Post on 12-Apr-2019
PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP GURU PENYELARAS ICT
DI SEKOLAH‐SEKOLAH RENDAH ZON PALOH, KLUANG
HAJI AHMAD BIN KAMARI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
NOTES : * If the thesis is CONFIDENTAL or RESTRICTED, please attach with the letter from the organization with period and reasons for confidentiality or restriction.
DECLARATION OF THESIS / UNDERGRADUATE PROJECT PAPER AND COPYRIGHT
Author’s full name : HAJI AHMAD BIN KAMARI
Date of birth : 29.09.1960
Title : PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP GURU PENYELARAS ICT
DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH ZON PALOH, KLUANG.
Academic Session : 2006 - 2009
I declare that this thesis is classified as :
CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)*
I acknowledged that Universiti Teknologi Malaysia reserves the right as follows:
1. The thesis is the property of Universiti Teknologi Malaysia. 2. The Library of Universiti Teknologi Malaysia has the right to make copies for the purpose
of research only. 3. The Library has the right to make copies of the thesis for academic exchange.
Certified by :
SIGNATURE SIGNATURE OF SUPERVISOR
600929-01-5973 DR. HAJI MOHD. ANUAR BIN ABD. RAHMAN
(NEW IC NO. /PASSPORT NO.) NAME OF SUPERVISOR
Date : 27 Oktober 2008 Date : 27 Oktober 2008
OPEN ACCESS I agree that my thesis to be published as online open access (full text)
RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the
organization where research was done)*
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan)”.
Tandatangan : ..........................................................
Nama Penyelia : DR. HAJI MOHD. ANUAR BIN ABD. RAHMAN
Tarikh : ……………………………………..
PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP GURU PENYELARAS ICT
DI SEKOLAH‐SEKOLAH RENDAH ZON PALOH, KLUANG
HJ. AHMAD BIN KAMARI
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda
Pendidikan (Pengurusan Pendidikan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
OKTOBER, 2008
ii
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap‐
tiap satunya saya nyatakan sumbernya.”
Tanda tangan : ................................................
Nama Penulis : HAJI AHMAD BIN KAMARI
Tarikh : 27 Oktober 2008
iii
Untuk bonda dan ayahanda khasnya,
Untuk isteri tersayang,
Untuk anak‐anak tercinta
Setinggi‐tinggi penghargaan di atas kasih sayang, jasa dan pengorbanan
Yang dicurahkan untuk kejayaan ini
Segala pengorbanan akan tetap dikenang
Sehingga akhir hayat
Untuk adik‐beradik tercinta,
Untuk guru‐guru dan
Untuk seluruh umat manusia,
Terima kasih atas doa dan kasih sayang dari kalian semua…..
iv
PENGHARGAAN
Syukur kepada Allah SWT kerana dengan izinNya saya dapat menyelesaikan
Projek Sarjana Muda ini. Saya sangat berterima kasih kepada Dr. Mohd Anuar bin
Abdul Rahman kerana telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar sehingga saya dapat
menyiapkan penulisan ini. Begitu juga dengan pensyarah-pensyarah Fakulti
Pendidikan yang telah membantu secara langsung atau tidak secara langsung dan
semua rakan Guru Besar yang menyertai Program Khas Pensiswazahan Guru Besar
2006/2009 yang turut memberi input, idea, rangsangan dan dorongan dalam
penulisan laporan projek ini.
Saya juga merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasik kepada semua
guru dan kakitangan SK Bukit Paloh yang sentiasa memberikan kerjasama dan
komitmen terhadap tugas terutama semasa ketiadaan saya di sekolah.
Sekalung penghargaan juga saya berikan buat kedua ibubapa iaitu Haji
Kamari bin Ishak dan Hajah Milah bt Yasin, isteri tercinta iaitu Hajjah Faridah bt
Dinyati serta anak-anak tersayang iaitu Ahmad Naim, Aimi Amirah dan Ahmad
Fahmi yang sentiasa bersabar dan mendoakan kejayaan saya dalam penyediaan
laporan projek ini.
