Post on 07-Apr-2018
8/6/2019 Pnbm (Full Esei)
1/27
NB2050D Pendidikan Negara Bangsa Malaysia
1.0 PENGENALAN
Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan detik paling bersejarah bagi rakyat Malaysia
kerana pada tarikh tersebut negara kita telah bebas daripada penjajahan. Ia
telah diraikan dengan penuh patriotik setiap tahun pada tarikh yang sama. Tahun
ini merupakan ke-53 tahun Malaysia telah merdeka. Kemerdekaan yang kita
kecapi pada hari ini adalah hasil perjuangan tokoh-tokoh terdahulu yang
sanggup menggadai nyawa demi maruah bangsa kita. Semangat nasionalisme
yang timbul dalam diri mereka telah membawa kepada perjuangan penuh
cabaran sehingga berjaya memperoleh kuasa memerintah sendiri tanpa campur
tangan pihak kerajaan Inggeris.
Menurut A.D Smith seorang sarjana barat, nasionalisme merupakan
suatu pergerakkan ideologi untuk mencapai dan memelihara pemerintahan
sendiri atau membebaskan diri daripada sebarang belenggu penjajahan (Ruslan
Zainuddin, Mohd. Mahadee Ismail dan Zaini Othman, 2005). Manakala K.R
Minogue pula melihat Nasionalisme sebagai satu aliran idea yang bertujuan
untuk mendorong orang kebanyakan bertindak bagi menjaga serta memajukan
kepentingan bangsa dan negara sendiri (Ruslan Zainuddin et al, 2005). Melalui
kedua-dua definisi tersebut, boleh disimpulkan bahawa nasionalisme juga
merujuk kepada pergerakan untuk mencapai kebebasan sosial, ekonomi dan
politik daripada sebarang kekuasaan asing. Ia juga dikenali sebagai kebangkitan
semangat kebangsaan. Konsep nasionalisme dapat dilihat sebagai satu bentuk
perasaan cintakan bangsa dan negara sendiri yang mendalam.
Kebangkitan semangat nasionalisme di Tanah Melayu merupakan impak
langsung dan tindak balas terhadap dasar imperialisme dan kolonialisme baratterhadap penduduk tempatan. Semasa penjajahan Portugis, Belanda, Inggeris,
British dan Jepun, masyarakat kita telah ditindas, dieksploitasi dan dijajah.
Mereka menjadi jajahan dalam negara sendiri. Lantaran itu, timbul satu
kesedaran untuk memperjuangkan nasib diri, agama, bangsa dan negara.
1
8/6/2019 Pnbm (Full Esei)
2/27
8/6/2019 Pnbm (Full Esei)
3/27
NB2050D Pendidikan Negara Bangsa Malaysia
dalam tempoh masa dan kuasa penjajahan yang berlainan. Kebanyakan tokoh-
tokoh ini mempunyai jawatan penting dalam pentadbiran sebelum penjajahan
berlaku yang akhirnya membawa kepada kebangkitan mereka. Namun begitu,
kita hanya akan memfokus kepada beberapa orang tokoh sahaja terutamanya
pada zaman penjajahan kuasa British dan melihat bagaimana tokoh-tokoh ini
pada akhirnya menyumbang kepada kebangkitan semangat nasionalisme dan
akhirnya membawa kepada rombongan kemerdekaan di Tanah Melayu.
2.0 PERANAN TOKOH DALAM MENYUMBANG KE ARAH KEMERDEKAAN
NEGARA
2.1 Dol Said
Dol Said atau nama sebenarnya Dato Dol Said Omar atau Abdul Said
merupakan salah seorang tokoh pejuang kemerdekaan negara. Beliau
berketurunan Suku Semelenggang di Naning dan pada tahun 1799 dilantik
menjadi Penghulu Naning. Perjanjian Inggeris Belanda pada 17 Mac 1824,
Melaka diletakkan di bawah kekuasaan British. Kesan perjanjian itu, British
mendakwa Naning sebahagian Melaka.
Semasa pendudukan British di Negeri Sembilan, penduduk dipaksa
membayar cukai sebanyak 1/10 daripada hasil ekonomi mereka kepada kerajaan
British di Melaka. Dol Said tidak bersetuju dan tidak mahu bertolak ansur dengan
arahan kerajaan British. Kesannya, pada tahun 1831 pihak Inggeris menghantar
tentera untuk menyerang Naning. Semasa serangan tersebut pihak British
tewas. Namun begitu, British tidak berputus asa, dan telah membuat serangan
kali kedua pada 1932 ke atas Dol Said dan pengikut-pengikutnya. Serangankedua British telah berjaya menewaskan Dol Said dan pengikut-pengikutnya.
Akhirnya, Dol Said menyerah diri.
Penentangan yang dilancarkan oleh Dol Said dan pengikut-pengikutnya
merupakan sebagai pendorong kepada pejuang berikutnya untuk meneruskan
3
8/6/2019 Pnbm (Full Esei)
4/27
NB2050D Pendidikan Negara Bangsa Malaysia
usaha penentangan terhadap penjajah. Semangat yang ditunjukkan oleh beliau
telah menjadi sumber inspirasi kepada tokoh-tokoh selepas beliau yang turut
sama menentang pendudukan British di Tanah Melayu.
2.2 Dato Maharajalela
Tokoh yang seterusnya ialah Datuk Maharaja Lela di Perak. Nama
sebenar tokoh ini ialah Datuk Maharaja Lela Pandak Lam, berketurunan Daeng
Salili anak kepada Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi
Indonesia. Beliau merupakan pembesar delapan di Perak dan mempunyai
kuasa memancung tanpa bertanya. Seperti mana Dol Said di Naning, Datuk
Maharaja Lela di Perak juga tidak berpuas hati dengan campur tangan kuasa
British di Perak. Campur tangan ini bukan sahaja menyebabkan masyarakat di
Perak ditindas malahan kuasa politik tradisional memungut cukai juga diambil
alih.
Perubahan struktur politik tersebut akhirnya menyebabkan Datuk
Maharaja Lela bangkit menentang British. Antaranya menentang kuasa
memungut cukai dan perubahan-perubahan bercanggah dengan nilai-nilai
tempatan seperti penghapusan sistem perhambaan oleh pengawai British.
