Al-Quds Weekly News - Issue 52 - Malay language

8
| 1 Issue No 52 // 26th January , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG Al-Quds Weekly News 26 January 2015, Issue no 52 POLIS ISRAEL: SERANGAN-SERANGAN TERHADAP MASJID AL-AQSA AKAN MENGHANCURKAN WILAYAH ITU In This Issue Ketua Polis Israel, Yohanan Danino pada hari Rabu (14/1) dipetik berkata: “Ba- hawasanya serangan-serangan yang berulangkali dilakukan oleh anggota-anggota parlimen Israel ( The Knesset) terhadap Masjid Al-Aqsa akan menyebabkan kerosakan wilayah itu. Beliau dalam ceramahnya tentang “Ancaman-Ancaman Terhadap Negara Yahudi” di Universiti Hebrew di Jurusalem menambah, “aku berpendapat bahawa kewujudan Rumah Suci Jurusalem yang Ketiga (The Tem- ple Mount) akan mendatangkan ancaman-ancaman yang teruk terhadap Negara Yahudi. Ini kerana agenda mereka yang menyeru kepada perubahan Masjid Al- Aqsa kepada “Rumah Suci”, akan mengakibatkan kemarahan umat Islam dan Arab keseluruhannya dan dalam erti kata lain merupakan satu malapetaka besar buat Negara Yahudi. Sumber: Akhbar Al-Quds bertarikh 14/1/2015 PENGGALIAN DI BAWAH TANAH MASJID AL-AQSA SECARA BERTERUSAN DI BAWAH PENGAWASAN ISRA- EL RABBI YAHUDI DAN PEGAWAI KEMENTERIAN LUAR ISRAEL MENGGEMPUR AL-AQSA.. KEGAGALAN PERCUBAAN MELANCARKAN JET PE- SAWAT KE ATAS MASJID AL- AQSA. PENYINGKIRAN SEORANG BUDAK LELAKI DAN TIGA ORANG REMAJA PEREMPUAN DARI MASJID AL-AQSA. NEGARA YAHUDI MEMBERI TEKANAN KEATAS AHLI KE- LUARGA MANGSA “SERAN- GAN PARIS” SUPAYA MEREKA DIKEBUMIKAN DI JURUSALEM QUREI: PENDAFTARAN MAS- JID AL-AQSA SEBAGAI HAK MILIK ISRAEL MERUPAKAN SATU PERKARA YANG AMAT BERBAHAYA ENSIKLOPEDIA BERGAMBAR TERBESAR MENGENAI KOTA SUCI JURUSALEM DITERBIT- KAN DI JORDAN.

description

 

Transcript of Al-Quds Weekly News - Issue 52 - Malay language

Page 1: Al-Quds Weekly News - Issue 52 - Malay language

| 1Issue No 52 // 26th January , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

| 1Issue No 52 // 26th January , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

26 January 2015, Issue no 52

POLIS ISRAEL: SERANGAN-SERANGAN TERHADAP MASJID AL-AQSA AKAN

MENGHANCURKAN WILAYAH ITU

In This Issue

Ketua Polis Israel, Yohanan Danino pada hari Rabu (14/1) dipetik berkata: “Ba-hawasanya serangan-serangan yang berulangkali dilakukan oleh anggota-anggota parlimen Israel ( The Knesset) terhadap Masjid Al-Aqsa akan menyebabkan kerosakan wilayah itu. Beliau dalam ceramahnya tentang “Ancaman-Ancaman Terhadap Negara Yahudi” di Universiti Hebrew di Jurusalem menambah, “aku berpendapat bahawa kewujudan Rumah Suci Jurusalem yang Ketiga (The Tem-ple Mount) akan mendatangkan ancaman-ancaman yang teruk terhadap Negara Yahudi. Ini kerana agenda mereka yang menyeru kepada perubahan Masjid Al-Aqsa kepada “Rumah Suci”, akan mengakibatkan kemarahan umat Islam dan Arab keseluruhannya dan dalam erti kata lain merupakan satu malapetaka besar buat Negara Yahudi.