Semoga Allah S.W.T sentiasa merahmati dan memberkati kalian. Amin.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahun ICT, kemahiran ICT
dan sikap dalam mengurus ICT (PKS ICT) di kalangan Guru Penyelaras ICT di
sekolah-sekolah rendah di Zon Paloh. Di samping itu, kajian ini juga adalah untuk
melihat hubungan antara elemen-elemen dalam domain PKS ICT yang dikaji. Data
bagi kajian ini diperolehi melalui instrumen soal selidik berdasarkan senarai tugas
Guru Penyelaras ICT dengan menggunakan skala Likert lima mata. Seramai 80
orang responden dari kalangan Guru Besar, Penolong Kanan dan guru penolong
terlibat menjadi responden untuk menilai tahap PKS ICT Guru Penyelaras ICT di
sekolah masing-masing. Data kuantitatif yang dikumpul telah dianalisis dengan
menggunakan program Statistical Package For Social Sciences (SPSS) versi 10.01
melibatkan statistik deskriptif iaitu frekuansi, peratusan dan skor min manakala
korelasi Pearson ( r ) digunakan untuk menentukan tahap hubungan antara elemen-
elemen dalam domain PKS ICT. Dapatan kajian menunjukkan bahawa PKS ICT di
kalangan Guru Penyelaras ICT di sekolah-sekolah rendah dalam zon Paloh, Kluang
adalah pada tahap tinggi. Hasil kajian juga mendapati bahawa terdapat hubungan
yang kuat dan positif di antara elemen Pengetahuan ICT dan elemen Sikap Dalam
Mengurus ICT dan di antara elemen Kemahiran ICT dan elemen Sikap Dalam
Mengurus ICT. Berdasarkan dapatan di atas, beberapa cadangan telah dikemukakan
pada akhir laporan kajian ini.
ABSTRACT
vi
This study is to determine the level of knowledge, skills and attitude towards ICT
(PKS ICT) among Guru Penyelaras ICT at primary schools located in Paloh zone in
Kluang. The study is also to identify the correlations among the elements of the PSK
ICT domain. The data of this study was gathered through 5 Likert scales
questionnaires to a sample of 80 Headteachers, Senior Assistants and teachers who
were assasing the level of PKS ICT among Guru Penyelaras ICT of their schools.
Quantitative data collected was analyzed using Statistical Package For Social
Sciences (SPSS) version 10.01 software. Descriptive statistics such as frequencies,
percentages and mean scores are used in this study while Pearson correlation ( r ) is
used to determine the correlation level among the elements in the PKS ICT domain.
Research findings show that the level of PKS ICT among Guru Penyelaras ICT at
primary schools in Paloh zone is high. The results of Pearson correlation ( r ) test
carried out proved that all three elements in PKS ICT domain are interrelated. Based
on the above research findings, a number of ideas are being suggested at the end of
this project report.
KANDUNGAN
vii
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI SINGKATAN xii
SENARAI HIPOTESIS xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
1 PENDAHULUAN 1
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 3
1.2 Pernyataan Masalah 5
1.3 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Hipotesis Kajian 8
1.7 Kepentingan kajian 8
1.8 Skop dan Batasan Kajian 9
1.9 Definisi Istilah 10
1.10 Penutup 11
BAB PERKARA MUKA SURAT
2 SOROTAN PENULISAN 13
viii
2.1 Pengenalan 13
2.2 Penggunaan ICT dalam Pendidikan 13
2.3 Perkembangan ICT dalam Pendidikan 15
2.4 Pengurusan ICT yang Berkesan di Sekolah 18
2.5 Senarai Tugas Guru Penyelaras ICT 20
2.6 Impak Penggunaan dan Pengurusan ICT Berkesan 24
2.7 Kajian-Kajian Lain Berkaitan ICT 28
2.8 Penutup 31
3 METODOLOGI KAJIAN 32
3.1 Pengenalan 32
3.2 Reka Bentuk Kajian 32
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 33
3.4 Instrumen Kajian 33
3.5 Kajian Rintis 34
3.6 Prosedur Kajian 35
3.7 Analisis Data 36
3.8 Penutup 38
4 ANALISIS DATA KAJIAN 39
4.1 Pengenalan 39
4.2 Analisis Data Responden 40
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jawatan
dan Jantina 40
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Jawatan
Bangsa dan Jantina 41
BAB PERKARA MUKA SURAT
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Jawatan
Pengalaman Mengajar dan Jantina 42
ix
4.2.4 Taburan Responden Mengikut Jawatan
Umur dan Jantina 43
