3 Julai 2014 Initiative Management P11: Balanced Scorecard
Transcript of 3 Julai 2014 Initiative Management P11: Balanced Scorecard
JULAI 2014 Bil :164/7/2014
Penasihat
Cik Zurima Safian
Hasil Nukilan Nur Faizatul Camellia Rablin
Mastura Iskandar Norlela Suleiman
Lela Ahmad Allias Sahari Rubiah Alli Dolly Liaw
Mariam Gani Yong Azizah Haili
Zulhaisham Sulaiman
3 Julai 2014 • Mesyuarat Initiative Management P11: Improve
Internal Process Continuously
9 Julai 2014 • Bengkel Balanced Scorecard di Bilik Allamanda,
Perpustakaan DBKU:-
Sesi 1 : - Jabatan Perkhidmatan Korporat (CPS) - Jabatan Perkhidmatan Kewangan (FCS) - Jabatan Perkhidmatan Kawal Selia (RES) Sesi 2 : - Jabatan Perkhidmatan Pembangunan dan Landskap (LNP) - Jabatan Perkhidmatan Infrastruktur (INS) - Jabatan Perkhidmatan Komuniti (COS) - Pejabat Datuk Bandar 11 Julai 2014 • Mesyuarat Majlis Inovasi dan Kreativiti Ke-86
17 Julai 2014 • Sesi Latihan (2) dan Konsultansi Projek KIK
Kumpulan INFOWAVE di Bilik Allamanda, Perpustakaan Bandaraya DBKU bagi penyertaan ke Asia Pacific Quality Conference 2014 pada 24-26 November 2014
1
STATISTIK LAPORAN CADANGAN Q/PENAMBAHBAIKAN/INOVASI MENGIKUT BAHAGIAN (JANUARI – JULAI 2014)
Cadangan Q - 372 Penambahbaikan/Inovasi - 10
CADANGAN Q PENAMBAHBAIKAN/INOVASI
CADANGAN Q PENAMBAHBAIKAN/INOVASI
Jumlah Staf (21) (4) (28) (15) (25) (6) (20) (48) (25) (28) (16) (90) (43) (13) (59) (36) (202) (12) (10) (106) (38) (12) (7) Pencapaian Cadangan Q 138% 150% 36% 100% 8% 100% 5% 6% 60% 39% 106% 10% 9% 969% 3% 53% 8% 42% 320% 8% 32% 0% 14%
(125)
17%
STATISTIK CADANGAN Q DAN LAPORAN PENAMBAHBAIKAN/INOVASI (JANUARI - JULAI 2014)
2
3
Pengurusan LEAN berasal dari Toyota Production System (TPS), yang dibangunkan oleh Toyota Motor Corporation. Ia adalah satu falsafah pengurusan yang memendekkan masa antara pesanan pelanggan dan produk/perkhidmatan yang disampaikan dengan menghapuskan sisa (Taiichi Ohno). Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah memperkenalkan MPC’s LEAN Roadmaps yang terdiri daripada 6 fasa iaitu Asas, Kesedaran, Pelancaran Projek Perintis, Sistem Lean, Projek Khas Sektor Awam, Perusahaan Lean dan Budaya Lean. Ia adalah satu pendekatan yang sistematik untuk menggalakkan pengurusan LEAN yang melengkapi inisiatif kualiti dan produktiviti sedia ada, sekaligus menyepadukan semua usaha dalam mempromosikan kecekapan proses ke arah meningkatkan daya saing negara. Pemikiran LEAN merupakan latar belakang roadmap. Ia didorong oleh aktiviti Kaizen, yang tertanam dalam pemikiran LEAN. Pemikiran LEAN boleh disesuaikan sebagai budaya organisasi dalam usaha untuk kecemerlangan organisasi. ~ YBhg. Dato’ Mohd. Razali Hussain ~ Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
4
Pengurusan LEAN PROJEK KIK
Mengurangkan Kes Kerosakan Buku Yang Dipulangkan Melalui Book Drop
Buletin Just Lean MPC, Isu 4 (Januari - April 2014)
5
5
6
7
STATUS CADANGAN Q SELEPAS KEPUTUSAN DARI MESYUARAT INOVASI & KREATIVITI KE-86 PADA 11 JULAI 2014
(47 CADANGAN)
Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan
1.