Sumber: Akhbar Al-Quds bertarikh 14/1/2015

PENGGALIAN DI BAWAH TANAH MASJID AL-AQSA SECARA BERTERUSAN DI BAWAH PENGAWASAN ISRA-EL RABBI YAHUDI DAN PEGAWAI KEMENTERIAN LUAR ISRAEL MENGGEMPUR AL-AQSA..KEGAGALAN PERCUBAAN MELANCARKAN JET PE-SAWAT KE ATAS MASJID AL-AQSA.PENYINGKIRAN SEORANG BUDAK LELAKI DAN TIGA ORANG REMAJA PEREMPUAN DARI MASJID AL-AQSA.NEGARA YAHUDI MEMBERI TEKANAN KEATAS AHLI KE-LUARGA MANGSA “SERAN-GAN PARIS” SUPAYA MEREKA DIKEBUMIKAN DI JURUSALEMQUREI: PENDAFTARAN MAS-JID AL-AQSA SEBAGAI HAK MILIK ISRAEL MERUPAKAN SATU PERKARA YANG AMAT BERBAHAYAENSIKLOPEDIA BERGAMBAR TERBESAR MENGENAI KOTA SUCI JURUSALEM DITERBIT-KAN DI JORDAN.

Page 2: Al-Quds Weekly News - Issue 52 - Malay language

2 | Issue No 52 // 26th January , 2015

Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

PENGGALIAN DI BAWAH TANAH MASJID AL-AQSA SECARA BERTERUSAN DI BAWAH PENGAWASAN ISRAEL

Laman sesawang NRG berbahasa Ibrani dalam ar-tikelnya Rabu lalu (14/1) berkata, “Bahawasanya pi-hak berkuasa Israel telah memutuskan undang-undang untuk mengawasi projek penggalian di bawah tanah Masjid Al-Aqsa dan sekitarnya, dengan pengawalan Pihak Berkuasa Antikuiti dan Polis Israel”. Katanya lagi, “ Penggalian itu sebenarnya telah menyingkap beberapa maklumat dan kesan-kesan sejarah yang sangat penting dan tidak pernah didedahkan kepada umum”.

Sumber-sumber Israel turut menyebut bahawa peng-galian yang dibuat oleh Israel itu telah merosakkan banyak kesan-kesan sejarah, bermula dari penggalian di bawah kubah yang berderetan sehinggalah kepada setiap sudut dan binaan asal Masjid Al-Aqsa. Sum-ber berkenaan juga mengesahkan bahawa penggalian pada tahun 99 mengakibatkan lebih banyak kerosakan kepada kesan-kesan tinggalan Islam disebabkan oleh penggunaan pelbagai peralatan besar sekaligus meng-hancurkan bangunan-bangunan milik Kerajaan Islam.

Projek pengawasan ini juga muncul disaat semua pertubuhan-pertubuhan dari seluruh pelusuk dunia menyeru supaya diberhentikan penggalian tersebut untuk memelihara sejarah dan binaan asalnya. Para pemerhati juga berpendapat yang pengawasan itu ti-dak membawa sebarang perbezaan kerana penggalian itu tetap diteruskan seperti biasa malah lebih teruk kerana berada di bawah kuasa Pihak Berkuasa Anti-kuiti yang sememangnya bertanggungjawab terhadap kerosakan dan pengabaian banyak tempat suci umat Islam di Palestin,juga mencuri tapak binaan itu seter-usnya membina institusi-institusi Israel diatasnya.

Dalam konteks yang berkaitan, “Yayasan Al-Aqsa untuk Wakaf dan Warisan” pada hari Khamis lalu (15/1) berkata, bahawasanya laman web akhbar Maariv Israeli dalam beritanya dua hari sebelum pen-guatkuasaan itu, menerangkan bahawa salah seorang anggota Rumah Suci Jurusalem, Tzha Dwirh begitu bangga dengan apa yang mereka lakukan dan ber-

kata bahawa akhirnya usaha bersungguh-sungguh mereka berjaya menubuhkan organisasi yang dige-lar “Jawatankuasa Pemeliharaan Kesan-Kesan Seja-rah di Temple Mount” yang berada secara langsung di bawah Pihak Berkuasa Antikuiti dan Polis Israel. Mereka juga meletakkan pengawasan yang ketat un-tuk membina saluran kumbahan di bahagian timur Masjid Al-Aqsa.