Penghapusan sistem ini merupakan pencabulan hak terhadap kuasa-kuasa
politik tradisional pembesar Melayu dan Sultan Perak. Beliau menentang
tindakan Sultan yang hanya dijadikan boneka British. Seperti Dol Said, Datuk
Maharaja Lela juga bangkit memperjuangkan nasib masyarakat tempatan Perak
yang terpaksa membayar pelbagai cukai yang tinggi oleh pemerintah British.
Selain politik, perubahan sosial dan ekonomi yang berlaku akibat
kemasukan ramai warga asing terutamanya Sikh dan Eropah dianggap menjadi
ancaman besar kepada agama Islam dan Bahasa Melayu. Sikap bencikan
kuasa penjajahan ini memuncak apabila Datuk Maharaja Lela dan sekutunya
bertindak membunuh Residen British di Perak iaitu JWW Birch.
Rentetan daripada peristiwa itu, jelas sekali tokoh-tokoh ini sanggup
melakukan apa saja demi membebaskan belenggu penjajahan termasuklah
4
8/6/2019 Pnbm (Full Esei)
5/27
NB2050D Pendidikan Negara Bangsa Malaysia
melibatkan pertumpahan darah. Mereka sanggup menghadapi risiko walaupun
mengetahui akibat daripada tindakan mereka tersebut.
2.3 Dato Bahaman dan Mat Kilau
Seterusnya 2 orang tokoh penting dari Pahang ialah Tok Bahaman dan Mat
Kilau. Nama sebenar Tok Bahaman ialah Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh.
Manakala Mat Kilau bin Rasu@Tok Gajah. Kedua-duanya mahir dalam ilmu
persilatan dan terlibat dalam perjuangan menentang penjajahan di Pahang.
Seperti tokoh-tokoh sebelum ini, kedua-dua tokoh ini juga bangkit menentang
sistem cukai dan kuasa Residen yang diperkenalkan oleh pihak British di
Pahang.
Sistem cukai yang diperkenalkan bukan sahaja mencabul hak politik
pembesar tempatan malahan membebankan semua lapisan masyarakat. Mereka
dikehendaki membayar pelbagai cukai yang tidak munasabah seperti cukai
kepala. Pengenalan pelbagai perubahan tanpa berunding dengan wakil
tempatan menyemarakkan lagi sikap bencikan kuasa asing sedia ada. Seperti
perjuangan Tok Janggut di Kelantan, kedua-dua tokoh ini juga sanggup berjuang
habis-habisan di mana mereka telah melakukan penentangan secara terbuka
yang melibatkan pertempuran dengan pihak British. Walaupun pada akhirnya
kalah, namun sikap dan semangat juang mereka yang harus dipuji. Tanpa
kebangkitan dan kesedaran awal oleh tokoh-tokoh ini mungkin kita masih lagi
dijajah sehingga kini.
2.4 Tok Janggut
Seorang lagi tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu ialah
Tok Janggut. Tok Janggut atau nama sebenar Haji Mat Hassan bin PanglimaMunas merupakan seorang tokoh perjuangan yang amat dedikasi dalam
meperjuangkan kebebasan negeri kelahiran beliau. Dilahirkan di Kampung
Saring, Daerah Jeram, Kelantan pada 1850. Beliau mendapat pendidikan di
Mekah dan mahir dalam ilmu bersilat. Kebangkitan Tok Janggut bermula
dengan campur tangan pihak British di Kelantan. Hal ini berpunca daripada
5
8/6/2019 Pnbm (Full Esei)
6/27
NB2050D Pendidikan Negara Bangsa Malaysia
sikap dan layanan kasar dan kurang ajar pengawai-pengawai British yang
memungut cukai.
Selain itu, perubahan pentadbiran di mana melalui penubuhan Jajahan
Pasir misalnya telah menyebabkan pembesar-pembesar Melayu Kelantan
kehilangan kuasa politik tradisional mereka seperti memungut cukai. Mereka
juga dikenakan cukai yang tinggi tanpa mengira status politik dan sosial mereka.
Tanah-tanah sama ada diusahakan atau tidak akan tetap dikenakan cukai.
Dalam hal ini Tok Janggut tidak bertindak berseorangan kerana pembesar-
pembesar Kelantan bersepakat dengan beliau untuk menghalau British dari
Kelantan. Pertembungan ini membawa kepada beberapa siri pertempuran di
antara kedua-dua pihak yang banyak melibatkan pertumpahan darah. Sehingga
pada akhirnya Tok Janggut tewas dan terbunuh. Walapun dilihat pada mata
kasar Tok Janggut telah kalah dalam perjuangan tersebut, tetapi yang patut
difokuskan ialah semangat cintakan tanah air dan semangat juang yang tidak
pernah luntur oleh Tok Janggut dalam usaha beliau menghalau pihak British dari
Kelantan. Kesetiaan beliau pada Kelantan jelas terbukti di mana beliau sanggup
berkorban nyawa mempertahankannya.
2.5 Rentap
Rentap merupakan pemimpin yang dikagumi orang-orang Iban di Sarawak.
Beliau berasal di hulu Sungai Kapuas dan nama asalnya ialah Libau. Nama
Rentap diambil selepas beliau berjaya memenggal kepala musuhnya dalam
suatu peperangan. Dalam bahasa Iban, Rentap bermaksud orang yang
menggegarkan dunia(Chang Pat Foh, 1997: 107).
Rentap telah berusaha menyekat kemaraan tentera Brooke yang cuba
meluaskan kuasanya di kawasan Sungai Saribas dan Sungai Skrang tetapi
mereka gagal melakukannya. Namun begitu, Rentap dan penyokong-
penyokongnya masih meneruskan penentangan mereka. Selain itu, Rentap juga
menyusun strategi untuk melancarkan serangan hendap terhadap pihak penjajah
dan kemudiannya menguatkan kedudukan di Bukit Sadok serta melengkapkan
6
8/6/2019 Pnbm (Full Esei)
7/27
NB2050D Pendidikan Negara Bangsa Malaysia
kubunya dengan meriam besi besar yang dirampas dari Pontianak, Kalimantan.
