept

2015

L P L P L P L P L P

7 1 0 0 0 0 0 0 0 0 0

8 0 1 0 0 0 0 0 0 0 0

9 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0

10 0 1 1 0 0 0 1 0 0 0

11 0 0 1 0 1 0 0 0 1 0

12 4 1 1 0 2 0 5 1 1 0

13 6 0 10 1 3 0 6 0 4 2

14 8 0 14 0 12 0 9 2 14 1

15 13 4 18 0 15 1 12 3 6 2

16 24 6 21 2 23 0 9 4 17 1

17 31 7 33 1 15 3 14 7 14 3

Jumlah 107 103 76 73 66

*Sumber : Jabatan Perisikan Jenayah, Polis Di Raja Brunei (2015)

Statistik Jadual 1.1 menggambarkan bilangan tangkapan remaja yang

ditangkap kerana terlibat dengan jenayah dari tahun Januari 2010 hingga September

2015. Dalam jadual tersebut, walaupun jumlah kes jenayah di kalangan pelajar

menunjukkan penurunan yang drastik iaitu sebanyak 38.3% iaitu dari 107 kes (Januari

2010) hingga 66 Kes (September 2015) namun ianya akan meningkat jika tidak

ditangani dan perlu diambil perhatian. Jika dilihat dari sudut jantina, menunjukkan

jumlah bilangan lelaki banyak terlibat dengan jenayah iaitu sebanyak 370 orang

(87.1%). Manakala, jika dilihat dari sudut umur menunjukkan pelajar yang berumur

17 tahun menunjukkan jumlah yang paling ramai melakukan jenayah iaitu sebanyak

128 orang (30.1%), diikuti pula dengan remaja yang berumur 16 tahun sebanyak 107

orang (25.1%) dan 74 orang (17.4%) bagi remaja yang berumur 15 tahun. Jika dilihat

dari sudut umur remaja ini, mereka ini terdiri dari kalangan pelajar dalam Tahun 9

hingga 11.

Jadual 1.1 Bilangan Tangkapan dan Kes Penglibatan Remaja Dalam Pelbagai Jenayah

Dari Tahun Januari 2010 hingga September 2015

Tahun

Kesalahan

2010 2011 2012 2013 2014/

2015

Jumlah

Kes

Sek 379, 380 & 381 Curi 22 44 38 24 22

150

(35.3%)

Akta Penyalahgunaan Dadah 22 17 10 18 18

85

(20%)

Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace

30 November – 01 December 2016

Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

http://www.iium.edu.my/capeu2016/index.php/proceedings/

5

Sek 323 Mendatangkan cedera

ringan 31 11 5 6 8

61

(14.4%)

Akta Kastam dan Eksais 4 7 2 1 5

19

(4.5%)

Sek 379 Pecah Kereta & Curi 5 7 3 2 1

18

(4.2%)

Sek 159 Gaduh Gempar 3 2 13 - -

18

(4.2%)

Sek 379 A Curi Kenderaan 1 3 - 5 6

15

(3.5%)

Sek 324-326 Mendatangkan

Cedera Parah 3 2 3 1 -

9

(2.1%)

Sek 375 Kes Rogol 1 - - 6 -

7

(1.6%)

Sek 354 Menjatuhkan Maruah 2 3 - - -

5

(1.2%)

Sek 377 E Persetubuhan di Bawah

Umur - - 1 2 2

5

(1.2%)

Sek 378 Cuba Melukakan Diri - 4 - - -

4

(0.9%)

Sek 509 Perkataan/Isyarat Yang

Mengaibkan 1 - - 2 1

4

(0.9%)

Sek 427 Barang Rosak 1 1 1 1 -

4

(0.9%)

Sek 457 Pecah Rumah & Curi 3 - - - -

3

(0.7%)

Akta Majlis Ugama Islam & Kadi 2 - - - 1

3

(0.7%)

Sek 293 Akta Perlindungan

Wanita & Gadis 1 - - 2 -

3

(0.7%)

Sek 447, 448 Menceroboh - - - 2 1

3

(0.7%)

Akta Perkapalan - 2 - - -

2

(0.5%)

Kelakuan Tidak Senonoh 1 - - - -

1

(0.2%)

Sek 309 Cuba Bunuh Diri 1 - - - -

1

(0.2%)

Sek 511 Cuba Melakukan

Kesalahan 1 - - - -

1

(0.2%)

Sek 6 (1) CGH Cap 28 1 - - - -

1

(0.2%)