Undang-undang itu juga termasuklah hasutan terha-dap kerja-kerja yang dilakukan oleh Jabatan Wakaf Islam dan Jawatankuasa Pemakmuran Masjid Al-Aq-sa pada tahun 90, khususnya kerja-kerja pemulihan dan pembukaan semula tempat solat Marwan. Dwirh juga mendakwa dalam proses carigali itu,mereka menemui beberapa kesan-kesan sejarah daripada zaman Rumah Suci Pertama dan Kedua (menurut kepercayaan mereka itu). Mengulas mengenai pen-emuan ini, Yayasan Al-Aqsa menjelaskan bahawa semua ini hanyalah rekaan semata yang tidak ada dalil kukuh terhadapnya. Ia juga merupakan propa-ganda Yahudi untuk mengarang riwayat-riwayat Tal-mud yang palsu tentang Masjid Al-Aqsa seterusnya mengada-adakan cerita tentang lagenda dan mitos Rumah Suci yang sebenarnya tidak pernah wujud.

Sumber: Laman sesawang “Palestin 48” bertarikh 15/01/2015

Page 3: Al-Quds Weekly News - Issue 52 - Malay language

| 3Issue No 52 // 26th January , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

RABBI YAHUDI DAN PEGAWAI KEMENTERIAN LUAR ISRAEL MENGGEMPUR AL-AQSA..KEGAGALAN PERCUBAAN

MELANCARKAN JET PESAWAT KE ATAS MASJID AL-AQSA.Satu kumpulan yang dinamakan “Rabbi Sekolah Rumah Ibadat Ke-tiga” bersama sebilangan daripada anggota pertubuhan-pertubuhan “Rumah Ibadat” dan pelampau Ya-hudi, pada hari Rabu lalu (14/1) telah bertindak menggempur Masjid Al-Aqsa. Serangan dari pintu Mu-gharabah itu berlaku dalam kawalan ketat Polis Israel. Mengetuai se-rangan itu, pemimpin Rabbi-Rabbi Yahudi, Moshe Tendler yang meru-pakan seorang professor di univers-iti-universiti Amerika dalam bidang Biologi dan Etika Perubatan Yahudi.Pelampau-pelampau itu bersama lima orang daripada “Saluran 10 televisyen berbahasa Ibrani”, telah menceroboh bahagian dalam masjid dari arah pintu Mugharabah,pada hari Khamis (15/1) dibawah penga-walan ketat pihak polis Israel. Telah berkata Penyelaras Media di Jabatan Wakaf Islam Jurusalem, Firas Ad-Dabbas, bahawa salah seorang pega-wai polis Israel telah melemparkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada pengawal-pengawal Masjid Al-Aqsa yang mereka temui di pintu Mugharabah itu.begitu juga dengan perempuan-perempuan yang berada di situ. Serangan biadap polis Is-rael menyebabkan ramai pengawal terpaksa campur tangan dan meny-erang balas untuk menghentikan kekecohan itu. Ad-Dabbas berkata lagi, bahawa polis-polis yang meny-erang itu menyamar sebagai perem-puan dan pemuda ketika memasuki Masjid Al-Aqsa.Dalam berita lain, sekumpulan penunjuk perasaan telah berarak di dataran Masjid Al-Aqsa untuk membela Rasulullah S.A.W. Mereka membakar bendera Perancis seb-

