6.1 color coding

16
Institut Kemahiran MARA Jasin, Melaka INFORMATION SHEET PROGRAMME : A14 - SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN SESSION : SEMESTER : 2 CODE/COURSE : TAB 2042 / BASIC AUTOMOTIVE ELECTRICAL AND ELECTRONIC SHEET NO : A14/M03/ IS02 LECTURER : MD HAFIZI BIN MOHAMAD WEEK : 7 TOPIC : M03 CIRCUIT AND TERMINALS SUB-TOPIC : 03.01 WIRE HARNESS 03.02 COLOR CODING 03.03 TERMINALS AND SOCKET 03.04 RELAYS, SWITCHERS AND SOLENOIDS 03.05 EARTH 03.06 POWER WINDOW LEARNING OUTCOME : Pelajar-pelajar mesti boleh : 1. Nyatakan jenis-jenis wayar automotif 2. Terangkan kod warna wayar automotif 3. Terangkan saiz wayar TAJUK : PENGENALAN KEPADA WAYAR AUTOMOTIF TUJUAN Litar elektrik amat penting dalam sistem elektrikal kenderaan. Ia membolehkan komponen-komponen elektrik kenderaan berfungsi dengan 1

Transcript of 6.1 color coding

Page 1: 6.1 color coding

Institut Kemahiran MARAJasin, Melaka

INFORMATION SHEET

PROGRAMME : A14 - SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN

SESSION : SEMESTER : 2

CODE/COURSE :TAB 2042 / BASIC AUTOMOTIVE ELECTRICAL AND ELECTRONIC

SHEET NO : A14/M03/IS02

LECTURER : MD HAFIZI BIN MOHAMAD WEEK : 7

TOPIC : M03 CIRCUIT AND TERMINALS

SUB-TOPIC :

03.01 WIRE HARNESS03.02 COLOR CODING03.03 TERMINALS AND SOCKET03.04 RELAYS, SWITCHERS AND SOLENOIDS03.05 EARTH03.06 POWER WINDOW

LEARNING OUTCOME :

Pelajar-pelajar mesti boleh :

1. Nyatakan jenis-jenis wayar automotif2. Terangkan kod warna wayar automotif3. Terangkan saiz wayar

TAJUK : PENGENALAN KEPADA WAYAR AUTOMOTIF

TUJUAN

Litar elektrik amat penting dalam sistem elektrikal kenderaan. Ia membolehkan komponen-komponen elektrik kenderaan berfungsi dengan sempurna. Terdapat pelbagai wayar yang digunakan dalam pendawaian automotif dan mempunyai tanda pengenalan tersendiri. Kertas penerangan ini akan menerangkan maksud tersebut.

1

Page 2: 6.1 color coding

PENERANGAN

Pendawaian automotif mempunyai banyak jenis pengalir daripada yang kecil dan berbentuk litar yang dilukis pada sekeping papan sehingga yang besar untuk kabel bateri. Ini menyebabkan kesukaran untuk memahami klasifikasi litar dan mengetahui operasi setiap kriteria.

JENIS-JENIS WAYAR AUTOMOTIF

1. Solid wayar dan Wayar berlembar2. Kabel3. Primary dan Secondary Wayar4. Wayar berpelindung (Shielded Wire)5. Printed Circiut Wire6. Wayar Aluminium

1. SOLID WAYAR DAN WAYAR BERLEMBAR

Terdapat wayar elektrik jenis pengalir dalam bentuk solid metal atau pengalir dalam bentuk wayar berlembar di dalam sesuatu penebat. Lihat Rajah 2.1Solid wire hanya mempunyai satu pengalir sahaja di dalam penebat. Jenis ini biasanya digunakan di dalam komponen elektrik contohnya di dalam geganti (relay). Solid wire merupakan pengalir yang baik tetapi tidak begitu fleksibel. Bahan pengalir daripada logam ini mudah patah sekiranya terdapat sebarang getaran atau pergerakan.Wayar berlembar sama ada berpintal atau tidak ditempatkan bersama dalam satu balutan penebat. Biasanya wayar ini digunakan untuk menyambungkan komponen-komponen elektrik kerana boleh menahan getaran dan pergerakan tanpa patah. Wayar berlembar jenis tembaga merupakan jenis yang biasa digunakan pada kebanyakkan pendawaian automotif.

Gambarajah 2.1 Solid wayar dan wayar berlembar

2

Page 3: 6.1 color coding

2. KABEL

Kabel merujuk kepada wayar yang besar di mana digunakan untuk mengalirkan arus daripada bateri kepada mototr penghidup dan arus kembali semula ke bateri untuk dibumikan. Ia juga dikenali sebagai wayar berpenebat.