Kelengkapan ini telah menguatkan pertahanan kubu di Bukit Sadok sehingga
mematahkan serangan daripada Charles Brooke. Serangan sebanyak dua kali
oleh pihak penjajah berjaya dipatahkan oleh Rentap dan masyarakat Iban.
Akhirnya kubu Rentap ditawan dan beliau melarikan diri ke kawasan
pedalaman di Entabai, Kanowit. Selepas peristiwa di Bukit Sadok, Rentap
menghentikan perjuangan menentang pentadbiran Brooke.
2.6 Haji Abdul Rahman Limbong
Haji Abdul Rahman Limbong merupakan pemimpin yang terkenal di Terengganu,
dan .terkenal dengan gelaran Limbong kerana beliau adalah guru agama.
Melalui pendidikan, Limbong mempunyai kefahaman yang mendalam tentang
agama dan dapat mengimbangkan kepentigan di dunia dan akhirat.
Beliau juga memainkan peranan yang penting dalam membangunkan
masyarakat dengan menggunakan ideologi keagamaan dan Limbong mendapat
sokongan serta penghormatan daripada anggota masyarakat. Pengaruh
Limbong boleh dilihat boleh membangunkan rakyat di Hulu Terengganu dalam
bidang ekonomi sehingga ke peringkat eksport dan import. Selain itu, beliau
tidak bersetuju dengan kerajaan British yang mengganggu ekonomi di kawasan
mereka dengan mengenakan cukai ke atas tanah tanpa mengira sama ada
tanah tersebut mengeluarkan hasil ataupun tidak. Oleh itu, Haji Abdul Rahman
Limbong telah bangun untuk menentang prinsip perundangan tanah penjajah
yang menjalankan pengutipan cukai tanah di kalangan masyarakat petani oleh
pihak British.
Peranan isu agama dan sentimen antipenjajah telah mendasariperjuangan masyarakat tani di Terengganu yang diketuai oleh Haji Abdul
Rahman Limbong dalam gerakan anti-British di negeri itu. Pada mulanya,
gerakan penentangan diketuai oleh beliau menggunakan cara rayuan secara
aman, membuat bantahan secara lisan atau bertulis kepada pihak kerajaan
tentang peraturan baru yang dilihat bertentangan dari sudut agama atau adat
7
8/6/2019 Pnbm (Full Esei)
8/27
NB2050D Pendidikan Negara Bangsa Malaysia
Islam tetapi cara ini kurang berkesan. Beliau menggunakan penentangan secara
pasif iaitu tidak mahu memberi kerjasama dengan pihak kerajaan dalam segala
urusan pentadbiran rasmi.
Tambahan pula, beliau telah memohon lesen wakil daripada kerajaan
untuk menjadi peguam kepada mereka yang tertuduh dalam kes membuka tanah
dan menebas hutan secara haram. Haji Abdul Rahman telah membuat
penegasan bahawa tanah adalah hak Allah dan negeri tidak boleh mengenakan
cukai ke atas tanah. Penegasan ini telah meyakinkan lagi rakyat untuk bersatu-
padu menentang pihak British. Rakyat juga tidak bersetuju dengan kegiatan
British untuk mengacau tanah pusaka mereka. Di samping itu, beliau lebih
tertumpu dalam menaikkan semangat masyarakat tani yang merasa tertindas
oleh undang-undang dan peraturan baru yang diperkenalkan oleh pihak
kerajaan. Oleh itu, Haji Abdul Rahman berjaya mengumpulkan dan menyatukan
penduduk dari daerah-daerah di negeri Terengganu serta Beserah atas dasar
untuk berjihad ke jalan Allah.
Kesimpulannya, Haji Abdul Rahman Limbong memainkan peranan yang
penting bagi menyumbangkan kepada kebebasan kaum masyarakat daripada
dijajah oleh pihak British.
2.7 Sharif Masahor
Beralih kepada peranan dan sumbangan yang dilakukan oleh Sharif Masahor,
beliau dilantik sebagai Gabenor Sarikei di Sungai Rajang oleh Sultan Brunei
pada tahun 1849. Beliau merupakan orang yang berpengaruh di kalangan
penduduk tempatan.
Sharif Masahor memainkan peranan yang penting untuk mempertahankan
tempatnya dengan membuat pakatan sulit dengan Datu Abdul Gapur untuk
menyerang kubu Brooke di Kanowit dan mengusirnya keluar dari Sarawak.
8
8/6/2019 Pnbm (Full Esei)
9/27
NB2050D Pendidikan Negara Bangsa Malaysia
Pakatan sulit yang kedua dilakukan adalah untuk menyerang Kuching pada
bulan Februari 1860 untuk menggulingkan pentadbiran Brooke tetapi tidak
berjaya.
2.8 Mat Salleh
Mat Salleh juga menemui masalah yang sama dengan Haji Abdul Rahman
Limbong iaitu menentang Pentadbiran Kompeni British yang mengutip cukai
kepala dengan penduduk-penduduk. Penentangan dan peperangan Mat Salleh
dengan British mendapat sokongan daripada penduduk. penentangan beliau
hampir-hampir menjatuhkan pihak Pentadbiran Kompeni. Rusuhan yang
dicetuskan merebak dari Sandakan di pantai timur hingga ke Pulan Gaya.
Pada 17 Ogos 1895, Mat Salleh membuat rundingan dengan C.V.
Creagh, Gabenor Borneo Utara mengenai masalah cukai kepal, lesen perahu
dan sikap keras para pegawai British ke atas penduduk tempatan. Pada tahun
berikutnya, Mat Salleh menentang pihak Kompeni dari beberapa buah kubu yang
dibina di Sungai Sugut dan Labuk. Pada bulan Julai 1897, beliau dan
pengikutnya melancarkan serangan ke atas Pulau Gaya dan memusnahkan
bangunan kerajaan.
Pihak British membuat persetujuan syarat dengan Mat Salleh supaya
beliau dapat membantu kerajaan menangkap sesiapa sahaja yang melakukan
kesalahan dan melaporkan kepada pihak kerajaan segala pergerakkan yang
dijalankan olehnya. Walau bagaimanapun, Mat Salleh tetap dengan pendiriannya
untuk tidak mengkhianati rakyat sendiri. Akhirnya beliau mengambil kesempatan
untuk menentang penjajah British. Sumbangan yang diberikan oleh Mat Salleh
harus diingati dan disanjungi.