6061 Diperkenalkan ‘variable pricing’ untuk bayaran letak kereta mengikut kesibukan kawasan iaitu dengan menaikkan kadar bayaran letak kereta di kawasan sibuk dan menggurangkan bayaran letak kereta di kawasan kurang sibuk.
Cadangan tidak diterima kerana KCPS akan memperkenalkan kadar letak kereta baru.
2.
6182
Pas Jabatan DBKU tidak perlu diletakkan nombor kad pengenalan dan nama bahagian.
Cadangan diterima dan telah diagihkan pada 1 Julai 2014.
3.
6202
Membuat majlis suai kenal pegawai Talikhidmat di Jabatan Ketua Menteri dengan pegawai yang mengendalikan aduan di DBKU.
Cadangan tidak diterima kerana Jabatan Ketua Menteri belum bersedia menerima lawatan berkenaan pengurusan aduan.
4.
6209
Mengadakan Kursus Asas Komputer kepada semua Pembantu Am Rendah.
Cadangan diterima dan telah diadakan pada 9 - 10 Jun 2014 di SAINS, Kota Samarahan dan dihadiri 68 orang staf.
5.
6220
Membuat lorong tambahan di simpang lampu isyarat Jalan Astana/Jalan Merdeka.
Cadangan diterima dan akan dilaksanakan tertakluk kepada peruntukan.
6.
6244
Mengadakan kempen cadangan Q dari semasa ke semasa atau sekurang-kurangnya sekali setahun. Aktiviti-aktiviti kempen tersebut boleh merangkumi:- a) Pameran Cadangan Q b) Mengumumkan/Menayangkan Cadangan Q
semasa Perhimpunan Bulanan. c) Menayangkan Cadangan Q yang dilaksanakan
dalam TV dalaman atau TV di sudut lobi.
Cadangan diterima dan telah diambil tindakan semasa perhimpunan pada 11 Jun 2014 di Auditorium dan juga ditayangkan dalam TV di lobi.
8
Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan
7.
6248
Memasang papan tanda maklumat/info kesihatan seperti jumlah jarak semasa berjalan kaki atau bersenam di kawasan taman rekreasi dan laluan pejalan kaki atau 'jogging track' di kawasan DBKU.
Cadangan diterima dan pemasangan telah siap dilaksanakan pada 29 Mac 2014.
8.
6353
Mempamer gambar Agong, TYT, Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sarawak di atas pintu Auditorium DBKU.
Cadangan diterima dan gambar TYT dan Ketua Menteri Sarawak lama telah diturunkan. Gambar baru akan dipamerkan apabila menerimanya daripada pihak Jabatan Penerangan.
9.
6364
Menyedia tempat meletak payung di kaunter lobi Bangunan DBKU.
Cadangan diterima dan telah dilaksanakan pada bulan April 2014.
10.
6365
Menawarkan ruang pengiklanan dalam Laman Web DBKU kepada sesiapa yang berminat. Contoh yuran yang boleh dikenakan adalah RM100.00 sebulan dan RM1,000 untuk 12 bulan.
Cadangan tidak diterima kerana perkara ini tidak dibenarkan oleh Jabatan Ketua Menteri.
11.
6377
Kursus Bahasa Inggeris untuk staf yang bertugas di Kaunter.
Cadangan diterima dan kursus tersebut akan diadakan pada tahun 2015.
12.
6401
Membuat kawasan letak kenderaan rasmi berbumbung di Depo DBKU.
Cadangan diterima dan akan dilaksanakan pada tahun 2015.
13.
6451
Menyediakan ‘spoon drain’ di sebelah ‘kerb’ jalan supaya air hujan dapat mengalir dengan lancar ke dalam ‘inlet sump’.