Akta Perintah Kanak-kanak 2000 1 - - - -

1

(0.2%)

Sek 182 Maklumat Palsu

- - - 1 -

1

(0.2%)

Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace

30 November – 01 December 2016

Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

http://www.iium.edu.my/capeu2016/index.php/proceedings/

6

Akta Ketenteraman Awam - - - 1 -

1

(0.2%)

Sek 372 Menjual Budak Bagi

Maksud Persundalan - - - - 1

1

(0.2%)

Jumlah Keseluruhan 107 103 76 73 66 425

*Sumber : Jabatan Perisikan Jenayah, Polis Di Raja Brunei (2015)

Jika dilihat dari segi penglibatan jenayah pula pada Jadual 1.2 menunjukkan

para remaja terlibat dengan jenayah. Secara keseluruhannya sejak tahun Januari 2010

hingga September 2015, terdapat 425 jenis kesalahan yang dilakukan oleh pelajar

dengan jenayah tertinggi iaitu Sek 379, 380 & 381 Curi iaitu sebanyak 150 kes,

kemudian diikuti pula dengan kes Akta Penyalahgunaan Dadah (85), Sek 323

Mendatangkan cedera ringan (61), Akta Kastam dan Eksais (19), Sek 379 Pecah

Kereta & Curi dan Sek 159 Gaduh Gempar (18), Sek 379 A Curi Kenderaan (15), Sek

324-326 Mendatangkan Cedera Parah (9), Sek 375 Kes Rogol (7), Sek 354

Menjatuhkan Maruah dan Sek 377 E Persetubuhan di Bawah Umur (5), Sek 378 Cuba

Melukakan Diri, Sek 509 Perkataan/Isyarat Yang Mengaibkan dan Sek 427 Barang

Rosak (4), Sek 457 Pecah Rumah & Curi, Akta Majlis Ugama Islam & Kadi, Sek 293

Akta Perlindungan Wanita & Gadis dan Sek 447, 448 Menceroboh (3) , Akta

Perkapalan (2), Kelakuan Tidak Senonoh, Sek 309 Cuba Bunuh Diri, Sek 511 Cuba

Melakukan Kesalahan, Sek 6 (1) CGH Cap 28, Akta Perintah Kanak-kanak 2000, Sek

182 Maklumat Palsu, Akta Ketenteraman Awam dan Sek 372 Menjual Budak Bagi

Maksud Persundalan (1). Secara puratanya, semua jenis jenayah ini telah

menunjukkan purata peningkatan sama ada dari segi peratus atau jumlah jenayah yang

dilakukan oleh mereka.

Kedua-dua statistik yang dibentangkan (Jadual 1.1 dan 1.2) menggambarkan

betapa cabaran agama, akhlak dan disiplin menjadi salah satu daripada cabaran guru

Pendidikan Islam di Brunei. Berdasarkan statistik ini juga, jelas guru Pendidikan

Islam mempunyai tanggungjawab tambahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran

(P&P) mereka, iaitu selain membentuk para pelajar kepada kehidupan beragama,

berakhlak dan berdisiplin, guru juga perlu menangani dan membimbing pelajar yang

bermasalah, membendung penularan kemerosotan akhlak, disiplin pelajar yang telah

rosak kepada pelajar yang belum rosak serta mempertingkat pertahanan diri para

pelajar yang belum rosak ini juga daripada di pengaruhi golongan para pelajar yang

telah rosak ini (Azizi, Jamaluddin dan K.Shoba,2010).

Berdasarkan isu yang dikemukakan diatas, kajian ini wajar dijalankan bagi

melihat satu proses yang kelihataannya biasa iaitu penerapan ilmu tetapi apakah

proses berkenaan dilaksanakan sesuai dengan konsep ilmu yang di usulkan Islam

dalam aspek pendidikan serta menarik perhatian pengkaji untuk menjalankan kajian

bagi merungkai isu dan permasalahan yang disebutkan.

Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace

30 November – 01 December 2016

Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

http://www.iium.edu.my/capeu2016/index.php/proceedings/

7

TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian adalah untuk mengkaji tentang amalan guru cemerlang pendidikan

Islam. Objektif kajian adalah untuk :

1. Mengenal pasti amalan guru Pendidikan Islam dalam mempraktikkan bentuk

pengajaran.

2. Meneliti elemen ilmu yang diterapkan oleh guru Pendidikan Islam dalam

pengajaran.

3. Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap pengajaran guru Pendidikan Islam di

dalam kelas.

