Post on 30-Apr-2019
E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL
CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017
E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).
(E-ISBN: 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.
Organized By https://Worldconferences.Net Page 199
ANALISIS FAKTOR PENGELUARAN BAGI SEKTOR PEKEBUN KECIL GETAH DI
MALAYSIA
Norlee Ramli, Fathin Faizah Said, Oswatun Samat, Khairi Ismail
Faculty of Economics and Management,Universiti Kebangsaan Malaysia
norlee.ukm@gmail.com, fatin@ukm.edu.my, oswatun_samat@siswa.ukm.edu.my,
khairiismail88@yahoo.com
ABSTRAK
Pengeluaran getah asli di Malaysia dimonopoli oleh sektor pekebun kecil di mana ianya menyumbang
sebanyak 94.6% daripada jumlah pengeluaran getah asli Negara. Industri getah merupakan salah satu
komoditi utama yang menyumbang kepada pendapatan negara dengan 2.6% daripada jumlah
keseluruhan eksport yang bernilai melebihi 20 billion ringgit setahun. Berdasarkan kepentingannya
kepada ekonomi negara, kajian ini menyelidik beberapa input utama yang memberi kesan kepada
pengeluaran getah dalam sektor pekebun kecil getah di semua negeri di seluruh Malaysia. 3 jenis input
utama iaitu penggunaan buruh, keluasan tanah dan kepatuhan amalan agronomi dikaji secara
mendalam dengan melihat kesan penggunaannya terhadap jumlah pengeluaran. Berdasarkan teori
fungsi pengeluaran, aplikasi analisis regresi berganda (OLS) digunakan untuk menguji hubungan
setiap jenis input kepada hasil pengeluaran di mana data Tinjauan Lembaga Getah pada tahun 2014
oleh Lembaga Getah Malaysia digunapakai. Analisis kajian mendapati 96% hasil pengeluaran getah
adalah diterangkan oleh pembolehubah tak bersandar yang terdiri daripada buruh, keluasan kebun,
merumpai dan membaja di mana keluasan tanah dan pematuhan amalan agronomi memberikan kesan
positif terhadap hasil pengeluaran getah manakala penggunaan buruh yang tidak cekap memberikan
kesan negatif terhadap hasil pengeluaran getah.
Kata Kunci : Pekebun Kecil Getah, Analisis Regressi Berganda(OLS), Fungi Pengeluaran, Amalan
Agronomi
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pengenalan
Getah asli merupakan salah satu komoditi utama yang menyumbang kepada pendapatan negara.
Bermula pada tahun 1870an penanaman pokok getah secara besar-besaran meliputi negeri-negeri di
Semenanjung Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. Sektor pekebun kecil merupakan sektor utama
dalam industri getah yang menghasilkan 94.6% daripada pengeluaran getah asli negara. Sektor ini turut
menyumbang sebanyak 2.6% daripada jumlah eksport iaitu melebihi 20 billion ringgit. Sektor pekebun
kecil memainkan peranan penting sebagai pengeluar getah asli terbesar di Malaysia. Sesebuah kebun
kecil getah ditakrifkan sebagai semua kawasan, bersambungan atau berpecah-pecah, dengan keluasan
kurang daripada 40.47 hektar (100 ekar), ditanam dengan sesuatu tanaman atau di mana penanaman
tanaman tersebut dibenarkan dan di bawah satu hak milik yang sah (Lembaga Getah Malaysia).
E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL
CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017
E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).
(E-ISBN: 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.
Organized By https://Worldconferences.Net Page 200
Pemilikan kawasan penanaman tersebut adalah dibenarkan samada kepada pengusaha individu atau di
bawah rancangan agensi kerajaan. Lazimnya kebun kecil getah yang dimiliki pengusaha individu tidak
tersusun dari segi kaedah pengurusan dan pengoperasian. Manakala kebun kecil getah yang tersusun
merupakan kawasan penanaman di bawah rancangan agensi kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Tanah
Persekutuan (FELDA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA),
Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Negara (FELCRA), Rancangan Tanah Kerajaan
Persekutuan, dan Rancangan Tanah Kerajaan Negeri (Jabatan Perangkaan Malaysia 2010). Agensi-
agensi pelaksana seperti FELDA, FELCRA, Mini Estet RISDA, TSK (Tanam Semula Komersil, LIGS
serta perbadanan kemajuan negeri turut menyokong pekebun perseorangan dengan menyalurkan
bantuan berupa racun merumpai, baja, alat kutipan hasil, peralatan pertanian dan lain-lain bagi
memastikan kelangsungan sektor ini pada masa akan datang.