Cadangan diterima dan ‘pilot project’ akan dilaksanakan untuk projek akan datang dan tertakluk kepada kesesuaian tapak serta peruntukan.
9
Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan
14.
6460
Bahagian PRD memuat turun dalam ‘thumbdrive’/CD/e-mel apa-apa gambar pihak Pengurusan Tertinggi DBKU serta Ketua Bahagian dan dihantar kepada mereka untuk tatapan.
Cadangan diterima dan telah diambil tindakan dalam bulan Mei 2014 di mana ruang Galeri - Foto Pengurusan telah diwujudkan dalam WargaKU.
15.
6501
Membuat kajian untuk mempertimbangkan pembinaan lintasan pejalan kaki menyeberangi Jalan Satok (di persimpangan Jalan P. Ramlee).
Cadangan diterima dan akan membuat ‘linkage network’ untuk pejalan kaki di tempat tersebut tertakluk kepada peruntukan.
16.
6500
Membekalkan baju 'T' berkolar dan berlengan panjang kepada semua ‘Fire Warden’ DBKU yang dilantik di Pejabat HQ, Depo, Satok dan Perpustakaan DBKU untuk digunakan setiap kali mereka mengadakan latihan kawad kebakaran.
Cadangan diterima dan dalam proses pembekalan.
17.
6571
Membuat tambahan ruangan ‘agencies’ dalam ’Contractor’s Present Commitments Technical and Financial Capability’ di dalam dokumen tender.
Cadangan diterima dan telah diambil tindakan serta diguna pakai pada dokumen tender.
18.
6617
Notis CCTV di Depo DBKU yang menggunakan kertas selama ini diganti dengan ‘acrylic’ yang dilekatkan di hadapan pagar Depo DBKU.
Cadangan diterima dan telah siap dipasang.
19.
6566
Pintu masuk pejabat Bahagian BDD ditukar kepada pintu kaca dan berakses.
Cadangan tidak diterima kerana faktor keselamatan dan keperluan pihak Bomba.
20.
6670
Papan elektronik LED (seperti di Jalan Kulas dan Satok) dipasang di bulatan DBKU dan jalan naik ke Bukit Siol.
Cadangan tidak diterima kerana tiada peruntukan.
21.
6642
Kumpulan Nasyid Al-Wahdi DBKU membuat persembahan pada majlis keagamaan DBKU.
Cadangan diterima dan telah diambil tindakan.
22.
6713
Menge-mel dan mempamer notis pemberitahuan staf bersara di dalam lif seminggu lebih awal sebelum staf tersebut bersara.
Cadangan diterima dan telah diambil tindakan.
10
Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan
23.
6750
Borang Pembayaran Sita ditambah baik kepada yang lebih lengkap dan seragam.
Cadangan diterima dan telah diambil tindakan.
24.
6755
Membuat 'zebra crossing' untuk lintasan murid-murid sekolah di SK Combined dan orang awam.
Cadangan diterima dan telah diambil tindakan pada bulan Mei 2014.
25.
6768
Memberi anugerah kepada penduduk/warga kota yang paling banyak menghantar bahan kitar semula di Pusat Kitar Semula Bahagian ENV sepanjang tahun.
Cadangan diterima dan telah diambil tindakan tetapi bukan pada peringkat individu. Anugerah diberi di peringkat kawasan/komuniti yang paling aktif dan sekolah-sekolah.
26.
6811
Pengumuman menggunakan pembesar suara sebelum melakukan 'fogging' pada hari kerja-kerja ‘fogging’ dilaksanakan bagi memberitahu apa sepatutnya yang harus dilakukan oleh penghuni rumah/penduduk setempat.
Cadangan diterima dan telah diambil tindakan.
27.
6838
Meletak nombor siri untuk Borang Laporan ‘OSH Eyes’.
Cadangan diterima dan telah disediakan.
28.
6689
Menambah nombor kenderaan dalam kupon letak kereta bermusim menjadi dua buah nombor kenderaan. Boleh menukar kenderaan yang kedua sekiranya rosak ataupun sebagainya.
