4 Penjelasan Tentang Teori Dan Kerangka Nik Azis Nik Pa

33
PENGGUNAAN TEORI DAN KERANGKA TEORI DALAM PENYELIDIKAN PENDIDIKAN MATEMATIK Nik Azis Nik Pa Abstract This article examines the literature on the definitions of theory, theoretical framework, and conceptual framework. It asserts that theories operate at different levels and serve different purposes, and argues that adequate theoretical framework for research in mathematics education can be built at the level of macro theory, middle range theory, or micro level theory. The article also discusses the relationship between theory and research, and maintains that theory gives a specific perspective to research by providing guidance for identifying and investigating a research problem. Also, theoretical frameworks can help researchers connect their studies with the works of others. The article asserts that logical structure or conceptual framework provides a justification for the perspective chosen in examining the problem, while the theoretical framework provides a structure that guides research by relying on a specific theory. However, researchers can employ more than one structure to clarify research dimensions. This article notes that researchers who use conceptual frameworks in their studies seem to be referring to theoretical frameworks at the level of micro theory. It asserts that theoretical frameworks and theory building are essential for the vitality and development of research in mathematics education. Pengenalan Dewasa ini, masyarakat semakin prihatin tentang kualiti pengajaran dan pembelajaran maternatik, baik di peringkat sekolah mahupun di peringkat universiti. Banyak persoalan kritis telahditimbulkan. Kajian yang meluas dan mendalam amat diperlukan untuk menjawab sesetengah persoalan tersebut. Setakat ini, sebahagian besar kajian dalam pendidikan matematik di Malaysia dijalankan oleh pelajar pasca ijazah bagi memenuhi keperluan ijazah sarjana atau doktor falsafah. Penelitian terhadap kajian yang dijalankan dalam tempoh dua dekad kebelakangan menunjukkan bahawa tidak ada persetujuan umum tentang pengertian kerangka teori dan kerangka konsep. Malah, terdapat kajian yang tidak berlandaskan kerangka teori atau kerangka konsep yang jelas, manakala beberapa kajian lain pula membincangkan kerangka teori atau kerangka konsep secara sepintas lalu sahaja seakan-akan mereka merupakan perkara yang remeh. Idea tentang kerangka teori dan kerangka konsep adalah saling berkait dengan kerangka kajian. Pada asasnya, kerangka kajian merujuk struktur idea yang abstrak atau logik yang memandu perancangan, pelaksanaan, dan laporan sesuatu kajian. Ia merupakan struktur yang mencantumkan bahagian-bahagian dalam sesuatu kajian untuk membentuk satu keseluruhan. Menurut Ary, Jacobs dan Razavieh (1996) dan Merriam (1998), kerangka kajian adalah satu unsur yang sangat penting dalam sebarang kajian. Misalnya, kerangka Masalah Pendidikan filid 26 Hakcipta@2003 Fakulti Pendidikan Universiti Malaya 29

Transcript of 4 Penjelasan Tentang Teori Dan Kerangka Nik Azis Nik Pa

Page 1: 4 Penjelasan Tentang Teori Dan Kerangka Nik Azis Nik Pa

PENGGUNAAN TEORI DAN KERANGKA TEORI DALAM PENYELIDIKAN PENDIDIKANMATEMATIK

Nik Azis Nik Pa

Abstract

This article examines the literature on the definitions of theory, theoretical framework, andconceptual framework. It asserts that theories operate at different levels and serve differentpurposes, and argues that adequate theoretical framework for research in mathematicseducation can be built at the level of macro theory, middle range theory, or micro leveltheory. The article also discusses the relationship between theory and research, and maintainsthat theory gives a specific perspective to research by providing guidance for identifying andinvestigating a research problem. Also, theoretical frameworks can help researchers connecttheir studies with the works of others. The article asserts that logical structure or conceptualframework provides a justification for the perspective chosen in examining the problem,while the theoretical framework provides a structure that guides research by relying on aspecific theory. However, researchers can employ more than one structure to clarify researchdimensions. This article notes that researchers who use conceptual frameworks in theirstudies seem to be referring to theoretical frameworks at the level of micro theory. It assertsthat theoretical frameworks and theory building are essential for the vitality and developmentof research in mathematics education.

Pengenalan

Dewasa ini, masyarakat semakin prihatin tentang kualiti pengajaran dan pembelajaranmaternatik, baik di peringkat sekolah mahupun di peringkat universiti. Banyak persoalankritis telahditimbulkan. Kajian yang meluas dan mendalam amat diperlukan untuk menjawabsesetengah persoalan tersebut. Setakat ini, sebahagian besar kajian dalam pendidikanmatematik di Malaysia dijalankan oleh pelajar pasca ijazah bagi memenuhi keperluan ijazahsarjana atau doktor falsafah. Penelitian terhadap kajian yang dijalankan dalam tempoh duadekad kebelakangan menunjukkan bahawa tidak ada persetujuan umum tentang pengertiankerangka teori dan kerangka konsep. Malah, terdapat kajian yang tidak berlandaskankerangka teori atau kerangka konsep yang jelas, manakala beberapa kajian lain pulamembincangkan kerangka teori atau kerangka konsep secara sepintas lalu sahaja seakan-akanmereka merupakan perkara yang remeh.

Idea tentang kerangka teori dan kerangka konsep adalah saling berkait dengan kerangkakajian. Pada asasnya, kerangka kajian merujuk struktur idea yang abstrak atau logik yangmemandu perancangan, pelaksanaan, dan laporan sesuatu kajian. Ia merupakan struktur yangmencantumkan bahagian-bahagian dalam sesuatu kajian untuk membentuk satu keseluruhan.Menurut Ary, Jacobs dan Razavieh (1996) dan Merriam (1998), kerangka kajian adalah satuunsur yang sangat penting dalam sebarang kajian. Misalnya, kerangka

Masalah Pendidikan filid 26Hakcipta@2003 Fakulti Pendidikan Universiti Malaya 29

Page 2: 4 Penjelasan Tentang Teori Dan Kerangka Nik Azis Nik Pa

kajian membekalkan landasan bagi sesuatu kajian dengan menjelaskan pendekatan yangdigunakan dalam kajian tersebut. Ia boleh dianggap sebagai tempat rujukan yangmenyediakan konteks bagi meneliti masalah atau soalan yang menjadi fokus sesuatu kajian.Kerangka kajian mewarnai seluruh aspek kajian yang dijalankan. Ia merangkumi garispanduan tentang perkara yang akan dan tidak akan dikaji dalam sesuatu kajian dan cara untukmengkaji perkara tersebut.

Kerangka kajian boleh berbentuk teori atau konsep. Ia memandu semua aspek kajian,termasuk proses mengenal pasti metodologi yang akan digunakan dalam kajian (reka bentukkajian), pemilihan subjek kajian (pensampelan), jenis maklumat yang akan dikumpulkan dancara mengumpul maklumat tersebut (pengumpulan data), cara mentafsirkan maklumat(analisis data), dan cara melaporkan hasil kajian (laporan kajian). Kerangka kajian jugamembolehkan penyelidik menghubungkaitkan hasil kajian dengan himpunan pengetahuanyang sudah mantap. Dalam konteks ini, wajarlah kebanyakan jurnal penyelidikanmenetapkan bahawa artikel yang hendak diterbitkan mestilah mempunyai kerangka kajianyang jelas.

Makna Teori

Dalam menganalisis penggunaan kerangka teori atau konsep dalam penyelidikan pendidikanmatematik, terdapat beberapa persoalan as as yang perlu ditangani. Apakah teori? Apakahkegunaan teori? Apakah konsep? Apakah hubungan antara teori dengan penyelidikan?Apakah kerangka teori bagi penyelidikan? Apakah kerangka konsep bagi penyelidikan?Apakah hubungan antara kerangka teori dengan kerangka konsep? Bagaimanakah kerangkateori bagi sesuatu penyelidikan dibentuk? Bagaimanakah cara untuk menentukan kecukupankerangka teori bagi sesuatu penyelidikan? Jawapan kepada persoalan seperti ini banyakbergantung kepada perspektif yang dihayati oleh seseorang individu.

Apakah teori? Perkataan teori berasal dari perkataan Yunani, iaitu theoria yang bermaksudvisi, berfikir dalam-dalam, atau membuat spekulasi. Dewasa ini, definisi teori yangdimajukan oleh ahli pendidik membabitkan pelbagai idea dari perspektif posiuvis yangsempit hinggalah kepada perspektif kemanusiaan yang luas. Definisi-definisi tersebut bolehdiletakkan di atas satu kontinum (Iihat Rajah I). Misalnya, Rudner (1966) mentakrifkan teoridari sudut yang sempit sebagai satu himpunan proposisi yang berkait secara sistematik danboleh diuji secara empirikal, manakala Troye (1994) pula mentakrifkan teori dari sudut yangluas sebagai andaian tentang hubungan antara konsep-konsep. Begitu juga, McMillan danSchumacher (1984) mentakrifkan teori dari sudut yang luas sebagai satu penjelasan ataupemerian sistematik tentang saling hubungan di kalangan satu himpunan fen omena.

Seterusnya, Kaplan (1964) mentakrifkan teori dari sudut yang lebih luas sebagai satu carauntuk memikirkan tentang keadaan yang mengganggu, manakala Lefrancois (1986) pulamentakrifkan teori secara umum dari sudut tujuan pembinaan teori. Menurut beliau, teorimerujuk satu himpunan pernyataan berkait yang bertujuan untuk menyusun dan menjelaskansatu himpunan pemerhatian. Bagaimanapun, matlamat pembinaan teori bukan

30 Masalah Pendidikan Jilid 26Hakcipta@2003 Fakulti Pendidikan Universiti Malaya

Page 3: 4 Penjelasan Tentang Teori Dan Kerangka Nik Azis Nik Pa

sekadar untuk memberi penjelasan. Sebagai tambahan, ia melibatkan ramalan dan kawalan.Ringkasnya, teras bagi sebarang teori ialah satu himpunan konsep dan saling hubunganantara mereka. Teori menjelaskan fenomena dalam kehidupan manusia dan ia dijanakandengan berlandaskan pemikiran reflektif, pengalaman, atau pemerhatian. Teori beroperasipada tahap yang berlainan dan memenuhi tujuan yang berbeza.

Banyak istilah digunakan dalam membincangkan idea yang berkait secara lang sung atautidak lang sung dengan teori seperti acuan, andaian, anggapan, cadangan, corak, dogma,doktrin, fahaman, hujah, ideologi, kaca mata, kaedah, kepercayaan, kerangka, konjektur,konsep, mazhab, model, paradigma, pandangan, pegangan, pendapat, pendekatan, perspektif,pola, rasional, skim, spekulasi, syarat, taksonomi, tanggapan, tipologi, dan wawasan.Bagaimanapun, perlu ditegaskan bahawa teori bukan merupakan satu pelan generik bagipenyelidikan.

Mengikut Garrison (2000), teori merupakan satu penyusunan idea, konsep, dan model secarakoheren dan sistematik bagi tujuan membina makna untuk menjelaskan, mentafsirkan, danmencorakkan amalan. Teori membekalkan perspektif yang dapat mengurangkan kerumitandalam menjelaskan fenomena yang kompleks dan pada masa yang sama, mencadangkangeneralisasi. Himpunan pengetahuan yang disebut sebagai teori ialah satu set pemyataanyang telah disusun dan diolah sedemikian bagi tujuan memahami fenomena dan memanduamalan.

Rajah 1: Definisi teori dalam satu kontinum

Teori adalah suatu yang wujud dalam pemikiran manusia semata-mata dan terdiri daripadapengetahuan yang tidak pasti dan tidak muktamad; satu penjelasan tentatif (sementaraan)tentang satu himpunan fenomena: suatu yang tidak ditemui dalam dunia luar, tetapi dibinaoleh individu berasaskan saling hubungan yang munasabah antara konsep-konsep yangberkait dengan fenomena tertentu. Penyelidikan memainkan peranan yang penting dalamproses pembinaan teori, dan begitu juga sebaliknya. Misalnya, penyelidikan adalahberpandukan teori sebab teori membantu dalam penetapan batasan dan konteks bagipenyelidikan akan datang.

Masalah Pendidikan filid 26Hakcipta@2003 Fakulti Pendidikan Universiti Malaya 31

Page 4: 4 Penjelasan Tentang Teori Dan Kerangka Nik Azis Nik Pa

Satu persoalan yang sering kali ditanya ialah, "Yang mana datang dahulu, teori ataupenyelidikan?" Jawapannya adalah mudah seperti dalam teka-teki ayam dan telur. Padahakikatnya, teori dan penyelidikan saling berkait antara satu sarna lain sehingga adalah tidakwajar untuk membincangkan mereka sebagai dua perkara yang terpisah dan terasing. Merekamerupakan dua perkara yang saling melengkapi antara satu sarna lain.

Penyelidikan dan teori hanya akan bermakna apabila kerja terhadap mereka dilakukan secaraserentak. Misalnya, penyelidikan membekalkan data, manakala teori pula memberi maknakepada data tersebut. Teori memandu penyelidikan, tetapi akhirnya penyelidikanlah yangmembekalkan data empirikal untuk meningkatkan tahap daya maju sesuatu teori. Dalam halini, timbul satu soalan, iaitu, "Apakah kegunaan teori?" Pada asasnya, teori membekalkancara atau kerangka yang khusus untuk memaharni peristiwa yang dialami. Lazimnya, teorimembabitkan penjelasan tentang satu kelas fenomena dan bukan sekadar penjelasan tentangsatu fenomena yang khusus. Tujuan teori adalah untuk menyusun dengan rapi danmenyatakan dengan jelas penerangan tentang fenomena yang kompleks (Bachrach, 1989).Dari sudut epistemologi, teori membolehkan penyelidik menggabungkan kornponen-komponen fen omena yang kompleks untuk membentuk satu keseluruhan yang bolehdifahami, yang kemudiannya membolehkan penyelidik mengaitkan fen omena tersebutdengan himpunan pengetahuan lain yang relevan.