Sejak penanaman getah diperkenalkan, jumlah kawasan penanaman pokok getah pekebun kecil adalah
lebih luas berbanding sektor estet. Pada tahun 2014, terdapat 342,180 buah kebun getah di seluruh
Malaysia, meliputi kawasan seluas 946,553 hektar. Manakala mengikut laporan perangkaan getah
tahunan bagi tahun 2010 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, terdapat 185 buah estet di Malaysia dengan
jumlah keluasan merangkumi 49,740 hektar. Kedua-dua sektor getah ini telah menunjukkan tren
penurunan yang ketara bagi jumlah keseluruhan kawasan penanaman getah di seluruh Negara.
Rajah 1 di bawah menunjukkan jumlah keluasan dalam hekta bagi kebun getah muda dan kebun getah
dewasa bagi setiap negeri. Getah muda merupakan definasi bagi pokok getah bermula dari yang baru
ditanam sehingga pokok getah yang sudah boleh dibuka toreh tetapi belum dibuka toreh. Bagi getah
dewasa pula majoriti pokok getah telah dibuka toreh sehingga kerja-kerja penorehan sedang dijalankan
di panel BI-1. (termasuk yang telah berhenti ditoreh tetapi berhenti pada panel berkenaan). Kawasan
bagi kebun getah dewasa meliputi 218,221 hektar manakala keluasan bagi kebun getah muda pula
adalah sebanyak 120,286.37 hektar. Kelantan merupakan negeri di Semanjung yang memiliki jumlah
luas kawasan kebun getah terbesar iaitu 54,116 hektar manakala Sabah bagi negeri di Malaysia Timur
seluas 57,075 hektar.
E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL
CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017
E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).
(E-ISBN: 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.
Organized By https://Worldconferences.Net Page 201
Rajah 1: Luas kawasan kebun getah muda dan kebun getah dewasa di setiap negeri
Antara cabaran utama yang dihadapi oleh sektor ini ialah berlakunya perpindahan guna tanah untuk
tujuan selain daripada penanaman pokok getah. Pada tahun 2010, dilaporkan telah berlaku pengurangan
kawasan penanaman pokok getah sebanyak 26.04% menjadikan jumlah keluasan sebanyak 0.97 juta
hektar berbanding 1.31 juta hektar pada tahun 2000 (Rafain 2012). Jadual 1 di bawah menunjukkan
perubahan penggunaan tanah bagi tujuan pertanian pada tahun 1987-2012 (dari Jamal Othman 2014).
Jadual 1: Perbezaan keluasan tanah bagi jenis tanaman berlainan pada 1987 dan 2012
Jenis tanaman
1987 2012
Luas kawasan Peratusan
penggunaan tanah
pertanian (%)
Luas kawasan Peratusan
penggunaan tanah
pertanian (%)
Getah 1881.3 29.4 1041.5 13.2
Kelapa sawit 1640.2 25.7 5076.9 64.5
Kelapa 320.6 5 112 1.4
Koko 370 5.8 21.7 0.28
Padi 644.8 10.1 684.5 8.7
Sumber: Jabatan Statistik Malaysia, 1985 – 2012 (Jamal Othman 2014)
0.00
10,000.00
20,000.00
30,000.00
40,000.00
50,000.00
60,000.00
He
kta
Jumlah Luas Kawasan Getah Setiap Negeri
Muda
Dewasa
Jumlah
E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL
CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017
E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).
(E-ISBN: 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.
Organized By https://Worldconferences.Net Page 202
Sektor ini turut menghadapi isu kecekapan dalam pengeluaran. Ini disebabkan kekangan dari segi
keluasan setiap kebun yang kecil, iaitu kurang dari 2 hektar setiap satu (LGM) menyebabkan
penyerapan pengetahuan dan penggunaan teknologi di kalangan pekebun adalah perlahan. Sektor ini
juga menghadapi isu kekurangan tenaga kerja yang merupakan salah satu input utama sebagai faktor
pengeluaran. Pada tahun 1999 jumlah pekerja dalam sektor ini adalah sebanyak 35,299 orang tetapi
bilangan ini telah jatuh sebanyak 70.4 peratus menjadikan jumlah pekerja sebanyak 10,450 orang pada
tahun 2009. Antara faktor penyebab kepada pengurangan jumlah pekerja ialah peralihan tenaga kerja
kepada sektor kelapa sawit (Jamal Othman 2014).
Tren Pengeluaran
Sektor pekebun kecil merupakan sektor utama dalam industri getah negara. Pada tahun 2011, sektor ini
menghasilkan 94.6% daripada pengeluaran getah asli negara, bersamaan dengan 0.99 juta tan. Jumlah
keluasan penanaman pokok getah adalah sebanyak 958,000.58 hektar, meliputi 93.7% kawasan
penanaman di seluruh negara (Laporan LGM 2014). Perbandingan jumlah pengeluaran di antara sektor
ini dengan penanaman estet dapat dilihat dalam Rajah 2 yang menunjukkan perbezaan besar dari hasil
pengeluaran. Berbanding estet, hasil pengeluaran sektor pekebun kecil tidak konsisten disebabkan oleh
kecenderungan untuk turun menoreh di kalangan pekebun yang ditentukan oleh perubahan harga getah
(Rafain 2012).