2.9 Ibrahim Haji Yaakob
Ibrahim bin Haji Yaakob merupakan salah seorang penentang penjajah British.
Beliau dilahirkan di Tanjung Kertau, Temerloh, Pahang pada 27 November 1910.
Beliau berperanan besar dalam perjuangan menentang British. Namun, kaedah
9
8/6/2019 Pnbm (Full Esei)
10/27
NB2050D Pendidikan Negara Bangsa Malaysia
yang digunakan bukanlah secara kekerasan yang dijalankan penentang sebelum
ini. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu di Tanjung Kertau dan
seterusnya menerima latihan perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris
(MPSI). Beliau merupakan pengasas dan presiden Kesatuan Melayu Muda
(KMM). Beliau meninggal dunia pada 8 Mac 1979 di Jakarta, Indonesia.
Ketokohan sebagai pemimpin jelas terlihat semasa beliau masih menuntut
di MPSI. Beliau aktif dalam bidang penulisan dan kewartawanan. Beliau banyak
menghasilkan penulisan untuk akhbarMajlis, Warta Malaya dan Utusan Melayu.
Penulisan beliau banyak menyentuh tentang nasib orang Melayu. Semangat
beliau sebagai guru dan pemimpin mendorong beliau bergiat aktif dalam
menaikkan semangat dalam kalangan orang Melayu untuk memajukan diri
sendiri. Selain itu juga, hasil penulisan beliau juga menjurus kepada menaikkan
semangat orang Melayu untuk bangun dan menentang penjajahan British.
Rentetan itu, pada tahun 1939 beliau telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda
(KMM). Tujuan utama penubuhan KMM ialah untuk menaikkan semangat
kebangsaan dalam kalangan orang Melayu disamping melindungi hak-hak
mereka serta membebaskan tanah air daripada penjajah.
Beliau memainkan peranan dalam menggerakkan KMM yang
memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Misi utama beliau adalah ingin
membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan baik dari segi ekonomi, politik
atau sosial dan seterusnya bergabung dengan Indonesia untuk mewujudkan
Indonesia Raya atau Melayu Raya.
Ibrahim Yaakob menyatakan tentangan terhadap British secara terbuka.
Pergerakan KMM bersifat antipenjajah dan enggan bekerjasama. Sikap degil dan
tegas beliau telah menggugat dan membimbangkan British. Pihak Britishbimbang jika pemimpin KMM melancarkan gerakan revolusioner dan menghalau
British dari Tanah Melayu. Perjuangan radikal beliau telah menyebabkan pihak
British menangkap dan memenjarakan pemimpinnya.
2.10 Dato Onn Jaafar
10
8/6/2019 Pnbm (Full Esei)
11/27
NB2050D Pendidikan Negara Bangsa Malaysia
Dato Onn Jaafar dilahirkan pada 3 Februari 1895. Beliau berketurunan Melayu-
Turki dan telah mendapat pendidikan asas di Sekolah Melayu di Johor Bharu.
Pada tahun 1903, beliau telah melanjutkan pelajaran di peringkat rendah iaitu
Aldeburgh Londge School di Suffolk, England. Dato Onn Jaafar mahir
berbahasa Inggeris dan Perancis. Beliau bergiat aktif dalam perbahasan semasa
pengajian beliau di England. Beliau telah berkahwin dengan Rafeah Abdullah
dan Datin Halimah Hussein. Beliau telah meninggal dunia pada 19 Jan 1962
pada umur 67 tahun kerana mengalami lemah jantung.
Dato Onn Jaafar merupakan seorang pemimpin yang sangat dikenali
dengan tokoh kepimpinannya. Beliau merupakan seorang wartawan dan pernah
memegang jawatan Pegawai Daerah dan Menteri Besar Johor. Beliau sangat
aktif dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Sumbangan beliau
dapat dilihat dengan jelas melalui penubuhan United Malays National
Organisation (UMNO) pada 11 Mei 1946. Beliau merupakan presiden UMNO
yang pertama dan beliau memegang jawatan itu sehingga 1951. Matlamat
penubuhan parti ini ialah untuk menentang Malayan Union, menyatupadukan
orang Melayu dan mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu. Parti ini
bersifat kebangsaan Melayu yang menaikkan semangat dalam kalangan orang
Melayu untuk bersama-sama menentang dasar British. Parti ini kuat berpegang
kepada cogan kata Hidup Melayu. UMNO lantang bersuara dan mengadakan
rapat-rapat umum di seluruh Negara bagi menentang Malayan Union. Orang
Melayu terus memberi sokongan kepada UMNO sehingga perkara ini mendapat
perhatian Parlimen British.
Sumbangan beliau dalam usaha menentang Malayan Union bukan sahaja
melalui rapat umum yang dijalankan, malahan beliau turut menghantar telegram
kepada Perdana Menteri Britain bernama Clement Attlee. Melalui telegram itu,
beliau meminta supaya pihak kerajaan Britain mengambil berat bantahan orang
Melayu terhadap Malayan Union. Selain itu juga, dalam usaha menggagalkan
Malayan Union, beliau turut berperanan dalam memujuk para Sultan untuk
memulaukan perlantikan Gabenor Malayan Union. Kejayaan besar memihak
11
8/6/2019 Pnbm (Full Esei)
12/27
NB2050D Pendidikan Negara Bangsa Malaysia
kepada beliau, Malayan Union dibubarkan dan digantikan dengan Persekutuan
Tanah Melayu.
Namun begitu, perkhidmatan Dato Onn dalam UMNO tidak panjang,
berikutan krisis dalaman yang berlaku membawa kepada perletakan jawatan
Dato Onn sebagai presiden UMNO. Namun begitu, semangat perjuangan beliau
tidak terhenti di situ. Selepas beliau keluar dari UMNO, beliau telah menubuhkan
parti baru iaitu Independence of Malaya (IMP) atau Parti Kemerdekaan Malaya.
Semangat juang Dato Onn jelas dalam menyatupadukan orang Melayu dan
menamatkan zaman penjajahan British. Beliau juga mempunyai hasrat untuk
mencapai kemerdekaan dengan strategi sendiri dan menuntut kemerdekaan
Tanah Melayu pada tahun 1961. Namun, akhirnya IMP dibubarkan pada tahun
1953 kerana kurang sokongan umum.