Menurut Garrison (2000), tujuan teori ialah untuk membentuk aturan konsepsi danmembekalkan kemudahan dalam menjelaskan fenomena yang kompleks. Aturan tersebutmembayangkan nilai dan andaian yang akhirnya mencorakkan amalan. Teori membekalkankerangka as as bagi perkembangan bidang kajian melalui penjelasan yang koheren tentangamalan semasa dan analisis tentang arah aliran kini serta ramalan tentang trend mas a depan.Perkembangan tersebut didedahkan dan dikekalkan melalui pembinaan teori yang koherendan rapi, yang terbuka kepada kritikan, perbahasan, dan penilaian. Garrison berpendapatbahawa teori adalah penting bagi memahami dan menghuraikan tujuan dan kaedah sesuatubidang penyelidikan atau amalan tertentu. Kebergunaan suatu teori berkait secara langsungdengan kebolehan teori tersebut untuk memandu penyelidikan dan amalan praktikal dalamdisiplin ilmu yang tcrtcntu.

Teori membantu penyelidik memahami bukan sahaja apa yang berlaku tetapi mengapaperkara itu berlaku. Intipati teori ialah penjelasan bagaimana dan mengapa konsep - konseptertentu saling berkait antara satu sarna lain. Pandangan sistematik yang dibekalkan oleh teoritentang sesuatu fenomena boleh menggalakkan pengembangan pengetahuan sedia ada danpembinaan pengetahuan baru. Menurut Krathwohl (1998), teori merujuk satu penjelasanyang munasabah secara logik tentang tingkah laku (dan fenomena) dan ia dicirikan sebagai(a) konsisten dengan hasil penyelidikan dan penjelasan yang terdahulu, atau (b) menyangkalatau mengubah suai hasil penyelidikan dan penjelasan yang terdahulu. Teori membantupenyelidik mengenal pasti pemboleh ubah-pernboleh ubah yang signifikan, menggabungkanpelbagai hasil penyelidikan untuk membentuk satu himpunan pengetahuan yang padu dansaling berkait, dan mengenal pasti isu-isu yang relevan untuk kajian lanjutan. Ringkasnya,kepentingan teori bagi penyelidikan tidak boleh di pandang rendah. Tanpa satu teori yangbaik untuk memandu penyelidikan, kebarangkalian untuk memperoleh hasil kajian yangbermakna adalah rendah.

32 Masalah Pendidikan Jilid 26Hakcipta@2003 Fakulti Pendidikan Universiti Malaya

Page 5: 4 Penjelasan Tentang Teori Dan Kerangka Nik Azis Nik Pa

Satu soalan yang timbul ialah, "Adakah penyelidikan yang tidak berasaskan teori dianggapkurang berkualiti?" Jawapannya ialah ya. Penyelidikan dianggap kurang berkualiti jikapengkaji gagal untuk meneliti sumber-sumber diketahui umum dan disiplin ilmu yangrelevan secara menyeluruh untuk mengenal pasti teori yang sesuai untuk dijadikan landasanbagi kajian yang hendak dijalankan. Dalam konteks ini, pengkaji dianggap cuai dalammenjalankan tugas penyelidikannya. Sebaliknya, jika pengkaji mendapati tidak ada teoritahap makro atau teori tahap pertenganan yang sesuai untuk dijadikan landasan bagipenyelidikan yang hendak dijalankan selepas dia berusaha bersungguh-sungguh mencarinya,maka dia boleh menggunakan teori tahap mikro sebagai landasan bagi penyelidikannya.Menurut Camp (2001), penyelidikan yang gagal untuk menggunakan sekurang-kurangnyateori tahap mikro sebagai landasan kajian sebaik-baiknya dikonsepsikan semula sebabpenyelidikan tersebut tidak mempunyai sebarang kerangka teori yang kukuh.

Soalan di atas boleh ditanya dalam bentuk yang lain, iaitu, "Adakah semua kajian perluberlandaskan teori yang tertentu?" Jawapannya ialah ya. Tidak kira betapa tidaksempurnanya sesuatu teori, teori kasar sentiasa lebih baik daripada tiada teori langsung. Teoriadalah satu alat yang amat penting dalam mengenal pasti keteraturan dalam data yang tidakteratur. Teori juga menyediakan jalan untuk mengembangkan pengetahuan dalam disiplinilmu yang tertentu. Dalam konteks ini timbul satu soalan, iaitu, "Adakah teori yang komplekslebih baik daripada teori yang mudah?" Pada dasarnya, teori yang digunakan tidak sepatutnyalebih kompleks daripada apa yang diperlukan untuk menjawab soalan kajian. Teori bolehterdiri daripada dua konsep dan saling hubungan antara mereka atau lima belas konsep dansaling hubungan antara mereka. Pemilihan teori adalah bergantung kepada skop kajian.

Johnson (1980) menegaskan bahawa persediaan yang tidak mencukupi telah menimbulkankelemahan yang mungkin boleh dianggap sebagai paling besar dalam penyelidikankontemporari, iaitu kurang berpegang kepada sebarang jenis kerangka teori atau konsepuntuk memandu usaha penyelidikan dan untuk membekalkan as as bagi mentafsirkan hasilkajian. Beliau menegaskan bahawa pengkaji perlu memberi perhatian kepada kerangka teorisemasa mengkonsepsikan masalah kajian, menjalankan aktiviti kajian, dan menganalisis datakajian. Ini kerana teori dapat membantu pengkaji dalam menjalankan beberapa aktivitiseperti: (a) menjelaskan fenomena yang diperhatikan, (b) membuat ramalan tentang salinghubungan yang belum diperhatikan, dan (c) menstrukturkan proses inkuiri, khususnya prosesmengemukakan soalan, membentuk hipotesis, dan menentukan apa pemboleh ubah dansaling hubungan utama yang hendak dikaji.

Littlejohn (1996) pula menjelaskan bahawa teori merujuk sebarang usaha untuk menjelaskanatau mewakilkan sesuatu fenomena. Menurut beliau, manusia membentuk teori untukmeramalkan dan mengawal persekitaran. Littlejohn menganjurkan sembilan kegunaan teoribagi menjelaskan lagi makna konsep tersebut: (a) menyusun dan merumuskan pengetahuan,iaitu menyatukan maklumat dan pandangan yang berselerak di sana sini, (b) memfokuskanperhatian kepada perkara yang dianalisis, (c) menjelaskan perkara yang diperhatikan, (d)menunjukkan cara yang betul untuk membuat pernerhatian,

Masalah Pendidikan filid 26Hakcipta@2003 Fakulti Pendidikan Universiti Malaya 33

Page 6: 4 Penjelasan Tentang Teori Dan Kerangka Nik Azis Nik Pa

(e) meramalkan keadaan akan datang, (f) menjanakan penyelidikan bam dan pengembanganpengetahuan, (g) menggalakkan komunikasi tentang perbahasan, perbincangan, dan kritikanterhadap sesuatu teori, (h) mengawal fenornena, dan (i) mempertikaikan amalan semasadengan mencadangkan cara bam untuk berfikir dan bertindak.

Dalam penyelidikan, teori membekalkan jawapan kepada persoalan mengapa dan bagaimanasesuatu fenomena berlaku. Menurut Burr (1973), penjelasan dianggap sebagai fungsi teoriyang paling penting. Sebagai tarnbahan, Klein dan White (1996), dan Hirokawa dan Poole(1996) pula menjelaskan bahawa teori dapat membantu pengkaji melakukan beberapaperkara seperti: (a) memahami bagaimana pelbagai pemerhatian dan data berkait antara satusama lain (fungsi organisasi), (b) menentukan perkara penting yang perlu diberi perhatian(fungsi tumpuan), (c) menentukan perkara-perkara yang berkemungkinan besar akan berlakusebelum mereka berlaku (fungsi ramalan), (d) menentukan apa yang perlu dan tidak perludilakukan (fungsi kawalan), (e) mempersoalkan cara sedia ada untuk melakukan sesuatu danmencadangkan cara yang bam (fungsi perubahan), (f) menjana soalan kajian danmenggalakkan penyelidikan baru (fungsi heuristik), (g) mentafsirkan fenomena yangkompleks (fungsi tafsiran), (h) menyusun dan menghubungkaitkan hasil penyelidikan (fungsipengembangan), (i) meningkatkan kejelasan dan ketepatan dalam komunikasi (fungsiketepatan), dan (j) membentuk dan menguji hipotesis (fungsi bimbingan).

Ringkasnya, teori membekalkan cara (mekanisme, aturan, dan penjelasan) untuk memahamifen omena dan amalan yang kompleks. Misalnya, Remenyi, Williams, Money dan Swartz(1998) menegaskan bahawa kajian kes yang tidak berlandaskan teori mudah bertukarmenjadi satu cerita anekdot sahaja. Secara ideal, teori boleh menjelaskan aktiviti semasa danmembekalkan arah haluan kepada pendekatan bam. Seterusnya, teori yang relevan danbermakna adalah penting kepada perkembangan sesuatu disiplin ilmu. Berikut adalahsebahagian definisi teori yang dimajukan oleh ahli pendidik:

Penjelasan tentang fenomena atau peristiwa yang membantu kita memahami ataumenangani dunia kita (Seels, 1997).

Satu himpunan kenyataan tentang proposisi yang menjelaskan data berfakta(Wolman, 1973).

Satu himpunan proposisi berkait yang menerangkan mengapa peristiwa berlakudalam cara yang tertentu (Hoover, 1992).

Satu generalisasi tentang suatu fenomena yang menjelaskan bagaimana dan mengapafenomena itu berlaku (Frey, Botan, Friedman, & Kreps, 1991).

Pemyataan-pemyataan yang menyusun, mentakrifkan, dan menjelaskan dunia sebenar(Lane, 1997).

Satu himpunan pernyataan yang disusun sedemikian untuk membolehkan kitarnenjelaskan, meramalkan, atau mengawal peristiwa (Smith & Ragan, 1999).

34 Masalah Pendidikan Jilid 26Hakcipta@2003 Fakulti Pendidikan Universiti Malaya

Page 7: 4 Penjelasan Tentang Teori Dan Kerangka Nik Azis Nik Pa

Satu himpunan proposisi saling berkait secara logik yang digunakan untukmemerihalkan, menjelaskan, dan meramalkan sebahagian dunia empirikal (Riehl &Roy, 1980).

Satu himpunan prinsip berkait yang menjelaskan saling hubungan sebab dan kesanantara peristiwa-peristiwa tertentu (Richey, 1986).

Satu sistem pernyataan boleh digeneralisasikan yang dikaitkan secara logik untukmemahami atau meramalkan fenomena manusia (Kim, 1983) .

Satu himpunan konstruk yang dikaitkan bersama-sama oleh pernyataan relasionalyang dibentuk sedemikian supaya mereka konsisten secara dalaman antara satu sarnalain (Berger & Chaffee, 1987).

Satu sistem yang menjelaskan satu himpunan fenomena dengan menentukankonstrukkonstruk dan peraturan yang mengaitkan mereka (Borg & Gall, 1983).

Satu naratif yang koheren, yang terdiri daripada andaian, taakulan abstrak, danspekulasi yang memerihalkan dan menjelaskan gagasan, saling hubungan, danbatasan sesuatu fenomena yang dialarni atau diperhatikan (Weick, 1995).

Satu himpunan konsep, definisi, dan proposisi saling berkait yang membekalkan satupandangan yang sistematik tentang unsur-unsur penting dalam bidang inkuiri denganmemperincikan hubungan di kalangan pemboleh ubah (King, 1999).

Satu himpunan konstruk (konsep), definisi, dan proposisi saling berkait yangmembekalkan pandangan yang sistematik ten tang beberapa fenomena denganmenentukan hubungan di kalangan pemboleh ubah bagi tujuan menjelaskan danmeramalkan fenomena tersebut (Kerlinger, 1973).

Satu himpunan konsep, pernyataan, atau proposisi yang membabitkan salinghubungan yang membentuk satu sis tern deduktif yang saling berkait secara logik(Polit & Hungler, 1995).

Satu himpunan pernyataan yang memerihalkan, menjelaskan, atau meramalkan salinghubungan tentatif antara konsep-konsep yang telah dipilih secara sistematik dandisusun sebagai perwakilan abstrak bagi beberapa fenomena (Powers & Knapp,1990).

Satu penyusunan idea yang kreatif dan rapi, yang memaparkan pandangan yangtentatif, bermatlamat, dan bersistem tentang fenomena tertentu (Chinn & Kramer,1995).

Satu sistem pernyataan (idea dan konsep) saling berkait dan tidak bertentangan antarasatu sarna lain tentang satu bidang realiti, yang mana pernyataan-pernyataan tersebutdibentuk sedemikian untuk membolehkan hipotesis diterbitkan daripada mereka (deGroot, 1969).

Masalah Pendidikan Jilid 26Hakcipta@2003 Fakulti Pendidikan Universiti Malaya 35

Page 8: 4 Penjelasan Tentang Teori Dan Kerangka Nik Azis Nik Pa

Satu pemaparan simbolik tentang aspek realiti yang ditemui atau dicipta bagimemerihalkan, menjelaskan, meramalkan, atau mempreskripsikan reaksi, peristiwa,keadaan, prasyarat, atau saling hubungan (Meleis, 1997).

Satu kumpulan pemyataan relasional yang konsisten secara dalaman (konsep,definisi, dan proposisi) yang membekalkan pandangan sistematik tentang suatufenomena dan ia berguna bagi tujuan memberi penjelasan, pemerihalan, ramalan, dankawalan (Chitty, 1993).