1. Persoalan Kajian

Kajian ini dilaksanakan untuk menjawab soalan-soalan yang telah dikemukakan

seperti mana berikut iaitu :

1. Bagaimanakah guru Pendidikan Islam mempraktikkan bentuk pengajaran di

sekolah.

2. Apakah elemen ilmu yang diterapkan oleh guru Pendidikan Islam dalam

pengajaran dan pembelajaran.

3. Apakah persepsi pelajar terhadap pengajaran guru pendidikan Islam di dalam

kelas.

2. Kerangka Teori

Model Proses Pemikiran Guru yang diperkenalkan oleh Clark & Peterson (1986) dan

Model Pandangan Tasawwur dan Perubahan Konsep (Cobern,1993). Model ini

berketepatan dengan penelitian yang menerangkan secara langsung hubungan antara

proses-proses pemikiran yang berlaku dalam diri seorang guru dengan tindakan

tersebut semasa sesi pengajaran dijalankan. Pemikiran guru dan tindakan merupakan

satu proses yang saling berkait rapat dan menyumbang antara satu sama lain.

Pandangan ini turut disokong oleh Nespor (1987) yang percaya bahawa cara guru

berfikir dan tindakan guru berfikir memahami sesuatu perkara merupakan kompenen

pentig dalam tindakan guru

Model Clark & Peterson (1986) mempunyai dua domain iaitu proses

pemikiran guru dan domain tindakan guru serta kesannya yang boleh diperhatikan.

Kerangka teori yang dibina oleh pengkaji adalah saling berkaitan dan berinteraksi.

Domain proses pemikiran guru, terdapat tiga kategori iaitu, perancangan guru,

pemikiran interaktif dan keputusan guru dan kepercayaan dan teori-teori guru.

Manakala domain tindakan guru dan kesan yang dapat dilihat, juga terdapat tiga

kategori iaitu perlakukan guru dalam bilik darjah, perlakuan pelajar dalam bilik darjah

dan pencapaian pelajar. Kajian ini, penelitian yang berfokuskan kepada kategori

kepercayaan dan teori guru yang terletak dalam domain proses pemikiran guru dan

kategori perlakukan guru dalam bilik darjah yang terdapat dalam domain tindakan

guru dan kesan yang dilihat. Kajian ini meneliti kepercayaan guru dan penterjemahan

kepercayaan tersebut dalam bentuk perlakuan guru.

Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace

30 November – 01 December 2016

Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

http://www.iium.edu.my/capeu2016/index.php/proceedings/

8

Kategori kepercayaan dan teori guru dibincangkan dalam Model Pandangan

Tasawwur dan Perubahan Konsep oleh Cobern (1993). Cobern menerangkan operasi

yang berlaku dalam pemikiran guru dalam konteks hubungan antara pandangan

tasawwur dengan perubahan konsep. Model ini dipilih kerana model ini memberi

penjelasan pemahaman dan kepercayaan guru terhadap konsep berkait dengan

penolakkan atau penerimaan guru terhadap konsep ini. Oleh itu, dua model ini saling

berkaitan Model Cobern lebih fokus kepada dengan lebih mandalam bagi kategori

kepercayaan dan teori guru dalam model Clark dan Peterson (1986).

Rajah 1.1 : Kerangka Teori Kajian Clark & Peterson (1986) & Cobern (1993)

3. Kerangka Konseptual Kajian

Berdasarkan kerangka teori kajian yang dibincangkan sebelum ini seperti yang

terdapat dalam rajah 1.1, maka ianya diekstrak dan dikategorikan semula untuk

menghasilkan sebuah kerangka konseptual kajian ini. Aspek utama yang dikaji ialah

amalan guru dalam pengajaran.

Perkara yang akan dikaji dalam aspek ini ialah (1) perancangan dan

pelaksanaan pengajaran, (2) set induksi, (3) penggunaan pendekatan, kaedah dan

teknik dalam pengajaran, (4) penggunaan bahan bantu mengajar, (5) perkembangan

dan penilaian pelajar, (6) pengurusan bilik darjah dan (7) pengukuhan.