Gambarajah 2.2 Kabel

3. PRIMARY DAN SECONDARY WIRE

Primary wire merupakan wayar yang digunakan untuk pendawaian kebanyakkan kereta. Ia merupakan wayar yang kecil untuk membekalkan voltan bateri kesemua komponen elektrik pada kenderaan. Nama lain bagi primary wire ini ialah pendawaian badan (body wiring).Secondary wire pula digunakan untuk mengalirkan voltan yang tinggi kepada sistem penghidup enjin. Memandangkan ia hanya mengalirkan arus yang rendah tetapi voltan yang tinggi, pengalir yang digunakan adalah kecil atau halus berbanding dengan penebatnya yang tebal atau besar. Penebat yang tebal ini adalah untuk memastikan tiada kebocoran voltan ke pembumian semasa voltan yang tinggi mengalir melalui pengalir. Wayar palam pencucuh merupakan wayar kedua (secondary wires).Secondary resistance wire or TVRS (Television-Radio Suppression) wire mempunyai rintangan yang tertentu berbanding kepanjangnya. Rintangan yang terdapat atau direka pada wayar pengalir adalah untuk menghalang berlakunya percikan bunga api akibat voltan yang tinggi.Secondary wire non-resistance mempunyai logam pengalir yang tidak mempunyai rintangan tambahan. Jenis ini biasanya digunakan pada penggunaan yang tinggi dan lasak seperti perlumbaan off-road.

3

Page 4: 6.1 color coding

Gambarajah 2.3 Primary dan Secondary

4. WAYAR BERPELINDUNG (SHIELDED WIRE)

Shielded wire direka di mana pengalir akan ditempatkan ditengah-tengah wayar dan ditebat kemudian dibalut dengan pelindung logam kemudian dibalut semula dengan penebat. Penebat akan diletakkan untuk memisahkan wayar pengalir dengan pelindung logam ini. Tujuannya adalah untuk mengelakkan denyutan magnetik memasukki wayar pengalir yang boleh menghasilkan denyutan voltan yang tidak diperlukan. Wayar berpelindung ini juga dikenali sebagai coax atau coaxial cable, kebanyakkan wayar ini digunakan untuk wayar antenna. Wayar antenna ini mestilah dilindungi daripada medan magnet yang tidak diperlukan daripada sistem penghidup enjin, CB radio dan sumber yang lain. Ini adalah untuk mengelakkan statik daripada memasukki wayar seterusnya menganggu gelombang penerimaan radio. Twisted shield wire digunakan untuk kepelbagaian, wayar pengalir dibalut bersama dengan penebat menjadi satu. Rekaan ini juga dapat menggelakkan medan magnet yang tidak diperlukan daripada memasuki ke dalam wayar pengalir. Sebagai contoh, twisted shield type wire boleh digunakan untuk penyambungan komputer dan pelbagai lagi penderia, terutamanya yang berdekatan dengan sistem penghidup. Ini adalah untuk menolong mengekalkan denyutan voltan tinggi daripada mengganggu voltan yang kecil daripada mengalir ke komputer.

Gambarajah 2.4 Shielded Wire

4

Page 5: 6.1 color coding

5. PRINTED CIRCUIT WIRING

Printed circuit wiring merupakan kepingan tembaga yang dilekatkan di atas kepingan plastik atau kepingan gentian yang direka sebagai penebat. Jenis ini biasanya digunakan pada bahagian belakang instrument panel cluster dan pada kebanyakkan litar elektronik.

Gambarajah 2.5 Printed Circiut

Gambarajah 2.6 Lokasi printed circiut pada panel meter kenderaan

6. WAYAR ALUMINIUM

Aluminium wire merupakan alloy aluminium yang boleh digunakan untuk menggantikan pengalir yang biasanya diperbuat daripada tembaga. Walaupun aluminum merupakan pengalir yang tidak sebaik tetapi ianya murah dan lebih ringan. Aluminium mestilah lebih besar berbanding dengan tembaga untuk mengalirkan arus yang sama. Aluminium juga lebih rapuh oleh sebab itu ia hanya digunakan pada aksesori kenderaan. Ini dapat mengelakkan daripada wayar aluminum tersebut patah.

5

Page 6: 6.1 color coding

KOD WARNA WAYAR (WIRE COLOR CODES)

Kod Warna digunakan pada penebat wayar untuk memudahkan mencari lokasi satu tempat ke lokasi yang lain dalam pendawaian. Walaupun wayar yang digunakan tersembunyi atau tersorok, kita masih boleh mencari penghujungnya dengan melihat tanda pengenalan yang terdapat pada wayar tersebut. Wayar yang digunakan sama ada solid color, mempunyai jalur, lilitan dipenghujung atau jalur terpisah. Tanda pengenalan ini direka adalah untuk memudahkan kita untuk membaca atau mengenali sesuatu wayar itu.