Satu himpunan pernyataan dan proposisi yang koheren, yang memerihalkan(mengasingkan faktor), menjelaskan (mengaitkan faktor), dan meramalkan(mengaitkan keadaan) fenomena dan juga mempreskripsikan (menghasilkan keadaan)tindakan bagi mencapai matlamat yang tertentu (Dickoff, James, & Wiedenbach,1968).

Satu himpunan andaian yang membentuk landasan bagi satu siri dakwaan salingberkait secara logik yang mencuba menjelaskan satu bahagian pengalaman dalamdunia. Perkara khusus yang dijelaskan oleh teori disebut sebagai fenomena yangmenarik (Hatch, 1997).

Kajian dalam pendidikan matematik melibatkan beberapa jenis seperti kajian tinjauan,eksperimen, kajian kes, kajian tindakan, kajian falsafah, kajian penilaian, dan kajian sejarah.Dalam kajian eksperimen yang berlandaskan pendekatan kuantitatif (empirisisme danreduksionisme), teori memandu penyelidikan dan penyelidikan pula menguji teori. Semasamenguji sesuatu teori, pengkaji mencari bukti empirikal untuk menyangkal teori tersebut danbukan untuk mengesahkannya. Kebenaran sesuatu teori tidak boleh dibuktikan, tetapikepalsuan teori tersebut mungkin boleh dibuktikan melalui pemerhatian empirikal. Apabilasuatu teori tidak disokong oleh sejumlah pemerhatian ernpirikal, teori tersebut akandiubahsuai sedikit atau diketepikan sepenuhnya. Dengan kata lain, teori boleh digunakansehingga ia terbukti salah.

Bagaimanapun, kadangkala teori yang didapati salah dalam beberapa kes tidak diketepikandengan serta merta sebab teori itu merupakan teori yang terbaik pada ketika itu atau teoritersebut dapat membekalkan idea yang berguna bagi menjalankan kajian baru yang mungkindapat menghasilkan teori yang lebih baik. Perlu ditegaskan bahawa pengujian empirikalsesuatu teori bukan merupakan satu proses yang bersifat objektif sepenuhnya. Oleh itu,biasanya teori tidak dianggap salah secara menyeluruh. Pada umumnya, proses deduktifdigunakan untuk menguji atau mengubahsuai teori sedia ada, manakala proses induktif puladigunakan untuk menjana teori bam.

Seterusnya, apabila suatu teori disokong oleh pemerhatian empirikal, keyakinan seseorangterhadap teori itu akan meningkat. Bagaimanapun, keadaan ini (iaitu, tahap daya maju) tidaksekali-kali menunjukkan bahawa kebenaran teori tersebut telah terbukti. Pada hakikatnya,tidak ada cara untuk membuktikan kebenaran sesuatu teori. Terdapat dua alasan tentangperkara ini. Pertamanya, manusia tidak mempunyai mas a yang cukup untuk menjalankansemua pengujian yang mungkin dan mereka tidak boleh mendakwa bahawa mereka

36 Masalah Pendidikan Jilid 26Hakcipta@2003 Fakulti Pendidikan Universiti Malaya

Page 9: 4 Penjelasan Tentang Teori Dan Kerangka Nik Azis Nik Pa

mengetahui semua perkara yang boleh diketahui. Misalnya, walaupun sesuatu teoriterselamat (tidak didapati salah) dalam seribu pengujian, ada kemungkinan teori itu akangagal dalam pengujian kali ke seribu satu.

Keduanya, sesuatu fen omena boleh ditafsirkan dengan menggunakan lebih daripada satuteori. lni kerana teori hanya merupakan satu naratif atau kisah yang menjelaskan fenomenatertentu, dan kisah itu boleh diceritakan dalam pelbagai cara yang berbeza. Pada hakikatnya,terdapat bilangan teori yang tidak terhad bagi menjelaskan fenomena dalam kehidupanmanusia dan satu soalan yang harus dibincangkan tentang sebarang teori ialah, "Apakahbukti yang boleh menyangkal teori tersebut?" Ringkasnya, teori boleh berubah danberkembang, tetapi yang lebih penting ialah teori boleh salah.

Satu peranan teori menurut pendekatan empirisisme adalah untuk membentuk salinghubungan sebab dan kesan antara pemboleh ubah bagi tujuan menjelaskan dan meramalkanfenomena tertentu. Dalam istilah saintifik, teori ialah satu hipotesis atau himpunan hipotesisberkait yang tahan ujian berulangan dan diterima secara meluas oleh komuniti saintifik bagimenjelaskan satu himpunan fakta (data) atau fenomena (alam semula jadi), dan bolehdigunakan untuk membuat ramalan tentang hasil eksperimen akan datang. Dengan kata lain,teori saintifik merupakan tafsiran tentang alam semula jadi dengan berlandaskan satukerangka rujukan yang khusus. Kajian saintifik pula me lib atkan pengujian danpenyangkalan secara empirikal saling hubungan yang disarankan oleh sesuatu teori.Seterusnya, hasil kajian saintifik terdiri daripada kekonsistenan atau ketekalan antara teoridengan bukti empirikal dalam kerangka rujukan yang tertentu. Dalam konteks ini,pengetahuan sains pada sesuatu ketika merujuk konjektur yang belum disangkal (dibuktikansalah) melalui pengujian empirikal.

Menurut Popper (1972), objektif utama kajian saintifik adalah untuk membuktikan hipotesisyang dijanakan adalah salah, dan bukan untuk mengesahkan hipotesis tersebut. Pada asasnya,hipotesis terdiri daripada generalisasi ketara atau andaian yang sama ada diterima atauditolak oleh kajian saintifik. Popper menjelaskan bahawa hipotesis adalah satu dakwaan yangmudah secara relatif untuk dibuktikan salah. Bagaimanapun, penjanaan hipotesis yang baikmerupakan satu tugas yang sukar. Jika hipotesis-hipotesis yang ketara tidak dapat dibuktikansalah, mereka akan menjadi teori secara beransur-ansur.

Teori adalah satu alat yang berguna. la menjelaskan peristiwa diperhatikan dari segi salinghubungan as as (saling hubungan tidak diperhatikan) dengan fenomena lain. Peristiwa yangdijelaskan oleh teori disebut sebagai pemboleh ubah bersandar, manakala fenomena yangdigunakan untuk menjelaskan fen omena bersandar pula disebut sebagai pemboleh ubah takbersandar. Dengan kata lain, pemboleh ubah tak bersandar merujuk faktor yangdimanipulasikan atau dipilih oleh pengkaji, manakala pemboleh ubah bersandar pula merujukfaktor yang diperhatikan dan diukur oleh pengkaji. Teori memerihalkan bagaimana pembolehubah tak bersandar mempengaruhi pemboleh ubah bersandar. Teori juga membuat ramalan,yang disebut sebagai hipotesis, tentang apa yang akan berlaku kepada pemboleh ubahbersandar apabila pemboleh ubah tak bersandar mempunyai nilai yang berlainan.Ringkasnya, teori boleh ditakrifkan berlandaskan pendekatan empirisisme sebagai

Masalah Pendidikan filid 26Hakcipta@2003 Fakulti Pendidikan Universiti Malaya 37

Page 10: 4 Penjelasan Tentang Teori Dan Kerangka Nik Azis Nik Pa

pernyataan tentang saling hubungan antara sebab (pemboleh ubah tak bersandar) dengankesan (pemboleh ubah bersandar). Dari sudut kegunaan, teori bukan merupakan matlamatyang terakhir. Fungsi utama teori adalah untuk memberi pandangan yang tersusun dantertentu tentang aktiviti inkuiri, dan dengan itu, membantu pengkaji mengumpul danmenganalisis data.

Lima idea yang sering kali digunakan dalam mentakrifkan teori ialah konsep, hipotesis,proposisi, penjelasan, dan generalisasi. Pada asasnya, konsep merujuk satu idea yang telahdigeneralisasikan tentang satu kelas benda, sifat, dan peristiwa serta telah diberi nama yangkhusus. Konsep melibatkan istilah yang menggambarkan dan menamakan benda ataufenomena secara abstrak, dan setiap konsep mempunyai tahap keabstrakan yang berbeza.

Hipotesis pula merujuk pernyataan tentatif atau ramalan khusus ten tang saling hubunganantara dua atau lebih pemboleh ubah (secara khusus, saling hubungan antara pemboleh ubahtak bersandar dengan pemboleh ubah bersandar). Ia membabitkan dakwaan yang belumdisokong oleh data empirikal. Dengan kata lain, hipotesis ialah satu pernyataan jika-makayang khusus dan ia menyatakan hubungan boleh diuji antara dua atau lebih konsep. Dalamkajian kuantitatif, hipotesis perlu dinyatakan dalam bentuk operasi dan ia mestilah khusus,jelas, boleh diuji, dan berkait dengan soalan kajian. Hipotesis boleh juga dianggap sebagaiandaian bekerja (working assumption).

Seterusnya, proposisi merujuk pernyataan atau ayat deklaratif yang benar atau palsu danbukan kedua-duanya sekali. Proposisi terbentuk apabila satu konsep dikaitkan dengan konseplain dalam cara yang bermakna oleh satu bentuk hubungan. Hipotesis yang disokong olehdata empirikal menjadi proposisi, manakala beberapa proposisi pula membentuk teori.Penjelasan merujuk pernyataan yang membekalkan alasan bagi sesuatu fenomena, manakalageneralisasi pula merujuk pengitlakan, iaitu sesuatu penjelasan yang terpakai untuk banyakkes dan bukan untuk satu dua kes sahaja. Rajah 2 memaparkan hubungan antara konsep,hipotesis, proposisi, dan teori dalam proses pembinaan teori secara induktif. MenurutDoherty, Boss, LaRossa, Schumn, dan Steinmetz (1993), istilah pembinaan teori merujukproses merumuskan dan menyusun idea-idea secara sistematik bagi memahami fenomenayang tertentu. Teori ialah satu himpunan idea saling berkait yang dijanakan melalui prosestersebut.

Rajah 2: Hubungan antara konsep, hipotesis, proposisi, dan teori dalam proses pembinaanteori secara induktif

Masalah Pendidikan Jilid 26Hakcipta@2003 Fakulti Pendidikan Universiti Malaya 38

Page 11: 4 Penjelasan Tentang Teori Dan Kerangka Nik Azis Nik Pa

Apakah hubungan antara teori dengan penyelidikan? Pada asasnya, hubungan antara teoridengan penyelidikan adalah berbentuk kitaran. Jika suatu penyelidikan digunakan sebagaititik permulaan, maka hasil penyelidikan tersebut boleh berbentuk teori. Kemudiannya, teoriterse but boleh digunakan untuk memandu penyelidikan barn. Hasil penyelidikan baru itupula boleh berbentuk teori baru atau teori yang diubahsuaikan. Begitulah seterusnya. Prosesini sentiasa berkembang. Ringkasnya, teori memandu penyelidikan dan amalan, manakalapenyelidikan dan amalan pula merupakan sumber bagi penjanaan dan perkembangan teori.Seterusnya, teori, penyelidikan, dan amalan berkongsi maklumat dan saling mempengaruhiantara satu sarna lain.

Menurut Cross (1981), pengumpulan pengetahuan secara sistematik adalah penting kepadakemajuan sebarang profesion. Bagaimanapun, teori dan amalan mestilah berinteraksi secaraberterusan. Teori tanpa amalan adalah suatu yang kosong, manakala amalan tanpa teori pulaadalah suatu yang buta. Alligood dan Marriner-Tomey (1997) pula men jelaskan bahawateori boleh digunakan untuk memandu penyelidikan, amalan, dan pendidikan. Misalnya, teorimemberi arah haluan kepada fokus penyelidikan dan penggunaan teori dalam amalandianggap sebagai batu uji kepada teori sebab satu tanda kegunaan teori ialah kebolehan teoritersebut untuk memandu amalan. Seterusnya, Chinn dan Kramer (1995) pula menyatakanbahawa teori dijanakan untuk mencabar amalan dan membantu pengamal membentukpendekatan baru bagi sesuatu amalan.

Kerlinger (1973) berpendapat bahawa tujuan asas penyelidikan ialah untuk memberipenjelasan berasaskan teori tentang realiti. Sebaliknya, Merriam (1998) pula menjelaskanbahawa teori membekalkan as as konsepsi kepada semua penyelidikan. Oleh itu, terdapatsaling hubungan simbiotik antara teori dengan penyelidikan. Misalnya, teori membekalkankonteks yang mana tanpanya penyelidikan tidak akan menjadi bermakna. Manakalapenyelidikan pula menjanakan dan menguji teori yang mana tanpanya teori tidak akanmempunyai makna. Dengan kata lain, kedua-dua teori dan penyelidikan adalah setiapsatunya merupakan kemestian (sine qua non) bagi yang satu lagi.

Dalam penyelidikan kuantitatif, peranan teori ialah untuk mewujudkan saling hubungansebab dan kesan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah tertentu bagi tujuan menjelaskan danmeramalkan fenomena (Best & Kahn, 1993). Teori memandu penyelidikan kuantitatif danpenyelidikan terse but pula menguji dan mengesahkan teori dalam satu saling hubungansimbiotik. Dalam penyelidikan kualitatif pula, teori terbentuk melalui proses menganalisisdan mensintesiskan data kualitatif. Teori berguna kepada penyelidikan dari segi ia dapatmembantu pengkaji membuat penjelasan berasaskan teori dalam konteks yang menyeluruhtentang fenomena yang dikaji (Marshall & Rossman, 1989; Merriam, 1998). Dengan katalain, teori dijanakan secara konstruktif melalui penyelidikan kualitatif dan ia membekalkanpenjelasan tentang realiti yang dialami.