•Perancangan Guru

•Pemikiran Interaktif & Keputusan Guru

•Kepercayaan dan Teori Guru Model Cobern (1993) : Jantina, Umur, Tahap Akademik & Pengalaman

Proses Pemikiran Guru

•Perlakuan Guru Dalam Kelas

•Perlakuan Pelajar

•Pencapaian Pelajar

Tindakan Guru dan Kesan Yang Dapat Di Lihat

Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace

30 November – 01 December 2016

Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

http://www.iium.edu.my/capeu2016/index.php/proceedings/

9

Rajah 1.2 : Kerangka Konseptual Kajian (Teori Kajian Clark & Peterson,1986 dan

Cobern,1993 & al-Ghazali,t.th dan Dunkin & Biddle,1974)

4. Batasan Kajian

Kajian ini menggunakan kajian kualitatif yang ditriangulasikan dengan kajian

kuantitatif. Pengumpulan data kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual

mendalam sebagai alat utama untuk mengumpulkan data. Data temu bual ini disokong

oleh data pemerhatian dan analisis dokumen. Kemudian, data kualitatif ini

ditriangulasikan pula dengan data kuantitatif yang dikumpul dengan menggunakan

soal selidik kepada pelajar.

Pemilihan guru Pendidikan Islam sebagai responden kajian kes ini melalui

beberapa peringkat penapisan supaya kajian ini benar-benar mencapai matlamat dan

batasan. Pada peringkat pertama, pengkaji mengambil jumlah guru Pendidikan Islam

di Negara Brunei Darussalam. Menurut Ketua Unit Pengambilan dan Pengurusan Staf,

Kementerian Pendidikan (2016) dan Ketua Unit Maklumat dan Perangkaan,

Kementerian Hal Ehwal Ugama (2016), jumlah keseluruhan guru yang mengajar mata

pelajaran Pendidikan Islam ialah seramai 4558 orang, iaitu 30 orang guru yang

mengajar di peringkat Pra Universiti, 24 orang guru yang mengajar di teknikal dan

vokasional, 636 orang guru yang mengajar di peringkat sekolah menengah, 616 orang

guru yang mengajar di peringkat sekolah rendah satu mata pelajaran dan 3252 orang

guru yang sekolah ugama. Daripada jumlah tersebut, fokus kajian hanya tertumpu

kepada guru yang mengajar di sekolah menengah iaitu seramai 636 orang.

Selepas itu, pengkaji membataskan guru Pendidikan Islam yang mengajar

sekolah menengah atas, iaitu hanya guru yang mengajar pelajar di tingkatan empat

dan lima. Pemilihan ini berdasarkan kepentingan kematangan dalam memberi respon

terhadap soalan kajian dalam bentuk temu bual dan soal selidik kepada pelajar. Ini

kerana pemilihan responden pelajar melibatkan kedua-dua data kualitatif dan

kuantitatif. Selain itu, kematangan ini menurut Nasih Ulwan (1998), adalah asas yang

AM

AL

AN

GU

RU

PE

ND

IDIK

AN

D

AL

AM

PE

NG

AJA

RA

N

GURU

AMALAN PENGAJARAN

(perancangan dan pelaksanaan pengajaran,set induksi, pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajaran,penggunaan bahan bantu mengajar,

perkembangan dan penilaian pelajar, pengurusan bilik darjah dan pengukuhan.)

PELAJAR pengajaran dan pembelajaran guru

Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace

30 November – 01 December 2016

Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

http://www.iium.edu.my/capeu2016/index.php/proceedings/

10

penting dalam mendapatkan maklumat yang berwibawa dan boleh di

pertanggungjawabkan.

Selain batasan terhadap responden, pengkaji juga membuat batasan terhadap

fokus kajian. Pengkaji hanya memfokuskan kepada guru cemerlang Pendidikan Islam

dengan guru peringkat mahir khususnya aspek pengajaran sahaja. Skop yang dilihat

umur, jantina, tahap pendidikan dan pengalaman mengajar. Apa yang paling penting

batasan terhadap aspek pengajaran ini, pengkaji hanya menerima data terhadap ciri

yang boleh dicerap melalui pengakuan guru cemerlang Pendidikan Islam dengan guru

peringkat mahir serta apa yang boleh dilihat oleh pengetua, rakan guru dan pelajar

dibawah seliaan guru cemerlang Pendidikan Islam dengan guru peringkat mahir di

dalam kelas. Perbandingan ini bertujuan untuk melihat ciri-ciri kekuatan dan

kelemahan yang ada guru cemerlang dan guru novis dapat diperhatikan, di

persembahkan dan di senaraikan.