4.3 Analisis Persoalan Deskriptif 44
4.3.1 Analisis Tahap Pengetahuan ICT 45
4.3,2 Analisis Tahap Kemahiran ICT 48
4.3.3 Analisis Sikap dalam Mengurus ICT 51
4.4 Pengujian Hipotesis Kajian 55
4.5 Penutup 57
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 58
5.1 Pengenalan 58
5.2 Perbincangan Kajian 59
5.2.1 Latar Belakang Responden 59
5.2.2 Tahap Pengetahuan ICT 60
5.2,3 Tahap Kemahiran ICT 62
5.2.4 Sikap dalam Mengurus ICT 64
5.2.5 Hubungan Antara Domain-Domain
PKS ICT 65
5.3 Rumusan Kajian 66
5.4 Cadangan 67
5.4.1 Cadangan Tindakan 68
5.4,2 Cadangan Kajian Lanjutan 69
5.5 Penutup 70
BIBLIOGRAFI 71
LAMPIRAN 77
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
x
3.1 Item Soal Selidik Kajian Berdasarkan Konstruk/
Dimensi dan Elemen 34
3.2 Nilai Alfa Kebolehpercayaan Dalaman Instrumen Soal
Selidik Kajian Berdasarkan Kajian Rintis 35
3.3 Tahap Pengetahuan, Kemahiran, Sikap dan Keberkesanan
Keseluruhan Pengurusan ICT Mengikut Julat Skor Min 36
3.4 Jadual Tahap Korelasi Mengikut Julat Nilai Koefisien
Korelasi Pearson Anjuran Best dan Kahn (1989) 37
3.5 Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian 37
4.1 Frekuensi dan Peratusan Responden Mengikut Jawatan
Dan Jantina 41
4.2 Taburan Responden Mengikut Jawatan, Bangsa dan
Jantina 41
4.3 Taburan Responden Mengikut Jawatan, Pengalaman
Mengajar dan Jantina 43
4.4 Taburan Frekuensi Jantina Mengikut Jawatan dan Umur 44
4.5 Skor Min dan Tahap Pengetahuan ICT Bagi Setiap Item
Dalam Domain Pengetahuan ICT 46
4.6 Skor Min Tahap Pengetahuan ICT di Kalangan Guru
Penyelaras ICT Berdasarkan Penilaian Respondan
Mengikut Jawatan dan Jantina 47
4.7 Skor Min dan Tahap Kemahiran ICT Bagi Setiap Item
Dalam Domain Kemahiran ICT 48
4.8 Skor Min Tahap Kemahiran ICT di Kalangan Guru
Penyelaras ICT Berdasarkan Penilaian Respondan Mengikut
xi
Jawatan dan Jantina 50
4.9 Skor Min dan Kategori Sikap Dalam Mengurus ICT Bagi
Setiap Item Dalam Domain Sikap Dalam Mengurus ICT 51
4.10 Sikap Dalam Mengurus ICT di Kalangan Guru Penyelaras
ICT Berdasarkan Penilaian Respondan Mengikut Jawatan
dan Jantina 53
4.11 Skor Min Bagi Setiap Domain dan Keseluruhan Domain-
Domain PKS ICT Mengikut Jawatan dan Jantina 54
4.12 Korelasi Pearson Antara Pengetahuan ICT, Kemahiran
ICT dan Sikap Dalam Mengurus ICT di Kalangan Guru
Penyelaras ICT 56
SENARAI SINGKATAN
xii
BPPT Bimbingan Perguruan Profesional Dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BPPT)
ICT Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology)
GAB Grafik animasi berperingkat
GO Badan Kerajaan (Government Organization)
HEM Hal Ehwal Murid
JPN Jabatan Pelajaran Negeri
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
NGO Badan Bukan Kerajaan (Non-Government Organization)
PBK Pembelajaran berbantukan komputer
PPD Pejabat Pelajaran Daerah
PPSMI Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
PKS Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap dalam mengurus ICT
P&P Pengajaran dan Pembelajaran
SSMS Sistem Pengurusan Sekolah Bestari (Smart School
Management System)
SPP Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
SPSS Statistical Package For Social Sciences
xiii
SENARAI HIPOTESIS
NO. HIPOTESIS TAJUK MUKA SURAT
Ho1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan
antara domain-domain PSK ICT yang dikaji. 8
SENARAI LAMPIRAN
xiv
Lampiran Tajuk Muka Surat
A Borang Soal Selidik 77
B Surat Kebenaran Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran
Malaysia 83
C Surat Kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri Johor 84
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Perkembangan pesat ICT (Information and Communication Technology) dan
ledakan maklumat secara global menuntut institusi pendidikan membuat perubahan
bagi membolehkan ia terus relevan dalam menyediakan modal insan kepada negara
bagi mencapai Wawasan Negara Maju 2020. Hakikat kepentingan penggunaan ICT
dalam pendidikan diakui sendiri oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (1997) yang
telah meletakkan matlamat bahawa pada tahun 2010 semua sekolah rendah dan
menengah di Malaysia sebagai Sekolah Bestari.