agai tanda protes terhadap karikator menghina Nabi S.A.W dan berkata bahawa ini juga merupakan salah satu daripada hak kebebasan bersu-ara.Dalam konteks berkaitan, Mufti Be-sar Jurusalem dan Wilayah-Wilayah Sekitarnya, Syeikh Muhammad Husssein, mengutuk sekeras-ker-asnya percubaan-percubaan untuk menyerang Masjid Al-Aqsa. Lebih-lebih lagi percubaan baru-baru ini yang menggunakan jet pesawat ke arah Masjid Al-Aqsa. Syeikh Husse-in menganggap bahawa serangan ini merupakan perkara yang berbahaya memandangkan ia adalah serangan udara,yang berpotensi besar mero-sakkan kewujudan Masjid Al-Aqsa.Pada hari Isnin (19/1) pula, sekum-pulan orang yang solat di Al-Aqsa telah melawan pelampau-pelampau Yahudi disertai dengan laungan tak-bir ketika mereka cuba untuk me-manjat ke bahagian Kubah Batu. Beberapa orang saksi dipetik ber-kata, “Seorang pengawal Masjid Al-Aqsa mengesahkan bahawa be-berapa orang yang solat di Masjid Al-Aqsa dan perempuan-perempuan di situ telah diancam untuk ditahan oleh Unit Khas Pasukan Polis Israel. Perkara itu menyebabkan pertika-man lidah tercetus malah hampir-hampir membawa kepada pergelu-tan yang dahsyat, khususnya selepas salah seorang pelampau menyerang seorang perempuan di masjid itu.Dalam kes lain, berpuluh-puluh orang penduduk haram Yahudi mer-empuh masuk ke Masjid Al-Aqsa dari arah pintu Mugharabah pada pagi Selasa (20/1), ditengah-tengah kawalan keselamatan yang ketat.

Jawatankuasa Perhubungan Awam di Jabatan Wakaf Islam Jurusalem berkata, “Sesungguhnya serangan itu bertepatan dengan serangan oleh 40 orang pegawai dari Kementerian Luar Israel disertai oleh beberapa orang pegawai polis Israel kepada Masjid Al-Aqsa. Turut diserang sekumpulan pegawai yang sedang melakukan lawatan di situ. Jabatan Wakaf berkata bahawa polis-polis Israel itu menggunakan identiti perempuan untuk masuk ke dalam Masjid Al-Aqsa.Dalam konteks yang berkaitan, Pihak Kementerian Luar Palestin mengecam keras perbuatan seba-hagian Delegasi Kementerian Luar Israel yang bertindak menyerang Masjid Al-Aqsa, dan menganggap serangan itu seumpama simbolik rasmi kepada pelaksaan rancangan-rancangan mereka untuk mendapat-kan Masjid Al-Aqsa. Mereka juga menggesa Kementerian Luar dari semua negara, masyarakat antara-bangsa, dan institusi-institusi untuk mengecam pendirian Kementerian Luar Israel yang berkelakuan sep-erti Kementerian Luar Penjajahan dan Pendudukan Haram. Dan dalam masa yang sama turut meminta semua pihak mengambil tindakan segera bagi menghentikan perlang-garan-perlanggaran dan provokasi-provokasi ini yang tidak ubah sep-erti seruan secara terang-terangan kepada peperangan agama dan ke-ganasan melampau di wilayah itu.

Sumber: Akhbar Al-Quds + Pusat Berita Palestin + Agensi Berita

Dan Maklumat Palestin “Wafa” + Laman Web “Palestin 48” ber-

tarikh 20/1/2015

Page 4: Al-Quds Weekly News - Issue 52 - Malay language

4 | Issue No 52 // 26th January , 2015

Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

PENYINGKIRAN SEORANG BUDAK LELAKI DAN TIGA ORANG REMAJA PEREMPUAN

DARI MASJID AL-AQSA.

Polis Israel pada tengahari Jumaat (16/1), membebaskan seorang budak lelaki penduduk Jurusalem, Sabih Abu Sabih dengan syarat menjauhi Masjid Al-Aqsa selama sebulan, membayar denda 10 ribu syikal, dan tahanan rumah selama lima hari.