Penawaran insentif, program dan bantuan pertanian dari agensi pelaksana seperti FELDA, FELCRA,
Mini Estet RISDA, TSK (Tanam Semula Komersil, LIGS serta perbadanan kemajuan negeri
membuktikan kepentingan sektor ini kepada pembangunan ekonomi Malaysia (Bissonnette 2017).
E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL
CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017
E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).
(E-ISBN: 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.
Organized By https://Worldconferences.Net Page 203
Rajah 2: Jumlah pengeluaran getah asli bagi sektor pekebun kecil dan sektor estet.
Walaupun sektor ini merupakan pengeluar terbesar getah asli, namun tren pengeluaran menunjukkan
penghasilan getah yang menurun. Rajah 3 menggambarkan tingkat pengeluaran getah sektor ini pada
tahun 2004 hingga 2014.
Rajah 3: Pengeluaran getah oleh sektor pekebun kecil dari 2004 hingga 2014
Punca utama berlakunya penurunan dalam pengeluaran getah adalah disebabkan oleh pengurangan
jumlah kawasan penanaman getah itu sendiri di mana tanaman getah ditukarkan kepada tanaman yang
lain. Kuantiti dan kualiti pengeluaran susu getah bergantung kepada kesesuaian klon (Rabiah, Mohd.
Fairuz Fazli & Kamarozaman 2015), jenis tanah (Zahidin, Noordin & Zulkefly 2017) dan keadaan muka
bumi (Ismail 1984). Agensi-agensi kerajaan seperti Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan RISDA
membekalkan klon-klon yang bersesuaian kepada pekebun bagi mengoptimumkan hasil pengeluaran.
Tetapi produktiviti yang ditunjukkan dalam sektor ini jauh berbeza daripada potensi produktiviti
sebenar klon-klon getah yang telah disyorkan (Zulkefly et al. 2010).
Selain daripada itu, terdapat juga faktor lain seperti kawasan kebun dewasa yang tidak bertoreh yang
menjejaskan produktiviti pengeluaran getah asli di Malaysia. Kaji selidik yang dilakukan mendapati
kebun getah dewasa bertoreh merangkumi 62% dari keseluruhan kebun dan 36% merupakan kebun
dewasa muda manakala terdapat juga 2% yang terdiri dari kebun dewasa tidak bertoreh. Negeri Kedah
dan Sabah pula memiliki kawasan penanaman getah mudah yang lebih luas daripada kawasan
penanaman getah dewasa iaitu masing-masing merangkumi 53% dan 54% daripada jumlah keseluruhan
kawasan peneneman getah. Rajah 4 di bawah menunjukkan jumlah keluasan kebun dewasa di setiap
negeri yang tidak ditoreh iaitu meliputi kawasan seluas 6,958.30 hekta di mana majoriti kebun yang
tidak bertoreh ini, iaitu sebanyak 4,094 kebun (75%) didapati di negeri Sarawak yang melibatkan
keluasan 5,410.89 hekta.
2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 20140
200
400
600
800
1000
1200
1400
('000 metrik tan)
E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL
CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017
E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).
(E-ISBN: 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.
Organized By https://Worldconferences.Net Page 204
Rajah 4: Keluasan bagi kebun getah dewasa yang tidak bertoreh di setiap negeri
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi keadaan kebun dewasa yang tidak bertoreh dan memberi
kesan kepada jumlah pengeluaran getah seperti:
i. Tiada tenaga kerja di sesetengah kebun menyebabkan kebun dibiarkan tidak bertoreh
ii. Kedudukan kebun yang berada jauh dari kediaman pekebun kecil menyebabkan masalah
kenderaan.
iii. Sesetengah pekebun kecil mempunyai pekerjaan utama yang lain.
iv. Terdapat beberapa masalah seperti kebun-kebun yang sudah tidak produktif, pokok getah
yang sudah tua, keadaan kulit pokok getah yang telah rosak dan tidak boleh lagi ditoreh,
banyak pokok getah yang mati, pokok getah yang diserang pelbagai penyakit dan terbiar
tanpa dirawat.
v. Segelintir daripada pengusaha kebun yang sudah tua, uzur atau sakit dan tidak lagi mampu
untuk mengusaha atau mengendali kebun getah mereka.
vi. Pokok-pokok getah yang sudah tua dan tidak lagi mampu mengeluarkan susu getah perlu
ditebang dan penanaman semula anak pokok getah perlu dilakukan. Oleh itu terdapat
beberapa kebun getah yang sedang dalam perancangan untuk penanaman semula pokok
getah baru.