Cadangan tidak diterima kerana telah termaktub dalam The Road Transport (Provision of Parking Place) (City of Kuching North) under 2005) iaitu satu kupon letak kereta bermusim untuk satu kereta sahaja.
29.
6714
Pendaftaran akaun Maybank (‘e-filing’) untuk daftar kes saman litigasi. Akaun Maybank lebih cepat dibanding akaun Bank CIMB (panel peguam banyak menggunakan akaun Maybank).
Cadangan tidak diterima kerana Bank CIMB sudah memadai.
30.
6731
Mengadakan sambutan Hari Ibu pada 9 Mei setiap tahun anjuran DBKU seperti juga ‘Earth Hour’ yang disambut meriah oleh DBKU.
Cadangan tidak diterima kerana penghargaan kepada ibu sepatutnya diberi setiap hari dan bukan menunggu Hari Ibu.
11
Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan
31.
6733
Menaikkan satu tangga gaji bagi staf yang mendapatkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).
Cadangan tidak diterima kerana penentuan ganjaran kepada penerima APC adalah berdasarkan pekeliling yang sedia ada.
32.
6761
Memberi insentif berupa penghargaan kepada para Pemandu Pelancong yang kerap membawa pelancong mengunjungi Muzium Kucing. Seperti mana para wakil Media yang sering diraikan oleh DBKU. Pemandu Pelancong juga seharusnya tidak dilupakan untuk turut diraikan dan mengadakan majlis seperti ‘Press Nite’. Mungkin ‘Press Nite’ boleh digabungkan bersama untuk mewujudkan ‘Press & Tourist Guide Nite’ dengan kerjasama pihak Kementerian Pelancongan Sarawak.
Cadangan tidak diterima kerana di luar bidang kuasa DBKU dan ia lebih kepada Kementerian Pelancongan.
33.
6765
Menambah petak letak kereta bermusim di Jalan Kulas memandangkan permintaan di kawasan tempat tersebut amat tinggi supaya dapat mengurangkan kadar kompaun.
Cadangan tidak diterima kerana kadar penggunaan ruang letak kereta adalah tinggi sekiranya jumlah petak letak kereta untuk bermusim ditambah, maka petak letak kereta untuk pengguna biasa akan berkurangan.
34.
6766
CEO atau KB(TRI) atau pegawai atasan yang berintegriti tinggi menjadi ahli Sarawak Club.
Cadangan tidak diterima kerana untuk menjadi ahli perlu memenuhi kriteria tertentu.
35.
6772
Menyediakan meja dan kerusi kepada staf yang mengalami musibah seperti kematian selain daripada khemah.
Cadangan tidak diterima kerana kerusi boleh dipohon daripada Bahagian CRD.
12
Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan
36.
6785
Membuat rombakan ke atas petugas Biro Maklum Mesra (BMM) yang bertugas pada hari Ahad dan Sabtu termasuk cuti umum supaya tidak perlu lagi bertugas/dilantik pada hari berkenaan.
Cadangan tidak diterima kerana khidmat petugas ini diperlukan memandangkan staf Bahagian CSS yang bertugas perlu membuat rondaan dan mengkoordinasikan setiap aduan.
37.
6794
Kafeteria di Taman Orkid - Walaupun dijaga oleh pihak kontraktor, tetapi boleh dicadangkan agar sebuah kafeteria berhawa dingin dibuka di Taman Orkid. Ciri-ciri kafeteria mestilah mesra pelanggan, berdindingkan kaca seperti kafeteria di Bangunan DBKU untuk mengelakkan racun.
Cadangan tidak diterima kerana belum dapat dilaksanakan buat masa ini.
38.
6808
Penilaian Pemandu ~ ‘Rate Me’ - Mewujudkan satu ruangan 'Rate Me' yang sebelum ini memang tidak pernah dilaksana di dalam Buku Log Kenderaan untuk menilai pemandu kenderaan dari segi kebersihan kenderaan, mutu dan cara pemanduan dan lain-lain. Penilaian akan dibuat oleh pengguna/penumpang kenderaan tersebut.