Sekolah Bestari merupakan institusi pembelajaran yang direka semula secara
menyeluruh berteraskan kepada penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan
dari segi amalan pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk
menyediakan pelajar dalam zaman maklumat (Rohana et. al., 2005). Justeru itu,
kerajaan telah membelanjakan peruntukan yang besar untuk melengkapkan Sekolah
Bestari dengan segala keperluan termasuk saluran pengajaran seperti komputer dan
kemudahan internet yang boleh digunakan oleh guru-guru untuk tujuan pengajaran.
Kaedah pengajaran sebegini bukan sahaja dapat melicinkan dan memaksimakan
perkembangan pembelajaran dari segi kemahiran pemikiran yang tinggi, tetapi juga
2
memajukan lagi kepelbagaian kebijakasanaan melalui mata pelajaran yang dipelajari
(Hamizer,1997).
Kajian Chan (1999) tentang Sekolah Bestari mencadangkan bahawa satu
anjakan paradigma cara berfikir diperlukan berhubung penggunaan ICT. Menurut
beliau lagi, untuk menikmati faedah yang optimum, teknologi maklumat perlu
dijadikan dasar dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta dasar pentadbiran
pendidikan dan bukan hanya sekadar menjadi bahan tambahan . Teknologi maklumat
mesti digunakan sepenuhnya dan diberi fungsi utama dalam proses pendidikan di
sekolah bagi menghasilkan suatu perubahan untuk meningkatkan kualiti pendidikan
dan melahirkan murid yang celik serta mahir dalam teknologi.
Dalam usaha mencapai pendidikan berkualiti berteraskan pembangunan ICT,
peranan guru dan pentadbir sekolah menjadi fokus utama kerana mereka adalah
penentu paling utama kejayaan di peringkat pelaksanaannya di sekolah. Para guru
perlu menguasai seberapa banyak ilmu dan kemahiran ICT bagi memenuhi tuntutan
perubahan dalam pendidikan masa kini. Sementara itu, tugas pentadbir sekolah pula
semakin bertambah dan mencabar untuk merealisasikan gagasan Sekolah Bestari. Di
samping tugas-tugas pentadbiran sedia ada, mereka juga bertanggungjawab
mengaplikasikan polisi-polisi Sekolah Bestari dan mengurus segala sumber dan
proses ICT dengan cekap dan berkesan bagi menyokong fungsi pengajaran dan
pembelajaran (Rohana et. al., 2005).
Sehubungan itu, bagi membantu pengetua dan guru besar dalam
melaksanakan gagasan Sekolah Bestari, Kementerian Pelajaran Malaysia telah
mengarahkan pihak sekolah mewujudkan jawatan Guru Penyelaras ICT bagi
membantu pentadbir sekolah khusus dalam aspek ICT. Jawatan berstatus lantikan
dalaman ini merupakan jawatan pengurusan di peringkat pertengahan yang
bertanggungjawab terhadap pelaksanaan, pembangunan dan kemajuan ICT di
sekolah.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Guru besar dan Pengetua merupakan pemimpin di sekolah yang berperanan
dalam mengatur strategi dan melaksanakan dasar-dasar KPM berdasarkan kehendak
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020. Mereka sewajarnya memiliki
pelbagai pengetahuan dan kemahiran pengurusan untuk menghadapi pelbagai
perubahan dan inovasi dalam pendidikan secara berkesan bagi memastikan
pembangunan dan kemajuan sekolah.