Gambarajah 2.7 Tanda yang terdapat pada wayar automotif

Bagi memudahkan mengenal dan mengesan kerosakan dalam litar, wayar-wayar berwarna digunakan. Rajah di bawah ialah penggunaan wayar-wayar berwarna oleh kereta-kereta proton saga dan juga sesetengah kereta Jepun. Wayar berwarna ditunjukkan dengan kod abjad. Abjad pertama ialah warna asas dan abjad kedua ialah warna jalur.

WARNA UTAMA KOD LITAR-LITAR

Hitam B Penghidup/ bumi

Putih W Pengecas

Merah R Lampu

Kuning Y Tolok / penunjuk

Hijau G Isyarat

6

Page 7: 6.1 color coding

Coklat BR Lain-lain

Biru L Lain-lain

Hijau muda Lg Lain-lain

Kelabu Gr Lain-lain

Orange O Lain-lain

Jadual 2.1 Kod warna bagi wayar automotif

Sistem Pengenalan Kod Wayar (Wire code identification system)

Wire code identification system merupakan satu cara di mana menggunakan sistem nombor untuk menerangkan rupa, lokasi dan ukuran saiz sesuatu pengalir di dalam gambarajah pendawaian elekrtik.Sistem ini bergantung kepada setiap pengeluar kenderaan. Terdapat dua kaeadah yang digunakan untuk sistem pengenalan kod wayar. Satu menggunakan nombor ukuran saiz dan sistem metrik dalam menentukan saiz wayar. Satu lagi menggunakan huruf untuk menandakan litar utama dan bahagian daripada litar. Kedua-duanya menggunakan singkatan kod warna.

Gambarajah 2.8 Kod wayar yang menggunakan kedudukan wayar di dalam kenderaan

7

Page 8: 6.1 color coding

Gambarajah 2.9 Kod wayar bagi litar utama kenderaan

Gambarajah 2.10 Kod wayar yang hanya menggunakan saiz dan kod warna sahaaja.

Contoh : 1.25 F-RG 1.25 : Luas keratan lintang dalam mm² F : Flexible (boleh lentur) R : Red -warna asas G : Green -warna jalur

8

Page 9: 6.1 color coding

Jadual 2.2 Kod warna bagi wayar automotif

1.9 SAIZ WAYAR

Sesetengah pembuat menunjukkan saiz wayar yang diukur dalam unit mm persegi daripada luas keratan lintang (diameter). Carta menunjukkan perbandingan saiz yang terhampir di antara unit metrik dan AWG gauge size (AWG :american wire gauge). Saiz wayar dalam ukuran metrik meningkat dengan saiz luas sedangkan saiz tolok AWG sendiri kecil berbanding saiz wayar yang semakin besar.

MATRIK SAIZ (MM2) AWG GAUGE

0.22 24

0.35 22

0.5 20

0.8 18

1.0 16

2.0 14

3.0 12

5.0 10

8.0 8

13.0 6

19.0 4

32.0 2

Jadual 2.3 Saiz wayar automotif

9

Page 10: 6.1 color coding

Kemasan garis pusatluar-mm

Arus yang dibenarkanpada 12volt-Ampere

Bil.wayar Garis pusat wayar sehelai/individu-mm

2.2 9 (110W) 7 0.32

2.4 12 (140W) 11 0.32

2.7 15 (180W) 16 0.32

3.1 20 (240W) 26 0.32

3.8 27 (320W) 41 0.32

Jadual 2.4 Menunjukkan muatan arus yang boleh dibawa oleh wayar automotif

CIRCUIT DIAGRAM

10

Page 11: 6.1 color coding

11

Page 12: 6.1 color coding

12

Page 13: 6.1 color coding

KESIMPULAN

EXERCISE

1. Berikan 7 jenis wayar yang biasa digunakan pada pendawaian automotif.

2. Berikan maksud bagi setiap kod yang terdapat pada sistem pengenalan kod wayar di bawah.

1.25 F-RG 1.25 : F : R : G :

3. Jelaskan secara ringkas tujuan tanda pengenalan diwujudkan pada wayar automotif.

REFERENCE

1. Akademi Saga, Basic Electrical & electronic System Information Sheet, Shah Alam, Selangor: Edaran Otomobil Nasional Berhad.

2. Akademi Saga, Basic Electrical & electronic System Work Sheet, Shah Alam, Selangor: Edaran Otomobil Nasional Berhad.

3. Tom Denton, Automobile Electrical & Electronic Systems4. DTAF IKM Jasin, Information Sheet Auto-Electric5. Toyota Service Training 1989, Fundamentals of Electricity, Vol 14(Step 2), Toyota Motor

Corporation.6. V.A.W. Hillier1986, Fundamentals of Automotive Electronics, Croydon College: Stanley Thornes

Ltd. System7. Automotif Electrical/electronic System8. James E.Duffy 1998, Auto Electricity and Electronics Technology : The Goodheart-Willcox

Company, Inc.

13