Cadangan tidak diterima kerana buku log adalah dokumen rasmi dan tidak boleh ditambah/pinda. Cadangan ini telah dibuat dalam bentuk borang cadangan di sudut Q Bahagian ADM yang meliputi semua staf ADM (tidak terhad kepada pemandu sahaja).
39.
6813
Menyediakan papan tanda ‘Larangan Melintas Jalan’ di atas Jambatan Tun Abdul Rahman.
Cadangan tidak diterima kerana jalan tersebut masih di bawah bidang kuasa Jabatan Kerja Raya.
40.
6816
Pelekat untuk premis berlesen - Menggunakan pelekat lesen untuk premis yang berlesen bagi memudahkan pengecaman premis yang telah berlesen.
Cadangan tidak diterima kerana hanya 30% premis makanan mempunyai dinding cermin. Walau bagaimanapun, perkara ini akan dikaji dan dibuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.
13
Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan
41.
6824
Membuat papan tanda seksyen/petunjuk kategori jualan pada setiap Bazaar Ramadhan. Papan tanda menunjukkan seksyen/kategori jualan sebagai petunjuk kepada pembeli yang ingin membuat pilihan. Contohnya seksyen kuih, makanan panggang, lauk-pauk, minuman/abc, laksa dan sebagainya.
Cadangan tidak diterima kerana jualan pelbagai (makanan dan minuman) diletak di lokasi yang sama. Jualan panggang diasingkan di sebelah hujung tempat jualan.
42.
6828
Rekod pemberian elaun pakaian panas - Selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3/2003, pemberian elaun pakaian panas bagi tujuan perjalanan rasmi ke negara beriklim sederhana/sejuk hendaklah direkodkan dalam buku perkhidmatan pekerja.
Cadangan tidak diterima kerana memang dipraktik oleh Bahagian HRM.
43.
6837
Menyedia lampu isyarat di simpang Jalan Pustaka dan Jalan Siol Kanan kerana aliran trafik di kawasan tersebut telah bertambah. Operasi Poliklinik Petra Jaya telah sedikit sebanyak menyumbang ke arah faktor di atas. Untuk kelancaran aliran trafik di kawasan tersebut dan mengelakkan kemalangan.
Cadangan tidak diterima kerana laluan trafik kurang sesak.
44.
6843
DBKU menyediakan lori berkren (jentera mengangkat barang) untuk kegunaan Unit Pokok, Bahagian LNP bagi mengangkat batang pokok besar ke atas lori.
Cadangan tidak diterima kerana pembelian melibatkan kos yang tinggi.
45.
6844
Menganjurkan aktiviti ‘fear factor’ khas untuk staf bawahan atau setiap jabatan dan bahagian serta boleh dibuat di mana-mana tempat yang bersesuaian.
Cadangan tidak diterima kerana tiada peruntukan.
46.
6845
Menghadkan masa mesyuarat - Mesyuarat yang melibatkan semua bahagian (Mesyuarat Pengurusan) dan mesyuarat-mesyuarat yang melibatkan orang luar atau jabatan lain dihadkan kepada 2 - 3 jam sahaja.
Cadangan tidak diterima kerana tidak praktikal.
Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan
1.
6891
Jawatankuasa Promosi (MS ISO 9001/MS ISO 14001/OHSAS 18001/5S) menyediakan jadual program promosi sambil mengadakan ‘road show’ ke bahagian-bahagian.
Cadangan tidak diterima kerana Jawatankuasa Latihan dan Kesedaran yang diketuai oleh KB(HRM) telah dilantik, justeru menjadi tanggungjawab Bahagian HRM untuk menyediakan jadual program kesedaran dan latihan ke bahagian-bahagian. Jawatankuasa Publisiti dan Komunikasi yang dilantik hanya bertanggungjawab untuk menjalankan promosi kepada orang luar/kontraktor.
2.