Dalam aspek pembangunan dan pelaksanaan konsep Sekolah Bestari, pihak
pentadbir perlu memahami tanggungjawabnya untuk melengkapkan prasarana dan
peralatan ICT yang diperlukan serta menyediakan latihan dan pembangunan yang
secukupnya kepada guru dan kakitangan lain yang terlibat (Rohana et. al., 2005).
Mereka harus menilai keperluan dan seterusnya menyediakan latihan dan
pembangunan yang diperlukan oleh semua guru dan staf sokongan sekolah sebagai
persediaan menghadapi perkembangan teknologi dan keperluan kearah pembestarian
sekolah (Kementerian Pendidikan Malaysia,1997). Perubahan yang lebih ketara
dalam bidang pentadbiran lebih menjurus ke arah perlaksanaan polisi serta
perhubungan dengan pihak yang mempunyai kepentingan dalam perlaksanaan
Sekolah Bestari (Rohana et. al., 2005).
Bagi memenuhi tuntutan tugas pentadbiran dan pengurusan pendidikan yang
semakin mendesak di sekolah, pentadbir pendidikan perlu bijak menyusun strategi
dan mengambil tindakan bagi memastikan organisasi sekolah diurus dengan berkesan
dan efisen. Salah satu langkah yang perlu mereka ambil untuk meningkatkan
keberkesanan pengurusannya adalah melalui amalan pengupayaan.
Pengupayaan dalam pengurusan moden, merupakan komponen yang
memainkan peranan penting ke arah keberkesanan dan kejayaan sesebuah organisasi.
Organisasi yang berjaya telah mengubah struktur mereka dari struktur yang bersifat
4
birokrasi, kawalan serta pengkhususan tugas kepada struktur yang lebih mudah
(simple) dan anjal (flexible) dengan lapisan birokrasi yang semakin kurang dan
amalan perkongsian kuasa yang lebih meluas (Gust-Thomason dan Yantis, 1998;
Pounder, 1997). Melalui pendekatan desentralisasi, pengupayaan merupakan kunci
utama bagi menarik semua kakitangan melibatkan diri di dalam aktiviti organisasi
(Pounder, 1997 ).
Dalam konteks pendidikan pula, pengupayaan guru bererti penglibatan
mereka dalam membuat keputusan dalam aktiviti organisasi (Keith & Girling, 1991).
Pada asasnya, pengupayaan dirumuskan sebagai proses sekolah memberi ruang untuk
membangunkan kecekapan guru dan bertanggungjawab terhadap kemajuan diri dan
menyelesaikan masalah mereka sendiri. Dengan ini, guru kanan yang diupayakan itu
memperolehi kemahiran dan ilmu pengetahuan serta mampu bertindak berdasarkan
situasi untuk melakukan proses penambahbaikan (Mohd Anuar et. al, 2004) Faktor
ini menyumbang ke arah pembentukan peluang guru untuk memperlihatkan
kecekapannya (Short, 1998).
Sehubungan itu, sebagai pentadbir pendidikan di sekolah, Pengetua dan Guru
Besar harus mengupayakan tugas-tugasnya berkaitan dengan ICT dan pelaksanaan
gagasan Sekolah Bestari kepada Guru Penyelaras ICT di sekolahnya. Sebagai
pengurus peringkat pertengahan, Guru Penyelaras ICT perlu dibekalkan bukan sahaja
dengan pengetahuan dan kemahiran ICT, malah mereka perlu tahu serba sedikit
tentang pentadbiran dan mempunyai keupayaan untuk mengurus. Dengan adanya
aspek pengetahuan dan kemahiran dalam ICT serta sikap dalam mengurus ICT, Guru
Penyelaras ICT akan dapat melaksanakan gagasan Sekolah Bestari di organisasi kecil
sekolahnya dengan lebih cekap dan berkesan.
5
1.3 Pernyataan Masalah
Tiga domain PKS melibatkan pengetahuan, kemahiran dan sikap merupakan
kayu ukur bagi mengenalpasti keberkesanan seseorang pekerja melaksanakan
tugasnya. PKS dalam pengurusan ICT (PKS ICT) juga boleh digunakan untuk
menilai tahap keberkesanan pengurusan ICT di sekolah. Sebagai pengurus
pertengahan dalam bidang ICT di sekolah, Guru Penyelaras ICT perlu mempunyai
tahap PKS pengurusan ICT yang tinggi. Ini kerana mereka perlu bersedia untuk
menambah pengetahuan dan kemahiran mereka dalam ICT di samping mempunyai
sikap yang betul terhadap ICT.