Ringkasnya, teori membekalkan kayu pengukur bagi menilai amalan, walaupun sebaliknya iamungkin diubah suai berdasarkan hasil kajian mengenai amalan tertentu yang menunjukkanbahawa teori tersebut tidak mencukupi, seperti dalam revolusi saintifik yang dinyatakan olehKuhn (1962). Menurut Garrison (2000), teori membekalkan satu

Masalah Pendidikan filid 26Hakcipta@2003 Fakulti Pendidikan Universiti Malaya 39

Page 12: 4 Penjelasan Tentang Teori Dan Kerangka Nik Azis Nik Pa

penyusunan yang koheren bagi pemboleh ubah dan saling hubungan yang relevan untukmemandu pengamal dan penyelidik. Kajian yang baik tidak dapat dilakukan tanpaberlandaskan teori yang relevan. Teori yang merupakan satu pandangan khusus dan tertakriftentang realiti, akan mengarah aktiviti mengumpul data baru dan, pada masa yang sama,menyusun dan mensistemkan data yang telah dikumpulkan.

Tahap Teori

Teori berbeza antara satu sarna lain dari segi skop; darjah keabstrakan relatif idea, konsep,dan proposisi yang terkandung dalamnya; darjah kebolehujian saling hubungan yangdijelaskan; dan darjah kebolehubahan pernyataan yang dimajukan. Misalnya, sesetengahteori boleh digunakan dengan baik untuk menjelaskan lebih banyak fenomena daripada teoriyang lain. Teori seperti itu mempunyai skop yang lebih luas. Begitu juga, terdapat teori yangmengandungi satu himpunan pernyataan ontologi, epistemologi, aksiologi, atau logik yangsangat umum tentang beberapa aspek realiti. Teori seperti itu mempunyai darjah keabstrakanyang sangat tinggi, manakala darjah kebolehubahannya pula adalah rendah.

Menurut Creswell (1994), teori boleh dikumpulkan dalam tiga tahap penjelasan berdasarkandarjah generalisasi, keabstrakan atau kespesifikan sesuatu teori, iaitu teori tahap makro(grand theory, metatheory), teori tahap pertengahan (middle range theory, formal theory),dan teori tahap mikro (substantive theory, practice theory, unit theory).

Ringkasnya, teori boleh diletakkan di atas satu kontinum berdasarkan tahap keabstrakan,iaitu dari teori tahap mikro yang bersifat konkrit dan khusus kepada teori tahap makro yangbersifat abstrak dan umum (lihat Rajah 3).

Mengikut Grover dan Glazier (1986), teori tahap makro merujuk satu himpunan proposisiyang membekalkan penjelasan tentang saling hubungan yang boleh digunakan dalamberbagai-bagai bidang inkuiri. Teori tersebut cuba menjelaskan sebahagian besar kategorifenomena merentasi disiplin ilmu. Justeru, ia mempunyai skop yang luas. Teori tahap makrodibentuk melalui fikiran mendalam (pengabstrakan reflektif) dan penilaian menyeluruhterhadap idea-idea sedia ada atau melalui lompatan intelektual yang kreatif melepasipengetahuan sedia ada, dan bukan melalui kajian empirikal. Teori tersebut tidakmembincangkan fenomena atau proses dalam kehidupan manusia secara Iangsung, tetapimembincangkan cara untuk membentuk konsepsi tentang fenomena atau proses tersebut.

Teori tahap makro membekalkan perspektif yang luas (pandangan dunia) kepada struktur dantujuan pendidikan matematik. Fungsi kognitif teori tahap makro adalah untuk membantupengkaji membentuk atau mengenal pasti teori tahap pertengahan. Dengan kata lain, teoritahap makro adalah berguna sebagai kerangka teori bagi perkembangan teori tahappertengahan (Armstrong & Kelly, 1995).

40 Masalah Pendidikan Jilid 26Hakcipta@2003 Fakulti Pendidikan Universiti Malaya

Page 13: 4 Penjelasan Tentang Teori Dan Kerangka Nik Azis Nik Pa

Rajah 3: Tahap teori dalam satu kontinum

Teori tahap makro mengandungi idea, konsep, dan proposisi yang umum, global, dan sangatabstrak. Lazimnya, teori tahap makro digunakan untuk menjelaskan fenomena pendidikanyang umum dan terpisah daripada contoh yang khusus. Menurut Wilson (1985), teori tahapmakro boleh dianggap sebagai satu model penjanaan pengetahuan yang mana hipotesis bolehditerbitkan dan diuji daripadanya. Teori tersebut sukar untuk digunakan secara lang sungdalam amalan praktikal. Seterusnya, saling hubungan antara konsep-konsep yang dimajukanoleh teori tahap makro adalah kurang jelas dan sukar untuk diuji secara empirikal dalambentuk yang sedia ada. Bagaimanapun, teori tersebut boleh diuji secara tidak langsungmelalui pengujian empirikal terhadap teori tahap pertengahan dan teori tahap mikro yangditerbitkan daripadanya. Wagner dan Berger (1985) menjelaskan bahawa teori tahap makroadalah agak tegar dan stabil dan dengan itu, ia tidak banyak berubah. Bagaimanapun, teoritahap makro tidak bersifat mutlak.

Pada peringkat awal penyelidikan, pengkaji perlu melakukan beberapa aktiviti sepertimengenal pasti bidang atau topik kajian, menentukan masalah kajian, dan membentuk soalanatau hipotesis kajian (lihat Rajah 4). Terdapat beberapa sumber bagi bidang kajian sepertipengalaman profesional, arah aliran amalan masyarakat, arah aliran amalan profesional,kajian lalu, dan teori sedia ada. Dalam konteks ini, teori tahap makro dapat membantupengkaji mengenal pasti bidang kajian, yakni isu atau topik kajian yang luas dan umurn, yangpenting dan bermakna kepada pengkaji. Topik yang bermakna ialah topik yang berguna samaada kepada pengkaji atau profesion pendidikan matematik.

Masalah Pendidikan filid 26Hakcipta@2003 Fakulti Pendidikan Universiti Malaya 41

Page 14: 4 Penjelasan Tentang Teori Dan Kerangka Nik Azis Nik Pa

Rajah 4: Beberapa proses di peringkat awal penyelidikan

Sesuatu bidang kajian mungkin mengandungi berbagai-hagai masalah yang boleh dikaji.Dalam mengenal pasti bidang kajian, teori tahap makro membekalkan hipotesis yang sangatumum, konsep teras, dan perspektif yang global (world-view). Misalnya, pragmatismemembekalkan pandangan ten tang sifat asas manusia, sifat asas realiti, sifat asaspengetahuan, dan sifat as as nilai; manakala konstruktivisme radikal pula menganjurkan teorimengetahui secara rasional (lihat Nik Azis, 1999; von Glasersfeld, 1995). Walaupunpragmatisme dan konstruktivisme radikal merupakan teori tahap makro, tetapi pragmatismemempunyai skop yang lebih luas.

Selepas mengenal pasti bidang atau topik kajian, pengkaji menghadapi cabaran untukmenentukan masalah kajian, yakni isu khusus yang hendak dikaji. Teori tahap pertengahandapat membantu pengkaji mengenal pasti masalah kajian. Menurut Grover dan Glazier(1986), teori tahap pertengahan merujuk satu himpunan proposisi yang membekalkanpenjelasan kepada aktiviti inkuiri dalam disiplin ilmu yang tertentu. Teori tersebutmengandungi satu himpunan konsep-konsep utama niln saling hubungan antara mereka sertahipotesis atau proposisi ontologi, epistemologi, aksiologi, atau logik yang berasaskan disiplinilmu yang khusus. Fungsi kognitif teori tahap pertengahan ialah untuk membantu pengkajimengenal pasti masalah kajian dan membentuk teori tahap mikro. Teori tahap pertengahanadalah kurang tegar dan stabil berbanding dengan teori tahap makro. Oleh itu, teori tahappertengahan lebih mudah untuk berubah.

Teori tahap makro adalah penting sebab teori tersebut dapat membekalkan gambaran yangluas tentang fenomena dialami. Bagaimanapun, pemahaman yang mendalam tentang salinghubungan di kalangan fenomena tersebut dibekalkan oleh teori tahap pertengahan. Oleh itu,disiplin pendidikan matematik perlu memberi tumpuan utama kepada penjanaan lebih banyakteori tahap pertengahan. Teori tersebut dapat memandu penyelidikan dan amalan sertamenguatkan perkaitan antara teori, penyelidikan, dan amalan. Ringkasnya, teori tahappertengahan cuba menjelaskan sebahagian kategori fen omena dalam ruang lingkup disiplinilmu yang tertentu. Justeru, teori tersebut mempunyai skop yang sederhana luasnya. Teori

42 Masalah Pendidikan Jilid 26Hakcipta@2003 Fakulti Pendidikan Universiti Malaya

Page 15: 4 Penjelasan Tentang Teori Dan Kerangka Nik Azis Nik Pa

tahap pertengahan boleh dijana melalui dua cara yang berlawanan. Dalam cara yang pertama(deduktif), teori tahap makro digunakan sebagai titik permulaan. Kemudiannya, teori yanglebih konkrit dibentuk dengan menspesifikasikan (memberi butir-butir yang khusus danterperinci) teori tahap makro. Dalam cara yang kedua pula (induktif), satu atau beberapa teoritahap mikro digunakan sebagai titik permulaan. Kemudiannya, teori yang lebih abstrakdibina melalui proses pengabstrakan teori tahap mikro.

Teori tahap pertengahan mengandungi bilangan konsep yang terhad dan propos lSI(pemboleh ubah) dinyatakan secara lebih konkrit dan khusus. Walaupun teori tahappertengahan kurang abstrak berbanding dengan teori tahap makro, teori tersebut masih sukaruntuk diuji secara empirikal (kaedah kajian kuantitatif) dalam bentuk yang sedia ada.Bagaimanapun, teori tersebut boleh diuji apabila ia telah diperincikan sebagai teori tahapmikro. Menurut Pinder dan Moore (1980), teori tahap pertengahan terdiri daripadapernyataan-pernyataan teori yang mana pernyataan-pernyataan empirikal boleh diterbitkan(dideduksikan) daripada mereka secara logik dan boleh diuji melalui pemerhatian. Teoritahap pertengahan mempunyai hubungan yang rapat dengan penyelidikan dan amalan.Misalnya, teori tersebut mensintesiskan isu-isu penyelidikan dan amalan pendidikanmatematik kepada idea-idea yang tertentu. Teori tahap pertengahan digunakan da1amdisiplin akademik yang khusus.

Masalah kajian yang telah dikenal pasti dengan menggunakan teori tahap pertengahan masihbelum cukup khusus dan terperinci untuk membolehkan pengkaji menjalankan kajian denganbaik. Dalam konteks ini, pengkaji perlu menjana soalan atau hipotesis kajian. Istilah soa1ankajian merujuk soa1an khusus yang hendak dijawab oleh pengkaji, manakala istilah hipotesiskajian pula merujuk hipotesis khusus yang hendak diuji oleh pengkaji. Soalan atau hipotesiskajian merupakan satu alat untuk memfokuskan penyelidikan kepada perkara yang bolehdikaji secara khusus. Penjanaan soalan atau hipotesis kajian tidak dapat dilakukan tanpaberlandaskan teori tahap mikro. Menurut Grover dan Glazier (1986), teori tahap mikromerujuk satu himpunan proposisi yang membekalkan penjelasan kepada aktiviti inkuiridalam bidang gunaan.

Walaupun teori tahap mikro membabitkan abstraksi, teori tersebut sangat hampir dengan datayang dapat dilihat untuk membolehkannya dinyatakan dalam bentuk proposisi yangmembenarkan pengujian empirika1 (Merton, 1968). Dengan kata lain, teori tahap mikroboleh dihuraikan dengan mudah pada tahap operasi. Dalam konteks ini timbul satu soalan,iaitu, "Apakah yang dimaksudkan dengan 'boleh dihuraikan pada tahap operasi'(operationalization) atau definisi operasi (operational definition)?" Pada asasnya,pengoperasian merujuk pengspesifikasian ukuran-ukuran khusus bagi konsep-konsep dalamsuatu penyelidikan (penentuan penunjuk empirikal) supaya aktiviti pengukuran bolehdijalankan. Dengan kata lain, istilah pengoperasian digunakan untuk menerangkan tindakanmenterjemahkan suatu konstruk (idea) ke dalam bentuk manifestasi yang boleh diukur.Konstruk tersebut dijelaskan sebagai satu siri operasi atau prosedur. Melalui tindakantersebut, konstruk atau idea yang terletak dalam pemikiran seseorang bertukar menjadi entitiawam yang boleh dilihat dan dikaji oleh orang lain.

Masalah Pendidikan filid 26Hakcipta@2003 Fakulti Pendidikan Universiti Malaya 43

Page 16: 4 Penjelasan Tentang Teori Dan Kerangka Nik Azis Nik Pa

Pengoperasian sesuatu konsep mungkin membabitkan penerangan yang jelas tentang julatperbezaan yang akan diambil kira (misalnya umur, gender, prestasi akademik), tahap tentuanatau ketepatan yang kehendaki, dan dimensi-dimensi konsep yang dianggap relevan. Olehitu, definisi operasi merujuk satu definisi yang berasaskan ciri-ciri boleh diperhatikan tentangperkara yang didefinisikan. Ia membabitkan penjelasan dalam bentuk yang boleh dinyatakankuantitinya tentang perkara yang hendak diukur dan langkahlangkah yang perlu diikuti untukmengukur perkara tersebut secara konsisten. Misalnya, kefahaman pelajar tentang pecahan(konstruk) adalah lebih mudah dibincangkan sekiranya kita menunjukkan ujian bertulis yangtelah dibentuk secara khusus untuk menentukan kefahaman tersebut.