6896
Pengendalian aktiviti sukan bagi pihakDBKU - Semua aktiviti sukan yang dikendalikan oleh DBKU atau DBKU diarah untuk mengendalikan sesuatu aktiviti dan acara sukan diserah untuk dikendalikan oleh Bahagian CRD, PRD dan CSS. Tidak kira ia melibatkan antara jabatan-jabatan kerajaan, peringkat negeri dan sebagainya.
Cadangan tidak diterima kerana memang kebanyakannya dikendalikan oleh Bahagian PRD atau CRD, di mana kedua-dua bahagian ini akan membuat agihan tugas bagi mengenal pasti bahagian yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan sukan tersebut. Bahagian yang dilantik selalunya berkaitan dengan Pengerusi/Presiden kelab-kelab sukan itu sendiri. Tidak kira bahagian mana yang mengendalikannya, kita semua membawa nama DBKU dan prinsip ‘We Swim and Sink Together’.
3.
6898
Memasang 'permanent' LCD/proxima dan komputer riba di Bilik Bunga Raya seperti yang terdapat di Bilik Anggerik.
Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 6758.
4.
6900
Majlis Berkhatan beramai-ramai untuk anak-anak staf DBKU.
Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 6747
5.
6901
DBKU mengadakan setiap tahun Majlis Hari Raya Qurban/Hari Raya Haji.
Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 6057.
14
Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan
6.
6905
Menubuhkan hal-hal kebajikan yang melibatkan semua AJK DBKU seperti MBJ, Kelab Sukan dan Rekreasi, AJK Surau, Kelab Allamanda dan sebagainya.
Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No 5429, 3560 dan 6240.
7.
6907
Diadakan sesi bacaan doa pada jam 8:00 pagi iaitu sebelum memulakan pekerjaan setiap hari terutama sekali melalui sistem siaraya.
Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 4343, 4359 dan 4328.
8.
6908
Mewujudkan sudut khas (mini perpustakaan) ditempatkan di mana-mana tempat yang sesuai di Bangunan DBKU bagi memudahkan staf membuat rujukan sebagai persediaan perperiksaan.
Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 5380.
9.
6909
Mencipta logo untuk setiap bahagian dan digunakan hanya untuk dalaman sahaja memandangkan selama ini DBKU hanya menggunakan akronim bagi setiap bahagian seperti contoh ENG, IRM, BLG, BDD dan sebagainya.
Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 2170 dan 3834.
10.
6910
Mengekalkan pertandingan amalan ziarah-menziarahi ke rumah setiap staf seperti yang telah dipraktikkan sebelum ini.
Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 0469.
11.
6912
Meletakkan tanda arah (‘arrow’) di setiap lantai tangga di Bangunan DBKU. Contoh: Pengguna hendak turun menggunakan sebelah kiri, manakala pengguna hendak naik menggunakan sebelah kanan.
Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 6247.
12.
6913
Mewajibkan semua ‘buskers’ dan lain-lain aktiviti seni jalanan berdaftar dengan DBKU.
Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 6622.
13.
6918
Mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan semua tandas di Bangunan DBKU.
Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 6443.
15
16
Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan
14.
6919
Menyediakan kemudahan seperti teropong bagi tujuan ‘skyline view’ dari Bangunan DBKU seperti di Menara KLCC. Tempat dicadangkan di atas kawasan lapang Bahagian CSS/Auditorium sebelah Bahagian ADM.
Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 1781 dan 0652.
15.
6920
Menganjurkan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada staf setiap 3 bulan sekali.
Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 5316, 3262 dan 5015.
16.
6921
Menjemput setiap Kejiranan Mesra (KJM) DBKU menyertai Majlis Ramah Tamah DBKU dengan menyediakan gerai-gerai masing-masing.
Cadangan tidak diterima kerana tidak praktikal. Majlis Ramah Tamah boleh diadakan di KJM masing-masing dan atas inisiatif KJM tersebut.
17.
6922
Memakai baju Korporat DBKU pada setiap hari Rabu.
Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 6854, 6583, 6538 dan 4225.
18.