Selain daripada keluasan kawasan penanaman, kecekapan buruh dalam sektor pekebun kecil juga
memainkan peranan yang penting dalam memastikan tingkat pengeluaran yang tinggi. Terdapat
seramai 36,627 orang pekerja upahan telah di upahkan untuk bekerja di kebun-kebun getah di mana
sebanyak 89% merupakan pekerja tempatan dan 10% terdiri dari orang asing yang merupakan warga
Indonesia, Bangladesh, India, Kemboja, Thailand, Burma, Myanmar, Nepal dan Cina. Rajah 5 di
bawah menunjukkan bilangan buruh yang terdiri daripada buruh tempatan dan buruh asing yang bekerja
di sektor pekebun kecil getah bagi setiap negeri.
0
50
100
150
200
250
300
350
400
450
500
51.28
107.53
346.78
13.56
95.4
51.0888.74
102.47
192.09
3.42 7.11
487.95
5410.89
Luas Kebun Getah Dewasa Tak Bertoreh (Hekta)
E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL
CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017
E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).
(E-ISBN: 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.
Organized By https://Worldconferences.Net Page 205
Rajah 5: Jumlah buruh tempatan dan buruh asing di setiap negeri.
Terdapat beberapa faktor lain yang turut mempengaruhi pengeluaran getah bagi sektor pekebun kecil
terutamanya amalan agronomi seperti membaja dan merumpai. Didapati 41% kebun membaja
mengikut syor dan 15% kebun membaja tidak ikut syor. Terdapat 42% kebun yang tidak pernah dibaja
bagi satu tahun kebelakang di mana negeri Sabah dan Sarawak mempunyai bilangan kebun yang banyak
sekali dalam kategori ini, iaitu 15,061 dan 21,653 kebun masing-masing. Rajah 6 menunjukkan jumlah
pekebun kecil yang membaja mengikut cara yang disyorkan, tidak mengikut cara yang disyorkan dan
tidak pernah membaja kebun yang diusahakan.
Rajah 6: Pembajaan yang mengikut syor, tidak mengikut syor dan tidak pernah membaja.
0
1000
2000
3000
4000
5000
6000
7000
8000
9000
Asing
Tempatan
0
10,000
20,000
30,000
40,000
50,000
60,000
70,000
80,000
B
i
l
a
n
g
a
n
K
e
b
u
n
BIS= Baja Ikut Syor, BTIS= Baja Tak Ikut Syor, TPM= Tak Pernah Membaja
BIS
BTIS
TPM
E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL
CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017
E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).
(E-ISBN: 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.
Organized By https://Worldconferences.Net Page 206
Begitu juga dengan amalan kawalan rumpai yang terbahagi kepada 3 kaedah. Rajah 7 di bawah
menunjukkan bilangan kebun yang menggunakan kaedah kawalan rumpai secara Kimia dan Manual
iaitu sebanyak 43%, diikuti dengan Manual sahaja (37%) dan Kimia sahaja (18%).
Rajah 7: Kawalan rumpai dengan kaedah Kimia dan Manual, Kimia sahaja dan Manual sahaja
Manakala Rajah 8 pula menunjukkan kekerapan merumpai yang dilaksanakan oleh pekebun kecil getah
di mana sebanyak 46% kebun dirumpai sebanyak 2 kali, 30% kebun dirumpai sebanyak 3 kali dan lebih,
dan 21% sekali sahaja dalam setahun.
0
10,000
20,000
30,000
40,000
50,000
60,000
70,000
Joh
or
Me
laka
N.S
em
bila
n
Sela
ngo
r
Pah
ang
Tere
ngg
anu
Ke
lan
tan
Pe
rak
Ke
dah
Pe
rlis
P P
inan
g
Sab
ah
Sara
wak
Jum
lah
B
i
l
a
n
g
a
n
K
e
b
u
n
Kimia&Manual
Kimia
Manual
0
2,000
4,000
6,000
8,000
10,000
12,000
14,000
16,000
18,000
Bila
nga
n K
eb
un
Kekerapan Meracun
1 Kali
2 Kali
3 Kali&Lebih
E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL
CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017
E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).
(E-ISBN: 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.
Organized By https://Worldconferences.Net Page 207
Rajah 8: Kekerapan meracun dalam setahun bagi setiap negeri
Analisis Kajian
Kajian ini bertujuan menganalisis beberapa input utama yang memberi kesan kepada pengeluaran getah
dalam sektor pekebun kecil getah di semua negeri di seluruh Malaysia. 3 jenis input utama iaitu
penggunaan buruh, keluasan tanah dan kepatuhan amalan agronomi dikaji secara mendalam dengan
melihat kesan penggunaannya terhadap jumlah pengeluaran getah. Kajian ini menggunakan data
Tinjauan Lembaga Getah yang dibuat pada tahun 2014 yang diperoleh daripada Lembaga Getah
Malaysia. Berdasarkan teori pengeluaran, kecekapan penggunaan input pengeluaran dianalisis bagi
membandingkan penggunaannya dengan hasil pengeluaran. Analisis regrasi berganda (OLS) telah
digunakan untuk menguji hubungan setiap jenis input kepada hasil pengeluaran. Bilangan buruh,
produktiviti tanah dan dua amalan agronomi iaitu membaja dan merumpai diuji bagi melihat kesannya
kepada pengeluaran getah di seluruh Malaysia.