Dua domain utama PKS ICT iaitu pengetahuan dan kemahiran dalam ICT
merupakan indikator yang penting dalam penilaian terhadap literasi komputer.
Literasi komputer merupakan tahap pengetahuan dan kebolehan seseorang untuk
menggunakan komputer (Dologite, 1987). Hunter (1987) dalam kajiannya
menyatakan bahawa literasi komputer adalah kemahiran seseorang individu
menggunakan komputer sebagai alat yang disesuaikan kepada situasi. Mc Keown
(1986) pula menyatakan bahawa jika seseorang itu celik komputer, dia bukan hanya
mempelajari tentang komputer, tetapi juga tahu menggunakannya sebagai alat yang
memudahkan kerja-kerja lain dan berkebolehan untuk mengarah komputer untuk
berbuat sesuatu yang dikehendaki.
Aspek ketiga PKS ICT iaitu sikap dalam mengurus ICT pula merupakan
indikator terhadap keberkesanan pengurusan khususnya di sekolah. Pengurusan ICT
adalah proses merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal daya usaha
anggota-anggota organisasi dan menggunakan sumber-sumber organisasi yang lain
bagi mencapai matlamat-matlamat ICT yang ditetapkan (Stoner dan Wankel, 1989).
Ia adalah satu proses sosial melibatkan manusia yang dibentuk dan disusun untuk
mewujudkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan dalam aktiviti-aktiviti
melibatkan ICT bagi memastikan semua kerja terus berjalan tanpa ada masalah untuk
6
mencapai objektif atau matlamat ICT (Blandford, 1996). Oleh itu, kebolehan dan
keupayaan pengurusan ICT melibatkan juga aspek sikap, kemahiran komunikasi dan
interpersonal, kaedah pembuatan keputusan, penyelesaian konflik di samping aspek
pentadbiran seperti birokrasi dan tugasan-tugasan yang melibatkan perincian operasi
pentadbiran ICT, teknik pengoperasian ICT, pemantauan dan pelaksanaan polisi ICT
serta dasar organisasi berhubung ICT (K.Ramanathan, 1993).
Menurut kajian yang dilakukan oleh Institut Aminudin Baki Cawangan Utara
(2005), umumnya implementasi ICT untuk meningkatkan pengurusan sekolah dan
proses pengajaran dan pembelajaran masih belum sampai ke tahap yang optimum.
Oleh itu timbul pula persoalan tentang peranan yang dimainkan oleh Guru
Penyelaras ICT di sekolah dan sejauhmana keberkesanan pengurusan ICT selepas
personalia yang bertanggungjawab untuk mengurus ICT diwujudkan di setiap
sekolah. Sehubungan itu, ekoran wujudnya keperluan untuk menilai keberkesanan
pengurusan ICT di sekolah, instrumen soal selidik PKS ICT telah dibina dan
seterusnya digunakan dalam kajian ini. Instrumen tersebut dipanggil PKS ICT iaitu
singkatan bagi pengetahuan (P), kemahiran (K) dan sikap (S) dalam mengurus ICT .
PKS ICT digunakan untuk mengumpul data tentang tahap pengetahuan ICT, tahap
kemahiran ICT dan sikap dalam mengurus ICT di kalangan Guru Penyelaras ICT di
sekolah rendah.
1.4 Objektif Kajian
Objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini ialah:
1. Mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap terhadap ICT di
kalangan Guru Penyelaras ICT sekolah rendah menurut persepsi guru.
7
2. Mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap terhadap ICT di
kalangan Guru Penyelaras ICT sekolah rendah menurut persepsi guru
mengikut jawatan dan jantina.
3. Melihat hubungan antara domain-domain keberkesanan pengurusan
ICT di sekolah rendah
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan maklumbalas beberapa persoalan
seperti berikut:
1. Apakah tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap terhadap ICT di kalangan
Guru Penyelaras ICT sekolah rendah menurut persepsi guru.
2. Apakah tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap terhadap ICT di kalangan
Guru Penyelaras ICT sekolah rendah menurut persepsi guru mengikut jawatan
dan jantina.
3. Apakah hubungan antara domain-domain keberkesanan pengurusan ICT di
sekolah rendah.