Semangat yang ditunjukkan oleh beliau sangat mengagumkan. Hal ini
kerana, beliau tidak patah semangat walaupun IMP tidak diterima. Pada tahun
1954, beliau telah menubuhkan suatu parti baru iaitu Parti Negara. Penubuhan
parti ini sebagai lanjutan kepada kepercayaan Dato Onn bahawa dasar
bekerjasama bagi semua bangsa dalam sebuah parti bagi mengatasi masalah
perkauman dalam politik Tanah Melayu. Dato Onn mengharapkan melalui parti
ini, kemerdekaan yang mutlak dan tenteram akan dicapai.dan dapat membela
kepentingan orang Melayu. Walaupun pelbagai usaha dilakukan beliau, namun
ramai yang tidak memberikan sokongan kepada beliau.
2.11 Tun Tan Cheng Lock
Tun Tan Cheng Loke dilahirkan pada 5 April 1883 di Hereen Street, Melaka.
Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Tinggi Melaka pada tahun 1899 dan di
Raffles Institution, Singapura. Beliau telah memegang beberapa jawatan
sebelum menubuhkan parti masyarakat cina.
Bermula pada tahun 1914, Tun Tan Cheng Loke telah menghidupkan
semula Pertubuhan Sukarelawan Cina Melaka dan menjadi ahli biasa
pertubuhan tersebut sehingga tahun 1919. Selain itu, beliau juga memainkan
12
8/6/2019 Pnbm (Full Esei)
13/27
8/6/2019 Pnbm (Full Esei)
14/27
NB2050D Pendidikan Negara Bangsa Malaysia
peranan penting dalam usaha melemahkan perjuangan komunis yang berjuang
secara kekerasan untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu.
Salah satu sumbangan MCA bawah pimpinan beliau ialah mengusahakan
penempatan orang Cina yang tinggal berselerak di kawasan-kawasan setinggan
pinggir hutan. Mereka ditempatkan di kawasan yang dipanggil kampung baru
yang lebih tersusun dan selamat daripada ancaman. Semua ahli MCA
menyokong usaha penempatan baru ini. Sumbangan sebanyak RM 100,000 dari
cawangan MCA Johor bagi menempatan 2000 keluarga Cina di kawasan seluas
35000 hektar manakala cawangan MCA negeri Sembilan menyumbangkan RM
71000 untuk membiayai kampung baru di kawasan yang meliputi Batu 3
Seremban Port Dickson. Tabung Kebajikan juga ditubuhkan di ibu pejabat
MCA untuk memudahkan kerja-kerja pengurusan pemberian bantuan kepada
penghuni kampung baru.
Langkah setrusnya ialah usaha yang dijalankan oleh MCA ialah
mewujudkan kerjasama antara kaum. Dengan adanya usaha tersebut barulah
dapat memenuhi syarat yang digariskan oleh pihak British yang menentukan
segala kegiatan politik Tanah Melayu selepas terbentuknya Persekutuan Tanah
Melayu pada tahun 1948 hendaklah berasaskan kerjasama antara kaum.Syarat
tersebut telah menjadi agenda politik Tanah Melayu selepas British menjadikan
ia sebagai satu kewajipan untuk mendapatkan kerajaan sendiri bagi Tanah
Melayu. Tun Tan Cheng Loke sebagai pemimpin MCA mengambil tindakan
dengan menyokong cadangan Dato Onn untuk menubuhkan Independence
Malaya Party (IMP) dan parti ini ditubuhkan pada 26 September 1951di Kuala
Lumpur. Beliau menggunakan dasar kerjasama kaum sebagai tema
perjuangannya tetapi Dato Onn tetap menunjukkan dasar yang tidak bertolak
ansur sepenuhnya dalam soal kerakyatan jus soli.
Tun Tan Cheng Loke dan MCA telah bertukar sokongan mereka kepada
United Malays National Organisation (UMNO).yang berada di bawah pimpinan
Tunku Abdul Rahman. Tun Tan Cheng Loke membawa MCA dalam Konvensyen
Kebangsaan (National Convention) yang dianjurkan bersama UMNO pada 23
14
8/6/2019 Pnbm (Full Esei)
15/27
NB2050D Pendidikan Negara Bangsa Malaysia
Ogos 1953. Kata sepakat telah dicapai bagi mewujudkan persefahaman ke arah
mencapai kemerdekaan Tanah Melayu melalui jalan aman. Proses kemerdekaan
dipercepatkan lagi dengan adanya pembentukan parti Perikatan yang terdiri
daripada UMNO, MCA dan MIC (Malayan India Congress). Titik peluh beliau
selama itu menjadi kenyataan apabila prinsip kerakyatan jus soli yang
ditekankan selama perjuangan beliau menjadi kenyataan apabila diterima oleh
UMNO.
Tun Tan Cheng Loke telah mencurahkan khidmat bakti memimpin dan
memperjuangkan survival politik, pendidikan dan kebajikan orang Cina di
Tanah Melayu. Beliau menggunakan landasan politik dan ekonomi untuk
menyampaikan mesej perjuangannya. Tambahan pula, beliau telah
menyumbangkan idea-idea yang difikirkan dapat memberi manfaat kepada
masyarakat yang diwakilinya. Beliau juga menggunakan memorandum dan
petisyen dalam memperjuangkan isu-isu yang dibangkitkan. Ketika memimpin
MCA, beliau lebih cenderung membela kaum Cina melalui kerjasama dengan
orang Melayu dan India. Beliau menjadi ahli dalam Jawatankuasa Hubungan
Kaum dengan mewakili MCA dalam Konvensyen Kebangsaan dan bersama-
sama menubuhkan parti Perikatan. Penubuhan parti ini telah menjadi landasan
ke arah mencapai kemerdekaan dan kestabilan politik Negara. Dengan itu,
tertubuhnya Barisan Nasional yang mengandungi komponen parti yang lebih
banyak.
Sumbangan, khidmat dan jasa beliau dikenang sehingga ke hari ini dan
beliau pernah dianugerahkan bintang kehormatan oleh kerajaan British dan
Persekutuan Negeri.