Teori Pengeluaran
Proses pengeluaran melibatkan penggunaan input atau faktor pengeluaran kepada output. Lazimnya
input terbahagi kepada tiga kategori iaitu modal, buruh dan bahan mentah. Input modal terdiri dari
tanah, bangunan dan peralatan, input buruh adalah perkhidmatan berasaskan sumber manusia, dan input
bahan mentah adalah seperti penggunaan bahan utama dalam proses pengeluaran. Proses pengeluaran
dirumuskan sebagai suatu fungsi pengeluaran untuk menggambarkan jumlah input yang digunakan bagi
menghasilkan kuantiti output yang maksimum. Fungsi pengeluaran asas bagi dua input asas; buruh dan
modal adalah seperti berikut:
q = f (L,K).
di mana q ialah jumlah unit output yang terhasil menggunakan L unit input buruh dan K unit input
modal. Ahli ekonomi kemudiannya memperluaskan penggunaan setiap fungsi pengeluaran dengan
menambah input lain selain buruh dan modal. Hamermesh (1984) menerangkan, dengan menggunakan
sejumlah faktor pengeluaran tertentu (Xt) telah memperoleh fungsi pengeluaran umum untuk sesebuah
industri seperti berikut:
Q = f(X1,…,Xn), dengan f’ > 0 dan f” < 0.
Fungsi pengeluaran tersebut juga boleh diaplikasi dalam industri pertanian dengan kombinasi
penggunaan input modal, pekerja, dan faktor-faktor lain yang digunakan seperti bahan kimia, baja dan
sebagainya (Rosine 1974) dinyatakan dalam bentuk persamaan seperti di bawah:
Q = F (A,L,K,C)
Dengan
Q = Hasil pengeluaran
A = tanah,
L = buruh,
E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL
CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017
E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).
(E-ISBN: 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.
Organized By https://Worldconferences.Net Page 208
K = input operasi (bahan kimia, baja, minyak dsb.), dan
C = modal kapital (mesin, bangunan dsb.).
Kajian ini mengaplikasi fungsi pengeluaran Rosine (1974) dengan mengambilkira amalan agronomi
iaitu merumpai dan membaja sebagai input operasi dalam proses pengeluaran. Memandangkan
pemilikan dalam sektor pekebun kecil adalah hak individu maka ia tidak diambilkira sebagai input
pengeluaran.
Input pengeluaran dalam sektor pekebun kecil adalah sama tetapi tingkat produktiviti penggunaan input
yang membezakan hasil pengeluaran. Pengiraan produktiviti bagi setiap input dinilai berdasarkan
pengukuran seperti berikut:
Kecekapan buruh dinilai berdasarkan jumlah buruh yang terlibat dalam proses memotong,
memproses dan menjual getah, samada dalam bentuk lateks atau keping berbanding jumlah
pengeluaran;
Kecekapan penggunaan tanah dinilai mengikut keluasan tanah (hektar) dan dibandingkan
dengan jumlah pengeluaran;
Teknologi dinilai berdasarkan amalan agronomi yang terdiri dari aktiviti membaja dan
merumpai mengikut saranan agensi; dan
Jumlah pengeluaran ialah jumlah keseluruhan kutipan dan jualan getah, dalam bentuk lateks
atau keping. Jumlah pengeluaran dinilai berdasarkan jumlah berat (kilogram)
Amalan Merumpai
Rumpai ialah tumbuhan yang tidak dikehendaki yang tumbuh di kawasan kebun dan menjejaskan
pertumbuhan pokok getah. Lazimnya rumpai bersaing untuk mendapatkan cahaya, zat, air dan nutrien
di kawasan pertumbuhan pokok getah. Rumpai yang tidak dikawal boleh membantutkan tumbesaran
pokok getah serta melambatkan pokok getah mencapai kematangan. Pekebun lazimnya merumpai bagi
memudahkan kerja membaja dan mengawal serangan penyakit pokok getah.
Kekerapan merumpai bergantung kepada umur pokok getah. Semasa pokok berumur 0-4 tahun,
pekebun perlu merumpai 3-4 kali setahun. Apabila pokok mencecah umur 5-7, pekebun perlu merumpai
sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Kebun getah yang mencapai umur 8 tahun ke atas hanya perlu
dirumpai sekurang-kurangnya sekali setahun (Ramli 2012). Kebun yang diselanggara dengan baik
menghasilkan pokok getah yang sihat dan besar, yang menjamin hasil pengeluaran lateks. Hubungan
kekerapan merumpai dengan tingkat pengeluaran digambarkan di dalam Rajah 2. Kepentingan
merumpai terbukti memberi kesan kepada hasil pengeluaran.