Menurut Tuckman (1994), perkataan 'boleh diperhatikan' ialah perkataan yang signifikandalam menjelaskan definisi operasi. Sebaliknya, definisi konsep (conceptual definition) pulamengenal pasti sesuatu dari segi konsep atau kriteria yang diandaikan sahaja dan bukankriteria yang boleh diperhatikan. Ringkasnya, definisi operasi merujuk definisi tentang suatukonsep dari segi bagaimana konsep tersebut akan dimanipulasikan, diukur, atau diperhatikandalam sesuatu kajian. Ia menyatakan apa yang perlu dilakukan oleh pengkaji untukmengukur konsep yang sedang diteliti. Definisi operasi menjelaskan prosedurprosedur (iaitu,operasi-operasi) yang digunakan oleh pengkaji untuk mengubah pemboleh ubah takbersandar dan untuk mengukur pemboleh ubah bersandar. Ia merujuk proses spesifik danboleh diperhatikan yang digunakan oleh pengkaji untuk mengukur atau menyatakan kuantitisuatu konstruk.

Definisi operasi ialah satu penjelasan yang ringkas dan padat tentang tindakan pengkaji danbukan tindakan subjek kajian. Pengkaji mendefinisikan suatu konstruk dengan menyatakansecara terperinci operasi-operasi yang digunakan untuk: (a) menimbulkan atau menyebabkankeadaan tertentu, atau (b) menentukan atau mengukur kewujudan (misalnya, kekerapan bagipemboleh ubah diskret) atau takat (misalnya, intensiti bagi pemboleh ubah selanjar) keadaantertentu. Misalnya, Nik Azis (1987) mentakrifkan skim dalam kajiannya sebagai satu urutantindakan atau operasi tersusun yang diabstrakkan daripada pengalaman tertentu dan bolehdigunakan untuk memberi makna kepada pengalaman bam. Skim mengandungi tigabahagian: pengecaman keadaan tertentu, perkaitan tindakan atau operasi khusus dengankeadaan tertentu, dan jangkaan tentang hasil tertentu yang dapat diperoleh jika tindakan atauoperasi terse but dijalankan.

Secara lebih khusus, definisi operasi boleh dibahagi kepada dua jenis: (a) definisi operasieksperimen yang menjelaskan bagaimana perkara-perkara yang dirujuk oleh istilah yangditakrifkan akan dimanipulasikan, dan (b) definisi operasi pengukuran yang menjelaskanbagaimana perkara-perkara yang dirujuk oleh istilah yang ditakrifkan akan diukur. Dalammenggunakan definisi operasi, Craig dan Metze (1986) memberi peringatan bahawa definisioperasi hanya merupakan satu cara untuk menjelaskan perkara yang ditakrifkan, dan padatahap yang terbaik, definisi tersebut tidak mampu menjelaskan sesuatu konsep secaramenyeluruh.

44 Masalah Pendidikan Jilid 26Hakcipta@2003 Fakulti Pendidikan Universiti Malaya

Page 17: 4 Penjelasan Tentang Teori Dan Kerangka Nik Azis Nik Pa

Menurut pendekatan realisme saintifik atau realisme kritikal, perkara yang hendak dikajiwujud dalam dunia yang nyata (ernpirikal), manakala konsep dan teori yang berkait denganperkara yang hendak dikaji pula wujud dalam dunia yang tidak dapat diperikan (konseptual).Istilah pengoperasian digunakan untuk menjelaskan tindakan menterjemahkan suatu idea(konstruk) kepada manifestasi (tanda-tanda konkrit) yang tertentu. Misalnya, idea-idea utamadalam penyelidikan diperjelaskan sebagai satu siri operasi atau prosedur. Ringkasnya,definisi operasi merupakan jambatan yang menyambungkan dunia konseptual (apa yangdifikirkan oleh pengkaji) dengan dunia empirikal (apa yang diperhatikan oleh pengkaji).Definisi tersebut menerangkan bagaimana konsep akan diperhatikan atau diukur dalam duniaempirikal. Nama lain bagi definisi operasi ialah definisi empirikal. Sebagai panduan,pengkaji perlu berusaha untuk menggunakan bilangan konsep utama (pemboleh ubah) ataudefinisi operasi yang seminimum mungkin. Pengkaji juga tidak perlu mentakrifkan semuakonsep dalam kajian mereka dengan menggunakan definisi operasi. Sesetengah konsep bolehditakrifkan dengan menggunakan definisi nominal, iaitu definisi yang menjelaskan maknasatu konsep dengan menggunakan konsep-konsep lain yang telah ditakrifkan dengan jelas(baik secara empirikal atau nominal).

Teori tahap mikro merupakan teori yang rnernerikan, menjelaskan, dan meramalkanfenomena tertentu serta menetapkan tindakan khusus sebagai respons kepada fen omenatersebut, Teori tersebut cuba menjelaskan fen omena yang khusus dan konkrit secara relatif.Lazimnya, penjelasan tersebut dinyatakan dalam bentuk proposisi atau hipotesis. Dari segiskop, teori tahap mikro terbatas kepada seting, masa, kumpulan, populasi, atau masalah yangtertentu. Teori tahap mikro mengandungi pemboleh ubah-pemboleh ubah yang bolehditafsirkan sebagai satu konfigurasi operasi yang diterbitkan daripada idea yang khusus.Teori tersebut menggariskan preskripsi, modal, atau cara untuk melakukan perkara yangtertentu. Misalnya, pengkaji mengenal pasti tujuan kajian dan menggariskan preskripsi bagimencapai tujuan tersebut.

Teori tahap mikro adalah satu manifestasi konkrit teori tahap makro dan teori tahappertengahan. Teori tersebut menghubungkaitkan konsep-konsep konkrit dalam pernyataantertentu dan membabitkan saling hubungan tentatif antara dua atau lebih pemboleh ubah yangboleh diuji secara empirikal. Dengan kata lain, teori tahap mikro boleh dinyatakan dalambentuk hipotesis dan teori tersebut adalah khusus kepada keadaan yang tertentu (situation-specific).

Teori tahap mikro boleh dijanakan melalui dua cara yang berlawanan. Dalam cara yangpertama (deduktif), teori tahap pertengahan digunakan sebagai titik permulaan.Kemudiannya, teori yang lebih konkrit dibentuk dengan menspesifikasikan teori tahappertengahan. Dalam cara yang kedua pula (induktif), pengkaji menggunakan teori tahappertengahan sebagai panduan. Berdasarkan data yang dikumpulkan, konsep-konsep khususdan saling hubungan antara konsep-konscp tersebut dibentuk bagi teori tahap pertengahan.Rajah 5 memaparkan hubungan antara teori tahap makro, pertengahan, dan mikro.

Masalah Pendidikan filid 26Hakcipta@2003 Fakulti Pendidikan Universiti Malaya 45

Page 18: 4 Penjelasan Tentang Teori Dan Kerangka Nik Azis Nik Pa

Rajah 5: Saling hubungan antara teori tahap makro, pertengahan, dan mikro.

Ringkasnya, teori boleh dikelaskan kepada tiga tahap penjelasan. Teori tahap makro adalahberkait dengan pandangan dunia dan ia menjelaskan fenomena dari perspektif yang umumdan luas. Teori tahap pertengahan pula adalah berkait dengan kerangka teori dan iamenjelaskan saling hubungan antara konsep-konsep dari perspektif yang khusus. Seterusnya,teori tahap mikro adalah berkait dengan saling hubungan sementaraan antara dua atau lebihpemboleh ubah yang boleh diuji secara empirikal dan ia menjelaskan fenomena yang khusus.

Kerangka Teori dan Kerangka Konsep

Berdasarkan perbincangan di atas. teori boleh ditafsirkan s~bagai satu himpunan pcrnyataan(konsep, konstruk, definisi, hipotesis, proposisi) saling berkait yang membekalkanpandangan yang rasional tentang fenomena dialami dengan menjelaskan atau meramalkansaling hubungan di kalangan unsur-unsur dalam fen omena tersebut. Dalam penyelidikanpendidikan matematik, teori membekalkan penjelasan rasional tentang konsep, definisi, danproposisi yang saling berkait dan penghuraian tentang keadaan semasa atau ramalan tentangfenomena akan datang. Pandangan ini membawa kepada persoalan, "Apakah yangdimaksudkan dengan kerangka teori?"

Menurut Wannbrod (1986), kerangka teori merujuk satu penyusunan sistematik tentang idea-idea yang berhubung dengan fenomena yang sedang dikaji atau penjelasan yang sistematiktentang perkaitan di kalangan satu himpunan pemboleh ubah. Kerangka teori merupakan satucara untuk memfokuskan reka bentuk kajian dan prosedur menganalisis data sertamembekalkan struktur dan makna kepada interpretasi hasil kajian. Eisenhart (1991) pulamenganggap kerangka teori sebagai satu struktur yang memandu penyelidikan.

46 Masalah Pendidikan Jilid 26Hakcipta@2003 Fakulti Pendidikan Universiti Malaya

Page 19: 4 Penjelasan Tentang Teori Dan Kerangka Nik Azis Nik Pa

Kerangka tersebut bergantung kepada satu teori formal yang dibentuk dengan menggunakanpenjelasan yang kukuh dan koheren tentang fenomena dan saling hubungan yang tertentu.Misalnya, kerangka teori dalam penyelidikan kuantitatif menentukan apa yang dikaji,bagaimana pemboleh ubah ditakrifkan, apa kaedah kajian yang digunakan, bagaimana datadikumpulkan, bagaimana data dianalisis, dan bagaimana hasil kajian disintesiskan. Rajah 6memaparkan hubungan mudah antara lapan unsur utama dalam proses penyelidikan. Rajahtersebut juga menekankan proses membulat dan peranan utama kerangka teori dalam aktivitipenyelidikan.

Dalam membincangkan struktur atau kerangka bagi mengkaji sesuatu keadaan, Clark, Guba,dan Smith (1977) menganjurkan dua idea yang berkait, iaitu struktur logik dan kerangkateori. Menurut mereka, struktur logik membekalkan rasional atau alasan yang logik terhadappenggunaan perspektif tertentu untuk mengkaji sesuatu masalah, manakala kerangka teoripula membekalkan konsepsi atau menghuraikan teori yang digunakan oleh pengkaji untukmengkaji sesuatu masalah. Dengan kata lain, kerangka teori merujuk satu himpunan idea dansaling hubungan yang berfungsi sebagai acuan, kerangka, atau tapak bagi pengenalpastiandan penelitian masalah kajian. Kerangka teori membekalkan perspektif kepada pengkajiuntuk meneliti masalah yang tertentu. Ia mempertajamkan fokus kajian dan membantupemahaman masalah yang dikaji. Kerangka teori berbeza antara satu sama lain dari segiformat dan tahap kecanggihan (kekompleksan).

Rajah 6: Proses penyelidikan

Masalah Pendidikan filid 26Hakcipta@2003 Fakulti Pendidikan Universiti Malaya 47

Page 20: 4 Penjelasan Tentang Teori Dan Kerangka Nik Azis Nik Pa

Ringkasnya, kerangka teori merupakan satu penjelasan yang umum dan luas tentang salinghubungan antara konsep-konsep yang menjadi fokus sesuatu kajian. Penjelasan tersebutadalah berlandaskan teori yang tertentu. Kerangka teori dikenal pasti melalui sorotan kajiansebagai satu struktur yang memandu penyelidikan. Garrison (2000) membezakan kerangkateori dengan model dan konsep. Menurut beliau, kerangka teori merujuk satu himpunanandaian dalam bentuk paradigma umum yang membekalkan beberapa un sur teori yangrelevan kepada masalah yang sedang dikaji, dan bukan perincian keseluruhan unsur teoriterse but. Model pula merujuk teori yang dinyatakan dalarn bentuk yang kurang abstrak dania menggambarkan saling hubungan berstruktur di kalangan konsep-konsep penting.Biasanya, model dipaparkan dalam bentuk visual, perwakilan grafik, atau perwakilanberajah. Perlu ditegaskan bahawa penjelasan yang dimajukan oleh model adalah lebih konkrittetapi kurang kaya berbanding dengan penjelasan yang dimajukan oleh teori. Seterusnya,konsep ialah blok binaan bagi teori dan ia berkembang daripada idea-idea yang dijanakandengan berasaskan pengalaman langsung. Oleh itu, konsep kurang abstrak dan tidakmempunyai ciri koheren yang sarna seperti yang dimiliki oleh kerangka teori atau model.

Sebagai tambahan, Hirokawa dan Poole (1996) pula menegaskan bahawa model merupakanperwakilan konsepsi ten tang suatu benda atau fen omena, manakala teori pula merupakanpenghuraian tentang sesuatu benda atau fenomena. Dengan kata lain, model mewakilkansemula ciri-ciri penting bagi suatu benda atau fenomena dan ia menunjukkan bagaimanabahagian-bahagian tertentu berkait antara satu sama lain. Model mungkin berguna untukmemahami teori, tetapi ia bukan satu perkara yang perlu bagi pengembangan teori.Ringkasnya, model merujuk gambaran atau perwakilan mudah tentang fenomena yang dikaji.Ia menunjukkan bagaimana konsep-konsep atau pemboleh ubah-pemboleh ubah pentingberkait antara satu sama lain. Pengkaji boleh menggunakan pelbagai jenis model sepertimodel berbahasa, model topologi, model ikon, model analogi, dan model matematik untukmembentuk imej deskriptif bagi fenomena yang akan dikaji.