Dalam situasi lain pada petang Isnin (19/1), polis Israel menyingkirkan tiga orang remaja perempuan Jurusalem daripada Masjid Al-Aqsa selama 15 hari, dan dibawa ke Balai Polis “Qishleh” dan disoal siasat atas dakwaan “Melanggar Had-Had Kebebasan Untuk Datang Ke Masjid Al-Aqsa Dan Melaku-kan Perkara-Perkara Yang Mengancam Keselamatan Awam”. Mereka ialah; Hibah Al-Hussaini (28 ta-hun), Safa’ Siyaj (26 tahun), dan Juman Abu A’rfah (23 tahun). Turut ditahan dua orang pelajar; Baraah An-Natsyah (17 tahun) dan Ansam Al-Maghribi (17 tahun). Polis juga telah membebaskan di Balai Polis “Qishleh” pada petang Selasa (20/1) seorang remaja perempuan Rawiyah Al-Qawasimi (26 tahun) selepas dijatuhkan hukuman menjauhi Masjid Al-Aqsa selama 15 hari.

Sumber: Agensi Berita Dan Maklumat Palestin “Wafa” + Laman Sesawang “Palestin 48” bertarikh 20/1/2015

Page 5: Al-Quds Weekly News - Issue 52 - Malay language

| 5Issue No 52 // 26th January , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

NEGARA YAHUDI MEMBERI TEKANAN KEATAS AHLI KELUARGA MANGSA “SERANGAN PARIS” SUPAYA

MEREKA DIKEBUMIKAN DI JURUSALEM

Akhbar Haaretz bertarikh 14/1 (Rabu) menukilkan bahawa Ketua Organisasi “Zaka/Organisasi Pengebumian”, Yehuda Moshe Zahav berkata: “sesungguhnya Kerajaan Is-rael mengenakan tekanan yang bersangatan keatas ahli keluarga empat mangsa seran-gan Paris yang berbangsa Yahudi, supaya mereka dikebumikan di negara itu. walau bagaimanapun, keluarga mereka meminta supaya mereka dikebumikan di Perancis”. Akhbar itu juga menegaskan, pengebumian mereka berempat itu telah bertukar men-jadi satu isu yang menyusahkan dan memalukan selepas ahli keluarga mereka diminta oleh Israel supaya membayar kos pengebumian di Jurusalem yang bernilai puluhan ribu syikal (kerana mereka bukanlah warganegara Israel). Namun,selepas perbincan-gan panjang, negara Israel itu akhirnya memutuskan untuk meletakkan pembiayaan pengebumian itu di bawah tanggungan Kementerian Agama mereka. Akhbar Hareetz juga juga menulis bahawa tempat pengebumian mereka telah bertukar-tukar sebanyak tiga kali sebelum akhirnya ditetapkan secara rasmi.

Sumber: Akhbar Al-Quds bertarikh 14/1/2015

Page 6: Al-Quds Weekly News - Issue 52 - Malay language

6 | Issue No 52 // 26th January , 2015

Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News

Ketua Jabatan Hal Ehwal Jurusalem, Ahmad Qurei menganggap perancangan Israel yang dibentang-kan oleh pertubuhan mereka untuk mendaftarkan Masjid Al-Aqsa sebagai hak milik jajahan Isra-el secara rasmi, merupakan langkah yang amat merbahaya dan wajib ditentang menggunakan apa saja cara. Beliau berkata institusi-institusi dan pertubuhan-pertubuhan sekarang ini bergerak aktif dalam pendudukan haram di Jurusalem dan menyeru kepada pengyahudikan Kota Suci Jurusalem. Ini mencerminkan dasar kerajaan penjajahan Yahudi yang bermatlamatkan penguasaan ke atas Kota Suci dan ancaman terhadap Masjid Al-Aqsa.

Dalam keadaan lain yang berkaitan, Mufti Besar Jurusalem dan Wilayah-Wilayah Sekitarnya, yang juga merupakan penyampai khutbah Masjid Al-Aqsa, Syeikh Muhammad Hussein memberi amaran tentang percubaan-percubaan Israel untuk merampas hak pemilikan Masjid Al-Aqsa yang seme-mangnya merupakan milik khusus umat Islam semata-mata. Beliau menambah, sesungguhnya pelan-pelan ini datang dalam bentuk serangan berterusan yang dilakukan oleh Pihak Berkuasa Kependudu-kan Haram Israel dan ekstremis-ektremisnya. Mereka menggunakan fitnah dan tipu helah yang telah diplotkan dengan rapi untuk menyerang Masjid Al-Aqsa, termasuklah serangan politik yang dilak-sanakan tidak kira masa dan tempat semata-mata untuk meluaskan penguasaan ke atas Al-Aqsa. Just-eru, beliau menggesa umat Islam dan Arab khususnya serta masyarakat antarabangsa amnya untuk saling berganding bahu memikul tanggungjawab dan melakukan tindakan segera bagi menghentikan dan menggagalkan agenda-agenda Israel yang keterlaluan itu sebelum terlambat.