6928
Mengadakan ceramah agama sebulan sekali atau dua bulan sekali kerana kesibukan bertugas dalam waktu pejabat dan aktiviti jabatan di hujung minggu menyebabkan tiada keluangan masa untuk hadir ke program keagamaan di luar.
Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 1521 dan 1605.
19.
6930
Melantik Pegawai Zon di kalangan JKKK kampung yang berkelayakan dan Pegawai Zon tersebut hendaklah melapor kepada DBKU dan juga diberi insentif elaun bulanan dan insentif menghadiri mesyuarat seperti yang dinikmati oleh Ketua Kaum, Penghulu dan sebagainya.
Cadangan tidak diterima kerana Pegawai Zon yang dilantik daripada kalangan pegawai DBKU adalah sebagai penghubung DBKU dengan warga kota. Mereka memang akan berhubung dengan Ketua Kaum, Penghulu, JKKK dan sebagainya. Jikalau PBT lain mereka ada Kaunselor yang dilantik untuk memainkan peranan tersebut. Memandangkan DBKU tiada Kaunselor (hanya ada ahli Dewan), justeru Pegawai Zon telah dilantik.
20.
6931
Mewujudkan satu tarikan masuk (sama seperti gerbang masuk ke Muzium Kucing) di hadapan pintu masuk ke Galeri Q DBKU.
Cadangan tidak diterima kerana Galeri Q sedang dalam proses pengubahsuaian bermula Ogos 2014.
21.
6932
Mengadakan ‘Siol Hill Marathon Run 2014’ terutama sekali pada sebelah malam kerana sangat sejuk dan dapat meningkatkan semangat peserta.
Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 5997.
17
Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan
22.
6933
Membuat landskap hiasan pokok bunga nama Allah dan Muhammad di mana-mana kawasan bulatan DBKU.
Cadangan tidak diterima kerana tidak praktikal.
23.
6934
Mengadakan Bengkel Peperiksaan KPSL atau Bengkel Pengesahan Dalam Jawatan dan apa-apa peperiksaan yang berkaitan dengan kerja.
Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 2784.
24.
6936
Terdapat pegawai yang mempunyai baki tuntutan perubatan yang banyak manakala ada pegawai yang tidak mencukupi. Jadi dicadangkan baki tuntutan perubatan pegawai tersebut dibahagi sama rata kepada pegawai yang sama bahagian bagi mencukupi tuntutan perubatan pegawai lain yang memerlukan.
Cadangan tidak diterima kerana melibatkan polisi. Pencadang diminta merujuk kepada Majlis Bersama Jabatan untuk perkara ini diutarakan dan dibincang dengan pihak Pengurusan.
25.
6939
Mengadakan ‘Siol Run’ pada sebelah malam sebagai acara tahunan iaitu larian daripada kaki Bukit Siol menuju ke ruang tangga pejabat dan diakhiri di bawah jambatan dengan cubaan mencipta rekod baru.
Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 5997 dan 6932.
26.
6940
Membuat mini patung kucing di bawah kaki Bukit Siol sebagai tarikan ke Muzium Kucing.
Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 6264, 0284, 0461 dan 5004.
27.
6941
Membuat lampu hiasan perayaan di hadapan pintu masuk utama/’foyer’ Bangunan DBKU semasa sambutan Hari Raya.
Cadangan tidak diteima kerana memadai dengan hiasan perayaan yang sedia ada.
28.
6943
Mengadakan gotong-royong berjadual untuk setiap sekolah-sekolah/KJM/ kampung-kampung/perumahan di bawah pentadbiran DBKU.
Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 3708 dan 6943.
29.
6947
Pas Jabatan diletak nama bahagian tempat staf berkenaan bertugas dan ditandatangani oleh staf tersebut seperti yang pernah dibuat sebelum ini.
Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 6182.
18
Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan
30.
6948
Memaparkan pemenang Anugerah Cadangan Q terbaik dengan cadangan mereka (dalam bentuk gambar) sama ada melalui e-mel ataupun di skrin LCD di lobi DBKU.