E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL
CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017
E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).
(E-ISBN: 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.
Organized By https://Worldconferences.Net Page 209
Amalan Membaja
Pertumbuhan pokok getah boleh dikategorikan kepada dua iaitu pokok muda dan pokok dewasa. Kedua-
dua kategori ini bergantung kepada jenis baja dan jadual pembajaan yang berbeza. Pokok muda
misalnya perlu dibaja 13 kali sehingga mencapai umur dewasa dan boleh ditoreh (Mohd. Fauzi 2014).
Pokok dewasa pula perlu dibaja setahun sekali sepanjang hayatnya kecuali 3 tahun sebelum ditebang
untuk penanaman semula (Wan Noordin 1991). Pembajaan merupakan elemen penting bagi
memastikan sumber nutrien yang betul dan mencukupi bagi tumbesaran pokok getah (Said 2005).
Pembajaan yang sempurna dapat meningkatkan pengeluaran susu getah, merangsang pemulihan kulit
baru selepas ditoreh, menguatkan sistem pertahanan daripada serangan penyakit daun, dan
mempercepatkan kanopi di antara pokok agar menghasilkan naungan yang mengurangkan pertumbuhan
rumpai. Kekurangan baja membantutkan pertumbuhan pokok, seterusnya menjejaskan kuantiti susu
getah. Penggunaan baja yang berlebihan pula menggalakkan pertumbuhan dahan-dahan pokok yang
berpotensi untuk patah seterusnya merosakkan keadaan pokok.
Kajian-kajian lepas telah membuktikan kepentingan aktiviti pembajaan kepada kualiti pokok dan susu
getah (lihat Wan Noordin 1991). Namun kajian yang menguji aktiviti pembajaan kepada hasil
pengeluaran getah masih kurang dijalankan terutama dalam sektor pekebun kecil di Malaysia. Kajian-
kajian lepas lebih terarah kepada aspek teknikal dan saintifik seperti menguji keberkesanan kaedah
pembajaan kepada kesesuaian jenis tanah dan klon (Zahidin, Noordin & Zulkefly 2017), kepadatan
kebun getah (Shima, & Kheong 2008) atau tumbesaran pokok getah (Salisu, Daud & Ahmad 2013).
Amalan Agronomi
Amalan agronomi yang baik merangkumi sistem pengurusan kebun yang mengikuti saranan-saranan
pertanian yang diberikan oleh agensi kerajaan untuk mengurangkan risiko dan meningkatkan hasil
pengeluaran pertanian. Amalan agronomi yang baik bergantung kepada setiap pekebun bagi
memastikan persekitaran kebun bersih dari tumbuhan yang merosakkan pokok getah. Pekebun yang
mengamalkan penjagaan kebun mampu mencapai tingkat produktiviti sehingga 2,000/hektar setahun
(Zainuddin 2014).
Pengawalan rumpai dan pembajaan merupakan amalan berterusan yang mesti dilakukan oleh pekebun
sepanjang tempoh penanaman dan penorehan. Kedua-dua amalan tersebut perlu dilakukan pada tempoh
masa yang sama bagi memastikan impak yang optimum. Sebelum membaja misalnya pekebun perlu
meracun dan membersihkan persekitaran kebun. Kawasan di sekitar pokok perlu dibersihkan daripada
semak dan rumpai bagi memastikan baja yang ditabur diserap oleh pokok (LGM 2010).
Keputusan Kajian dan Perbincangan
Jadual 2 di bawah adalah merupakan keputusan kajian yang diperolehi daripada model yang
dianggarkan menggunakan analisis regresi berganda di mana pembolehubah bersandar adalah
merupakan jumlah pengeluaran getah dan pembolehubah tak bersandar yang terdiri daripada amalan
membaja, meracun rumpai, keluasan kebun getah dan jumlah buruh yang terlibat dengan sektor
pekebun kecil getah.
E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL
CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017
E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).
(E-ISBN: 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.
Organized By https://Worldconferences.Net Page 210
Jadual 2: Keputusan analisis regresi berganda
ANOVAa
Model Sum of Squares df Mean Square F Sig.