Soal selidik kepada pelajar juga dibataskan dari segi responden dan fokus

kajian. Batasan dari segi responden adalah dengan hanya memilih pelajar yang di

bawah penyeliaan guru cemerlang Pendidikan Islam dengan guru peringkat mahir

selama dalam pengkajian pengkaji di lapangan. Manakala batasan dari segi skop pula

ialah dengan menghadkan soalan kepada aspek persepsi pelajar terhadap pengajaran

guru, keperibadian dan kemahiran mereka yang boleh dicerap di dalam kelas sahaja.

5. Metodologi Kajian

5.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini mengunakan dua reka bentuk untuk dua fasa berbeza. Kedua-dua fasa ini

merupakan kajian kes. Oleh kerana ianya melibatkan lebih daripada satu buah

sekolah, maka lebih tepat lagi kajian ini di sebut sebagai kajian pelbagai kes atau

dikenali sebagai kajian pelbagai tempat lapangan. Kepentingan menggunakan kedua-

dua data kualitatif dan kuantitatif dalam kajian pula adalah untuk mempelbagaikan

reka bentuk kajian yasng bertujuan supaya pengkaji dapat mengumpulkan data yang

terperinci bagi sesuatu scenario (Strauss & Corbin,1990; Glaser & Strauss,1967).

Menurut Creswell (1994), kombinasi pendekatan kualitatif dan kuantitatif ini

memberikan kelebihan kepada pengkaji untuk memahami persoalan kajian sehingga

dapat menghasilkan satu dapatan yang mendalam lagi komprehensif.

Fasa pertama kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan

menggunakan tiga kaedah pengumpulan data, iaitu temu bual mendalam sebagai data

utama. Manakala, kaedah pemerhatian terhadap sampel kajian dan kaedah analisis

dokumen dilaksanakan bagi menyokong data temu bual. Selain itu, nota lapangan dan

diari juga digunakan untuk memperkukuhkan ketiga-tiga data tersebut. Fasa ini akan

melihat secara menyeluruh keadaan sebenar yang berlaku terhadap pengajaran guru di

Brunei dengan melihat kepada dua ciri iaitu sistem kepercayaan dan amalan guru

Pendidikan Islam dalam konteks penerapan ilmu dalam pengajaran.

Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace

30 November – 01 December 2016

Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

http://www.iium.edu.my/capeu2016/index.php/proceedings/

11

Manakala fasa kedua kajian pelbagai kes ini pula menggunakan pendekatan

kuantitatif dengan menggunakan kaedah soal selidik kepada para pelajar yang menjadi

seliaan kepada guru cemerlang Pendidikan Islam dan guru peringkat mahir. Tumpuan

soalan adalah berfokuskan kepada tiga ciri iaitu ciri pengajaran, ciri keperibadian dan

ciri kemahiran. Data fasa kedua soal selidik ini bertujuan untuk menyokong dapatan

dalam kajian fasa pertama. Secara ringkas, gambaran reka bentuk kajian ini

ditunjukkan dalam Rajah 1.3.

Rajah 1.3 : Kedudukan Reka Bentuk Kajian Kes Antara Kualitatif dan Kuantitatif

Kedua-dua data ini dianalisis secara deskriptif (Mohamad Najib Abdul

Ghafar,1999) untuk menghasilkan dapatan yang kemudian digunakan untuk

membentuk pola seterusnya menghasilkan model kajian guru Pendidikan Islam

Cemerlang dan penemuan model baru kajian. Pemilihan reka bentuk ini bertujuan

membolehkan persoalan yang berkaitan dengan sistem kepercayaan dan amalan guru

pendidikan Islam dapat dilihat dari skop yang lebih halus dan mendalam (Cates,1990)

yang sesuai dalam konteks guru Pendidikan Islam di Brunei Darussalam.

5.2 Lokasi Kajian

Kajian ini merupakan kajian pelbagai kes (multiple case). Kajian ini melibatkan empat

buah sekolah menengah. Menurut Taylor dan Bogdan (1994), pemilihan lokasi dan

sekolah juga mestilah mengambil kira perkara berikut, iaitu (1) Mudah dan boleh

dimasuki, (2) Terdapatnya situasi yang kaya dengan proses melalui responden,

program, interaksi dan struktur yang diminati oleh responden, (3) Pengkaji dapat

membina peranan serta hubungan erat (rapport) dengan responden dan (4) Kualiti dan

kredibiliti data yang diperoleh agak terjamin.