Cadangan tidak diterima kerana memang telah dilaksanakan semasa perhimpunan yang lepas di Auditorium. Slaid/Video tersebut akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Selain itu, pemenang Cadangan Q Terbaik/ Terbanyak turut dipaparkan dalam Warta Q setiap tahun.
31.
6951
Mengadakan program/kempen penanaman pokok-pokok terbanyak di sepanjang jalan di bawah bidangkuasa DBKU dalam skala yang kecil dengan kumpulan sasaran kanak-kanak di sekolah rendah.
Cadangan tidak diterima kerana memang telah dilaksanakan dari semasa ke semasa oleh Bahagian LNP dan semasa Hari Arbor.
32.
6952
Mengadakan Pertandingan Zon Bersih Mini mengikut zon-zon sedia ada dalam kelompok yang kecil dengan membawa persatuan, AJK dan Parti Politik turut serta. Bahagian berkaitan menyediakan satu garis panduan yang ringkas sebagai panduan pertandingan serta menyediakan hadiah-hadiah berpatutan.
Cadangan tidak diterima kerana memang telah dilaksanakan oleh Bahagian CRD.
33.
6953
Mengadakan Pertandingan ‘Exciting Race’ yang memasukkan elemen kerja berpasukan dengan menampilkan tempat-tempat menarik di sekitar bandar raya Kuching dan terbuka kepada semua agensi kerajaan, sekolah, NGO, pihak kampung dan sebagainya.
Cadangan tidak diterima kerana memang telah dilaksanakan sebelum ini.
34.
6954
Mengadakan kempen derma darah staf DBKU diberi insentif.
Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 6954.
35.
6955
Program ‘I Luv Kuching’ diadakan 2 kali setahun.
Cadangan tidak diterima kerana DBKU banyak lagi aktiviti seperti program tersebut yang diadakan sepanjang tahun.
19
Bil No. Cadangan Tajuk Cadangan Status Cadangan
36.
6964
Melantik juruaudit khas iaitu juruaudit dari luar pengauditan MS ISO 9001/ MS ISO 14001/OHSAS 18001 supaya tidak menganggu tugas hakiki pegawai DBKU.
Cadangan tidak diterima kerana tidak praktikal. Dalam standard ISO ada menyatakan keperluan bagi setiap organisasi yang melaksanakan ISO mempunyai prosedur ‘Internal Quality Audit’ dan auditor dalaman yang dilantik untuk melaksanakan audit. Auditor luar hanya dilantik untuk membuat pengesahan serta memberi persijilan dan dalam hal ini pihak SIRIM untuk DBKU.
37.
6965
Menyediakan bilik rawatan di semua pejabat DBKU.
Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 0113.
38.
6966
DBKU menyediakan ‘Central Store’ ataupun tempat khas untuk penyimpanan dokumen.
Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 5923.
39.
6967
Perlantikan Pemandu/Pemandu Gantian sepanjang cuti perayaan ataupun cuti tahunan dan perlantikan ini diurus oleh bahagian yang mengurus hal-hal pengangkutan.
Cadangan tidak diterima kerana berulang dengan cadangan No. 6944.
40.
6968
Mengadakan Hari Bersih DBKU. Aktiviti ini dilakukan tidak semestinya di pejabat masing-masing malah bergotong-royong mengadakan acara pembersihan ruang pejabat dan tandas. Pada hari tersebut kesemua staf dan pegawai akan turut serta membersihkan semua tempat yang perlu disusun atur dan sebagainya.
Cadangan tidak diterima kerana memang dalam pelaksanaan pelan tindakan Jawatakuasa Kecil Promosi 5S mengadakan ‘spring cleaning' (5S) setiap tahun. Untuk tahun 2014, ia akan diadakan dalam bulan Oktober.
41.
6969
Penggunaan sistem FAS di Auditorium DBKU untuk tujuan pemantauan staf yang hadir ke sesi taklimat/sebarang aktiviti DBKU.
Cadangan tidak diterima kerana mengambil tandatangan kehadiran adalah lebih praktikal.