2.12 Tun Omar Ong Yoke Lin
Tun Omar Ong Yoke Lin merupakan tokoh kemerdekaan yang dilahirkan pada
23 Julai 1917 di Kuala Lumpur. Beliau memainkan peranan yang penting dalam
penubuhan MCA kerana beliau merupakan antara pengasas parti tersebut
15
8/6/2019 Pnbm (Full Esei)
16/27
NB2050D Pendidikan Negara Bangsa Malaysia
sebelum menggerakkan usaha bekerjasama dengan UMNO dalam Barisan
Nasional.
Tun Omar telah berusaha keras untuk menyatupadukan kaum Cina dan
Melayu di bawah satu bumbung parti politik. Tun merupakan orang utama dalam
membentuk kerjasama antara MCA dan UMNO pada pilihan raya Majlis
Perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952. Beliau pernah memegang
jawatan sebagai pemangku tugas Menteri Pertahanan, Perdagangan, Industri
dan Pertanian. Sumbangan, jasa dan pengorbanan yang diberikan oleh Tun
Omar dalam kemerdekaan negara tidak mungkin dapat dinilai dengan kata-kata
atau wang ringgit semata-mata.
Tun Omar merupakan antara seorang anggota kerajaan yang menyertai
delegasi parti Perikatan untuk memuktamadkan draf Perlembagaan Tanah
Melayu ketika Almarhum Tunku Abdul Rahman ke London untuk berunding
dengan pihak British. Pada tahun 1961, beliau telah mengetuai sebuah delegasi
untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Perpaduan di Kuching
Sarawak bagi membincangkan pembentukan Persekutuan Malaysia. Selepas itu,
beliau bergerak ke Amerika Syarikat untuk memperjuangkan pembentukan
Persekutuan Malaysia dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh Tun Omar
adalah untuk melobi bagi mendapatkan sokongan pentadbiran Presiden John F
Kennedy dan kerajaan Negara lain. Peranan Tun Omar pada akhirnya telah
menjayakan misinya dengan menurunkan tandatangan dalam Perjanjian London
1963.
Ternyatalah peranan, sumbangan dan pengorbanan yang diberikan oleh
beliau telah menunjukkan beliau merupakan seorang tokoh kemerdekaan yang
hebat dan bukan calang-calang pemimpin BN yang pernah menjadi pencetuskepada usaha kemerdekaan sejak zaman kepemimpinan Negara yang pertama.
2.13 Tun Sambanthan
Tun Sambathan merupakan salah seorang tokoh yang berperanan penting
dalam membawa Tanah Melayu ke arah kemerdekaan menjelang 1957. Tun
16
8/6/2019 Pnbm (Full Esei)
17/27
NB2050D Pendidikan Negara Bangsa Malaysia
Sambathan dilahirkan di Sungai Siput, Perak. Beliau mendapat pendidikan di
Sekolah Clifford di Kuala Kangsar dan melanjutkan pelajaran sehingga ke
Universiti Annamalai di India Utara. Beliau telah memperoleh Ijazah Sarjana
Muda Sastera dari Universiti tesebut. Beliau merupakan tokoh yang mewakili
kaum India dan berjuang melalui MIC (Kongres India Malaya) dan merupakan
presiden pertama kongres tersebut.
MIC telah ditubuhkan pada 8 Ogos 1946. Tujuan penubuhan MIC adalah
memupuk dan memelihara kepentingan politik, ekonomi dan sosial kaum India di
Tanah Melayu. Selain itu, MIC ditubuhkan bertujuan memperjuangkan
kepentingan politik bersama parti politik yang lain bagi seluruh Tanah Melayu.
Selain itu juga, MIC adalah mewakili kaum India dan menyampaikan pendapat
kerajaan kepada masyarakat India di Tanah Melayu. Menjelang 1955, MIC
masuk ke dalam gabungan UMNO dan MIC yang dikenali sebagai PERIKATAN.
MIC turut bertanding pada pilihan raya umum dan beliau telah memenangi kerusi
bagi kawasan Kinta dan telah dilantik sebagai Menteri Buruh.
Beliau merupakan salah seorang yang menandatangani Perjanjian
Kemerdekaan yang telah membawa kepada Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Beliau juga merupakan orang yang
berperanan dalam mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat
berbilang kaum di Tanah Melayu. Hal ini jelas menunjukkan bahawa beliau
merupakan salah seorang tokoh yang berperanan membawa kemerdekaan
kepada Tanah Melayu yang kita kecapi sehingga ke hari ini.
2.14 Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan Perdana Menteri Malaysia yang
pertama. Beliau merupakan individu yang paling penting dalam kecemerlangan
Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan tanpa sebarang pertumpahan darah.
Beliau merupakan kerabat diraja Kedah. Beliau mendapat pendidikan di Kolej
Sultan Abdul Hamid dan pada tahun 1916, beliau belajar di Penang Free School.
Pada tahun 1922, beliau telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Cambridge.
17
8/6/2019 Pnbm (Full Esei)
18/27
NB2050D Pendidikan Negara Bangsa Malaysia
Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya iaitu Meriam
yang juga merupakan anak rakan perniagaannya.
Tunku Abdul Rahman terkenal dengan sifat pemimpin yang dimilikinya.
Rentetan peristiwa perletakan jawatan Pengerusi UMNO oleh Dato Onn, hal ini
telah membuka jalan kepada Tunku untuk mengambil alih tugas tersebut.
Peluang yang terbaik kepada beliau untuk memperjuangkan nasib bangsa
Melayu. Beliau berusaha untuk menyatupadukan semua rakyat untuk menuntut
kemerdekaan dari pihak British. UMNO di bawah pimpinan Tunku telah
membawa perubahan dengan menukarkan slogan Hidup Melayu kepada
Merdeka. Tujuan penukaran slogan ini adalah untuk menakutkan pihak penjajah
British dengan semangat perjuangan yang ditonjolkan dalam anggota dan
pemimpin UMNO.
Tunku bertekad untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.