Menurut Camp (2001), kerangka teori merujuk satu himpunan andaian berasaskan teoritertentu yang menjelaskan saling hubungan di kalangan satu himpunan fenomena. Kerangkateori yang baik mengandungi sorotan kajian yang membawa kepada pembentukan landasanyang jelas bagi kerangka teori; urutan yang logik dan ringkas tentang andaian berasaskanteori tertentu bagi memastikan kekoherenan kerangka teori; hubungan yang jelas antaraandaian berasaskan teori yang tertentu dengan tujuan, objektif atau soalan kajian; danperkaitan yang bermakna antara hasil kajian dengan kerangka teori. Beliau menegaskanbahawa tujuan utama teori ialah untuk membantu pengkaji memahami realiti, dan tujuanutama penyelidikan pula ialah untuk menghasilkan teori.

Ekoran perbincangan di atas, timbul satu persoalan, iaitu, "Apakah kerangka konsep?"Eisenhart (1991) menjelaskan bahawa dengan berasaskan masalah yang sedang dikaji,kerangka konsep merujuk satu struktur tentang justifikasi, hujah, rasional, atau alasanmengapa konsep-konsep yang dipilih untuk kajian atau tafsiran, dan sebarang hubungan yangdiharapkan di kalangan mereka adalah sesuai dan berguna. Struktur tersebut adalahberasaskan logik atau pengalaman. Dengan kata lain, kerangka konsep membabitkan hujah

48 Masalah Pendidikan Jilid 26Hakcipta@2003 Fakulti Pendidikan Universiti Malaya

Page 21: 4 Penjelasan Tentang Teori Dan Kerangka Nik Azis Nik Pa

yang mungkin mengandungi perbincangan tentang beberapa perspektif berbeza yangakhirnya membawa kepada alasan mengapa pengkaji memilih beberapa idea dan konseptertentu, manakala idea dan konsep yang lain pula diketepikan.

Definisi kerangka konsep yang dimajukan oleh Eisenhart (1991) mempunyai beberapapersamaan dengan definisi struktur logik yang dimajukan oleh Clark, Guba, dan Smith(1977). Pada asasnya, mereka membezakan kerangka teori dengan kerangka konsep (strukturlogik). Misalnya, kerangka teori merujuk struktur kerangka tentang penjelasan, manakalakerangka konsep pula merujuk struktur kerangka ten tang justifikasi.

Lester (1991) mendapati perbezaan antara penjeJasan denganjustifikasi sangat berguna bagipenyelidikan dalam pendidikan matematik sebab satu keperluan yang mendesak dalampenyelidikan terse but ialah untuk menjustifikasikan mengapa soalan-soalan khususdicadangkan untuk dikaji dalam cara yang tertentu dan mengapa faktor-faktor tertentudianggap lebih penting daripada faktor lain.

Miles dan Huberman (1994) pula mempunyai pandangan yang berbeza tentang kerangkakonsep. Menurut mereka, kerangka konsep merujuk penjelasan secara grafik atau naratiftentang idea-idea utama yang hendak dikaji seperti faktor, konsep, pemboleh ubah, dansaling hubungan yang diduga di kalangan idea-idea tertentu. Kerangka tersebut bolehberbentuk umum dan kasar atau berbentuk rapi dan teliti, berasaskan teori atau berasaskanakal budi, dan membabitkan penerangan deskriptif atau perkaitan sebab akibat. PandanganMiles dan Huberman adalah secocok dengan pandangan yang dimajukan oleh Cline (2003).Misalnya, Cline menjelaskan bahawa kerangka konsep merujuk penghuraian yang ringkasdan padat tentang pemboleh ubah-pemboleh ubah utama yang beroperasi dalam ruanglingkup masalah yang sedang dikaji, berserta dengan pandangan pengkaji secara menyeluruhtentang bagaimana pemboleh ubah-pemboleh ubah tersebut berinteraksi (atau dibuat untukberinteraksi berdasarkan keadaan yang boleh dimanipulasikan) untuk menghasilkan satupemahaman yang lebih bermakna dan menyeluruh tentang fenomena yang relevanberbanding dengan pemahaman sedia ada dalam meneliti masalah kajian. Lazimnya,penghuraian tersebut disertai dengan ilustrasi grafik atau visual.

Pada umumnya, definisi kerangka konsep yang dimajukan oleh Miles, Huberman, dan Clinemempunyai beberapa persamaan dengan definisi model atau model konsep (conceptualmodel) yang dimajukan oleh Garrison. Menurut mereka, kerangka konsep, model, ataumodel konsep merujuk penjelasan secara visual, grafik, berajah, atau naratif tentang konsep-konsep utama yang menjadi fokus kajian. Kerangka konsep bertujuan untuk membantupemahaman dan penghuraian konsep-konsep penting. Misalnya, kerangka konsepmenyatakan idea-idea yang berkait dengan konsep utama dan memerihalkan pendekatanyang sistematik untuk menggambarkan ciri-ciri penting bagi konsep tersebut. Kerangkakonsep membekalkan konteks yang khusus dan batasan bagi menjalankan kajian. Seterusnya,kerangka tersebut mengimplikasikan struktur yang dinamik. Dengan kata lain, idea-ideatersusun yang terkandung dalam kerangka konsep membekalkan struktur kepada kajian yanghendak dijalankan.

Masalah Pendidikan filid 26Hakcipta@2003 Fakulti Pendidikan Universiti Malaya 49

Page 22: 4 Penjelasan Tentang Teori Dan Kerangka Nik Azis Nik Pa

Kerangka konsep berfungsi sebagai batu loncatan bagi pembentukan kerangka teori yangterdiri daripada penjelasan yang mantap, prinsip-prinsip berasaskan teori, dan cadangansaling hubungan berasaskan teori yang tertentu sebagai persediaan untuk menjalankan kajian.Perlu dijelaskan bahawa kebolehan untuk menggambarkan kerangka konsep dalam bentukrajah atau grafik tidak semestinya menunjukkan kesahan kerangka tersebut.

Berdasarkan perbincangan di atas, terdapat dua pandangan yang berbeza tentang definisikerangka konsep. Pertamanya, kerangka konsep merujuk struktur yang membekalkanjustifikasi atau rasional terhadap perspektif yang digunakan oleh pengkaji untuk menelitimasalah kajian. Istilah lain yang digunakan untuk menyatakan perkara tersebut ialah strukturlogik. Keduanya, kerangka konsep merujuk struktur yang membekalkan penjelasan tentangkonsep-konsep utama dan saling hubungan antara mereka yang menjadi fokus kajian. Istilahlain yang digunakan untuk menyatakan perkara tersebut ialah model atau model konsep.Lazimnya, penjelasan tersebut disertai oleh ilustrasi visual atau perwakilan berajah. Dalampandangan yang kedua, kerangka konsep bukan membabitkan satu himpunan salinghubungan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah semata-mata, Sebagai tambahan, kerangkatersebut membekalkan jangkaan tentang saling hubungan antara pemboleh ubah-pembolehubah.

Sebagai perbandingan, perdebatan tentang teori dan kerangka teori juga berlaku dalamdisiplin lain. Misalnya, dalam disiplin kejururawatan, Chinn dan Kramer (1995) dan Meleis(1997) menegaskan bahawa usaha untuk membezakan meta paradigma, model konsep,kerangka konsep, dan teori adalah tidak jelas sebab istilah tersebut merupakan istilah falsafahyang abstrak dan bukan istilah saintifik yang mempunyai penunjuk yang boleh dilihat dandiukur. Fawcett (1995) pula mempunyai pandangan yang berbeza. Menurut beliau, perbezaanantara istilah-istilah tersebut adalah penting dibuat dari segi tahap keabstrakan.Bagaimanapun, Uys (1987) menegaskan bahawa keabstrakan sesetengah teori mungkin sarnadengan keabstrakan sesetengah model konsep. Perdebatan tentang perkara ini masihberterusan.

Dalam menangani perbezaan antara kerangka teori dengan kerangka konsep, Camp (2001)menyatakan bahawa pengkaji yang menggunakan kerangka konsep dalam membincangkankajian mereka nampaknya gagal untuk mengena1 pasti teori tahap makro atau teori tahappertengahan daripada sumber-surnber diketahui ramai untuk dijadikan landasan kajian.Namun untuk meneruskan kajian, mereka menggunakan kerangka konsep sebagai landasankajian, dengan pemahaman bahawa kerangka konsep mempunyai tahap kecanggihan yanglebih rendah daripada yang diperlukan oleh kerangka teori.

Camp (2001) berpendapat bahawa sekiranya kerangka konsep yang digunakan itumempunyai premis yang kukuh dan premis itu pula dikembangkan secara logik berdasarkankajian lalu serta taakulan yang digunakan adalah jelas, maka pada hakikatnya, kerangkakonsep itu ialah satu teori tahap mikro. Dengan itu, landasan terse but sepatutnya disebutsebagai kerangka teori dan bukan kerangka konsep. Malah, pandangan kedua ten tangkerangka konsep (definisi yang dimajukan oleh Miles, Huberman, Cline, & Garrison)sebenamya menggambarkan beberapa ciri teori tahap mikro. Sebaliknya, jika kerangka

50 Masalah Pendidikan Jilid 26Hakcipta@2003 Fakulti Pendidikan Universiti Malaya

Page 23: 4 Penjelasan Tentang Teori Dan Kerangka Nik Azis Nik Pa

konsep yang digunakan tidak berasaskan premis yang kukuh atau tidak diterbitkan secararasional daripada kajian lalu, maka kajian tersebut tidak mempunyai kerangka konsep yangbaik, dan dengan itu, tidak mempunyai kerangka teori yang kukuh. Sekiranya kerangka yangdigunakan adalah tidak jelas, rasional, dan munasabah, maka kajian tersebut harusdikonsepsikan semula. Menurut Camp (2001) sebarang kerangka konsep yang tidakmencapai tahap kerangka teori (iaitu sekurang-kurang pada tahap teori mikro) bukanmerupakan landasan yang mencukupi bagi kajian yang hendak diterbitkan dalam jurnalpenyelidikan.

Pembentukan dan Penilaian

Berdasarkan perbincangan setakat ini, teori, konsep, model, struktur logik, kerangka teori,kerangka konsep, dan model konsep adalah saling berkait antara satu sarna lain. Merekamerupakan un sur-un sur penting bagi kerangka kajian. Kerangka teori membekalkan strukturbagi mengkaji suatu masalah dan berfungsi sebagai pemandu bagi meneliti saling hubunganantara pemboleh ubah-pemboleh ubah. Jadual1 memaparkan penjelasan ringkas tentangstruktur logik dan kerangka teori.

Dalam menjalankan sesuatu penyelidikan, pengkaji sepatutnya membina kerangka teori danbukan sekadar menyebut kerangka konsep secara sepintas lalu. Menurut Marshall danRossman (1989), kerangka teori dibina berasaskan gabungan teori tersirat (berasaskanpengalaman) dan teori formal (berasaskan tinjauan kajian lepas). Hanya dengan berlandaskankerangka teori yang jelas barulah pengkaji dapat mengumpul dan menganalisis data secaraberfokus serta membuat kesimpulan dan generalisasi yang lebih luas. Romberg (1992) pulamenerangkan bahawa pengkaji novis (belum berpengalaman) sering kali melompat terusdaripada pengenalpastian masalah yang menarik kepada penghuraian reka bentuk kajiantanpa terlebih dahu1u mengaitkan kajian mereka dengan kajian lain.

Jadual 1: Penjelasan ringkas tentang struktur logik dan kerangka teori

Masalah Pendidikan filid 26Hakcipta@2003 Fakulti Pendidikan Universiti Malaya 51

Page 24: 4 Penjelasan Tentang Teori Dan Kerangka Nik Azis Nik Pa

PerIu ditegaskan bahawa tinjauan kajian lepas tidak membekalkan kerangka teori yangmencukupi bagi sesuatu kajian. Untuk membekalkan kerangka teori yang mencukupi bagisuatu kajian, terIebih dahulu kajian lepas perIu membentuk sekurang-kurangnya satu premisboleh disokong dan kemudiannya menjanakan satu atau lebih proposisi yang bolehdipostulatkan oleh pengkaji dalam bentuk andaian berasaskan teori tentang fenomena yangdikaji. Camp (2001) menegaskan bahawa perbuatan meletakkan tajuk "Kerangka Teori"kepada tinjauan kajian 1epas tidak membuat ia menjadi kerangka teori. Begitu juga,perbuatan melabelkan kerangka teori yang tidak mencukupi sebagai kerangka konsep tidakakan membuat ia menjadi cukup. Ringkasnya, penjelasan yang eksplisit tentang kerangkateori atau struktur logik yang digunakan sebagai landasan kajian perIu dilakukan.

Menurut Silverman (1998), fenomena sukar difahami tanpa teori dan penyelidikan sukardijalankan tanpa kerangka teori. Teori terbaik ialah teori yang dapat menjelaskan palingbanyak fenomena dalam cara yang paling mudah. Cohen dan Manion (1994) pulamenerangkan bahawa suatu teori mesti menjelaskan fenomena yang dikaji dengan baik(mencukupi) dan pada mas a yang sarna, tidak terIalu komprehensif sehingga menjadi sangatbesar dan kompleks. Scbaliknya, suatu teori tidak sepatutnya mengetepikan pemboleh ubah-pemboleh ubah tertentu atas a1asan mereka sukar untuk dije1askan. Satu kegunaan kerangkateori atau struktur logik yang penting ialah untuk menghubungkan kajian yang dijalankandengan kajian lepas dan mengaitkan dapatan kajian dengan himpunan idea-idea berasaskanteori yang sedia ada dalam disiplin ilmu yang relevan. Dengan kata lain, satu matlamat utamakajian dalam pendidikan matematik ialah untuk mengaitkan kajian yang dijalankan dengankomuniti teori dan penyelidikan yang luas. Pengkaji seharusnya memberi sumbangan ke arahmenangani isu-isu pendidikan matematik yang lebih luas dan menyelesaikan masalah yanglebih global.