1 Regression 1603914139.049 4 400978534.762 26.891 .000b
Residual 119291489.178 8 14911436.147
Total 1723205628.227 12
a. Dependent Variable: Jumlah_pengeluaran
b. Predictors: (Constant), Membaja, Merumpai, Luas_kebun, Buruh
Coefficientsa
Model
Unstandardized Coefficients
Standardized
Coefficients
t Sig. B Std. Error Beta
1 (Constant) -1341.909 2542.062 -.528 .612
Buruh -3.573 1.123 -.792 -3.181 .013
Luas_kebun .001 .000 1.579 6.985 .000
Mrumpai -1240.226 3011.641 -.039 -.412 .691
Membaja 2052.127 2765.438 .089 .742 .479
a. Dependent Variable: Jumlah_pengeluaran
Daripada Jadual 2 di atas, hasil analisis regresi berganda telah menunjukkan;
i) R2 = 0.96 menunjukkan 96% perubahan (variasi) dalam pembolehubah bersandar (hasil
pengeluaran) diterangkan oleh pembolehubah bebas seperti buruh, luas kebun, merumpai
dan membaja.
ii) B1= -3.573 adalah bermaksud penurunan 1 orang buruh akan meningkatkan pengeluaran
sebanyak 3.573 kg dengan andaian faktor lain adalah tetap (iaitu sigfikan).
iii) B2 = 0.001 menunjukkan peningkatan 1 hektar tanah akan meningkatkan hasil pengeluaran
sebanyak 0.001 kg dan ianya adalah signfikan.
iv) B3 = -1240 bermakna wujudnya perbezaan hasil pengeluaran sebanyak 1240kg antara
amalan merumpai dengan tidak merumpai.
v) B4 = 2052 menunjukkan wujudnya perbezaan sebanyak 2052kg hasil pengeluaran antara
amalan membaja mengikut standard yang disyorkan dengan yang tidak mengikut standard
yang telah ditetapkan. Hasil yang lebih banyak diperolehi sekiranya amalan membaja
dilakukan mengikut standard yang telah disyorkan.
Cadangan dan Saranan
E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL
CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017
E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).
(E-ISBN: 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.
Organized By https://Worldconferences.Net Page 211
i) Bagi mengatasi masalah buruh dan menambah hasil pengeluaran, penggunaan teknologi
penorehan terkini dan amalan pertanian yang baik perlu dipertingkatkan. Teknologi penorehan
terkini dapat menjimatkan tenaga buruh manakala amalan pertanian yang lebih mesra alam
kepada penoreh dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti susu getah yang diperolehi. Usaha
pemindahan teknologi secara terus kepada pekebun kecil melalui aktiviti penyelidikan dan
pembangunan (R&D), projek- projek khas, aktiviti promosi dan khidmat nasihat dan kajirunding
perlu dipertingkatkan oleh agensi-agensi pelaksana.
ii) Mini estet diwujudkan hasil dari gabungan kebun-kebun kecil merupakan satu langkah yang
cekap bagi meningkatkan produktiviti pekebun- pekebun kecil di mana agensi-agensi kerajaan
dapat memantau perkembangan tanaman pokok getah berada pada tahap kualiti yang tinggi
dengan memastikan benih getah yang tahan penyakit, mengeluarkan susu getah yang banyak,
amalan agronomi yang mengikut piawaian yang ditetapkan serta pemindahan teknologi yang
lebih cekap dan berkesan.
iii) Mencipta peluang pendidikan kepada keluarga pekebun kecil memandangkan pendidikan
merupakan salah satu elemen penting dalam peningkatan taraf sosio-ekonomi pekebun kecil
getah. Usaha yang telah dilakukan oleh RISDA merupakan contoh terbaik di mana Kolej RISDA
telah melahirkan ramai anak-anak pekebun kecil yang berpendidikan tinggi yang mana
pengukuhan asas ekonomi dapat memastikan kelangsungan industri getah agar terus maju dan
membangun secara mampan diperingkat antarabangsa.
iv) Peningkatan dalam kemajuan teknologi melalui aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D)
perlu dipergiatkan oleh agensi-agensi yang terlibat seperti Lembaga Getah Malaysia, FELDA,
FELCRA, LIGS dan Jabatan Pertanian bagi membantu menyelesaikan banyak pemasalahan di
peringkat huluan dan hiliran industri getah dan seterusnya dapat meningkatkan hasil pengeluaran
dan pendapatan getah Negara.
Kesimpulan
Kajian ini munggunakan aplikasi analisis regrasi berganda (OLS) untuk menguji hubungan setiap jenis
input kepada hasil pengeluaran di mana berdasarkan teori pengeluaran, kecekapan penggunaan input
pengeluaran iaitu bilangan buruh, produktiviti tanah dan dua amalan agronomi iaitu membaja dan
merumpai dianalisis bagi membandingkan kesan dan penggunaannya dengan hasil pengeluaran getah
di seluruh Malaysia. Analisis dilakukan menggunakan data Tinjauan Lembaga Getah yang dibuat pada
tahun 2014 oleh Lembaga Getah Malaysia. Hasil analisis menunjukkan 96% hasil pengeluaran getah
adalah diterangkan oleh pembolehubah tak bersandar yang terdiri daripada buruh, keluasan kebun,
merumpai dan membaja. Keputusan regresi juga mendapati peningkatan 1 hektar tanah akan membawa
kepada peningkatan hasil pengeluaran sebanyak 0.001 kg manakala terdapatnya perbezaan hasil
pengeluaran sebanyak 1240kg antara amalan merumpai dengan tidak merumpai. Hasil yang lebih
banyak diperolehi sekiranya amalan membaja dilakukan mengikut standard yang telah disyorkan di
mana wujudnya perbezaan sebanyak 2052kg hasil pengeluaran antara amalan membaja mengikut
standard yang disyorkan dengan yang tidak mengikut standard yang telah ditetapkan.