Ketokohan Tunku telah membuktikan bahawa UMNO di bawah pimpinan Tunku
berasakan bahawa bangsa Melayu yang diterajui oleh Parti UMNO sudah cukup
matang dan bersedia menuntut pemerintahan sendiri. Kejayaan menentang
pembentukan Malayan Union membuatkan UMNO berasa cukup yakin dan
bersedia. Pada tahun 1951, UMNO mengorak langkah untuk memperjuangkan
kemerdekaan Tanah Melayu. Kerjasama yang erat antara pelbagai kaum yang
terdapat di Tanah Melayu telah menyokong dan memantapkan lagi perjuangan
kemerdekaan Tunku.
Pilihan raya umum yang pertama bagi Persekutuan Tanah Melayu
diadakan pada 27 Julai 1955. Dalam pilihan raya itu, UMNO, MCA dan MIC telah
bergabung dalam Parti Perikatan bagi mewakili tiga kaum di Tanah Melayu. Parti
lain yang turut bertanding ialah Parti Buruh, Parti Progresif Rakyat dan PartiIslam Se-Malaya (PAS). Daripada 52 kerusi yang dipertandingkan, 51 kerusi
telah dimenangi oleh Parti Perikatan, Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi
Ketua Menteri Tanah Melayu yang pertama.
18
8/6/2019 Pnbm (Full Esei)
19/27
NB2050D Pendidikan Negara Bangsa Malaysia
3.0 RUNDINGAN UNTUK KEMERDEKAAN
Kemenangan besar Parti Perikatan telah memberikan peluang cerah dalam
merealisasikan impian memerdekakan Tanah Melayu dari belenggu penjajah.
Pada bulan Januari 1956, Tunku Abdul Rahman telah mengetuai satu
rombongan ke London untuk berunding dengan kerajaan Inggeris mengenai
kemerdekaan Tanah Melayu. Rombongan ini dianggotai oleh empat orang wakil
Parti Perikatan, empat orang wakil raja-raja Melayu dan wakil-wakil kerajaan
Inggeris di Tanah Melayu. Hasil rundingan tersebut, Perjanjian London telah
ditandatangani pada 8 Februari 1956. Tarikh kemerdekaan bagi Tanah Melayu
telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957. Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan
tarikh kemerdekaan tersebut di Padang Bandar Hilir Melaka sekembalinya
rombongan tersebut dari London.
Kerajaan British telah menetapkan syarat bahawa kemerdekaan akan
diberikan sekiranya sebuah suruhanjaya ditubuhkan untuk merangka serta
menggubal perlembagaan baru bagi Tanah Melayu. Rentetan itu, satu
suruhanjaya dibentuk yang dinamakan Suruhanjaya Reid pada tahun 1956 yang
diketuai oleh Lord Reid. Suruhanjaya ini turut mengambil kira pandangan
penduduk Tanah Melayu dalam penggubalan perlembagaan tersebut. Sebanyak
131 memorandum bertulis telah diterima daripada pertubuhan-pertubuhan dan
orang perseorangan. Setelah menjalani proses-proses pembentukan
perbincangan, pengkajian dan pindaan, satu rang perlembagaan diluluskan oleh
Majlis Perundangan Persekutuan pada 15 Ogos 1957 dan mula dikuatkuasakan
pada 27 Ogos 1957.
Perlembagaan ini telah menjadi undang-undang tertinggi Tanah Melayu
dan merupakan kontrak sosial antara orang-orang Melayu dan Bumiputera yanglain dengan orang bukan Melayu. Perlembagaan Tanah Melayu 1957 adalah
berasaskan kepada raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.
4.0 PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN
19
8/6/2019 Pnbm (Full Esei)
20/27
NB2050D Pendidikan Negara Bangsa Malaysia
Pengisytiharan kemerdekaan dan penurunan bendera Union Jack telah
dilangsungkan di Padang Kelab Selangor pada 31 Ogos 1957. Penurunan
bendera ini menandakan kemerdekaan Tanah Melayu. Pada hari tersebut,
Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Perdana Menteri yang pertama dan
ahli Jemaah Menteri baru Persekutuan Tanah Melayu yang pertama turut
diumumkan. Sementara itu, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Almarhum
Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong yang pertama
bagi Persekutuan Tanah Melayu.
5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, peranan yang dimainkan oleh tokoh-tokoh terdahulu
banyak memberikan sumbangan kepada negara kita dalam usaha ke arah
mencapai kemerdekaan. Perjuangan yang ditunjukkan haruslah dijadikan
sebagai pemangkin semangat kepada kita semua supaya bersemangat seperti
mereka. Walaupun kita sudah mengecapi nikmat kemerdekaan dan memerintah
sendiri tanah air kita, jangan kita leka dan alpa dengan nikmat yang kita nikmati.
Jerih payah tokoh-tokoh terdahulu yang berjuang menentang penjajahan British
yang telah lama menguasai tanah tumpah darah kita. Sebagai generasi pasca
merdeka, kita harus bersama-sama menjaga dan memelihara kemerdekaan
yang telah kita kecapi selama 53 tahun ini. Jasa dan pengorbanan yang
ditunjukkan oleh tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan harus kita sanjungi dan
hargai kerana mereka sanggup menggadaikan nyawa demi menjaga negara kita
yang tercinta ini.
Perjuangan tokoh-tokoh dahulu yang dimulakan dengan cara yang lebih
agresif dengan menentang penjajah British, kemudiannya dengan cara penulisan
dan akhirnya kepada perundingan telah berjaya membawa Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Setiap perjuangan yang dilakukan
telah memberikan semangat perjuangan kepada tokoh-tokoh yang berikutnya
20
8/6/2019 Pnbm (Full Esei)
21/27
NB2050D Pendidikan Negara Bangsa Malaysia
termasuklah kita sebagai rakyat pasca merdeka. kita harus berbangga kerana
negara kita memperoleh kemerdekaan tanpa berlaku pertumpahan darah.
Perundingan yang dijalankan dan usaha pemimpin kita telah membawa kepada
kemerdekaan negara kita daripada belenggu penjajah. Jadi, kita haruslah
bersama menjaga dan memelihara kemerdekaan yang kita kecapi selama ini
demi generasi akan datang.