Camp (2001) menjelaskan bahawa pembinaan kerangka teori memerIukan pengkajimengenal pasti dan merumuskan satu himpunan andaian berasaskan teori yang menjelaskansaling hubungan antara fenomena-fenomena yang dikaji. Kemudiannya, pengkaji perIumembentuk hubungan konsep yang menunjukkan bagaimana andaian berasaskan teorimembawa secara lang sung kepada masalah atau soalan kajian. Andaian teori bolehmembabitkan teori tahap makro, pertengahan, atau mikro. Teori yang berada di tahappenjelasan yang lebih tinggi dalam kontinum dapat membekalkan panduan yang lebih umumberbanding dengan teori yang berada di tahap penjelasan yang rendah. Misalnya, Nik Azis(1987) menggunakan konstruktivisme sebagai kerangka teori dalam disertasinya yangmembabitkan kajian ten tang skim pecahan yang dimiliki oleh pelajar sekolah rendah.Berasaskan teori tahap makro, beliau membentuk empat andaian berasaskan teori tentangbagaimana pelajar membina makna pecahan. Kemudiannya, beliau merumuskan bahawatugas utama dalam perkembangan makna pecahan boleh dilihat sebagai aktiviti pembinaanskim tindakan dan skim operasi yang tertentu.

Clark, Guba, dan Smith (1977) menegaskan bahawa masalah kajian wujud dalam pemikiranpengkaji dan bukan dalam dunia luar. Oleh itu, masalah kajian tidak boleh dipisahkandaripada struktur kognitif yang dimiliki oleh pengkaji. Dengan kata lain, masalah kajian tidakdapat diartikulasikan kecuali dalam sistem berkonsep atau mengikut konteks yang

52 Masalah Pendidikan Jilid 26Hakcipta@2003 Fakulti Pendidikan Universiti Malaya

Page 25: 4 Penjelasan Tentang Teori Dan Kerangka Nik Azis Nik Pa

tertentu. Tidak ada pengkaji yang dapat meneliti sesuatu masalah daripada pelbagaiperspektif secara serentak. Dalam aspek inilah struktur logik dan kerangka teori memainkanperanan yang penting. Mereka membekalkan tempat, perspektif, atau pendekatan yangstrategik bagi menangani masalah kajian. Menurut Clark, Guba, dan Smith (1977), pemilihansesuatu kerangka teori melibatkan kedua-dua langkah penjelasan dan penyisihan. Misalnya,kerangka teori mempertajamkan fokus kajian dan dengan itu, meningkatkan kejelasantentang masalah kajian. Pada masa yang sama, penggunaan suatu kerangka teori bolehmenutup pandangan pengkaji terhadap perspektif lain yang boleh juga digunakan untukmeneliti masalah kajian.

Analisis terhadap kajian dalam pendidikan matematik yang dijalankan di Malaysia dalam duadekad kebelakangan menunjukkan bahawa terdapat lima kelemahan berhubung denganpenggunaan struktur logik atau kerangka teori: (a) kerangka tidakjelas, (b) kerangka tidaksesuai, (c) kerangka tidak berkait dengan sebahagian perkara yang dikaji, (d) kerangka terlalukompleks, dan (e) tidak menggunakan sebarang kerangka. Menurut Clark, Guba, dan Smith(1977), penjelasan kerangka teori secara eksplisit boleh membawa beberapa kebaikan (hIm.11-12):

a) Oleh kerana masalah kajian dibentuk dalam acuan konsepsi yang tertentu, masalahtersebut boleh difahami dan diartikulasikan dengan baik jika acuan itu dihuraikandengan terperinci. Malah, aspek tambahan kepada masalah yang sedang dikajimungkin boleh dijanakan sebagai hasil daripada penjelasan tentang acuan konsepsi.Seterusnya, aspek sedia ada akan menjadi lebih jelas dan terserlah dengan penjelasantentang acuan konsepsi.

b) Apabila kerangka teori diartikulasikan dengan jelas, pengkaji bebas untukmemikirkan ten tang kerangka alternatif. Misalnya, penghuraian teori behaviourismedalam penyelidikan matematik pada tahun 60-an dan 70-an membolehkan pengkajimengenal pasti kekuatan dan kelemahan teori tersebut. Irnplikasinya, pengkaji dapatmenjanakan teori yang lebih berdaya maju untuk mengatasi kelemahan yang telahdikenal pastikan.

c) Penghuraian kerangka teori atau struktur logik membekalkan fokus kepada semualangkah penyelidikan yang seterusnya. Sebagai contoh, pengkaji dapat menjanakansatu himpunan soalan kajian yang lengkap secara relatif, meneliti kajian lepas denganlebih sistematik, mengumpulkan data dengan lebih teratur, dan menganalisis datadengan lebih tersusun.

d) Pengkaji dapat mengaitkan kajian mereka dengan kajian lain yang menggunakankerangka teori yang sama, Melalui cara ini, pengkaji dapat memberi sumbangankepada perkembangan pengetahuan dalam sesuatu disiplin ilmu.

Selepas mengenal pasti kerangka teori yang tertentu, pengkaji perlu menilai kebaikan dankeburukan penggunaan kerangka teori tersebut, Sekiranya terdapat satu kerangka teorisahaja, proses penilaian tidak membabitkan banyak masalah. Bagaimanapun sekiranyaterdapat beberapa kerangka teori, pemilihan kerangka teori yang tertentu hendaklah dibuat

Masalah Pendidikan filid 26Hakcipta@2003 Fakulti Pendidikan Universiti Malaya 53

Page 26: 4 Penjelasan Tentang Teori Dan Kerangka Nik Azis Nik Pa

untuk memaksimumkan kebaikan yang berkait dengan kajian yang akan dijalankan danmengurangkan kelemahan yang boleh mengurangkan keberhasilan kajian tersebut. Dalammembuat pemilihan, pengkaji perlu menunjukkan bahawa: (a) kerangka teori yang dipilihadalah re1evan dengan kajian yang hendak dijalankan, dan (b) kerangka teori yang dipilihmempunyai lebih banyak kebaikan berbanding dengan kerangka teori yang tidak dipilih.

Mouly (1978), Cohen dan Manion (1994), dan Camp (2001) menganjurkan beberapa soalanbagi menilai kerangka teori yang digunakan sebagai landasan sesuatu kajian:

Adakah kerangka teori kukuh dan munasabah? Adakah kerangka teori dikenal pasti dengan jelas dan rasional penggunaannya

dinyatakan dengan baik? Adakah pengkaji membuat sorotan kajian yang menjurus secara langsung kepada

pembentukan landasan yang jelas bagi kerangka teori? Adakah pengkaji menyatakan andaian teori dengan jelas dalam bentuk urutan yang

logik supaya kerangka teori menjadi koheren? Adakah pengkaji menunjukkan bahawa kerangka teori dapat membawa kepada

tujuan, objektif, soalan, atau seting kajian? Adakah kerangka teori konsisten dengan masalah kajian dan digunakan untuk

memandu kajian secara menyeluruh? Adakah kerangka teori menimbulkan kontroversi, pertelingkahan, atau sebaliknya

membimbing kajian dengan baik? Adakah konsep-konsep utama ditakrifkan secara operasi dengan berlandaskan

kerangka teori? Adakah saling hubungan antara konsep-konsep dihuraikan dengan jelas berlandaskan

kerangka teori? Adakah dapatan kajian ditafsirkan dengan berlandaskan kerangka teori?

Dalam dua puluh tahun kebelakangan ini, pendidikan matematik telah berkembang menjadisatu bidang saintifik yang mengandungi idea, pendekatan, dan kerangka teori yang kaya danperkaitan dengan bidang lain pula menjadi semakin meluas. Disiplin psikologi, sosiologi, danetnografi telah mempengaruhi pemikiran tentang penyelidikan dalam pendidikan matematiksecara beransur-ansur. Kesan pengaruh tersebut adalah tidak linear dan telah membawakepada pengembangan perspektif teori dalam penyelidikan pendidikan matematik (Niss,1999).

54 Masalah Pendidikan Jilid 26Hakcipta@2003 Fakulti Pendidikan Universiti Malaya

Page 27: 4 Penjelasan Tentang Teori Dan Kerangka Nik Azis Nik Pa

Terdapat pelbagai perspektif teori yang berbeza untuk meneliti isu-isu kritikal dalampendidikan matematik. OIeh itu, pengenalpastian, pembinaan, dan penilaian kerangka teoribagi sesuatu kajian merupakan satu tugas intelektual yang mencabar. Atas aIasan inilahsesetengah pengkaji mencuba melangkau langkah tersebut dan terus menjalankan aktivitimengumpul dan menganalisis data. Tanpa huraian yang jelas tentang masalah kajian danpenggunaan teori yang relevan untuk meneliti masalah tersebut, besar kemungkinan kajianberkenaan akan dicacatkan oleh prosedur kajian yang tidak teratur, instrumen yang salah,pemboleh ubah tak berkaitan yang tidak dikawal, pemboleh ubah terlepas perhatian, caraanalisis data yang tidak sistematik, atau perbincangan hasil kajian yang tidak berfokus.

Rumusan

Dewasa ini, penekanan kepada saling hubungan antara teori dan penyelidikan dalam bidangpendidikan matematik nampaknya semakin meningkat (Lerman, Xu, & Tsatsaroni, 2002;Boaler, 2002). Ramai pengkaji mula menyedari tentang kepentingan kerangka teori dalammembimbing penyelidikan mereka. Bagaimanapun, adalah tidak munasabah untukmengharapkan semua penyelidikan dalam pendidikan matematik menggunakan teori tahapmakro sebagai landasan bagi kajian mereka. Pada asasnya, teori tahap mikro yangberlandaskan sorotan kajian yang meluas dapat membekalkan panduan yang mencukupi bagisebahagian penyelidikan dalam pendidikan matematik.

Kerangka teori adalah penting bagi kedua-dua kajian kuantitatif dan kualitatif. Denganmenjelaskan kerangka teori secara eksplisit, pengkaji tidak lagi bekerja secara bersendirian,tetapi menjadi ahli kumpulan penyelidik yang menggunakan teori yang khusus sepertikonstruktivisme radikal atau perspektif bersepadu sejagat sebagai landasan bagi kajianmereka. Kajian tersebut lebih mudah untuk diteliti, di replika, atau dikembangkan olehpengkaji lain berbanding dengan kajian yang tidak berlandaskan kerangka teori yang jelas.

Dalam kajian kuantitatif, teori merupakan titik awal dan titik akhir bagi proses penyelidikan.Misalnya, pada peringkat awal pengkaji menggunakan teori untuk membentuk masalah dansoalan kajian, manakala pada peringkat akhir pula, pengkaji mengaitkan dapatan kajiandengan teori yang mendasari kajian mereka. Dalam kajian kualitatif pula, kerangka teorimerupakan perspektif konsep dan teori yang dimiliki oleh pengkaji sebelum merekamenjalankan kajian. Orientasi keilmuan para pengkaji mewarnai pemilihan tajuk danpembentukan soalan kajian. Dengan kata lain, teori merupakan kaca mata yang digunakanoleh pengkaji untuk meneliti fenomena tertentu.

Penyelidikan perlu mengandungi perbincangan yang teliti dan logik tentang himpunan ideaatau kerangka teori yang digunakan sebagai landasan kajian. Perbincangan tersebut, antaralainnya, perlu menunjukkan bahawa pengkaji memberi perhatian menyeluruh kepada perkarayang dikaji dan memahami implikasi metodologi perkara tersebut. Penjelasan yang umumtentang kerangka teori adalah tidak mencukupi. Malah, perbincangan tersebut hamsmembabitkan aspek pengembangan pengetahuan, yakni penjelasan tentang apa yang sudahdan belum diketahui tentang topik kajian dalam proses pengembangan pengetahuan tentangtopik tersebut. Satu persoalan yang timbul ialah, "Adakah pengkaji perlu melibatkan semuatahap teori dalam kajian mereka?" Jawapannya bergantung kepada bentuk atau tahap

Masalah Pendidikan filid 26Hakcipta@2003 Fakulti Pendidikan Universiti Malaya 55

Page 28: 4 Penjelasan Tentang Teori Dan Kerangka Nik Azis Nik Pa

sumbangan yang hendak diberi kepada himpunan pengetahuan sedia ada. Jika kajian yangdijalankan berbentuk empirikal, teori tahap mikro atau pertengahan adalah mencukupi.Sebaliknya, jika kajian itu berbentuk konsepsi, teori, atau falsafah, pengkaji perlu memberipertimbangan kepada kegunaan teori tahap makro.

Pada umumnya, fenomena yang menarik boleh diteliti daripada pelbagai perspektif yangberbeza. Bagaimanapun, kerangka teori yang lebih berdaya maju sering kali terselindungoleh penguasaan perspektif popular tetapi kurang berdaya maju, yang menutup pandanganpengkaji terhadap pendekatan altematif bagi meneliti fenomena tersebut (Cline, 2003). Padatahun 60-an dan 70-an, misalnya, behaviourisme telah mempengaruhi sebahagian besarpenyelidikan dalam pendidikan matematik sehingga kognitivisme, konstruktivisme, danperspektif bersepadu sejagat sukar untuk mengembangkan pengaruhnya (Nik Azis, 1999).