E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL
CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017
E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).
(E-ISBN: 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.
Organized By https://Worldconferences.Net Page 212
Secara keseluruhannya dapatan kajian ini mendapati keluasan kawasan penanaman dan amalan
agronomi memberi kesan terhadap hasil pengeluaran tetapi tidak bagi input buruh. Kajian ini
mencadangkan supaya kemahiran dan kualiti di kalangan pekebun kecil getah perlu diper
tingkatkan agar ianya memberi kesan positif terhadap hasil pengeluaran getah negara.
Rujukan
Hamermesh, D. S. 1986. The demand for labor in the long run. Handbook of Labor Economics,.
doi:10.1016/S1573-4463(86)01011-8
Ismail, A. Y. 1984. Pemilihan Klon Mengikut Enviromaks. Getah Asli, 2, 11–13.
Jabatan Perangkaan Malaysia. 2010. Perangkaan Getah Tahunan. ISSN 1823-0938.
LGM. 2010. Pembajaan Tanaman Getah Dewasa. Lembaga Getah Malaysia.
Mohd. Fauzi, M. Y. 2014. Pembajaan Pokok Getah. Sains & Teknologi, Lembaga Getah Malaysia.
Othman, J. & Jafari, Y. 2014. Selected issues in the Malaysian agricultural sector. Jurnal Ekonomi
Malaysia, 48(2), 127–136.
Perangkaan Getah Tahunan Malaysia 2010. 2010. Jabatan Perangkaan Malaysia.
Perangkaan Tanaman Getah Malaysia. 2014. Jabatan Perangkaan Malaysia.
doi:10.1017/CBO9781107415324.004
Rabiah, M. Y., Mohd. Fairuz Fazli, M. I. & Kamarozaman, I. 2015. Kajian Perbandingan Keluaran
Hasil (GTT) Klon RRIM 2014, RRIM 2015, RRIM 2024 DAN RRIM 2025 di Ladang Hutan
Getah, Rriminis Lakai, Negeri Sembilan. Sains & Teknologi, Lembaga Getah Malaysia.
Rafain Ahuar, Z. D. & M. N. M. 2012. Membina Senario Masa Hadapan Industri Getah Malaysia :
Road Map dan Pemacu Utama Industri Building of the Future Scenario of Malaysian Rubber
Industry : Identifying the Road. Prosiding Perkem Vii, Jilid 1, 1, 27–43.
Ramli, O. 2012. Ke arah pengeluaran hasil tinggi melalui amalan pertanian baik. Lembaga Getah
Malaysia.
Rosine, J. & Helmberger, P. 1974. A Neoclassical Analysis of the U. S. Farm Sector, 1948-1970.
American Journal of Agricultural …, 56(4), 717–729. doi:10.2307/1239301
Said, M. A. M. 2005. Harvesting the yield targeted. Malaysian Rubber Board, Procedings.
Salisu, M., Daud, N. & Ahmad, I. 2013. Influence of fertilizer rates and soil series on growth
performance of natural rubber (Hevea brasiliensis) latex timber clones. Australian Journal of Crop
Science, 7(13), 1998–2004.
Shima, N. & Kheong, Y. F. 2008. A Study of Fertilizer Requirement for Rubber Forest. eminar
Perladangan Hutan Getah Kebangsaan, Kuala Lumpur, 13-14 Nov. 2008,. Lembaga Getah
Malaysia.
E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL
CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017
E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).
(E-ISBN: 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.
Organized By https://Worldconferences.Net Page 213
Wan Noordin, W. D. 1991. Khasiat membaja. Lembaga Getah Malaysia, 12–17.
Zahidin, R. M., Noordin, W. D. W. A. N. & Zulkefly, S. 2017. The effect of soil series and fertilizer
rates on the growth of RRIM 3001. Journal of Rubber Research, 20(1), 43–57.
Zainuddin, R. Transformasi Komuniti Orang Asli Melalui Amalan Pertanian yang Baik (GAP)
Tanaman Getah di Negeri Melaka. , Sains & Teknologi 47–51 (2014). Lembaga Getah Malaysia.
Zulkefly, S., Khairul Ashraf, A., Shima, N., Akbar, M., A, G. S. . & Ikhsan Mashuri. 2010. Ke Arah
Pengeluaran Hasil Tinggi Melalui Amalan Pertanian Baik dan Teknologi Penuaian Latek. Seminar
Pemindahan Teknologi Kebangsaan, Akademi Hevea Valaysia, Stesen Penyelidikan RRIM Sungai
Buloh, 12 October 2010.,.