6.0 REFLEKSI
Sebagai seorang warganegara Malaysia, kita seharusnya mempunyai semangat
cinta akan negara dan sentiasa mengingati jasa serta perjuangan tokoh-tokoh
negara. Tanpa perjuangan mereka, kita tidak mungkin akan hidup dalam negara
yang aman, damai, harmoni dan maju. Dewasa ini, ramai anak-anak muda tidak
mengambil kisah tentang sejarah pembentukan Malaysia. Oleh itu, pembelajaran
tentang mata pelajaran Sejarah dan subjek Pembinaan Negara Bangsa Malaysia
adalah untuk membentuk insan dan individu yang memahami asal-usul,semangat tokoh dalam mendapatkan kemerdekaan dan usaha serta sumbangan
tokoh-tokoh bersejarah untuk menuntut kemerdekaan.
Setelah membuat tugasan tersebut, kami telah mengetahui dengan lebih
mendalam lagi tentang tokoh bersejarah dan sumbangan mereka dalam
menjayakan kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957 dan pembentukkan
negara Malaysia dengan penggabungan Sabah dan Sarawak pada tahun 1963.
Saya berasa sungguh bernasib baik dan berbangga kerana dapat menjadi
warganegara Malaysia.
Sebagai bakal guru, perjuangan tokoh, nilai-nilai murni dan semangat
patriotisme harus diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini
adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid betapa
21
8/6/2019 Pnbm (Full Esei)
22/27
NB2050D Pendidikan Negara Bangsa Malaysia
pentingnya detik-detik bersejarah ini supaya mereka boleh mengambil berat
tentang kisah-kisah bersejarah yang pernah berlaku di negara kita. Guru
memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan murid-murid yang
berpengetahuan luas tentang pelbagai pelajaran kurikulum. Di samping itu,
sejarah perkembangan negara juga harus memberi keutamaan.
Tajuk ini banyak memberi kesedaran mengenai pentingnya hidup bebas
dari sebarang bentuk penjajahan dan perlu adanya usaha yang berterusan untuk
memastikan kemerdekaan masyarakat kita sentiasa terpelihara sampai bila-bila.
Sebagai guru, antara tugas dan peranan yang dapat kita lakukan ialah memupuk
semangat hidup bersama di kalangan pelbagai kaum, budaya, agama dan
kepercayaan di Malaysia. Hal ini kerana murid-murid sekolah rendah khasnya
merupakan tunjang kepada generasi yang akan datang dan kumpulan ini harus
dididik dari peringkat awal supaya mereka boleh hidup bersama dalam
masyarakat majmuk nanti. Hal ini penting agar tidak wujud perasaan prasangka
dan saling menguasai antara satu kaum dengan kaum yang lain. Sudah tentu
kita tidak mahu peristiwa berdarah 13 Mei 1969 berulang kembali dalam sejarah
Malaysia.
Selain itu juga, melalui tugasan ini kami berasa berbangga kerana lahir di
bumi Malaysia yang aman dan tenteram. Hasil usaha pejuang-pejuang
kemerdekaan yang lalu sedikit sebanyak menjadi tunggak kepada kami untuk
bersama-sama berganding bahu memelihara kesejahteraan dan keamanan yang
dikecapi selama ini. Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, kami akan
melahirkan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi demi ibu pertiwi
tercinta.
22
8/6/2019 Pnbm (Full Esei)
23/27
NB2050D Pendidikan Negara Bangsa Malaysia
7.0 BIBLIOGRAFI
________. (2005). Malaysia Kita Panduan dan Rujukan untuk Peperiksaan Am.
Petaling Jaya: Kerajaan International Law Book Services.
Chang Pat Foh. (1995). The Land of Freedom Fighters. Kuching: Ministry of
Social Development.
Maswari Rosdi. (1994). Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.
Mohamed Salleh Lamry. (2006). Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan
Kemerdekaan. Bangi: Penerbit UKM.
Nazaruddin M. Jali, Ismail M. Rashid & Nurazmi Kuntum. (1992). Kenegaraan
Malaysia 1 Sejarah Awal dan Kemerdekaan. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman.
23
8/6/2019 Pnbm (Full Esei)
24/27
NB2050D Pendidikan Negara Bangsa Malaysia
Paimah Atoma, Hamidah Ab. Rahman & Shahri Ab. Majid. (2001). Kenegaraan
Malaysia. Skudai: Jabatan Pembangunan Sumber Manusia.
Ruslan Zainuddin. (2003). Sejarah Malaysia Edisi Kedua. Selangor: Penerbit
Fajar Bakti.
Ruslan Zainuddin, Mohd. Mahadee Ismail dan Zaini Othman. (2005).
Kenegaraan Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar.
Simandjuntak,B. (1985). Federalisme Tanah Melayu (1945-1963). Kuala Lumpur:
Fajar Bakti.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/belasungkawa_omarongyokelintokoh
pejuangkemerdekaan/article/print_html (atas talian). 25 September 2010.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tan_Cheng_Lock (atas talian). 25 September 2010.
24
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/belasungkawa_omarongyokelintokohpejuangkemerdekaan/article/print_htmlhttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/belasungkawa_omarongyokelintokohpejuangkemerdekaan/article/print_htmlhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tan_Cheng_Lockhttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/belasungkawa_omarongyokelintokohpejuangkemerdekaan/article/print_htmlhttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/belasungkawa_omarongyokelintokohpejuangkemerdekaan/article/print_htmlhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tan_Cheng_Lock8/6/2019 Pnbm (Full Esei)
25/27
NB2050D Pendidikan Negara Bangsa Malaysia
B O R A N G R E K O D K O L A B O R A S I
NAMA PELAJAR : CHAI JIEN LAI
SITI AISHAH BINTI ISMAIL
SUSAN KIYA YU
KURSUS & AMBILAN : KPLI-SR (PENGAJIAN SOSIAL) AMBILAN JUN 2010
MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN NEGARA BANGSA (NB2050D)
PENSYARAH PEMBIMBING : EN. JANOM BIN SAADUN
TARIKH
PERKARAYANG
DIBINCANGKAN CATATAN / KOMEN
(HASIL PERBINCANGAN)
TANDATANGAN
(NAMA)
25
8/6/2019 Pnbm (Full Esei)
26/27
NB2050D Pendidikan Negara Bangsa Malaysia
26
8/6/2019 Pnbm (Full Esei)
27/27
NB2050D Pendidikan Negara Bangsa Malaysia
27