Hal ini perlu kerana pengkajian terhadap empat buah lokasi sekolah ini adalah

melibatkan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah temu bual sebagai alat kajian

utama yang disokong oleh pemerhatian dan analisis dokumen. Bentuk temu bual pula

adalah mendalam yang dilakukan terhadap guru cemerlang pendidikan Islam, guru

peringkat mahir, pengetua, dan pelajar. Begitu juga liputan kajian kualititatif ini hanya

melibatkan kawasan dan aktiviti sekolah sahaja.

Amalan Pengajaran Guru

Data Utama

1. Temu Bual Mendalam

2. Pemerhatian

3. Analisis Dokumen

4. Nota Lapangan

5. Diari

Data Sokongan

1. Soal Selidik Pelajar

Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace

30 November – 01 December 2016

Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

http://www.iium.edu.my/capeu2016/index.php/proceedings/

12

Selain itu, untuk mengutip data kuantitatif, pengkaji juga memilih kelas yang

berada di tahun 10 dan 11 yang diajar oleh guru cemerlang pendidikan Islam dan guru

peringkat mahir. Tujuan pemilihan kelas ini berdasarkan bahawa tahap umur mereka

pada peringkat ini sudah dianggap matang untuk menjawab soal selidik yang

digunakan oleh pengkaji yang sememangnya direka khas untuk pelajar berada di tahap

ini (‘Ulwan 1998).

5.3 Populasi dan Sampel Kajian

Rajah 1.4 menunjukkan prosedur yang digunakan dalam persampelan kajian. Oleh

kerana kajian ini hanyalah kajian pelbagai kes, maka pengkaji menggunakan

persampelan bertujuan, iaitu kelompok responden yang mewakiliki populasi yang

hendak dikaji dikenal pasti dan kesemua individu dalam kelompok tersebut diambil

kira sebagai sampel (Sabitha Merrican,2005). Pemilihan hanya empat buah sekolah

menengah untuk dikaji dan dilaksanakan kajian kes ini sudah memadai kerana

penekanan kajian kualitatif bukan kepada jumlah responden tetapi aplikasi spesifikasi

ciri amalan yang dilakukan oleh responden (Rasid Mail & Raman Nordin, 2012;

Kamarul Azmi 2010; Mohd Izham Mohd Hamzah,2006; Sabitha Marican,2005).

Selain itu, batas juga perlu diambil kira kerana kajian ini bukan sahaja melibatkan

kajian kualitatif, tetapi juga kajian kuantitatif turut dilaksanakan.

Daripada empat buah sekolah yang dipilih ini, seramai empat guru Pendidikan

Islam, empat orang pengetua, empat orang guru yang menjadi rakan rapat kepada

responden, dan 8 orang pelajar dipilih bagi tujuan untuk ditemu bual bagi

mengumpulkan data kualitatif. Seterusnya, bagi mengumpulkan data kuantitatif,

pengkaji menggunakan persampelan kelompok. Oleh itu, pengkaji memilih sekurang-

kurangnya 300 pelajar daripada jumlah pelajar yang diselia dan diajar oleh guru

Pendidikan Islam. Anggaran jumlah responden ini diperlukan sebagai subjek kepada

kajian ini adalah untuk mencukupkan jumlah responden kajian sebagaimana yang

dinyata dan dikehendaki oleh Krejcie & Morgan (1970). Dalam kajian ini, pengkaji

seberapa daya meletekkan sasaran untuk memilih keseluruhan pelajar yang diselia dan

diajar oleh guru cemerlang pendidikan Islam dan guru peringkat mahir yang berada di

tahun 10 dan 11 bagi menjawab soal selidik pelajar ketika mengumpulkan daya

kuantitatif ini. Sasaran ini bertujuan untuk menghasilkan dapatan yang lebih tepat dan

menyeluruh persepsi pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran, keperibadian dan

kemahiran yang ada pada guru cemerlang pendidikan Islam dan guru peringkat mahir.

Secara ringkas, gambaran populasi dan sampel kajian ni ditunjukkan dalam Rajah 3.2.

Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace

30 November – 01 December 2016

Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

http://www.iium.edu.my/capeu2016/index.php/proceedings/

13

Rajah 3.2 : Proses Persampelan

5.4 Prosedur Pengumpulan Data

Pengumpulan data merupakan peringkat permulaan pengkaji memasuki lapangan

kajian. Data dalam kajian ini dikumpul dengan menggabungkan kaedah pengumpulan

data dalam bentuk kualitatif daripada guru cemerlang pendidikan Islam, guru

peringkat mahir, pengetua dan pelajar serta dokumen sekolah. Data kuantitatif

digunakan untuk menyokong data kualitatif (Newman & Benz 1998). Data kuantitatif

dalam bentuk soal selidik kepada pelajar bertujuan untuk menyokong dapatan

kualitatif yang dikumpul oleh pengkaji (Babbie, 1990; McMillan Schumacher, 2000;

Nardi, 2003; Zakaria, 2007). Data kualitatif terdiri daripada pengkaji pelbagai kes

dengan menggunakan kaedah temu bual mendalam terhadap responden guru

pendidikan Islam, pengetua dan pelajar serta pemerhatian pengajaran dan

pembelajaran, dan analisis dokumen. Manakala data kuantitatif terdiri daripada kajian

kes juga dengan penggunaan kaedah soal selidik pelajar.