Sumber: Agensi Berita Dan Maklumat Palestin “Wafa” bertarikh 14/1/2015

QUREI: PENDAFTARAN MASJID AL-AQSA SEBAGAI HAK MILIK ISRAEL MERUPAKAN

Page 7: Al-Quds Weekly News - Issue 52 - Malay language

| 7Issue No 52 // 26th January , 2015 WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly NewsAl-Quds Weekly News

ENSIKLOPEDIA BERGAMBAR TERBESAR MENGENAI KOTA SUCI JURUSALEM

Kompleks Persatuan Profesional-Profesional Jordan pada petang Isnin (19/1) menyaksikan pelancaran se-buah ensiklopedia bertajuk “Masjid Al-Aqsa- Perben-daharaan Palestin” karangan penulis dan sejarawan, Muhammed Ghosheh. Ghosheh berkata: “ Ensiklopedia ini dianggap sebagai ensiklopedia bergambar terbesar yang mendokumentasikan keseluruhan Kota Suci Juru-salem dan kesan-kesan sejarah Islamnya.” Tambahnya lagi: “Sesungguhnya ensiklopedia ini dapat mengekal-kan maklumat-maklumat tentang kesan-kesan sejarah, hasil-hasil seni arkitek Islam yang kini terdedah kepada ancaman serangan Israel, dengan gambaran lengkap tentang tempat-tempat dan sejarah-sejarahnya. Bermu-la dari zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab, lalu ke zaman-zaman seterusnya bersama banyak fasa pemerintahan empayar-empayar Islam yang berbeza sehinggalah diakhiri oleh pemerintahan Empayar Ust-maniyyah.” Ia turut memperincikan setiap penambah-baikan yang dilakukan keatas Kota Suci itu. Ghosheh juga menjelaskan bahawa karangannya ini, telah dice-tak di Rom, ibu negara Itali setebal seribu muka surat bersaiz besar dan mengandungi sebanyak empat ribu gambar-gambar yang dicari dan dikutip oleh dirinya sendiri sepanjang beberapa tahun lalu.

Di dalam ensiklopedia ini juga, Ghosheh menekankan tentang kepentingan-kepentingan dan sejarah-sejarah hasil seni Islam, seperti mimbar-mimbar di Masjid Al-Aqsa, kubah-kubah masjid dan sejarahnya, pintu-pintu Kota Suci Jurusalem daripada setiap sudut-sudut be-serta hiasan-hiasannya bermula dari Pintu Mugharabah

sehinggalah ke Pintu Silsilah, tembok-tembok yang berada di situ, dari tembok Masjid Al-Aq-sa sehinggalah ke tembok di bahagian Tengga-ra, sejak zaman Nabi Isa Alaihissalam. Begitu juga dengan marmar-marmar yang digunakan di Masjid Al-Aqsa, bahagian dasar Kubah Batu yang mulia dan Pintu Kemuliaan Nabi-Nabi.

Selain perincian tentang Masjid Al-Aqsa, be-liau turut memperincikan tentang Masjid Sul-tan Sulaiman Al-Qanuni yang didirikan pada tahun 1550 dan terletak di tengah-tengah kota yang terdapat padanya tanah perkuburan, em-pat buah sekolah, hospital, hotel, menara, lot-lot kedai, rumah mandi awam, sekolah Al-Quran dan Makam “Sinan”. Dan semua itu disatukan oleh sistem bekalan air yang sama.

Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 19/1/2015

Page 8: Al-Quds Weekly News - Issue 52 - Malay language

8 | Issue No 52 // 26th January , 2015

Issue No : 54 29th July, 2013Issue No : 54 29th July, 2013

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Al-Quds Weekly News