Dalam menjalankan sesuatu penyelidikan, pengkaji boleh menggunakan lebih daripada satustruktur untuk menjelaskan dimensi penyelidikannya. Misalnya, dalam kajian tentang kesanstrategi meta kognitif terhadap prestasi penyelesaian masalah aritmetik, 'satu strukturdigunakan untuk menjclaskan strategi Uleta kognitif, struktur kedua pula digunak.an uutukmenjelaskan penyelesaian masalah aritmetik, dan seterusnya struktur ketiga digunakan untukmenjelaskan orientasi metodologi bagi pengumpulan data. Bagaimanapun menurut Cline(2003), satu perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh pengkaji dalam konteks sepertiini ialah pelbagai struktur yang digunakan mestilah saling melengkapi antara satu sama lain,dan setiap satunya perlu mempunyai orientasi yang eksklusif. Jika strukturstruktur terse butbertindih antara satu sama lain, usaha perlu dibuat untuk mensintesiskan mereka danmempostulatkan satu struktur baru yang lebih komprehensif.

Pada umumnya, pengkaji menggunakan istilah kerangka teori untuk menandakan satustruktur penjelasan yang berasaskan teori tertentu bagi memandu penyelidikan mereka. Isilahkerangka konsep pula digunakan oleh sesetengah pengkaji untuk menandakan satu himpunankonsep as as atau pemboleh ubah utama yang akan dioperasi untuk membentuk masalah dansoalan kajian. Biasanya, kerangka konsep dipaparkan dalam bentuk grafik atau rajahBagaimanapun, penelitian terhadap kajian tersebut menunjukkan bahaw» pengkajisebenamya menggunakan kerangka teori yang berlandaskan teori tahap mikro. Dengan katalain, apa yang pengkaji tersebut anggap sebagai kerangka konsep adalah sebenamya satubentuk kerangka teori. Penggunaan kerangka konsep dalam konteks seperti itu adalahmengelirukan.

Sebagai kesimpulan, teori dan kerangka teori adalah amat penting bagi proses penyelidikandan perkembangan proses tersebut dalam bidang pendidikan matematik. Perkembanganpenyelidikan didedahkan dan dipertahankan melalui proses pembinaan teori yang rapi dankoheren, yang terbuka kepada kritikan, perbincangan, dan penilaian. Kegunaan teori tidakterhad kepada penjelasan tentang apa yang sedang berlaku, tetapi boleh juga membantupengkaji meramalkan apa yang akan atau sepatutnya berlaku. Teori yang baik akanmendedahkan bidang-bidang inkuiri yang baru dan mencadangkan hipotesis yang munasabahuntuk kajian lanjutan. Keperluan untuk mengembangkan teori dan kerangka teori secaraberterusan merupakan satu cabaran kritikal bagi pengkaji dalam bidang pendidikanmatematik.

56 Masalah Pendidikan Jilid 26Hakcipta@2003 Fakulti Pendidikan Universiti Malaya

Page 29: 4 Penjelasan Tentang Teori Dan Kerangka Nik Azis Nik Pa

Rujukan

Alligood, M. R., & Marriner-Tomey, A. (1997). Nursing theory: Utilization andapplication. St. Louis, MO: Mosby.

Armstrong, M., & Kelly, A. (1995). More than the sum of their parts: Martha Rogers andHildegard Peplau. Archives of Psychiatric Nursing, 9(1), 40-44.

Ary, D., Jacobs, L.C., & Razavieh, A. (1996). Introduction to research in education (5th ed.).New York: Harcourt Brace.

Bachrach, S. (1989). Organizational theories: Some criteria for evaluation. Academy ofManagement Review, 14 (4), 496-515.

Berger, C. R., & Chaffee, S. H. (Ed.) (1987). Handbook of communication science.Newbury Park, CA: Sage.

Best, J. W., & Kahn, J. V. (1993). Research in education (7th ed.). San Francisco, CA:Jossey-Bass.

Boaler, J. (2002). Exploring the nature of mathematical activity: Using theory, research and'working hypotheses' to broaden conceptions of mathematics knowing. EducationalStudies in Mathematics, 51, 3-21.

Borg, W. R., & Gall, M. D. (1983). Educational research: An introduction. New York:Longman.

Burr, W. (1973). Theory construction and the sociology of the family. New York: Wiley.Camp, W. G. (2001). Formulating and evaluating theoretical frameworks for career and

technical education research. Journal of Vocational Education Research, 26 (1),4-25.Chinn, P. L., & Kramer, M. K. (1995). Theory and nursing (4th ed.). St. Louis, MO:

Mosby.

Chitty, K. (Ed.). (1993). Professional nursing: Concepts and challenges. Philadelphia, PA:W.B. Saunders.

Clark, D. L., Guba, E. G., & Smith, G. R. (1977). Functions and definitions offunctions of aresearch proposal. Bloomington, IN: College of Education, Indiana University.

Cline, D. (2003). Logical structure, theoretical framework. Didapatkan semula pada 4 April2003 daripada http://mutans.astate.edu/dcline/ guidelFramework.html.

Masalah Pendidikan Jilid 26Hakcipta@2003 Fakulti Pendidikan Universiti Malaya 57

Page 30: 4 Penjelasan Tentang Teori Dan Kerangka Nik Azis Nik Pa

Cohen, L., & Manion, L. (1994). Research methods in education. London: Routledge.

Craig, J. R., & Metze, L. P. (1986). Methods of psychological research. Monterey, CA:Brooks/Cole.

Cresswell, J.W. (1994). Research design: Qualitative and quantitative approaches.Thousand Oaks, CA: Sage.

Cross, P. (1981). Adults as learners. Washington, DC: Jossey-Bass.

De Groot, V. (1969). Methodology: Foundations of inference and research in the behavioralsciences. Belgium: Mouton.

Doherty, W. J., Boss, P. G., LaRossa, R., Schumm, W. R., & Steinmetz, S. K. (Eds.). (1993).Sourcebook of family theories and methods: A contextual approach. New York:Plenum.

Dickoff, J., James, P., & Wiedenbach, E. (1968). Theory in a practice discipline part 1:Practice oriented theory. Nursing Research, 17, 5,415-435.

Eisenhart, M. (1991). Conceptual frameworks for research circa 1991: Ideas from a culturalanthropologist and their implications for mathematics education researchers. Dalam

R. Underhill (Ed.), Proceedings of the 13th Annual Meeting of the North AmericanChapter of the International Group for the Psychology of Mathematics Education,

Jilid 1, (him. 202-219). Blacksburg, VA: Virginia Polytechnic Institute and StateUniversity.

Fawcett, J. (1995). Analysis and evaluation of conceptual models of nursing (5th ed.).Philadelphia, PA: Davis.

Frey, L.R., Botan, C.H., Friedman, P.G., & Kreps, G.L. (1991). Investigatingcommunication: An introduction to research methods. Englewood Cliffs, NJ:

Prentice- Hall.

Garrison, R. (2000). Theoretical challenges for distance education in the 21st Century: Ashift from structural to transactional issues. International Review of Research in

Open and Distance Learning, 1(1), June, 1-17.

Grover, R., & Glazier, J. (1986). A conceptual framework for theory building in library andinformation science. Library and Information Science Research, 8 (3), 227-242.

Hatch, M. J. (1997). Organizational theory and theorizing: Modern, symbolic-interpretiveand post modern perspectives. Oxford: Oxford University Press.

Henry, H., Collins, J., & Sinclair, J. (Eds.). (1989). Collins Cobuild English dictionary (2nded.). New York: HarperCollins.

58 Masalah Pendidikan Jilid 26Hakcipta@2003 Fakulti Pendidikan Universiti Malaya

Page 31: 4 Penjelasan Tentang Teori Dan Kerangka Nik Azis Nik Pa

Hirokawa, R. Y, & Poole, M. S. (Eds.). (1996). Communication and group decision-making(2nd ed.). Thousand Oaks, CA: Sage.

Hoover, R. (1992). The elements of social scientific thinking (5th ed.). New York: St.Martin.

Johnson, D. C. (1980). The research process. Dalam R. J. Shumway (Ed.), Research inmathematics education (him. 29-45). Reston, VA: The National Council of Teachers ofMathematics.

Kaplan, A. (1964). The conduct of inquiry: Methodology for behavioral science. San Francisco:Chandler.Kerlinger, F. N. (1973). Foundations of behavioral research (2nd ed.). New York: Holt, Rinehartand Winston.Kim, S. K. (1983). The nature of theoretical thinking in nursing. Norwalk, CT: Appleton Century-Crofts ..King, I. M. (1999). King's theory of goal attainment: Philosophical and ethical implications.

Nursing Science Quarterly, 1(4),292-296.

Klein, D. M., & White, J. M. (1996). Family theories: An introduction. Thousand Oaks,CA: Sage.

Krathwohl, D.R. (1998). Methods of educational and social science research: An integratedapproach (2nd ed.). New York: Longman.

Kuhn, T. (1962). The structure of scientific revolutions. Chicago: Chicago University Press.

Layder, D. (1990). The realist image in social science. London: Macmillan.

Lane, R. (1997). The art of comparative politics. Boston: Allyn and Bacon.

Lefrancois, G. R. (1986). Psychology of learning (2nd ed.). New York: Springer.

Lerman, S., Xu, G., & Tsatsaroni, A. (2002). Developing theories of mathematics educationresearch: The ESM story. Educational Studies in Mathematics, 51, 23-40

Lester, F. (1991). The nature and purpose of research in mathematics education: Ideas promptedby Eisenhart's plenary address. Dalam R. Underhill (Ed.), Proceedings of the 13th

Annual Meeting of the North American Chapter of the International Group for the Psychologyof Mathematics Education, Jilid 1, (him. 193-201). Blacksburg, VA: Virginia PolytechnicInstitute and State University.

Masalah Pendidikan Jilid 26Hakcipta@2003 Fakulti Pendidikan Universiti Malaya 59

Page 32: 4 Penjelasan Tentang Teori Dan Kerangka Nik Azis Nik Pa

Littlejohn, S. W. (1996). Theories of human communication (5th ed.). Belmont, CA:Wadsworth.

Marshall, C., & Rossman, G. B. (1989). Designing qualitative research. Newbury Park, CA:Sage.

McMillan, J. H., & Schumacher, S. (1984). Research in education: A conceptual introduction.Boston, MA: Little, Brown.

Meleis, A. (1997). Theoretical nursing: Development and progress (3rd ed.). Philadelphia,PA: Lippincott.

Merriam, S.B. (1998). Qualitative research and case study applications in education. SanFrancisco, CA: Jossey-Bass.

Merton, R. K. (1968). Social theory and social structure. New York: Free Press.Miles, M., & Huberman, A. (1994). Qualitative data analysis: An expanded sourcebook (2nded.). Thousand Oaks, CA: Sage.Mouly, G. J. (1978). Educational research: The art and science of investigation. Boston:

Allyn and Bacon.

Nik Azis, N. P. (1987). Children's fractional schemes. Disertasi doktor falsafah tidakditerbitkan. University of Georgia, Athens.

Nik Azis, N. P. (1999). Pendekatan konstruktivisme radikal dalam pendidikan matematik.Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Niss, M. (1999). Aspects of the nature and state of research in mathematics education.Educational Studies in Mathematics, 40, 1-24.

Pinder, C. c., & Moore, L. F. (1980). The resurrection of taxonomy to aid thedevelopment of middle range theories of organizational behavior.Dalam c.c. Moore, & L.F. Moore (Eds.), Middle range theory and thestudy of organizations. Hingham, MA:Nijhoff.

Polit, D. F., & Hungler, B. P. (1995). Nursing research principles and methods (5th ed.).Philadelphia, PA: Lippincott.

Popper, K. R. (1972). Objective knowledge: An evolutionary approach. Oxford: Clarendon.

Powers, B.A., & Knapp, T.R. (1990). A dictionary of nursing theory and research. NewburyPark, CA: Sage.

60 Masalah Pendidikan Jilid 26Hakcipta@2003 Fakulti Pendidikan Universiti Malaya

Page 33: 4 Penjelasan Tentang Teori Dan Kerangka Nik Azis Nik Pa

Remenyi, D., Williams, B., Money, A., & Swartz, E. (1998). Doing research in business andmanagement. London: Sage.

Richey, R. (1986). The theoretical and conceptual bases of instructional design. New York:Nichols.

Riehl, J. P., & Roy, C. (1980). Conceptual models for nursing practice. New York:Appleton-Century-Crofts.

Romberg, T. (1992). Perspectives on scholarship and research methods. Dalam D. Grouws(Ed.), Handbookfor research on mathematics teaching and learning (hIm. 46-64). NewYork: Macmillan.

Rudner, R. S. (1966). Philosophy of social science. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall.Seels, B. (1997). Taxonomic issues and the development of theory in instructional technology.

Educational Theory, 37 (1), 12-21.Silverman, D. (1998). Research and social theory. Dalam C. Seale (Ed.), Researching society

and culture. London: Sage.Smith, P. L., & Ragan, T. (1999). Instructional design. New York: Wiley.Troye, S. V. (1994). Evaluation of theory and research. Oslo: Tano.Tuckman, B. W. (1994). Conducting educational research (4th ed.). Fort Worth, TX:

Harcourt Brace.Uys, L. R. (1987). Foundational studies in nursing. Journal of Advanced Nursing, 12(3), 275-

280.Von Glasersfeld, E. (1995). Radical constructivism: A way of knowing and learning.

London: Falmer.Wagner, D., & Berger, J. (1985). Do sociological theories grow? American Journal of

Sociology, 90 (4),697-728.Warmbrod, J. R. (1986). The theoretical/conceptual framework: What is its relevance to

conclusions and recommendations? Kertas kerja dibentangkan di mesyuarat tahunanThe American Educational Research Association, Dallas, Texas.

Weick, K. E. (1995). What theory is not, theorizing is. Administrative Science Quarterly, 40,385-390.

Wilson, H. S. (1985). Research in nursing. Menlo Park, CA: Addison-Wesley.Wolman, B. (Ed.).(1973). Dictionary of behavioral science. New York: Van Nostrand.

Masalah Pendidikan Jilid 26Hakcipta@2003 Fakulti Pendidikan Universiti Malaya 61