5.4.1 Pengumpulan Data Kualitatif

Dalam kajian ini, maklumat amalan guru pendidikan Islam di sekolah dalam proses

pengajaran dikumpulkan. Fenomena kehidupan harian guru pendidikan Islam di

sekolah dikaji dan diambil. Bahan maklumat yang dikumpul bukan sahaja datang

daripada individu guru pendidikan Islam, tetapi juga daripada pengetua sekolah, para

pelajar dan analisis dokumen yang tertulis serta tersimpan. Kaedah pengumpulan data

dalam kajian kes ini secara ringkas dalam tiga bentuk, iaitu pemerhatian, temu bual

dan analisis dokumen (Sabitha Merican,2005). Penggunaan kepada ketiga-tiga kaedah

pengukuran ini adalah sebagai triangulasi data kualitatif tersebut. Triangulasi adalah

kesahan rentasan (Cross validation) bagi kajian kualitatif. Ini kerana triangulasi dapat

menaksir kecukupan data berdasarkan penumpuan pelbagai sumber data atau pelbagai

prosedur pengumpulan data (Kamarul Azmi 2010; Mohd Izhan Mohd Hamzah 2006;

PERSAMPELAN

KAJIAN

Kualitatif

(Data Utama)

Kuantitatif

(Data Sokongan)

4 Orang Guru Pendidikan Islam

4 Orang Pengetua/ 4 Orang Rakan

Guru & 8 Orang Pelajar

( 16 Orang )

Pemerhatian

Analisis Dokumen

Soal Selidik

(300 Orang Pelajar)

Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace

30 November – 01 December 2016

Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

http://www.iium.edu.my/capeu2016/index.php/proceedings/

14

Wiersma 1991). Pernyataan ini disokong oleh Noorhizrah (2014), penggunaan teknik

triangulasi seperti pungutan data-data yang diperolehi melalui sumber dokumen bukan

sahaja boleh menyokong dan menambahkan bukti daripada pelbagai sumber lain,

tetapi juga menolong mengesahkan maklumat yang didapati daripada temu bual dan

pemerhatian. Data temu bual merupakan data utama kajian ini, manakala data

pemerhatian dan analisis dokumen hanya merupakan data sokongan bagi mengukuh

dan membuktikan lagi kebenaran data temu bual yang dijalankan. Oleh kerana data

temu bual sebagai data utama, maka data ini boleh berdiri sendiri untuk diambil kira

dalam pembinaan tema dalam kajian kualitatif. Sebaliknya bagi data pemerhatian dan

analisis dokumen, data ini tidak diambil kira sebagai pembinaan tema kajian ini

melainkan setelah disandarkan dengan data temu bual. Gambaran umum pengumpulan

data ditunjukkan dalam rajah 3.3.

Rajah 3.3 : Struktur Pengumpulan Data Kualitatif

5.4.2 Pengumpulan Data Kuantitatif

Soal selidik merupakan fasa kedua kaedah yang dicadangkan untuk digunakan oleh

pengkaji untuk mengumpulkan data dalam bentuk kuantitatif. Penggunaan soal selidik

sebagai instrument kajin popular dalam penyelidikan pendidikan memandangkan

penggunaannya yang lebih praktikal dan berkesan (Mohd Majid Konting, 2000).

Kaedah soal selidik juga dipilih kerana pengkaji berpeluang mendapatkan maklum

balas daripada responden yang lebih ramai (Ary, Jacobs & Razavieh, 1985). Kajian

soal selidik ditadbir dan dikaji dengan cukup teliti untuk mendapatkan persepsi yang

berbeza dari pelajar. Soal selidik berstruktur dipilih iaitu subjek dikehendaki memilih

jawapan yang tepat terhadap soalan berdasarkan cadangan-cadangan jawapan yang

disediakan. Oleh itu, penggunaan soal selidik membolehkan pengkaji sampai kepada

sampel kajian dengan cepat. Selain itu, Kaedah ini juga bertujuan sebagai triangulasi

dapatan yang lebih menyeluruh dan melibatkan bilangan responden yang lebih ramai

bagi mengesahkan diri guru pendidikan Islam yang dipilih dalam kajian kes di sekolah

(Sabitha Marican 2005; Bogden & Milken 2003 ; Cohen et.al 2000).

Dalam kajian ini, penggunaan satu set soal selidik dilakukan ini adalah untuk

pelajar tahun 10 dan 11 yang dibawah diselia dan diajar oleh guru pendidikan. Soal

selidik ini dibahagikan kepada dua bahagian, bahagian A : Latar belakang pelajar dan

bahagian B : Persepsi tahap guru pendidikan Islam dalam pengajaran. Bahagian A,

iaitu latar belakang demografi pelajar dibentuk untuk mengumpulkan maklumat

Dat

a K

ual

itat

if

Temu Bual

(1) 4 orang Guru Pendidikan Islam (2)Pengetua, (3) Rakan Guru, (4)Pelajar

Pemerhatian / Obervation

Analisis Dokumen

Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace

30 November – 01 December 2016

Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

http://www.iium.edu.my/capeu2016/index.php/proceedings/

15

tentang diri pelajar berhubung dengan nama sekolah, tahap kemampuan membaca al

quran, tahap pengamalan solat sehari semalam, tahap penguasaan membaca jawi,

tahap penguasaan tulisan jawi, dan kelulusan Pendidikan Islam di peringkat Sijil

Sekolah Rendah Ugama (SSRU). Maklumat demografi kajian ini berdasarkan asas

utama yang digunakan oleh Kementerian Pendidikan (2016) dan Kementerian Hal

Ehwal Ugama (2016) dalam menggubal dasar yang berkaitan dengan pelaksanaan

program pendidikan di negara ini. Nama sekolah yang kemudiannya dilabelkan oleh

pengkaji diletakkan bagi menunjukkan perbezaan antara lapan buah sekolah yang

terpilih untuk kajian soal selidik ini. Manakala kategori sekolah yang digunakan

dalam penyelidikan ini adalah berdasarkan kategori yang telah ditetapkan. Selain itu,

pemilihan faktor demografi dalam penyelidikan ini mengambil kira kepentingannya

terhadap dasar pendidikan negara. Antaranya ialah faktor jantina, tahap penguasaan

jawi dan al quran dan kejayaan di dalam peperiksaan Sijil Sekolah Rendah Ugama

(SSRU).

Bahagian B pula menyentuh persepsi palajar terhadap ciri guru pendidikan

Islam di dalam bilik darjah dan ketika aktiviti kurikulum dan kokurikulum di luar bilik

darjah serta tahap motivasi dan minat pelajar terhada pengajaran pendidikan Islam.

Penggunaan ayat soal selidik ini dipermudahkan agar pelajar boleh memahami dengan

baik item soalan. Secara keseluruhan, inventori persepsi pelajar terhadap ciri guru

pendidikan Islam di tunjukkan dalam Jadual 3.3.

Jadual 3.3 : Inventori Tahap Kompenen Ciri Guru Pada Pandangan Pelajar

Kod Tema Sub Tema Jumlah Item

PP Pengajaran &

Pembelajaran

Perancangan dan Pelaksanaan P&P

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar

Penggunaan Kaedah P&P

Tempat P&P selain kelas

48

22

29

8

Jumlah Item 107

Untuk menjawab instrumen ini, responden diminta menanda salah satu

daripada nombor satu (1) hingga lima (5) berdasarkan keterangan nombor yang

dinyatakan pada awal setiap instrument kajian. Kesemua item bahagian B ini

menggunakan skala jenis likert, iaitu Sangat tidak setuju (1) hingga Sangat setuju (5)

melainkan item pengunaan bahan bantu mengajar dan penggunaan kaedah pengajaran

dan pembelajaran menggunakan skala jenis likert daripada Sangat tidak kerap (1)

sehingga Sangat kerap (5).

6. Rumusan

Bab ini telah membincangkan latar belakang, pernyataan masalah, objektif kajian,

soalan kajian kerangka teori, kerangka konseptual kajian dan metodologi kajian.

Perbincangan ini memberi gambaran awal aspek penting pra kajian ini selain

memudahkan kefahaman terhadap penggunaan istilah yang terdapat dalam kajian ini.